Monday 30 December 2013

Kisah lama.. Pemain hoki zaman sekolah

Salam

Sabtu lepas.. seperti dari zaman budak2 dulu.. setiap hari sabtu di TV3 kalau pkl 2 petang je mesti akan standby untuk menonton cerita hindustan.. Hujung minggu  lepas aku berkesempatan menonton cerita hindi nie.. selalu aku terlupa.. maklumkan kan channel astro byk cerita best terutama channel HBO, FOX atau cinemax... (aku kan kaki tengok movie)

Kebetulan kali ini ceritanya-(Chak de! India)  aktor hensem Shahrukh Khan.. selalu kalau tgk movie hindi.. lebih teruja sebab mindset kata bila ada dia cite mesti best (walaupun tak semua).. yang tambah best lagi sebab cerita kali ini mengenai bagaimana Kabir Khan (Shahrukh Khan) menjadi jurulatih hoki wanita yang mewakili India di peringkat perlawanan dunia di Australia..

Pendek cerita.. ceritanya memang best.. dan of course mestilah India menangkan (dah cite hindi).. Sejenak terfikir cerita ini ada mirip macam cerita2 drama sport yang biasa kita tonton buatan mat saleh america.. cuma bezanya.. ini cerita main hoki.. cerita mat saleh tuh banyak pasal soccer.. football.. baseball.. hockey ice.. dan aku teringat ada mirip cerita sport baseball wanita (sorry ler tajuk lupe)..

Yang buat aku teringat sebab.. hoki adalah permainan zaman sekolah aku dulu.. Ye.. kalau melihat bentuk badan yang memang cute dan comel ini.. mesti orang tak sangka aku adalah pemain hoki bukan setakat wakil sekolah.. tapi aku juga main utk UKM selama 4 tahun..

Dulu zaman sekolah rendah.. kebiasaan murid perempuan akan dilatih bermain netball.. tapi aku boleh main.. cuma tidaklah sampai wakil sekolah... tapi bakat aku dalam sukan bermula di sekolah menengah.. Aku mula diperkenalkan dengan permainan hoki.. selama 2 tahun form 1 & 2 aku main hoki wakil Klang Selatan.. dan sekolah kami berjaya sebagai naib johan di peringkat negeri Selangor (bawah 15 tahun)

Naik form 3.. aku berhenti main hoki.. sebab nak tumpukan perhatian untuk SRP.. Itu memang perangai aku hahaha... dan aku terus berhenti main hoki bila selesai SRP dan naik form 4 & 5 pulak.. walaupun ada rakan-rakan yang ajak main.. lagi pun banyak geng2 main hoki nie dah pindah sekolah selepas SRP.. so nak main hoki lagi dah tak best.. Zaman aku main hoki nie.. aku jumpa ramai geng2 sekolah menengah sebelah Klang Selatan..

Masuk matrik UKM tahun 1 & 2, aku kembali aktif main hoki sebab group kami set up team hoki sendiri. Bersama dengan geng-geng yang sama, kami terus main utk UKM selepas habis matrik dan masuk ke tahun 1 & 2 di UKM.. masuk tahun 3, kebanyakan kami stop bermain sebab nak beri laluan untuk projek tahun akhir dan subjek-subjek yang lebih berat pada semester penghujung.. Namun aku masih lagi main hoki utk wakil KAMSIS (kampus siswa) menyebabkan aku kekal dapat tempat di hostel sepjg tahun pengajian.

Menonton cerita itu, teringat banyak kenangan silam masa training utk main hoki dulu, dari zaman ada BF (kalau pernah ikut cerita cinta aku dulu dalam blog nie), traning intensif selama 2 minggu untuk persediaan pesta sukan antara universiti, jumpa geng-geng satu kepala, kaki dan tangan yang lebam-lebam kena kayu dan bola hoki..

Kesan lekuk-lekuk tuh masih ada hingga sekarang, kalau sesekali merasa tulang betis.. akan terasalah ada lekuk2 akibat kena bola hoki dulu haha... cuma syukurnya.. aku tak pernah lagi cedera parah melepasi pinggang hingga kepala, ada orang sampai berdarah mata, kepala kena kayu dan bola hoki. Prinsip aku dulu, kalau nampak sahaja orang mula menghayun kayu ke arah kiri, baiklah blah hahaha.. daripada menyiksa diri. Dulu bila training selalu kena lebam-lebam di tangan dan kaki, tapi bila perlawanan sebenar pulak, jarang sangat cedera atau kena lebam-lebam..

Hingga sekarang aku masih ingat 1 insiden terkena bola hoki di peha, lebam jugalah. Bila mengadu kat senior nak tahu apa diorang buat hahahha... dia suruh 4 orang kawan pegang kaki dan tangan aku.. lepas tuh.. dia pergi ambik tangan dia.. tekan di tempat yang lebam tuh... ditekan sambil diurut dalam bentuk bulatan.. sakitnya??? menjerit-jerit uhhh.. sebab tuh kena pegang kaki tangan hahaha.. lepas tuh.. darah yang beku di tempat yang lebam tuh jadi merah dan tak lama baik ler..

Apa pun training hoki dulu banyak mengajar aku jadi lasak.. sebab yelah berapa kerat sangat kan perempuan yang nak main hoki.. Paling best kalau main hoki dengan team lelaki.. sebab?? dia mesti lemah nak lawan kitaorang takut tergesel.. terpegang.. hahaha.. hingga pernah masa aku defend gol (posisi aku dulu last man.. bahagian defend).. kami sama-sama tergolek... yang best lagi.. aku dapat tahu daripada rakan lelaki dalam team tuh.. abang yang jatuh dengan aku malam tuh... tak leh tidur hahahaha.. (dahsyat sungguh)

Apa pun.. adakalanya menonton sesebuah filem kadang menyebabkan kita terimbas kenangan silam.. Sekarang nie kalau nak suruh p main hoki jangan harap larat nak lari (dulu pusing padang hoki pun takde hal 10kali).. tapi kalau takat suruh pukul bola atau timbang bola guna kayu hoki takde hal punya hehehe...

p/s Gambar zaman main hoki wakil UKM masih ada dalam simpanan.. klasik gambar tuh ;)

Sapa nak layan cerita (ada subtitle tapi kena pandai2 carilah nak klik apa) nie boleh tengok di sini
 

Thursday 19 December 2013

I'm so sad.. Ada orang dah tak nak kawan dengan kita..

Salam

Dulu masa budak-budak.. kalau bergaduh sikit.. mesti akan cakap
' Ah.. Tak nak kawanlah..'

tapi bila pujuk2 balik.. kejap jek dah kawan balik..

Bila dah tua (masih muda di hati).. bila bergaduh atau selisih faham sikit.. Nak kawan balik memang susah sangat.. Kadang bertahun-tahun terasa hati.. kadang ada yang langsung tak nak bertegur sapa dah..

Seminggu nie aku jadi sedih.. atas insiden yang lebih kurang sama..

Hujung bulan nie dah 8 tahun kami berkawan.. dan banyak yang kami selama ini share dan tolong satu sama lain.. dan hanya sebab kejadian selisih faham.. tak setuju tentang perkara berkenaan hidup yang agak peribadi..

Aku rasa macam aku jadi orang buangan.. Aku rasa dibuang macam sampah macam tu sahaja.. Call tak angkat.. sms tak reply.. apa lagi?? Nak aku buat apa lagi.. Bila aku minta bincang dengan baik malam itu.. dia tak nak.. keras sangat hati dia.. Dia tinggalkan aku macam aku nie pengemis pulak.. Macam aku buat benda yang hina keluarga dia.. walhal bukan dia tak tahu sudah 2minggu aku tensen dengan kerja.. Kenapa dia boleh tuduh aku macam-macam.. Why???

Sedih.. Aku sedih sangat-sangat.. Nak menangis airmata dah takde rasanya.. Jiwa dan hati aku rasa kosong.. Besar sangat ke Salah aku? Sedangkan apa yang selama ini aku buat untuk dia.. aku rasa berganda2 banyak lagi dari kesalahan aku itu..

Adilkah?? Aku rasa tak adil.. kerana dia terlalu mementingkan diri sendiri..

Yes.. Aku sedih.. Ada orang dah tak nak kawan lagi dengan aku..

Pasrah? Redha? Rela? Terima dengan berat hati?

Mungkin.. aku harap hanya masa yang dapat ubat rasa sedih aku..

Wish I could fly to UK and stay there.. I miss my simple life there...

I miss this place so much..
Maybe it's time to move own..
I don't feel like making new friends and I prefer stick to the one around..
But sadly.. there is one that I really gonna miss..
It's time to say goodbye? 
Just let time decide..

Tuesday 17 December 2013

Sakit.. bila ia datang kadang kita pun tak tahu

Salam

Hari ini mula bekerja selepas MC semalam.. ye buat pertama kali sejak balik dah dekat 2 thn nie.. inilah kali pertama aku mc.. bukan tak pernah sakit-sakit.. tapi selalunya badan aku mampu bertahan.. tapi sakit kali ini aku terpaksa berehat hatta mahu bergerak pun amat susah..

Al-kisahnya.. ketika hendak mengambil air dari seat belakang kereta.. ketika membongkok lepas buka pintu.. pinggang aku terus berbunyi 'berdetap'.. insiden itu buatkan aku menjerit kecil.. masih gagah gak lagi memandu selepas itu.. masa memandu ok lagi... bila sampai je kg.. ketika nak keluar kereta.. pinggang aku dah mula sakit sangat-sangat..

Bila mula berjalan.. aku dah mula rasa kaki aku amat berat... rasa nak rebah waktu itu juga.. tapi gagahkan diri jugalah.. salam dan cium tangan mak.. letak barang di bilik.. masa nie bila nak menunduk sedikit.. aku dah mula menjerit.. sakit giler.. tapi biasalah.. masih buat-buat macam kuat sangat.. dalam sakit-sakit tuh.. aku terus capai tuala dan terus mandi.. masa tuh badan dah mula bisa-bisa dan panas berpeluh.. aku kira.. dengan mandi dapatlah melegakan badan yang letih tadi.. rupanya.. selepas itu pinggang aku semakin sakit..

Mak sudah agak panik lihat keadaan aku.. malam itu lepas maghrib aku ke rumah seorang akak yang pernah urut badan aku dulu.. oklah sikit.. tapi sakit pinggang masih terasa.. hatta nak mengiring pun sakit giler.. sangka ku dah mengurut tadi sedikit lega.. tapi macam takde kesan sangat.. balik tuh sapu lagi minyak panas.. dan terpaksa call pakwe utk belikan koyok dan minyak yoko-yoko.. dengan harapan sakit pinggang akan berkurangan.. Malam itu aku tak dapat lelapkan mata.. hendak mengiring ke kiri atau kanan bagaikan satu penyeksaan.. sakit kerana terasa otot pinggang itu macam mengecut dan mengembang.. tiap kali terkena kejutan otot.. aku pasti menjerit.. dan kadangkala menangis menahan sakit..

Esoknya.. mak ajak aku berurut dengan Wak Mar jiran depan rumah.. dia jenis mengurut tempat yang sakit sahaja.. memang teruk juga dikerjakan tempat yang sakit itu.. kurang sedikit sakitnya.. tapi kejutan otot itu kerap pulak berlaku.. macamana nak aku gambarkan.. oh ya.. penah tak rasa kena simpul biawak?? Itu bila kita terkena di betis pun dah menjerit2 kan.. bayangkan aku kena pulak di pinggang.. sakitnya hanya Allah yang tahu.. pakwe melihat aku yang sakit macamtu pun sudah semacam muka dia.. pucat.. kesian pulak tengok dia macamtu..

Isnin- aku MC.. dekat nak tengahari aku ke klinik.. doktor pulak tanya lebih kurang.. tekan2 pinggang sebelah kiri aku (sakit oii).. dia bagi 4 jenis ubat.. ubat urat.. angin.. relax otot.. tahan sakit.. 2 kali sehari selepas makan.. Makan ada lega sikit.. kejutan otot dah kurang walaupun kalau tersilap membongkok memang terasa lagi.. Hari ini mula bekerja.. walaupun bdn baru 60% ok.. ada kurang rasa sakit sebab ubat penahan sakit (pain killer) dan ubat relax otot.. tapi tiap kali nak bangun dari duduk.. masih terasa kejutan otot cuma rasa sakitnya itu kurang dari sebelumnya..

