Monday 10 December 2012

Merasa erti sebuah kehilangan

Salam Petang Isnin

Kini sudah masuk minggu kedua di bulan December.. bermakna tahun 2013 bukan lama mana pun.. pejam celik.. pejam celik.. sekejap sahaja...


Minggu ini aku pulang ke kampung.. semalam temankan mak ke kenduri kawin sepupunya... anak no 3 yang kawin... kira pangkat duapupu ngan aku ler.. berpusing2 juga cari rumah.. memandu dalam keadaan badan lepas kena urut.. rasa macam melayang-layang.. tukang urut tuh memang kerjakan abis urat2 kat badan aku.. sampai lebam ler.. kaki.. tangan bahu aku dikerjakan.. huhuhu.. Alhamdullilah.. kami jumpa juga rumahnya lepas mak aku call sepupu dia..

Hari ini aku terima email dari seorang rakan baik yang baru sahaja masuk bekerja selepas sebulan cuti kecemasan.. Ayahnya terlibat dengan kemalangan motor (budak rempit langgar motor dia) dan kini di wad ICU di Kota Bharu.. kecederaan ayahanda dia amat parah.. dari patah tulang peha.. pendarahan di otak.. patah tulang rahang.. hingga kini sudah hampir sebulan ayah dia masih belum sedarkan diri.. pembedahan selama 12 jam telah dilakukan untuk memasukkan besi dan membuang darah beku di otak.. mendengar kisah dia tadi.. terus membuatkan aku tidak dapat menahan airmata.. kerana aku tahu bagaimana rasanya dekat dengan sebuah kehilangan.. Hanya doa sahaja yang dapat aku berikan pada dia.. semoga ayahnya cepat sedar.. dan semoga terus diberikan kesihatan yang baik.. Aku mengerti sangat perasaan dia.. walaupun suaranya kedengaran bersahaja dan sedikit ceria seperti selalu aku berbual dengan dia.. tapi aku tahu dia bagaimana...

Kadangkala kan... ada orang begitu mudah mengucapkan 'anggaplah saya dah takde.. mati'.. kata-kata ini pernah diucapkan pada aku.. tujuannya.. aku percaya mungkin menagih simpati.. mungkin kata-kata merajuk.. mungkin mengharap sesuatu... tapi sayangnya... dia mungkin terlupa...aku pernah lalui sebuah kehilangan.. kehilangan orang yang paling aku sayang.. sampai bila pun.. tidak mungkin aku akan lupa apa yang telah aku lalui.. setiap detik dari kali terakhir aku berbicara dengan arwah Ayah di katil wad ICU.. hingga dia aku lihat dia dikebumikan di liang lahat.. takkan aku lupakan.. orang tidak pernah rasa kehilangan mungkin rasa ugutan kehilangan itu kedengarannya 'gah'... tapi pada mereka yang pernah merasakan.. itu bukan sesuatu yang boleh dibuat main...

Sebenarnya hati aku tidak terusik langsung dengan ugutan itu.. sebab kesannya pada aku terlalu sedikit.. impak itu masih boleh aku hadapi... Kehilangan ayah sudah membuatkan aku cukup kebal.. aku kira.. walaupun kerapkali.. aku teringatkan dia.. tidak pernah tidak.. aku tidak mengalirkan airmata... walaupun sudah 6 bulan ayah pergi.. tapi pada aku sampai ke akhir hayat aku pun.. ia tetap aku kenang sebagai satu kenangan abadi..

Fikir tentang mati itu.. adalah suatu yang kadangkala kita sebagai manusia akan terfikir juga kan..  Lumrah.. terutama bila umur semakin meningkat.. semakin kita rasa dekat.. dan kadangkala kita tidak tahu.. bila dan berapa lama lagi Allah akan beri peluang untuk kita terus hidup... Aku cuma rasa belum cukup berbakti pada emak dan tunaikan amanat arwah ayah lewat mimpi pertama dulu.. 'Jangan lupa tanggungjawab sebagai seorang anak... dan jaga amanah adik-adik'

Aku harap Allah masih berikan peluang untuk aku lakukan semua itu.. dan cuba lakukan yang terbaik.. Hidup kena teruskan.. walau apa juga yang terjadi.. Itu lebih penting pada aku.. Jika ada yang tidak mampu memahami.. mengerti.. menyokong aku.. aku redha sebenarnya.. Dugaan dan cabaran itu masih banyak yang perlu dilalui...

Usahlah bicara tentang sebuah kehilangan.. Andai kita tidak pernah lalui lagi kehilangan itu.. dan jangan juga meminta untuk merasa kehilangan.. Pedihnya akan terus berbekas sampai bila-bila

Wednesday 5 December 2012

Music Mode : La Camisa Negra by Juanes

Salam Pagi rabu

Dulu sebelum aku ke UK pada sekitar tahun 2005 atau 2006..
Lagu ini popular dimainkan di corong-corong radio di Malaysia...
Dulu aku pernah download lagu ini dan sering mainkan di notebook..
Kini lagu ini juga sering aku dengar di radio Red FM..
Aku suka rentaknya yang catchy

Lagu ini popular di Negara latin dan sering menjadi Top 1 dalam carta music..
Pernah menjadi kontroversi di Italy kerana dikatakan menyokong neo-fascism, kerana tajuk lagu ini 'Black Shirt' dan dikaitkan dengan 'Fascist Benito Mussolini' (penyokong-penyokong Benito Mussolini) dan apabila lagu ini dimainkan kebanyakan kakitangan niteclub berhaluan kanan akan mengangkat tangan untuk fascist salute.
Namun penyanyi ini menyangkal semua dakwaan itu dengan menyatakan lagu ini boleh diintrepretasikan dalam pelbagai bentuk.

Apa juga.. layan jelah lagu ini..
Lagu spain banyak juga yang best2 ;)

 
La Camisa Negra by Juanes
The Black Shirt"
Album: Mi Sangre (My Blood)
Style: Rock, grieving/bitter
Country: Colombia

Tengo la camisa negra.
Hoy mi amor está de luto.
 Hoy tengo en el alma una pena,
Y es por culpa de tu embrujo.

I wear the black shirt.
Today my love is mourning.
Today I have a regret weighing my soul,
And it's the fault of your witchcraft.

Hoy sé que tú ya no me quieres
Y esto es lo que más me hiere
Que tengo la camisa negra
Y una pena que me duele.

Today I know that you do not love/want me anymore
 And this is what hurts me most (So much)
that I have a black shirt
And a regret that pains me.

-Coda- Mal parece que solo me quedé
Y fue pura todita tu mentira.
Qué maldita mala suerte la mía
 Que aquel día te encontré.

Sadly, it looks like I was left alone
And it was purely, completely all your lie.
What damned bad luck, mine,
To find you on that day.

 Por beber del veneno malevo de tu amor,
Yo quedé moribundo y lleno de dolor.
Respiré de ese humo amargo de tu adiós
Y desde que tú te fuiste yo sólo tengo...

For drinking from the evil venom of your love,
I was left dying [moribund] and full of pain.
 I breathed of that bitter smoke from your goodbye
And since you left all I have left is...

Tengo la camisa negra,
Porque negra tengo el alma.
Yo por ti perdí la calma
Y casi pierdo hasta mi cama.

I wear the black shirt,
Because black (is how) I have my soul.
 I lost my calm because of you
And I almost even lost my bed.

Cama cama caman baby,
Te digo con disimulo,
Que tengo la camisa negra
Y debajo tengo el difunto.

 C'mon, c'mon, c'mon baby,
I tell you furtively,
Because I wear the black shirt
And beneath (it) I have the deceased.

Tengo la camisa negra.
Ya tu amor no me interesa.
Lo que ayer me supo a gloria,
Hoy me sabe a pura (mier-)

 I have the black shirt.
Your love doesn't interest me anymore.
What tasted of glory to me yesterday,
Today tastes to me of pure (shi-)

Miércoles por la tarde y tú que no llegas,
Ni siquiera muestras señas,
Y yo con la camisa negra,
Y tus maletas en la puerta.

Wednesday by the afternoon and you that doesn't appear,
(You) don't even show signs,
And me with my black shirt,
And your suitcases by the door.

Monday 3 December 2012

Kuala Lumpur pada mataku..

Salam Pagi Isnin

Kini sudah menghampiri ke penghujung tahun 2012... sejak aku balik hujung bulan 2 hari tuh.. kini dah hampir 10 bulan aku di tanahair.. menghampiri setahun.. thesis belum siap sepenuhnya.. aku plan nak pulun bila semua subjek yang aku cover semester nie.. (ada 4 subjek).. selesai pada penghujung bln 12 nie.. sem depan tak berat sangat... so aku plan nak berhibernasi 2 minggu settlekan thesis.. by hook or by crook..

Sejak balik.. hampir setiap bulan.. atau 2 minggu sekali.. aku mesti turun ke KL.. awal-awal dulu banyak atas sebab urusan kereta dan cukai.. kemudian lepak2 keluar makan... then recently pulak.. aku banyak lepak beli barang.. pergi PC fair di MidValley... layan tengok wayang... kadang2 lepak Kg Baru pergi makan-makan..

Aku keluar masuk ke KL dalam banyak waktu hahaha... dari awal pagi.. bila kena attend meeting di MIMOS atau UIA... atau lewat pagi.. menghantar kereta untuk service dan betulkan air-con di Segambut.. Petang sedikit untuk ke Low-Yat atau SOGO... Malam bila kena stay di Hotel sekitar jalan Ampang.. tersangkut jem di Jln Duta dan Jln Ampang.. tapi dalam banyak2 waktu.. menghampiri KL di Jln Duta pada waktu malam adalah waktu yang paling cantik pada aku... cahaya dari bangunan pencakar langit di sepanjang jalan NKVE menghampiri tol Jln Duta memang cantik.. dari jauh mengingatkan aku pada bandaraya besar yang pernah aku lewati seperti London. Barcelona, Rome, Oslo, Geneva, Paris.. Kuala Lumpur tidak ketinggalan.. cuma harapan aku.. tahun 2013 nanti.. mungkin sahaja aku punya peluang untuk ke Bangkok.. dan Tokyo.. dan juga ke Beijing.. Aku dah rindu sangat untuk kembara lagi..

Dulu semasa bujang kerap juga aku keluar masuk ke KL.. dari Muzium Negara ke Bukit Bintang.. Kg Baru.. Cental Market.. Jln Pudu.. Kotaraya.. Chowkit.. PWTC.. Kg Baru.. Stesen Keretapi KL (mkn A&W kat situ dan tunggu komuter ahaks).. Kini dalam tempoh 10 bulan secara umumnya kebanyakan tempat aku dah pergi..

Pernah aku berjalan di Bukit Bintang pada malam hari.. terpegun sekejap dengan restauran2 yang menjual arak di sana sini.. siap ada yang buat tarian gelek lagi.. Restauran tu mmg jual arak.. kedai arab yang di depan tuh pun 2X5 jek.. nama jek kedai Arab.. tapi botol arak bersepah dalam kedai tuh.. ini mengingatkan aku pada kedai-kedai makan india yang pernah aku singgah untuk makan buffet di UK dulu.. fenomena seperti ini biasa.. kalau kat UK tu aku boleh terimalah.. sebab kebanyakan pelanggan kedai tuh minah dan mat salleh.. tapi kalau kat mesia????? Satu jek sebab.. nak tarik pelancong.. dan diorg memang tak buat kedai camtu untuk local people.. tapi.. bila jadi camtu.. aku rasa macam kat negara lain.. macam tak percaya di KL ada benda2 camtu.. hahahha.. apa nak pelik kan.. lagik dahsyat pun ada kan..

Terkini .. aku pergi ke ChinaTown.. Petaling Street.. dulu selalu pergi masa bujang bila rasa nak shopping beli beg... Kini pergi pun dengan misi yang lebih kurang sama.. sebab aku plan nak cari beg untuk kawan baik aku di Thailand.. sepanjang di Petaling Street.. banyak kedai2 yang menjual barangan tiruan.. dari Jam... beg.. kasut.. ada yang nampak not bad kualiti walaupun tiruan... yang branded banyak... kebanyakan well known brand.. kalau dari segi etika memang salah.. tapi kalau setakat nak beli untuk pakai sendiri.. kalau harga murah why not.. Aku akhirnya end-up beli beg untuk notebook.. hahaha... jenis sandang tepi.. berjenama branded gak lah... tujuannya nak gantikan beg notebook 'Manchester United' aku yang jenis pegang tangan.. sejak lif rosak nie.. aku dah tak larat nak bawak notebook tuh pegang di tangan ke tingkat 3... so tuh yang beli juga beg sandal bahu.. so far kualiti nampak macam ok... tapi aku pulak jenis dari dulu.. jarang nak beli yg mahal dan branded sangat sebab jangka hayat untuk aku pakai sesuatu beg tak lama.. sepanjang 10 bulan balik nie.. aku dah tukar 4 beg handbag.. hahaha... beg notebook dah ada 3.. itu belum masuk kasut... sejak balik.. dah bertukar 4 pasang kasut.. Kat UK pun sama juga.. sebabnya.. aku jenis yang lasak.. dan aku cepat bosan dengan sesuatu fesyen... Ada orang jenis setia dengan sesuatu barang.. sampai dah rosak.. pun sanggup jahit dan pakai semula.. aku pulak.. pantang tercabut sikit.. kotor sikit.. esok aku dah tukar beg lain hahaha... sebab itu aku lebih suka beli yang murah2 sahaja.. sebab pengalaman aku sendiri yang pernah beli kasut harga beratus2.. jangka hayat dia pun lebih kurang sama dengan kasut yang aku beli harga rm20... so why have to spend more if it last equally.. kecuali lah aku beli sesuatu seperti elektronik.. yang ini aku go for brand.. bab ini aku cerewet sikit.. sebab elektronik nie kita gunakan untuk bekerja dan selesaikan kerja dan perlukan jangka hayat yang panjang.. so going for better brand is better and last longer..

