Wednesday 29 February 2012

Bersiaran langsung dari tanahair

Salam Petang Rabu..

Alhamdullilah.. Perjalanan pulang ke tanahair berjalan dengan lancar dan kami sampai dengan selamat.. Flight landing pada pkl 6.05ptg lebih awal dari yang dijangkakan.. Kami keluar ke arrival hall menghampiri pukul 7ptg.. biasalah.. lepas landing nak singgah tukar duitlah.. pergi toiletlah.. tggu pakwe beli brglah.. ambik baggage lagik..

Bila keluar tak se sorang pun muka yang aku kenal.. hahahha sebabnya org yg jemput pun tak sampai lagi.. dalam 5min tak lama tuh Mak aku pun sampai.. Kawan aku yang sepatutnya kami jumpa pun tak sampai-sampai.. akhirnya kami jumpa kat stesen minyak petronas.. lagik aku rasa leceh nak jumpa kat airport sebab nak tggu diorg p cari parking lah.. adik aku parking kejap kat drop zone pun kena halau ngan polis trafik hehehehe..

Akhirnya.. jumpa juga kawan baik aku A.. Dia pulang pada hujung bulan 11 tahun lepas.. kiranya sudah hampir 3 bulan dia pulang.. lepas itu aku menyusul.. tidak lama lagik.. dalam 3 4 bulan pula sorang lagik adik A akan pulang pulak.. Malam itu aku tido di rumah mak.. kemudian pukul 7.30 pagi isnin, aku bertolak dari kampung ke tempat kerja.. Lapor diri dan mula bekerja.. Kiranya aku tak cuti.. seperti mana aku beritahu dulu.. Hari ini dah 3 hari aku masuk kerja.. ;)

Hari pertama iaitu hari isnin.. aku masih jetlag... keluar dari kereta aku rasa terhuyung hayang sebab malam itu aku hanya tido 2jam sahaja.. sebabnya pakwe terjaga pkl 3.00pagi dan sibuk mengunyah makanan dalam bilik.. habis semua kerepek kentang 'walkers' yang aku beli dia habiskan.. tuan yang beli pun merasa lah sekeping jek... lepas itu aku terpaksa bangun dan terus masak untuk dia makan.. lepas itu aku dah tak boleh nak tido.. Selepas lapor diri.. jumpa dekan.. jumpa kawan-kawan.. petang kawan baik aku M hantar aku balik rumah.. malam aku keletihan dek aku hanya tido 2 jam.. tido dalam flight sebelum tuh bukan lena mana.. tido duduk kan.. dgn panas lagik.. kaki cramp gik.. bygkan 13jam flight.. huhuhu

Hari ini aku dapat berita permohonan M untuk sambung selesaikan pengajian dengan cuti bergaji penuh diluluskan... Alhamdullilah untuk dia.. dan dia akan berangkat ke New Zealand dalam 2 minggu lagi.. Sedih sudah tentu sebab aku baru sahaja lapor diri untuk bertugas.. dia dah nak pergi.. tapi pada aku sebenarnya 6 bulan itu tak lama mana.. takpelah lagi pun aku ada 4 bulan untuk siapkan thesis aku.. sebelum G datang ke KL pada bulan 6 ini.. dan bila dia balik nanti.. kemungkinan besar aku pula akan terbang balik ke UK untuk urusan viva dan correction... Setidak-tidaknya.. aku dan M dapatlah berjumpa sebelum dia terbang semula ke NZ

Aku masih belum pulang ke rumah mertua.. Pakwe dah mula bising2 dengan aku sebab tak dapat cuti.. so weekend nie memang penuh.. apatah lagik.. A tadi pun call nak ajak datang rumah mggu depan.. M pun ajak datang rumah sabtu nie.. weekend memang susah sikit.. sebab itu waktu untuk aku spend balik kg.. Weekend depan pulak aku akan terbang ke Thailand.. cuti dah apply pun hari ini.. kalau tak lulus juga tak tahulah aku.. aku cuti juga tak kira..

Mulanya ramai juga rakan-rakan baik yang macam berminat nak ikut aku ke Thailand sebab aku pernah plan nak buat trip menaiki kereta ke sana.. tapi memandangkan aku ke sana atas urusan peribadi dan berjumpa dengan Nuch dan K yg dtg dari Jepun.. aku rasa macam susah pula nanti.. Sudahlah aku menumpang di rumah mak Nuch.. kesian pulak nanti kalau ramai sangat yang ikut.. Takpelah aku rasa trip dengan kawan-kawan lain tuh aku hold dulu.. Lagi pun diorg tak confirm lagi.. Aku ye plan memang dah set sebab tiket dah beli pun..

Kerja buat masa nie.. Aku belum punya kelas.. hahaha... sebabnya Ketua Jabatan pun aku tak jumpa lagik sampai hari ini.. Timbalan Dekan Akademik pun tak jumpa-jumpa lagik.. walaupun dia jiran rumah sebelah aku jek.. hahahaha... tau dia ada rumah.. tapi dah balik rumah masing2 buat hal masing2.. lagi pun aku pening kepala nak settle kan urusan rumah.. banyak benda dalam rumah tuh nak kena kemas.. rumah dah tinggal 5 tahun kan.. walaupun mak ayah aku datang sekali sekala bersihkan.. tapi memang kena bersihkan all out juga.. Org tua aku hanya mampu bersihkan termampu dia.. so sekarang nie aku dah balik.. maknanya tanggungjawab aku pulak nak selesaikan.. belum settle lagi sebenarnya.. Alhamdullilah.. Jetlag aku tak layan sangat.. maybe sebab aku ada byk urusan nak buat..

Sampai sini sahaja dulu.. Takde banyak benda nak report hahaha.. memang walaupun aku dah resign jadi tukang cuci.. 2 3 minggu nie aku jadi juga tukang cuci di rumah sendiri.. :)

Menunggu flight dari Scotland ke London
25hb Feb 2012 pkl 4.30ptg

Saturday 25 February 2012

4 jam lebih sebelum terbang di awam biru

Assalamualaikum dan salam tengahari Sabtu

Alhamdullilah sampai juga hari yang ditunggu-tunggu.. Pelbagai rasa ada dalam jiwa.. Sepatutnya jika aku menaiki penerbangan emirates.. waktu ini pastinya aku akan berada di lapangan terbang bersama seorang lagi rakan tetapi perancangan Allah tidak membenarkan kami untuk terbang pulang bersama.. Rezeki aku untuk penerbangan pulang dengan MAS.. mungkin sahaja ada sebab yang tersendiri..

Waktu ini 2 beg yang akan di'check-in' sudah pun siap dan sudah dibalut plastik transparent untuk keselamatan.. selebihnya 2 backpack dan 1 handbag dan 1 laptop bersama kitab Al-Quran.. Selepas sahaja selesai solat Zohor nanti.. Aku akan mula bersiap.. dan untuk kali ini.. Inilah detik terakhir aku solat di rumah ini.. sayu hati bila solat subuh pagi tadi.. setelah sekian lama tinggal dengan aman di rumah ini selama 4 tahun.. akhirnya tiba hari ini yang mana aku harus tinggalkan rumah ini.. walaupun nanti aku akan datang semula ke sini.. tapi nyatanya waktu itu.. rumah ini bukan lagi milik aku lagi.. tapi lebih sekadar menumpang teduh atas ikhsan kawan baik aku yg mengambil alih rumah ini..

Syukur juga dia datang semalam dan mula memindahkan brg2 dia.. sebab hampir 80% dia yang kemas semua.. rasa lega sangat sebab tidak perlu nak susah2 kemas barang.. bilik2 lain semua dah clear kecuali bilik ini..

Oleh itu.. Inilah kali terakhir aku menaip entri secara langsung dari rumah ini.. Doakan perjalanan kami selamat tiba ke tanahair pada hari Ahad iaitu esok Insyallah pada pkl 18.20ptg..

Langkah terakhir di dalam perjalanan pulang petang semalam
Selamat tinggal.. 
InsyAllah kita jumpa lagi nanti

Thursday 23 February 2012

Lusa aku pulang.. InsyAllah..

Salam Tengahari Khamis..

Alhamdullilah hari ini.. Akhirnya aku terima e-tiket yang aku nanti2kan untuk penerbangan pulang ke tanahair.. itupun setelah satu email yg berbaur 'ugutan' hahaha.. yang aku hantar dengan perkataan 'Jika sehingga esok iaitu 24hb feb2012 saya masih tidak menerima tiket berkenaan, saya akan menangguhkan penerbangan pulang ke minggu hadapan' .. Ayat skema dan sebenarnya ayat begang sangat2... dari hari isnin aku hantar email confirmation tiket.. baru hari nie tiket nak dapat... Geram juga sebenarnya.. Bila orang sibuk dengan kerja kat sini.. belum ready nak balik.. email diorg hantar sibuk tanya tarikh nak balik... Bila orang dah set mind nak balik.. minta tiket dah 2 bln tau.. akhirnya.. lagi 2 hari nak balik.. baru tiket confirm.. Cabaran... Malas nak marah2 orang sebenarnya.. sebab itu aku lebih suka hantar email sahaja.. malas nak call.. kalau call karang.. aku takut nada suara aku dah jadi marah2 sampai keluar berbaur arahan pulak..