Sakit.. kadangkala bila ia datang kita terlupa sekejap bagaimana rasanya sihat.. Bila dah sihat pulak.. lupa terus macamana rasanya sakit ari tuh... tapi bila kena sakit pinggang begini.. terus rasa payahnya nak bergerak.. nak tidur.. nak makan.. semuanya sakit.. barulah faham macamana rasanya tak boleh bangun.. dan sejenak teringat pasal mati.. menginsafkan seketika..

Oh ya.. satu lagi yang aku suka kat sini.. Bila sakit macamnie.. kita ada banyak alternatif.. nak pergi berurut.. nak pergi klinik.. nak try petua itu ini.. semuanya mudah dicari.. Aku pernah demam urat dulu di UK.. demam sampai nak jalan pun xlarat dan urat badan rasa bagai ditarik2.. masa kena nie.. terpaksa pasrah dengan ubat doktor moden.. nak pergi orang berurut takde.. harap pakwe.. aku rasa tangan dia tak serasi urut badan aku.. sebab dia pegang sikit jek.. sakit dia urut tuh berganda2.. selalunya aku surrender kalau suruh dia urut.. tempat yang tak sakit sangat.. kalau dia urut berganda2 pulak sakitnya huhuhu...

Ye.. hargailah masa sihat kita.. kerana apabila sakit datang.. kita tak sedar bagaimana masa berlalu dan entah berapa lama sakit itu perlu kita lalui..

Ini ubat antibiotik from NHS UK..
Dekat 2 minggu gak ambil ubat nie dulu..
Now sakit yang itu dah ok..
Now sakit urat dan otot pulak :( 
Ye aku tahu... aku semakin muda



Thursday 12 December 2013

Hidup di luar negara (UK) vs tanahair

Salam

Hari ini aku rasa nak buat entri pasal nie.. since I had quite long conversation with t.a.t.a about weather and life in UK..

Aku pernah tinggal di UK selama 5 tahun.. plus another 1 year from 2001-2002.. meaning in total I had spend 6 years in UK.. negara lain sekitar eropah.. adalah aku pergi jalan-jalan sahaja.. berjalan ke negara orang dan tinggal di situ adalah 2 perkara yang berbeza.. so jika pernah ke negara orang.. itu masih belum cukup untuk kita rasa bagaimana duduk di situ.. hanya mereka yang pernah tinggal di sesuatu tempat dan bergaul dengan masyarakat setempat then you know how life is..

Ramai orang kadangkala rasa bila orang yang pernah tinggal di luar negara dan mula membandingkan kehidupan mereka di Malaysia.. mereka akan rasa orang jenis ini 'berlagak' dan tak sedar diri.. tak sayang negara.. dan hingga sampai satu tahap boleh keluar perkataan 'kalau sana bagus sangat.. kenapa tak duk sana terus' well.. kalau fikir panjang dan ada peluang.. kebanyakan mereka yang pernah tinggal di sana.. diorang memang takkan lepaskan peluang tinggal di situ.. tetapi ramai juga yang rela hati pulang dan terpaksa pulang sebab ada komitmen keluarga, kerja dan tanggungjawab..

Oleh itu.. this entri adalah untuk sekadar memberikan perbezaan bagaimana kehidupan kat sana.... and this only for those yang interested dan bukan untuk mereka yang sceptical ..


1-Cuaca
UK:  Disebabkan sebahagian hidup kita dihabiskan dengan cuaca malaysia yang panas dan hujan sepanjang tahun.. maka bila menempoh musim sejuk, bunga, panas dan luruh.. adalah satu kejutan besar dalam hidup.. Ketahanan badan untuk membiasakan diri dengan perubahan suhu yang kadangkala mendadak hingga -12 memang perit.. ditambah dengan cuaca yang selalu tak menentu.. kejap hujan.. lepastuh panas.. pastu turun salji pulak.. pastu angin kuat.. buatkan ramai yang sakit dan rasa tertekan kerana cuaca.. Kes extreme.. ada yang hingga tak nak keluar rumah.. duduk rumah berselubung.. duduk tepi heater..
Kebanyakan kes.. tahun pertama nie memang teruk sikit.. termasuklah aku sendiri dulu.. dulu bila kena winter time.. memang malas nak keluar rumah... terutama bila salji mula turun dan kaki lima dah mula beku jadi ais.. kebimbangan akan tergolek memang benda yang biasa.. selalu time macam nie memang aku risau gak.. sebab itu selalunya akan invest utk beli kasut boot yang bagus sikit bagi mengelakkan insiden jatuh seperti ini..
M: Cuaca kat sini.. extreme bila kena musim panas.. itu kadangkala buat kita tak tahan.. terutama bila dah seminggu 2 tak hujan.. ramai yang mula sakit2 demam.. dan ramai juga yang mengeluh.. masa nie shopping complex penuhlah sebab ramai suka lepak sini sebab sejuk ;).. Bila musim hujan.. isu banjirlah jadi isu.. dan kalau masuk kl masa hujan.. jemlah jawab ye.. tapi bila musim hujan sejuk aku suka ahaks.. sebab rasa sejuk tuh buat aku teringat rasa sejuk masa musim panas di UK.. ada rasa feeling2 UK sikit

2-Kulit kering, kepala gatal dan kelemumur
UK: Ini adalah antara masalah kulit dan kepala yang selalu melanda time musim sejuk.. dan adakalanya ianya berterusan bila masuk musim bunga dan panas.. bila musim sejuk.. masalah utama yang kerap timbul adalah kulit menjadi terlalu kering sebab cuaca yang terlalu sejuk.. dan penggunaan air panas yang kerap.. Masa nie kena pandailah dapatkan krim muka dan badan yang sesuai.. semuanya ambil masa juga untuk dapatkan krim yang betul2 sesuai.. produk dr malaysia semuanya tak sesuai dipakai.. aku dulu pun puas jugalah cuba dari 1 krim ke krim yang lain.. dan finally dapat jugalah jumpa krim yang sesuai dengan kulit muka dan untuk badan selalunya aku gunakan bodybutter dari bodyshop atau jenama krim badan vaseline..
Ini juga sama dengan kelemumur dan gatal kepala, kerana perubahan suhu yang tak menentu dan pemakaian tudung dan topi utk lelaki.. maka kulit kepala memang mudah gatal dan berkelemumur.. so kena cari shampoo yang sesuai.. selalunya jika tahap kelemumur dan gatal yang teruk biasanya aku akan beli shampoo special khusus dan harganya agak mahal sikit £5-8 sebotol kecil.. tapi masalah itu memang dapat diatasi.. cuma tak tahan nak spend duit beli shampoo tuh jelah.. Masalah ini melanda pada lelaki atau perempuan.. dan kebanyakan org abaikan penjagaan badan.. terutama lelaki.. yelah manalah mereka nak sapu lotion.. nak pakai krim muka.. pastu bila dah kena gatal2 teruk.. muka dah kering luka dan sakit.. kaki dah bengkak kering.. masa nie baru sanggup nak pakai lotion (antara lelaki yang kena kes camnie.. pakwe aku sendiri.. mula2 dulu bila pesan pakai lotion.. berlagak tak nak.. bila kulit kaki dah teruk kering sampai berkeping2.. barulah minta lotion tuh kat aku ahaks)
M: I masalah kulit takde sangat.. tapi masalah berpeluh.. sebab dulu 5 thn di UK.. berpeluh sebulan sekali jelah kot.. tapi biasanya jarang sangat.. so bila balik ke sini.. bau badan memang heaven lah.. puas jugalah untuk atasi masalah nie.. dari pakai mcm2 deodorent.. sampailah kerap mandi setiap hari ahaks.. rasanya now dah ok sikit.. cuma kalau berpeluh tuh memang boleh baulah badan..

3-Kos hidup
UK: Kos hidup kat sini mix.. kebanyakan barangan makanan dijual dengan harga murah.. ini merujuk kes.. pendapatan ko dapat dari situ.. dan ko spend.. bukan kes ko bawak duit dari malaysia.. pastu ko convert.. memanglah rasa mahal.. hatta p singapore pun ko rasa mahal..
Aku pernah merasa.. hidup 2 tahun tanpa elaun.. dan cara aku sara diri dengan bekerja sebagai tukang cuci dengan gaji lebih £450 sebulan.. topup dr hby.. household spend around £1000.. duit itulah yang duk byr sewa rumah.. byr bil elektrik.. bil gas.. dan lelain bil. Selalunya bil yang agak membebankan adalah bil gas.. kerana bil akan dtg setiap 3 bln sekali.. sekali datang memang beratus £ kena bayar.. bila musim sejuk lagilah bil melambung.. masa nie memang terasalah sangat2.. disebabkan aku student dulu.. maka bil cukai pintu tak kena byr.. kalau tidak.. setiap bulan pun byr dah dkt nk £100.. Masalah di sini adalah cukai yang tinggi.. mmg barangan rumah murah.. tetapi benda2 lain.. terasa jugalah mahalnya.. tapi.. it's quite balance juga sebab kalau cukai rendah.. makanan mahal.. lagi terasa sebab makanan nie kita perlu setiap hari..
M:  Mula aku plg terasa masa baru balik duit.. kos brgan yang agak mahal.. sebab kat UK beli sayur pun sen2 jek.. kat sini.. beli sayur pun dekat rm10.. itu yg biasa aku spend kalau p pasar ler beli sayur jek.. lelain isu.. alah korang pun tau ler

4-Lepak-lepak
UK: peluang nak lepak2 kebiasaannya indoor sahaja.. kalau nak lepak kat kedai.. budaya kat sini.. lepak kat kedai takde.. kebanyakan orang pergi masuk restoran/cafe sebab nak makan.. dah selesai makan blah.. dulu ada 1 geng org melayu tempat aku p lepak kat kedai pakistan.. makan kebab order teh.. pastu borak panjang2 macam lepak kat kedai mamak mesia.. apa lagi.. bos tempat tuh halau diorang sebab culture macam tu takde di UK.. sejak tuh.. kalau mereka nak melepak.. diorang lepak pergi kedai yang ekslusif sikit.. bolehlah lepak lama sikit kat situ.. Lepas tuh jarang sangat dapat lepak2 kat kaki lima kat gerai2.. tapi aktiviti BBQ kat sana mmg heaven terutama bila musim panas.. masa nie mmg puas mkn bbq lah..
M: nak lepak banyak tempat 24jam.. anytime.. anyplace.. memalam.. tgh malam.. pg ptg siang name it.. melambak tmpt kita leh pergi utk melepak.. bab ini yang aku suka sebenarnya..

