Showing posts with label Love. Show all posts
Showing posts with label Love. Show all posts

Thursday, 1 December 2011

Cinta (Puisi ditulis 1 Disember 2005)

Cinta…

Adakala sukar untukku ertikan maknanya..
Bahgiakah aku dengan rasa cinta ini..
Gembirakah aku..
Tiada siapa yang mampu mengupas makna di sebaliknya…

Kasih..

bersama rasa cinta kau wujud bertakhta..
mengetok pintu hatiku...
dengan rasa cinta bertaut indah..
ku usap wajah indah mu..
dan ku peluk hatimu…
bersama rasa kasih dan cintaku
dengan impian yang menggunung agarku tetap bersamamu ..
hingga ke akhir hayatku di sisimu..
dari dulu.. kini dan buat selamanya..

Sayang…

ucapan itu ku sebut saban hari..
kerap ku tanya untuk ku tahu hatimu..
ikhlaskah kau menyayangi ku..
selebar dan seluas manakah sayangmu.. wahai kekasih..
mampukah kau gambarkan pada ku..
supaya resah dihatiku tidak terus bermaharaja-lela..
dan keyakinanku pada rasa sayangmu akan sentiasa utuh disanubari..

Cinta.. kasih.. dan sayang..

ku cuba gabungkan semua rasa itu..
supaya dapat kusebatikan dalam hati dan sanubari..
dan tinggal kekal bersama jiwaku ini..
mungkinkah ia dapat ku satukan..
dapatkah atau hanya dapat ku gapai salah satu darinya sahaja…
adakah begitu.. ku harap tidak..
biarlah yang ku sangka panas sepanjang hari akan kekal begitu..
dan biarlah hujan datang keesokkan harinya..
ku panjatkan doa kepada-Nya..
agar rasa itu akan kekal bersama dalam hidup kami…
jua dalam hidup semua insan yang bergelar manusia…
dan bersemadi kukuh dalam diri sahabat-sahabatku..
yang ku anggap seorang kawan baik buat selamanya….

Puisi ini ditulis genap 6 tahun  pada hari ini..




p/s: Currently in mood of 'copy and paste'
Tumpang mood meraban 'kueh bakar
;)

Tuesday, 22 November 2011

Azhar (Siri 2)

Sambungan dari sini

Seperti hari-hari sebelumnya kelas matematik dihadiri dengan senyuman dan debaran kerna si kacak ada dalam kelas.. Ahaks... Pastinya bila kita sukakan seseorang melihat dia dalam kelas yang sama sudah cukup buat kita gembira dan teruja nak datang kelas hari itu hehehehe...

Selesai kelas.. Nik & Saiful datang mendekati aku..
"Lepas nie nak ajak you pergi minumlah.. nak tak?"

"Minum? ada apa-apa ke nie tetiba ajak minum?" kataku dengan sedikit rasa hairan

 "Takde apa.. sahaja nak belanja you makan.. lagipun dah lama sangat kita tak lepak-lepak"

"Ok jek kat mana tuh?" tanya aku lagi..

"Takpe nanti ikut kitaorg jek" kata Nik lagi

Aku lalu mengangguk tanda setuju..

Selesai waktu kelas tambahan dan selesai berbual sebentar dengan guru matematik.. Aku, Nik dan Saiful mula bergerak ke arah perhentian bas.. banyak gerai-gerai makan ada di sekitar perhentian itu.. Akhirnya Nik dan Saiful memilih 1 gerai yang tak ramai orang.. Kami order minuman.. Mereka minta aku order makanan sekali.. tapi aku menolak sebab aku hanya mahu sekadar minum sahaja.. Kami mula berbual dari satu topik ke topik yang lain.. Kebanyakan berkisar tentang pelajaran.. exam SPM.. sekolah dan sedikit sebanyak tentang kisah kawan-kawan sekelas.. Entah bagaimana nama 'Azhar' tersebut dalam perbualan kami...

"You rasa Azhar tuh camna?" tanya Nik

"Azhar? Dia nampak OK.. kenapa tanya nie?" tanya aku pulak

"Sajalah tanya.. selalu tengok korang asyik pandang-pandang jek dalam kelas" kata Nik sambil gelak kecil bersama Saiful

"Eh korang nie.. ada jek ekk.. Mana ada" kata aku cuba berselindung

"Alah bukan kitaorg tak perasan.. Sorang senyum.. sorang jeling... sorang pandang.. sorang tunduk.. hehehehe" kata Saiful pulak..

