Monday 14 September 2015

Stress.. Serabut

Salam Tengahari Isnin

Hari pertama bekerja... esok kerja lagi.. rabu cuti.. pastu.. khamis keje balik huk huk... harung jelah.. bila mood cuti dalam tengah minggu..

Semalam adalah hari yang aku stress... sampai semua whatapp aku tak reply dan silent until around 4+ ptg semalam... selepas mendapat whatapp dari BFF yang risau dengan keadaan aku.. dan call yang bertanya macam-macam.. pesal aku tak reply.. ada masalah ke.. cuba cerita masalah apa.. akhirnya aku mengalah jugalah hahaha... dan ayat backup.. aku cakap.. saja nak tengok jika ada orang yang peduli dan sayang hahaha... yes.. there are.. ada yang peduli rupanya... dan juga ada yang sayang... Thanks.. you did cheer my day lah...

Today did feeling okay... been stress out for the last 2 weeks... struggling lagi dengan emosi dan kerja yang tunggang langgang.. aku rasa mood aku yang memang tak ok sangat... emosi bercampur-campur.. aku manusia yang punya perasaan.. ditambah aku juga seorang perempuan.. sensitif... emosi.. mengada-ngada... merajuk.. hahaha... ditambah.. that 'time' in a month.. ohhh... those mood.. raise up the hill..

Harap lepas nie.. manage to handle myself better.. and rasanya aku dah ok sikit.. walaupun badan aku dah stress out dan perlu diurut... dah 3 nak masuk 4 bulan tak diurut lagi nie... hopefully soon kot...

Layanlah lagu nie.. Selalu dengar di radio dan teringat lagu-lagu wings yang popular dulu...

Ingatkan aku- Wings

Wednesday 9 September 2015

Bangkok Day 1 (Part 2): Romantic dinner along Chao Phraya River

Sambungan travel ke Bangkok..

Selepas mendaftar di kaunter pendaftaran 'White Orchid River Cruise' di River City Shopping Complex.. Kami di bawa ke tempat untuk menunggu.. Sementara itu terdapat seorang gadis berpakaian traditional Thai memakaikan kami bunga orchid berwarna ungu dan meletakkan pelekat 'White Orchid River Cruise' di dada kami.. Sementara itu kami disuruh bergambar dengan gadis tersebut... mulanya kami layan... rupanya di akhir cruise kami.. mereka akan menjual gambar tersebut kepada kami.. (tak beli pun.. hahaha)

Sebenarnya aku yang telah mencadangkan kepada Nuch untuk makan malam gaya romantik sambil menyusuri sungai ini.. Nuch telah mencadangkan beberapa syarikat yang membuat cruise dinner seperti ini dan akhirnya memilih syarikat 'White Orchid' memandangkan ada promosi untuk 750 TB seorang dan terdapat pilihan makanan seafood...

http://www.thairivercruise.com/index.php?tpid=0198

Tidak lama menunggu kapal yang akan membawa kami makan di river cruise sampai.. ramailah orang yang mula beratur dan sedikit berebut-rebut...

Kapal yang akan membawa kami menyusuri sungai Chao Phraya sambil menikmati makan malam romantik

Selepas menunjukkan tiket kami.. dan nombor tempat duduk.. kami pun bergerak masuk ke dalam kapal berkenaan... Tempat duduk kami adalah di luar.. di bahagian dek hadapan yang terbuka.. kononnya nak romantik hahaha... lepas tuh rasa menyesal pulak.. sebab tempat buffet di bahagian dalam kapal dan kami perlu bergerak jauh sedikit untuk mengambil makanan... terdapat juga persembahan tarian di bahagian dalam.. memandangkan kami duduk di luar.. tengok dari jauhlah jelah... tapi.. kami tetap enjoy makan malam kami... dengan angin sempoi-sempoi malam.. pengalaman itu memang yang best kami lalui..