Kuala Lumpur pada mata aku.. sama seperti negara-negara besar yang pernah aku pergi.. Cuma bezanya.. bahasa yang kita gunakan adalah sama... seperti bila aku pergi ke ChinaTown.. bila aku berjalan di sana sambil bersembang dengan dia... ada mata-mata yang memandang aku sebab terselit di kalangan tourist ada kedengaran bahasa melayu... ChinaTown tuh kawasan cina.. melambak gerai2 cina.. arak.. yang bersepah di tepi jalan.. rasanya sepanjang aku jalan di petaling street tuh.. mungkin 3 4 kali je aku terserempak dengan orang melayu.. the rest pelancong asing.. org cina.. that it..

Kuala Lumpur is an interesting places.. Dari bangunan pencakar langit yang tinggi seperti KLCC.. KL Tower.. menara-menara bank.. dayabumi.. PWTC.. hinggalah ke rumah-rumah setinggan di Kg Baru.. Sekitar jalan Semarak.. Gombak.. itu belum lagi kedai-kedai borong di Pasar Road.. Kenanga.. dan GM KL.. Termasuklah shopping complex di  Mid valley, Pavillion.. Berjaya Times Square.. Sg Wang Plaza.. KLCC jek belum sempat singgah.. tapi kalau Ampang Park.. selalu jek singgah makan Pizza hut kat situ.. Semuanya punya variety... aku rasa puas juga keluar masuk sekitar situ.. tapi masih banyak lagi tempat yang belum aku singgah..

Sejak punya kereta yang berjenama sikit nie.. aku pun menjadi tahu serba sedikit lokasi tertentu untuk mendapatkan spare part kereta.. kebanyakan di sekitar segambut dan jalan ipoh.. lepas nie misi nak pergi tukar tayar dan beli 1 part kereta yang dah sampai masa kena tukar... Sekitar jalan begini.. kebanyakan owner kedai sudah ada di situ puluhan tahun dan sudah biasa dengan jenis-jenis kereta begini.. Seperti sebuah bengkel air-con di Jln Segambut yang aku hantar kereta aku... itupun tahu sebab diberitahu oleh seorang cina tempat aku tinted kereta.. hasilnya.. uncle tuh memang dah bertahun buka bengkel air-con.. anak dia pun study di UK dan baru balik tahun lepas... jenis2 kereta yang di hantar ke kedai dia.. dari jenama BMW, Bentley, Porche, Merc... semua ada.. Adakalanya... bandar besar sebegini punya pilihan yang banyak.. baru-baru nie.. aku hantar semula kereta sebab ada masalah air-con.. uncle tuh charge free jek... walaupun bukan benda yang dia pasang dulu rosak.. benda lain.. dia end-up charge free pada aku... kalau kedai lain.. confirm kena charge dah..

Cuma satu jek yang aku tak suka tentang KL.. Jalan Jem.. dan sikap tak sabar kebanyakan pemandunya... tapi dari segi life style... kemeriahan.. shopping.. pilihan barang dari yang palsu.. berjenama.. jualan murah.. borong.. name it semua ada di KL.. Lagi satu sebab aku tinggal di sebuah pekan kecil yang tidak sibuk... maka sekali sekala masuk ke bandaraya yang sibuk membuatkan aku teruja... tapi kalau namanya kena kerja di KL atau perlu ulang alik tempoh jem setiap hari.. aku tak sanggup ;)

Dulu zaman study di UKM.. kawan baik aku rajin ajak lepak makan nasi lemak antarabangsa di Kg Baru.. dia pulak memang orang KL.. tengah-tengah malam lepas study kat umah sewa.. kitaorg beronggeng ler ke KL.. jalan lengang giler... naiklah kancil warna merah hati dia ke KL malam hari hahaha... Teringat juga masa sorang kawan baik aku buat praktikal di deli France di Lot 10.. dah banyak kali dia ajak kitaorg lepak cafe tempat dia kerja untuk makan free... Satu weekend tuh apa lagi.. kitaorg pun terjah ke sana.. makan kat cafe tuh... best giler sebab makan free hahaha... Zaman tuh memang best.. tu belum lagi cerita masa aku buat matrik tahun 1 di sekolah Seri Puteri di Jln Kolam Ayer belakang PWTC.. weekend jek kitorg mesti outing ke Chowkit... jalan kaki sampai ke Jln Tar.. Sogo.. Pertama Complex... naik bas mini ke bustand Klang nak balik Kg... Banyak kenangannya....

H&M nie bersepah aku tengok di UK.. 
Kalau time sale dulu rajin masuk di UK
Dah ada kat KL nie.. nak masuk pun malas hahaha..

Monday 26 November 2012

Movie sequel terakhir Twilight-Breaking Dawn Part 2

Salam petang Isnin

Tinggal 10min sebelum nak bergerak ke lab.. ada kelas petang nie macam biasa... dan aku tahu setelah sekian lama aku tak update blog...Sibuk dan teramat sibuk.. rasa seolah tidak punya masa nakbercerita macam dulu.. kat UK dulu pun bz gak.. tapi tetap ada masa nak beronggeng.. sibuk dan stress dengan study pun.. aku tetap punya masa nak ke town jalan2 cuci mata.. bila masuk musim fall atau autumn.. aku sudah gerakkan kaki ke park untuk ambil gmbr daun2 perang yang berguguran.. atau.. mengajak pakwe ke Highland menikmati saujana mata memandang pemandangan indah musim gugur di pergunungan..

Semalam aku berjaya mendapatkan tiket untuk tayangan pkl 2ptg untuk sequel filem terakhir twilight saga.. Breaking dawn part 2... di UK dan US tayangan bermula pada 16 Nov... di Malaysia.. 22 Nov.. tapi aku dapat tgk 25 Nov.. Plan asal nak tgk sabtu tuh.. tapi tiket semua penuh.. akhirnya aku dapat juga tengok pada hari Ahad.. beli tiket siap2.. ajak pakwe temankan... dan finally... berjaya tengok dengan gembira.. bezannya.. 4 filem sebelumnya.. aku tonton di UK.. reaksi panggung di UK jauh berbeza dengan di Malaysia.... suasananya lebih meriah.. di Malaysia pun not bad.. kecuali.. ada 2 budak remaja yang duduk belakang aku sibuk buat ulasan sendiri... nak je sound... 'Aku nak tengok wayang ler.. bukan nak dengar komen korang'

Aku rasa filem ini.. dari segi action dia memang menarik.. tapi banyak sangat part dan scene yang di'tiada'kan menyebabkan jalan cerita yang sepatutnya memberikan impak lebih pada cerita itu buat aku rasa tergantung.. Seperti scene bella jumpa J.Jenk.. sebenarnya ada beberapa pertemuan.. dan itu dikira antara scene yang mengambarkan bagaimana Bella berdepan dengan orang awam buat pertama kali.. dan bagaimana dia mengukur keyakinan dirinya sendiri terutama selama ini dia sering mengganggap Vampire  itu cantik.. dan selepas dia sendiri menjadi vampire.. baru dia sedar yang dia juga cantik..

Begitu juga dengan scene apabila Bella berdepan dengan jacob dan menyedari Jacob Imprint dengan Reneesme... Scene itu lebih violent sebenarnya.. tapi dalam filem.. suam2 kuku je.. tak seperti yang digambarkan dalam buku.. dan ketika inilah kesetiaan seth pada Jacob sebagai ketua menyerlah..

Begitu juga scene semasa bella berlatih untuk meningkatkan kuasa pelindungnya.. reneesme terlibat dalam scene ini.. tapi dalam filem hanya Edward sahaja yang digunakan.. Pada aku scene kehadiran reneesme itu juga sepatutnya ada kerana ia menonjolkan kasih sayang seorang anak yang ingin membantu ibunya..

Overall.. menarik.. aku suka scene action yang terakhir yang digambarkan oleh Alice kepada Aro.. walaupun hanya dalam bayangan minda Alice.. tetapi apabila di'visual'kan dalam action sebenarnya penonton rasa lebih teruja..

Sayang scene dimana apabila saksi utama yang juga merupakan anak kacukan manusia dan vampire.. tidak ditonjolkan sangat.. sekadar ditayangkan sebagai saksi.. sedangkan.. selepas episod berperang itu.. scene inilah yang menonjolkan rasa kagum saksi itu pada Bella.. dan bagaimana dia mengharapkan seandai ibunya sendiri diberikan peluang untuk hidup seperti Bella..

Sesiapa yang belum menonton.. boleh cuba menonton.. Aku menonton kerana aku sudah berulang kali membaca keempat2 buah buku tulisan stephenie meyer ini.. dan kini kelima-lima filemnya telah aku tonton... Akhirnya.. Sequel ini sampai ke penghujungnya...

Sunday 4 November 2012

Minyak zaitun & Habbatus sauda

Salam Petang Ahad

Aku hari ini ke pejabat.. Rajin sungguh aku kan.. merancang nak siapkan nota untuk kelas minggu depan.. tapi keadaan bilik tingkat bwh kena ketuk dinding dan bunyi drill.. buat telinga aku sakit sungguh.. lupa pulak nak bawak earphone.. idak leh sumbat pasang lagu kuat2..

Sejak beberapa bulan nie.. aku mula makan 1 produk minyak zaitun dalam bentuk capsule.. berjenama Minsyam olive oil.. 1 pek ada 20 biji dengan harga RM10.. ada juga capsul habbatus sauda 20biji dgn harga RM12.. Aku sejak dari di UK.. memang dah mula makan habbatus sauda yang dibawa oleh rakan dari arab saudi berjenama baraka.. kalau di negara sejuk amat sesuai untuk badan.. kat malaysia pun sesuai juga.. lagipun kebanyakkan orang dah sedia maklum dengan kebaikan habbatus sauda kan..  minyak zaitun pulak dari dulu antara minyak masak yang kami guna untuk masakan.. hby dulu selalu beli yang 5 liter dalam bentuk tin (bukan botol plastik mcm minyak masak biasa).. memang harga dia mahal sikit.. tapi kita juga sudah sedia maklum dengan kebaikan minyak zaitun kan..

Memandangkan kawan aku sekarang dah jadi stokis.. maka aku pun tolong kawan2 jugalah.. lagipun tak mahal.. 1 pek hanya RM10 untuk minyak zaitun dan RM12 untuk habbatus sauda.. untuk stok sebulan hanya perlu ambil 3 pek (baru RM30-jimat dan murah).. sehari 2 biji.. sebelum tidur atau selepas sarapan.. aku biasa makan selepas sarapan.. sebab dia boleh bust energy untuk kerja hari tuh.. Sauda kebiasaannya aku makan sebelum tidur.. ikut masing2lah..

Testimoni?? hahahaha.. ini adalah yang orang lain alami dan pengalaman sendiri.. baru2 nie aku beri kakak ipar aku cuba.. awal2 aku sound.. "nanti akak akan terjaga automatik pkl 5 pg tau kalau dah mula makan"..

Semalam dia call aku.. antara perkara pertama yang dia beritahu lepas makan minyak zaitun tuh.. "betul ler.. pkl 5pagi jek dah celik mata.. terus ingat ko tau.." tergelak sakan aku kejap... Sebab aku dah kena dulu dah.. memang senang sangat nak solat subuh sebab pkl 5 dah terjaga kan.. badan pun takde lesu sangat.. dan satu lagi kakak ipar aku juga beritahu... dia ada masalah sembelit.. 5 hari makan minyak zaitun tuh.. terus senang lawas buang air besar... lepas tuh terus order 3 pek untuk stok sebulan.. Ramai orang dah cuba.. yang ada masalah darah tinggi.. stroke.. pun ada yang cuba.. kawan baik aku ayah dia ari tuh kena stroke darah tinggi.. Alhamdullilah elok dan kurang sejak makan.. sebenarnya kawan baik aku tuh dapat tau dari seorang kawan dia juga.. yg juga beli untuk family kat kampung.. Aku sendiri pun.. lepas nie nak bagi mak aku cuba (dia pun ada darah tinggi kencing manis).. lagipun sebab benda tuh minyak zaitun je.. so sebab tuh aku galakkan cuba..