Aduh.. kata aku dalam hati 'dah terkena pulak nie'. Aku sekadar senyum dan tergelak sahaja menjawab persoalan mereka berdua.. Nik tanya aku lagi "You suka kat dia ke??"

"Suka sekadar kawanlah.. macam aku suka kat korang berdua" kata aku sambil senyum...

"Aku tahu suka lain macam nie.." kata Nik sambil mengusik aku..

Aku sambung gelak lagik... tiba-tiba Nik dan Saiful berdiri..

"Eh nak kemana nie??" Aku pula kehairanan..

"Kitaorang ada hal sikit.. kejap lagi kitaorang datang balik.. you duduk sini jangan pergi mana-mana ok.." kata Nik pula sambil memandang Saiful dengan satu senyuman sinis..

Aku dah semakin hairan.. nak pergi mana pulak diorang berdua nie... Lain macam jek gaya ye.. Aku mengangguk perlahan.. Risau juga kena tinggal sorang-sorang kat gerai makan tuh.. Bila sahaja Nik dan Saiful beredar keluar dari gerai makan itu.. Aku pun keluarkan buku novel yang sering aku bawa dari beg.. Sambil menunggu seorang diri.. baik aku habiskan dengan membaca... Lebih kurang 5minit aku khusyuk membaca....

"Assalamualaikum..." kedengaran suara yang biasa aku dengar.. Aku mendongak dan memandang ke arah suara itu.. tergamam seketika.. Nak senyum pun tak tahu camna nak senyum.. terkejut lebih tepat untuk aku gambarkan riaksi ketika itu..

"Waalaikumsalam.. Eh.. kenapa ada kat sini??" tanya aku pulak..

"Kan tadi kita habis kelas sama-sama... lagipun sahajalah nak tegur you sebab tengok duduk sorang-sorang kat sini" kata dia lagi dengan lembut..

Aku pandang wajah dia dalam-dalam.. "Apa mimpi.. si Azhar nie datang jumpa aku nie... Arghhh sudahhhh... nie mesti rancangan si Nik & Saiful nie.. takde orang lain dah nie" kata aku dalam hati..

Kami teruskan perbualan.. setelah aku asak dengan pelbagai soalan.. akhirnya Azhar mengaku.. yang dia minta tolong Nik & Saiful membantu dia untuk mendekati aku... Memang mereka sudah merancang untuk mengajak aku keluar minum dan setelah buat sedikit soal siasat dengan aku.. maka barulah mereka memaklumkan pada Azhar bagaimana riaksi aku... Terkena!!! itu yang aku boleh simpulkan... tapi setidak-tidaknya itu membuka jalan buat kami berdua untuk saling mendekati antara satu sama lain..

Sejak hari itu.. perkenalan kami menjadi agak rapat.. memandangkan kami masih mengikuti kelas tambahan yang sama.. kami masih berjumpa setiap minggu.. Dia sering sahaja menemani aku menunggu bas untuk pulang ke kampung.. Pastinya dia akan duduk di sebelah aku di perhentian bas itu..

Kadangkala hujung minggu pula kami akan keluar bersama ke perpustakaan di pekan kecil itu untuk study bersama.. Ada masanya juga kami juga saling bercakap di telefon pada hujung minggu... Pernah dia hubungi aku untuk tahu warna baju kurung yang akan aku pakai pada kelas esok harinya.. Aku teringat aku pernah memberitahu dia yang aku akan pakai baju kurung berwarna merah.. dan esoknya.. bila sampai ke kelas.. Aku lihat dia memakai T'shirt merah juga.. Entah berapa kali juga kami sering memakai baju dengan warna yang sama.. hingga insiden ini pernah ditegur oleh beberapa orang rakan perempuan aku.. Selalunya aku jawab kebetulan sahaja.. walhal.. semuanya telah kami rancang awal-awal lagi...