5-Travelling
UK: Travelling agak mudah sekitar UK sebab banyak tempat yang boleh kita pergi.. kalau nak travel ke europe pun boleh jika ada offer tambang murah.. Cuma yelah kos masa travelling nie pun kena pandai-pandailah.. cuma takdelah rasa macam spend beribu-ribu macam kat sini..  Bila local people diorang akan menabung khusus utk pergi travelling..
M: Traveling pun mudah gak sebab dah ada airasia (idea tmbg murah nie pun tony dapat daripada ryanair UK).. so syukur jugalah travelling skrg dah jadi mudah.. walaupun takat nak p KK atau Kuching.. less than RM200 pun dah boleh naik flight.. So pada aku dua2 nie ada kelebihan.. cuma kalau di UK.. travelling tuh boleh pergi negara eropah.. dan byk flight murah ke sana

6-Kesihatan
UK: Sini kalau sakit kena buat appointment ngan doktor.. kalau hari nie demam.. appointment maybe jumaat depan.. Kat sini takde klinik swasta macam kat mesia.. sakit kalau dah truk.. terus jek pergi hospital dan tunggulah berjam2 kat sana sampai  giliran.. kena sabarlah dengan system camtu.. Banyak kes yang rakan-rakan aku kena.. sampai dah nak pengsan n xsedar diri barulah doktor take action.. selagi dia tgk ko leh duduk.. sembang.. lagi lambat lerdiorg layan.. Tapi once warded pulak.. layan doktor n nurse memang kelas pertama.. walaupun ko duk wad biasa2 jek dan sekadar hospital kerajaan..  Ini yang bagus lah kat sana..
M: Kita ada klinik swasta.. sakit leh terus p mana2 klinik.. klu ada klinik panel.. xyah bayar ubat.. kat sana.. siapa duk scotland jek free ubat.. belah england.. kena bayar £5 utk kos ubat.. Apa pun bab yang ini aku suka sebab bila sakit kita tahu apanak buat dan kemana nak pergi.. tapi layanan hospital kerajaan.. korang sendiri pun tahu2 jelah.. kalau nak layanan bagus ada duit lebih.. korang p hospital swasta

7-Makanan Basah
 UK: Tempat aku makanan halal mudah dapat.. kedai-kedai ayam daging banyak.. kedai runcit.. jual sayur.. rempah pakistan.. banyak.. cuma kalau nak makanan asia.. kena p kedai cina.. cuma kalau nak seafood segar.. kena pergi wet market awal pagi.. dulu pakwe selalu juga ke sana utk beli ikan.. pernah dia beli siput buluh.. walhal sepjg duk mesia dulu xpenah pun mkn.. siput tuh fresh lagi.. siap jelir2 lidah lagi sebelum masak.. Sayuran dan buahan murah.. mudah nak dapat.. kebanyakan hujung minggu ada farm market.. mat dan minah salleh nie jual sayuran dan buahan dari ladang mereka dengan harga yang memang murah dari supermarket..
M: Makanan kat sini korang pun taulah kan.. mudah juga dapat makanan halal.. cuma harga turun naik brg tak menentu ikut harga pasaran.. contoh skrg nie udang.. masa aku balik thn 12 awal tahun udang aku beli sekilo dapat dalam RM15 jek.. minggu lepas aku p kedai.. tengok sekilo dah RM26 itupun udang ye kecik2 jek... gula dah naik harga.. minyak masak pun.. dan lelain lagi lah.. kat UK bukan xde harga yang naik.. ada tapi kenaikan dalam sen2 jek.. selalunya yang mendadak naik harga beras sebab beras tuh import dari india atau pakistan..

Sebenarnya ada banyak lagi isu.. macam education.. social life.. dining out.. maybe lainkali jelah sambung nak cite isu nie.. apa pun.. pada aku hidup di dua2 tempat tuh best.. ada baik kat sini.. ada baik kat sana.. isu nie juga ada aku ulas sikit masa aku balik dulu Di sana dan di sini

Miss this winter snow..
Kereta yang sama dah 2 tahun tak rasa kena salji..
Panas dan hujan jelah..

Wednesday 11 December 2013

11.12.13

Salam

Baru perasan pasal tarikh istimewa ini.. bila memandu ke tempat kerja pagi tadi.. DJ Hot fm sibuk nak mainkan lagu cinta.. sebab khusus utk Che Ta dan Zain.. Ye tarikh macam nie yang ramai orang suka kejar dan buat event..

Hari ini juga Selangor cuti.. tapi aku kerja macam biasa sebab aku bukan kerja di Selangor.. Jeles?? Tak lah.. Next time tunggu giliran pulak negeri nie cuti.. Masa tuh leh eksen dengan member selangor (oh ya tahun nie cuti negeri nie.. Aku melancong ke Kuching)

Kira start dari tahun 2001 dah ada tarikh yang special macam nie.. 01.01.01 hinggalah 12.12.12 tahun lepas.. tahun nie.. angka berderet 11.12.13.. tahun depan takde dah kot.. sebab dah masuk 2014..

Oh ya.. tahun nie birthday aku special juga rupanya sebab 13.07.13 hahaha.. tapi tak ambik pot pun.. udah rasa tua kot..celebrate birthday dah makin muda nie.. rasa biasa-biasa je dah..

Ok tinggal berapa hari je kan nak masuk 2014.. lebih kurang 2 minggu lebih jek kan.. Sekejap masa dah berlalu..

Bila hujan begini.. Perut pun mula berbunyi.. Dulu bila musim sejuk aku rajin baking dalam oven..
Hari ini teringat aku selalu suka masak

-Ayam panggang sos kicap bermadu
-Pai ayam dan leek
-Baked potato makan dengan cheese dan baked bean
-Buat mash potato, coleslaw dan gravy sendiri..
-Bila dekat nak hujung tahun... aku rajin buat ayam turki panggang.. geng2 masa di UK dulu.. bila hujung tahun macam nie.. mula teringatlah sebab dulu hampir tiap2 tahun aku mesti kena suruh buat ayam turki panggang nie.. makan memang puaslah sebab ajak ramai kawan-kawan
-Selalu juga buat cheese cake.. tapi aku lebih rajin buat bila musim buah cherry.. memang tiap2 hari buat cheese cake sendiri.. letak buah cherry.. makan sorang2 dengan gembiranya..
-Selalu juga aku buat ayam goreng kfc sendiri..

p/s Bila tengok senarai masak yang guna oven.. terfikir.. bila lah oven kat rumah tuh hubby aku nak buka dan install kat dapur.. dah dekat nak 2thn balik.. sekali pun xpenah pakai huhu

Rindunya nak makan donner kebab dengan roti nan
My Fav..

Monday 9 December 2013

Rindu..

Selang beberapa hari yang lepas..
Aku bermimpi..
Mimpi itu cukup indah..
kerana aku pulang semula ke rumah lamaku..
Menghirup angin sejuk dingin..
Berjumpa teman-teman lama..
Berbual semula seperti dahulu..
Melihat wajah-wajah asing berbangsa eropah..
Bercakap bahasa kedua yang sudah sekian lama sebati dengan lidah..
Bertemu semula penyelia dan berbincang hala tuju yang perlu disiapkan..
Aku begitu gembira waktu itu..
Walaupun itu hanya dalam mimpi..
Tapi rasa gembira itu seolah menyeluruh sepenuh sanubari..

Baru kini aku tersedar..
Indah sungguh rasa gembira itu..
Gembira berkelana semula ke bumi asing..
Rinduku masih tertinggal di sana rupanya..

Dulu aku fikir aku takkan rindu bumi itu.. tanah itu.. dan rumah itu...
Rasaku.. rinduku di tanahair mengatasi segala-galanya..
Rasaku.. cukuplah rindu itu buat mereka yang masih ada dalam hidupku..
Anggapanku.. aku tak perlukan rindu itu.. kerana dulu.. tanah inilah yang paling aku rindukan..
Apatah lagi bila arwah ayah pergi.. selepas genap 3 bulan aku kembali ke sini..
Rinduku pada tanah itu seolah lenyap dari diri..
Bukan aku tak pernah ingat..
Tapi selalunya ingatan itu datang tanpa rasa.. tanpa rindu.. lantas aku sekadar memandang sepi atau biasa-biasa sahaja..

Kali ini aku harus akur..
Sememangnya aku rindu..
Terlalu rindu rupanya..
Mahu sahaja aku beli tiket kapal terbang ke sana esok..
Boleh.. aku mampu beli tiket..
Boleh.. aku boleh tinggalkan sahaja kerja di sini..
Boleh.. aku sanggup terima apa sahaja akibatnya..
tapi.. aku berat meninggalkan mak seorang di sini..
Hanya itu yang mengikat aku di sini..
Cukuplah aku pernah tinggalkan mereka berdua 5 tahun berkelana..
Arwah ayah sudah tiada..
Kini mak pula sendirian.. tak sanggup rasanya..

Apa pun.. pasti aku akan ke sana juga nanti..
Ya Allah.. berikan aku kekuatan untuk siapkan thesis akhir ku ini..
Aku mahu selesai semuanya 2014 ini..

p/s Maaf sejak kebelakangan ini.. bahasa penulisan aku sudah begini pula caranya..

Rindu bus stop ini..
Tempat aku menunggu bas balik ke rumah setiap hari dulu..
Kini waktu di UK..
Siang pendek dan malam panjang..
I miss winter shopping and watching colorful light as well as last minute shopping before x'mas day..

Friday 6 December 2013

Bila ada rasa marah..

Salam

Apa perasaan bila ada orang perli-perli hingga tahap jatuh menghina orang tuh..

Apatah lagi dia dah pangkat separa bos.. tapi perli sampai cakap.. kot-kot kita pun nak jadi macam dia.. kekonon dia ingat kita teringin sangat nak pegang jawatan macam dia..

Walhal dalam hati orang yang diperli.. langsung tak teringin pun pegang apa-apa jawatan..

Bila seseorang itu cakap begitu perkara pertama yang datang dalam fikiran aku adalah..

Orang ini bangga sangat dengan jawatan dia..
Dia rasa kerana dia berjawatan.. dia rasa orang lain kalau tegur atau tak sependapat dengan dia.. dia rasa dia dicabar..
Dia ingat orang lain teringin nak pegang jawatan dia.. sebab itu mereka tak sependapat dengan dia..
Dia rasa dia dah cukup bagus hingga orang lain tak boleh tegur.. atau takde hak nak tegur dia..

Kesian manusia macam nie.. itu jek yang mampu aku nak cakap.. kesian sebab menampakkan 'kebodohan' dan 'berlagak' diri sendiri depan orang lain..

This kind of human is so pathetic and shallow minded.. 
Kesian sungguh...

p/s Semoga aku takkan dilantik apa-apa juga jawatan tinggi hingga aku pencen.. rasa lebih bahgia hidup tanpa pegang apa-apa jawatan penting.. Tapi aku mahu orang kenal aku sebab kerja aku.. bukan sebab jawatan aku.. Doakan aku ye..

Thursday 5 December 2013

Bila hati ada rasa cinta..

Bila hati ada rasa cinta..

Bila lama tak jumpa.. terbayang-bayang wajahnya..
Bila lama tak jumpa.. tengok bumbung rumah pun dah cukup lega..

Bila lama tak keluar bersama.. terbayang-bayang nak ajak keluar ke mana sahaja..
Bila lama tak keluar bersama.. tengok tv sorang-sorang pun rasa macam dia ada..

Bila lama tak makan berdua.. terbayang-bayang adegan suap menyuap manja-manja..
Bila lama tak makan berdua.. tengok ayam kfc sedap macam takde rasa..

Bila lama tak gaduh-gaduh.. terbayang-bayang bagusnya tak yah merajuk-rajuk..
Bila lama tak gaduh-gaduh.. tengok balik.. kan best gaduh bolehlah merasa dipujuk..

Bila lama tak sembang-sembang manja.. terbayang-bayang nak diluahkan seribu satu perkara..
Bila lama tak sembang-sembang manja.. tengok orang lain sembang.. rasa macam nak join sekaki lima..

Bila hati ada rasa cinta.. terbayang-bayang si dia.. bila jauh di mata
Bila hati ada rasa cinta.. tengok barang miliknya.. hati sudah jatuh hiba..

Bila hati ada rasa sayang.. terbayang-bayang mengapa aku pilih dia..
Bila hati ada rasa sayang.. tengok dirinya depan mata.. mulut hanya bisu seribu bahasa

Sayang adakalanya.. tidak semua mampu diluah..
Cinta adakalanya.. tidak semua mampu ditunjukkan..

Mencintai adalah rasa yang paling bahagia utk manusia..

Terhenti seketika nafas membaca quote ini.. dan puas fikir siapa kawan aku yg share pandangan itu..
I'm sure he/she a special friend..

p/s Jam nie.. mana aku simpan ek??


Wednesday 4 December 2013

Bila kita takde mood.. apa perkara pertama yang kita nak buat?

Salam..

Sindrom takde mood.. akibat daripada kerja yang melambak adalah benda normal bagi orang yang bekerja.. apatah lagi bila kesibukan itu buat kita seolah tak cukup rehat dan tak cukup tidur..


Aku memang takde mood hari ini.. Sebabnya

1- Penat kelas pagi petang..
2- Kena buat report utk post-mortem jumaat nie
3- Assignment student dah melambak kena semak.. minggu depan dateline kena upload markah
4- Esok kena cover meeting orang
5- Thesis masih tak bergerak2 nak menulis..
6- Dah 3 hari tak masak kat rumah

Bila takde mood.. Apa yang 1st thing kita fikir nak buat??