So aku pun nak promosi jugalah.. boleh pergi ke laman web official di http://www.minsyam.com/v1/index.php untuk tahu lebih lanjut pasal produk nie atau boleh guna google atau cari dalam FB



Selain daripada capsul minyak zaitun dan habbatus sauda.. ada juga lotion minyak zaitun RM20 baik untuk kulit dan rambut, juga minyak masak zaitun.. dan juga sabun minyak zaitun RM10 untuk bersihkan kulit badan dan muka.. Aku InsyAllah lepas nie nak cuba sabun dan lotion zaitun pulak.. sebab dengar kawan aku kata kulit muka dan badan dia bersih dan cerah lepas pakai sabun tuh.. dan lotion tuh sesuai untuk yang ada masalah kulit dan rambut.. lagipun harga taklah mahal sangat.. dan ianya 100% adalah minyak zaitun bukan ubat-ubatan yang diproses dan dicampur macam2... sebab itu aku memang beri 100% recommendation dan cuba.. sebab dah jadi amalan pemakanan dari kat UK lagi.. apatah lagi sekarang nie produk macam-macam kan.. yang pakai collagen.. minum collagen.. Bukan kata tak elok.. ada yang berkesan.. tapi tak kurang juga yang ada masalah.. (aku tak berani nak komen sebab tak ambik collagen).. tapi kalau nak tanya pasal penggunaan minyak zaitun dan habbatus sauda.. benda nie aku dah lama makan dan guna selama 5thn di UK..

Kalau ada yang berminat nak order.. boleh je beritahu kat sini... nanti aku uploadkan website kawan aku tuh kalau nak order direct dr dia.. kalau mana kawan-kawan yang kenal tuh.. kalau berminat nak order beritahulah.. kalau yang kat oversea tuh InsyAllah boleh usahakan kalau nak diposkan.. ;)

Friday 2 November 2012

November..

Salam pagi jumaat

Lama sungguh tak update blog..  bukan terlupa.. tapi sibuk giler.. aku rasa aku dah terlau letih dengan beban kerja.. beban thesis study sampai sekarang tak sempat2 lagi nak jengah.. kena paksa diri cari masa..

Raya haji pun dah lepas.. raya haji kali nie biasa sahaja... aku cuti khamis.. tapi selasa dah balik kampung sebab selasa dan rabu tuh aku ada meeting di KL..

Minggu depan kuliah mula semula.. student habis cuti break sekejap.. lepas tuh cuti balik 4 hari sebab cuti deepavali dan awal muharam.. minggu tu juga aku ada kursus di kl selama 6 hari.. kena kuarantin buat kerja.. ada juga rasa macam menyesal terima tugas tuh hahahaha... walaupun dibayar.. tapi rasa tak berbaloi dengan pengorbanan masa dan tenaga.. cuma boleh ambik jadi pengalaman kot.. in future?? xtaulah.. kalau tgk ok maybe aku join lagi.. kalau tak.. that it.. baik aku ngajar PJJ.. ribu leh claim ahaks..

Sudah beberapa hari rumah aku ada astro hahahaha... aku ambil juga sebab dah bosan tengok tv2, tv3, al-hijrah dan ntv7 hehehe... bila astro masuk je.. 1st channel yang aku tengok ada BBC news dan Sky News.. rasa macam duduk UK balik.. sekarang tengah sibuk liputan berita pasal banjir di New York.. dan dapat jugalah tengok balik news kat UK macam rutin biasa aku 5 tahun kat UK.. aku memang gemar menonton berita.. baik pkl 8 malam je.. aku mesti switch to TV3 sampai 8.30.. lepas tuh switch ke tv2 untuk dengar berita bahasa inggeris pulak... nie sejak ada astro.. Sky news dan BBC news another addition to my fav news.. channel news lain aku tak minat.. maybe sebab aku tak pernah ke australia dan US.. so channel; CNN ke.. lelain ke.. kurang feel sikit..

So far.. Astro takdelah best sangat.. channel sky yang aku subcribe kat UK dulu.. double triple lagik best dan lebih banyak channel.. channel movie kat astro ada 3 jek.. kalau ada box office tayangan hebat tu.. tambah lagi 2.. yang lain kena beli kalau nak tgk astro First dan Astro best.. bab nie yang aku macam frust sikit.. sebab dulu masa ada SKY.. channel movie jek ada dekat 6 7.. tak masuk lagi channel hindustan.. aku rasa ada dekat2 100 channel kot all together yang aku boleh view.. Paling best.. bila hari jumaat je.. movie mesti movie baru... best2 pulak tuh.. tahun lepas punya movie mesti dah ada.. dulu.. kalau jumaat malam je.. aku mesti dah terpacak kat TV.. sebab tahu..latest movie akan keluar waktu tuh.. tak sempat tgk.. mlm esok dia akan ulang tayang..

Semalam juga.. hby kawan aku sound kat bini dia hahaha... dia kata aku ambik astro tuh bila nak tengok??? hahahaha.. tergelak.. memanglah time aku tengok pun malam aje.. tapi setidak2nya aku punya pilihan nak tengok tv.. nie idak balik2 5 channel tv biasa je yang aku tgk.. hahahhaa... actually.. aku suka tengok movie dan news.. lagipun.. dengan pakej superpack RM125 oklah... dulu aku ambik SKY sebulan pun dekat £65 je.. macam2 channel..

Sekarang nie aku rasa terpanggil2 nak balik UK... InsyAllah akan diusahakan secepatnya.. tak sabar nak terbang balik sana.. tapi risau cuaca tak menentu sekarang nie...

Tuesday 9 October 2012

Minggu sibuk.. Thesis bila nak sambung semula nie??

Salam Petang Selasa

Mula minggu ini.. Kelas berjalan macam biasa.. cuma tugasan bertambah sebab kena tanda kertas exam.. key in markah hjg mggu nie.. baca forum student2 PJJ yang 4 group.. buat nota.. hal2 semua yang berkaitan dengan kerja.. Akibatnya?? Thesis aku tergendala sekian lama.. nak dapat mood buat semula alahai.. senanglah hendaknya..

Tak banyak nak dikongsikan.. melainkan kawan baik aku request aku stop balik kg untuk stayback kat ofis masa weekend nak siapkan thesis.. terfikir nak buat juga cenggitu.. sabtu dan ahad.. tapi keadaan bangunan yang tengah renovate.. pecah dinding sana sini.. habuk2 bertabur sana sini.. buat aku rimas sungguh ler...

Ye bangunan 4 tingkat yang aku duduk nie.. tingkat 2 dia p pecah dinding.. bayangkan habuk tanah merah yang berterbangan sana sini.. Tak sihat?? memang rasa amat tak sihat.. nak keluar pun rasa tak selamat.. macam duduk bangunan kena bedil jek rasanya..

Hujung minggu nie rasa malas nak balik kampung.. maybe aku start duk ofis kot.. sebab minggu depan last kuliah sebelum cuti semestere break..

Bila tak balik kg..
Rindu pulak ngan si putih nie..
Dia mmg suka tidur kat bilik air nie..
Sejuk...
Eh.. Nie sapa yang duk oversea nie ;)

Monday 1 October 2012

Tua sebelum usia..

Salam Tghari Isnin..

Buat sekian kalinya selepas 14 minggu kuliah dan 4 bulan mengharungi semester 1 untuk program diploma.. Akhirnya minggu ini mereka exam akhir.. bermakna tamatlah sesi pengajian kuliah mereka minggu lepas.. Jumaat ini mereka ambil exam final.. menandakan.. mungkin inilah kali terakhir mereka mengambil kuliah bersama aku.. selepas ini.. maybe yes or maybe not.. kami akan dipertemukan semula..

Aku sejak dulu.. bila tiba akhir semester perasaan sentiasa bercampur2.. Syukur sebab tanggungjawab sudah dilaksanakan.. kini semester ini ada 3 group degree pula yang mengambil subjek yang hampir sama.. group pelajar yang berbeza.. bukan sekadar aku kendalikan kuliah.. malah aku turut kendalikan 2 dari 6 waktu makmal bagi subjek ini.. kiranya.. secara tidak langsung aku involve secara terus dengan tugasan projek..

Minggu ini aku balik ke kampung.. buat pertama kalinya minggu lepas aku tidak pulang ke kampung.. rasa lain bila memandu pulang ke kampung jumaat lepas.. rasa macam dah lama sangat pulak tak memandu ke kampung.. yelah sejak ayah meninggal hampir 4 bln nie baru sekali je aku tak balik kekampung.. itu pun kerana aku ada kelas student PJJ pada hari ahad lepas.. itu yang aku korbankan masa balik ke kampung dengan melepak di rumah..

Tadi aku buat sikit review tentang satu produk kecantikan Safi Rania Gold.. Sejak balik ke Malaysia.. aku dah tukar produk.. dulu di UK aku pengguna tegar produk Elizabeth Arden.. Sebelum tuh banyak juga yang aku dah cuba.. dari Olay.. ke Simple.. ke Body Shop.. akhirnya aku guna Elizabeth Arden.. sejak guna krim tuh.. ramai yang tegur kulit aku nampak sekata.. dulu produk tuh mampu buatkan kulit aku tak kering sebab perubahan cuaca yang sejuk.. selalu menyebabkan kulit aku kering.. apatah lagi tiap kali basuh muka mesti basuh guna air panaskan.. bayangkan 5 tahun.. pakai air panas.. lepas jek wuduq memang kena pakai moisturizer.. kalau lambat sikit.. kulit rasa gatal dan kering..

Sejak balik ke Malaysia.. aku gunakan Krim Safi UV protection sebab aku agak concern dengan sinar UV kat malaysia.. maklumlah duk UK 5 thn tak merasa panas matahari.. Aku berhenti guna Elizabeth Arden sebab krim yang aku guna tuh takde UV protection dan harga dia melambung mahal dekat sini hampir RM200 1 botol.. Bila dekat nak habis tiub krim Safi UV tu (alah botol dia mcm botol fair lovely color pink).. masa aku survey nak beli yang baru.. Jurujual akak tuh.. recommend kat aku set Safi Perfect 10.. siap beli serum, pencuci muka dan krim kecantikan.. serum dah masuk botol kedua.. pencuci muka dah habis 1 tiub.. masuk tiub kedua.. dan serum botol ke2 pun dah nak habis.. lagipun harga dia berpatutan.. dan senang nak beli kat mana-mana.. semua pasaraya dan kedai ada produk nie.. malas pula nak try produk lain yang banyak dijual secara langsung tuh sebab nak kena cari agen dia pulak..

Bulan lepas aku ditegur sebanyak 3 kali oleh 3 individu berbeza mengenai tekstur kulit aku.. Sorang BFF kata kulit aku gebu lain macam.. hahahha... putih...aku buat dek jek sebab pada aku.. kulit aku memang jenis cerah sejak dulu.. pada aku andaian tuh biasa jek.. Lepas tuh masa melepak ke rumah sorang lagi kawan di bangi.. member Shah Alam aku tegur.. kenapa kulit muka aku nampak makin cerah berseri jek.. Bila dia komen nie.. aku pelik sikit sebab kami sama-sama geng di UK dulu.. tempoh masa kat sana pun lebih kurang je ngan aku..Kulit diorg pun lebih kurang macam aku.. tapi bila ditegur begitu aku sedikit hairan.. Bila aku cakap aku guna Safi.. kata aku disambut dengan komen seorang rakan dia yang pakai Safi Rania Gold.. katanya bila dia pakai waktu malam.. esok pagi dah nampak kulitnya putih cerah dan lembut.. (teruja dengan komen kwn aku tuh.. tuh yang tergerak nak cuba Safi Rania Gold pulak)

Kemudian.. Sejak M balik... komen pertama dia hari pertama dia masuk kerja.. adalah.... 'kenapa muka ko nampak makin putih gebu jek..' hahahhaa Akhirnya aku pun cerita yang aku gunakan set Safi Perfect 10.. So bila dah 3 orang tegur benda yang sama.. akhirnya terpaksalah aku akur dgn keberkesanan Safi itu...

Kemarin aku beli set Safi Rania Gold.. belum pakai pun lagi sebab set Safi Perfect 10 masih ada lagi.. beza 2 set nie.. yang Rania Gold ada emas 24k.. yang Perfect 10 takde 24k emas tuh.. tapi ingredient basic sama.. Mula aku ingat yang Rania Gold tuh utk org tua je hahhahaa... tapi bila baca testimoni ramai jek yang muda pakai.. yelah mana tau leh lawa macam Rozita Che Wan hehehe... jangan itu.. kawan lelaki aku pun ada yang pakai krim kecantikan Safi Rania tuh.. macam tak percaya je hahaha...

Menulis entri ini bukanlah sebab nak puji diri sendiri yang nampak muda atau jelita atau cerah putih melepak tau.. tapi sekadar berkongsi pengalaman sendiri.. Safi Rania Gold aku belum cuba.. tapi Kalau yang Safi Perfect 10 tuh.. aku boleh recommend sangat2.. lebih bagus pakai bersama dengan serum dan krim kecantikan.. kalau pakai krim pun ok je. tapi kalau dipakai bersama serum.. krim dan serum tuh lebih sebati di muka dan nampak lebih sekata.. Wah dah jadi promoter kecantikan pulak..