Apa pun Alhamdullilah.. dah settle satu isu.. Balik sampai Ahad.. lapor diri hari Isnin.. dan aku terus bekerja dan tak cuti.. Mean dalam keadaan jetlag.. letih.. dan sekarang nie pun aku bukan sihat sangat pun. batuk.. selsema.. dan nak demam.. semua all in one.. Harap badan aku dapat bertahan dengan perjalanan flight selama 13jam.. InsyAllah..

Hari ini hampir semua kertas2 penting di pejabat aku bawak balik.. cuma alat tulis sahaja yang aku tinggalkan.. laci so far semua kosong dah.. InsyAllah.. Bulan 7 atau 8 nie datang balik.. Doakan semua urusan aku itu dipermudahkan dan seperti yang aku mahukan.. tapi perancangan Allah s.w.t kita tidak tahu.. Yang penting usaha dan jgn putus asa..

Tinggal esok sahaja lagi hari untuk aku habiskan di CIS.. Aku masih ke department seperti biasa.. selesaikan urusan2 yang masih berbaki.. tapi dah 2 3 hari nie aku stop buat analysis.. data2 pun semua dah back-up.. malas nak start analysis baru nanti kena backup semula.. so for now aku stop dulu dan akan sambung semula nanti bila sampai Malaysia nanti..

InsyAllah.. mungkin jika sempat esok aku akan update blog ini lagi buat kali terakhir sebelum aku berangkat pulang pada hari sabtu ini.. Jika tidak... Doakan perjalanan kami selamat tiba ke tanahair.. InsyAllah..

Antara menu-menu terakhir yang aku masak di rumah minggu ini..
Lauk semua jenis simple jek..

Tuesday 21 February 2012

Rentetan kisah terakhir Tukang Cuci Cute.. tapi masih belum berakhir lagi..

Salam Selasa..

Banyak perkara terjadi hari ini.. Pagi tadi.. rasa sayu sangat sebab aku tahu hari ini hari terakhir aku bekerja sebagai tukang cuci profesional hahaha... bermakna juga mungkin kali terakhir untuk aku menjejakkan kaki ke situ nanti.. Bila aku dah tak bekerja di situ.. bermakna aku takkan jengah bangunan itu lagi.. kalau lalu pun setakat teringatkan kenangan silam sahaja..

Aku tidak pernah menceritakan dimana aku bekerja kan??? Memandangkan aku dah berhenti kerja hari ini.. Maka rasanya sesuai aku beritahu bahawa aku bekerja sebagai tukang cuci di salah sebuah universiti di bandar ini.. Nyatanya bukan universiti tempat aku belajar.. itu kawasan larangan.. Sebenarnya menjadi tukang cuci di Universiti tempat aku bekerja ini antara tempat kerja yang top 1 di sini.. dengan gaji yang tinggi per jam.. dengan cuti yang banyak 28hari berbayar.. kemudahan tiket percuma untuk masuk ke tempat2 menarik di sekitar scotland.. staf yang sporting.. kerja yang tak susah sangat.. dan pelbagai warna sosial dan kehidupan yang menarik yang boleh dilihat saban hari..

Pada aku university itu tempat aku mencari rezeki dan rezeki dari situlah satu-satu sumber kewangan untuk aku yang tidak punya elaun selama setahun setengah dan tidak bergaji selama setahun.. Survive?? Yeah aku survive tetapi dengan kepayahan yang amat perit.. Namun aku syukur sebab punya pakwe yang turut bekerja dan penyumbang kewangan yang paling besar sepanjang kos kehidupan kami di sini.. Alhamdullilah.. kami masih boleh hidup walaupun kos kehidupan di sini sebenarnya amat mahal.. terutama bila sampai bil-bil gas, telefon dan pelbagai bil2 lain.. setakat makan minum itu.. masih boleh dicari.. tetapi membayar bil yang datang sekali gus untuk 3 bulan yang selalunya mesti mencecah menghampiri £200 memang sakit.. itu tidak termasuk membayar sewa rumah yang hampir £500.. Siapa kata tinggal diluar negara enjoy?? boleh shopping sakan dan bersuka ria.. pada aku.. kehidupan aku adalah sederhana... aku pernah rasa hidup yang sedikit mewah masa pertengahan pengajian aku dulu.. masa baru sampai pun hidup masih perit lagi sebab aku masih merasa elaun lama yang cukup2 makan.. bila elaun dinaikkan dalam menghampiri tahun kedua.. hidup sedikit senang dan ditambah masa itu aku dah mula bekerja partime.. sebelum kerja tukang cuci.. aku mengajar selama 2 semester.. selepas aku selesai semester kedua mengajar di university.. aku ambil keputusan untuk mula bekerja sebagai tukang cuci.. yang mana kebetulan tempat kerja itu dekat sangat dengan university aku.. dan dalam laluan perjalanan pulang ke rumah.. diam tak diam.. aku bekerja di situ selama setahun.. manager di situ memang sayang aku hahaha.. sampai permintaan aku untuk berhenti kali pertama ditolak mentah2 oleh John.. namun bila aku buat keputusan juga untuk berhenti kali kedua.. sebab ketika itu aku dah mula bekerja di tempat baru dengan sesi pagi.. Aku tak larat.. masa itu gaji memang kencang sebab dapat 2 gaji yang mencecah hampir £800 sebulan.. tapi badan aku teruk.. bila masuk keje petang aku dah penat sangat2.. aku tak mampu nak concentrate study.. akhirnya aku putuskan untuk beri tumpuan pada kerja pagi di universiti itu sahaja.. dan kerja itulah yang aku buat hingga ke hari ini..

Pengalaman sebagai tukang cuci di tempat asing.. bumi asing.. pastinya takkan aku lupa sampai bila2.. tidak semua orang berpeluang buat kerja sebegini.. Hina ke kerja begini?? tidak sekali pun... Aku pernah mengajar dan dibayar gaji £13 sejam.. tapi aku tak larat sebab terlalu letih.. ditambah perlu pulak semak exam.. kadang2 kena buat kelas nak bgi diorg lulus semata2.. mengajar tak susah pun.. ajar words.. excel.. dan juga penggunaan sistem e-learning university.. kalau nak diikutkan rekod.. aku satu2nya anak malaysia yang berjaya diterima untuk mengajar di bawah learning services.. semester sebelum itu.. ramai student2 malaysia yang apply nak jadi tutor di situ tapi tak berjaya.. Rezeki aku kot.. mungkin kerana latar belakang aku dari bidang computer sciences.. dan pengalaman aku mengajar benda2 tuh yang bertahun aku pegang di tanahair melayakkan aku untuk menyandang jawatan tutor selama 2 semester.. Pada aku cukuplah pengalaman itu.. sedikit sebanyak akan aku kenang sebagai kenangan indah masa aku di sini..

Selepas berhenti mengajar sebagai tutor universiti.. pakwe mencadangkan aku bekerja sebagai tukang cuci pulak.. kebetulan masa tuh ada org offer kerja itu.. sebenarnya.. kerja pertama sebagai tukang cuci itu bukanlah offer yang pertama.. tapi offer ketiga.. 2 offer sebelum itu aku tolak atas komitmen study dan mengajar.. tapi akhirnya.. offer ketiga itu aku terima sebab jarak tempat kerja dari universiti dan rumah dekat sangat.. tempat kerja itu terletak di tengah2 diantara universiti dan rumah aku.. laluan bas yang aku ambil setiap hari memang lalu tempat itu..

Bekerja di Legal House juga meninggalkan kenangan yang cukup banyak dalam hidup aku.. sebab di situ aku mula belajar menjadi tukang cuci yang profesional.. bermula dengan belajar buat 'buffing', teknik mop yang betul, kutip sampah dan buang sampah.. lap meja.. dan macam-macam lagi kerja yang perlu dibuat.. Masa aku mula kerja.. aku dipasangkan dengan seorang adik dalam usia belasan tahun yang sedang buat kursus sijil di bandar.. Dia memang baik dan lembut orangnya.. berbangsa Scottish.. dia banyak tunjuk ajar aku.. Tapi malangnya supervisor aku masa tuh teruk sikit.. merasalah aku kena tempelak dan diperbodohkan.. tapi mungkin sebab aku masih simpan rasa sabar.. aku mampu bertahan lama.. tak lama bekerja di bangunan itu.. aku dipindahkan ke bangunan sebelah legal house kerana aku punya sijil 'disclosure' yang aku buat atas tujuan untuk buat kajian di sekolah-sekolah sekitar scotland.. Sijil ini aku ambil kerana tajuk asal research aku memerlukan aku pergi ke sekolah untuk buat kajian.. tapi sayangnya masuk tahun kedua research aku berubah dan research asal aku itu ditongsampahkan... memandangkan aku ada discolure scotland.. maka melayakkan aku bekerja di bangunan legal house yang merupakan  tempat latihan untuk pengawai undang-undang yang terdiri daripada lawyer, polis dan hakim.. Masa bekerja di sini aku enjoy giler.. sebab aku sorang sahaja cleaner kat situ.. penat jangan cakap.. kejer 3 jam.. tapi rasa macam 6 jam.. tapi aku tetap enjoy... staf pun semua baik2 sahaja.. ramah.. selalu bawak balik kek.. biskut.. atau buah lebihan daripada training hari itu..