Memandangkan Azhar adalah jurusan sastera.. dan aku pula jurusan sains... Sudah tentu dia lebih bijak dalam kelas bahasa melayu... Setiap kali dia menunggu aku di perhentian bas.. Sering dia berikan aku beberapa helai sajak yang ditulis khusus untuk aku.. siap dengan lakaran lukisan di sebelah sajak itu.. Aku sendiri dah lupa berapa helai sajak yang pernah dia karang untuk aku.. tapi pastinya itulah yang sering menjadi hiasan meja study aku di rumah.. menatap sajak nukilan dia setiap hari pastinya membuatkan aku cukup gembira.. Sajak itu bukan sajak cinta.. tapi lebih pada sajak tentang tanggungjawab dan masa hadapan.. yelah tahun itu adalah tahun peperiksaan yang penting...

Namun sebenarnya.. pada masa yang sama.. Aku juga serba salah dengan Azhar.. kerana pada ketika itu.. Selain daripada dia.. Aku juga mengenali rapat seorang jejaka satu kampung denganku... Sebenarnya hubungan aku dengan 'I' ketika itu lebih pada dasar untuk membantu.. kerana dia banyak kali meminta bantuan aku untuk mengajarnya beberapa subjek asas.. kerana tahun itu dia mengambil peperiksaan SPM buat kali kedua.. Tapi al-kisahnya kami berdua bukan sekadar rapat dalam hubungan.. malah keluarga 'I' juga aku amat aku kenali kerana aku sering ke rumah 'I' untuk study bersama..

Bila sahaja aku mengenali Azhar.. Aku seolah jatuh cinta kali pertama.. Walaupun ketika itu aku rapat dengan 'I'.. pada entah.. dengan Azhar aku rasa selesa sangat-sangat.. Sikapnya yang sentiasa cool... macho.. suka mengusik dan serius buatkan aku jatuh hati.. My first crush.. hahahaha... Itu yang boleh aku gambarkan tentang perasaan aku... Aku memang sukakan dia.. suka sangat-sangat.. tapi pada masa yang sama.. aku juga rapat dengan 'I'... Kadangkala 'I' juga pernah menunggu aku di perhentian bas terutama bila dia tahu aku selesai waktu kelas.. memandangkan kami satu kampung.. sudah tentu sahaja.. perjalanan pulang kami juga sama.. apatah lagi dia mengikuti persekolahan waktu pagi di institut tuisyen yang sama dengan aku..

Memang serba salah.. Namun akhirnya Azhar tahu juga tentang hubungan aku dengan 'I'.. Ini gara-gara kejutan April Fool yang cuba dikenakan oleh Azhar kepadaku....

Ahaks... Cinta tiga segi lagi kan kan 
Love triangle...

Monday, 21 November 2011

Si 'kacak' bernama Azhar (Siri 1)

Kelas petang itu bermula seperti biasa... Subjek matematik.. Sudah ramai pelajar yang datang.. Sebahagian dari mereka aku kenali.. Ada diantara mereka merupakan rakan-rakan sekelas yang mengikuti kelas yang sama tahun sebelumnya.. Apatah lagi tahun itu adalah tahun yang paling penting untuk kami semua.. Tahun peperiksaan SPM..

Tiba-tiba muncul seorang jejaka yang tinggi lampai.. Mukanya amat serius dan sedikit kelam kabut.. Ketika aku memandang dia.. serasa terhenti seketika degupan jantung.. 'Kacak!!' itu yang terbit dalam fikiran aku.. Walaupun wajahnya tidak ada sedikit pun senyuman.. tapi raut muka yang cukup bersahaja dan nampak serius buatkan aku cukup tertarik hati.. Sedikit sebanyak aku mula menguntumkan senyuman.. Dia duduk di 2 barisan belakang  dari aku.. Hati dah mula rasa berdebar-debar.. Teruja tapi sudah tentu aku kawal segala tindak tanduk.. tidak pernah lagi terlintas nak memulakan perkenalan atau bergaya ala-ala mengada pulak..

Sejak hari itu.. aku selalu menantikan hari-hari yang aku punya kelas bersama dia.. memandangkan dia hanya mengambil kelas tambahan untuk subjek matematik, BM dan BI sahaja.. manakala aku pula selain daripada 3 subjek itu aku juga mengambil kelas tambahan untuk subjek major sains (Add math, kimia, fizik & biologi).. Selalunya bila aku berkesempatan mengikuti kelas bersama dia.. pasti aku akan ambil peluang curi-curi pandang.. selalunya hati pasti berdebar-debar tiap kali melihat dia masuk ke kelas.. atau bila sahaja aku masuk ke kelas aku terlihat dia ada dalam kelas itu..

