Thursday 12 December 2013

Hidup di luar negara (UK) vs tanahair

Salam

Hari ini aku rasa nak buat entri pasal nie.. since I had quite long conversation with t.a.t.a about weather and life in UK..

Aku pernah tinggal di UK selama 5 tahun.. plus another 1 year from 2001-2002.. meaning in total I had spend 6 years in UK.. negara lain sekitar eropah.. adalah aku pergi jalan-jalan sahaja.. berjalan ke negara orang dan tinggal di situ adalah 2 perkara yang berbeza.. so jika pernah ke negara orang.. itu masih belum cukup untuk kita rasa bagaimana duduk di situ.. hanya mereka yang pernah tinggal di sesuatu tempat dan bergaul dengan masyarakat setempat then you know how life is..

Ramai orang kadangkala rasa bila orang yang pernah tinggal di luar negara dan mula membandingkan kehidupan mereka di Malaysia.. mereka akan rasa orang jenis ini 'berlagak' dan tak sedar diri.. tak sayang negara.. dan hingga sampai satu tahap boleh keluar perkataan 'kalau sana bagus sangat.. kenapa tak duk sana terus' well.. kalau fikir panjang dan ada peluang.. kebanyakan mereka yang pernah tinggal di sana.. diorang memang takkan lepaskan peluang tinggal di situ.. tetapi ramai juga yang rela hati pulang dan terpaksa pulang sebab ada komitmen keluarga, kerja dan tanggungjawab..

Oleh itu.. this entri adalah untuk sekadar memberikan perbezaan bagaimana kehidupan kat sana.... and this only for those yang interested dan bukan untuk mereka yang sceptical ..


1-Cuaca
UK:  Disebabkan sebahagian hidup kita dihabiskan dengan cuaca malaysia yang panas dan hujan sepanjang tahun.. maka bila menempoh musim sejuk, bunga, panas dan luruh.. adalah satu kejutan besar dalam hidup.. Ketahanan badan untuk membiasakan diri dengan perubahan suhu yang kadangkala mendadak hingga -12 memang perit.. ditambah dengan cuaca yang selalu tak menentu.. kejap hujan.. lepastuh panas.. pastu turun salji pulak.. pastu angin kuat.. buatkan ramai yang sakit dan rasa tertekan kerana cuaca.. Kes extreme.. ada yang hingga tak nak keluar rumah.. duduk rumah berselubung.. duduk tepi heater..
Kebanyakan kes.. tahun pertama nie memang teruk sikit.. termasuklah aku sendiri dulu.. dulu bila kena winter time.. memang malas nak keluar rumah... terutama bila salji mula turun dan kaki lima dah mula beku jadi ais.. kebimbangan akan tergolek memang benda yang biasa.. selalu time macam nie memang aku risau gak.. sebab itu selalunya akan invest utk beli kasut boot yang bagus sikit bagi mengelakkan insiden jatuh seperti ini..
M: Cuaca kat sini.. extreme bila kena musim panas.. itu kadangkala buat kita tak tahan.. terutama bila dah seminggu 2 tak hujan.. ramai yang mula sakit2 demam.. dan ramai juga yang mengeluh.. masa nie shopping complex penuhlah sebab ramai suka lepak sini sebab sejuk ;).. Bila musim hujan.. isu banjirlah jadi isu.. dan kalau masuk kl masa hujan.. jemlah jawab ye.. tapi bila musim hujan sejuk aku suka ahaks.. sebab rasa sejuk tuh buat aku teringat rasa sejuk masa musim panas di UK.. ada rasa feeling2 UK sikit