Atas pengalaman bekerja di Legal House itulah.. aku memohon bekerja di universiti sebagai tukang cuci.. sebenarnya tidak mudah nak dapat kerja di situ jika tidak ada pengalaman.. tapi kerana aku punya resume yang kuat.. hasil pengalaman aku bekerja sebagai tutor di universiti dan di legal house.. aku dapat masuk ke universiti itu dengan mudah.. dan terus ditempatkan di bangunan utama universiti.. dan level aku adalah level yang menguruskan latihan untuk staf di situ.. Disitulah aku bekerja selama hampir 4 tahun.. Bila mula bekerja di universiti itu.. kami perlu jalani training selama seminggu dan akan diuji.. Aku lulus cemerlang.. dan rekod itu terus aku pegang dengan mendapat 'perfect attendance' selama 3 tahun berturut2... (hahaha.. nie dah nada riak pulak nie...) ala-ala macam khidmat cemerlang lah camtu.. yang mana aku boleh dapat cuti 1 hari tambahan setiap tahun..

Terlalu banyak yang aku belajar dan lalui semasa bekerja sebagai tukang cuci.. in total aku bekerja sebagai tukang cuci adalah 4tahun lebih.. menghampiri 5 tahun.. kalau balik mesia nak jadi tukang cuci pun boleh jek hahaha... tapi terhad untuk tukang cuci di rumah sendiri jelah.. :) Apa juga.. hari ini memang aku rasa sayu.. hari terakhir aku ambil dan pulangkan kunci bernombor 229... hari terakhir aku punch in-out kad kerja bernombor 239.. hari terakhir aku naik ke level 6 staff development services...

Selesai waktu kerja menghampiri ke pukul 9 pagi tadi.. Aku pergi ke level 6 untuk jumpa dengan staf SDS untuk ucapkan goodbye.. mereka beri hadiah untuk aku.. sebuah buku sejarah tentang universiti itu.. coklat.. mug.. pen dan beg.. semuanya dengan label university... kemudian pukul 9.10pg Elaine datang jumpa aku untuk ajak aku turun ke dapur staff untuk minum teh bersama kawan-kawan yang lain... makan kek.. dan terima hadiah sekali lagi.. aku dapat beg berwarna merah berserta dengan dompet dan juga mug... Sedih sudah tentu.. tapi apa juga hidup mesti diteruskan..

Hari ini juga hari terakhir aku jumpa G di department.. Selepas ini aku akan jumpa di KL pada bulan 6 nanti.. InsyAllah Sabtu ini aku akan pulang ke tanahair.. tiket dah aku confirmkan.. so tunggu email esok untuk e-tiket.. pernerbangan melalui London ke Kuala Lumpur selama hampir 13jam... aku tiba lewat petang Ahad hujung minggu ini.. Namun pastinya aku akan datang semula untuk urusan viva tak lama lagi...

 Kek yang mereka beli untuk aku pagi tadi..

 Kunci bernombor 229 yang hampir 4 tahun aku gunakan

Hadiah-hadiah yang aku terima pagi tadi..

Esok hari terakhir kerja

Salam Isnin

Esok hari terakhir aku bekerja dengan status 'tukang cuci' profesional hahaha.. bermakna selepas ini aku berkemungkinan besar tidak akan lagi menjawat jawatan ini sepanjang perjalanan karier masa depan.. Sebelum aku menjawat jawatan ini.. tugas sebagai tukang cuci hanya terhad sebagai separa masa di rumah sahaja.. kini menghampiri 4 tahun jawatan ini dah aku pegang sepenuh masa.. Masih teringat pengalaman pertama buat kerja tukang cuci secara profesional.. memang kekok.. apatah lagik dengan jawatan kerjaya yang sebelum ini lebih banyak melaksanakan tugasan pengurusan dan berstatus profesional..

Takkan dapat dilupakan semua pengalaman yang telah dikutip itu.. suka duka.. sosial.. rutin.. semua itu mengajar hidup menjadi lebih matang.. Benar.. bila pernah merasa melakukan kerja-kerja bawahan sebegini.. sedikit sebanyak kita jadi muhasabah diri.. Tidak semudah yang kita sangka kan sebenarnya.. Pernah tengok mereka yang jadi tukang cuci di pejabat-pejabat atau di bangunan shopping complex atau kerajaan.. selalunya golongan begini org tak pandang sangat kan.. pada mereka biasa jek.. atau lebih malang mungkin ada yang pandang rendah..

Aku so far belum pernah lagi lalui pengalaman begitu.. cuma awal-awal kerja dulu pernahlah lalui pengalaman pahit kena 'buli' dgn minah scottish nie.. kalau ingat balik memang sakit hati.. aku nyaris2 jek ngamuk dan campak penyapu sebab tahap dia punya buli agak teruk.. tapi syukur masih ada kesabaran lagi amsa tuh.. selain dari insiden tuh so far kebanyakan staf yang bekerja di bangunan aku skrg nie.. baik-baik belaka.. hanya segelintir sahaja yang tahu status aku sebagai pelajar sarjana Phd.. itu belum aku cerita bidang pengkhususan aku yang komputer sains.. Pada mereka sesiapa yang buat kursus komputer sains nie 'brainy' hahaha... bijak dengan kata lain.. sebab pada mereka.. nak guna komputer tuh susah hehehe..

Jumaat lepas Camela tanya kerja apa yang aku lakukan di tanahair.. sebab aku beritahu aku perlu pulang bekerja.. Bila aku beritahu 'I teach' terus soalan dia bertanya 'What do you Teach'.. bila aku jawab 'computer'.. terus dia cakap.. dia dah lama nak belajar guna komputer.. kenapa tak beritahu dia.. mesti aku boleh ajar free hahahaha... tergelak aku.. Yelah.. bertahun dah mengajar bidang komputer nie.. dari ajar budak2.. level matrik.. sijil.. diploma.. degree.. sampailah masuk ajar guru besar.. cikgu2.. semua dah pernah buat.. ajar professor pun dah lalui.. terutama dulu bila aku kena handle kursus e-learning untuk staf-staf baru dan lama.. biasa nama aku mesti naik untuk buat training pada staf.. itu dulu lah hahahah.. balik nie.. tak tahu lagik.. Masa di awal-awal pengajian Phd selama 2 semester aku dah rasa mengajar computer untuk 1st year undergraduate kat universiti aku nie.. kena pulak subjek tuh wajib uni dan wajib lulus.. serik dah ngajar mat dan minah saleh nie.. Sejak itu.. G pun selalu ambil peluang untuk aku cover kelas dia kalau dia perlu keluar negara atau ada urusan hahaha... Entah berapa banyak kelas G yang aku dah pernah cover.. Syukur pengalaman mengajar itu banyak membantu aku ;)

Cuma aku hingga kini tidak pernah ada rasa nak mengajar bangsa asing.. entahlah.. pada aku kepuasan itu zero.. dulu walaupun mengajar setakat word, excel dan sistem-sistem e-learning universiti di sini.. pada aku rasa itu biasa sahaja.. penat sebenarnya.. kelas 2 jam itu terlalu letih.. kadang aku kena ngajar 2 kelas dengan hanya 1 jam sahaja rehat.. masih penat... mengajar di tanahair tak jauh beza penatnya.. tapi kepuasan itu maksimum... sebab kita tahu siapa yang kita ajar..untuk apa ilmu itu.. dan kesinambungan ilmu tersebut.. Berbeza dengan belajar.. belajar di sini pada aku berganda-ganda best!!! dari apa yang pernah aku belajar semasa degree di UKM dulu.. mungkin sistem pengajaran dan pendidikan yang jauh berbeza dengan malaysia.. Dari pengalaman aku buat Master.. hinggalah beberapa kelas undergraduate yang pernah aku ikut di sini.. Semua yang kita kutip itu memang best.. Kesungguhan mereka yang mengajar itu lainlah.. dan lebih santai.. Bukanlah nak kata mereka yang mengajar aku dulu2 tak best.. ada kelas2 yang memang best.. Masih teringat satu kelas arwah KM (kat ukm dulu kebykan lecturer kita panggil guna initial jek) masuk kelas dia nie.. memang takde lecture.. dia punya lecture adalah bercerita.. dia akan cerita pengalaman-pengalaman dia dulu.. memang best.. tapi yang tak bestnya.. bila nak study nak exam.. 1 apa pun xtau apa nak study hahaha... yelah kelas 1 semester manjang dengar cerita jek.. tapi untuk paper dia nie aku skor sedangkan ramai kawan-kawan aku takat lulus... kenapa aku skor?? sebab aku study buku yang dia cadangkan untuk kami jadikan rujukan.. dan kebetulan banyak soalan-soalan datang dari buku tuh..

