Monday 31 October 2011

Rezeki kita.. Rezeki orang..

Salam Isnin,

Semalam jam telah dilambatkan sejam.. kini beza waktu Malaysia dan UK menjadi 8jam berbanding 7 jam semasa musim summer ari tuh.. Kini secara rasminya dah masuk musim winter.. Official.. Bila Jam dah dilambatkan bermakna kini siang menjadi lebih pendek dan kini malam pula menjadi lebih panjang.. Maghrib kini dah 4.40ptg.. Isyak dah 6.39ptg... kini beza zohor dan asar hanya sejam sahaja.. Aku sebenarnya memang tak suka sangat bila masuk musim winter.. bila siang menjadi lebih pendek.. memang mood pun rasa macam kelam jek.. Matahari terbit pun dah pkl 7.30pg.. buat kerja begitu begini pkl 4ptg dah mula gelap dah... Itu belum lagik bila kena musim hujan.. langit sepanjang hari gelap, kelam dan kelabu jek.. Memang rasa depress jek tau..

Selalunya bila mula jek masuk winter nie.. aku mesti rasa jiwa kacau.. bukan apa bila balik tuh aku rasa macam tak seronok sebab berjalan kaki dalam gelap malam ke tempat tunggu bas.. dah terbiasa sebelum nie.. masa musim summer... langit sentiasa cerah.. matahari terang benderang.. rasa hati pun gembira jek.. balik rumah pun rasa macam awal jek walaupun hakikatnya aku sampai rumah pkl 6 atau 7... tapi skrg.. kalau aku balik pkl 5 pun.. aku rasa aku dah balik rumah pkl 10malam... sebab tuh aku rasa cam depress jek.. tapi 1 hal pulak.. bila musim winter nie.. mood aku untuk balik lambat lebih ketara musim nie.. kalau summer time tuh aku suka balik awal.. sebabnya aku nak keluar menikmati cahaya mentari dan pergi window shopping pun best.. walaupun sekadar berjalan-jalan melihat sales atau memandang barangan yang dijual di sepanjang deretan kedai2 kat tengah bandar nie.. Kalau balik dah gelap.. nak window shopping pun malas.. kecuali bila dekat2 nak x'mas dulu.. aku rajin sungguh ke bandar (setakat jalan kaki 5min jek dari ofis aku) tapi sejak 2 thn nie.. bila dekat2 nak x'mas aku pulak takde mood nak shopping.. entahlah maybe sebab aku dah shopping dulu2 sakan... so this time around nak shopping pun dah malas...

Sebenarnya sejak jumaat lagi.. Mood aku memang tak OK.. amat2 tak ok.. cuma kekuatan semangat aku jek yang masih ada.. Jumaat malam tuh ada jemputan dinner ke rumah kwn baik nie.. Ikutkan hati sebenarnya aku dah tak nak bersosial dengan orang dah.. tapi sebab aku fikir ada sorang kawan tuh janji nak buatkan kopok lekor utk aku.. gagahkan diri jugalah pergi.. lagipun aku fikir kalau aku terus layan jiwa kacau aku tuh.. rasanya bengkak mata aku tuh sampai pagi sabtu kot..  So aku pun gagahkan diri buat pasta seafood.. bawak pergi rumah kwn aku.. Jadinya.. Sabtu tuh kami plan nak ke carboot kat 1 tempat ni lebih kurang 1 jam dari rumah aku.. tup2 rupanya dah lama tutup.. dah 4 minggu tutup pun.. so akhirnya agenda kami pergi melepak kat 1 area nie sebab nak ambil gambar view jambatan.. lama dah nak ke situ sebab kiranya salah satu dari trademark negara nie juga... View pun memang cantik kat situ.. cuma sayang langit kejap cerah.. kejap mendung.. so.. gbr aku pun ada yang kelam ada yang cerah.. kena berulang2 kali snaplah untuk dapatkan pemandangan yang berbeza..

Ok so ontway balik tuh.. Dalam aku berbual dengan pakwe tercinta.. tersebut oleh dia soal rezeki.. Soal bila balik nanti.. Dia seolah mengeluh soal duit.. sebenarnya dah banyak kali dia cakap camtu tapi banyak kali juga aku ingatkan berkali-kali.. Perangai dia.. Dia kadangkala suka berkata.. 'Orang lain bawak balik banyak duit... Abang??'