Selain daripada dia si'kacak' aku juga berkawan baik dengan 2 orang jejaka lain.. kami dulu sama kelas semasa mengikuti kelas tambahan untuk SRP.. Kiranya Nik & Saiful sudah aku kenal lama... Selalunya aku mesti perasan.. tiap kali aku menjeling atau curi pandang pada kelibat si'kacak' pasti si Nik & Saiful akan senyum-senyum memandang aku.. Hahahaha... mungkin sahaja mereka tahu makna pandangan curi aku itu.. Cuma aku tidak pernah sekalipun bertanya perihal si'kacak' pada mereka berdua.. Langsung tidak.. Malaslah nanti dikata pula terhegeh-hegeh.. Apatah lagi memandangkan status aku yang agak glemer dalam kelas tersebut sebab aku satu-satu pelajar yang bersekolah di bandar besar yang mengikuti kelas tambahan di sebuah pekan kecil.. Setiap kali kawan-kawan aku tanya dimana aku bersekolah.. mereka pasti terkejut bila tahu sekolah aku adalah di sebuah bandar besar yang terkenal di Selangor.. Sedangkan institut tuisyen yang aku hadiri kelas setiap minggu itu terletak di sebuah pekan kecil yang sejam lebih perjalanannya... Kenapa jadi begitu?? Sebabnya aku berulang alik dari sebuah kampung yang berdekatan dengan pekan kecil itu ke bandar besar setiap hari bersama ayah.. Bila harus mengikuti kelas tambahan.. pastinya aku memilih untuk ambil kelas tambahan berhampiran rumah.. walaupun sebenarnya destinasi persekolahan aku puluhan batu dari rumah aku..

Selain daripada status 'budak sekolah bandar' ahaks.. aku juga sering terkehadapan dalam subjek matematik.. yelah.. bila budak sains masuk kelas matematik biasa.. biasanya segala penyelesaian matematik tuh takdelah rasa susah sangat nak selesaikan sebab Add math lebih kompleks.. sedangkan pelajar-pelajar lain yang mengikuti kelas itu kebanyakan mereka adalah jurusan sastera atau perdagangan.. Selalu sahaja bila cikgu tanya sesiapa yang mahu ke depan dan selesaikan masalah matematik di papan putih.. aku sering sahaja mengangkat tangan untuk menyelesaikan masalah tersebut.. pernahlah juga aku malas nak menonjolkan diri... tapi bila cikgu tanya pelajar lain masing-masing semua malas dan tak tahu bagaimana nak selesaikan permasalahan itu.. So sebelum cikgu sebut nama aku.. baiklah aku awal-awal angkat tangan dan bagi jawapan ;)

Disebabkan 2 status itu.. aku menjadi pelajar glemer di situ.. Selalunya aku lebih glemer di kalangan guru-guru sebab biasanya aku sering menonjol dalam subjek-subjek asas.. Sedikit sebanyak si'kacak' turut memberikan perhatian lebih pada aku kadangkala.. cuma kami selalunya hanya bertegur sapa biasa.. tidak pernah lagi kami berbual secara serius... Sekadar.. pandang.. senyum.. dan tunduk hehehehe.. itulah rutin kami setiap kali bertembung dalam kelas yang sama...

Hinggalah satu hari.. Nik & Saiful merancang sesuatu yang tidak pernah aku jangkakan....
(Tetiba macam malas jek nak sambung..)

Ini hanya merupakan ingatan kenangan silam zaman remaja.. 
My first ever crush to a handsome guy.. which is so athletic.. serious and mysterious..
I'm not the only one who fall head over heal over him during those days..
but I guess I'm one of that lucky girl who given a chance to know him closely and become his friend..

Friday, 23 September 2011

Cara kita menunjukkan rasa cinta

Salam Jumaat

Wah tajuk.. Ini bukan entri bagi tip2 ye.. Tidak sama sekali.. Sekadar satu entri yang aku terfikir nak kongsikan berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku pada insan-insan manusia di sekeliling aku..

Semalam aku mendengar seseorang melafazkan rasa cintanya.. Indah kalimah yang dilafazkan..

Aku cinta padamu sayang seikhlas hatiku..

Aku telah serahkan hatiku padamu..

Aku ikhlas menyayangimu hingga akhir hayatku..

Kau adalah sebahagian daripada diriku..

Kegembiraan mu adalah kegembiraan ku..