Teringat semasa aku pernah di komen oleh beberapa orang pelajar dulu.. hingga ada yang pernah kata.. nak jadikan contoh pengajaran aku sebagai panduan dia bila perlu mengajar di sekolah nanti.. tapi aku berkali-kali juga ingatkan.. jangan tiru cara santai pengajaran aku.. sebab pengajaran aku adalah tahap andragogy.. walhal untuk level sekolah.. itu kena ikut level pedagogy.. hahaha... aku ye kuliah bagi syarahan.. tapi kalau dalam kelas kat sekolah mana boleh bg syarahan.. kita kena mengajar.. dan tunjuk satu persatu apa yang perlu diajar itu.. Sejak kebelakangan ini aku sering teringatkan bekas2 pelajar yang kini sudah pun jadi guru  bertauliah di seluruh malaysia.. mungkin jika ada rezeki nanti.. mungkin aku akan jumpa mereka semula.. teringat 2 group pelajar nie yang memang rapat dengan aku dulu.. kebetulan masa tuh mereka pun dah tahun akhir sebelum aku sambung Phd... kalau ikutkan skrg nie.. mereka dah 4 tahun jadi guru tetap di sekolah.. cuma yang aku tidak tahu.. di sekolah dan negeri mana mereka berkhidmat.. harap nanti.. andai aku ke mana-mana sekolah di seluruh malaysia.. aku dapatlah jumpa bekas anak-anak didik ini nanti..

Tinggal kurang lebih 4 5 hari untuk pulang.. tiket belum confirm... tensen sebenarnya.. aku dah email semula bahagian tempahan tiket... Harap esok dapat jawapan.. serabut kepala fikir benda yang belum settle camnie.. Esok pun nak jumpa G.. meeting terakhir sebelum aku balik Malaysia.. dan pada masa yang sama kena submit report analisis minggu depan.. walaupun aku dah balik.. aku tak cuti... lapor diri isnin depan dan aku terus kerja.. minggu kedua itu baru aku nak bercuti..

Esok hari terakhir kerja.. Sedih pun ada.. tapi sebenarnya aku sendiri pun tak tahu camna nak gambarkan perasaan aku... Mix feeling I guess... semoga esok hari yang memberikan aku perkhabaran yang baik InsyAllah

Kad rekod cuti tahunan..
Untuk tahun 2012 yang takde..
Dah buang pun kad nie.. 
Malas nak simpan ;)

Monday 20 February 2012

Selesai sesi angkat barang..

Salam petang Ahad,

Alhamdullilah.. urusan angkat brg semalam selesai dengan lancar.. cuma ada 1 set kusi meja dan kusi malas yang terpaksa dihantar lain waktu sebab van yang isi barang tuh dah penuh.. Aku serahkan pada pakwe nak settle kan benda2 tuh.. Semalam rumah penuh.. ramai yang datang.. ruang tamu sahaja dah penuh dengan kaum bapa dan jejaka2 hensem.. ahaks.. di dapur pulak kaum ibu dan gadis2 ayu sibuk bergosip hahaha.. di bilik budak2 sibuk main kertas shreded sampai penuh lantai bilik.. lepas tuh aku terpaksa gunakan kuasa veto suruh diorg semua kluar sebab kena bersihkan bilik tuh.. bukan apa.. aku risau nanti kertas2 tuh bersepah kat tangga.. nanti org bising hahaha.. selalu aku biarkan jek dan bersihkan kemudian.. tapi semalam tak boleh dah aku tengok.. krg aku yg teruk..

Makanan semalam semuanya Alhamdullilah cukup ada lebih juga kari kepala ikan dan nasi.. tapi elok2 sahajalah.. Semalam juga kawan aku dan landlord datang rumah untuk bincang pasal sewa.. dia confirm ambik rumah aku.. So senang sikit sebab aku boleh tinggalkan jek brg2 kat rumah nie.. takde pening sangat nak bersihkan dan buang semua brg2.. mana yg rasa boleh guna lagi aku tinggalkan jek..

Hari ini rumah sunyi sepi.. kecuali bunyi lagu dari laptop aku.. TV besar dah kena masuk kotak dan tinggal tv kecik jek.. Sky box aku masih boleh pakai tapi sebab cable scart dah kena angkut sekali.. takleh nak sambung ke sky box.. esok kena p beli pulak.. petang nie pun ada 2 3 org kwn nak dtg nak ambik brg..


Menikmati detik2 akhir makan coklat kat rumah sendiri..
lepas nie makan coklat mesia pulak..
Rumah lapang sungguh sebab dah takde brg ;)

Thursday 16 February 2012

Bila perlu rancang banyak benda dalam satu masa..

Salam Hari Khamis

Tinggal sehari lebih sahaja masa untuk aku packing barang sebelum sesi angkat barang pada hari Sabtu ini.. Secara rambang.. brg2 kat rumah dah 70% pack.. yang kena pack lagi adalah brg kat dapur.. semalam dah pack separuh.. hari ini kena sort out benda2 yang masih nak gunakan.. dan benda2 yang nak dibuang... Itu termasuklah juga stok makanan yang kena budget utk minggu depan nie.. lepas tuh khamis depan.. semua nak kena let go..

Semalam hari yang letih.. seperti biasalah.. rabu kelas dari 1-4.. sambung buat analisis SPSS.. email G nak jumpa dia esok.. balik makan dan sambung packing.. tup2 bila pakwe balik.. dia kata ada jemputan makan malam lak kat rumah kwn.. so pergi pulak.. balik dah pkl 10 lebih.. sambung lagi pack brg dapur.. pakwe pack lak baju2 dia... dekat nk pkl 12 aku masuk tido.. dah tak larat dah masa tuh.. sebab semalam tuh aku hanya tidur 3 jam sahaja... Sekarang nie pun bdn rasa macam bergoyang2 jek hahaha... tapi Alhamdullilah walaupun begitu.. fikiran dan waras aku masih kuat.. Pelik juga kadang2.. sebab aku tahu badan aku amat2 letih.. tapi kuasa minda mengatasi tenaga kan hahahaha... terpaksalah.. dah sampai stage begini.. selagi boleh survive kita kena berani untuk survival..

Esok juga sesi pembahagian barang2 untuk masak hari sabtu nie.. Aku dah mula bahagi2kan lauk yang hendak dimasak pada hari sabtu nie pada kawan2 aku.. Ada yang email aku personally nak tolong masak.. Alhamdullilah.. selebihnya aku tanya terus boleh tak minta tolong... So far plan aku nak masak kari kepala ikan (bukan aku masak ok) oleh 3 org chef handalan di sini dah dapat restu... Diorg yg tanya aku dulu.. offer nak tolong masak kan.. Lepas tuh 5 orang untuk goreng ayam pulak.. setiap org masak 4 pair ayam... dan 10kg beras untuk masak nasi dah ada 2 org yg sudi nak masak kan.. itu pun ada yg baik hati offer nak buat sandwich.. buat kuih.. goreng sayur.. Alhamdullilah sangat2... Dulu pernah kawan-kawan aku tanya.. macamana aku nak handle angkat brg nanti.. sebab geng2 kawan lama semua dah balik.. ada yang minta aku buat baik dengan org2 baru.. tapi aku cakap.. Aku tawakal jelah... Aku yakin pertolongan itu pasti Allah akan bagi... Aku pun sebenarnya takdelah risau sangat pasal nak suruh org masak nie.. sebab kebanyakan yang tolong masak itu.. diorg sendiri yang call atau jumpa aku personal.. tawarkan diri untuk tolong masak.. terharu sungguh.. sebab waktu itu plan nak masak apa pun belum ada dalam kepala.. tapi permintaan kawan-kawan untuk tolong masak nie.. banyak sungguh yang datang.. Alhamdullilah....

Itu pun.. menu hari sabtu nie.. ada juga yang aku kena masak.. macam asam pedas ikan salmon.. permintaan sorg adik nie.. kenalah buat dia duk request lama dah.. pastu nak buat lak pecal.. masak lemak kuning nangka muda.. mana aku dapat nangka muda?? hehehehe ada dijual dalam tin kat kedai cina... itu termasuklah nak buat begedil lagik..byk benda nak buat.. tapi aku yakin pagi tuh sure ramai yang leh tolong aku kat dapur nanti.. sebab masa tuh dapur dah kosong sikit..

Hari ini pakwe pergi beli barang kering.. list dah bagi... petang nanti balik rumah aku kena sort out ikut senarai lauk dan juga org yg masak.. patut aku kena masak ayam masak merah.. tapi ada kwn yg dah offer nak masakkan... so Alhamdullilah juga... dalam aku kelam kabut uruskan study.. kelas.. packing barang.. fikir pasal nak masak sabtu nie.. semuanya dapat aku uruskan sikit2.. dalam kepala nie.. macam2 fikir.. kena bahagi 3 benda...

Buat masa nie yang belum settle adalah tiket... Aku harap sangat settle secepat mungkin... hanya mampu doa jelah waktu ini.. dah tak larat nak fikir panjang... Itu pun.. semalam.. aku dapat email.. perlu buat sedikit perubahan bidang bila balik bekerja nanti.. Terfikir semalam ada bagusnya juga aku tukar... banyak manafaat sebenarnya.. InsyAllah.. semoga Allah permudahkan urusan aku nanti hendaknya.. Amin..

Tersenyum sekejap bila baca apa yang student tuh tulis kat page nie..
Thank You
You're Welcome =D

Tuesday 14 February 2012

Yang dirindukan..

