Showing posts with label Cakap-cakap. Show all posts
Showing posts with label Cakap-cakap. Show all posts

Monday, 9 November 2015

Aku Rindu

Salam Petang Isnin

Terlalu banyak kerinduan yang datang... Antaranya rindu pada kehidupan di UK yang pernah menjadi rumah tetap aku selama 5 tahun.. kerinduan ini semakin menebal beberapa minggu ini.. I missed that life.. masih teringat berjalan kaki setiap hari merentasi dataran di tengah bandar.. untuk ke universiti..

Paling aku rindukan makan panini berintikan 'coronation chicken'.. sejak balik ke sini.. belum pernah lagi aku temui menu ini dimana-mana sekitar malaysia... lagipun coronation chicken ini unik di UK sahaja.. ianya dicipta semasa pertabalan ratu england dulu..

Banyak yang aku rindukan sebenarnya... rindu musim gugur yang menyediakan warna alam yang berwarna warni.. rindukan kehidupan yang tidak sibuk dan sentiasa penuh masa dengan rakan-rakan berjalan mengembara an bersantai setiap hujung minggu.. rindukan gelak ketawa rakan-rakan yang merupakan sanak saudara sendiri... rindukan ukhuwah yang kuat antara kami..

Aku rindu untuk berjalan sendiri di taman seperti dulu untuk aku ambil gambar alam.. terutama bila menghampiri musim sejuk dan siang menjadi pendek serta malam menjadi panjang..

Hati sentiasa rasa nak kembali ke sana.. sentiasa ada dalam ingatan

p/s Dah beli dada ayam dan mango chutney.. Akan buat coronation chicken soon... nyum nyum

Coronation Chicken Recipe :

Constance Spry, an English food writer and flower arranger, and Rosemary Hume, a chef, both principals of the Cordon Bleu Cookery School in London, are credited with the invention of coronation chicken. Preparing the food for the banquet of the coronation of Queen Elizabeth II in 1953, Spry proposed the recipe of cold chicken, curry cream sauce and dressing that would later become known as coronation chicken. (wikipedia)

Ingredients
  • Shredded Chicken from a medium sized pre roasted chicken
  • 3 tbsp Mayo 
  • Mild curry powder to taste 
  • 1/2 tsp Cinnamon Ground Black Pepper 
  • 1 tbsp Mango chutney sultanas - as many as you fancy 
Method
  • Mix the mayo, curry powder, cinnamon, black pepper, chutney and sultanas together. 
  • Altering quantities to your preferred taste mix the combined ingredients with the shredded chicken
  • Serve with baked potatoes, wraps, sandwiches etc
Rindukan langit biru ini..

Monday, 14 September 2015

Stress.. Serabut

Salam Tengahari Isnin

Hari pertama bekerja... esok kerja lagi.. rabu cuti.. pastu.. khamis keje balik huk huk... harung jelah.. bila mood cuti dalam tengah minggu..

Semalam adalah hari yang aku stress... sampai semua whatapp aku tak reply dan silent until around 4+ ptg semalam... selepas mendapat whatapp dari BFF yang risau dengan keadaan aku.. dan call yang bertanya macam-macam.. pesal aku tak reply.. ada masalah ke.. cuba cerita masalah apa.. akhirnya aku mengalah jugalah hahaha... dan ayat backup.. aku cakap.. saja nak tengok jika ada orang yang peduli dan sayang hahaha... yes.. there are.. ada yang peduli rupanya... dan juga ada yang sayang... Thanks.. you did cheer my day lah...

Today did feeling okay... been stress out for the last 2 weeks... struggling lagi dengan emosi dan kerja yang tunggang langgang.. aku rasa mood aku yang memang tak ok sangat... emosi bercampur-campur.. aku manusia yang punya perasaan.. ditambah aku juga seorang perempuan.. sensitif... emosi.. mengada-ngada... merajuk.. hahaha... ditambah.. that 'time' in a month.. ohhh... those mood.. raise up the hill..

Harap lepas nie.. manage to handle myself better.. and rasanya aku dah ok sikit.. walaupun badan aku dah stress out dan perlu diurut... dah 3 nak masuk 4 bulan tak diurut lagi nie... hopefully soon kot...

Layanlah lagu nie.. Selalu dengar di radio dan teringat lagu-lagu wings yang popular dulu...

Ingatkan aku- Wings

Friday, 4 September 2015

Merdeka.. Bebas dan 'Move On'

Salam Pagi Jumaat

Alhamdullilah selesai sudah travel untuk urusan rasmi minggu ini.. dah 3 ke 4 minggu aku keluar tanpa henti setiap hari dan setiap hujung minggu... Bulan 8 sahaja aku travel by domestic flight ke 3 negeri.. Langkawi.. JB.. dan Kuching.. Semalam baru balik dari JB by road.. nasib juga kawan aku yang drive.. ada meeting di UTM... kalau org lain drive aku relak sikit.. mamat tuh pun jenis speed laju hahaha... gerak pkl 4pm.. sampai sini pukul 10.30malam dengan 2 kali berhenti di rnr untuk solat dan minum-minum.. geng pulak satu kepala.. kami bertiga sahaja dan best aku sorang je pompuan dan seat belakang tuh untuk aku sorang hehehe...

Malam merdeka aku di KL dan 3 hari sebelum itu di Kuching... banyak juga kenangan indah di Kuching sebab kali ini aku memandu sepenuhnya semasa di sana... rasanya kalau kena pergi lagi... aku leh pejam mata dah drive sama macam aku drive di Langkawi aritu..

Emosi.. bercampur-campur dan aku kini dah move on.. malas nak ingat benda-benda yang lepas.. Banyak juga benda yang menyakitkan hati.. tapi malas nak fikir.. malas nak layan... jalan terus je.. berkawan dengan orang baru... cari geng baru... layan benda-benda yang baru.. takde masa dah nak layan benda lepas... nak ingat-ingat.. nak sentimental sangat.. ada juga yang datang dalam mimpi aku... dan aku dah agak tindakan seterusnya... tapi macam aku cakaplah... aku move on... benda dah lepas... berpatah balik ke situ memang takdelah dah... nak jadi macam dulu pun tak lah...

Sekarang ni aku aktif sikit di Wechat.. rajin gak update status whereabout aku... kalau kat facebook tuh ramai sangat yang kenal.. student jek rasa beratus...

Till we meet againlah...

Tanjung Rhu Langkawi 

Burung Kenyalang, Damai Beach Santubong Sarawak 

Kuching Sentral.. mengadap Sungai Sarawak 

Pulai Spring Resort, Johor Bahru

Thursday, 26 March 2015

Gembira please be beside me now..

Salam

Hari ini mood ke laut... Aku STRESSS.. kerja yang banyak dan dateline yang boleh kata serentak dalam 1 masa... Bukan tak boleh nak buat.. tapi aku dah tak larat nak arrange otak aku untuk settlekan satu persatu sebab keperluan untuk menyiapkan adalah dalam masa 24-48jam...

Sesetengah kawan aku cakap.. sehari ada 24jam sahaja.. kalau tambah lagi masa sekali pun macam tu juga kan.. Sejak dari pagi tadi aku dah buat 3 4 kerja dalam satu masa.. kejap buka fail untuk edit report data analisis... bukan sikit file yang aku kena rujuk 4 fail.. sekejap masa buat report teringat pulak kertas exam yang apa pun tak buat lagi.. dan dateline adalah esok!!! huhuhu... sekejap teringat pulak slaid untuk kuliah petang tadi nie..

Dekat pkl 1.15 tadi aku paksa diri berhenti untuk pergi lunch... dah 2 hari bungkus tapau jek nasi ayam kukus.. jalan kaki ke gerai abang tuh.. sengaja ke situ sebab lebih relak dan tawaf padang bola jaring... sambil mata memerhati pokok-pokok besar kat tepi jalan.. sunyi.. sepi... sekejap.. dan sibuk kembali dengan kereta dan motor yang lalu lalang...

Aku dah bosan makan sorang-sorang kot.. and I seriously need somebody to talk.. rasanya sejak balik dari outstation hari selasa lepas.. working back on wednesday mood aku bagai hilang arah... I sort of lost in my own mind...

Aku rasa macam aku dah mula nak depress.. huhuhu... mood bulan nie macam teruk sangat... aku rasa macam aku dah hilang energy dan semangat... really need to be happy now.. so that I have the courage to finish all the dateline.. with smile and positive mind.. Cuba juga control jiwa but when you feel like down.. its really hard to pick up the momentum when all the dateline are around..

Happy.. where did you go my dear?? Please come back and be beside me.. Oleh kerana aku percaya rasa gembira ini juga ada kaitan dengan makanan.. muhahaha... alasan untuk menguruskan badan lah nie.. so I'm starting to craving for some sweetness... Aku kan chocholics... and it's been months I have started cutting on sugary drinks.. desserts.. and drink more plain water.. yeah did lost 3-4kg I think..