Tiada makanan yang halal disediakan sebenarnya.. tapi aku hanya mengambil yang berjenis vegetarian dan noodle sahaja .. lagipun aku ada Nuch yang turut membantu aku bertanya kepada tukang masak di situ... so yang mana jelas adalah ayam dan daging memang tak makan lah.. aku banyak makan padThai.. nasi putih dengan sayur dan kentang.. udang.. dan buah-buahan sahaja... selain aku terdapat juga 2 keluarga dari malaysia dan beberapa keluarga dari negara arab di situ..

Nuch telah memilih tempat duduk kami di bahagian dek luar.. yang terbuka.. ramai juga yang memilih tempat duduk di bahagian ini..

Walaupun di tengah-tengah sungai.. kami masih boleh berinternet.. 
dan aku sempat membuat panggilan telefon ke Malaysia waktu ini..

Tempat di belakang Nuch di dalam gambar ini.. selepas selesai makan malam.. ramai yang datang dah berdiri di situ.. kami rasa sedikit terganggu sebab ada dia antara mereka yang merokok.. ketika ini juga kapal dipandu dengan agak laju dan kain lapik meja hampir diterbangkan angin hahaha... apa pun kami relak dan seronok kerana dapat menikmati pemandangan lampu waktu malam... Sempat aku berpesan pada Nuch.. lepas nie boleh bawa boyfriend dating romantik begini.. Dia gelak sahaja mendengar usikan aku...

Selepas selesai makan malam.. destinasi kami seterusnya adalah untuk pulang ke hotel.. memandangkan kami tadi datang dengan teksi.. maka untuk balik.. kami memikirkan untuk mengambil teksi juga.. malangnya semua teksi yang Nuch tanya memberitahu mereka tidak ke sana..hampir 3 4 buah teksi juga yang kami tahan... hampa... akhirnya kami berjalan ke jalan utama... mulanya aku mencadangkan kami naik tuk-tuk sahaja... Nuch tidak percaya sangat... tapi akhirnya selepas sukar mendapatkan teksi... Nuch mengambil keputusan untuk kami naik tuk-tuk dan memintanya menghantar kami ke stesen keretapi yang terdekat...

Bayarannya tidaklah mahal.. (sorry dah lupa berapa huhuhu)... dan akhirnya kami selamat menaiki train dari Stesen Thaksin  balik ke stesen Ramkhamhaeng..
Tuk-tuk yang kami naiki ke stesen keretapi terdekat...

Bunga Orkid yang kami pakai untuk makan malam di kapal White Orchid.. 
Kad itu adalah kad train kami balik ke hotel

Malam itu kami tidur dengan nyenyaknya... sebab masing-masing dah keletihan seharian berjalan..

Esok kami akan ke Ayuthya menaiki train ke sana...

Bangkok Day 1 (Part 1)

Monday 7 September 2015

When we love someone.. its really hard to let go..

Salam Petang Isnin

1st day of working after many weeks traveling and been out of the office.. Stay foot in the office really sort of limit your mind.. since that you used to be so busy running errand and keep up with the work schedule... then today since last friday.. I started to sort of miss traveling... and I really need to go out.. but I was so tired even to drive far as KL... malas lah... not feeling well.. got a sore throat.. coughing.. suara serak basah.. and It sort of getting worst...

Why suddenly I'm talking about love.. hahaha... nothing just something that come to the mind.. I might have watch some romantic movies I guess... layan hindi.. Mann and Chennai Express last weekend... continue of to Iron Man 3.. Divergent.. The league of extraordinary gentlemen.. then continue with Jamie Oliver cooking.. Of I missed my life back in UK...

But its true kan... When we love someone.. badly... its really hard to let go... either is your partner.. you good friends... or even you parents... I been thru that before... the lost of arwah Ayah did bring emptiness in my heart and still do... losing another good friend a year after make the emptiness become bigger and deep... however still manage to hold on to life... act happy... be happy... move on.. but of course.. letting go something that you love so much.. its really hard... sometimes I feel like I can't let go at all..

I realised that sometimes I sort of like to speak up my mind up front... and it does sometimes worry me that people interpret it differently... Especially when I started to talk about life.. I might look like I'm sort of not happy or in a 'certain' mood... but hey... It really hard to please everyone kan... and I also know.. people could just guess and assume this and that.. terpulanglah... as long I'm happy.. you all pun happy.. that really matter kan.. kan..