1- Pergi jalan-jalan
2- Makan best-best.. atau makan yang sedap-sedap
3- Malas nak sambung kerja
4- Jumpa somebody dan sembang panjang-panjang
5- Balik kampung
6- Lepak 1 tempat pergi ambik gambar pemandangan-(lama tak buat keje nie)
7- Shopping- i like... (kalau shopping free dpt brg skrg juga aku pergi)
8- Tidur
9- Tengok wayang
10- Layan movie kat TV, astro atau vcd lama
11- Dating (siapa nak? angkat tangan)
12- bla.. bla.. bla..





Dan aku bila takde mood..
Aku rasa nak buat apa?
 .
 .
 .
 .
.
.
.
.
.

Pergi betulkan lampu kereta wira yang dah malap-malap macam mood tuan punya kereta..
kot nanti mood baru datang bersemangat..
 OK mahu ke pekan beli mentol baru...
bye bye..

Monday 2 December 2013

Kisah Kinder Bueno

Salam semanis coklat ;)

Hari isnin biasanya adalah hari yang kurang mood untuk bekerja.. maklumlah hari pertama bekerja pada setiap minggu.. dan seawal pkl 5 pagi tadi hujan sudah mula turun dengan lebatnya hinggalah kini hujan renyai-renyai masih turun di luar.

Ketika melewati deretan kedai-kedai di bahagian pintu timur.. Gerai nasi lemak makcik seiras muka biras aku (serius.. memang hampir 90% sama).. tiada pula kelibatnya.. selalunya aku lebih suka membeli nasi lemak di sini.. sebabnya?? Selain nasinya yang sedap.. karipap dagingnya memang terbaiklah.. makan 1 mesti nak lagi dan lagi..

Akibat tak membeli sarapan dan nak keluar makan pun malas sebab hujan.. Maka seperti selalunya.. aku akan bersarapan ala-kadar dengan biskut-biskut yang sentiasa menjadi stok tetap dalam pejabat.. Hari ini.. 1 pek coklat Kinder Bueno menjadi mangsa.. Coklat nie dah dekat 2 minggu dibeli sebab urusan rasmi seminggu di Shah Alam yang lalu... Selalunya pandang sepi jek takde rasa nak makan pun.. Tapi disebabkan sejuk.. lapar dan pedih perut.. maka mulutpun menerimalah kehendak hati yang nak makan coklat sangat pagi nie..

Aku mula meminati coklat ini semasa aku tinggal di UK.. Sesiapa yang pernah bermastautin di UK.. anda pasti akan enjoy menikmati coklat di sana.. sebabnya? coklat di sana amat murah.. sedap dan tidak terlalu manis.. Cuaca sejuk sepanjang tahun sering menyebabkan kita akan rasa lapar.. maka memakan coklat antara penyelesaian segera atau sementara untuk situasi itu ;) Selain itu.. menghadiahkan seseorang itu coklat adalah antara amalan yang biasa untuk masyarakat UK.. Jika anda ada sahabat-sahabat rapat/tidak rapat.. dan anda ingin hadiahkan sesuatu.. tetapi tidak tahu apa?? maka.. belilah coklat.. dan berikan pada mereka.. itu sudah mencukupi untuk membuatkan mereka gembira.. as simple as that.. Terutama dekat-dekat nak x'mas nie kan... Coklat is heavenly available anywhere..

Coklat Kinder Bueno ini punya kenangan manis untuk aku..

Sebabnya?



Ianya kegemaran sahabat baik aku.. si K dan S.. (pernah aku kongsikan di blog lama dulu)

K mula mengemari coklat ini kerana ianya telah diperkenalkan oleh S.. Maka K sering membelikan coklat ini untuk S.. atau berkongsi coklat ini tiap kali K terjumpa coklat ini di kedai-kedai..

Satu hari.. beberapa hari sebelum K meninggalkan bumi UK.. mereka berdua telah keluar bersama untuk membeli belah di sekitar kedai-kedai popular di bandar itu...

Ketika melintasi sebuah supermarket.. K memberitahu S.. yang dia ingin membeli coklat untuk sahabat baiknya.. maka S dengan senang hati mengikut K masuk ke dalam kedai itu.. K ambil coklat dan pergi ke kaunter bayaran.. Selesai membayar harga coklat itu.. K mula menghampiri S..

'Nah.. coklat ini untuk kamu' kata K kepada S..

S terpinga-pinga dan kehairanan lantas berkata 'Eh.. bukankah tadi kamu kata nak belikan coklat ini untuk sahabat baik kamu?'

K tersenyum lantas berkata 'Ya.. memang saya beli coklat ini untuk sahabat baik saya.. kamulah sahabat baik saya itu'

S tersenyum dan menerima coklat itu dengan gembira...

Semasa insiden itu.. aku tidak hadir dalam pertemuan dan kisah coklat ini.. tapi aku menjadi antara insan pertama yang diperdengarkan tentang kisah coklat ini..

So sweet pada aku.. manis kerana seorang sahabat baik membuat kejutan pada seorang sahabat baik yang lain... dan kejutan itu hanya dengan sekeping coklat manis.. tapi kemanisan itu bukan sekadar dari rasa coklat yang manis.. tapi dari rasa persahabatan tak mengira bangsa dan agama yang cukup manis..

p/s Ahh.. aku rindu mereka berdua.. K dan S.. Tak sabar menunggu bulan 5 tahun 2014.. InsyAllah kami akan dipertemukan semula di negara matahari terbit...


Thursday 21 November 2013

UYDL- A review of a book -Ulu Yam Di Liverpool

Salam

Hari ini nak share review tentang buku UYDL.. Ulu Yam Di Liverpool ditulis oleh seorang jejaka hensem bernama Nazali Noor merupakan seorang pensyarah kanan di John Moores University Liverpool.

Minggu lepas buku ini antara top 2 dalam senarai MPH dan kini sebanyak 200 naskah telah diulang cetak. Total semuanya mungkin menghampiri 1000 yang telah dijual.

Buku ini pasal apa?

Buku ini tentang kisah hidup seorang jejaka bernama Nazali Noor yang dilahirkan di Negeri Sembilan dan dibesarkan di Ulu Yam dan kini menetap di UK serta bekerja di sana. Banyak kisah semasa kecilnya, kisah hubungan dengan keluarga baik Mak, Abah, abang-abangnya.. tidak ketinggalan juga kisah cintanya.. dan turut memasukkan kisah keluarga 7 beranaknya sekali..

Paling menyentuh hati adalah kisah Mak dan bingka itu.. merupakan antara kisah abg naz dengan kuih bingka yang pasti dibeli setiap hari di bulan Ramadhan.. kisah ini pasti membuatkan sesiapa menangis.. dan banyak lagi kisah yang pasti buatkan anda tak cukup tisu menyapu airmata 

Apa yang best??

Siapa yang membaca buku ini pasti berkaca matanya kerana menahan sebak.. setiap bab yang diceritakan ada nilai dan tauladan yang kita boleh ambil sebagai panduan hidup. Abg Nazali ini bermula dengan menulis Blog.. dan banyak kisah-kisah yang dimasukkan dalam buku ini adalah kisah yang pernah dikongsikan dalam blog dan ditambah dengan kisah-kisah semasa tinggal di UK.

Buku ini memang best.. kisah hidup yang diceritakan itu cukup menarik dan meninggalkan kesan yang mendalam pada setiap pembacanya.. Membacanya membuatkan kita rasa dekat dengan penulis dan seolah-olah mengenali lebih rapat penulis ini..

Oleh itu aku promote sangat-sangat buku ini.. Bukan kerana aku kenal penulis ini :) tetapi sememangnya penulis ini cukup berbakat.. dan perkenalan kami juga bermula dengan Blog.. Ya di Blog aku kenal Abg Nazali.. ketika itu nama pena adalah 'Abah Najwa' dan di situlah kami cukup suka membaca kisah demi kisah yang dia tulis di situ.. Kini blog masing-masing pun dah sepi sunyi jek.. ;)

So apa lagi... Jika berminat.. Jangan ketinggalan untuk mendapatkan buku ini di MPH ye..


Berminat nak follow pasal UYDL ini.. 
Boleh follow di facebook UYDL

Dari hanya seorang penulis blog.. kini dah menjadi penulis buku..
Hebatkan jadi blogger nie ;)

23hb Nov 2013 pkl 8.00pg penulis ini akan bersiaran di radio suria fm utk mengulas ttg buku ini..
Hari yang sama pkl 2-4ptg pulak ada pelancaran buku di MPH Alamanda Putrajaya

p/s kalau abg nazali terjumpa blog nie mesti tertanya2 siapa aku agaknya ;)
 hint: sup tulang kambing

Tuesday 19 November 2013

Berisi VS kurus.. Botak VS Rambut Panjang..

Salam

Setiap orang ada jejaka dan wanita idaman.. Bagi yang masih bujang.. pasti ada ciri-ciri lelaki dan wanita yang kita suka.. biasanya artis2 menjadi trademark.. yelah namapun artis.. dan selalu keluar TV.. tentu itu antara yang sering dijadikan ukuran..

Bagi yang dah kawin pulak.. kalau ingat2 balik zaman bujang2 dulu pun.. pasti ada yang meletakkan certain pilihan dan ukuran yang perlu ada.. namun.. ada yang dapat seperti yang diidamkan.. tapi ramai juga yang sedikit atau mungkin langsung tersasar dari yang dicari.. (banyak kes macam nie)..

Wanita.. selalunya diukur dengan status.. Comel.. Cute.. Cantik.. lawa.. warna kulit.. tinggi/rendah.. sesedap mata memandang.. dan selalunya.. ukuran badan turut menjadi syarat..

Lelaki  pulak.. sering juga diukur dengan ketampanan.. hensem.. berkumis.. berjanggut.. bentuk badan (tough.. kurus.. macho..).. warna kulit and list goes on.. dan kadang termasuk juga faktor berambut dan tak berambut.. (panjang.. pendek.. botak)


Aku pun tidak ketinggalan punya ukuran dan pilihan fizikal seperti ini.. Biasalah manusia kan..

Ciri-ciri Lelaki yang aku suka.. (alhamdullilah pakwe in this category walaupun kenal since form 1 tak pernah ambik port pun ahaks)..
1-Sedikit berisi.. Macho or tough.. kalau kurus sangat.. kurang minat.. (pakwe penah kurus giler-masa di UK sebab buat 3 kerja 1 masa.. memang tak best.. siap merayu suh dia naik berat badan.. kalau dah kawin kalau suami kurus kering.. ini sering disalah erti oleh orang.. kata isteri tak pandai masak.. dan pernah gak mak sedara pakwe tanya pesal dia kurus -ini masa aku balik mesia kejap dulu.. siap tanya aku tak masak ke?? aduss tensen..)
2- Botak adalah dilarang sama sekali.. entah pada aku kurang hensem.. n rasa semacam ahaks.. hahaha... dan berambut panjang amatlah no-no pada aku.. Rimas kalau jumpa lelaki cenggini.. rasa nak ambik gunting potong jek rambut tuh.. Kalau masih muda remaja oklah.. aku faham.. tapi kalau umur dah masuk 40an.. udah ada anak berderet.. masih juga nak berambut panjang.. kurang sesuailah kan.. (pernah jumpa org macam nie.. isteri dan anak bergaya.. tgk ayahnya.. terkejut.. sebab berambut panjang dan pakai seluar jeans koyak sana sini-fesyen)
3-Kulit jenis sawo matang.. agak kurang gemar yang cerah.. tak tahulah nape.. lelaki yang cerah sort of give me a creepy feeling ahaks.. sorry for guys yang jenis berkulit cerah.. (maybe I so used to this kind of guys because my uncles on my mum side semuanya jenis cerah macam cina.. since my nenek is a chinese)
4-Kemas dan bersih..Not selekeh.. ohhh tak tahan dengan orang yang selekeh.. (simple and clean takpe lagi.. ada org pakai smart tapi still nampak selekeh.. you got what I mean)

Ciri-ciri tambahan;)
5- Bulu mata lentik-bonus


Sila tengok senarai di atas... Kacak itu diukur dari segi penampilan.. dan bentuk badan.. kesian cikgu.. pensyarah.. diorang pun kacak juga... ;)

Itu ukuran fizikal.. tapi sebenarnya memilih pasangan, ukuran fizikal tidak mencukupi.. tapi soal agama juga penting.. selain berbudi bahasa.. sekufu atau tidak.. Boleh baca tentang isu sekufu di sini.