Selalunya dialog-dialog begini sering kita dengar dalam filem-filem cinta.. atau mungkin dari kekasih hati sendiri.. atau mungkin lewat surat-surat cinta yang pernah kita terima.. Atau dari lagu-lagu cinta yang pernah kita dengari.. Ada orang yang tidak gentar melafazkan kata-kata ini.. ada orang yang jenis bukan ayat-ayat jiwang begini.. Cinta padanya tidak perlu dilafazkan.. cukuplah dengan perbuatan.. Ikutlah ada orang caranya begitu.. dan ada orang caranya begini..

Kita semua mungkin pernah jatuh cinta.. Kalau tak jatuh cinta pun.. sedikit sebanyak kita pernah ada rasa sukakan seseorang.. suka lihat tingkah laku dia.. suka lihat wajah dia.. suka lihat senyuman dia.. suka dengar suaranya.. dan pelbagai macam rasa suka yang mungkin boleh disenarai pendek atau panjang..

Ada orang sikap dan sifatnya memang cukup romantis.. cara dia bercakap.. cara dia bertindak.. penuh dengan gaya romantisnya.. Jejaka begini biasanya sering menjadi kegilaan wanita.. kadang-kadang bila tengok wajah yang manis.. baby face.. dah mula jatuh cinta.. tengok pula kelakuan dia yang nampak manja dan romantis.. lagi buat si gadis lebih tergoda..

Rasanya tidak ada sesiapa di dunia ini tidak suka dimanjakan.. betul tak.. siapa yang suka kena marah-marah.. kena tengking.. kena herdik.. kita semua suka kalau orang puji kita.. buat kita ketawa.. buat kita tersenyum.. nak pula yang buat semua itu adalah  orang yang kita sayang.. dan lebih bahagia jika orang itu orang yang paling kita cintai... Pastinya semua itu mampu membuatkan kita lebih gembira.. tersenyum gembira.. rasa bahagia sangat-sangat dalam jiwa kan...

Tapi kita juga maklum.. tidak semua orang mampu bertindak begitu.. segarang-garang orang pun.. kalau dia dipuji dan dimanja pun boleh jadi nenikus.. kalau kena gaya dan caranya kan.. Cuma biasanya sebagai sorang wanita.. aku pasti kita semua nak dimanjakan.. tak banyak sedikit pasti kita mahukan perhatian..

Aku teringat entri dari si Wos ini pasal ucapan hari lahir dari suami tercinta.. Dia dah terbiasa yang cara suaminya begitu selamba.. tapi.. kerana ada orang yang busybody.. maka org itu pulak yang sibuk2 tanya dia apa suami dia bagi utk hadiah harijadi.. bila dapat tahu.. jadi cite lain pulak.. Entri tuh ada aku komen gak.. selagi isteri dan suami tuh selesa dengan cara mereka.. walaupun tak romantis.. walaupun selamba.. walaupun takde kucupan ke ciuman ke.. as long as they feel good about it.. kenapa orang lain pula nak rasa sibuk-sibuk menegur dan ambil kisah kan.. Kalau menegur tuh untuk kebaikan dan memperbaiki kesilapan.. memang bagus sangat.. tapi kalau menegur dengan tujuan nak tunjuk yang dia lebih romantis dan lebih2 lagi.. maka niat menegur tuh dah jadi lain.. dah jadi nak banding2kan kelebihan dia pulak..

Aku ada banyak kisah begini bila orang melihat aku dan pakweku.. sejak awal perkahwinan kami.. ramai juga dikalangan kawan-kawan aku pernah menyuarakan pendapat mereka.. atau menegur aku... Ada sesetengah tuh aku gelak-gelak jelah dengar.. antaranya

'Ko nie.. buat laki ko macam kawan-kawan jek ek.. cakap selamba jek'

'Eh.. camtu ke ko cakap dengan laki ko.. selambanya.. takde dengar manja-manja pun.. cubalah cakap manja-manja sikit...'

'Peliklah tengok korang nie.. nampak selamba jek.. kalau tengok sekali tak sangka korang suami isteri..'