2-Kulit kering, kepala gatal dan kelemumur
UK: Ini adalah antara masalah kulit dan kepala yang selalu melanda time musim sejuk.. dan adakalanya ianya berterusan bila masuk musim bunga dan panas.. bila musim sejuk.. masalah utama yang kerap timbul adalah kulit menjadi terlalu kering sebab cuaca yang terlalu sejuk.. dan penggunaan air panas yang kerap.. Masa nie kena pandailah dapatkan krim muka dan badan yang sesuai.. semuanya ambil masa juga untuk dapatkan krim yang betul2 sesuai.. produk dr malaysia semuanya tak sesuai dipakai.. aku dulu pun puas jugalah cuba dari 1 krim ke krim yang lain.. dan finally dapat jugalah jumpa krim yang sesuai dengan kulit muka dan untuk badan selalunya aku gunakan bodybutter dari bodyshop atau jenama krim badan vaseline..
Ini juga sama dengan kelemumur dan gatal kepala, kerana perubahan suhu yang tak menentu dan pemakaian tudung dan topi utk lelaki.. maka kulit kepala memang mudah gatal dan berkelemumur.. so kena cari shampoo yang sesuai.. selalunya jika tahap kelemumur dan gatal yang teruk biasanya aku akan beli shampoo special khusus dan harganya agak mahal sikit £5-8 sebotol kecil.. tapi masalah itu memang dapat diatasi.. cuma tak tahan nak spend duit beli shampoo tuh jelah.. Masalah ini melanda pada lelaki atau perempuan.. dan kebanyakan org abaikan penjagaan badan.. terutama lelaki.. yelah manalah mereka nak sapu lotion.. nak pakai krim muka.. pastu bila dah kena gatal2 teruk.. muka dah kering luka dan sakit.. kaki dah bengkak kering.. masa nie baru sanggup nak pakai lotion (antara lelaki yang kena kes camnie.. pakwe aku sendiri.. mula2 dulu bila pesan pakai lotion.. berlagak tak nak.. bila kulit kaki dah teruk kering sampai berkeping2.. barulah minta lotion tuh kat aku ahaks)
M: I masalah kulit takde sangat.. tapi masalah berpeluh.. sebab dulu 5 thn di UK.. berpeluh sebulan sekali jelah kot.. tapi biasanya jarang sangat.. so bila balik ke sini.. bau badan memang heaven lah.. puas jugalah untuk atasi masalah nie.. dari pakai mcm2 deodorent.. sampailah kerap mandi setiap hari ahaks.. rasanya now dah ok sikit.. cuma kalau berpeluh tuh memang boleh baulah badan..

3-Kos hidup
UK: Kos hidup kat sini mix.. kebanyakan barangan makanan dijual dengan harga murah.. ini merujuk kes.. pendapatan ko dapat dari situ.. dan ko spend.. bukan kes ko bawak duit dari malaysia.. pastu ko convert.. memanglah rasa mahal.. hatta p singapore pun ko rasa mahal..
Aku pernah merasa.. hidup 2 tahun tanpa elaun.. dan cara aku sara diri dengan bekerja sebagai tukang cuci dengan gaji lebih £450 sebulan.. topup dr hby.. household spend around £1000.. duit itulah yang duk byr sewa rumah.. byr bil elektrik.. bil gas.. dan lelain bil. Selalunya bil yang agak membebankan adalah bil gas.. kerana bil akan dtg setiap 3 bln sekali.. sekali datang memang beratus £ kena bayar.. bila musim sejuk lagilah bil melambung.. masa nie memang terasalah sangat2.. disebabkan aku student dulu.. maka bil cukai pintu tak kena byr.. kalau tidak.. setiap bulan pun byr dah dkt nk £100.. Masalah di sini adalah cukai yang tinggi.. mmg barangan rumah murah.. tetapi benda2 lain.. terasa jugalah mahalnya.. tapi.. it's quite balance juga sebab kalau cukai rendah.. makanan mahal.. lagi terasa sebab makanan nie kita perlu setiap hari..
M:  Mula aku plg terasa masa baru balik duit.. kos brgan yang agak mahal.. sebab kat UK beli sayur pun sen2 jek.. kat sini.. beli sayur pun dekat rm10.. itu yg biasa aku spend kalau p pasar ler beli sayur jek.. lelain isu.. alah korang pun tau ler

4-Lepak-lepak
UK: peluang nak lepak2 kebiasaannya indoor sahaja.. kalau nak lepak kat kedai.. budaya kat sini.. lepak kat kedai takde.. kebanyakan orang pergi masuk restoran/cafe sebab nak makan.. dah selesai makan blah.. dulu ada 1 geng org melayu tempat aku p lepak kat kedai pakistan.. makan kebab order teh.. pastu borak panjang2 macam lepak kat kedai mamak mesia.. apa lagi.. bos tempat tuh halau diorang sebab culture macam tu takde di UK.. sejak tuh.. kalau mereka nak melepak.. diorang lepak pergi kedai yang ekslusif sikit.. bolehlah lepak lama sikit kat situ.. Lepas tuh jarang sangat dapat lepak2 kat kaki lima kat gerai2.. tapi aktiviti BBQ kat sana mmg heaven terutama bila musim panas.. masa nie mmg puas mkn bbq lah..
M: nak lepak banyak tempat 24jam.. anytime.. anyplace.. memalam.. tgh malam.. pg ptg siang name it.. melambak tmpt kita leh pergi utk melepak.. bab ini yang aku suka sebenarnya..