Soal agama.. budi bahasa itu aku tak nak ulas dalam entri ini.. sebab secara umumnya kita tahu itulah ukuran yang terbaik.. tapi hakikatnya sebagai manusia.. ukuran luaran itu sering menjadi syarat pertama.. sebelum syarat2 agama dan budi bahasa itu dijadikan ukuran..

Zaman aku pernah blind date dulu antara kriteria yang pernah dijadikan ukuran berdasarkan pengalaman sendiri dan kawan-kawan adalah

1- Perempuan bertudung.. yang tidak bertudung pun ok.. tapi diharapkan dapat bertudung kemudiannya nanti..
2- Pandai masak (tipikal asian culture)
3- Saiz badan sedang-sedang.. not too skinny or too big..
4-  Cerah.. kalau putih melepak is a bonus.. tapi kalau gelap as long as hitam manis.. that still ok (aku pernah ada pengalaman nie.. pernah sorang nie 1st jumpa aku masa gathering geng2 mirc dulu.. terus nak mengorat.. alasannya.. aku antara yang jatuh kategori putih melepak)
5- Some prefer educated.. mature.. but not too outspoken..
6- Sopan santun dan manis.. lembut bercakap..
7- list goes on.. bla.. bla.. bla..

Tapi kan.. hakikatnya.. walaupun kita ada meletakkan ciri-ciri itu.. kadangkala.. yang kita pilih mungkin hanya 1/4 sahaja daripada senarai yang kita letakkan itu.. menghampiri pilihan kita.. selalunya.. Cinta itu Buta hahaha... Kadangkala.. fizikal ok.. memang lawa.. but bila kita timbang tara pulak dengan sikap dan agama.. sometimes kita terpaksa tolak tepi ciri fizikal..

Ibarat macam kita nak beli bajulah... Bila kita nak beli baju.. selalunya.. kita akan pilih berdasarkan pilihan mata.. nampak cantik sekali pandang.. bila kita nak buat keputusan sama ada nak beli.. barulah kita tengok harga.. tengok jenis kain.. tengok jahitan.. tengok saiz.. dan etcs... Selalunya jarang orang beli terus tanpa membelek barang terlebih dahulu.. hatta beli online sekali pun.. visual adalah perkara yang penting.. kadang kita akan study review org terlebih dahulu then baru kita decide beli.. atau kita dah survey dulu brg itu secara fizikal kat kedai.. then balik kita baru order online since it's more cheaper.. (aku biasa buat macam nie.. masa aktif beli brg online kat amazon UK dulu)

Begitulah juga kita memilih pasangan kita.. saling compliment each other.. pernah juga kita jumpa.. kadang suaminya hensem.. tapi isterinya.. biasa-biasa sahaja.. adakalanya.. suami kurus.. but isterinya berisi.. pernah juga jumpa dua-dua lawa dan hensem.. bahgia hingga akhir hayat.. dan tak kurang juga bercerai berai (artis byk masuk dalam kategori ini)

Oleh itu pada yang masih belum ada jodoh.. jangan jadikan sebab fizikal sebagai alasan.. nak kata kurus dan lawa tuh senang dapat jodoh? tak juga.. ada kawan aku yang jatuh dalam kategori ini.. tapi sampai sekarang pun belum ada jodohnya... dan tak semua.. yang gemuk berisi.. tak ada jodoh.. sorang kawan aku.. badannya memang berisi.. kawin juga dan anak pun dah nak masuk 4..

Tapi aku faham.. orang-orang tua.. ramai suka buat persepsi sendiri.. nak2 pulak kalau p kenduri kawin.. ada kenduri kendara.. bila yang masih bujang tuh tak kawin lagi.. maka panjang berjela lah nasihat diorang.. pernahlah juga terdengar dek telinga sendiri.. makcik2 sibuk suruh kuruskan badan.. bergaya letak gincu lebih.. semata-mata konon-kononnya.. lebih mudah dapat jodohnya.. sakit hati jugakan mendengarnya... tapi pada aku.. lebih baik ignore jelah.. itu persepsi orang tua dan orang kampung yang masih memandang dunia zaman ini.. seperti zaman mereka dedulu.. jodoh dan pertemuan bukan lagi ditentukan dengan gaya dan besar kecilnya saiz badan..

Trust me.. ada lelaki yang memang suka wanita berisi.. dan ada lelaki yang memang tak minat wanita kurus.. tapi tak kurang juga yang memang suka wanita sedang-sedang dan tidak terlalu kurus.. tapi kadangkala bila si lelaki pula meletakkan ukuran fizikal seperti itu.. mereka juga terlupa.. yang perempuan juga punya 'taste' mereka sendiri..

Pendapat aku.. kalau mula-mula kawan.. si dia dah sibuk suruh kita kuruskan badan.. kawal makan minum kita.. sibuk bising pasal saiz badan.. Nah.. if you ok dengan teguran dia dan tidak keterlaluan.. so why not go ahead and change.. tapi better if you wanna change your appearance.. do it because of health reason.. dan paling utama... lakukan sebab Allah s.w.t. meaning.. kalau nak kurus.. pastikan niat itu kerana untuk memudahkan kita beribadat pada Allah.. senang nak solat.. tak sakit kaki.. turun naik pergerakan badan lebih mudah.. Aku sering mengukur turun naik badan aku.. terutamanya perut hahaha.. bila waktu solat.. if aku dah mula rasa berat nak rukuk.. nak duduk antara 2 sujud.. nak sujud.. then I know it's time to lose the weight.. setidak2nya kita dapat pahala untuk niat yang baik itukan.. Bila badan cergas untuk bersolat.. kita akan rasa lebih mudah untuk melakukan solat.. dan turunkan berat badan atas sebab mudah nak beribadat aku rasa the best reason utk kurus ;)

Dulu aku memang kurus.. zaman anak dara... zaman universiti.. tapi kini.. saiz badan dah mula meningkat.. balik dari UK.. berat badan terus naik secara mendadak sebanyak hampir 10kg.. bukan aku sorang tapi majoriti kawan-kawan aku pun begitu.. still juga berusaha untuk kurus walaupun macam tipis jek harapannya hahhaa... takpelah.. metalbolisma badan dah tak sekuat dulu.. aku memang tak percaya sangat dengan exercise sebab aku tahu berat aku memang boleh turun kalau aku exercise(aku kan bekas atlet UKM dulu).. tapi aku dah stop buat semua tuh.. exercise aku cukuplah sekadar memasak kat dapur.. sidai baju.. kemas rumah.. mop lantai.. basuh bilik air.. that's it.. kalau kat UK.. hari2 jalan kaki berbatu2..

So just be happy with yourself.. walaupun ada kalanya bila tengok diri sendiri kat cermin.. I wish.. I could be a little bit smaller.. and I learn to let it go and just be happy with myself..

p/s oh ya.. since aku suka ciri-ciri lelaki yang aku nyatakan di atas.. jangan mengada-ngada nak berkenalan pulak ye :) I'm not interested!!!

I love him forever..
Arwah Ayah tercinta..
Everytime I look at this photo on my mobile..
It 100% resembled my brother..
Pernah sekali.. dia lalu tepi aku..
Dengan fizikal badan yang lebih kurang..
I almost mistaken him as my lated father..
Sebab itu kadang kala aku susah nak pandang muka adik aku tuh..
He look like him a lot in many ways..

Friday 15 November 2013

Jika gagal sekali itu bukan penamatnya.. hidup ini lebih banyak lagi peperiksaan (Edisi UPSR)

Salam

Semalam keputusan UPSR.. aku baru balik dari urusan rasmi selama hampir seminggu selepas balik dari Vietnam.. dan sepatutnya tengahari semalam kami gerak.. Aku decide balik malam khamis tuh juga sebab 2 orang kawan baik aku.. anak masing2 nak ambik result UPSR pagi Khamis.. so sampai rumah pun dekat pkl 11.30mlm.. Aku no hal drive mlm sebab dah biasa gerak dari kg lepas maghrib selalunya..

Semalam Kawan aku M anaknya dapat 5A dan Kawan aku R pulak 1A3B1C.. kedua-duanya punya excitement dan sadness yang berbeza.. of course yang dapat 5A teruja dan happy giler.. and yang dapat 1A.. menangis pun dah takde guna.. yang ketara Kawan aku M memang jenis ada high expectation.. since anaknya memang agak cemerlang kat sekolah.. dan anak kawan aku R pulak.. dia memang tak letak apa-apa expectation sebab dia tahu tahap kemalasan (ahaks) anak dia juga macamana.. Kawan aku nie aku respek juga.. dia lebih redha.. walaupun kalau ikutkan dia lebih bijak sebab dia major matematik..

Selain itu aku juga ada baca satu status blog/FB nie.. seorang kenalan yang pernah aku kenali masa berblog dulu.. turut menyatakan rasa tak puas hati sebab anak dia dapat 4A1B kerana dia rasa anak dia patut dapat 5A.. Manakala kat sekolah kawan M aku.. ada seorang budak yang antara top10 utk dapat 5A.. bila dapat result dia hanya dapat 4A1B.. apa lagi dia meraung sebab kecewa..

Apa sebenarnya yang aku nak ulas?? Isu kejayaan yang diukur dengan gred atau markah.. dan isu harapan dan expectation yang tinggi..

Dulu zaman aku sekolah.. selalu juga dengar budak bunuh diri lepas ambil result SPM.. kini..seawal umur 12tahun.. sudah ada budak bunuh diri sebab ambik exam UPSR.. Inilah akibatnya apabila kecemerlangan dan kejayaan diukur dengan gred dan nilai A

Tidak dapat dinafikan.. kalau kita tanya sesiapa pun.. mesti nak dapat gred A dalam apa juga yang kita buat sama ada ambik exam.. buat keja.. buat assignment dan so on.. Sapa tak nak dapat benda yang bagus.. yang best.. yang cemerlang.. namun adakalanya kita kena nilai hasil kerja kita itu sama ada ianya layak dapat seperti itu.. Apapun ada je manusia yang buat lebih kurang.. dan lebih dahsyat p tiru hasil kerja orang dan terus dapat A.. jalan mudah..

Mulai tahun depan UPSR dah takde.. maka maybe keputusan UPSR kali ini memang agak havoc kerana dikira peperiksaan terakhir di tahun 6.. Hingga ada sorang ayah nie.. siap belikan mini copper utk anak dia sebab dapat 5A.. dahsyat kan.. Aku dulu.. start result SRP dan SPM.. semua p sekolah sorang2.. lepas tuh call mak bagi tahu result.. takde pun sapa-sapa teman aku p sekolah haha..

 Aku tak merasa ambik UPSR sebab aku ambil penilaian darjah 5.. seperti mana orang lain.. zaman sekolah aku dulu.. aku antara top 3 student yang diharapkan untuk dapat 5A.. tapi bila keputusan keluar aku hanya sekdar dapat 4A 1B.. dan ada seorang lagi kawan aku.. yang selama ini bukan dalam golongan top 3.. dapat skor 4A 1B.. maka kecoh jugalah 1 sekolah sebab dia yang unexpected dalam top 3.. antara yang cemerlang kat sekolah bila result keluar..

So bila penghujung darjah 6.. aku dan kawan aku mula dapat tawaran.. aku pernah dapat tawaran ke sekolah menengah berasrama tapi jauh di sarawak.. so awal-awal lagi mak aku dah reject.. tapi entah macamana.. masa hari penyampaian hadiah sekolah massa aku darjah 6.. mak kawan aku itu boraklah dengan mak aku.. dia bagitahu yang anak dia dapat sekolah asrama yayasan selangor.. dan bila tanya status aku.. memang aku tak dapat mana-mana offer pun.. hatta ke sekolah asrama mahupun mrsm.. means.. aku takde jodoh ke sekolah asrama penuh pun..