Some articles that I found on internet from bottomlinepersonal.com/6-foods-proven-to-make-you-happy/

6 Foods Proven to Make You Happy

ONE WORKS EVEN BETTER THAN ANTIDEPRESSANTS

You can eat your way to a better mood! Certain foods and beverages have been proven to provide the raw materials that you need to feel sharper, more relaxed and just plain happier. Best choices…

HAPPY FOOD #1: CHOCOLATE

Chocolate can make you feel good—to such an extent that 52% of women would choose chocolate over sex, according to one survey.
Chocolate contains chemical compounds known as polyphenols, which interact with neurotransmitters in the brain and reduce anxiety. An Australian study found that men and women who consumed the most chocolate polyphenols (in the form of a beverage) felt calmer and more content than those who consumed a placebo drink.
Chocolate also boosts serotonin, the same neurotransmitter affected by antidepressant medications. It triggers the release of dopamine and stimulates the “pleasure” parts of the brain.
Then there’s the sensual side of chocolate—the intensity of the flavor and the melting sensation as it dissolves in your mouth. The satisfaction that people get from chocolate could be as helpful for happiness as its chemical composition.
Recommended amount: Aim for one ounce of dark chocolate a day. Most studies used dark chocolate with 70% cacao or more.

HAPPY FOOD #2: FISH

Fish has been called “brain food” because our brains have a high concentration of omega-3 fatty acids—and so does fish. These fatty acids have been linked to memory and other cognitive functions. In countries where people eat a lot of fish, depression occurs less often than in countries (such as the US) where people eat less.
The omega-3s in fish accumulate in the brain and increase “membrane fluidity,” the ability of brain-cell membranes to absorb nutrients and transmit chemical signals.
A study in Archives of General Psychiatry looked at patients diagnosed with depression who hadn’t responded well to antidepressants. Those who were given 1,000 mg of EPA (a type of omega-3 fatty acid) daily for three months had significant improvements, including less anxiety and better sleep.
Recommended amount: Try to have at least two or three fish meals a week. Cold-water fish—such as sardines, mackerel and salmon—have the highest levels of omega-3s. Or choose a supplement with 1,000 mg of EPA and DHA (another omega-3 fatty acid) in total.

HAPPY FOOD #3: DARK GREEN VEGGIES

Dark green vegetables such as spinach, asparagus, broccoli and Brussels sprouts are loaded with folate, a B-complex vitamin that plays a key role in regulating mood. A Harvard study found that up to 38% of adults with depression had low or borderline levels of folate. Boosting the folate levels of depressed patients improved their mood.
Dark green vegetables are particularly good, but all vegetables and fruits boost mood. Researchers asked 281 people to note their moods on different days. On the days when the participants consumed the most vegetables and fruits, they reported feeling happier and more energetic. Folate certainly plays a role, but self-satisfaction may have something to do with it as well. People feel good when they eat right and take care of themselves.
Recommended amount: The minimum you should have is five servings of vegetables and fruits a day. Bonus: Middle-aged men who had 10 servings a day showed reduced blood pressure.

HAPPY FOOD #4: BEANS (INCLUDING SOYBEANS)

Beans are rich in tryptophan, an essential amino acid that is used by the body to produce serotonin, the neurotransmitter that affects feelings of calmness and relaxation.
Beans also are loaded with folate. Folate, as mentioned in the veggies section, plays a key role in regulating mood.
In addition, beans contain manganese, a trace element that helps prevent mood swings due to low blood sugar.
Recommended amount: For people not used to eating beans, start with one-quarter cup five days a week. Build up to one-half cup daily. This progression will help prevent gastrointestinal symptoms such as flatulence.

HAPPY FOOD #5: NUTS

Nuts are high in magnesium, a trace mineral involved in more than 300 processes in the body. People who don’t get enough magnesium feel irritable, fatigued and susceptible to stress.
The elderly are more likely than young adults to be low in magnesium—because they don’t eat enough magnesium-rich foods and/or because they tend to excrete more magnesium in their urine.
Also, many health problems can accelerate the depletion of magnesium from the body. Examples: Gastrointestinal disorders (or bariatric surgery), kidney disease and sometimes diabetes.
Recommended amount: Aim for one ounce of nuts a day. Good choices include almonds, walnuts, cashews, hazelnuts and peanuts (the latter is technically a legume). If you don’t like nuts, other high-magnesium foods include spinach, pumpkin seeds, fish, beans, whole grains and dairy.

HAPPY FOOD #6: COFFEE

The caffeine in coffee, tea and other caffeinated beverages is a very beneficial compound. One study found that people with mild cognitive impairment were less likely to develop full-fledged Alzheimer’s disease when they had the caffeine equivalent of about three cups of coffee a day.
Caffeine can temporarily improve your memory and performance on tests. It enhances coordination and other parameters of physical performance. When you feel energized, you feel happier. Also, people who feel good from caffeine may be more likely to engage in other happiness-promoting behaviors, such as seeing friends and exercising.
Recommended amount: The challenge is finding the “sweet spot”—just enough caffeine to boost mood but not so much that you get the shakes or start feeling anxious. For those who aren’t overly sensitive to caffeine, one to three daily cups of coffee or tea are about right.
p/s Yeahh.. chocolate in the list... Always love chocolate forever... susah betul kalau hantu coklat nie kan... and yeah I really need some cool and sweet ice-cream too.. and been craving for 'pisang goreng' as well.. ehhh ini kes nak happy ke... kes nak makan nie :(

Thursday, 12 March 2015

Sibuk.. Suara Serak.. Perlu bercuti

Assalam..

Last update bulan 2.. kiranya dah sebulan blog nie sepi.. kisah sambungan ke Tokyo pun tak buat lagi... InsyAllah.. soon akan sambung cerita walaupun kisah tuh dah setahun... harapnya memori aku masih kuat ..

Aku memang sibuk.. penghujung kelas diploma.. dan awal kuliah kelas degree... biasalah bila transisi kelas berlaku.. maka aku akan sibuk dan tak cukup masa nak fikir buat benda lain... hampir 2 3 minggu kelas aku dari isnin hingga jumaat... letih badan bila selesai kelas hari jumaat.. sambung pulak sabtu ahad balik kg.. ada keje kat ofis walaupun weekend..

Aku dah seminggu bersuara serak dan batuk2.. musim.. minggu lepas kelas aku mengajar dan berhenti bercakap setiap 10min.. sakit.. paksa juga suara nanti... risau suara yang merdu hilang melodi hahahaha..

Diam tak diam.. lagi 3 minggu aku akan ke Bangkok.. baru mula buat searching pasal tempat nak ke sana.. walaupun Nuch akan jadi tourist guide aku... tapi aku tetap kena survey terutama tempat makan halal.. at least aku prepare tempat mana nak makan nanti.. walaupun sebenarnya aku takdelah risau sangat... 6 tahun duk oversea.. dan kawan2 aku pun ramai bukan muslim.. aku takde hal bab makan nie... pergi jepun 8 hari pun.. Alhamdullilah.. pandai2lah bawa diri nanti...

Ini percutian pertama aku untuk tahun 2015... travel atas tiket bercuti dan seorang diri terbang dari tanahair... can't wait... sebab sebulan selepas itu trip bercuti lagi bawa diorg datang ke malaysia pulak.. kanako dan nuch akan terbang ke sini.. so aku ye status pun akan jadi tourist guide bertauliah hahaha... bertauliah utk kekwn aku..later nanti aku ceritalah bila sampai masanya..

Kerja.. takde benda nak report.. sebab benda tuh rutin macam biasa... kerja banyak.. sibuk.. dateline itu dan ini.. kena buat itu ini.. training date.. assignment date.. arghhhhhh... malas nak fikir sangat..

Apa juga.. deep down.. I missed everything... Miss lepaking.. miss spend time with BFF.. last weekend did spend time jumpa balik kawan lama zaman sekolah rendah dan menengah... Aku rasa dah tua... tak jumpa sorg tuh dah 26tahun... but we still feel like teenagers duk hostel dulu... we spend time talking like 4 5 hours.. giler sungguh...

Oklah.. nak sambung buat slide.. kelas semester nie semua petang.. tension sungguh sebab kelas petang adalah kelas yang paling tak best.. tapi pada masa yang sama... lebih banyak discussion dari lecture...

p/s I really need a break lah...

Friday, 6 February 2015

Cemburu..

As' Salam

Adakalanya bila kita melihat kehidupan orang lain.. kadang terbit rasa cemburu dengan apa yang kita lihat dan apa yang kita tiada.. Itu lumrah.. setiap kita pasti akan membuat perbandingan begitu.. cemburu untuk sesuatu yang lebih baik tidak mengapa.. tapi cemburu untuk membuatkan yang baik itu menjadi buruk... itu sememangnya tak baik lah kan..

Namun... tidak salah kita menjadi cemburu.. ada orang cemburu dan tidak berbuat apa-apa pun.. sekadar menjaja cerita dan memburukkan keadaan.. ada pula yang cemburu dan menjadikan itu sebagai satu cabaran dan berusaha untuk menjadi setanding atau lebih daripada kebaikan yang dicemburui..

Muhasabah diri.. itu kadangkala perlu.. kita nilai kembali diri kita dan kita cuba lakukan yang sepatutnya..

Aku juga tidak terlepas daripada sifat cemburu itu.. kalau nak disenaraikan memang banyak.. terutama bila melibatkan keluarga.. kerjaya.. kehidupan.. tapi masih juga muhasabah diri..


Missed this street..
Miss my life here once upon a time :)

Tuesday, 20 January 2015

Kecantikan wajah.. semua wanita nak cantik..

Salam

Tadi masa review traffic ke blog nie.. aku dapati review pasal kecantikan adalah antara review yang paling tinggi ke blog nie.. paling tinggi review pasal restoran ikan bakar di Jeram.

