Thursday 31 March 2016

Pesanan yang buat aku berfikir sebentar

Salam Petang Khamis

Lunch tadi aku keluar makan dengan M.. seperti biasalah.. sambil nak pusing stereng kereta ke kanan untuk keluar dari pintu utama.. M membebel sat dengan aku..

'Bila ko nak siapkan tesis ni??? dah lama sangat tau... ko ambiklah cuti seminggu.. settlekan... stay kat bilik kedap kat library... p keje cam biasa.. lunch time ko call aku... '

Emm... kata-kata dia buat aku termenung sebentar... Ya aku terpaksa bersetuju dengan kata-kata M kali ini...

Sebelum itu... Masa aku call S pulak untuk confirmkan pasal meeting di Putrajaya.. sekali lagi aku kena sound lagi..

'Wei.. siapkan tesis ko cepat... lama sangat dah bertangguh tuh'.... aku speechless lepas tuh.... huhu

Uih... berganda ingatan yang aku dapat hari ini... Pesanan  demi pesanan...

Seperti mana dalam entri semalam.. maka aku terpaksa juga mencari ruang dalam masa terdekat ini.. memandangkan minggu depan minggu 7 kuliah... dan lepas tuh semester break aku rasa sesuai sangat mungkin untuk aku ambik cuti untuk siapkan tesis..

Rujukan kena cari semula sebab dah outdated... analisa data kualitatif kena buat sebab hari tuh separuh jalan je siap ye..

Fikir juga worst case senario... patut ke aku terbang ke UK dalam masa terdekat ini??? Fikir pula pasal duit dan currency exchange yg serba serbi mahal... Tengah fikir should I stay in UK sebulan dan pulun siapkan tesis??? Idea nie dah lama ada dalam fikiran...

Atau giveup sahaja dan sambung buat kat mesia and restart balik everything.. huhuhu... start new topics... and new supervisor??

But if I can go thru this...  and carry on... mesti boleh kan.. kan..

Tengah berkira-kira dari segi budget dan kemampuan... kerja aku leh tolak tepi sekejap...

p/s Perlu fikir benda nie secara serius nie... and consider all the situation.. do and dont

Wednesday 30 March 2016

Adakala kita perlu berubah untuk diri sendiri

Assalamualaikum dan salam petang rabu

Lama tak menulis di sini.. goshh last ke sini 4 Februari.... hari ini dah 30 Mac.. wow dekat 2 bulan tuh.. huhuhu biasalah... adakala kesibukan buat aku terlupa sekali lagi...

Seminggu ini banyak yang berlaku sebenarnya.. dan ianya berlaku dengan cepat... kadangkala.. hati inginkan perubahan tapi tindakan kita atau mungkin alasan kita menyebabkan kita menangguhkannya.. dan mungkin juga kita rasa belum sampai untuk kita berubah pun..

Sama seperti aku juga.. adakala terfikir untuk berubah menjadi yang lebih baik.. atau berubah untuk kesihatan diri sendiri.. atau berubah kerana merasakan rutin yang selalu itu sudah cukup membosankan rasa hati...

Berubah untuk orang lain.. sering sahaja berlaku pada kita.. adakala untuk keluarga.. adakala untuk kerja.. adakala untuk mendapat yang lebih baik.. adakala kerana mahukan yang terbaik atau agenda lain.. tapi paling utama berubah untuk diri kita sendiri..

I think I'm on my way for finding my own self.. rasa macam dah terlalu lama aku biarkan diri mengikut rasa dan adakalanya aku ambil pendekatan.. 'malas nak fikir panjang'.. so aku carry on.. terus dan terusan dengan rasa hati...

Hari ini.. aku mula meletakkan 'full stop' pada sesuatu yang terlalu lama mungkin aku biarkan.. hari ini aku meletakkan azam untuk menyelesaikan sesuatu yang sudah terlalu lama bertangguh... dan juga hari ini aku mahu kembali capai apa yang pernah aku rancang sekian lama..

Berubah untuk diri sendiri.. dan berubah untuk memperolehi kebaikan diri...

Time to change.. and like I said.. 'I cant control others.. but I can control myself'...  InsyAllah

p/s Seorang kawan menegur aku hari ini dengan mengatakan sikap aku berlainan sekali.. ye.. mungkin itu permulaanya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...