Disebabkan kerana aku tak dapat mana-mana offer.. maka mak kawan aku tuh sedikit berbangga dengan status anak dia yang dapat offer tuh.. yelah kan.. tapi mak aku sedikit terasa hati gaklah.. tapi mak aku cool jek.. (tapi aku rasa leh selami hati mak aku sedikit frust masa tuh).. so bila masuk form 1.. ayah aku specifically hantar aku bersekolah di Bandar Klang.. masa tuh sekolah tuh memang ada asrama harian.. yang bestnya.. kawan aku yang dapat asrama yayasan selangor tuh.. sekolah yang aku belajar di Klang itu adalah antara sekolah yang dihantar oleh asrama yayasan selangor sekitar Klang.. tapi kawan aku tuh tak bersekolah di sekolah aku.. tapi bersekolah di sekolah jiran... see what I mean.. walaupun aku tak dapat asrama penuh sekali pun.. aku masih bersekolah di sekolah antara yang terbaik di Bandar Klang masa tuh.. dan sayangnya.. bila result SRP keluar.. dia dapat gred lebih dari 15(tak silap aku).. maka dia kena buang dari asrama yayasan selangor.. last2 dia masuk sekolah biasa.. lepas SPM dia apply masuk maktab dan jadi cikgu sekolah rendah sekarang nie... Hinggalah sekarang nie.. kalau mak aku terjumpa mak dia kat kampung.. pasti kisah masa kitaorg dapat result 4A1B itu disebut2 oleh mak kawan aku.. seolah-olah dia macam menyesal kot nasib anak dia tak sebaik aku.. atau belajar tak setinggi aku.. hingga kawan aku tuh nak jumpa aku pun segan.. (for me.. aku takde rasa macamtu sebab kena fahamlah soal rezeki dan kejayaan org tuh tak sama)

Dulu aku tak tahu kenapa arwah ayah aku hantar aku bersekolah kat sekolah tuh.. but later bila aku stay almost 5 year kat sekolah tambah sempat study form 6 sains selama 3 bulan.. aku tahu juga.. memang sekolah itu antara yang terbaik sekitar klang.. banyak anak didik dari sekolah tuh.. dapat ke matrik.. mrsm.. asrama penuh baik lepas SRP mahupun SPM.. tambah lagi.. arwah ayah aku.. dulu buat form 6 kat sekolah tuh.. ketika itu.. di Klang.. hanya sekolah itu sahaja yang menawarkan Form 6 dalam medium bahasa melayu ketika zaman lepas merdeka.. Ini aku akui sebab bila aku menyelia pelajar praktikal.. aku terjumpa kakak super senior yang pernah bersekolah sama dengan aku.. dan aku dapat lebih banyak cerita tentang sejarah sekolah tuh.. (aku pernah beritahu kan.. pakwe aku pun bersekolah sama dengan aku)

Bila ambik SRP pulak.. nasib aku memang macam takde jodoh lagi ke mrsm dan asrama penuh nie.. ketika aku ambik SRP.. yang dapat result Agregat 11 seluruh sekolah hanyalah 4 orang sahaja.. yang bestnya.. 2 p MRSM sorang p asrama penuh.. dan baki sorang lagi iaitu aku.. tak dapat kemana-mana pun.. hatta apply ke sekolah teknik pun tak dapat.. walhal kawan baik aku yang result 18 20 agregat siap dapat offer.. Masa nie memang sedih giler jugalah sebab apa.. bila geng2 yang 3 org tuh balik bercuti dari mrsm atau sekolah asrama penuh.. soalan diorang 'aihh.. ko tak dapat kemana-mana ke?' macam bagus jek punya soalan kan.. terasa memang terasa lah.. sebab itu masa aku form 4.. result aku jatuh teruk.. sampai cikgu kaunseling aku (Tuan Hj Hushim-motivator yg selalu keluar TV tuh) panggil aku personally ke bilik kaunseling dan membebel pasal result exam akhir tahun aku.. ayat dia yang aku takkan lupa 'kalau macamnie result awak.. nak ke ITM pun tak dapat tau'.. sedih juga kena sound.. tambah pulak arwah ayah aku tuh.. kawan baik dia.. lagik aku tensen..

Boleh bayangkan tak pelajar antara the best kat sekolah.. tapi tak dapat offer kemana-mana.. baik sekolah asrama.. mrsm mahupun sekolah teknik... Memang rasa depress.. tapi sebab aku ada sorang kawan baik yang dapat 10agregat.. dia lah yang pujuk aku sebab dia memang takde plan nak ke sekolah asrama atau mrsm.. so kami jadi kawan baik dan maintain masuk kelas sains 1..

Bila aku masuk form 5.. sikap yang main2 dulu kali nie dah mula serius sebab tahun penting peperiksaan.. dan aku rasa aku syukur tidak bersekolah di sekolah asrama ataupun mrsm sebab aku diberi peluang untuk belajar bersaing dengan pelajar bukan melayu selama 2 tahun.. jumlah pelajar kelas aku 32 semuanya.. tapi berbangsa melayu hanyalah 10 orang.. baki 22 majoritinya adalah cina dan hanya 2 3 orang sahaja india..

Pengalaman inilah yang cukup mahal pada aku dan takkan aku tukar ganti dengan pengalaman di sekolah asrama penuh atau mrsm yang majoriti melayu.. sebab itu bila aku dapat sambung master dan phd di UK.. pada aku untuk mix dengan bangsa asing bukan masalah untuk aku sebab.. pengalaman 2 tahun di sekolah menengah banyak mengajar aku bagaimana nak bersaing dengan mereka ini..

Kenapa aku cakap ianya pengalaman mahal? sebabnya.. pelajar bangsa cina dan india dalam kelas aku tuh semuanya bijak2 belaka.. setakat dapat 98% 99% untuk subjek math.. bio.. kimia fizik..kacang jek.. kami yang sedang2 nie semput nak kejar mereka.. lepas tuh.. aku juga sempat belajar bagaimana mereka cukup kedekut ilmu.. tanya soalan math.. diorg boleh cakap.. 'U buat sendirilah'... tapi bila subjek BM.. nak tahu apa jadikk... bila bab kena buat ayat... rata-rata kawan cina aku.. semua pakat hantar kertas minta tolong aku buatkan ayat BM utk diorang.. see what I mean?? Diorg ye ilmu kedekut nak bagi.. tapi bila nampak kita ada kepentingan lain.. tanpa segan silu dan malu.. selamba badak jek minta tolong.. (selalu kalau aku dah tolong buatkan ayat.. ini selalu jadi modal untuk aku minta tolong diorg balik utk bg penyelesaian math atau subjek sains).. antara sebab aku agak famous dalam kelas pun sebab aku outspoken sikit bila masuk subjek BM.. itu yang budak2 cina selalu minta tolong..

Lagi satu disebabkan kesemua cikgu yang mengajar kami masa form 4 & 5 adalah cikgu melayu.. dari subjek sains.. math hinggalah BI.. maka kami yang 10 org budak melayu nie memang selalu jadi perhatian cikgu.. ditambah dengan cikgu kaunseling cikgu Hushim (motivator) tuh.. aku rasa kami dapat go thru all the way sebab mereka.. aku pulak rasa berterima kasih kat cikgu Hushim sebab dia punya perhatian yang super extra kat aku.. meaning.. almost every week.. atau every month mesti aku dipanggil untuk sesi kaunseling akademik tentang prestasi akademik.. plus.. aku ada kawan-kawan melayu satu kelas yang bersatu padu dan supporting each other..

Inilah pengalaman mahal pada aku.. tak bermakna kalau tidak ke sekolah asrama penuh ataupun mrsm.. ko akan gagal.. Aku dah buktikan semua tuh.. hinggakan bila result SPM keluar.. kawan aku yang di MRSM dan asrama penuh pun terkejut dengan result kami 10 orang yang lebih baik dari geng2 ini... walhal kami sekolah biasa jek.. tapi kerana persaingan sengit dengan pelajar cina dan india.. kami belajar survival yang tinggi.. kami belajar bagaimana nak korek rahsia ilmu dari pelajar cina.. diorg siap ada private tutor kat rumah.. kami? pelajar melayu?? kami ada private study group kat sekolah... yup.. kerana merasakan semangat persaingan yang tinggi dengan pelajar cina.. kami decide buat study group sendiri lepas sekolah.. kami sentiasa share apa yang tahu dan tak tahu.. this I think aku takkan dapat kalau aku pergi sekolah mrsm atau asrama penuh yang fully di spoon feed oleh cikgu2 mereka.. Cikgu2 asrama penuh ramai yang merupakan pemeriksa kertas spm.. so dengan mudah mereka boleh dapat soalan spot.. kami yang di sekolah harian?? kami survive tanpa semua itu.. yang ada hanyalah usaha dan sokongan sendiri..

Apa sebenarnya aku nak cakap??

Mudah.. sekali pun UPSR nie tak dapat straight A.. adik2 tak perlu risau.. perjalanan hidup masing panjang ye dik.. peperiksaan dalam hidup ini berterusan.. kalau bijak dan pandai sekali pun.. tapi sekadar menghafal.. dan mengingat dan tidak diapply dalam hidup tak berguna juga.. Rezeki.. Jodoh.. itu semua ketentuan Allah.. tapi kita wajib berusaha..

Siapa yang tak dapat 5A.. terimalah.. InsyAllah belum terlambat nak berusaha lagi.. masih ada SPM dan bila masuk Uni.. masih ada exam utk level diploma dan degree untuk setiap semester... bila masuk universiti.. tiap tahun ada exam hahaha.. masa nie takde lagi konsep spoon feed... belajar lah sendiri.. pepandailah sendiri nak uruskan masa.. pepandailah bila masa nak exam.. soalan spot??? biasanya takde hahaha.. student aku sendiri pun jarang dapat spot soalan yang aku akan klurkan sebab?? aku akan buat soalan berdasarkan apa yang aku rasa student aku tak boleh jawab bila time aku soal dalam kelas..

So.. percayalah.. gagal sekali bukan penamatnya dalam hidup.. Cuma aku nak ingatkan satu jek zaman belajar nie..

Jika zaman sekolah/belajar kita bersusah payah untuk belajar.. InsyAllah peluang utk kita senang lenang sikit di alam pekerjaan itu ada..

tapi

Jika zaman sekolah/belajar kita bersenang lenang.. malas untuk belajar.. Maka.. kita perlu pulak bersusah payah untuk alam pekerjaan..

Faham maksud aku??
Bila belajar dapat gred yang baik (tidak semestinya cemerlang) InsyAllah bila nak kerja.. lebih mudah untuk dapat pekerjaan yang setara kerana kita mempunyai kelulusan yang baik..

Tapi kalau zaman belajar kita belajar lebih kurang.. malas.. dapat gred teruk.. agak2 kerja apa yang kita boleh buat (kalau berniaga sendiri.. itu kelebihan) tapi kalau nak minta kerja..dengan gred yang teruk.. kerja yang kita dapat pun ala-ala basic jelah..

You got what I mean.. so nak yang mana??

Bersusah-sesusah dahulu .. bersenang-senang kemudian??

atau

Bersenang-senang dahulu.. bersusah-susah kemudian??

p/s Yang penting kita usaha.. setiap benda yang kita usahakan pasti ada hasilnya.. Selepas kita berusaha.. barulah kita bertawakal.. berserah pada Allah sebab kita dah usaha yang terbaik.. keputusannya?? kita kena terimalah.. baik atau buruk kan..(pasti ada sebab mengapa Allah takdirkan sebegitu perjalanannya) -peringatan utk diri sendiri juga nie kan ;)


Among Motivation Notes that I manage to camera capture during my work as a cleaner..
Siapa Jennifer Russell?
She's one of the staff that work at the office where I was working

Friday 8 November 2013

Ho Chi Minh Vietnam di mataku

Salam

Alhamdullilah selamat sampai kembali ke Malaysia dan dah mula kerja 3 hari pun.. Hari ini baru berkesempatan upload gambar dari kamera ke nb sendiri.. Perjalanan 4 hari 3 malam memang menarik.. cuma masa agak suntuk sebab masa yang benar2 aku spend di sana adalah 2 hari sahaja.. hari pertama flight sampai pun dah nak pkl 8malam.. so1st day burn camtu jek.. 2nd and 3rd day pulak sibuk ke mekong river dan chu chi tunnel.. nothing much interesting there.. cukuplah dah pernah sampai.. kalau nak p sana balik rasa macam tak perlu dah..