Ok hari ini aku nak sambung pasal review produk Safi Rania Diamond.. Jika sesiapa pernah baca pasal review yang aku buat pasal safi rania gold dan safi perfect 10 (skrg nie safia white trilogy).. kat sini

Sebenarnya aku dah mula bertukar arah daripada safi rania gold ke safi rania diamond.. Bermula dengan produk safi perfect 10.. akhirnya aku telah beralih arah ke range produk yang lebih advance sikit (bukan sekadar kandungan yang digunakan malah harga pun mahal juga)..

Kenapa aku sekarang stick dengan safi rania diamond? Sebab aku rasa lebih serasi dengan produk tersebut.. dan antara sebab lain lagi... tidak berminyak sangat dan masalah kulit berminyak dan separa kering aku juga dapat diatasi secara langsung..

1- Microdermabransion Cream scrub


Skrub krim dengan kesan yang menyerupai rawatan milkrodermabrasion membantu menyerlahkan kulit halus berseri. Menerusi formulasi NANO DIAMOND DNA TECHNOLOGY dan kuasa manik-manik mikro yang bertindak lebih lembut untuk menanggalkan kotoran yang terperangkap di liang pori dengan berkesan tanpa mencalarkan kulit. (source http://safi.com.my/skin-care/rania-diamond/scrub.php)

Ini merupakan krim skrub yang paling aku suka pakai. Penggunaan hanya seminggu sekali sahaja. Skrub ini tak keringkan kulit dan kulit muka terasa lebih bersih dan lembap selepas digunakan. Berbeza dengan skrub lain yang pernah aku pakai, selalunya muka akan rasa lebih kering tetapi tidak untuk skrub jenis ini. Tujuan penggunaan skrub nie adalah untuk buang kulit-kulit mati terutama di lapisan dalaman kulit. 1st aku mencuba skrub nie terus jatuh cinta hahaha... selain daripada skrub muka, aku juga gunakan krim ini utk skrub leher dan tangan juga. Selepas gunakan skrub nie pakai lah krim malam safi rania untuk hasil lebih baik. Harga dalam RM20+

2-Serum rawatan intensif
Serum rawatan intensif bertindak sebagai perangsang sel membantu mempercepatkan proses pemulihan sel, meningkatkan keelastikan kulit dan melembap secara berterusan. Menerusi formulasi NANO DIAMOND DNA TECHNOLOGY dan Ceramide 3, kulit lebih halus bermaya, anjal dengan pengurangan kedutan begitu ketara. (source http://safi.com.my/skin-care/rania-diamond/serum.php)

Seperti mana range produk safi sebelum ini, aku memang gunakan serum. Serum ini dipakai sebelum memakai krim atau pelembap muka. Aku suka serum ini sebab ianya terasa lebih ringan di muka. Macam tak pakai apa-apa pun. Ia pun lebih cepat menyerap dan tidak berminyak. Jika dibandingkan dengan serum perfect 10 (now white trilogy) dan rania gold , serum ini aku lebih suka. Namun yang selalu buat aku fikir nak beli harganya agak mahal sikit dalam RM50++ berbanding dengan safia rania white trilogy rm 23.90-25.90 atau rania gold rm29.90-32.90. Serum ini jarang ada sales kat guardian huhuhu.. so bayar jelah pejam mata kalau dah sampai turn kena beli juga. Harga yang aku tengok di Guardian RM58.90 (berbeza ikut tempat)

3- Cell repairing renewal cream
Krim pelembap bertekstur ringan dengan rawatan intensif efektif memperbaiki struktur dan tekstur kulit. Menerusi formulasi NANO DIAMOND DNA TECHNOLOGY dan Phyto-ceramide yang bertindak pantas memperbaharui sel untuk kulit yang lebih halus, kedalaman kedutan dikurangkan terutamanya di malam hari dengan berkesan.(source http://safi.com.my/skin-care/rania-diamond/regeneration-cream.php)

Krim malam nie sekarang menjadi favourite aku.. sejak gunakan krim malam nie.. masalah kulit muka yang kering terutama waktu malam (aku tidur dalam aircon dan aircon memang sentiasa on waktu malam di rumah) menyebabkan aku terpaksa menggunakan krim malam. Sebelum ini aku gunakan krim elizabeth arden tetapi kerana harganya rm100+ terasa mahal pulak nak maintain selalu. Akhirnya aku decide untuk mencuba krim ini. Memang best sebab tidak berminyak langsung dan terasa kulit lebih lembap. Aku dah test krim ini pada kulit muka bff aku, dia mengadu mukanya kering dan mengelupas. Selepas aku sapu krim nie pada muka dia.. terasa kulit muka dia lembap sekata dan bila aku jumpa dia balik baru nie, kulit dia dah tak mengelupas lagi. Harga dalam RM48.90- berbeza ikut kedai ye

4- Age Defying cream SPF27PA++

Krim pelembap siang yang melindungi kulit daripada radikal bebas dan foto-penuaan. Menerusi formulasi NANO DIAMOND DNA TECHNOLOGY dan Carnosine yang merupakan antioksida serta Penapis UV, kulit dilindungi secara efektif di siang hari dengan meneutralkan radikal bebas yang merosakkan kulit, punca tanda penuaan.(source http://safi.com.my/skin-care/rania-diamond/antiaging-cream.php)

Krim siang nie pun aku suka sebab tidak minyak dan terasa ringan di muka. Jika krim siang safi rania gold terasa sedikit berat dan berminyak, yang ini tidak. So far aku dah pakai botol kedua. Aku suka krim nie sebab SPF27PA++ dan untuk rania gold hanya SPF20PA++ sahaja. Lebih tinggi kandungan SPF untuk elakkan daripada pancaran matahari yang terik. Harga lebih kurang macam krim malam dalam RM48.90++

5- Pencuci muka safi rania diamond (Deep Hydrating cleanser)
Menerusi formula NANO DIAMOND DNA TECHNOLOGY dan Whitenol, ia mambersih dengan lembut sambil memastikan kulit kekal terhidrat di samping menghalang pembentukkan melanin agar tuna kulit lebih sekata. 

 Pembersih ni aku beli untuk mencubalah. So far not my fav sangat. Aku lebih selesa pakai safi rania gold lembapan mendapan yang jenis guna pam tuh. Pembersih ini ok, cuma aku rasa muka aku lebih kesat dan agak kering sedikit berbanding pembersih raniagold tuh, muka aku lebih terasa lembap dan tidak kering sangat.

6- Cell Youth Booster
Konsentrasi berkuasa yang membangunkan metabolisma sel untuk menentang kedutan, menegangkan kulit kendur dan mengurangkan jeragat seawal aplikasi pertama*. Menerusi formulasi NANO DIAMOND DNA TECHNOLOGY dan Ultra Hyaluronic Acid, kelembapan kulit dikekalkan di samping meningkatkan keelastikan kulit secara berterusan. Booster Peremajaan Sel sebaik-baiknya digunakan bersama Serum Rawatan Intensif. *Peringkat ujian in-vitro ekspresi gen. (source http://safi.com.my/skin-care/rania-diamond/booster.php)

Krim yang ini aku tak cuba. Ianya untuk kekalkan keremajaan kulit. Mungkin boleh cuba nanti kalau ada budget hahaha.. Memandangkan serum aku pun dah nak habis mungkin minggu ini akan beli krim booster ini sekali. Harga dalam RM50++ dan tengah ada offer di guardian.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

So far.. aku masih setia dengan produk safi.. walaupun di pasaran tuh ada macam-macam produk kecantikan, yang ada collagen.. yang ada serbuk mutiara lah.. yang itu inilah.. aku still setiasa dengan safi so far. Sebabnya??? senang nak beli dan jumpa kat mana-mana pun. Lagipun rasa dah serasi pakai dan harga pun taklah mahal sangat. Banyak juga aku survey produk luar (brand international atau lokal) yang di pasaran, selalunya buat aku turn down nak beli.. harga kebanyakannya menghampiri RM100.. pada aku kalau guna safi boleh beli 2 atau 3 produk yang sama.. dan itu belum lagi berkesan ke tidak.. ikut kulit masing-masing lah kan.. kemudiannya aku jenis malas nak mencuba dan takut nanti kulit muka rosak pulak..

Selain daripada produk kecantikan aku juga ada mencuba produk makanan dalaman seperti jamu, vitamin C dan minuman kesihatan. Buat masa nie aku sedang amalkan minum cuka kurma dan madu setiap pagi dan malam untuk detox toksin. Ini memang bagus sebab amalan rasullulah dan nabi-nabi kita kan..

Satu lagi disebabkan aku bekerja dalam keadaan berdiri yang banyak, sejak dari zaman bujang aku memang selalu sakit kaki terutama betis. Disebabkan itu, pakwe telah memperkenalkan aku dengan 1 produk iaitu lotion halia. Pelbagai jenis lotion halia dah kami cuba tapi yang menjadi kegemaran pakwe aku adalah lotion halia yusmira yang warna merah (paling panas)

Nama je panas.. tapi tak panas mana pun.. dia lebih rasa sejuk sejuk camtu jek.. yang bagusnya kalau perut rasa sebu atau kaki lenguh-lenguh eloklah sapu untuk kurangkan sakit. Pakwe gunakan lotion nie untuk urut kaki aku.. memang bagus sangat dulu kalau pakai kasut rasa kaki tuh macam bengkak semacam jek.. sekarang nie, pakai kasut rasa longgar jek.. dan kalau kerap gunakan memang boleh mengurangkan selulit tau..