Bila dia cakap camtu.. memang mengundang aku membebel ler jawabnya.. terus aku cakap... "Abang... Itu rezeki diorg.. Apa yang Abg dapat tuh.. Rezeki Abg.. Diorg bawak balik banyak duit ke.. sikit ke itu adalah rezeki yang Allah dah tetapkan untuk diorg atas usaha yang diorg buat.. Macam abg pun.. Rezeki Abg.. adalah rezeki atas usaha abg... Abg tak lehlah salahkan orang tuh atau kata orang tuh rezeki dia banyak.. duit dia banyak.. itu dah rezeki dia.. Allah dah bagi rezeki itu pada dia.. Rezeki kita.. Rezeki yang abg dapat tuh.. Allah bagi juga.. Abg dah usaha dan dapat banyak tuh.. Buat apa nak fikir2 rezeki yang org dapat... Kita mana tahu banyak ke sikit duit yang diorg dapat.. Sekali pun banyak... kita mana tahu pulak.. mungkin dia ada masalah.. ada susah dia.. jangan kita fikir.. dia bawak duit banyak.. kita bawak duit sikit.. pun nak kira2 lak pasal rezeki org tuh lebih kita nie sikit... Susah orang kita tak fikir.. dan org tuh pulak takkan nak cerita susah dia kat kita.. "

Sebenarnya ada lagik sambungan bebelan aku tuh hahahaha.... Aku sejak dulu memang tak suka.. mengenang dan mengungkit atau memikirkan kelebihan rezeki orang sebab kalau kita nak fikir memang kita akan stress... kalau aku nak fikir rezeki orang.. ada 2 benda major yang aku kalau fikir korang dalam blog ini pastu semua akan terkedu... yang pertama adalah rezeki 'Anak' dan kedua adalah rezeki 'study'. Kalau aku nak fikir 2 benda nie.. memang aku boleh jadi gila... atau dengan kata lain bebanan dan tekanan yang aku hadapi.. susah aku nak luahkan dengan kata-kata.. cumanya aku tak suka sangat bercerita soal pertama sebab itu terlalu personal pada aku.. dan kini pula aku diduga dengan rezeki kedua iatu 'study' so pada aku benda2 nie adalah ketentuan Allah... Kalau aku nak salahkan takdir.. Adalah salah untuk aku bersangka buruk pada Allah s.w.t .. Adakah aku rasakan Allah itu tidak Adil kerana tidak memberikan aku rezeki Anak dan kini dia pula duga aku dengan rezeki 'study'?? Kalau aku jenis berfikir pendek.. sudah tentu sahaja aku akan kata.. Ya Tidak Adil.. orang lain boleh jek selesai dalam masa 3 thn lebih.. kenapa aku dah dekat 5 tahun tak habis2 lagi??? Menangis?? Sedih?? Kecewa?? Name it aku dah lalui semua tuh.. Cuma aku masih percaya Allah itu tahu.. Dia Maha mengetahui kan.... Berulang kali setiap kali aku dilanda masalah emosi.. tekanan.. bebanan.. Berulang kali aku sebut pada diri sendiri 'Tidak Rugi Menjadi Orang Yang Sabar'

Sebab itu aku katakan.. Mata yang melihat takkan sama dengan bahu yang memikul... Sebab itu sejak dulu aku tidak pernah mahu menidakkan atau mengeluh pada semua dugaan dan cabaran yang perlu aku lalui.. Setiap dugaan itukan Allah berikan sebab dia tahu sejauh mana kita mampu laluinya.. Mungkin juga Allah turunkan dugaan rezeki pertama supaya nanti dugaan rezeki kedua itu adalah lebih mudah untuk aku lalui... Kadang pernah terfikirkan hal ini.. Kadang hati mana yang tak pernah rasa cemburu.. sedih.. hiba.. melihat kejayaan orang lain.. kegembiraan orang lain.. sedangkan kita nak sampai ke situ pun tidak tahu lagi bagaimana... tapi haruskah kita berputus asa??? itu kena tanya diri masing-masing.. Cuma pada aku.. selagi aku termampu untuk lalui dan hadapi.. Aku lalui dengan setenangnya.. sekuatnya.. dan setabahnya.. Aku pun hanya manusia biasa.. Punya hati dan juga punya perasaan.. Cumanya.. Aku percaya.. Pasti ada sesuatu yang Allah dah tetapkan untuk aku... Aku tak minta terlalu senang.. dan juga tidak minta terlalu susah.. biarlah secukupnya..