Salam pagi isnin

Hari ini hari terakhir kawan baik aku Nuch di CIS.. Esok 14hb feb.. Hari Valentine dia akan pulang ke Thailand.. bermakna aku bakal ditinggalkan lagi oleh kawan baik aku.. Rasanya aku dah kebal kena tinggal.. Tapi sedikit sebanyak aku tidak dapat nafikan aku ada rasa sedih.. mana tidaknya.. bersama dia bukan sedikit masa... pasti aku rindukan dia terutama bila pagi hari aku tiba di bilik.. Biasanya bilik dah tidak berkunci dan pastinya laungan 'Good Morning' adalah benda yang aku ucapkan hampir setiap hari padanya... Itu belum lagi kes bila aku balik lewat.. terutama 2 3 minggu nie.. biasanya kami akan keluar bersama.. Esok dia akan terbang pulang.. Pagi tadi dia dah bawak barang2 dia untuk aku bawak pulang ke rumah.. dia tumpang pakej barang yang aku ambil untuk hantar ke tanahair..

Hari ini juga aku dah book tiket flight pergi dan balik dari KL ke Thailand.. confirmed dah booking.. senang tak yah susah2 nanti balik nak book tiket lagik.. Lepas jek book aku rasa excited.. looking forward trip ke sana.. dan juga excited nak balik bekerja..

Sedikit sebanyak tinggal kurang dari 2 minggu untuk balik... hati memang rasa sayu.. Minggu depan selasa hari terakhir aku bekerja.. Aku ada 1 lagi jumaat sebelum jumaat terakhir minggu depan... Tiket belum confirm lagi.. sebab dia bagi tiket penerbangan lain yang aku tak nak.. tengah minta tiket booking yang baru dengan penerbangan emirates.. aku harap sangat dapat emirates.. dan kalau boleh minggu ini juga diorg confirm booking tuh.. so by the time being.. aku ye tiket masih belum confirm... dah ramai yang tanya.. susah mau jawablah.. selagi tiket tak confirm nie...

Ini adalah list benda2 yang bakal aku rindukan nanti..

  • Udara sejuk yang nyaman tiap kali aku bangun pagi setiap hari.. confirm balik mesia.. bangun pagi dah tak sesejuk rasa di sini.. Silap haribulan aku bangun dengan peluh panas (maaf bukan nak berlagak.. tapi kes ini pernah aku alami masa balik dulu.. semalaman tak boleh tidur sebab terlalu panas)
  • Rutin buat roti bakar.. isi bekal nasi.. dan minum air kosong sebelum keluar rumah pkl 5.40pg
  • Berjalan kaki di awal pagi pkl 6.10pg.. merentasi angin sejuk dan gelapnya awal pagi..
  • Selasa depan adalah kali terakhir untuk aku minta Kunci no 229 lepas nie takde dah pegang kunci tuh
  • Ke CIS dihantar pakwe.. setiap kali tiba aku selalunya mesti terserempak dengan supervisor Nuch tengah isap rokok kat tepi tangga..
  • Naik lif ke tingkat 12..
  • Masuk bilik dan ucap good morning pada Nuch
  • Masuk pantry buat air kopi atau panaskan air untuk buat teh.. selalunya bila nak panaskan air dalam cerek.. cerek tuh airnya cukup2 untuk 1 mug aku.. dan aku suka buat amal jariah dengan penuhkan semula cerek tuh dan tolong didihkan air utk kawan2 yang lain.
  • Login pc.. selalunya pc tak shutdown.. dan mesti check email.. facebook.. dan blog dulu sebelum buat keje.. sambil makan roti bakar yang aku bawak dari rumah
  • Bila masuk pkl 12 lebih.. biasanya keluarkan bekal untuk tengahari.. makan sambil sambung kerja..
  • Bila musim sejuk.. selalunya jarak zohor dan asar beza hanya 1 jam.. selalunya aku solat dekat2 waktu.. sebab perbezaan yang tak jauh..
  • Selalunya juga aku ambil peluang untuk solat maghrib dan kadang2 juga kalau lewat di cis.. aku solat isyak terus...
  • Bila musim panas.. zohor dan asar jarak waktunya berbeza jauh.. dan selalunya aku sering sempat solat asar kat rumah.. sebab selalunya bila musim panas aku lebih suka balik rumah cepat berbanding musim sejuk yang biasanya aku lebih lewat balik rumah.. pelik kan?? Orang lain suka stay masa musim panas sebab siang panjang... Aku lak suka keluar awal sebab nak enjoy panas dan siang yang panjang tuh.. Musim sejuk lak aku suka stay kat ofis sebab nak keluar awal pun dah gelap.. balik awal pun gelap.. stay lewat pun gelap.. lagipun masa nie mood nak jalan2 takde sebab tak best lah..
  • Takde lagi dapat rasa maghrib pada pkl 4ptg.. dan isyak pada pkl 5ptg.. 
  • Di bilik inilah semua kawan-kawan muslim aku dari malaysia akan solat... dari Haizan.. Mas.. Yus.. Asma.. ruang kecil depan meja aku nie adalah tempat untuk mereka solat zohor.. asar dan maghrib.. dan pastinya ruang kecil di tepi meja aku ini juga aku akan sentiasa rindu.. sebab di situlah tempat aku solat... dan pernah juga berkesempatan buat solat dhuha ketika musim panas yang panjang dulu...
  • Tiada gangguan dari kenduri kendara saudara mara.. majlis kawin.. urusan kerja.. di sini aktiviti sosial adalah semata-mata jemputan makan bersama kawan-kawan.. trip berjalan yang berhampiran.. p shopping.. hadiri majlis ilmu anjuran komuniti.. lepak rumah kawan2 dengan agenda rindu masakan air tangan kawan-kawan..
  • Yang paling paling akan aku rindu.. adalah duduk depan PC nie.. memandang keluar tingkap yang di tepi aku.. lihat dunia yang berubah saban hari.. salji.. hujan.. panas.. luruh.. dan segala peristiwa yang terjadi yang boleh terlihat di sebalik tingkap itu..
  • Lepas nie.. aku duk bilik sorang-sorang.. takde lagi kongsi 4 orang seperti bilik sekarang nie.. yang semuanya perempuan.. dan semuanya supporting belaka..
  • Takde lagi agenda kongsi makan coklat.. biskut.. buah.. crisp.. dan segala makanan yang kadangkala kami suka beli dan makan sama-sama..
  • Rindu dengan stok makanan dan kedai segera kepunyaan Nuch.. tanyalah apa sahaja benda yang nak.. pisau.. gula.. susu.. gam.. sabun pencuci pinggan.. buah.. biskut.. maggi... hahaha semuanya dia ada.. kalau masa lapar.. kalau aku sebut jek.. 'I'm so hungry' pasti dia akan buka stok makanan dia.. dan bagi kat aku.. huhuhu.. nie dah sedih dah nie... :(
  • Takde lagi teman nak borak sambil gelak2... terutama kalau salah sorg kami pergi shopping mesti balik shopping tuh kami saling menayang benda2 yang kami beli..
  • Terbayang lagi ketika Nuch, Mas dan Haizan selesai viva.. di bilik inilah mereka datang untuk beritahu kejayaan mereka... melihat muka mereka sebelum viva.. dan melihat gembiranya mereka juga selepas viva..
  • Saling bertukar-tukar kad dan hadiah.. setiap kali hari jadi salah seorg dari kami berempat dalam bilik nie..termasuklah juga sesi bagi kad x'mas.
  • Melihat meja Nuch yang penuh selerak dengan kertas.. raknya yang penuh dengan stok makanan dan file2... hari ini.. meja dan raknya semua kosong dan bersih...takpe dalam masa 3minggu aku akan jumpa dia semula di Thailand ;)
Cukuplah... terlalu banyak lagi senarai kerinduan aku... paling utama aku pasti akan rindukan cuaca sejuk sepanjang tahun Scotland... Just like what people here used to say.. In Scotland... You can get 4 season in a day ;)

Terjumpa kertas ini.. 
Semasa kemas-kemas barang Jumaat yang lepas..
Ini merupakan satu perbualan bertulis masa aku dan Nuch hadiri disccusion research group kami..
Tergelak bila baca balik apa yang aku tulis..
Sila baca dengan nada Thai ok hahaha..
Sedih pulak bila baca semula apa yang kami bualkan tuh..
:(

Friday 10 February 2012

Kembara yang perlu dirancang dalam masa terdekat

Salam Khamis

Hari ini kelas yang sepatutnya aku handle pada pkl 12 tengahari dibatalkan kerana bangunan kelas tuh terbakar lewat petang hari selasa.. Petang selasa tuh dlm pkl 3lebih aku dan Nuch siap pergi kelas tuh untuk testing video dan audio dari notebook aku untuk pengajaran tengahari nie.. Awal pagi rabu.. bila terjaga dari tidur pada pukul 4 pagi aku perasan ada text dari Universiti yang memaklumkan semua kelas di bangunan berkenaan dibatalkan kerana berlaku kebakaran. Terkejut kejap bila uni boleh sms semua student pasal nie.. baguskan sistem nie.. hehehe ;)

Terkejut sebab ingat kebakaran kecil jek.. bila dengar berita pagi tuh.. serius dan jalan di tepi bangunan itu ditutup dan bangunan itu terbakar teruk.. yang terbakar adalah makmal kimia.. dan api adalah marak sebab boleh nampak 1 baris tingkap yang hitam dan pecah terbakar.. kata kawan aku yang duduk level makmal tuh tapi bilik lain.. kemungkinan bangunan tuh akan ditutup berbulan2 gak sebab dalam proses siasat.. kesianlah siapa yang perlu buat experimen dalam lab tuh.. terpaksa tunggu lab dibuka dan kena beli balik semua brg2 nak buat experimen..