Selain daripada stok pati halia nie, aku juga sekarang gunakan lotion halia mustajab yang bau rose, delima atau jasmine. Ini lebih sesuai dipakai untuk ke tempat kerja sebab bau lebih harum dan tidak kuat bau halia. lagipun ianya taklah panas mana pun, lebih pada rasa berangin dan sejuk jek.

So far best pakai lotion nie dan harga pun tak mahal sangat dalam RM24 jek.. Sekarang nie kena buat stok lotion halia nie dalam 2 tiub kat umah.. senang bila badan rasa lenguh-lenguh dan kaki mula rasa macam nak bengkak.. lotion ini selalu jadi bekal masa kecemasan.

Oklah cukuplah pasal review produk kecantikan dan kesihatan nie.. semoga kita makin ceria dan sihat di tahun 2015 nie kan :)

Friday, 26 December 2014

Kembali ke sini dan hujan masih turun dengan lebat

Salam

Selama 5 hari aku berulang alik dari klang ke kuala lumpur.. seawal pkl 9pagi aku dah memandu melalui kesesakan lalu lintas.. sekitar sejam 30mint lebih kurang aku tiba ke library negara.. Tempat itu dah jadi macam ofis kedua aku.. cuma malangnya hari isnin aku tak perasan library tutup... dah sampai ke pintu masuk.. pegawai tuh cakap library tutup isnin... aduhhh... penat masa drive pun tak lepas lagi.. baru nak tarik nafas.. akhirnya aku berpatah balik melalui jem ke Shah Alam pulak... kali ini aku menuju ke library Raja Tun Uda di seksyen 13.. itupun puas berpusing mencari.. last2 jumpa dalam kelab golf huhuhu...

Apa pun aku tetap lebih suka library negara..  lebih santai... tak perlu buka kasut.. boleh bawa masuk beg.. boleh bawa air masuk.. setiap meja di lantai ada plug untuk elektrik... walaupun interior dalam library negara tuh macam suram.. tapi haii... kan library tuh dah bertahun2 kan... yang best dari guard jaga parking.. sampai guard kat pintu masuk.. sampailah ke guard di level 3.. semua kenal aku hahaha.. abis dah muka aku hari-hari kat situ dari pkl 11pg sampailah pukul 6.00++petang... dan lebih best.... port aku duduk tak pernah berubah.. hadapan tangga.. dekat dengan mesin fotostat.. dekat dengan toilet.... laluan sibuk orang lalu lalang tapi aku suka.. sebab selama 4 hari aku di situ.. tiap kali aku dtg tak pernah lagi aku tengok ada orang nak duduk kat meja aku tuh.. selalunya.. selepas aku dah duduk situ barulah ada sorang dua akan lepak meja sebelah aku tuh...

Library Raja Tun Uda.. exterior dan interior memang klas... moden dan simple.. tapi yang tak best.. agak sejuk.. dan tak boleh bawa masuk beg.. mengangkutlah aku dengan laptop.. buku.. kertas yang banyak tuh.. tapi aku bawa masuk juga handbag aku hahaha... air langsung tak leh bawa dan kasut kena pulak masuk dlm beg yg disediakan dan bawa masuk.. setiap level ada pintu masing-masing.. dan yang tak best.. port nak cucuk plug amatlah terhad.. ruang agak terhad tapi style nya bercermin hampir di sekeliling.. ada pelbagai jenis kerusi duduk.. so agak santailah.. wifi untuk kedua-dua library nie free.. oklah.. lepas tuh di setiap level ada toilet dan surau.. kalau macam library negara.. surau di bahagian bawah berhampiran cafe..

Apa pun pada aku library negara tetap the best.. sebab lebih tenang dan senang study kat situ.. gangguan tak banyak.. cafe makan pun best dan agak murah.. cafe di library shah alam tak banyak pilihan dan tak sedap sangat huhuhu... lepas tuh kena jalan kaki agak jauh sikit.. tapi suasana cafe yang terbuka dan bertingkat tuh memang santai.. terutama dikelilingi kehijauan pokok2.. tapi bab kena buka kasut dan bawa laptop masuk dengan file semua dengan tangan agak susah pada aku sebab dokumen aku banyak... library negara.. bawa masuk beg.. semua takde hal...

Semalam aku gerak balik ke sini.. malam tadi driving dalam keadaan hujan yang lebat dan angin kuat.. beberapa kali juga tak nampak jalan.. dan agak risau nak memotong kereta kerana air mengalir deras di atas jalan.. aku pernah mengalami kereta aku bergerak sendiri tanpa dapat aku kawal ke kiri dan kanan... syukur juga.. selamat sampai selepas baca doa perjalanan.. bismillahitawakal.. sepanjang sampai umah..

Hari ini patut bercuti lagi.. tapi sebab aku dah set appointment dengan student sepjg hari ini.. so datang juga ke pejabat tapi lewat sikit.. takde rasa nak rushing sangat sebab cuti kan... sepanjang minggu lepas semua kerja pejabat aku tak tengok pun.. nie ada kuiz nak tanda... nak key in markah.. dan macam-macam benda kerja nak buat.. hahaha.. minggu depan nak buat soalan exam pulak.. dan tanda paper exam..

Sepanjang hari dari malam tadi hujan turun tak berhenti.. banyak kawasan dahmula dinaiki air.. banjir besar di Pahang, Terengganu, Kelantan, Perak.. kg sebelah dari kg aku pun ada beberapa buah rumah pun mula banjir.. Sini kalau hujan lebat tak berhenti pun.. ada beberapa kg akan banjir juga.. last 2 3 week tak jauh dari sini.. kg ulu pun banjir teruk.. jalan pun retak... sekarang nie kena berjaga-jaga lah kan...,

Teringat masa hari kedua aku di Library negara.. selama 2 hari sebenarnya aku duk mencari 2 file lama yang aku tak jumpa.. kebetulan sahabat aku nie sms tanya aku tengah buat apa.. so aku mengadulah dengan dia yang aku sedang cari file yang hilang dah 2 hari aku buka tutup folder cari.. file tuh penting sebab adalah file data mentah aku.. tak sampai seminit selepas aku sms... aku terus dapat idea camna nak cari file tuh.. dan keyword apa nak gunakan.. dan immediatedly aku jumpa file tuh... bukan 2 tapi 5... Kuasa Allah kan... aku terus sms balik kawan aku tuh cakap aku dah jumpa file tuh.. dan dia cakap dia memang tengah doa depan kaabah untuk aku... Aku menangis masa itu juga.. tak boleh dah aku tahan airmata aku.. jika Allah nak beri jalan pasti semudah itu sahaja kan... Syukur sebab dipermudahkan urusan aku waktu itu... dan siapa sangka aku berpeluang mempunyai sahabat yang begitu baik.. kebetulan juga semasa dia sms aku itu aku memang tengah buntu sebenarnya dan sms dia tetiba masuk waktu aku sedang buntu memikirkan dimana aku letak file tuh... yang lebih pelik.. sebenarnya aku dah buka dan tutup folder yang sama... folder yg sama.. berulang kali.. tapi takde... tapi kali nie selepas doa dititipkan untuk aku... secara ajaibnya.. aku nampak file tuh dalam folder tersebut... bukan 2.. tapi 5 file yang aku cari...

Dulu aku pernah dengar cerita seorang sahabat baik aku... dia juga pernah didoakan oleh seseorang di mekah ketika dia membuat umrah hanya kerna kesiankan suami kawan aku yang menjaga anak-anaknya. Sampai doktor tuh tak sampai hati dan doakan kawan aku nie habis Phd dia dengan cepat... cerita itu terkesan juga pada aku sebab rasa.. ada juga manusia yang sebegitu baik sudi mendoakan kawan aku ini.. jeles pun ada juga... tapi bila kali ini giliran aku pula mendapat sahabat yang lebih kurang sama.. dan kes yang sama mendoakan aku dari jauh.. hati aku bersyukur sangat-sangat sebenarnya... Allah pertemukan aku dengan insan yang baik.. dan semoga yang baik-baik sahaja berlaku buat kami semuanya.. InsyAllah

Esok sambung cuti dan mungkin aku ke KL nak shopping hadiah betday Nuch yang dah bertangguh.. masa ke library negara nak singgah sogo ontway balik klang aku malas nak tempoh jem yang amat menyesakkan hati dan perasaan hahaha... tengoklah kalau rajin esok kan... bab 5 tesis aku ada lagi kena sambung tulis nie.. semalam dah cuti sehari balik N9... hari ini pun akan sibuk dengan kerja ofis nak settlekan... so kena siapkan jugalah nanti sebelum kawan aku balik dari umrah 31hb nie sebab dah janji dia nak tengok bab 5 aku siap... InsyAllah... pasti boleh kan :)

 Port lepak aku di Library Negara Day 1

Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam Day 3

p/s Hari ini di UK dan US adalah boxing day.. dulu hari ini mesti keluar shopping sebab banyak kedai-kedai buat offer dan sale seawal pukul 5 pagi...
Hari ini aku pun berboxing di pejabat.. buka kertas nak tanda kuiz huhuhu...

Monday, 28 July 2014

Selamat Hari Raya.. kosong-kosong ye..

Salam Malam Raya..