So apa pendapat aku tentang Ho Chi Minh City?

1- Motosikal...
Yes.. dimana-mana pun anda pergi.. kenderaan utama di sana adalah motosikal.. jenama Honda, Yamaha dan Nissan antara jenama yang terkenal... harga bermula dari 2000USD hingga puluhan ribu kerana ada sesetengah motornya diimport dari German dan Italy





2- Traffic.. pejalan kaki bukan keutamaan
Disebabkan motosikal merupakan kenderaan utama.. walaupun disediakan lorong pejalan kaki dan zebra crossing.. itu semua takde beza.. hatta kaki lima pun mereka bantai bawak motor juga.. Lorong lintas jalan.. aku rasa lebih sebagai hiasan jalan hahaha... walaupun korang melintas.. motor akan menyelit2 depan dan belakang korang janji diorang boleh lepas.. Namun walaupun camtu.. mereka bawa motor relaks.. takdelah macam mat rempit kat KL nie.. bawak motor macam tak ingat dunia.. walaupun mencabar.. but bila melintas tuh kenalah pandang kiri kanan.. pastinya bunyi hon motor akan kedengaran bertalu2 sepanjang korang melintas tuh..



3-Architecture bangunan semua kurus-kurus dan tinggi..
Rumah dan bangunan kedai... mempunyai ciri-ciri senibina yang terhad.. meaning.. kalau kat mesia.. bangunan rumah atau kedai tuh siap ada beranda.. balkoni... siap ada sudut tepi kiri kanan.. rumah dan kedai kat sana bangunannya semua straight forward.. maksud aku.. blok kedai tuh kalau 2 3 tingkat straight ke atas.. takde korner-korner untuk bilik atau keluk2 macam yang biasa kita tengok.. kedai pulak 1 bangunan tapi bila masuk kedai tuh.. ada tingkat 2 dan 3..contoh kedai makan yang kami masuk.. memandangkan kami datang 41orang.. ruang makan untuk kami adalah tingkat 3... uihhhh jenuh naik tangga.. kena geng makcik2 yang sakit kaki.. kesian tengok bila kena panjat tangga.. namun rumah rakyatnya kalau diluar bandar amat sedih sekali.. contoh macam rumah makcik yang dayung sampan kami masa di mekong river,, rumah dia sekadar bangsal buruk jek.. makcik nie siap tunjuk kat aku rumah dia.. sebijik macam bangsal orang tunggu durian kat kebun..


4-Kopi susu
Memandangkan vietnam pernah dijajah oleh perancis.. maka.. minum kopi adalah minuman utama mereka.. ke mana-mana jek pergi pasti ada jual kopi.. baik kopi o.. atau kopi susu.. kopi di sini ditapis menggunakan 1 koleh penapis.. kebanyakan orang yang jual kopi di tepi jalan nie.. jual sekali penapisnya.. contoh kopi 500g yang aku beli dengan harga RM10.. dijual dengan penapis sekali.. Rasanya memang sedap.. tak perlu nak pergi starbuck.. kopi tepi jalan yang dijual dengan motor, basikal atau peniaga kaki lima sudah cukup enak dengan hanya berharga RM3 atau 1USD.. kalau masuk restoran atau kedai makan.. segelas kopi susu berharga RM7..atau 450000VND


5-Roti Baguette
Sesiapa yang biasa tinggal di UK atau europe pasti kenal roti ini.. roti keras yang panjang berwarna kuning.. kulit luarnya sedikit keras tetapi isinya lembut.. Roti ini anda boleh nampak dijual di merata kaki lima.. bila sudah dijajah oleh France maka roti baguette merupakan salah satu tinggalan makanan selain kopi.. aku mencuba juga roti ini di hotel.. memang enak.. sayangnya tidak dapat nak merasa makan roti baguette ini bersama inti tuna atau prawn mayo seperti mana kegemaran aku dulu di UK.. Roti Baguette antara fav aku yang kini agak sukar diperolehi di pekan kecil tempat aku tinggal.. tapi kalau ke tesco memang ada.. atau kalau ke subway pun ada.. belum nak mencuba lagi.. lagipun rasa macam tak berbaloi jek nak beli kalau kat subway sebab agak mahal..

6-Matawang VND(Vietnam Dong), USD dan Ringgit Malaysia
Ketiga-tiga currency ini boleh digunakan di Vietnam.. rata-rata peniaga kat sana dah sedia makum tentang ringgit malaysia menyebabkan awal-awal lagi bila mereka menawarkan barangan.. pasti harga dalam RM yang akan disebut terlebih dahulu.. Namun adakalanya elok juga tanya dalam currency USD dan Vietnam Dong.. kalau ikutkan menggunakan USD ada sedikit kerugian sebab mereka convert lebih kurang.. pada aku jika guna VND adalah lebih murah sebenarnya.. so pandai-pandailah tawar dan membeli.. duit yang aku bawa pun sekadar RM1100, 100USD dan 300,000VND.. semuanya hampir habis dibelanjakan.. baki hanya RM50 dan 18,000VND

7-Kain cotton, sutera vietnam, baju kurung manik, jubah, telekung, T'shirt polo, beg (Deuter, Kipling, North Face)
Semua yang aku sebut di atas adalah benda yang kebanyakan orang malaysia beli... semua yang ada tuh.. semuanya aku beli.. hahaha.. bukan untuk aku tapi sebab kiriman orang dan beli utk keluarga dan pakwe tersayang.. kain cotton biasa RM20 sepasang, english cotton RM25 (beli 10 dapat 23), japanese cotton gred 1 RM45, Sutera vietnam RM45-50, Jubah & baju kurung manik RM48-50.. telekung lycra RM30-42, telekung bunga timbul 48-55, t shirt USD7, beg kipling beroda dan boleh ditarik USD12, beg pack deuter dari RM24-55 dan senarai harga goes on... pendek kata.. memang murahlah.. yang penting kena pandai tawar.. aku dapat beg purse berzip kipling dari 1 rm10.. aku dapat 2 untuk RM10 hahaha...

8-Makanan halal
Di sini harga makanan halal agak mahal.. sepinggan nasi goreng boleh sampai RM15.. kalau makan 5-6 orang bila bayar boleh sampai RM100... memang agak mahal so pandai-pandailah.. makanlah ala kadar.. tak perlu nak bermewah sangat.. nak makan sedap2 tunggu balik KL jelah.. Aku bile berjalan bab makan nie kadang lebih suka sekadar cukup ala-kadar.. dulu pusing italy dan switzerland seminggu pun 90% masak sendiri dan buat nasi goreng siap ada telur dadar dan kari ikan.. kalau nak makan sedap.. baiklah ke Thailand atau pun ke Indon.. lagi puas hati ;)

9-Sikap orang vietnam
Rata-rata orangnya kurang mesra pelancong.. ada yang baik..ada yang kasar.. pengalaman aku.. Masa aku dan kawan aku membeli kat pasar malam.. aku terdengar kedai sebelah tuh.. maki hamun sepasang suami isteri nie.. terkejut juga.. sebab sampai tahap menjerit2.. Alhamdullilah.. masa aku kat sana.. takdelah jumpa pulak yang kasar.. So far 2 3 peniaga yang aku jumpa.. siap aku pulak yang merayu2 pulak dengan harga yang aku nak.. contoh beg duit kipling tuh.. 1 rm10.. tapi sebab aku bodek sakan hahaha.. dapatlah 2 RM10 hahaha.. yang aku bodek tuh adik2 jek.. yang best masa tunggu kat masjid.. ada sorang adik nie jual purse bercorak vietnam.. 6 purse rm20.. walhal aku dah beli kat mekong 6 RM15... puas juga dia merayu.. tapi sebab aku nak beli rm10 dia tak nak hahaha... sampai dia cubit2 pipi aku.. sesuka hati dia jek.. hahaha.. nak jadi cerita.. bila pergi makan kat satu kedai halal nie.. jumpa balik pulak adik tuh.. siap rayu-rayu lagi.. siap gelaran 'kakak sayang' lagi  hahaha.. kenapa aku teringat dia?? sebab muka dia sebijik muka anak buah aku ahaks... hampir kesian juga nak beli.. tapi sebab dah beli tuh yang jadi keras hati tak beli... so kesimpulannya.. ada peniaga yang baik dan lembut dan ada juga peniaga yang kasar.. banyak kes yang aku dengar.. hati-hati bile tanya harga.. kalau kita tanya harga.. dia taknak jawab.. sibuk tanya saiz.. pastu tanya harga lagik macam mengelak2.. baik blah.. sebab itu antara tandanya diorg nak kenakan korang..

10-Buah-buahan
Kat sini syurga buah-buahan.. semuanya boleh dikatakan bersaiz agak besar macam jambu air, ciku, asam jawa dan macam-macam lagi.. harga pun not bad.. ada 1 buah yang dikenali sebagai Milk Fruit yang dijual dengan harga sekilo rm30.. aku beli 2 biji dalam rm11.. rasanya?? entah sebab masih kat kawan aku hahaha.. petang nie lepas balik kerja baru nak pergi ambik ahaks.. apa pun makan buah kat sini memang puas.. macam-macam buah ada jadi pilihan :)


Rasanya itulah apa yang sempat aku lihat semasa di sana... Kadangkala kali pertama ke sesuatu tempat kita tak dapat nak selami sepenuhnya apa yang ada.. mungkin sahaja ada lagi yang tersembunyi.. Namun InsyAllah jika ada kesempatan lagi.. mungkin aku akan ke sana lagi..

Thursday 31 October 2013

I'm flying again this deepavali..

Salam

Tinggal sehari lagi sebelum terbang lagi this weekend.. Trip kali ini ikut tour persatuan wanita.. 1st ever ikut trip persatuan tempat kerja sendiri.. hahaha.. lagipun sebab teringin juga nak pergi sebab utk wanita.. negara nie heaven utk p shopping ahaks..

Oh ya pakwe tak ikut kali nie.. maybe sebab dia dengar geng persatuan wanita.. so ajaklah kawan sorang nie.. kira my senior lah oklah.. InsyAllah.. off this saturday and coming back this tuesday.. rabu keje balik :(

Then till we meet again.. I see you when I see you

My paper based version of currency convertor..
Masih belum decide apa nak shopping kat sana..

Monday 28 October 2013

Bila jadi isteri perlu ke pandai masak?

Salam

Tadi masa search google resepi terjumpa pulak 1 entri pasal perempuan dan masak. Kalau nak kira zaman dedulu.. anak perempuan kerja wajib ye adalah ke dapur.. paling koman pun kena tahu masak nasi hahaha.. kalau tak pandai masak aihhh membebel lah mak kat dapur..

Budak zaman sekarang.. dengan banyaknya kedai makan.. fast food.. gerai.. pasar malam.. si isteri dan perempuan sentiasa ada peluang untuk beli je di kedai.. tapi adakalanya.. bila dah selalu beli makan kat kedai jek.. masuk masa bertahun.. si suami pasti bosan.. tapi kalau suami steady dan banyak duit.. ambik jek orang gaji yang masak.. (karang bila orang gaji masak sedap.. suami asyik puji.. bini pulak cemburu- kes ini pernah kena pada pangkat mak sedara pakwe)

Arwah ayah aku very tipikal malay man.. meaning.. pada pandangan mata dia... mana-mana anak perempuan dalam keluarga.. hukum kena pergi dapur tuh dah jadi wajib.. jangan berangan nak duk lepak-lepak goyang kaki tengok tv.. Disebabkan aku anak sulung dan perempuan pulak tuh (of course ler kan) maka seawal umur sekolah rendah sudah dipaksa belajar masak nasi dengan mak.. dan bila masuk sekolah menengah.. tak silap masa aku form 3.. aku telah diarahkan oleh mak untuk masak kari.. dan since then.. aku lah yang memasak kat dapur.. sampai ler sekarang nie.. hatta kalau aku balik kg.. maka mak aku pasti takkan lepaskan peluang dera aku masak (hahaha..)