Alhamdullilah juga document evaluation studies berjalan dengan baik pagi rabu tuh.. sampai agak lewat sikit sebab kan jalan ditutup dan aku habis kerja pkl 9.30.. kelas pkl 10.00 kelam kabut gak.. so far dapat dalam 47 org tapi 46 org jek yg jawab... oklah total dalam 83 org.. tak sampai 100 pun sebab kelas tuh yg dtg pun 60lebih jek.. apa pun syukur Alhamdullilah.. esok aku nak run analisis..

Sejak semalam aku dapat berita yang kawan baik aku dari jepun nak datang awal bulan 3 nie.. Terkejut juga sebab terdekat sangat.. bincang2 dengan Nuch.. minta dia postpone sebab aku baru sampai mesia 2 minggu sahaja sebelum dia sampai.. tapi email dia hari nie beritahu kami yang dia agak sibuk bln 3.. dengan conference, graduation dan mula kerja hujung bulan 3.. so nak tak nak terpaksa aku terutamanya.. cari jalan camna nak travel ke Thailand dalam masa tu.. Nak pergi takde masalah sebab aku boleh fly pada hari sabtu.. tapi nak balik ada problem sebab flight takde pada hari ahad n isnin yang ada hanya hari selasa.. tapi aku kena balik lewat2 pun isnin pagi tuh.. sampai KL petang.. Nuch pulak nak kena balik ke Uni tempat dia mengajar pulak hari isnin tuh.. kami semua akan bermalam di rumah mak Nuch yang terletak sejam lebih dari tempat Nuch mengajar..

Aku sendiri pun sebenarnya tak tahu lagi jadual kerja aku camna.. tapi aku memang kena turun ke Thailand waktu ini.. sebab aku tak tahu bila masa lagi aku akan dapat jumpa kawan baik aku tuh.. Kalau nak jumpa pun maybe kalau aku ke jepun.. atau tunggu pulak dia datang KL.. tapi Nuch dah merayu pada aku untuk turun ke Thailand masa tuh.. sebab tentu seronok kami bertiga dapat bersama semula selepas tak jumpa hampir 2 tahun.. dia balik tahun 2010 bulan feb..

Aku dah survey semua flight tiket.. pergi takde masalah.. tapi balik aku terpaksa ikut route ke bangkok dan ambil flight balik kl.. plan asal nak naik train.. tapi masalahnya.. aku takut lewat sangat sampai KL sebab kalau boleh aku nak sampai awal sebab selasa nak kerja.. Banyak benda nak consider.. ikut hati memang nak book terus jek tiket hari nie.. tapi kepala tengah serabut nie.. tgklah esok bila tenang2 sikit maybe aku fikir balik cara yang terbaik.. terfikir juga nak masuk thailand dengan driving kereta.. tapi itu plan terakhir aku dan nyatanya bukan aku drive hahaha.. kena angkut pakwe ikut sekali..

Kawan aku tuh dah confirm flight tiket dia pun.. dah email kat kami... tadi kami skype sekejap bincang pasal travelling nie.. dan Nuch pun dah tanya aku mana nak pergi masa hari tuh.. teruja giler.. belum balik mesia lagik dan plan travelling hahaha... nak buat camna... dah alang2 kawan jepun aku tuh datang.. aku kenalah turun Thailand.. nanti kalau dia turun KL pulak.. Nuch pulak akan turun KL.. dan dia memang akan dtg KL juga dalam bln 4 atau 5 sebab ada 2 kotak brg2 dia yg tumpang brg2 aku nanti...

Tak sabarnya nak jumpa kawan2 baik nie.. walaupun jumpa di negara ini.. tapi bila pulang ke negara masing-masing.. kami masih dapat berkawan dan terus berhubung hingga bila-bila.. Aku harap persahabatan nie kekal sampai mati.. sampai ke anak cucu sekali pun.. sebab bukan sedikit masa yang pernah kami habiskan bersama.. dengan K selama setahun dan Nuch selama 4 tahun lebih.. mereka semua adalah sebahagian daripada perjalanan hidup aku di sini.. bersama mereka aku lalui pengalaman dan mengutip ilmu.. terutama Nuch.. dia banyak tolong aku sebenarnya.. malah masa handle kelas untuk studies aku baru2 nie.. dia yang temankan aku dan tolong aku kutip kertas.. bg kertas.. kalau aku sorg2 tuh sesak juga nak handle..

Apa pun.. I'm looking forward for the trip... terutama sebab aku akan dapat jumpa keluarga Nuch.. dan juga K akan bawak mak dia sekali untuk trip ke Thailand.. nanti bila Nuch atau K datang KL aku akan bawa mereka juga jumpa mak dan ayah aku nanti... InsyAllah..

Balik mesia pun tinggal kurang dari 3 minggu.. tapi bebanan kerja makin banyak pulak sekarang nie..

Tuesday 7 February 2012

Nak balik ke tak nak ;)

Salam petang Selasa

Hari ini suhu rasa macam kurang sejuk sikit.. tapi rasa sejuk tuh masih maintain sama jek.. Salji cam biasalah takde... Apa pun pastinya kalau ada rezeki sebelum balik jumpa lagik salji..

Hari ini aku rasa berbelah bahagi sebenarnya.. ada rasa nak postpone tiket balik sebab memikirkan analisa data yang aku rasa kemungkinan besar aku perlu tambahan masa.. tapi pada masa yang sama.. bila kena postpone mean.. banyak benda yang aku kena consider.. sewa rumah nak kena bayarlah.. bil2 lagik.. yang kat mesia yang memang standby tunggu aku sampai.. sampai semalam adik aku mesej.. mak tanya tarikh nak balik.. aku susah nak cakaplah... Lawak kan.. nak balik pun leh ikut suka hati.. bila dah sampai stage macam aku nie.. nak balik memang dah masuk ikut suka hati aku jek.. sebab akibat tuh semua sama jek.. balik cepat ke lambat ke.. kesan yg kat mesia tuh tetap sama.. bezanya.. kesan kat sini yang lebih aku ambil berat.. kes kat mesia tuh aku tak kisah langsung.. sebab bab yang itu aku malas nak fikir.. tapi nie bab study aku kena fikir panjang.. sebab memang tak sangka pula ekprimen dan analisa nak dibuat dekat2 nak balik pulak.. itu yang rasa lari dari plan asal..

Tapi kalau balik lewat sangat pun tak boleh sebab bila brg dah hantar.. mean aku ada masa 1bulan 2 minggu sebelum brg sampai ke mesia.. nanti kelam kabut aku lagi pening kepala sebab nak kena berulang pulak ke port klang.. dan itu belum lagik kes nak p pejabat kastam nak uruskan AP... banyak benda sebenarnya..

Nantilah.. Hati dah tergerak nak buat solat hajat malam nie.. kalau aku tak letih sangat.. InsyAllah.. moga nanti aku dapat hidayah yang terbaik untuk aku buat keputusan..

Aku nak keluar untuk check sistem audio kat satu kelas nie.. ada kelas hari khamis..

Selepas 5 tahun 1 bulan..

Salam Malam Isnin

Alhamdullilah.. bila tempat lain di seluruh UK sibuk dengan salji yang tebal dan jalan yang licin berais.. Kami di sini.. sekeping salji pun takde... Hujan dan hari ini kabus tebal.. Amaran jalan licin dan pandangan terhad dek kabus tebal telah dikeluarkan sekitar UK.. so untuk sesiapa yang nak travel ke selatan dinasihatkan duduk rumah jelah.. Jeles juga tgk kawan2 di tempat lain sakan main salji.. kami kat sini maintain takde salji pun hehehe.. yelah rezeki Allah itu kan tak semestinya sama.. ;)

Hari ini Alhamdullilah the 1st pilot test with 37 user berjalan dengan baik.. Another 1 more class to go on wednesday.. kalau ikut list ada 118 org tapi tak tahu berapa ramai akan turn up dan berapa ramai juga yang nak join the studies.. kelas tadi pun seramai 43 org.. 6 orang refuse tak nak buat.. so oklah.. dapat 37 org pun dah cukup bagus.. 10 org utk both domain programming and IR.. utk multimedia and e-learning around 8-9.. Harapnya kelas rabu nanti lebih ramai yang sudi nak tolong.. so if aku dapat jumlah seramai 120 atau 100 pun dah cukup bagus dah... lepas tuh aku punya 2 minggu jek nak proses data sebelum balik..