Mesti geng2 perempuan suka topik nie kan hahahha... Satu lagi.. Lipstik pun aku dah mula gunakan lipstik kolagen.. keluaran dHerbs harga RM25.. Mungkin sedikit mahal dari brand lipstik yang lain macam loreal.. maybelline.. Sebab apa aku suka pakai lipstik nie? sebab dia ikut warna darah.. warna tak terlalu merah.. dan sederhana pink.. yang paling utama lipstik nie ada pelembab.. bibir tak kering dan warna merah dia kekal agak lama sebab dia jenis meresap ke bibir berbanding lipstik lain yang biasanya mudah tanggal dan meninggalkan kesan pada cawan bila kita minum air hehehhee... So far dah masuk lipstik kedua..

Sesekali share petua kecantikan ok juga kan.. Apa pun janji happy.. Pakailah dengan penuh keyakinan bak kata kawan baik aku ;)

Pintu Masuk yang aku lalu setiap hari
:)

Thursday 20 September 2012

Bila orang suka buat andaian tertentu

Salam Pagi Khamis

Minggu ini minggu kuliah penuh.. Minggu depan kelas akhir untuk program diploma.. dan minggu ini kelas degree dan PJJ pun bermula.. Schedule aku penuh hingga hujung minggu.. Sudah beberapa hari aku keletihan.. semalam sahaja hampir pkl 10 baru aku selesaikan semua urusan rumah.. dari beli barang.. balik masak.. basuh kain. sidai baju.. kemas bilik.. gosok baju.. lipat kain bagai.. semua itu rutin biasa aku setiap hari... hanya boleh dikira berapa kali sahaja aku berpeluang untuk berehat sebelum pkl 7.. sempat melayan drama pkl 7 di TV3.. skrg nie.. langsung takde peluang..

Minggu ini emosi aku sedikit terganggu.. dah puas sabar sebenarnya.. tapi entahlah kadang2 aku rasa bosan dengan andaian orang terhadap sesuatu.. benda yang kita tak buat.. dituduh buat.. hanya sebab dia rasa.. dia rasa.. benar atau tidak itu belum jadi persoalan lagi.. kadang2 lebih dahsyat.. berlaku pun tak lagi.. tapi dia punya andaian dan sangkaan seolah-olah benda tuh dah pun berlaku..

Semalam tahap kesabaran aku memang maksima dah.. aku letih sangat semalam.. ditambah aku nak siapkan semua urusan rumah yang berderet menunggu untuk diselesaikan... sejak kerap pulang ke kampung setiap hujung minggu.. urusan rumah kebanyakkan terpaksa aku selesaikan pada hari bekerja.. nie pun kira minggu nie aku belum ada lab di waktu petang.. mula minggu depan.. aku akan lebih letih.. pagi kelas dan petang pulak lab..

Kemarahan aku semalam tidak ada kena mengena dengan pakwe aku di rumah.. tapi berkait rapat dengan sikap seorang sahabat ini.. Kadang2 jalan terbaik untuk penyelesaiannya.. adalah diam.. malas dah nak bertekak.. kita dah makin tua.. bukan makin muda.. dan aku sendiri pun banyak benda lain nak buat dan fikir.. malas nak melayan benda2 yang merepek2 dan bukan2... ini bukan zaman remaja lagilah... Kadang tak faham juga apa lagi yang tidak puas hati sangat.. nak kata tak melayan kehendak dia.. rasanya hampir semua kehendak dia aku turutkan.. entahlah kadang2 bosan rasanya... hanya sebab satu gurauan dah nak ambil serius.. yang buruk tuh tuhlah yang diungkit2.. yang baik aku buat takde pulak nak ingat atau ucap terima kasih pun...

Dulu masa di UK.. rasa lebih tenang hidup sebab kalau ada masalah pun sekadar dengan diri sendiri je.. Jarang sangat terlibat dengan emosi orang lain... Hidup aku.. hidup kau.. rutin aku setiap hari adalah kerja.. pergi CIS dan balik rumah... tak kacau orang.. tak usik hidup sesiapa... Sekarang nie.. semua nak dilayan.. itupun aku masih amalkan sikap privacy yang tinggi di kalangan rakan sekerja.. kalau takde hal.. aku buat hal sendiri je.. takde sibuk2 nak menjengah bilik jiran tetangga sebelah bilik di pejabat mahupun jiran tetangga di rumah sendiri.. Maybe org akan kata aku buat hal sendiri.. Malas nak layan sebenarnya.. lagi2 pula kebanyakan hal2 di rumah aku yang uruskan sendiri..

Biarlah.. Aku malas nak melayan.... baik layan lagu lagi best kan..

Lepaskan oleh Wanna
Best melayan anmasi nie.. walaupun bukan dihasilkan oleh orang yang buat klip ni..
Animasi macam ini antara projek assignment untuk student degree aku semester nie..
:)

Wednesday 12 September 2012

Hampir sebulan menghilangkan diri

Salam petang rabu..

Lagi 3 hari genaplah blog ini dah dekat sebulan tak update.. raya pun dah nak abis.. minggu nie last raya.. sekejap sahaja rasanya berpuasa dan kemudian sambut hari raya.. tup2 dah nak habis raya.. rasanya banyak lagi rumah kawan-kawan yang belum sempat pergi raya.. nampaknya tunggu p raya haji jelah ;)

Sebulan nie selepas sibuk cuti raya seminggu.. aku pula sibuk training programming Java Servlet pulak... naik minggu itu student pula masuk untuk minggu pertama semester.. kini kampus dah kembali sibuk.. minggu ini minggu tambah gugur kursus.. aku pula.. kecuali hari rabu je takde kelas.. selebihnya pagi dan petang ada kelas dan lab..

Esok sahabat baik aku M balik dari New Zealand.. sekejap je masa berlalu kan.. rasa macam baru je dia pergi bulan 3 ari tuh.. aku pulak.. sepanjang 6 bulan sibuk dengan kelas dan juga kerja2 ofis.. baru semalam aku demam.. perut meragam tahap kritikal hingga ke toilet setiap 15min.. Alhamdullilah hari ini ke toilet tak seteruk semalam.. selesai je kelas semalam... aku terus tidur sampai dekat nak balik.. nak bawak badan pun tak larat.. balik umah.. singgah kedai beli roti.. sebab hanya itu sahaja selera tekak yang ada..  beli bubur segera dan panadol soluable... selesai makan roti.. telan ubat.. makan bubur.. barulah badan berpeluh.. baru rasa kebah sikit demam.. dalam tuh sempat juga p kedai balik sebab terfikir nak bawak kek batik untuk jamuan raya kat fakulti.. demam2 tuh sempat lagik buat kek..

Hari ini Alhamdullilah perut tak meragam sangat.. tapi masih ke toilet gak.. harapnya malam nanti makin baik.. esok dan lusa ada kelas... Jumaat macam biasalah.. rutin balik kampung macam biasa.. weekend nie cuti panjang kan.. berderet2 cuti bulan nie.. hari tuh cuti raya... seminggu pastu cuti merdeka.. pastu cuti 1 malaysia pulak..


Sejak kebelakangan nie aku suka layan lagu nie.. 
OST drama bukan bidadari tayangan tv3 setiap hari selasa 9-10malam


Wednesday 15 August 2012

Aidilfitri Just around the corner

Assalamualaikum and Good Evening.. Salam Petang Rabu

Alhamdullilah.. just few more days left to celebrate Eidul Fitri.. I been celebrating Eid for 4 years in UK and I manage to celebrate Eid 1st time in Malaysia in 2010 when I decided to come home for 2 weeks that year.. that was my last time celebrating Eid with arwah Ayah.. and this year my Eid celebration just simple and plain.. Just this time a new routine will be added.. visiting Ayah after Eid prayer as well as visitng Arwah nenek and atok.. Mum seem to be handling her emotion quite okay.. but she still cried everytime she wanted to clear and clean some of ayah stuff in the house.. I do understand her feeling and whenever she told me her deepest sadness feeling.. I sort of just nod and keep my voice silence as a meaning that I understand and try not to trigger more of her sadness.

Overall.. I didn't prepare much for Eid.. I manage to have few new baju kurung..Eventhou that baju kurung happen to be a new baju kurung for work.. buat as long as it new then it just become part of new baju kurung lah.. other than that.. nothing much.. I don't even have any kuih raya yet..duit raya well.. just manage to keep behind small change whenever I go around buying things for gloceries.. My version of duit raya doesn't involve the latest notes.. tak kisahlah kan.. byk mesin parking pun tak leh terima lagi duit RM yg baru..;)

Around this week.. almost all radio and tv channels have been playing all the lagu raya.. oldies.. newbies songs.. but we always been more in mood with the oldies version.. lagu raya yang lama lebih sentimental kan.. I guess it because.. we been listening to that kind of songs many years ago.. since we're young.. and it will always be one of those memorable songs for most of us..

Less than a month my dear good friend will come home for good from New Zealand.. it means that I gonna be 6 month since I'm home last time.. So.. I'm really looking forward to meet her again.. life probably be more interesting and colorful I guess.. I hope so.. but I also seem to miss out meeting few friends as well.. Gosh bila nak jumpa korang nie kan.. Tiny... Juliet.. KTS.. Kak Erna.. Kak Anie.. Kak Pah.. all these are my blog friends.. InsyAllah.. we'll meet during open house kan.. If not.. we decide to open table anywhere around KL for lunch or dinner later ;)

InsyAllah.. Till we meet again after raya.. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang sentiasa sudi singgah ke blog ini.. Semoga selamat pergi dan balik ke kampung.. Jangan main mercun.. tapi kalau nak main meriam sila duduk jejauh sikit hehehe..


Jaga diri dan Selamat Pulang ke Kampung :)
 

Wednesday 8 August 2012

Menghampiri minggu ke 3 Ramadhan

Salam pagi rabu..

Alhamdullilah kita dah 19 hari berpuasa kan.. sekejap sahaja sudah tiba pertengahan Ramadhan.. rasa baru sahaja kita mula berpuasa kan.. tak lama lagi dah nak raya..

Tahun ini raya takdelah meriah mana.. Aku sampai hari nie pun belum tukar duit lagi.. tak tahulah kot ada lagi duit kat bank untuk ditukar.. terlupa langsung pasal nak tukar duit nie.. :) Mungkin hari ini cuba ke bank kot kalau ada lagi duit yang baru.. Lagi pun anak buah takdelah ramai sangat.. lagi sebelah pakwe.. so confirm dia akan bg duit raya.. aku relak je hahaha.. :)

Hujung minggu lepas aku belikan peti sejuk untuk mak (itu pun nak cerita ke hahaha).. Sebenarnya dah lama aku nak belikan sebelum arwah ayah meninggal lagi.. tapi kerana sibuk dengan pelbagai urusan so kiranya kali ini aku nekad pergi beli je.. sebab dah nazak sangat peti ais tu.. peti ais yang ada tuh pun adalah peti ais aku masa bujang dulu kira dah 15 tahun jugalah.. tempat beku pun dah tak berapa nak beku.. kecik jek.. so aku terus belikan peti ais yang besar.. ahhh senang dia nak letak apa dalam peti ais tuh.. nie kadang tengok.. asyik beli ais jek kat luar.. sekarang nie.. tak yah pening2.. boleh buat berapa banyak ais pun.. takde dah gaduh nak p beli lagi.. Sebenarnya soal beli barang-barang untuk kegunaan mak dan ayah nie.. adalah benda yang aku prihatin dari dulu.. mereka memang tak pernah pun mintak.. tapi kadang2 bila tertengok kualiti benda yang sedia ada tuh dah sampai expired date.. dah nazak.. kita sebagai anak takkan nak pandang takde mata pulak.. mungkin ada yang tak kisah benda2 nie.. selagi diorg leh guna.. gunalah.. Aku pulak tak boleh.. lainlah kalau takde duit itu cerita lain.. Macam aku pun bila masa nak beli peti ais tuh pun.. mak berkali2 menolak sebab mahal.. tapi aku tak kisah sangat sebab untuk kegunaan ramai orang.. lagipun kalau aku fikir nak mak beli sendiri.. dia bukan ada duit banyak mana pun.. so jadi tanggungjawab kita lah kan.. kalau ramai adik beradik boleh juga sama-sama kongsi duit.. tapi macam kes aku.. payah nak kongsi2 nie.. sejak bujang lagi aku dah practise benda2 nie.. Lagipun ada rezeki duit lebih.. so aku fikir baik aku spend jek untuk yang lebih memerlukan.. atleast pun peti ais tuh boleh guna lagi 10-20 tahun lagi..

Kini lagu raya dah mula berkumandang.. dulu blog aku bila dah masuk ramadhan ramai kawan-kawan request lagu raya kat blog aku hahaha... kini malas nak update lagu.. sebab dah ada kat mesia.. kiranya tahun nie1st aku raya di tanahair.. dan 1st juga raya tanpa arwah Ayah.. Sedih dan sayu.. pasti sahaja pagi raya aku lebih sedih.. minggu lepas aku dan mak lawat kubur ayah.. tengok sedikit terendam sebab dekat dengan kolam air sebelah tuh.. kalau hujan memang masuk ke kubur ayah..