'Itu ke suami akak?
Ahah.. kenapa..
Taklah.. selalu tengok akak dengan dia selamba jek..Selisih pun selamba giler jek..
Abis tuh.. takkan akak nak peluk2 dia depan orang lak.
Taklah. selalu mesti couple nie kalau selisih mesti dekat2 nak manja2..
Tergelak.. Hahaha '

'Selalu tengok U solo jek.. jarang nampak sama dengan laki U.. memang selalu lone ranger ke'

dan macam-macam lagik ler.. sampai malas dah nak layan.. hahahaha.. Tapi ada juga yang kawan-kawan rapat aku cakap dengan aku..

'Eh.. si Z tuh.. memang sayang sangat ngan ko kan.. Aku tengok pun tahu..'

'Baguslah si Z.. dia masak kan utk ko.. Aku nie nak harapkan laki aku masak untuk aku.. entah bilalah'

'Untungnya dapat si Z tuh.. tak kisah nak buat kerja-kerja rumah.. boleh masak.. boleh kemas rumah.. kalaulah laki aku camtu gak'

'Z tuh tak banyak cakap kan.. diam jek.. nampak lemah lembut hormat jek dengan orang..'

'TCC.. aku percaya.. si Z tuh memang sayang sangat kat ko.. nampak tau cara dia dengan ko..
Eh bukan aku rasa aku dengan dia dah cukup selamba dah..
Ko memang brutal selamba.. tapi dia maintain cool jek.. Sepadanlah korang nie'

So kadang-kadang aku suka gak ambik pendapat orang nie buat penilaian terhadap diri sendiri... yelah mana yang rasanya tak kena tuh elok juga aku perbaiki kan.. mana yang rasa tak molek tuh.. aku cuba elakkan dari buat di depan orang...

Tapi yelah lain orang lain cara dia menunjukkan rasa cinta.. ada orang bila sampai hari lahir.. mesti kena beli hadiah.. mesti kena lafazkan atau ucapkan.. ada orang.. tak cakap ke cakap ke.. sama jek.. so ikut masing-masing... Kalau aku.. sejak awal perkahwinan kami.. aku dah beritahu.. masa hari lahir aku.. 2 benda mesti kena ada.. kek dan bunga ros warna merah.. so setiap tahun memang aku akan buat reminder hahahaha... sehari sebelum untuk dia beli 2 benda nie.. Well.. mungkin ada orang akan kata.. 'wah.. nampak sangat nak jaga hati sendiri kan...' sampai kena paksa pulak belikan kek dan bunga.. Terpulanglah.. Pada aku.. 2 benda itu adalah rutin dan benda wajib ada.. lagipun bukan selalu pun dapat nak rasa dia bagi bunga kat aku pun.. setahun sekali je pun kan.. tak salah kalau si isteri meminta sesuatu yang dia suka pada suami.. selagi itu masih dalam kemampuan si suami.. lainlah kalau minta yang bukan-bukan tuh tak patutlah.. lagipun aku memang suka bunga.. dan aku memang agak kerap juga beli bunga untuk diri sendiri.. so setiap tahun.. pada hari lahir aku.. adalah wajib kena ada 2 benda tuh..

Ibarat macam.. kalau raya.. mesti kena masak rendang.. ketupat.. kuah kacang.. cuba tahun tuh raya kita tak masak semua tuh?? Apa kita rasa? Tak rasa macam raya kan.. tak rasa best kan.. tetiba pagi raya tuh mak atau isteri kita hanya masak cekodok pisang jek.. atau masak mee goreng jek.. Baru balik solat raya nie.. buka jek tudung saji.. nampak cekodok jek.. apa kita rasa?? cekodok tuh bila2 pun kita boleh makan kan.. tapi ketupat.. rendang.. kuah kacang nie.. hanya kita akan jumpa bila hari raya jek.. iaitu hari istimewa..

So berbalik soal hadiah hari jadi tuh.. samalah konsepnya macam pagi raya ye..  Tidak timbul soal nak jaga hati.. adakah kita masak ketupat rendang.. kuah kacang tadi sebab nak jaga hati kaum keluarga kita? atau sebab kita nak merayakan hari yang gembira itu?? samalah lebih kurang konsepnya.. Lagipun.. kenapa aku suka buat reminder... sebab sifat lelaki nie.. kalau bab2 ingat tarikh hari jadi nie.. bape kerat jek yang ingat kan.. so dari aku rasa sedih sebab dia tak ingat dan terasa hati.. lebih baik aku terus terang dengan dia.. 'bang.. esok hari apa ek??' ayat suruh dia ingat.. pastu aku bgitau awal-awal.. 'nanti jangan lupa beli kek dan bunga'

Aku antara orang yang tak suka surprised hahaha.. ada orang suka benda-benda camtu.. aku pulak kurang suka benda2 yang camtu.. aku lebih suka plan ahead apa yang aku nak.. atau beritahu aku terus jek apa yang korang nak.. senang aku nak fikir.. dan tak yah susah2 nak fahamkan fikiran orang.. baca buku pun.. aku suka baca ending dulu hahaha.. lepas tuh baru aku proceed baca dari muka surat depan..