Waktu ini bunyi meriam dan mercun masih riuh rendah.. esok kita semua berhari raya..

Alhamdulilah kita masih lagi dapat berhari raya.. tahun ini raya kita sambut dengan penuh kesedihan..tragedi MH370, MH17, GAZA, kes berdarah di sabah dan pelbagai lagi insiden yang menyedihkan..

Tahun ini juga tak byk berbelanja seperti thn lepas. Kena berjimat cermat sikit.. tahun lepas rajin buat tudung shawl sendiri.. tahun nie tak sempat.. dan takde mood sgt..

Apa jua selamat hari raya aidilfitri.. maaf zahir & batin ye.. kosong-kosong

Wednesday, 28 May 2014

IPOH dan Limau Bali Gerai 28

Salam

Alhamdullilah selamat sampai ke pejabat.. patut hari ini boleh terus jek balik rumah sebab cuti bertugas rasmi.. tapi sebab petang nie ada taklimat Praktikum dan juga nak kumpul soalan Kuiz.. so naik jugalah pejabat.. buat cikgu cikgi yang dah mula bercuti sekolah.. Tahniah..boleh lepak-lepak kat rumah.. walaupun tadi lalu sekolah menengah depan rumah tengok ada juga cikgu yang datang sekolah hari ini... selamat bekerja lebih masa :)

Konferen belum selesai sebenarnya.. tapi disebabkan ada workshop pagi nie dan perlu berdaftar.. rasa kurang minat nak join sebab tak related sangat dengan bidang dan keduanya dah ingat nak balik rumah jek..

Hotel yang kami duduk di sekitar Greentown, berhampiran Dataran Ipoh, Ipoh Parade dan Majlis Bandaraya Ipoh.. walking distance nak ke shopping complex... tempat dan gerai-gerai makan.. tak jauh juga dengan Downtown Ipoh.. next time if you in Ipoh.. Hotel Syuen ini quite good.... Government rate dari harga RM159 untuk bilik superior sama ada katil Double atau 2 katil single dengan breakfast.. RM159 nie takde tingkap.. kalau nak bilik yang ada tingkap boleh pilih deluxe Room government rate RM179 dengan 2 org breakfast.. Lunch buffet lak ada promosi RM18 seorang.. so not badlah kan.. Dulu selalu duk heritage hotel.. dah banyak bengkel dan urusan kerja kitaorg duk Heritage.. sampai tahulah ada kisah misteri/mistik kat hotel tuh.. cuma lupa bilik mana dan tingkat mana hehehe...

Sebelum keluar dari bandar Ipoh.. aku dah beritahu nak singgah ke gerai limau bali... disebabkan dah survey kat blog.. so ada yang recommended gerai No28 nie.. Nama Muhammad Ridzwan.. Cina Mualaf dan isterinya orang Trengganu.. dah 6 tahun convert.. harga sebiji buah limau bali yang dia bagi.. RM15 untuk yang saiz besar... yang putih manis rasanya... kalau yang merah.. masam manis.. mula rasa masam.. tapi lama-lama manis.. so aku beli dedualah.. sebabnya.. Bila teringat buah limau bali.. teringat.. buah limau bali nie kegemaran mak...so beli walaupun berapa pun harganya.. hahaha.. Alhamdullilah.. dia bagi harga murah jek.. sebab kebun limau bali dia.. kepunyaan keluarga dia.. dari atuk dia lagi... cuma sekarang nie musim panas dan buah limau banyak yang kecil-kecil sedikit dan kurang manis.. Ridzwan tuh beritahu jujurlah pada kami.. kalau musim panas... biasanya buah tak banyak.. sebab pokok limau bali memerlukan kadar hujan yang banyak untuk berbuah lebat... sampai FAMA nak beli banyak pun dia tak dapat supply...

Yang bestnya.. masa aku parking kereta tuh.. parking jauh ke depan sikit.. sebab nak survey kedai.. dan of course.. kalau ada gerai muslim kita utamakan.. masa aku sampai sekitar pukul 9.30 pagi tadi.. tak banyak gerai yang buka.. dan kebetulan gerai 28 nie dah buka.. actually tak nampak pun nombornya.. tapi nampak seorang jejaka cina berkopiah.. itu yang sebabkan langkah tuh laju je ke kedai dia.. yang best.. bila kami sampai jek.. ada 2 3 kereta lain pun sampai ke gerai tuh... rezeki Ridzwan ler kan... aku sendiri pun beli 1 bungkus besar kacang menglembu.. sepeket RM17.. dan kopi ipoh RM13.50.. Alhamdullilah rezeki untuk mak kat kampung lah kan ;)

So sesiapa yang mungkin ke Ipoh.. Jangan lupa ke gerai Limau Bali.. I recommended gerai no28... ada banyak gerai-gerai lain juga.. boleh tengok dan pilih juga... Gerai Limau Bali ini di Jalan Raja Dr Nazrin Shah.. tak jauh dari Kuil Sam Po Toh.. kalau dari bandar Ipoh sebelah kiri selepas simpang ke Kuil tuh.. kalau dari Simpang Pulai.. dia sebelah kanan.. kena buat U-turn kat traffic light..

p/s Pertama kali ke Ipoh selepas hampir 8 atau lebih tahun dah.. jauh berbeza sangat.. walhal dulu pernah berulang hampir 2 minggu ke Ipoh untuk menyelia pelajar... sekarang nie jalan banyak dah 4 lane.. walhal dulu jalan 2 lane jek.. dan tak banyak kereta.. miss time jalan-jalan di Perak sekitar tahun 2000-2005 masa nie jalan-jalan sekitar Slim River, Sungkai, Bidor, Manjung, Teluk Intan, Gopeng, Chemor.. dan Ipoh masih cantik jalannya.. kereta tak banyak.. takde speed trap berkamera... sekarang nie.. jalan kampung semua teruk dan rosak.. tampal sana sini.. rosak.. sesak.. emmm susah nak cakaplah... Jalan kat Selangor pun sama juga.. Dari Kuala Selangor ke Sabak Bernam dan terus ke Teluk Intan.. jalan dia.. emmm drive sendirilah kalau nak tahu macamana.. :)

Sunday, 25 May 2014

Seketul ayam kfc di remang-remang senja

Salam

Sudah dua hari ke pejabat dan pulang sekitar maghrib. Kalah bekerja waktu hari biasa. Ini sebab penangan kertas konferan di bandung yang perlu disiapkan sebelum isnin. Esok pula perlu berada di Ipoh untuk konferen antarabangsa. Paksa jugalah diri menyiapkannya walaupun rasa mual memproses data hypothesis sebyk 7. Kalah proses data utk PhD. Xpe setidaknya untuk menyiapkan thesis yg lama gile tak berusik insyAllah.

Tepat pukul 7 aku dah keluar dari pejabat. Separuh jalan terpaksa berpatah balik kerana terlupa nak keluarkan duit untuk persiapan ke Ipoh esok. Minyak kereta pun belum diisi. Selesai urusan keluarkan duit dan buat panggilan dgn rakan tentang waktu bertolak esok. Aku memandu terus ke stesen minyak shell.

Masuk sahaja ke stesen minyak. Aku terlihat pekerja wanita stesen minyak itu sedang berkumpul dan seolah sedang menjamu selera. Terlihat seorang pekerja wanita indonesia memegang pinggan kertas yang mempunyai seketul ayam kfc. Peliknya dia membawa pinggan itu dengan berhati- hati menuju ke kereta aku seolah bersedia utk mengisikan minyak.

Bila kami berselisih, aku bertanya 'untuk saya ke?'. Pertanyaan aku itu dijawab dengan senyuman manis. Lantas aku kira mungkin dia sengaja membawa pinggan itu untuk dia simpan utk dimakan kemudiannya.

Selesai bayar duit untuk isi minyak. Macam biasa aku kembali ke kereta dan melihat adik tadi berdiri di tepi kereta sambil memegang pinggan tadi. Aku lalu buka penutup tempat minyak dan adik tadi terus menyerahkan pinggan tadi kepadaku. Bersungguh dia minta aku ambil pinggan itu. Aku menolak pemberiannya. Dia tetap memaksa aku dan berkata ' hari ini hari lahir saya.. saya nak berikan ini pada kakak' . Tak sampai hati pula nak tolak pemberian orang pada hari lahirnya.  Lalu aku pun terima dan sempatlah aku ucapkan 'selamat hari lahir.. semoga pjg umur dan murah rezeki'. Senyuman adik itu semakin terserlah dan sekali lagi aku ucapkan terima kasih kerana tolong isikan minyak kereta aku.

Baliklah aku dengan seketul ayam kfc di seat sebelah dan bau ayam kfc yg memenuhi ruang udara kereta. Ye rezeki jangan ditolak kan. Tapi peristiwa itu tetap meninggalkan satu kenangan yang unik. Lebih unik 1-kerana aku mmg suka kfc dan 2- bahagian dada adalah fav aku dan 3-aku memang lapar sangat sebab mula menulis dari pukul 12.30tghri hingga pkl 6.30ptg.

Syukur Alhamdullilah.. rezeki di waktu senja..

P/s adakala rezeki dtg dalam keadaan yg tak disangka-sangka kan

Thursday, 10 April 2014

An apple a day.. to brighten your day..

Salam

Buah epal... ada 2 jeniskan.. yang merah dan yang hijau.. kebiasaannya ramai yang suka epal merah.. manis dan ranggup... yang hijau ramai yang kurang suka.. sebab masam..