Sebab itu.. Aku katakan... Rezeki kita dan rezeki orang takkan sama... Ada orang kita lihat bahagia.. gembira.. semuanya ada..  tapi kadang kita tak tahu dia pun ada dugaan dia juga.. dia pun ada masalah dia.. Kadang orang yang kita tengok tak lengkap hidupnya.. ya yang mungkin takde pasangan hidup lagi... tak kawin-kawin lagi.. dah kawin.. bila takde anak pulak.. asyik ditanya2... Sebab itu kadang2 jangan kita begitu mudah memandang rendah pada orang.. hanya sebab kita punya kelebihan dan mungkin rasa kita mudah mendapat sesuatu itu...

Sebab itu kita kena faham.. dan terima rezeki itu pemberian Allah.. Setiap kita usaha.. cuma sejauhmana kita usaha itu adalah urusan kita dengan Allah.. tak perlu pulak kita nak tunjuk pada manusia semata2 nak dapatkan award atau megah atau bangga dengan usaha yang telah kita buat.. yelah manusia menilai pada hasil.. menilai pada output.. menilai pada imbuhan yang kita boleh nampak dan lihat... Tipulah jika aku katakan aku tidak rasa irihati atau cemburu atau teringin memiliki apa yang orang lain miliki.. bukan aku sahaja.. malah sesiapa sahaja di dunia ini punya perasaan dan keinginan yang sama kan.. tapi pada masa yang sama yang membezakan diri kita dan mereka yang lain adalah cara penerimaan kita kan.. Cara kita terima dan redha terhadapi semua yang kita perlu lalui... Orang lain boleh bercakap apa sahaja.. kalau kita nak fikir cakap2 orang.. sampai bila2 pun kita tak boleh hidup.. Hidup kita perlu ada pendirian.. perlu ada pegangan.. perlu tahu apa yang harus kita lakukan.. keputusan adalah hak kita.. bukan hak orang sebab yang bakal lalui itu adalah diri kita...

Aku dah lama redha cuma kadangkala.. hati takkan sentiasanya sekuatnya.. cuma aku berdoa.. dan terus berdoa.. Agar nanti semua dugaan ini berakhir dengan nikmat kemanisan di penghujungnya...

Winter Dec 2010
I still remember it was -12 degrees when I took this photo..
I like snow..
but I don't enjoy the cold winter..

Soon December on it's way..
Another snow?
Another cold day?
Yeah.. I'll see them both soon..

14 comments:

mashi said...

sabar kak...
semua tu ujian..
Tuhan sayang..

:)

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Mashi

Dugaan itu juga bukan Allah bg pada akak sorang tau dik.. pada kita semua juga

;)

||alis|| said...

setuju ngan akak~ selalunya kita akan dapat apa yang kita mahukan, tapi Tuhan tuh beri apa yang kita perlukan :)

eh, lagu2 akak mmg best :) sambil bukak fb boleh on jer blog akak semata lagu :P

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

alis

Yup.. Ketentuan tuhan Allah tuh.. tak siapa yang tahu.. Cuma jgn putus asa jek InsyAllah

Layan dik.. layan ;)

kueh bakar said...

sis.
aku lagi down kalau jumpa kawan2 x-schoolmate ni.semua dah ada rumah. keta besar2.kalau jumpa 6 orang..ada mazda.ada subaru impreza.ada honda stryme.ada bmw. ada merz. ada kancil putih bonet hitam.

kancil puteh bonet hitam tu akulah. haha. sadis.

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Kueh

Akak tetiba rasa jejaka yg ada kancil bonet hitam tuh hensem lah macho lagik..

Takpe dik rezeki masing2.. Janji ko cukup duit nak makan nak enjoy.. nak buat apa sahaja.. InsyAllah..

Akak doakan ko murah rezeki dan diberikan jodoh yang baik nanti.. Aminnn

Zainur said...