Hari rasa berbelah bagi nak balik.. banyak sebab antaranya analisa data yang perlu aku buat untuk compare data user dan data computation... hujung minggu depan giliran aku angkat barang... brg masih banyak belum pack lagik nie.. progress slow.. nak2 pulak minggu nie aku sibuk dan minggu depan pun sama.. Ada rasa nak postpone tarikh balik ke hjg bln 3 untuk settlekan urusan study.. semalam pakwe lak cakap dia dah rasa macam tak nak balik.. Aduh... hujung thn lepas sampai dia sound2 aku.. tanya bila nak balik.. sampai ugut kata nak balik sorg2 tinggalkan aku..hahahaha... masa tuh aku tensen giler sangat2 tau... sampai aku stress fikir apa solution yang terbaik perlu aku buat... hahahaha... tapi biasalah aku.. bila dia cakap camtu aku buat tak tahu jek.. 5 tahun leh sabar tunggu dengan aku.. takkan beberapa bulan takleh nak tunggu.. dia pun tak punya sebarang komitmen kat mesia.. hutang takde.. kontrak takde.. semua yg ada adalah atas bebanan bahu aku jek.. Nie bila dah confirm nak balik.. baru dia tahu.. rasa tak nak balik... hahaha...

Cuma aku fikir dalam lewat doa aku pada Dia... aku harap biarlah yang terbaik untuk Dia tentukan untuk aku.. andai Dia rasa pulang dalam tarikh yang aku pinta itu yang terbaik untuk aku.. aku redha.. tapi andai Dia katakan.. tarikh pulang itu perlu di postpone.. aku go ahead aje.. buat masa nie tiket aku pun belum confirm lagik.. takde khabar berita langsung.. so aku pun susah nak cakap bila agaknya aku balik.. tapi doa jugalah if perlu postpone lagik.. aku ok jek sebenarnya... InsyAllah.. Dia Maha Mengetahui.. Hanya pada Dia sahaja segalanya..

Hari ini secara tak langsung bila aku minta beberapa rakan sama Phd untuk evaluate dokumen aku.. sebagai expert user.. Aku tertarik dengan perbincangan dengan seorang rakan itu.. Sebab research aku secara generalnya domain complexity vs language complexity... sesuatu domain subject itu sama ada ianya complex atau tidak bergantung pada language complex dalam domain berkenaan.. inilah hypothesis aku.. nak prove sama nak tolak atau terima.. berbalik pada perbincangan kami tadi.. secara tak langsung masuk bab Al-quran dan bagaimana readability studies ini juga pernah dibuat kajian.. kenapa dalam al-quran banyak disebut perkara solat dan zakat..  dan kenapa solat dan zakat dan bukan solat dan puasa.. pada aku perbincangan tadi memang menarik dalam sudut itu sebab benda yang aku kaji methodnya sama cuma domain subject ye berbeza.. tapi konsep analisa text yang aku lakukan itu tak jauh beza... Aku belum nak nak searching dan study lagi domain yang itu.. tapi pada aku itu adalah satu kajian yang cukup menarik.. akan aku buat kajian dan bacaan nanti sebab ada manafaatnya... seperti mana aku ceritakan analysis shakespeare yang aku dan rakan2 buat 3 minggu nie.. so secara tak langsung buat kami buka minda untuk melihat dalam konteks yang berbeza pulak..

Sebab itu sebenarnya mengapa Phd ini bukan mudah seperti buat master atau degree.. sebab dalam mencari ilmu dan kajian kita juga secara tak langsung mengkaji juga ilmu akhirat.. dan jika kita mampu bijak muhasabah dan mengaitkan kehidupan kita.. di situlah  ilmu itu wujud.. Sepatutnta secara ideal... semakin kita berilmu.. maka semakin dekatlah kita kepada Allah.. sebab pada mencari itu.. kita turut mencari juga diri kita sendiri..dan literature review yang kita baca.. kritik dan tulis itu bukan sekadar dan semata-mata kerana kita melihat skop ilmu yang kita kaji.. tetapi juga membuka ruang untuk mengetahui dan mengkaji ilmu lain yang lebih besar...

Tapi yelah konsep belajar ini tidak sama untuk semua orang..dan niat juga semuanya berbeza.. itu aku tidak mahu ulas.. terpulang pada diri masing2.. nak kutip yang mana.. nak ambil yang mana.. Aku juga tidak mengatakan yang aku semakin alim bila buat Phd nie.. cuma tatkala sibuk menganalisa data dan membuat kesimpulan dan kritikan untuk literature yang aku baca.. tidak dapat tidak akal fikiran turut membuatkan kita berfikir tentang muhasabah diri sendiri... Ada orang nak kejar habis dengan masa yang cepat.. ada orang nak buktikan mereka lebih baik dari orang lain..ada orang nak buktikan mereka mampu bersaing dengan orang lain... apa juga sebab dan musabab serta alasannya.. Aku seperti mana dulu.. malas nak ambil tahu.. pada aku konsep rezeki itu sama sahaja.. sedangkan orang yang memancing pada laut yang sama.. tepian pantai yang sama pun.. menggunakan pancing dan umpan yang sama.. tetap juga mendapat rezeki ikan yang berbeza.. Sedangkan kita makan nasi dari periuk yang sama.. lauk pauk dari mangkuk yang sama... rasa kenyang kita tetap berbeza... Sedangkan jalan yang kita lalui setiap hari bersama-rama ribuan orang lain setiap hari pun.. berbeza-beza ceritanya...

Tidak lama lagi aku akan kembali menjadi seorang tenaga pengajar... teringat bila tatkala Elaine bertanya pada aku.. 'I guess you must been missing teaching' Aku hanya mampu tersenyum sahaja... Seperti mana juga kata-kata aku pada Nuch tentang nilai mengajar.. Teaching is just not about teaching stuff or teach knowledge.. but teaching knowledge should come with values as well.. A good teacher would not just teach knowledge.. buat they should as well teach the knowledge values and how can they used it in their life.. mengajar itu bukan sekadar mengajar ilmu sahaja.. atau bukan sekadar mengajar.. dari tidak tahu kepada tahu.. tapi kita juga harus mengajar tentang nilai ilmu tersebut dan mengapa kita kena tahu nilai ilmu yang diajarkan.. Dulu teringat bila aku pernah bertanya pada seorang adik ini.. dia dah lama habis Phd (self sponsored).. tapi masih puas mencari kerja di sekitar UK.. sedangkan dia tahu seandainya dia pulang.. kerja itu InsyAllah dengan mudah sahaja dia dapat... katanya dia tidak minat mengajar.. dia lebih suka buat research.. Secara tak langsung aku perbetulkan konsep mengajar dan mendidik pada dia... jangan kita pandang mengajar.. itu sekadar mengajar semata-mata.. masuk kelas.. buka buku... salin nota.. buat assignment dan dapat markah.. well.. tak nafikan ramai yang berfikir macam tuh.. Bila aku highlighted.. mengapa tidak memandang mengajar itu lebih pada konsep perkongsian ilmu??? bukankah bila kita memandang ilmu itu untuk dikongsikan.. istilah mengajar itu dah bukan lagi isu asal..kalau kita sekadar memandang jadi pengajar ini.. setakat mengajar.. maka mengajar itu sahaja yang kita dapat.. tapi pulangan balik dan nilai pengajaran itu tidak ada...

 InsyAllah.. niat yang baik dibalas dengan yang baik juga kan... Oh ya sejak kebelakangan ini juga aku sering amalkan makan sesudu madu lebah setiap pagi sebagai ubat penat dan malas.. Ini aku dapat selepas mendengar ceramah dari ustaz Sharhan.. Alhamdullilah untuk orang yang macam aku yang memang tiap2 hari penat.. amat sangat berguna terutama bila kadang2 rasa malas jek hahahaha... Ambil madu lebah asli.. baca Al-Fatihah sekali, Ayat kursi sekali, selawat atas nabi s.a.w sebanyak 7kali dan baca surah An-Nahlu ayat 69.. iaitu ayat yang memperihalkan tentang lebah yang melalui perutnya keluar 1 cecair iaitu madu.. InsyAllah.. banyak khasiatnya sebenarnya... kalau ikuti ceramah perubatan islam dari ustaz sharhan ini.. banyak juga surah2  yang aku ambil untuk kesihatan diri.. boleh cari kat youtube.. banyak.. Sesekali bila layan dengar ceramah begini.. dapat juga hilangkan rasa mengantuk bila sehari suntuk buat kerja2 study..


Questionnaire untuk pilot studies..
Doakan semoga semua urusan aku dipermudahkan minggu ini..
InsyAllah

Friday 3 February 2012

Diari tukang cuci.. dimana pengakhirnya?

Salam Petang Khamis..

Alhamdullilah kita masih sihat untuk meneruskan kerja-kerja dan rutin harian...

Minggu ini adalah minggu sibuk aku... tapi minggu depan aku lebih-lebih sibuk.. bermula hari isnin menyediakan analisis untuk G.. Selasa sibuk buat analisa frekuensi untuk komedi ralat.. rabu pergi kelas TextLab lepas kelas sambung buat review social networking dan hari ini pula.. buat questionnaire untuk experiment mggu depan dan print semua dokumen domain computer science... dan esok proses untuk fotostat dan sediakan semua bahan2 untuk soal jawab..