Sebenarnya dulu ada seorang kawan baik yang bagi petua makan epal hijau kalau nak kurus hahaha.. 2 biji sehari pagi dan malam.. masa tuh tah pesal tak teruja pun nak cuba..

Al-kisahnya.. last few week.. aku ke KL.. singgah makan di medan makan pertama komplek.. so orderlah air epal hijau.. dia jenis kaunter yang kita order dan kena tunggu... so masa order tuh.. nampaklah adik tuh potong epal hijau.. dan terus masuk blender... pastu bayarlah RM2.50 untuk secawan epal hijau tuh... uihhh rasa mahal ler pulak sebab proses ye bukanlah susah mana pun..

Later.. aku terfikir nak beli epal hijau kat pasaraya.. dan balik cuba buat experimen jus buah epal sendiri.. beli 15 biji baru 7.99... potong sebiji.. buang biji tengah.. potong kecil2 sikit.. masuk blender.. tambah secawan lebih air.. kalau nak manis boleh tambah gula.. biasa letak 1 sudu gula... letak 5 6 ketul ais.. then apa lagik.. tekan suis blend.... wahhh senang bangat jek... boleh dapat segelas besar.. dengan kos yang sangat minima.. rasanya modal untuk buat jus tuh dalam RM1.50 lebih kurang.. (1biji epal dalam .60, tambah kos elektrik.. air, gula, tenaga,blender).. yang best dah memang sejuk tak perlu tambah ais lagik.. dan boleh minum dengan gembira tanpa rasa bersalah...

Buat masa nie.. setiap hari pagi sebelum pergi kerja.. blend epal hijau masuk dalam bekas air.. bawa ke pejabat... sebelum mula kerja.. minum dulu air tuh sampai habis... then baru proceed buat kerja yang lain..

Petang pulak.. kalau rasa badan lesu dan perut mula keroncong sebab kena tunggu masa nak masak dulu.. blend epal hijau sebiji lagi... untuk recover badan.. akibat kepenatan drive balik.. cuaca yang panas.. rumah yang panas.. then boleh sambung masak dan buat kerja rumah balik...

Jika tak sempat buat masa petang.. sebelum tidur pun boleh blend lagi epal hijau tuh... dan minum sebelum tidur.. esok bangun.. amat senang buang air.. dan buang angin.. kalau nak detox dengan lebih baik... boleh blend epal hijau dengan celeri... (ini belum cuba lagi)

Semenjak amal makan epal hijau setiap hari nie.. rasa kurang sikit sakit leher dan bahu.. antara tanda-tanda stress dan tekanan... dan selalunya.. stok 15biji epal tuh boleh tahan utk stok seminggu kat rumah.. jimatkan.. dari nak order kat luar.. hari2 mahal jugakan... 

Kelebihan Epal Hijau :

Green Apple Benefits
Some of the primary health benefits of green apple are:
  • Contains a lot of fiber, which is good for digestion.
  • The chances of colon cancer are less if one eats green apple.
  • Relieves constipation.
  • Beneficial in treating gout.
  • Useful in controlling diarrhea.
  • Reduces blood pressure.
  • Blood sugar gets stabilized.
  • Helps in treating rheumatism.
  • Improves one’s appetite.
  • It contains carbohydrates and therefore provides much energy.
  • It contains protein.
  • Has plenty of vitamins, such as Vitamin C, Vitamin A, Riboflavin, Vitamin B6 and it is one of the most prominent green apple benefits.
  • It also has plenty of minerals such as calcium, iron, magnesium, Manganese, Iron, Potassium, Copper, Zinc
  • It helps in preventing liver problems.
  • Lessens the chances of developing skin diseases.
  • It consists of several anti-oxidants such as polyphenol as well as flavonoid that helps in reducing the risk of cancer by not allowing DNA damage to occur.
  • It has less cholesterol and is therefore useful for those losing weight.
  • As green apple contains a lot of Vitamin A,B as well C, it is very good for the nourishment of skin and also has a whitening effect on it.
  • It purifies the blood as it contains a lot of minerals.
  • One also less chances of suffering from liver problems.
Source : Here

Selain dari jus epal.. juga suka blend tembikai.. dan recently an article dari utusan.. kelebihan tembikai adalah bagus untuk menyingkirkan toksin dari badan... Beli sebiji tembikai... blend sendiri.. wah memang heaven sebab murah, jimat dan sedap..

Tembikai : 

Health benefits of watermelon

  • Rich in electrolytes and water content, melons are nature’s gift to beat tropical summer thirst.
  • Watermelons are very low in calories (just 30 calories per 100 g) and fats yet very rich source of numerous health promoting phyto-nutrients and anti-oxidants that are essential for optimum health.
  • Watermelon is an excellent source of Vitamin-A, which is a powerful natural anti-oxidant. 100 g fresh fruit provides 569 mg or 19% of daily-required levels of this vitamin. It is essential for vision and immunity. Vitamin-A is also required for maintaining healthy mucus membranes and skin. Consumption of natural fruits rich in vitamin-A is known to protect from lung and oral cavity cancers.
  • It is also rich in anti-oxidant flavonoids like lycopene, beta-carotene, lutein, zeaxanthin and cryptoxanthin. These antioxidants are found to offer protection against colon, prostate, breast, endometrial, lung, and pancreatic cancers. Phyto-chemicals present in watermelon like lycopene and carotenoids have the ability to help protect cells and other structures in the body from oxygen-free radicals.
  • Watermelon is an excellent source of carotenoid pigment, lycopene and indeed, superior to raw red tomato. 100 g of fresh melon provides 4532 µg lycopene, whereas only 2573 µg in tomatoes. Studies suggest that lycopene offer certain protection to skin from harmful UV rays.
  • Watermelon fruit is a good source of potassium; Potassium is an important component of cell and body fluids that helps controlling heart rate and blood pressure; It thus offers protection against stroke and coronary heart diseases.
  • Furthermore, it contains a good amount of vitamin-B6 (pyridoxine), thiamin (vitamin B-1), vitamin-C, and manganese. Consumption of foods rich in vitamin-C helps the body develop resistance against infectious agents and scavenge harmful oxygen-free radicals. Manganese is used by the body as a co-factor for the antioxidant enzyme, superoxide dismutase.
  • Total measured antioxidant strength (ORAC value) of watermelon is 142 µmol TE/100 g.

    Source : Here

Musim panas nie.. makan buah-buahan antara satu cara untuk mengelakkan dihidrat.. dan boleh cuba untuk kurangkan berat badan juga ;)

My Lunch Box..
My brunch meal, my green apple juice and my hot milo..

Jimat dan terjamin bersih serta InsyAllah halal..

Monday, 7 April 2014

Urut yang lebam-lebam..

Salam petang Isnin

Jumaat lepas ada kerja di Jeram... selesai kerja.. terus merayau dan melepak kat Klang... dah lama tak ke Jusco Bukit Raja.. sejak diorg renovate.. dah lama tak ke sana.. sekali pergi.. wahhh lain bangat rupanya kedudukan beberapa buah kedai.. al-maklum dari zaman berdating hujung tahun 90an dah melepak kat situ.. dah banyak sesi midnite cinema yang kami habiskan kat situ.. dulu rajin gak tengok wayang midnite ngan pakwe... skrg nie.. jarang2 dah..

Selesai tuh.. p singgah pulak tesco bukit tinggi.. again.. last time datang pun tengah renovate.. kali nie pun nampak ada perubahan.. walaupun takdelah ketara sangat.. lebih kurang jek cuma kedudukan dan susun atur jek dah lain... yang tak best.. dulu pintu keluar kat depan sebelah ngan pintu masuk.. skrg nie.. nak keluar kena buat u-turn pulak.. uihhh tak mesra alam langsung... rasanya macam dah malas nak ke tesco Klang jek.. baik p Mydin USJ jek.. keluar dari USJ.. boleh terus masuk KESAS dan terus balik kg...

So.. hari sabtu tuh mak sound.. dia nak pergi berurut.. dan sebab dah berapa kali balik kg.. aku selalu tak dapat peluang urut dengan akak yang mak aku recommended sangat2.. dulu urut sekali... memang dia jenis urut kuat.. memang sampai lebam2 ler badan, kaki dan tangan... beberapa kali sebelum tuh berurut juga tapi dengan orang lain.. 2 kali dengan kakak kepada kakak yg mak aku recomended (diorg menuntut ilmu mengurut dari mak yang sama).. macam tak berapa serasi dengan aku.. sebab dia jenis urut perlahan (ahaks).. lepas tuh.. pulak dengan seorang lagi.. dia style urut guna ibu jari jek.. dan kalau dia urut kat tempat tuh 3kali jek.. sakit memang sakit... tapi masalahnya dia tak urut 1 badan.. kena pulak masa tuh kaki aku memang sakit.. tukang urut pulak tak boleh duduk bersila.. dia duduk kat kerusi jek.. so terima jelah cara dia urut yang ala-kadar..