5-Travelling
UK: Travelling agak mudah sekitar UK sebab banyak tempat yang boleh kita pergi.. kalau nak travel ke europe pun boleh jika ada offer tambang murah.. Cuma yelah kos masa travelling nie pun kena pandai-pandailah.. cuma takdelah rasa macam spend beribu-ribu macam kat sini..  Bila local people diorang akan menabung khusus utk pergi travelling..
M: Traveling pun mudah gak sebab dah ada airasia (idea tmbg murah nie pun tony dapat daripada ryanair UK).. so syukur jugalah travelling skrg dah jadi mudah.. walaupun takat nak p KK atau Kuching.. less than RM200 pun dah boleh naik flight.. So pada aku dua2 nie ada kelebihan.. cuma kalau di UK.. travelling tuh boleh pergi negara eropah.. dan byk flight murah ke sana

6-Kesihatan
UK: Sini kalau sakit kena buat appointment ngan doktor.. kalau hari nie demam.. appointment maybe jumaat depan.. Kat sini takde klinik swasta macam kat mesia.. sakit kalau dah truk.. terus jek pergi hospital dan tunggulah berjam2 kat sana sampai  giliran.. kena sabarlah dengan system camtu.. Banyak kes yang rakan-rakan aku kena.. sampai dah nak pengsan n xsedar diri barulah doktor take action.. selagi dia tgk ko leh duduk.. sembang.. lagi lambat lerdiorg layan.. Tapi once warded pulak.. layan doktor n nurse memang kelas pertama.. walaupun ko duk wad biasa2 jek dan sekadar hospital kerajaan..  Ini yang bagus lah kat sana..
M: Kita ada klinik swasta.. sakit leh terus p mana2 klinik.. klu ada klinik panel.. xyah bayar ubat.. kat sana.. siapa duk scotland jek free ubat.. belah england.. kena bayar £5 utk kos ubat.. Apa pun bab yang ini aku suka sebab bila sakit kita tahu apanak buat dan kemana nak pergi.. tapi layanan hospital kerajaan.. korang sendiri pun tahu2 jelah.. kalau nak layanan bagus ada duit lebih.. korang p hospital swasta

7-Makanan Basah
 UK: Tempat aku makanan halal mudah dapat.. kedai-kedai ayam daging banyak.. kedai runcit.. jual sayur.. rempah pakistan.. banyak.. cuma kalau nak makanan asia.. kena p kedai cina.. cuma kalau nak seafood segar.. kena pergi wet market awal pagi.. dulu pakwe selalu juga ke sana utk beli ikan.. pernah dia beli siput buluh.. walhal sepjg duk mesia dulu xpenah pun mkn.. siput tuh fresh lagi.. siap jelir2 lidah lagi sebelum masak.. Sayuran dan buahan murah.. mudah nak dapat.. kebanyakan hujung minggu ada farm market.. mat dan minah salleh nie jual sayuran dan buahan dari ladang mereka dengan harga yang memang murah dari supermarket..
M: Makanan kat sini korang pun taulah kan.. mudah juga dapat makanan halal.. cuma harga turun naik brg tak menentu ikut harga pasaran.. contoh skrg nie udang.. masa aku balik thn 12 awal tahun udang aku beli sekilo dapat dalam RM15 jek.. minggu lepas aku p kedai.. tengok sekilo dah RM26 itupun udang ye kecik2 jek... gula dah naik harga.. minyak masak pun.. dan lelain lagi lah.. kat UK bukan xde harga yang naik.. ada tapi kenaikan dalam sen2 jek.. selalunya yang mendadak naik harga beras sebab beras tuh import dari india atau pakistan..

Sebenarnya ada banyak lagi isu.. macam education.. social life.. dining out.. maybe lainkali jelah sambung nak cite isu nie.. apa pun.. pada aku hidup di dua2 tempat tuh best.. ada baik kat sini.. ada baik kat sana.. isu nie juga ada aku ulas sikit masa aku balik dulu Di sana dan di sini

Miss this winter snow..
Kereta yang sama dah 2 tahun tak rasa kena salji..
Panas dan hujan jelah..

17 comments:

julietchun said...

aku rasa aku tak boleh hidup lama kat sana kalau musim sejuk, sekarang ni pun kena ekon sikit rasa nak masuk bawah toto je.

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

juliet

Memanglh mula2 xbiasa.. tapi lama2 ok jelah... aku lak terbalik.. aku tak tahan panas.. bilik aku aircon suhu 16darjah.. itu tak masuk kat rumah..siang mlm psg aircon jek.. balik kg... aku mcm cacing kepanasan..

t.a.t.a said...

sama la macam aku. bila dok panas siang hari sibuk kenen dgn emak, jom kita pindah duduk London nak? London sejuk. tapi bila hujan tidur malam sejuk menggigil-gigil. laa tu terfikir, baru sejuk macam ni dah tak tahan. ada hati nak duduk London. hahaha

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

t.a.t.a

London tak sejuk sangat sebenarnya sebab dia dah belah selatan.. bila musim panas dia perit.. sebab panas kering..

tapi yelah kalau tak biasa.. panas camtu pun akan dikata sejuk gak.. tapi org tmpt aku kalau turun london sejuk london tuh macam musim pans kitaorang jek ;)

||alis|| said...

terima kasih untuk sebuah perkongsian yang besar ertinya buat alis kelak.

sejuk part paling tak tahan, kat sini ekon 28 pon kejap on kejap off.

klemumur tuh benar.

jangan tertipu dengan suhu 18 nan sejuk cahaya terik matahari nya ya ampun! akan ada satu point teiba2 muka rasa ketat dan melanin jadik bertambah. sebab tak tau kena bubuh sunblock --" bibir kering tuh takyah cerita jugak.