Minggu depan G ke India selama seminggu.. dan semua kelas dia dari hari isnin-jumaat aku perlu cover... Aihhh.. itu tak termasuk kelas sendiri yang perlu aku masuk pulak hari rabu.. Isnin dan rabu kena run experiment dalam 2 kelas G.. 2 hari lagi.. khamis jumaat untuk handle kelas dia pulak.. memanglah dekat2 nak balik nie.. angin kena ngajar dah datang balik.. sekarang nie kerja2 aku banyak handle student jek... Aku harap experiment minggu depan berjalan dengan lancar dan siap sahaja experiment nanti.. boleh aku analisa data sebelum balik mesia.. dan run 1 lagi big experiment secara online dari sana..

Sejak beberapa hari ini.. selepas agenda kawan thai aku tuh shopping sakan.. dress dan kosmetik.. minggu ini dia pulun beli perfume pulak hahahah.. Hari ini sahaja aku dah sembur 4 jenis perfume berlainan brand hasil belian dia sekejap tadi.. melayanlah kerenah dia sebelum dia balik lagik 2 minggu nie.. lepas tuh aku pasti rindukan dia.. Syukur juga aku balik tak lama lepas dia balik.. tapi mungkin juga aku ok jek.. sebab aku dah terbiasa ditinggalkan buat sementara waktu... dan lebih seronok.. bila orang yang tinggalkan aku itu rindukan aku hahahaha.... ini yang selalu aku dapatlah.. tuan punya badan steady jek... ahaks..

Kalau tanya aku bersedia ke nak balik?? jawab aku TAKKK!! hahahaha.. sebabnya masih ada banyak kerja2 study dan analisis yang perlu aku buat.. cumanya aku harap semangat dan motivasi untuk aku sambung kerja2 ini masih berterusan.. dan aku juga tak pasti apa nasib blog ini nanti bila aku balik... tengah fikir nak teruskan atau nak hentikan jek hahaha.. sebab dah nak letak jawatan sebagai tukang cuci kan..

Dulu asal usul blog ini aku buat sebab ingat nak buat sesi luah perasaan tentang kerja tukang cuci yang aku buat.. tapi sejak kebelakangan nie.. aku rasa aku ye story dah berubah banyak masuk bab study dah hahaha... kisah TCC tuh adalah seperenggan jek.. memanglah tak sesuai dah nak guna nama TCC nie.. kena pakai nama x-TCC kot.. akan difikir2kan nanti camna...

Aku takut nanti lepas sesi luah pasal study.. aku akan buat pulak sesi luah pasal kerja hahahaha .. sebab kat sini aku boleh cerita apa sahaja asalkan aku rasa sesuai dengan tajuk.. Kerja kalau kerja hakiki sekadar mengajar sahaja.. aku takde masalah langsung.. sebab itu minat aku.. aku tak pernah rasa susah mengajar... sejak mula masuk bidang ini.. aku memang tak pernah nak tukar kerja lain.. terbiasa dari zaman sekolah menengah lagi aku dah selalu sangat mengajar kawan2 sekampung.. lepas uni.. terus masuk mengajar di kolej.. dan kini.. bila mengajar diperingkat universiti.. pada aku cabarannya adalah ilmu yang perlu diajar.. yang cuma aku agak kurang gemar nak buat adalah kerja2 pengurusan.. meeting sana sini.. handle function.. handle seminar.. buat modul.. harapnya dalam masa terdekat.. tidak dilantik untuk sebarang jawatan di jabatan... aku mahu rehat.. hahaha... dan kalau kekal sebagai staff biasa aku sudah happy.. yang penting gaji naik dan kerja aku tak stress.. tapi.. itu semua tak tahu lagik.. tunggu balik nie sudah tentu melambak schedule kerja yang menunggu... buat research aku masih enjoy sebab currently aku dah ada 2 3 research yang nak run dalam kepala.. dan antaranya projek textual analysis berasaskan buku2 di tanahair.. Masih belum tahu sejauhmana ada org buat research pasal ini atau tidak... so far google dalam jurnal2 antarabangsa tak jumpa lagik... kalau takde.. mean aku bakal run projek nie satu2nya kat mesia.. hahaha berangan.. buat analisis buku2 tulisan shakespeare inspire me to do the same :)

Oklah aku nak berhenti solat maghrib dan nak balik untuk baca yassin pulak.. Malam jumaat kan.. Antara azam tahun baru nie.. cuba nak khatamkan Al-Quran sebelum balik mesia nie.. dan cuba juga sehari membaca Al-Quran walaupun hanya satu muka surat... Kalau aku mampu membaca jurnal sampai banyak muka surat sehari.. kenapa pula tak boleh nak baca Quran walaupun hanya satu muka surat kan...

Mencari ilmu dunia bukan sekadar untuk kebaikan di dunia tetapi untuk kita muhasabah diri tentang dunia akhirat juga.. InsyAllah..

Wednesday 1 February 2012

Bila ada yang minta aku update blog..

Salam Malam Selasa

Alhamdullilah dah nak masuk awal bulan 2.. bermakna dah sebulan kita di tahun 2012.. Masa berlalu dengan cepat sekali... Rasa macam baru jek sambut tahun baru ahaks... tapi kini semua tuh dah berlalu.. lagik seminggu juga nak sampai ke hari Valentine.. tapi macam biasalah sebelum ini.. aku memang tak pernah celebrate.. cuma pastinya pada hari tersebut nanti.. iaitu 2 minggu dari sekarang.. sahabat baik aku akan pulang ke Thailand pada hari itu.. Sedihnya.. dan InsyAllah.. dalam masa lebih kurang 2 minggu dari itu (kalau tiket dah confirm) aku pula akan menyusul pulang ke tanah melayu..


Sebenarnya dari petang tadi dah taip 1 entri nak update.. Hari ini aku ye schedule kerja adalah menyiapkan assignment 'to do list' tentang play comedy of errors..  tengahari tadi aku sibuk analisis data dan melihat perkataan yang kerap digunakan.. dan pelbagai lagi perkataan yang unik dalam analisis tersebut.. bab yang ini nanti akan aku huraikan bila aku ada masa nak sambung entri itu.. Buat masa nie aku nak merapu sekejap.. hahahaha... ini pun entri ditulis sebab si 'kueh' dah bising kenapa aku tak update entri...

Hahahaha.. ko buat lawak ler kueh.. So untuk memenuhi harapan dan impian mu hehehe.. maka akak updatelah entri ini..

Cuaca waktu ini dijangkakan.. terus berada dalam takat beku untuk beberapa minggu ini.. dah masuk minggu ini juga dah 2 minggu aku pakai terma.. setiap hari bila check suhu.. mesti 0, 1, 2 atau kadang2 -1.. melihatkan cuaca camtu.. terutama pagi hari yang aku perlu keluuar seawal pkl 5.45pg.. kenalah pakai... bila berjalan kaki ke security house nak ambil kunci.. memang mengigil sejuklah..

Hari ini juga dah terima surat dari tempat kerja yang menerima surat berhenti kerja.. mean.. aku akan berhenti kerja dihujung bulan 2 ini.. ada 6 hari cuti yang perlu diambil.. dan 2 hari dah ambil tapi lagi 4 hari belum isi borang lagi.. Kerja macam biasa rutin masih kena cover department HR.. Aku dan Janice masih on team setiap hari.. take turn uruskan HR tuh.. so far not bad.. cuma aku tak leh bayangkan camna diorg nak work out cover bila aku dah takde.. they really short of staff right now.. dulu aku selalu jek tolong diorg cover.. always say yes.. jarang sangat aku tolak.. dan pastinya aku sendiri pun akan rindukan rutin exercise aku nie setiap hari.. exercise seawal pkl 6.20pagi selama 5 hari bekerja..


Semua orang tanya aku.. Adakah aku akan rindukan Scotland? Sudah tentulah.. Sejarah kehidupan dan hidup sebagai perantau ke bumi ini bukan sedikit jangka masanya.. terlalu lama.. Kehidupan di sini sudah terlalu sebati dengan hidup aku.. walaupun stress dan penat dengan study Phd nie.. tapi Alhamdullilah.. hidup aku rasa tenang dan aman.. walaupun berjauhan dari keluarga.. rakan2 dan rutin tanggungjawab kerja di tanahair.. tapi itu semua aku ambil sebagai dugaan dan cabaran..Memang realiti sebenar adalah di tanah melayu.. tapi realiti juga berpijak di bumi ini juga.. kedua-duanya punya matlamat dan tanggungjawab..

Walau apa pun.. I'll be back to Scotland 2 times in the next future.. InsyAllah.. for Viva and for graduation.. InsyAllah harapnya nanti ada rezeki untuk itu semua.. terutama paling utama viva tuhlah.. yang aku jangkakan pada bln 7 atau 8 nanti..Doakan untuk aku..

Ok.. nak masuk tido.. badan dah mula rasa nak demam dam muka dah mula berbahang.. inilah masalah aku bila musim sejuk nie.. badan mudah jadi panas berbahang terutama di bahagian muka.. terpaksa pulak basuh muka dengan air sejuk..

Doakan semoga semua urusan kita nanti dipermudahkan hendaknya...

p/s Sorry ler kueh akak cuba nak upload gbr tp xleh.. so next time jelah akak letak gbr k
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...