Yes I'm in love.. always in love... to someone that I love dearly and so much... pray that we would be together till Jannah... and yes.. I also love my family and my parents.. they are part of me.. what I have become and behave are something I have learn in the family... Yes.. I also love my friends... they are the ones that always make my life bright and colorful.. remain me when I'm careless... be there for me when I'm sad... and yes I also love my BFF... who also teach me about love and happiness.. always check on me... whatapps me anytime day and night... even just by saying.. ' Good morning'.. or 'what you have for lunch or dinner'.. or even.. 'What do you plan to cook tonite'.. 'How was yur weekend'.. 'When is yur classes?'.. 'Letih tak'.. sometime naughty questions like 'How was yur date'.. 'pergi dating tak minggu ni'..  and many more questions that always bring a cheeky smile out of me.. hahaha..

Last Tuesday was our anniversary.. we been together for 15 years and I have known him for 27 years.. since i'm 13 years old.. and when I was in my form 1... he was a senior.. a form 6 senior.... who would ever guess a 18 years old guy would have an eyes to a 13 years old gal... naive.. selekeh.. innocent.. budget baik.. skema.. hahaha... and list goes on... but believed me.... I tak layan dia pun masa zaman sekolah.. and those story I have written in this blog many years ago.. kena carilah dalam blog list ye...

Dear boyfriend... I always love you... even sometimes we have our differences.. disagreement... I still love you always.. and I admit.. It would be really hard for me.. If I have to let you go oneday (ajal maut jodoh ketentuan Allah kan)

For the rest... some of you are special to me too.. deep in my heart.. I always appreciate it.. love you as well as a good friend.. may we could be friends forever...

Love me like you do.. Ellie Goulding
Always listen this song over the radio..

 Talking Body- Tove Lo
Love this song as well...

Friday 4 September 2015

Merdeka.. Bebas dan 'Move On'

Salam Pagi Jumaat

Alhamdullilah selesai sudah travel untuk urusan rasmi minggu ini.. dah 3 ke 4 minggu aku keluar tanpa henti setiap hari dan setiap hujung minggu... Bulan 8 sahaja aku travel by domestic flight ke 3 negeri.. Langkawi.. JB.. dan Kuching.. Semalam baru balik dari JB by road.. nasib juga kawan aku yang drive.. ada meeting di UTM... kalau org lain drive aku relak sikit.. mamat tuh pun jenis speed laju hahaha... gerak pkl 4pm.. sampai sini pukul 10.30malam dengan 2 kali berhenti di rnr untuk solat dan minum-minum.. geng pulak satu kepala.. kami bertiga sahaja dan best aku sorang je pompuan dan seat belakang tuh untuk aku sorang hehehe...

Malam merdeka aku di KL dan 3 hari sebelum itu di Kuching... banyak juga kenangan indah di Kuching sebab kali ini aku memandu sepenuhnya semasa di sana... rasanya kalau kena pergi lagi... aku leh pejam mata dah drive sama macam aku drive di Langkawi aritu..

Emosi.. bercampur-campur dan aku kini dah move on.. malas nak ingat benda-benda yang lepas.. Banyak juga benda yang menyakitkan hati.. tapi malas nak fikir.. malas nak layan... jalan terus je.. berkawan dengan orang baru... cari geng baru... layan benda-benda yang baru.. takde masa dah nak layan benda lepas... nak ingat-ingat.. nak sentimental sangat.. ada juga yang datang dalam mimpi aku... dan aku dah agak tindakan seterusnya... tapi macam aku cakaplah... aku move on... benda dah lepas... berpatah balik ke situ memang takdelah dah... nak jadi macam dulu pun tak lah...

Sekarang ni aku aktif sikit di Wechat.. rajin gak update status whereabout aku... kalau kat facebook tuh ramai sangat yang kenal.. student jek rasa beratus...

Till we meet againlah...

Tanjung Rhu Langkawi 

Burung Kenyalang, Damai Beach Santubong Sarawak 

Kuching Sentral.. mengadap Sungai Sarawak 

Pulai Spring Resort, Johor Bahru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...