Sebenarnya hingga kini.. tika dan waktu ini tiap kali aku teringat Ayah.. atau menulis tentang ayah.. sebak pasti bersarang dalam hati aku.. airmata pasti begitu mudah mengalir.. Bukan mudah untuk aku lupa apa yang telah aku lalui.. Dalam banyak adik-beradik aku.. aku satu-satunya anak yang melihat setiap detik.. jam.. waktu dari saat Ayah meninggal hingga dia dikebumikan... malam itu aku tak tidur langsung.. berjaga hingga ke pagi.. sibuk uruskan.. segalanya.. aku lihat bagaimana dia diangkat untuk dimandikan.. aku lihat dia dikafankan.. aku lihat dia disembahyangkan.. aku lihat dia dibawa ke tanah perkuburan dan akhirnya aku lihat dia dikebumikan.. hingga kini aku sukar nak lupakan wajah dia waktu dikafankan.. hingga kini tiap kali aku duduk di ruang tamu rumah mak.. pasti aku terbayang wajah dan tubuh ayah yang dikafankan di ruang tamu itu..

Benar.. kehilangan itu terlalu besar impaknya dalam hidup aku..Hidup sudah diteruskan.. masih terus kejar impian dan harapan.. tidak pasti lagi apa akan jadi di masa hadapan.. tapi kita kena teruskan juga.. tapi sesekali aku pasti akan menoleh ke belakang untuk merenung masa silam.. kenangan lalu untuk aku kutip demi untuk jadikan semangat untuk terus ke depan..

Semoga kita terus berusaha dan capai apa yang kita kehendaki untuk masa depan..

Aku tertarik mengambil gambar ini sebab..
Papan tanda itu 'Kg Tanpa Wayar 1 Malaysia'
;)

Wednesday 1 August 2012

Semoga aku punya ilham untuk terus menulis thesis ini..

Salam Petang Rabu

Kini dah awal bulan 8.. kiranya sudah 5 bulan aku pulang ke tanahair.. setelah sibuk dengan urusan penerimaan barangan sebanyak 100+ kotak.. diikuti dengan urusan kereta import yang ambil masa 2 bulan.. kemudian pada penghujung bln 5 pula kehilangan Ayahanda tercinta.. kiranya hanya sekali dua sahaja aku membuka file kerja study Phd aku itu.. itupun untuk analisa data dalam SPSS yang separuh jalan dan masih ada 1 kumpulan data lagi yang belum habis di proses.. Hingga kini analisa menggunakan test yang bersesuaian belum sepenuhnya dilaksanakan..

Minggu lepas.. Sabtu.. Alhamdullilah... Sahabat baik yang ke-4 (kami 4 orang sahabat yang rapat) telah pulang ke tanahair.. Kiranya kini kami semua dah kembali bertemu di tanahair.. dulu semasa di sana setiap minggu kami akan melepak masak-masak.. dan sabtu lepas aktiviti itu berlaku kembali.. bezanya.. kami hanya sempat berbuka dan menghantar sahabat itu pulang ke kelantan menaiki flight pada pukul 10.30mlm.

Dalam pada sibuk memasak dan menyediakan juadah untuk berbuka puasa.. aku diberi amaran dan teguran oleh seorang lagi sahabat aku berkenaan dengan urusan pengajian PhD aku.. berulang kali dia mengingatkan aku agar selesaikan dengan cepat.. Sebenarnya sejak kehilangan Ayahanda.. semangat aku sedikit susut untuk menyelesaikan penulisan dan analisa data... Dalam pada itu.. Dia sempat berpesan sebab Isnin depan dia akan ke Tanah Suci Mekah untuk mendirikan Umrah.. awal-awal lagi dia sudah berpesan.. Doa untuk aku selesaikan PhD adalah antara keutamaan untuk dia sampaikan nanti.. terkejut dan sedikit terharu sebenarnya bila dipesan sebegitu.. Sejenak aku memikirkan.. betapa beruntungnya aku punya sahabat sebaik itu.. tambahan lagi.. seorang lagi sahabat bakal menunaikan haji pula tahun depan... Aku?? InsyAllah akan aku usahakan untukl mengerjakan umrah.. Nyatanya selepas aku selesaikan PhD aku tahun ini.. dan konvo pada tahun depan..

Semalam meeting untuk melihat data survey yang kami lakukan pada minggu lepas.. sebenarnya aku sedang merancang untuk menulis paper untuk data itu.. dalam waktu yang sama juga aku berangan mahu ke Tokyo Jepun dan mula mencari seminar atau konferens di sana yang aku boleh hadiri.. ada.. dan aku berminat nak hadiri.. tapi bila memikirkan aku perlu menganalisa data yang baru.. buat aku teringat data PhD aku yang belum berusik sejak 4 bulan yang lalu.. lantas dengan semangat yang jitu dan bersungguh2 (ahaks).. Aku mula menyusun chapter 1-7 dan urutan topik yang sesuai untuk design content thesis aku..

Secara umumnya aku punya 5 chapter yang telah sedia ada bahan kandungannya cuma tinggal 2 chapter sahaja iaitu chap 6 untuk analisa data dan chapter 7 untuk conclusion sahaja. Hari ini aku berjaya menyiapkan separuh daripada chapter 1.. menulis Alhamdullilah kali ini begitu mudah.. memandangkan aku dah terlalu lama tidak menulis dalam bahasa inggeris.. apatah lagi menulis dan konteks bahasa akademik.. bila sahaja masuk chap 2 dan 4 nanti akan banyak quote dari paper yang perlu aku semak semula dan tulis semula.. But InsyAllah.. Semoga aku punya semangat sebegini untuk terus menulis...


Doakan ilham datang terus dengan mencurah-curah ya.. Aku mahu selesaikan semua ini pada tahun 2012 ini juga

Melihat banyaknya bunga-bunga yang gugur berhampiran kawasan letak kereta ini membuatkan aku teringat musim bunga di UK.

Monday 23 July 2012

Ramadhan pertama di Tanahair

Salam pagi Isnin

Aku sudah hampir sejam tiba di pejabat dari kampung.. seperti kebiasaanya pagi isnin aku akan sedikit letih memandu hampir 2 jam dari kampung.. hari ini tiba awal sedikit sebab lepas sahur aku boleh bersiap dengan cepat..

Sabtu lepas buat pertama kalinya kita berpuasa di tahun 2012.. dan juga buat pertama kali juga untuk aku berpuasa di tanahair selepas 5 tahun berpuasa di rantau orang.. Syukur.. sebab kali ini merasa berpuasa di kampung.. bersahur dan berbuka bersama keluarga.. Kini hari ini.. aku kembali berpuasa di rumah.. dan pastinya seperti sebelumnya aku juga akan berbuka sendirian di rumah.. cumanya minggu ini.. jadual aku sedikit padat sebab lewat petang dan malam aku perlu kendalikan makmal untuk sesi survey online untuk projek research yang kami jalankan.. bermakna.. aku mungkin pulang sedikit awal ke rumah.. masak nasi siap2.. dan mungkin juga masak lauk pauk.. kemudian keluar untuk handle lab pkl 5-7.. balik buka di rumah dan pukul 8-10mlm pula kena handle lab lg.. letih kan.. :)

Pasar Ramadhan? aku tak pasti lagi sama ada akan pergi atau tidak.. sebab seperti biasa.. kalau pergi pun takat nak beli kuih muih.. sebab aku akan masak juga nanti di rumah.. sebelum puasa pun rutin dah biasa dengan masak lauk pauk.. Cuma pasar ramadhan dah berubah tempat sejak 3 thn yang lalu.. so tempat yg baru nie aku memang tak pernah pergi.. jika sempat ptg nie mungkin aku singgah.. mungkin lepas kelas nanti aku balik rumah dulu.. letak beg2.. dan kemas rumah lebih kurg.. masak nasi n lauk pauk.. sblum pkl 5 akan gerak pulak ke lab.. setidak2nya abis lab pkl 6lbih nnti aku tinggal balik rumah je.. mlm nak keluar balik pulak kan.. (kalau tetiba kwn aku ckp tak jadi lab mlm nie.. perhhh best apa lepak umah.. tapi rasanya macam takde tak jadi...)

Alhamdullilah.. sudah 3 hari kita berpuasa... 2 hari sebelum nie tak rasa letih sangat sebab melepak kat rumah je.. hari pertama jek.. banyak tido hahahah... nie dah mula bekerja nie sure melepek sat lagi... kena pulak handle lab ptg n malam lagi.. plan nak ke masjid terawih pun.. mungkin x.. aku terawih ka umah je.. nak pergi sorg2 naik kereta malas pulak.. kalau ada kawan2 lagi best..

Teringat dulu kami terawih di rumah kawan2 sahaja.. selesai buka.. solat maghrib n isyak.. kemudian terus sambung terawih.. rindu kenangan zaman itu.. berbuka di rantau org.. dimeriahkan  dengan kawan-kawan.. buka.. solat.. terawih bersama-sama.. kat sini pun geng2 semua utara timur barat.. kalau dekat2 rumah macam dulu memang bestlah.. 5 tahun berpuasa di tempat orang kan.. mana kan dapat dilupa semua itu..

Semoga tahun ini Ramadhan lebih bermakna.. cuma pastinya aku akan rasa kekurangan sebab Ayah takde tahun nie.. rutin buka dan sahur juga berbeza...

Selamat berpuasa ye semua.. semoga amalan kita lebih diberkati dan bertambah..

Tuesday 17 July 2012

Kasih sayang itu adakah akan sama nanti..

Salam Pagi Selasa..

Kini sudah hampir 2 bulan aku masih punya rasa sedih ini.. dan kita pun tinggal kurang dari 3 4 hari untuk berpuasa.. InsyAllah.. buat pertama kalinya aku berpuasa hari pertama Ramadhan di tanahair.. tahun ini aku takde rasa ghairah sangat untuk menyambut Ramadhan.. apatah lagi memikirkan kini hari raya tanpa Ayah..

Benarlah semasa hayatnya aku selalu kadangkala take advantage dengan waktu yang aku punya bersama dia.. apatah lagi jarak dan masa membataskan perhubungan dan sentuhan.. Ketika aku 5 tahun di sana.. di tahun-tahun akhir aku jarang call ke kampung kerana sibuk dengan urusan study.. Kini setelah pulang hampir 5 bulan.. aku kini seolah membalas balik semua masa yang pernah aku abaikan pada mereka.. setiap jumaat aku akan pulang ke kampung.. rutin hujung minggu aku adalah di kampung.. Isnin pula.. rutin memandu selama hampir 2 jam ke tempat kerja seawal pkl 7 pagi.. sampai pukul 9.. rehat sekejap dan pukul 11 aku ada kelas pula selama 2 jam..

Letih??? sudah tentu badan aku terlalu letih.. tapi memikirkan.. letih itu untuk keluarga.. maka aku ikutkan sahaja.. kalau nak tanya badan aku.. aku tak dapat nafikan.. keletihan aku sememangnya terlalu... Tapi.. hati masih kuat mahu berbakti dan bertanggungjawab kan.. Kini bila ayah sudah tidak ada.. Mak ada aku tempat untuk bergantung.. banyak keputusan yang perlu aku laksanakan untuk keluarga.. aku tak rasa terbeban.. Aku doakan Allah berikan aku kekuatan dan peluang untuk terus berbakti pula untuk mak..

Kasih sayang seorang anak... Dulu aku pernah ada rasa tidak puas hati dan berkira dengan arwah Ayah.. mungkin kerna dulu dia seorang yang tegas dan garang.. maka seawal usia dewasa aku... aku agak rapat juga dengan ayah kerana selama 3 tahun setiap hari aku berulang alik ke sekolah dihantar ayah.. malah aku pernah bekerja sebagai seorang guru sandaran dimana ayah ketika itu adalah guru besarnya.. Kiranya aku satu-satunya anak ayah yang pernah rapat sebegitu berbanding dengan adik-adik yang lain..

Selewat usia sebelum pemergian ayah juga.. Ayah dulu selalunya akan duduk di sebelah aku dan bersembang dengan aku.. Adakala bila aku membaca surat khabar sendirian di meja sofa.. Arwah ayah akan datang duduk disebelah aku dan mengingatkan aku tentang banyak perkara.. adakalanya menasihati.. adakala dia meluahkan.. sejak kebelakangan sebelum ayah pergi.. dia banyak meluahkan ketidakpuasan hatinya tentang adik-adik... dan aku sepertimana dulu.. lebih selesa mendengar sahaja..

Dulu aku berkira untuk menbelikan sesuatu untuk ayah kerana fikirku dengan pencen ayah yang melebihi 2K itu ayah tidak memerlukan apa-apa.. dan selalunya aku sering belikan untuk mak sahaja... hingga 8 thun yang lepas mak pernah menegur aku meminta aku membelikan baju atau kain pelikat untuk ayah... sejak itulah aku tidak begitu berkira sangat..

Apalah sangatkan harga yang perlu kita bayar untuk belikan sesuatu untuk mak dan ayah kita... tapi aku pernah punya sikap sedikit berkira dengan arwah ayah aku.. itu cerita lewat 7 8 tahun lepas.. Tahun ini buat pertama kali juga aku sambut hari ibu dengan membelikan mak kek... terharu mak.. hingga mak cium aku.. dan aku pernah juga niat untuk membelikan kek yang sama bila sampai hari bapa bulan lepas.. tapi... Allah lebih tahu... niat itu tidak dapat aku laksanakan.. tapi hari ayah itu aku sambut dengan pergi ke pusara ayah hari itu..

