Assalamualaikum dan salam petang rabu
Lama tak menulis di sini.. goshh last ke sini 4 Februari.... hari ini dah 30 Mac.. wow dekat 2 bulan tuh.. huhuhu biasalah... adakala kesibukan buat aku terlupa sekali lagi...
Seminggu ini banyak yang berlaku sebenarnya.. dan ianya berlaku dengan cepat... kadangkala.. hati inginkan perubahan tapi tindakan kita atau mungkin alasan kita menyebabkan kita menangguhkannya.. dan mungkin juga kita rasa belum sampai untuk kita berubah pun..
Sama seperti aku juga.. adakala terfikir untuk berubah menjadi yang lebih baik.. atau berubah untuk kesihatan diri sendiri.. atau berubah kerana merasakan rutin yang selalu itu sudah cukup membosankan rasa hati...
Berubah untuk orang lain.. sering sahaja berlaku pada kita.. adakala untuk keluarga.. adakala untuk kerja.. adakala untuk mendapat yang lebih baik.. adakala kerana mahukan yang terbaik atau agenda lain.. tapi paling utama berubah untuk diri kita sendiri..
I think I'm on my way for finding my own self.. rasa macam dah terlalu lama aku biarkan diri mengikut rasa dan adakalanya aku ambil pendekatan.. 'malas nak fikir panjang'.. so aku carry on.. terus dan terusan dengan rasa hati...
Hari ini.. aku mula meletakkan 'full stop' pada sesuatu yang terlalu lama mungkin aku biarkan.. hari ini aku meletakkan azam untuk menyelesaikan sesuatu yang sudah terlalu lama bertangguh... dan juga hari ini aku mahu kembali capai apa yang pernah aku rancang sekian lama..
Berubah untuk diri sendiri.. dan berubah untuk memperolehi kebaikan diri...
Time to change.. and like I said.. 'I cant control others.. but I can control myself'... InsyAllah
p/s Seorang kawan menegur aku hari ini dengan mengatakan sikap aku berlainan sekali.. ye.. mungkin itu permulaanya...
No comments:
Post a Comment