Betul jgn bersangka buruk dengan Allah...tentu DIA ada perancangan yg lebih hebat buat kita.. Jadi bersabar dan teruskan usaha tanpa putus dan doa.

julietchun said...

dan aku harap bebelan itu tak lama, kesian pakwe,hahhhahaha.

Kaktiny said...

sungguh yang.. rezeki kita ngan org tak sama..

kita tgk org, kita nk jd mcm org.. org tgk kita, dia nk jadi mcm kita..

tapi sebenarnya cuba tanya betul2, dia nk betul2 org yg nk jd mcm kita tu, dia nk keseluruhan tempat kita ke atau nk yg baik2 dlm bahagian kita?..

aku, kalau tgk org yg aku teringin kelebihan dia, aku sering tanya diri.. tak cukup ke kelebihan yg Allah bg pd aku?.. apa yg aku telah kembalikan kpd Allah sbg balasan syukur?.

sebenarnya, dpt merasai nikmat hidup di dunia ini pon dh satu rahmat yg paling besar kan?..

(masak kicap la laki ko dpt bebel.. kehkehkeh.. tu la, tanya soklan power lagi, dapat jawapan power dar bini yg power bab bercakap tuh.. hahaha)..

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Zainur

Betul tuh kan ;)

Juliet

Hahahaha... aku bebel suku perjalanan jek tau.. ehh dia klu bebel aku lagik kesian kat aku tau ahaks ;)

Tiny

Hahahahaha... mmg kenalah.. aku pun dah masak dengar dia ckp camtu.. mmglah bahan utk aku bebel..

Siapa tak nak dan tak teringin bila tgk org lain senang.. bahagia.. kaya.. gembira.. tipulah kalau kata tak nak... tapi yg biasa org nak yg best2 jek.. yg suka2 tuh jek.. tapi derita.. susah.. kecewa org tuh... aku yakin takde sapa pun sanggup tanggung kan.. sebab tuh itulah bahagian masing2... terima jelah.. kalau kita teringin.. apa salah kita usaha atau kita cuba perbaiki hidup untuk jadi seperti org yg kita nak tuh.. tapi kalau takat mengeluh.. menyalahkan org.. lebih dahsyat salahkan diri sendiri.. pada aku tak yahlah buang masa buat semua tuh...

Hidup kita.. kita yg tentukan perjalanan dan keputusan yang kita pilih.. bukan org lain.. cuma mungkin ada keputusan dan perjalanan kehidupan itu dipengaruhi dengan kehendak dan keinginan atas dasar melihat kesenangan org lain.. Yang pasti kita harus tahu tujuan dan matlamat hidup kita sendiri kan ;)

sindiketsulit said...

orang yg suka sibuk tanya centu mesti dia dah ada rumah, ada kereta, ada suami/isteri, ada anak lelaki, ada anak perempuan, sihat dan bahagia.

perasan sangat.
kot ditarik semua nikmat tu.
muflis sekelip mata.

aku mmng emo bila cerita bab2 ceni kak!

madam kheyr hameed said...

aduhai kak...sedih plak entri ni
ai baru up cerita psl breadwinner of the family dlm blog ai. tapi tu la..insyallah, bersusah dulu bersenang kemudian. selalunya org yg tahu erti susah nak senang tu, akan lebih menghargai dan mensyukuri sesuatu. ameen ya robb.

ai doakan akak sukses. bittaufiq wa najah

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Wos

Biasalah kan.. org yg senang dan mudah mendapat sesuatu tuh.. biasanya rasa hidup org lain mcm hidup dia jek.. walhal hidup manusia tuh tak semua sama... jalan hidup dia seng.. so dia rasa pesal dia boleh senang.. org lain xboleh.. itu nama org riak dan bangga tuh..

Selalunya bab2 yg mudah org bangga camnie bab pasangan, kahwin, pastu bab anak2 pun satu hal.. walhal itukan rezeki...

akak lg sensitip bab2 camnie klu org ckp bab2 camtu biasa akak blah jek mls nk lyn..

Mrs Zach

Amin.. Thanks yeah..

ku-cit said...

rezeki byk ke skit apa yg penting berkat dan idop bhg...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...