Sejak ayah meninggal.. kiranya kami kerap menziarah ayah.. kadangkala setiap minggu.. kadangkala 2 minggu sekali..apatah lagi kuburan itu hanya di tepi jalan besar sahaja.. tiap kali nak balik ke kampung dari pekan besar.. pasti akan lalu di situ dan tidak pernah mata aku tidak menoleh ke situ.. adakala aku hanya sekadar mengucapkan salam pada ayah andai aku tidak sempat singgah..

Kini bila ayah sudah tidak ada,, barulah aku tahu banyak mana kasih sayang aku pada ayah.. bukanlah bermakna.. semasa hayatnya aku tidak sayang atau kasih sayang aku sedikit.. cuma biasanya kita tidak peka tentang soal hati.. Kini bila telah kehilangan.. barulah aku tahu.. bahawa aku terlalu sayangkan ayah.. terlalu tinggi nilai kasih sayang aku pada ayah.. hingga pernah beberapa kali terlintas di fikiran aku.. adakah nanti bila aku punya anak.. anak itu akan menyayangi aku seperti mana kasih sayang aku pada mak dan ayah..

Aku tidak tahu jika fikiran ini ada sebabnya.. mengapa pula kita seolah mahu menagih atau mengukur kasih sayang itu..entahlah.. aku sendiri tidak tahu mengapa fikiran sebegitu datang pada aku.. Kerap kali aku terfikir..adakah nanti bila aku tua.. anak-anak akan mampu menjaga aku seperti mana aku menjaga mak dan ayah.. akan taatkah mereka pada kami berdua nanti seperti mana taatnya kami pada ibubapa kami..

Pernah dengar tak cerita tentang seorang anak yang punya seorang ayah yang tua dan juga anak yang kecil.. Mereka ini terlalu lapar.. hinggalah satu hari mereka terjumpa makanan.. masalahnya makanan itu hanya cukup untuk seorang sahaja.. Si anak serba salah untuk mengutamakan siapa... ayah yang tua atau anak yang kecil..

Menurut ustaz yang pernah menyampaikan cerita ini.. sebenarnya si anak wajib memberikan makanan itu dahulu pada ayahnya.. dan bukan si anak kecil tadi.. sebabnya?? itu adalah merupakan satu ajaran sebenarnya.. andai si anak memberikan makanan itu pada anaknya yang kecil.. bila dewasa nanti si anak kecil itu akan lebih mengutamakan anaknya sendiri berbanding kedua ibu-bapanya.. sebab itulah si anak tadi harus memberikan makanan itu pada ayahnya sendiri terlebih dahulu..

Berbalik dengan cerita itu.. aku rasa punya kebenaran yang besar.. ini kerana sewaktu aku anak-anak lagi.. seawal umur aku 9 tahun.. aku telah tinggal di kampung bersebelahan dengan rumah arwah nenek dan atok aku.. maka selama bertahun mereka ada di situ.. aku telah melihat bagaimana ayah aku berbakti dan menghormati kedua ibu-bapanya.. dan dari situ sebenarnya.. aku terikut sikap ayah.. hingga menyebabkan cara aku melayan mak dan ayah.. terikut dek cara bagaimana ayah selalu melayan kedua ibu-bapanya sendiri.. Benarlah kan.. didikan itu penting.. sikap yang kita perlihatkan itulah akan jdi ikutan..

Aku dulu tidak pernah lihat arwah ayah meninggikan suara pada ayah dan maknya.. Aku tidak pernah
melihat dia mengabaikan mereka.. apa sahaja permintaan mereka ayah akan cuba tunaikan... Maka sikap itulah yang terbentuk pada aku..

Ye nilai kasih sayang.. seorang anak pada kedua ibubapanya.. walaupun sebagaimana banyak pun yang kita lakukan untuk mereka... kita tetap takkan dapat membalas jasa mereka...

Buat mereka yang masih punya kedua ibu dan ayah.. hargailah mereka selagi mereka ada... percayalah bila kita kehilangan mereka.. benarlah kata sahabat-sahabatku.. sebahagian daripada diri kita hilang bersama mereka.. kehilangan ayah sudah cukup memberikan impak terlalu besar dalam hidup aku... Aku belum bersedia untuk menerima kehilangan mak pula andai masa itu tiba.. Ya Allah panjangkan usia ibuku dan berikan kesihatan yang baik untuk Ibuku...

Kasih sayang aku buat mereka tidak dapat aku gambarkan.. Aku terlalu sayang mereka berdua..

KLCC waktu malam..
Sejak kebelakangan ini aku kerap ke KL

Monday 16 July 2012

Andaiku bercinta lagi (music mode)

Salam pagi Isnin

Hari ini mahu melayan mood jiwang ahakss
Semenjak jadi pengikut setia drama 'Ameera' setiap hari selasa-khamis kat TV3.. 
Aku terus terpikat dengan lagu ini.. 
Lagu kumpulan Mojo.. dibawah KRU.. 
So now officially..
This is one of my fav song ;)

 Andaiku Bercinta lagi
Kumpulan Mojo
Penyanyi : Aweera


 Katanya lagu ini ditulis oleh Edry KRU berdasarkan kisah benar cinta kawannya..
Seorang lelaki yang masih menyintai isterinya yang meninggal sebab kanser..

Mendalam maksud lagu ini.. 
dan liriknya memang best ;)

Friday 13 July 2012

Bertambah lagi usia..

Salam hari Jumaat

Alhamdullilah sejak tengah malam tadi lagi aku telah menerima ucapan dan sms selamat hari lahir.. Pagi ini juga beberapa sms aku terima masuk.. Wall di facebook juga penuh dengan ucapan rakan-rakan.. rasanya antara masa-masa inilah nak merasa meriahnya wall facebook sendiri :)


Syukur kini diberikan pertambahan usia untuk tahun ini.. namun tahun ini hari lahir disambut sederhana.. Pakwe seperti biasa buat tak tahu je heheheh.. tapi seperti mana tiap2 tahun.. pesanan untuk belikan kek pasti akan aku minta seperti selalunya..

Tahun ini aku tak rasa beria nak celebrate birthday.. maybe sebab masih terasa sedih dengan kehilangan ayahanda.. Namun.. masih bersyukur kerana masihramai kawan-kawan yang ingat akan hari lahir aku ini.. baik di UK..di New Zealand.. di Thailand.. di Malaysia Alhamdullilah mereka masih ingat..

Buat rakan-rakan lain.. InsyAllah ada masa nanti pasti kita akan bertemu untuk janji untuk sambung bergosip ahaks..

In Central KL @Bukit Bintang
Early nite of 12 July..
When it reach 00.00 times on 13 July..
I was driving on my way home..
Sedih gak masa nie sebab celebrate sorg2 dalam kereta..

Tuesday 3 July 2012

Antara 2 kereta...

Salam Petang Selasa

Minggu ini kurang sibuk sedikit.. tapi aku ada kelas pada hari isnin.. walaupun student degree cuti.. cuti semester nie aku kena ajar student diploma pulak.. walaupun dah masuk jabatan lain.. tapi bidang yang aku ajar ternyata jelas masih bidang jabatan yang lama.. Pelikjuga.. kata ramai dr jabatan tuh tak cukup jam kredit mengajar..so atas dasar ilmu.. aku terima jelah mengajar kelas budak diploma nie.. tapi kira ok jugalah sebab ketua jabatan aku pun kena mengajar student diploma.. kira hanya kami berdua semester nie yang mengajar diploma jabatan lain

Beberapa minggu lepas.. aku lebih kerap membawa kereta yang satu lagi... kereta lama tersadai agak lama di rumah.. kesannya.. bila aku nak bawa kereta tuh selasa lepas.. terus tak leh start.. bateri kong sebab dah dekat 2 minggu tak start langsung.. kata orang.. kalau tak bawak tuh.. hari2 kena start juga.. tapi aku dek sebab kadang terlupa.. pagi sibuk nak cepat p ofis.. balik pulak.. sibuk nak masuk umah.. sampai lupa nak start keta..

Antara 2 kereta.. sebenarnya ada perbezaan bila bawak 2 kereta itu.. satu kereta lama yang punya banyak nostalgia.. sudah 12 tahun kereta itu kami gunakan.. kereta itu jugalah kereta pertama aku.. dapat sahaja lesen kereta..2minggu selepas itu kereta pun keluar.. kiranya.. episod aku memandu kereta di Malaysia nie semuanya dengan kereta itu sahaja.. sampai dah sebati lah.. sekarang dek kerna usia yang dah tua sikit.. banyaklah ragam dia.. goyang sana..goyang sini.. gegar sana gegar sini.. bunyi sana bunyi sini.. kiranya utara selatan.. kereta tuh dah jelajah dah..

Walaupun kereta tuh dah lama.. tapi aku rasa lebih selesa naik kereta itu bila kemana-mana.. kerana kurang menjadi perhatian orang...kereta yang satu lagi tuh kalau aku bawak.. haiii... mata-mata yang memandang semuanya menoleh tak berhenti.. rasa tak invisible.. selalu juga aku terima tenung dari orang2 sekitar sini tiap kali aku bawak kereta tuh.. baik ke pekan.. ke medan makan.. mahupun masuk ke kampus.. biasalah.. tgk no plat baru.. no 3 angka jek.. semua itu mengundang perhatian orang..

Kereta lama itu walaupun dah tak cantik mana.. calar sana sini.. tapi aku rasa lebih invisible.. orang tak menoleh sangat bila aku memandu.. nak parking mana-mana tepi jalan pun takde hal.. kereta satu tuh.. bila nak parking jek aku dah pening kepala sebab tak boleh nak parking sebarang..

Namun dari segi pemanduan tuh.. sudah tentu kereta yang satu lagi lebih sedap dipandu.. perjalanan jauh tak rasa sangat... nak parking.. pun mudah sebab auto.. takde sibuk nak tukar gear bagai... tapi elok juga punya 2 kereta dengan cara pemanduan yang berbeza sebab ia membantu kita reset balik tindakan kita.. kalau keta auto.. kita terbiasa dengan tindakan tekan break.. tekan minyak.. bila bawak manual... mulalah terkiyai2.. fikir apa nak buat.. lama fikir baru teringat kena tekan clutch hahahaha dan mula masuk gear.. kdg lupa gear camna nak masuk.. itu terjadi bila terlalu lama sangat bawak kereta auto... ;)

Mula-mula dulu bila bawak kereta satu tuh.. sedikit kekok dengan pandangan orang pada aku.. lama-lama aku dah biasa.. selalu buat tak tahu je.. sebab selalu dah perasan ekor mata orang yang memandang.. sebab itu aku kdg lebih selesa bawak kereta lama.. invisible bila kemana-mana.. sebab takat bwk kereta wira org mana hairan kan.. ada bagusnya juga.. bila kita tak pernah bawak kereta yang jatuh kategori mewah nie.. kita tak pernah tahu macamana rasa dan pengalamannya.. Mula tuh memang ada rasa segan sikit.. dgn kata lain berlagak sikit ahaks... tapi itu sebenarnya buat aku muhabah diri juga.. terutama bila bwk kereta tuh mmg takat nak pecut.. dalam masa hanya beberapa saat dah boleh naik 60/70 km/j.. so bila bawak kereta lama.. bawak lebih relak.. kalau tgk kereta lain yang mewah potong kereta lama aku tuh.. takde hal ahaks.. sebab dah puas kot merasa bawak kereta yang punya kapasiti kelajuan lebih tinggi..

Tapi yang best juga bila bawa kereta tuh.. aku jadi malas nak berjalan2 jauh.. bukan apa sebab rasa tak selamat sangat bawa kereta tuh sorg2 dan menjadi perhatian orang.. kalau perlu pergi pun.. antara benda yang aku akan fikir adalah di mana nak parking dan jalan apa nak ikut..

Anggapan org yang bila kita memandu kereta jenis mewah begitu mestilah ingat kita byk duit.. Duit memang banyak.. amat banyak.. tapi bukan duit aku semualah.. kalau nak banyak duit.. pergi bank sure byk duit yg kita leh jumpa.. tapi nyatanya duit oranglah kan..

Antara 2 kereta ini.. kisahnya seperti antara 2 darjat jugalah hehehehe...  cuma satu punya kenangan di sini.. dan satu punya kenangan di sana..




Thursday 28 June 2012

Bertemu Ayahanda..

Salam Petang Khamis..

Rindu sebenarnya nak menulis.. tapi kesibukan dan keletihan sering sahaja buatkan aku tidak dapat menjana idea untuk menulis seperti dulu.. walaupun sebenarnya.. banyak benda yang aku ingin kongsikan seperti mana yang sering aku lakukan dulu-dulu..