Semalam.. aku dan mak pergi rumah kakak tuh... mula mak yang berurut.. dari pukul 3.. dekat nak 4.30ptg dia selesai urut mak... lepas tuh turn aku.. dekat nak pkl 6.10 baru selesai dia urut aku.. lama ke tak lama?? memang puas hati sungguhlah... bayaran RM30.. tapi dia urut lama.. dia kerjakan kaki kiri dan kanan aku habis-habisan.. termasuklah pinggang aku yang sakit dulu tuh... (ingat tak kes aku sakit pinggang).. kalau orang tak biasa kena urut... memang akan menjerit dan meraung... sebab akak tuh siap cakap.. dia biasa urut orang yang badan lebih kurang macam aku.. tapi semuanya tak tahan kena urut... menjerit-jerit.. aku steady jek hahaha... pengalaman aktif sukan masa dulu kot.. buat badan aku boleh tahan sakit.. yelah dulu dah puas kena belasah dengan kayu hoki dan bola hoki.. sakit dia.. uihhh tak leh cakaplah...

Yang bestnya tempat yang sakit tuh.. masa dia mula2 urut memang sakit... tapi makin lama dia urut.. makin kurang sakitnya... setelah dia betulkan urat yang bersimpul.. dia cakap kaki aku banyak urat bersimpul.. itu yang jadinya kes dikerjakan habis-habisan tuh... selesai urut tuh.. terus rasa kaki dan tangan tuh panas... terasa darah tuh mengalir sampai ke hujung kaki dan tangan... itu yang best sebenarnya..

Al- kisah.. bila sampai masa nak tidur malam... pakwe tegur sebab dia nampak kaki aku lebam-lebam.. siap pegang dan belek2 lagi.. pesal teruk sangat lebamnya nie... hahahha... tempat lebamm kalau orang pegang dan tekan memanglah sakit... bila cakap aku p urut.. dia pulak macam tak percaya... kena urut sampai lebam-lebam gitu... ahaks... nak wat camna.. badan aku jenis berisi dan cerah.. memang kalau lebam sah2 terang benderang nampaknya...

Badan dah rasa ok sikit.. jumaat lepas kaki berdenyut2 sakit sampai tak boleh nak tidur.. sampai urut sendiri pun tak jalan juga... Alhamdullilah.. bila dah kena urut.. rasa kurang sikit sakitnya...

Next month balik dari jepun.. kena p urut lagi.. tapi akak tuh memang selalu susah nak dapat masa berurut.. dia pun sibuk... tapi masalahnya.. akak tuh urut memang best.. kalau urut kat spa.. atau tempat berurut yang berkedai nie.. takut nanti.. harga sahaja yang mahal.. tapi tak berbaloi dengan urutan yang kita dapat... urut kampung juga yang best.. walaupun dalam bilik gelap yang berkipas.. dan penuh bauan minyak urut serai..

 Si belang..
Keje dia.. kalau datang kat orang suka sangat mengesel-gesel kat kaki orang..
Kalau baring pun.. kat kaki juga dia suka landing..

Tuesday, 18 March 2014

Adakalanya.. lain yang kita fikir.. lain pulak yang kita buat

Salam

Kemarin.. Ahad... aku ajak BFF pergi makan seafood kat Jeram... Lama sungguh tak ke sana.. sebenarnya ke sana sebab nak survey jalan ke SMK Jeram.. Isnin aku kena drive ke sana.. ada keje kat situ...

Lepak-lepak makan seafood kat restoran pantai jeram... kali ini rasanya macam ada kurang sikit berbanding dulu.. Oh ya  aku ada buat post pasal restoran tuh.. dan antara rating tinggi dalam blog nie..

So Semalam.. dengan keyakinan dan keunggulan.. memandulah hampir 1jam 15min ke situ... dan sampai sana.. dengan 'yakin'.. ye.. sekali lagi diulang dengan 'yakin' aku pun call lah student tuh... bagitau aku tengah tunggu dia kat kantin sekolah... lama juga tunggu tup-tup dia call balik.. dia cakap.. dia tak nampak aku.. puas dah dia pusing kantin tuh... ohhhh aku dah pelik... pesal lak dia tak nampak aku..

Tetiba dia cakap balik.. 'Saya kat SMK Subang nie puan...'

Ohhhh.. dan dan tuh aku tepuk dahi...

Silap sekolah rupanya aku...  memang patutlah tak jumpa kalau pusing 100 kali kantin tuh pun memang takkan jumpa aku...

Gelak sakan.. actually gelakkan diri sendiri...mengucap dan istigfar jugalah banyak kali..

Call student yang memang kat sekolah tuh... sembang2... pastu balik ofis...

Uihhh.. penat jek memandu jauh-jauh dan bawak laju2.. silap sekolah rupanya

Ok.. Esok InsyAllah akan ke sana balik... dan waktu ini (lepas makan dan solat) baru sampai dari Subang...

p/s.. ohhh... aku semakin muda nampaknya ;)



Thursday, 6 March 2014

Warna dalam hidup kita..

Salam Khamis

Baru lepas blog walk ke blog Alis (爱) Peminjam.Rusuk.Fahri .. terbaca dia cerita pasal warna hijau.. macam-macam cara org decribe warna yang mereka suka..

Aku pulak.. ada 2 kawan baik.. meaning kawan selalu lepak masa makan tengahari.. dan kawan baik juga bila kena buat kerja sama-sama.. mereka ini termasuk golongan yang suka warna-warna tanah.. warna yang aku maksudkan adalah warna hijau alam.. dan warna coklat.. kenapa??? sebab banyak warna ini yang mereka pilih apabila melibatkan baju dan tudung..

Bila melepak dengan mereka.. warna baju dan tudung aku selalunya amat kontra dengan mereka.. sebabnya aku suka warna-warna ceria seperti.. pink, biru terang, kuning, oren, merah, hijau cerah, ungu dan warna-warna yang kita boleh kategorikan sebagai warna yang striking.. Namun koleksi baju kurung aku amat banyak warna pink, hijau, merah dan ungu.. manakala warna tudung fav aku adalah pink, biru dan kuning..

Sebenarnya kita semua pun tahu.. pemilihan warna secara tak langsung memberi impak kepada mood seseorang... dan adakalanya juga sering dikaitkan dengan personaliti seseorang..

Sumber dari sini Rahsia Warna Kegemaran Wanita

MERAH
Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang-senang.

BIRU 
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas.

HIJAU 
Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.

HITAM 
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.

COKLAT 
Kaya dengan sifat keibuan, suka merendah diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.

UNGU 
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.

KELABU 
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan cerdas dan bijak.

KUNING 
Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.

PUTIH 
Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur,rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.

 Atau yang ini  Rahsia Psikologi Warna

Merah – Melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mempercepatkan denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan berahi.

Merah terang – Mewakili kekuatan, kemahuan atau cita-cita. Warna ini turut melambangkan agresif, aktif, kemahuan keras, penuh ghairah dan dominasi.

Merah jambu – Romantis, feminin, pengemas dan penuh jenaka.

Biru - Ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi dan pernafasan sekali gus membantu meningkatkan kesihatan diri.

Biru tua – Melambangkan perasaan yang mendalam. Bersifat perasa, bersikap tenang, bijaksana, tidak mudah tersinggung dan mempunyai ramai kenalan.

Biru muda – Warna ini melambangkan keteguhan dan bertahan. Bagaimanapun, penggemarnya sedikit keras kepala, sering bangga diri dan berpendirian tetap.

Kuning – Mewakili sifat kegembiraan, cukup santai, mempunyai cita-cita setinggi langit.
 Kuning terang – Melambangkan sifat spontan dan toleransi. Begitu menonjol tetapi berubah-ubah sikap, suka berharap dan dermawan.

Hijau – Melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keras hati. Mempunyai peribadi yang keras dan berkuasa. Warna ini mampu meningkatkan rasa bangga. Penggemar warna ini sering menjadi pilihan untuk mendapatkan nasihat.

Kelabu – Samar-samar karektornya. Kecenderungan lebih neutral.

Hitam – Melambangkan kehidupan yang terhenti dan memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan dan kerosakan.

Coklat – Suka merebut, tidak bertolak ansur, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagiaan masa depan.

Ungu – Warna ini adalah campuran warna merah dan biru. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan. 

 Setiap kita ada warna yang menjadi kegemaran kita.. ada warna yang kita rasakan lebih sesuai dengan kita dan ada juga yang kurang sesuai.. macam aku.. tudung yang berwarna gelap sering aku rasakan kurang sesuai dengan muka aku kerana ia membuatkan muka aku nampak pucat.. dan kusam jek..  dan selalunya warna yang sering mendapat teguran kawan-kawan bila aku memakai tudung kuning atau oren.. warna ini sering mereka kaitkan dengan nampak berseri dan ceria..

Tapi bila memilih seluar dan kasut.. selalunya aku lebih suka memilih warna hitam, coklat atau biru tua.. mungkin sebab dah biasa dengan warna tipikal begitu.. jarang rasanya aku memilih warna lain seperti putih, oren, merah dll.. walaupun pilihan begitu memang banyak di pasaran..

Kereta pula.. aku lebih suka yang berwarna silver, biru laut, kelabu.. kurang berminat warna hitam sebab nampak macam ganas jek.. hahaha... tapi kalau takde pilihan dan berjenama seperti BMW hahaha.. ok jek.. ;)

A colorful baju kurung today :)
Hari ini mood ceria macam kanak-kanak..

Thursday, 27 February 2014

Dah putus urat kot...

Salam

Tadi semasa lepas makan tengahari.. topik gosip kami hari ini adalah isu putus urat..

Ye tak silap dengar...

'Putus Urat'

Ada yang pernah dengar istilah nie??