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Alis

Wah ada pln nk duk oversea ye. InsyAllah kn boleh jadi panduan.

Duk negara org ni sllu ye cabaran adalah cuaca dan mkann. Mknn tuh kdg ok lg tp sllu buat xthn adalah cuaca. Tp lama2 alah bisa tegal biasa :)

Shahrul Yusof said...

Pasal NHS tu, saya ingatkan sistem kesihatan kat British adalah antara yang terbaik. Bila baca-baca kat entri ni, saya rasa takda la perfect sangat. Saya tau pun, sebab tengok dokumentari ''Sicko'' tu la.

Rupanya, still ada kelemahan dia lagi.

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

SY

Sebenarnya the best adalah di perancis... doktor siap boleh dtg rumah lagik.. tak kira lah sakit bila pun.. itu lagik the best..tak yah sesusah p hospital..

Ada 1 dokumentari yang dibuat psl medical health di US, UK, canada dan perancis.. so far paling remeh us sebab based on insuran.. takde insuran no hospital..

UK dia ye system takde private clinic.. selalunya kalauutk kes2 tertentu kena p GP general practitioner kat area rumah dulu.. dpt reference dr dia then br dapat better treatment kat hospital.. tapi worst case kalau pergi terus hospital mmg lambatlah service dia kecuali kalau mmg kritikal dah nak mati atau cedera teruk then baru dia ambik action..

However system ward mereka profesional.. siap ada consultant lagik.. kdg sorang patient ada sampai 3 doctor yang dtg.. semuanya ada kepakaran masing2.. itu yang the best siap advice dah bg solution yang mereka cadangkan.. siap boleh dapat consultation advice jika perlu..

Anonymous said...

Memang berbeza sangat UK and Msia. Untuk yang berpeluh tu kak kebiasaannya memang badan akan berbau. Ni pengalaman la, sebab suami saya memang jenis berpeluh. Even, tapak tangan pun berpeluh. Msa kahwin tu, saya ajar dia petua bukan untuk hilangkan peluh tapi supaya badan tak berbau. Petuanya saya ambil dari mak saya. Setiap kali mandi, saya akan suruh dia gosokkan lutut pada ketiak dengan keadaan mencangkung. Lepas tu, saya belikan scrub badan, saya suruh dia gosok setiap kali mandi kat kawasan-kawasan yang tersembunyi seperti ketiak, belakang lutut, celah peha dll (dulu pakai daun pinang)..Heheh, Alhamdulillah, dah lama amal, bila berpeluh takda bau...

Adreaz said...

Dok London x yah mandi lah mcm ni.. peluh pun segan2 nak keluar... Sbb tu kot slalu tgk kt tv mat salleh bangun pagi trus pakai baju g kerja..

Unknown said...

Assalam... good entry btw. Sy ade plan nk ke london brsme mak n adk2 utk cari krja. Mcm mne plak ye,, is it so hard to find a job there? N house too? Sbb byk sy bce rumah di london mmg susah utk foreigner. Tu yg risau nnt dpt keje tp rumah xdpt plak... hehe...

Unknown said...

Hi u dh stay sn ke. Blh email sy wassap anda azigma02@yahoo.com

Unknown said...

Hi u dh stay sn ke. Blh email sy wassap anda azigma02@yahoo.com

Unknown said...

Hi u dh stay sn ke. Blh email sy wassap anda azigma02@yahoo.com

Unknown said...

Perkhidmatan pos antarabangsa paling murah!
Gunalah Viabox. Antara kelebihan Viabox adalah 100% keahlian percuma, tiada caj pemprosesan dan tia caj tersembunyi. Barangan anda dijamin selamat dan penghantaran dijamin laju. Maklumat lanjut boleh di dapati di www.viabox.com.

Unknown said...

Sape2 ada pngalaman tinggal di hampshire tak? Saya mungkin akan migrate ke sana dalam beberapa bulan lagi. Tgh tggu offer letter. Anyone?

mohdnurulihsan@gmail.com

Unknown said...

Sape2 ada pngalaman tinggal di hampshire tak? Saya mungkin akan migrate ke sana dalam beberapa bulan lagi. Tgh tggu offer letter. Anyone?

mohdnurulihsan@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...