Pagi tadi selepas solat subuh... Aku bermimpi.. Mimpi aku sedikit pelik tapi ianya berkisar tentang kehidupan aku di sebuah rumah.. kiranya rumah itu adalah rumah aku.. dan aku sedikit sibuk untuk bersiap2 ke tempat kerja.. Dalam aku sibuk-sibuk itu.. Mak dan Ayah ada dalam bilik itu.. mulanya aku buat seperti biasa.. tanpa sedikit pun menyedari Ayah ada bersama aku ketika itu.. Tiba-tiba datang dalam fikiran aku...yang aku bersama ayah (dgn kata lain.. teringat yang aku berjumpa dengan ayah dalam mimpi)... dan dengan segera aku datangi ayah yang mulanya sedang baring dan mengubah posisi duduk di atas katil.. lantas aku cium dahi dan pipi ayah.. kataku..
"Ayah... HH rindukan ayah"

Kata ayah.. "Ayah rindukan ko juga" sambil tersenyum

Tidak lama aku lihat ayah bangun untuk bersiap keluar dari rumah itu.. Aku terus berdiri berhampiran dengan ayah dan dia sempat berpesan
Kata ayah "Jadilah anak yang bertanggungjawab.. dan jaga amanah adik-adik"

Itulah 2 pesanan ayah sebelum dia keluar dari pintu rumah.. Ketika itu ada 1 kumpulan manusia yang sedang menunggu ayah di luar pintu.. tidak lama.. datang pula arwah nenek...dan aku sempat bersalam dengan arwah nenek.. ketika aku berada di luar pintu.. ada beberapa budak-budak di sekeliling aku..Salah seorang dari mereka.. bertanya pada arwah nenek aku..
Kata budak itu "Nenek macamana sebutan orang banjar"

Arwah nenek aku menyebut "sebutan orang banjar kebanyakan berakhir dengan rgk"

Lalu budak itu terus berkata "kalau macam tu kena sebut 'daring'"

Lantas kedengaran gelak ketawa dari orang sekeliling dan aku turut tergelak sama.. dan aku terus terjaga..

Kini sudah sebulan Ayahanda pergi.. hari ini 28hb June.. Ayahanda pergi 28hb Mei.. Mungkin sebab itulah aku bermimpikan Ayahanda... Selepas beberapa minggu Ayahanda pergi aku pernah bertanya pada Mak.. Andai dia pernah mimpikan Ayah.. Kata mak dia selalu mimpikan ayah.. berbual dengan dia di meja makan seperti selalunya.. Adik pula pernah mimpi melihat aku dan ayah bersembang di meja makan.. Hanya aku sahaja yang tidak pernah mimpikan dia sebelum ini..

Hari ini aku mimpi Ayah... dengan 2 pesanan dan amanat dia yang paling besar...
1- Tanggung jawab sebagai seorang anak..
2- Amanah yang perlu aku pegang untuk adik-adik..

Kata kawan aku.. pesanan itu berat untuk dipikul.. tapi aku tahu kenapa pesanan itu ayah sampaikan pada aku..

Selesai mandi selepas terjaga dari tidur tadi.. Aku menangis di katil.. serasa baru sahaja aku bertemu dan berbual dengan ayah.. dan bila teringatkan 2 pesanan itu.. Aku tahu besar tanggungjawab yang perlu aku pikul.

InsyAllah.. Aku doakan Allah sentiasa berikan dan permudahkan urusan dan jalan untuk aku laksanakan 2 amanat itu..

Monday 25 June 2012

Hidup kini berbeza..

Salam Petang isnin

Sudah lama aku tidak update blog ini.. hampir 3minggu rasanya.. Bukan takde benda yang hendak diceritakan banyak... tapi kesibukan dengan kerja (alasan) buatkan idea2 yang terbit untuk aku kongsikan di sini lupa terus..

Sejak Ayahanda meninggal dunia.. setiap hari jumaat.. aku akan pulang ke kampung selepas waktu kerja.. Isnin pagi pula aku akan bertolak dari kampung ke tempat kerja.. kiranya malam tidur aku di rumah hanya 4 malam sahaja.. baki 3 malam aku habiskan di kampung.. Kini rutin ini seolah satu kemestian pada aku.. cuma minggu lepas sahaja aku bermalam di rumah pada hari jumaat itupun kerana ada mesyuarat tergempar yang perlu aku hadiri di pejabat pada pagi sabtu..

2 minggu ini juga tugasan kerja aku banyak.. bermula minggu lepas aku berbengkel selama 4 hari.. 2 hari di tempat kerja dan 2 hari pula di Putrajaya.. bengkel di Putrajaya kiranya menemukan aku dengan pelbagai professor di seluruh IPTA.. 1 penyelidikan yang bakal dibuat di semua IPT di Malaysia atas permintaan KPT.. memandangkan aku dan geng aku sedang bangunkan 1 projek dengan MIMOS dengan skop penyelidikan yang hampir sama.. maka kiranya atas dasar kepakaran aku diminta untuk hadir.. Tapi apa pun memang best jugalah.. join geng2 prof nie ahaks..

Minggu ini ada 2 hari lagi bengkel... kemudian 2 minggu lagi pun ada 3 bengkel serentak pada minggu itu.. 1 bengkel di USM selama 3 hari telah pun diminta tangguh atas arahan TNCP.. 1 bengkel di KL dan 1 lagi bengkel Java programming selama 5 hari... ikutkan semua nak pergi.. tapi badan aku hanya 1 sahaja...

Hidup dek kerna kesibukan tuh.. aku kadangkala sedikit terleka dengan rasa sedih dan sebak aku itu.. bukan maknanya aku terlupa... tapi kesibukan membuatkan fikiran aku fully occupied.

Akan aku sambung lagi entri yang lain di masa yang lain ;)



Friday 8 June 2012

Bila airmata tumpah lagi..

Salam Petang Jumaat

Kini sudah menghampiri 2 minggu ayahanda pergi.. Sudah 5 hari juga anakanda mula bekerja.. hari pertama anakanda tidak dapat fokus dengan kerja.. sepanjang hari bekerja.. hati mudah tersentuh... Selasa rabu anakanda mula sibuk kan diri dengan urusan kerja.. Menyemak assignment student yang bertangguh sejak 2 minggu lalu.. semua sudah disemak.. cuma menunggu maklumbalas pelajar yang masih belum menghantar assignment akhir...

Hari ini masuk hari ke 3 anakanda sendirian di rumah.. Dia pulang ke kampung atas urusan keluarga... kiranya sudah 2 malam anakanda tidur sendirian.. bukan soal tidur sorang itu yang menjadi soal.. anakanda tidak kisah sangat.. cuma waktu di saat emosi anakanda yang kiranya tidak benar-benar recover.. sedikit sebanyak menyentuh rasa juga.. apatah lagi.. selama 5 tahun dulu.. ayahanda sering datang ke rumah anakanda dan tidur sendirian di rumah itu.. Dulu ayahandalah yang jaga rumah itu.. tanam pokok-pokok di sekelilingnya..bayarkan bil-bil elektrik.. air.. kad kredit anakanda.. malah cukai tanah.. pintu.. dan segala bil yang datang.. Ayahanda lah yang tolong uruskan... Dulu sebelum anakanda pergi.. rumah itu tidak ada pokok... kini keliling rumah anakanda penuh dengan pelbagai jenis pokok bunga dan buah-buahan hasil tangan ayahanda...

Kemarin anakanda masuk ke bilik satu lagi.. Di situ masih ada beberapa helai kemeja ayahanda yang digantung kemas.. baju berkebun ayahanda.. kain pelikat.. tuala yang semuanya milik anakanda.. anakanda usap setiap baju ayahanda itu dengan rasa yang pilu.. walaupun hati redha.. tapi terusik juga rasa hati anakanda.. seperti mana kata Kekanda.. dia tidak pernah nak usik atau alihkan barangan milik ayahanda... kini bila anakanda masuk bilik itu.. perkara yang sama juga anakanda lalui.. anakanda lihat kain pelikat ayahanda tersusun elok tidak berusik.. 2 keping tilam baru yang anakanda beli bila ayahanda nak datang ke rumah bulan lepas..

2 malam yang lalu juga.. anakanda habiskan masa tidur malam anakanda di hadapan tv.. dulu bila ayahanda datang bermalam ke rumah itu.. di sofa panjang itulah ayahanda tidur.. kini.. anakanda pula tidur di sebelah sofa itu.. sesekali terlintas di fikiran anakanda.. mungkin beginilah rasanya bila ayahanda datang bermalam di rumah anakanda selama 5 tahun anakanda di luar negara dulu.. Kasih sayang ayahanda.. kerja keras ayahanda.. terlihat pada setiap sudut rumah yang anakanda duduki kini..

Hari ini juga anakanda ke bank untuk menyemak urusan akaun ayahanda.. ada sedikit masalah dengan proses semakan kerana akaun kad tidak ada dalam rekod.. sedangkan bayaran telah ayahanda buat pada awal bulan yang lalu.. Seharian anakanda  cuba untuk mendapatkan maklumat... hari ini sahaja tah berapa orang kena marah kerana asyik suruh anakanda call nombor yang berlainan... Akhirnya.. panggilan ke4 selepas anakanda terpaksa tinggikan suara.. Anakanda diminta utk ke bank pula.. walhal sebelum tuh anakanda dah ke bank.. tapi pihak bank suruh call card centre.. call card centre pulak.. suruh ke bank.. siapa yang tak angin kan... ingat kita call ke sana sini tuh tak guna tenaga ke.. call tuh free ke.. kalau call trus angkat takpe juga.. tau jelah kan kalau call customer service macamana.. (sejak balik mesia nie rasa stress handle benda2 yang menyusahkan macam nie)

Akhirnya hari ini airmata anakanda tumpah lagi... tatkala seorang sahabat baik anda bertanyakan pasal ayahanda.. dalam berbual dengan dia.. anakanda menangis semula... airmata turun tanpa dapat anakanda kawal lagi.. Segan pun ada sebab kawan tuh lelaki.. tetapi anakanda tidak mampu berpura-pura.. kesedihan anakanda itu bukan dibuat-buat.. hingga kini rasanya kalau bercerita pasal ayahanda pasti hati anakanda akan sebak..

Petang ini anakanda akan pulang ke kampung.. kini sudah menghampiri 5.15ptg.. kejap lagi anakanda akan berkemas untuk balik ke rumah dan bersiap untuk jumpa bonda.. Minggu ini sahaja macam-macam kekecohan berlaku di kampung dek sikap salah seorang adinda anakanda... Syukurnya bonda kini punya anakanda... so malam ini anakanda akan berbual dengan bonda tentang isu itu nanti...

 Nama dan Nombor telefon ayahanda yang masih ada dalam senarai telefon anakanda..
Anakanda tidak akan delete sampai bila-bila..
Ianya akan kekal dalam senarai itu buat selama-lamanya..

Monday 4 June 2012

Ayahanda.. 3 bulan tempoh yang cukup manis dalam hidup anakanda

Assalamualaikum Ayahanda Tercinta..

Jasamu dalam mendidik anakanda.. tidak dapat anakanda balas..  Belum cukup lagi anakanda berbakti pada Ayahanda..

28 Mei 2012.. Pada pukul 12.30malam... Malam yang sepi itu menyaksikan airmata anakanda mengalir tanpa henti.. Walaupun anakanda cuba lelapkan mata sepanjang malam itu.. Airmata seolah tidak mampu berhenti.. setiap kali anakanda pejamkan mata.. kelopak mata anakanda pasti basah dengan linangan airmata.. Hati terlalu sedih.. hiba.. sebak..

Seperti mana minggu-minggu sebelum ini.. Kekerapan anakanda pulang ke kampung sudah menjadi rutin utama.. Kadangkala anakanda ke Jelebu.. namun sejak akhir-akhir ini.. Anakanda lebih kerap pulang ke kampung Ayahanda.. Bermula dengan urusan kereta sejak 3 minggu lepas.. Anakanda semakin kerap pulang untuk menguruskannya.. Kebetulan minggu ini Ayahanda mahu hantar kereta kancil milik Ayahanda ke bengkel kereta.. Bonda minta tolong anakanda untuk pinjamkan Ayahanda kereta wira milik anakanda buat sementara waktu.. Jumaat itu Kekanda anakanda bawa pulang kereta itu ke kampung.. malah dia menyuruh anakanda untuk pulang ke kampung.. Mulanya anakanda sedikit berat memandang anakanda merasakan sedikit lelah dan letih untuk berulang-alik lagi ke kampung.. Namun.. Kata-kata kekanda yang berulangkali mengingatkan anakanda.. buatkan anakanda akur dengan kehendak dia..

Jumaat selepas waktu kerja.. Anakanda memandu pulang ke kampung.. kiranya itulah kali pertama anakanda memandu kereta itu ke kampung... Malam itu sempatlah anakanda dan kekanda berbual dengan Ayahanda.. Sabtu anakanda keluar seharian membetulkan sedikit kerosakan lampu cermin sisi.. dan buat alignment.. Ahad pula anakanda tidak kemana-mana.. Tengahari anakanda tertidur keletihan.. Anakanda sedar sudah menghampiri Asar.. Anakanda solat jamak.. dan bersiap-siap mengemas barang untuk pulang.. Bonda beritahu anakanda yang Ayahanda tidak sihat.. Selalunya tiap kali anakanda hendak pulang.. Ayahanda pasti akan keluar dari bilik menemani anakanda hingga ke muka pintu.. Hari itu Bonda minta anakanda masuk ke bilik untuk bersalam dengan Ayahanda.. Seperti biasa anakanda cium tangan Ayahanda.. Ayahanda mengadu sakit dada.. dan mahu berehat.. Selepas itu anakanda pun pulang ke rumah.. hampir 2 jam perjalanan pulang dari kampung..