Soal pandai masak atau tidak nie subjektif... ada kelebihan sebenarnya kalau kita pandai masak.. hatta untuk makan sendiri sekali pun.. Pada aku paling utama alasannya sebab Halal.. murah.. menjimatkan..bersih.. terjamin sumbernya.. dan boleh disediakan dalam portion yang banyak.. Kalau beli.. Harga adakalanya mahal.. status halal ada sesetengah tidak terjamin.. kebersihan pun kdg kita tak tahu (tgk kedai mcm ok.. cer masuk dapur??).. dan selalunya portion sikit.. kalau korang jenis suka makan berulang.. membeli ini sedikit rugi.. biasa kedai akan buat portion untuk seorang.. kalau beli banyak2 pulak tak tahan lama sebab lauk-pauk tuh tah bila masa dia masak..

Pada aku.. aku lebih suka masak sendiri terutama jika ianya makanan kegemaran.. melainkan ia adalah hari bosan dan malas masak.. atau hari mau happy2 makan luar.. maka aku akan pergi atau pilih kedai yang memang rasa berbaloi spend duit utk itu.. yelah kita makan bayarkan.. kalau order air tembikai segelas rm6 pastu.. lebih banyak air dari tembikainya (cair dan tawar) rasa berbaloi tak?? baik beli sebijik tembikai pastu blend sendiri lagik puas hati..

Ok persoalannya sekarang nie.. perlu ke seorang isteri tahu masak?? Pada aku perlu sebab memasak itu memberi peluang kepada isteri untuk membuatkan suami lebih menghargai masakan isteri daripada masakan orang lain.. atau masakan yang dibeli di kedai.. Meaning.. walaupun si suami jenis suka makan kat luar.. tapi adakalanya si suami pasti rindukan masakan air tangan si isteri.. paling tidak pun.. kalau isteri masak.. atleast setengah daripada lauk tuh bila suami makan tinggal setengah.. ahaks.. (setuju tak??)

So inilah satu cara daripadanya untuk mengoda suami hahahha... sebab itu ramai lelaki selepas kawin perutnya naik.. selera makan masakan isteri.. Selain daripada itu.. kalau kita jenis suka jemput kawan datang rumah makan-makan.. kepandaian skill si isteri memasak juga sedikit sebanyak untuk menyumbang kepada menjaga airmuka suami.. yelah.. bila org puji masakan isterinya.. suami yang dapat pujian melambung-lambung biasanya kan... (ini bukanlah maknanya.. sengaja nak tunjuk bini pandai masak pulak.. menunjuk dengan orang.. salah tuh)

Dulu masa aku di UK.. agenda lepak melepak kat rumah ke kawan adalah benda wajib untuk kawan-kawan rapat aku.. sebenarnya secara tak langsung.. masyarakat kat sana akan menilai perempuan daripada skill memasak yang ada.. Ada juga kadang-kadang keluarga yang baru sampai.. segan nak ajak orang dtg rumah sebab tak pandai masak.. tapi sebab selalu dah buat makan-makan.. dari tak tahu terus jadi terer..

Skill memasak aku pun banyak improve sebab aku tinggal di luar negara 6 tahun.. memang takde pilihan lainlah kalau nak makan masakan malaysia.. melainkan masak sendiri.. ditambah pulak pakwe aku jenis yang cerewet makan.. tahun pertama kawin dulu.. selalu gak tak sependapat dengan citarasa masakan aku yang dia selalu compare dengan mak mertua aku huhuhu.. tensen.. tapi lepas tuh ok dah..

Did I tell you I been test for the whole week to cook something that my hubby has decided?? Yeah ini kes masa baru awal2 nak rapat.. antara banyak2 benda yang dia nak test aku.. dia p test bab masak.. Seminggu aku kena masak benda-benda yang dia nak.. dari nasi goreng.. mee goreng.. roti sardin.. sampailah nasi minyak.. bab masak nasi minyak nie aku kantoi sebab tak tahu resepi.. jalan penyelesaiannya?? Aku call mak aku kat kampung.. lepas tuh kena bebel biasalah mak kan.. yang best.. mak aku siap tahu sapa yang suruh aku masak hahahaha.. sampai dia sebut.. 'ahhh si Z suruh ko masak lah nie.. kan mak dah kata bla.. bla' uihhh aku kalau nak ingat balik bebelan mak aku pasal kena tahu masak nie.. aku rasa setahun pun belum abis cerita hahaha... Endingnya aku lulus cemerlang dan tak gagal hahaha.. lepas tuh aku dan dia makan kat gerai jek hahaha.. aku dah malas nak masak.. Apa kes.. p dating bawak bekal (aku buat tau seminggu benda tuh.. siap bawak bekal naik komuter dari Kajang p Klang hahaha,, pastu makan kat tepi bukit dekat istana lama klang tuh ahakss..)

Bagi yang rasa tak tahu masak.. jangan risau.. ada banyak peluang untuk belajar masak.. kalau tak reti masak senang jek.. masuk youtube dan tengok cara chef masak.. ikut langkah demi langkah.. yang penting basic masak tuh kenalah tahu.. periuk kuali mana nak guna untuk apa... macamana nak rasa garam gula.. macamana nak potong bahan2 (inipun boleh tengok youtube.. melambak mat salleh tunjukkan cara potong bawang..)

Zaman sekarang nie nak memasak dah mudah.. program kat tv banyak tentang cara memasak.. mana yang boleh kita buat.. kita buat.. kalau tak sesuai.. kita improvise.. kita tukar ikut selera kita.. takde sapa nak marah.. orang marah kalau tak boleh makan atau hangus litak jek..

Oh ya baru-baru ni aku ada order sebuah buku masakan daripada MPH online (kes dari entri buku si t.a.t.a) maka terorder ler pulak 4 buah buku harga kurang dari RM60 (semua buku BM.. pecah rekod.. sebab selalu beli buku BI jek). Sebenarnya tertarik dengan buku ini sebab beberapa hari lepas terdengar dari 1 rancangan radio channel english.. author buku nie buat promosi buku resepi nie kat radio.. harga amatlah murah hanya RM10 sahaja.. kalau beli online ada diskaun dan hanya RM8.. Beli kat MPHOnline


Why this book is a must have?

The idea to publish OMG Can Cook recipe book was result of an inter-company cooking event in late 2012 that engaged the employees of OMD and PHD (the two award winning agencies under the OMG umbrella). With the generous involvement of several industry partners to organise, design, write, publish and launch it, this cookbook is slated to make a difference to the not so fortunate. 

All profits from this recipe book will be distributed to several food-related causes in Malaysia this year, with the first round of donations, estimated to be around RM20,000, coming later this summer.
Source from here

Resepi buku ini mudah sangat.. ada 24 resepi semuanya.. dari starter.. main course hinggalah dessert.. dan tak mahal sangat pun.. cuma RM10 kalau beli di kedai buku.. Paling utama setiap keuntungan daripada hasil jualan buku ini akan didermakan pada mangsa-mangsa bencana yang memerlukan barangan makanan dan sebagainya.. Ini maknanya.. dengan membeli buku.. anda juga berpeluang menderma.. and you always know that your money goes to those who really need it.. Disebabkan itu maka aku beli buku ini tanpa teragak-agak.. dan anda pun boleh juga kan.. ;)

Pada mereka yang nak belajar masak yang simple dan mudah.. this book is one you must buy.. I promoting it because of the good caused... lagi satu kalau suami nampak isteri beli buku resepi adalah macam nampak gaya isteri tuh ada usaha sikit nak upgrade skill diri hahaha (isteri pun kena pandai promote diri gak.. bukan takat promote diri kat boss je)... kalau kita dapat masak sesuatu yang belum pernah buat sebelum nie.. mesti suami nampak.. wah ada perubahan dan usaha tangga kejayaan.. Apa pun.. kalau percubaan pertama kurang berjaya.. jangan putus asa.. cuba lagi dan lain.. percayalah.. practice make perfect.. dan satu lagi masaklah dengan penuh kasih sayang dan baca bismillah.. ada keberkatannya.. (bolehlah selawat.. doakan yang baik-baik.. dan senyum...) Memasak dengan takde mood atau terpaksa atau muka masam.. memang hasil masakan itu akan out sikit.. trust me.. been there and done that.. Sebab itu style aku.. kalau memang takde mood nak masak memang aku takkan masak dan prefer beli kat luar.. ;) sesekali you deserve a break kan

p/s Hari ini mau masak ketam butter creamy versi chef Anis Nabilah.. pernah buat sekali dulu.. memang sedap.. hari ini nak buat lagi tapi nak improvised bagi ada color merah-merah sikit ;)
 
Nak cuba resepi crab creamy butter Chef Anis?
Boleh layan video nie ;)
Kan senang belajar masak.. tgk video jek

Friday 25 October 2013

Rompak.. ragut.. ini sudah serius..

Salam

Suddenly rasa nak ulas isu nie... Recently kita semua tahu kejadian yang kecoh dalam 2 hari ini sahaja.. Kes pegawai bank dibunuh.. dan kes org mati kena tikam kat stesen LRT.. This is serious.. sebelum tuh kecoh kes mati kena tembak... guru.. pekedai.. lelaki perempuan kena tembak kat tarffic light...

Isu nie tidak berhenti di situ.. terkini seorang kawan bagitahu kes rompakan berlaku di pagi hari sebelum pergi kerja.. kawan baru buka pintu pagar rumah.. tetiba datang parang panjang nak pancung leher kiri kanan.. hari yang sama jek ada 5 kes ragut dan rompak sekitar tempat aku nie..

Last year somewhere middle of the year.. masa kereta UK aku baru seminggu parking kat rumah.. 5 buah rumah sekitar deret rumah aku kena rompak.. yang best semua rumah cikgu.. diorg buat operasi bila tuan rumah pergi kerja.. cikgu cikgi kan keluar awal.. kecoh juga masa tuh...

Bila terjadi begini.. siapa yang tak rasa takut... aku sendiri ada pengalaman bilik aku pernah kena pecah masuk masa duduk menyewa bilik di seksyen 7 Shah Alam akhir thn 90an.. habis barang2 kena sepah.. ambik duit.. hatta al-quran aku pun dia selak dan campak ke lantai.. (teruk kan)..

Latest... rumah mak aku kat kampung pun kena masuk.. masa tuh dia ikut rombongan ke perlis.. Alhamdullilah takde brg kemas dan duit yang hilang.. yang hilang hanya jam tangan seiko adik lelaki aku (hadiah hantaran bertunang haritu.. bagus juga hilang sebab dia pun dah putus tunang dgn minah tuh-ada kes sikit).. laptop dia pun elok jek kat ruangtamu tak kena curi..  Bila tanya mak.. ohh rupanya dia ada amalkan doa selepas subuh.. doa supaya barang tak hilang.. bagus jugakan.. jadi amalan..

Pernah juga kadang tengok video orang tengah memandu bila berhenti kat traffic light.. cermin kereta sisi kena pecah dan bawa lari beg..

Personally.. memang risau.. amat2 risau.. Semoga kita semua sentiasa dalam keadaan selamat dan sihat ye..

p/s Maybe this is part why I feel like insecure recently.. 5 tahun duduk di UK.. aku jarang sangat dengar kes2 samun rompak begini.. malah rumah kat sana cermin tingkap takde grill pun.. pernah lah ada 1 2 kes tingkap kena pecah.. tapi terpencil sangat.. Bukan nak compare.. tapi bila selalu sangat dgr kes rompakan dan kecurian berlaku pada keluarga sendiri.. dan pernah juga dgr kes kawan2 lain.. Risau tetap risau..

Layan coffee pun best..
This is an old picture..
1 pagi masa lepak2 kat starbuck selepas kerja tukang cuci dedulu
Class kan.. tukang cuci breakfast kat starbuck.. ahaks ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...