Selalunya benda nie orang selalu sebut bila berkaitan dengan memori.. atau ingatan.... kalau mat saleh cakap.. 'short wired ' atau ada wayar yang rosak..

Tadi sembang jugalah tentang camna nak pulihkan ingatan balik hahaha.. bagi boleh memorize benda2 yang kadang kita mudah terlupa.. kesnya sebab dua2 kawan baik aku nie.. sorang terlupa yang meeting dia pergi pg tadi.. sebenarnya semalam sepatutnya... dan sorang lagi pulak.. patut malam nie kelas makmal.. dia terbagi tau student malam semalam... siap call aku pkl 8.00mlm minta no tel technician nak suruh buka makmal tuh..  masing-masing dah bergelak-gelak sakan.. itu yang sorang kawan aku cakap..

'Kepala kita nie dah putus urat kot '

Tadi ada jugalah beberapa tips yang kami duk kongsikan camna nak atasi masalah 'putus urat' nie

1- Amalkan selalu baca Asma Ul- Husna
2- Doa penerang hati, Surah Al-Insyirah dan Surah Al-Anbiya ayat 79, Surah Toha ayat 25-28
3-Makan kismis
4- Buat checklist.. gunakan Post-It note
5- Tampal notis peringatan pada diri sendiri bila ada benda urgent kena buat dalam masa terdekat (mak aku selalu buat cara nie.. kat rumah hatta nak tutup lampu pun ada notis kat suis lampu tuh)
6- Letak reminder pada email (kalau nak attend meeting)-ini biasa kami buat kat ofis.. tiap kali ada meeting penting jabatan/fakulti.. satu reminder akan dihantar secara automatik kepada semua orang 5 atau 10minit sebelum meeting bermula
7-Letak reminder pada Hp sendiri.. sampai masa.. alarm berbunyi
8- Terima jelah hakikat memang dah tua dan pelupa (ahaks)- yang ini redha jelah hehehe

Apa juga.. bila semakin meningkat usia.. memang ramai dikalangan kita akan mudah jadi pelupa.. adakalanya taklah sampai tahap berbahaya sangat.... banyak juga kes yang bahaya.. termasuk aku.. ada 2 lagi kawan aku.. yang kami pernah terlupa nak tutup dapur masak semasa memasak/memanaskan sesuatu.. Kes ini terjadi kat aku sendiri.. tengahari tuh balik.. panaskan kuah laksa.. memandangkan kedudukan dapur tuh ke belakang sikit daripada ruang tamu.. terus  terlupa langsung pasal kuah laksa tuh.. tersedar selepas 2 jam masuk pejabat.. kelam kabut balik sebab risau kot rumah dah terbakar... nasib baik.. periuk jek rentung.. tapi takde kes letupan berlaku.. kawan aku pun kes yang sama... dan sorang lagi pulak.. masak air sebelum tidur malam.. lepas tuh terus masuk tidur tak ingat langsung pasal cerek air tuh.. kebetulan anak dia terbangun dan menangis sebab asap dah penuh kat dapur.. dan cerek tuh pun dah hancur tangkainya.. nasib baik juga gas tak meletop... and yes... adakalanya bila terlupa begini memang mengundang bahaya..

So ada yang pernah kena kes macam 'Putus urat' begini.. maybe boleh kongsi bersama..

p/s Agaknya orang yang tak reti pam tandas lepas guna tuh pun putus urat kot ahaks :)

Miss this cadbury chocolate..

Wednesday, 26 February 2014

Tisu Tandas

Salam

*Masih lagi isu pasal toilet..*

Rasanya sejak kebelakangan ini.. meaning sejak aku balik mesia last 2 years.. aku nampak ada new added kat mana-mana toilet.. Rasanya 6 years back benda tuh taklah popular sangat.. but nowadays.. benda ini macam benda popular dan wajib ada kat toilet..

Kenapa aku tetiba nak story mory pasal benda nie.. sebabnya toilet kat level aku.. kalau toilet tisu tuh dah habis... maka jawabnya mau seminggu 2 karang baru ada balik.. tension juga.. dan keduanya aku malas nak sound akak yg jaga toilet tuh.. kenapa? Sebab aku kan pernah jadi cleaner dulu.. kes yang sama pun pernah gak kena pada aku.. antara faktor tisu tuh takde... 1 sama ada memang cleaner tuh malas nak ambik kat stor (aku tak pernah malas camnie hehehe).. 2.. stok memang dah habis.. kena tunggu order baru (kes ini aku selalu kena masa kat UK.. staff complain selalu juga pasal tisu nie.. tapi sebab toilet aku jaga dulu ada pengering tangan so.. problem solve secara tak langsung)

Selalunya.. kebanyakan toilet ada 2 cara bagaimana diorg letak tisu toilet.. ada yang jenis letak kat setiap cubicle... ada pulak yang letak 1 gulung besar kat tepi singki.. so pandai-pandailah.. sebelum masuk toilet ambik dulu tisu kat gulungan besar tuh... kes macam nie memang jimatlah.. tak perlu nak check setiap cubicle dah habis atau idak tisunya..

Pada aku yang lebih selesa adalah letak tisu kat setiap cubicle.. senang.. selesa untuk pengguna dan cuma akan banyak kerjalah pada cleaner.. kalau masa aku kerja dulu.. gulungan besar yang diorg letak kat singki tuh.. adalah gulungan yang sama juga aku letak kat setiap cubicle.. biasanya dalam sebulan baru habis.. dan setiap hari kalau bersihkan toilet dulu mesti akan check tisu nie ada ke idak..

Perangai aku pulak.. sebab dah biasa.. setiap kali lepas guna toilet.. aku mesti akan ke singki dan ambik sabun sikit dan cuci tangan.. bukan cuci sikit2.. tapi cuci tapak tangan sepenuhnya.. dan disebabkan cara cuci begitu memerlukan aku keringkan dengan tisu yang ada... ada sesetengah toilet disediakan pengering tangan.. kat tempat aku nie takde... kalau toilet tisu dah habis.. at least pengering tangan tuh membantu jugalah.. dan bila musim sejuk.. pengering tangan nie membantu juga sedikit sebanyak untuk panaskan tangan :)

Dulu semasa di UK.. penggunaan tisu ini adalah penting selepas membersihkan diri.. bukan maksudnya bersih dengan guna tisu sahaja... bagi yang muslim.. semasa hidup diperantauan.. bila kena buang air.. biasanya kami dah biasa akan bawa botol air kosong.. so bila sampai masa nak buang apa yang patut maka.. botol atau cawan yang ada digunakan untuk isi air.. selepas proses tuh.. perlulah dibersihkan pulak dengan tisu untuk mengeringkan.. sebabnya?? kan cuaca kat sana boleh dikatakan 90% sentiasa sejuk dan berair.. terutama tempat aku.. musim panas pun mcm musim hujan kat mesia.. so kebersihan dan pengeringan pada mana-mana anggota badan adalah penting.. supaya tiada pembiakan bakteria hahaha...

Rasanya rata-rata kawan-kawan aku kat sini yang dah balik ke mesia.. semuanya masih terbiasa menggunakan tisu toilet dan biasanya..stok tisu nie kami sentiasa beli dan ada di rumah.. Dulu kalau masa kecik-kecik.. dulu2 jiran kiri kanan rumah aku adalah cina.. dan selalu nampak diorg beli tisu nie satu bungkusan besar.. orang melayu mana ada yang pakai tisu toilet kan.. cuba tengok kat rumah mak ayah kita kat kg.. takde kan.. tapi sekarang.. orang melayu pun dah mula pandai pakai tisu toilet.. bukan pakai tisu tuh.. tak nak pakai air dah.. masih pakai air.. cuma tisu nie digunakan untuk mengeringkan..

Kes ini membuatkan aku teringat cerita kawan baik aku.. masa dia baru balik mesia.... dia belilah tisu toilet nie dah letak kat toilet rumah dia.. so bila adik beradik dia datang.. seorang anak buah dia tegur kawan aku nie.. dia tanya.. 'mak lang buang air.. pakai tisu je ke' hahahaha... jenuh pulak kawan aku tuh nak terangkan kenapa tisu toilet tuh ada kat rumah dia...

Benda nie mungkin pada orang lain.. nampak remeh... tapi dalam kehidupan sehari-hari.. macam aku yang dah biasa... bila tisu nie takde kat toilet proses yang aku ceritakan tadi.. rasa terganggu sangat-sangat.. paling aku rasa ralat.. adalah selepas bersihkan guna air.. dan selepas basuh tangan bersabun.. hingga kadang sebelum ke toilet terpaksa bawa tisu sendiri.. (kalau di China.. orang sana memang akan bawa tisu toilet sendiri ke mana-mana toilet.. bak kata kawan aku.. sebatu dah boleh bau hancingnya)

Itu baru kes tisu toilet.. kalau orang perempuan pulak.. tisu muka adalah antara benda wajib dalam beg tangan kan.. kalau beg tangan aku.. bukan takat tisu muka.. tisu basah untuk multipurpose pun ada.. senang diwaktu kecemasan.. terutama time air kena catu nie kan... so kadang-kadang tisu basah nie amat berguna untuk membersihkan tangan atau muka dikala perlu...

p/s selalu rasa begang bila orang guna toilet.. kepala getah paip ada jek yang tak reti nak sangkut balik..

Stok tisu basah yang sentiasa ada dalam beg ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...