Menghampiri pukul 8 malam.. Bonda menelefon anakanda.. Kata Bonda.. Ayahanda ditahan diwad ICU selepas masuk ke wad kecemasan. Doktor berpesan pada Bonda menyuruh semua anak-anaknya balik.. Ayahanda dalam keadaan kritikal kata Bonda..

Anakanda kelam kabut berhenti memasak.. Ketika itu anakanda sudah siap memasak sebahagian makanan untuk makan malam.. Anakanda kemas dapur.. masukkan baki makanan ke dalam peti ais.. Anakanda keluarkan baju.. beg yang anakanda bawa dari kampung masih belum terusik.. Anakanda masukkan baju dan jubah tambahan.. Anakanda terus mandi dan bersiap..

Malam itu anakanda pecut membawa kereta.. Kelajuan menghampiri 150km/j.. Dalam kepala Anakanda seolah tidak percaya Ayahanda kini ditahan dalam wad ICU.. serasa baru sahaja tadi anakanda melihat Ayahanda sihat.. cuma fikir anakanda petang tadi.. Ayahanda sekadar sakit dada biasa..

Anakanda tiba di hospital pkl 10.30malam... Anakanda sempat bertemu dengan Ayahanda.. Ayahanda masih mampu berbual dengan anakanda.. Kata Ayahanda..
'Ko balik tadi. ayah sakit dada sangat.. tuh yang suruh mak hantar ke hospital..'

itupun.. sepanjang berkata-kata itu.. Ayahanda berulang kali batuk-batuk dan kelihatan sesak nafas.. Anakanda sudah tidak dapat menahan airmata.. Anakanda usap tangan Ayahanda.. lantas anakanda katakan pada Ayahanda 'Takpelah ayah.. Ayah rehatlah.. HH minta maaf  ye yah.. Kalau ada salah silap selama ini..'

Kata-kata anakanda itu Ayahanda sahut dengan anggukan kepala yang lemah.. Muka Ayahanda masih tersenyum.. dan.... rupanya itulah kata-kata terakhir anakanda  pada Ayahanda.. dan itulah jugalah kata-kata terakhir yang anakanda dengar dari mulut Ayahanda...

Selesai anakanda melawat Ayahanda.. Kekanda pula datang bertemu Ayahanda.. dan adik-adik mula masuk berjumpa Ayahanda... Anakanda mula menelefon Pak Usu.. Minta mereka datang ke hospital kerana ayah dah mula kritikal..

Lewat ketibaan Pak Usu dan Mak Usu... selepas Mak usu masuk.. tidak lama Mak Usu keluar memberitahu Bonda yang Ayahanda sudah tidak ada lagi.. Berkumandanglah tangisan dari Mak.. Anakanda belum lagi mengalirkan airmata.. kiranya mungkin kerna anakanda masih tidak percaya Ayahanda sudah tidak ada...

Anakanda masuk ke dalam wad ICU.. Sebaik sahaja anakanda selak tirai hijau di sisi katil Ayahanda.. Anakanda lihat Ayahanda sudah terbaring kaku.. Ketika itulah anakanda tahu realiti dan hakikatnya.. Ayahanda sudah tidak ada lagi.. Tiada lagi cerita-cerita Ayahanda yang akan anakanda dengari lagi.. Airmata anakanda mengalir.. Kali ini sedu sedan kedengaran.. Hiba sebak.. sedih.. Seolah tidak percaya Anakanda sudah kehilangan Ayahanda.. 3 bulan anakanda pulang ke tanahair.. Allah hanya berikan masa 3 bulan untuk anakanda bersama Ayahanda memijak bumi dan tanah yang sama... Mendengar cerita Ayahanda.. mendengar luahan hati Ayahanda.. mendengar nasihat Ayahanda... kini.. semua itu tinggal kenangan..

Selepas itu.. kami sekeluarga mula sibuk menguruskan Ayahanda... Anakanda bawa pulang mak dan adik.. untuk mengemas rumah untuk ketibaan Ayahanda nanti.. Ayahanda dibawa pulang dengan van jenazah hospital.. Wajah Ayahanda tersenyum manis.. Seperti kebiasaan Ayahanda bila berbicara dengan anakanda..

Malam itu bergilir-gilir kami membaca yassin untuk Ayahanda... malam itu juga anakanda tidur di sisi Ayahanda.. Ayahanda tidur di atas katil.. Anakanda tidur di bawah menemani Ayahanda.. Namun.. anakanda tidak boleh lelap.. setiap kali anakanda lelapkan mata.. pastinya airmata anakanda akan mengalir sendiri.. sepanjang malam itu anakanda terjaga.. entah berapa kali anakanda cium pipi Ayahanda berulang kali.. Kadangkala anakanda meninjau-ninjau andai ada semut atau lalat yang cuba hinggap di badan Ayahanda.. Anakanda terkenang.. pastinya dulu semasa kecil.. begitu jugalah yang pernah Ayahanda buat untuk anakanda.. Biarlah anakanda berbakti untuk Ayahanda buat kali terakhir.. Adakalanya anakanda tidur di sisi Ayahanda.. di tepi sisi katil.. Berulang kali anakanda renung jasad Ayahanda... Ingin sekali anakanda melihat dada Ayahanda turun naik dengan nafas yang ada.. Namun walau setinggi mana pun harapan anakanda.. anakanda pasti.. Ayahanda tidak akan mampu bernafas lagi.. sekalipun anakanda mengharapkan turun naik nafas Ayahanda berlaku depan mata anakanda.. Ayahanda sudah pergi tinggalkan kami..

Ketika Ayahanda sedang dimandikan..
Anakanda mengintai dari tepi..
Andai Anakanda adalah anak lelaki..
Pasti Anakanda akan mandikan Ayahanda..

Dulu.. Semasa arwah Nenek dan Atok.. Anakanda ada sedikit kerisauan apabila mahu mendekati mereka ketika menunggu masa untuk dimandikan dan dikapankan.. Kali ini.. Anakanda tidak merasa takut dan gerun walau sedikit pun... mungkin kerana itu adalah Ayahanda.. Ayah yang satu-satunya buat anakanda di dunia ini.. Malah bila ke kubur sekali pun.. Anakanda langsung tidak punya rasa takut... Untuk apa anakanda mahu berasa gerun sebegitu.. Anakanda datang melihat Ayahanda...

Semalam selepas 7 hari Ayahanda dikebumikan.. Anakanda, bonda, kekanda dan adik-adik datang melawat Ayahanda.. Kami naikkan sedikit tanah kubur Ayahanda.. Tanah dah mendap sedikit.. Kekanda dan adik tinggikan kuburan Ayahanda... Adik juga taburkan bunga kertas warna merah pada kuburan Ayahanda... Kami bacakan Yassin buat Ayahanda..

Hari ini Anakanda dah mula bekerja semula.. tapi hati anakanda masih hiba.. Menulis ini sahaja sudah membuatkan airmata anakanda berulang kali mengalir.. Beberapa hari lepas kira anakanda.. emosi anakanda sudah ok... rupanya bila anakanda pulang ke rumah.. Masih ada baju-baju Ayahanda di bilik 1 lagi di rumah anakanda.. Apatah lagi semua pokok-pokok di rumah itu Ayahanda yang tanam.. selama 5 tahun anakanda di luar negara.. Ayahandalah yang menjaga rumah itu.. Terlalu banyak kenangan di rumah anakanda yang mengingatkan anakanda pada Ayahanda.. Ayahanda hanya dapat datang sekali ke rumah itu.. tidur di rumah itu.. Kini.. semua tinggal kenangan...

Dulu bila anakanda mendengar berita kematian Ayahanda pada sahabat-sahabat baik anakanda.. Anakanda kira sudah cukup membuatkan anakanda memahami apa mereka rasa.. Kini.. Bila ianya terjadi pada anakanda... Anakanda lebih memahami... Bagaimana rasanya kehilangan...Ramadhan dan Raya kali ini tidak akan sama lagi.. Kali terakhir anakanda berhari raya bersama Ayahanda pada tahun 2010... kini 2012.. Bila anakanda pulang.. tidak ada lagi Ayahanda di pagi raya...

Apa juga Anakanda redha... Ayahanda di tempat yang lebih baik.. Semoga Allah letakkan Ayahanda dikalangan yang dirahmati.. Anakanda doakan Ayahanda dijauhkan dari seksaan kubur.. dipermudahkan dan tenang di sana bersama arwah Nenek dan Atok.. Walaupun anakanda sedih kehilangan Ayahanda.. tapi Anakanda tahu.. Kini Ayahanda ada arwah Nenek dan Atok bersama Ayahanda.. Kata Bonda... Arwah nenek sudah datang dalam mimpi bonda beberapa hari sebelum Ayahanda pergi.. Muka Arwah nenek berseri-seri tersenyum.. Arwah nenek menunjukkan sebuah bilik milik Ayahanda.. Bonda lihat Ayahanda terbaring dalam bilik itu..

Ayahanda...

Maafkan Anakanda seandainya selama ini anakanda ada menyusahkan Ayahanda... Anakanda tidak sempat bawa Ayahanda naik kereta anakanda.. walaupun pagi Ahad itu.. Ayahanda basuh kereta itu...

Terima kasih kerana membesarkan anakanda. mendidik anakanda.. menasihati anakanda.. Hingga bila-bila pun anakanda takkan dapat balas jasa Ayahanda...

Anakanda rindukan Ayahanda... 
Sejahteralah Ayahanda di sana..
Al-Fatihah

Tuesday 22 May 2012

Dulu dia drive.. kini aku kena drive pulak..

Salam Selasa

Alhamdullilah Ahad lepas akhirnya kereta sampai ke rumah.. Semalam kereta masih stay kat rumah sebab belum buat stiker staf lagi.. so hari ini.. officially kereta masuk pagar tempat kerja.. parking secara rasmi kat depan bangunan nie..

Aku ada mixed feeling driving kereta nie.. sebab secara rasminya.. hari ini aku drive ke tempat kerja.. sebelum itu aku dah drive di kampung sekejap.. just nak test drive dan fahamkan segala function button dalam kereta tuh.. Alhamdullilah ok jek.. rupanya parking guna kereta nie lagi senang dari aku parking kereta wira aku ahaks.. kalau kereta wira tuh.. confirm aku dah pulas stering dan keluar masuk byk kali utk parking sisi.. kereta nie.. mudah sungguh.. rasa macam tak percaya jek leh parking lurus hahahha... selalu kalau kereta lama tuh confirm kereta senget benget.. tapi masih dalam kotak lagi tau ahaks..

So far.. kerana kereta tuh macam besar sikit.. pemanduan aku agak slow.. sebab kalau pijak minyak lelebih dalam masa beberapa saat jek dah terus speeding.. takde lagi sibuk nak tukar gear bagai... tapi yang tak bestnya.. selalunya kalau dalam kawasan kampus nie.. confirm aku tak pakai tali pinggang.. tapi kereta nie tak boleh... jarak dekat pun kalau tak pakai dia ye warning sound akan berbunyi sakan.. so aku jadi skema lah bila bawak kereta tuh... kalau bawak wira tuh rasa macam invisible sikit ahaks...org mesti takkan pandang 2 3 kali kan.. nie semua yg duk lalu naik keta jalan kaki ke.. pakat toleh 2 3 kali ahaks...

Dari segi pemanduan memang best.. itu aku tak boleh nafikan.. tapi dari segi glamour ahaks.. sememangnya.. biasa kalau kereta lama.. aku rasa bebas sikit.. sebab takde rasa org perhatikan sangat.. tapi kereta ini.. confirmlah kan...

Sebenarnya yang paling buat aku mixed feeling adalah.. dulu kereta itu dia yang drive dan dia yang selalu bawak hantar aku ke uni... malah dulu nak kemana-mana pun.. dia lah driver yang setia.. Bila aku sendiri dah mula drive kereta tuh.. memang terasa sangat.. mungkin sebab kereta itu punya banyak nostalgia.. selama hampir 2 tahun kereta itu kami pakai di UK.. bila dia berada di atas jalan di Malaysia nie.. sudah tentu semua kenangan bersama kereta nie di sana buatkan aku teringat.. 2 tahun kereta itu setia menjadi teman kami kemana-mana.. london.. manchester.. bristol.. bath.. seluruh scotland..

Buat masa ini aku belum nak bawa sesiapa naik kereta itu.. sebab aku sedang reserve nak bawak mak dan ayah aku dulu.. biarlah diorg merasa terlebih dahulu.. kemudian barulah aku bawa kawan-kawan... bukan tak sudi.. tapi itu adalah permintaan personal aku.. balik kg minggu lepas.. tak sempat nak bawa mak dan ayah keluar sebab mak ke Langkawi rombongan.. so ada kemungkinan besar aku akan balik kg lg minggu ini InsyAllah...

p/s gbr ada.. tapi rasa tak sesuai utk di upload ke sini ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...