Ada orang cara dia menunjukkan rasa cintanya.. dia akan cakap dan lafazkan dengan ayat-ayat bombastik dan romantis..

Ada orang.. tak cakap benda-benda tuh.. tapi perbuatan dia dah cukup mengambarkan rasa hati dia..

Untuk perempuan atau wanita pulak.. kebanyakan.. suka kalau pasangannya dapat lafazkan kata-kata tuh.. tapi kadang-kadangnya.. pasangannya bukan jenis begitu.. so pandai2lah camna nak handle kehidupan..

Aku?? Sifat aku manja + brutal..
Ada masa aku mahu dimanjakan..
Ada masa aku selamba dan lebih selamba..
Aku tak minta dimanjakan.. tapi aku memanjakan.. sebab bila aku memanjakan.. kemanjaan yang aku nak akan aku dapat dari situ.. so fair and square pada aku..

Camna tuh??? Hahaha..

Konsepnya begini..
kalau aku suka dicium.. maka aku akan cium dulu.. sebab aku tahu lepas itu dia pasti akan cium aku..
kalau aku nak dipeluk.. maka aku akan peluk dulu dan lepas itu.. korang leh fikir sendirilah hahahaha..

So pada aku.. tak perlu kita nak tunggu orang buat pada kita.. tapi apasalahnya kita buat dulu terlebih dulu.. sebab kadang2 lelaki nie bukan boleh baca apa ada dalam fikiran dan hati kita.. tapi setidak-tidaknya perbuatan kita itu.. akan menyebabkan dia berfikir.. ehhh.. 'dia cium aku??' mesti lepas itu dia akan balas tindakan yang sama.. dan mungkin kita akan mendapat lebih dari yang kita berikan..

Samalah juga dengan ucapan dan lafaz.. Tak usah berkira sangat bila kita mahukan orang melafazkan kata-kata itu pada kita.. kita ucapkan dulu.. sedikit sebanyak kalau dia tak cakap balik pun.. kita renung mata dan muka dia.. pasti anda akan dapat jawapan itu.. hahahaha... tak usah nak terasa hati.. yang penting keikhlasan.. sebab sesuatu yang kita buat secara ikhlas itu.. pasti kita akan dapat balasan setimpalnya.. (Harap maklum.. benda2 yang aku cakap nie.. kalau nak dibuat pun buatlah pada pasangan yang sepatutnya ok)

So kenapa pula aku jadi selamba dengan dia dan tak manja-manja.. ada orang panggil 'yang'.. 'sayang'.. darling' tak kisah walau kat mana pun kita.. aku bab nie tak pernah buat depan orang... dan aku juga tidak suka menunjukkan kemanjaan aku depan org sebab aku takut nanti jatuh riak.. sebab aku tahu hati aku camna hahaha.. lebih baik aku buat kat rumah jek.. sebab pada aku kemesraan itu terlalu personal pada aku.. terlalu privacy.. setakat aku tulis dalam entri nie.. boleh gak nak labelkan sebagai riak.. tapi hakikatnya korang tak nampak perbuatan tuh kan hahahaha.. mungkin aku kelentong jek.. ahaks..

So kalau kita mendapat pasangan tidak seperti yang kita harapkan.. pandai-pandailah kita adjust diri dan keadaan yang sesuai dengan hati dan perasaan masing-masing.. ada orang caranya begitu.. ada orang caranya begini.. Terpulang.. Tidak ada yang benar-benar ideal.. pasangan yang kadang-kadang kita tengok romantis.. bahagia.. kadang-kadang kita pun tak tahu derita dia pulak.. mungkin ada yang tak kena.. tapi kita tak nampak.. Jangan juga pasangan yang kita tengok selamba.. kita labelkan tak romantis.. walhal mereka itulah yang paling bahagia.. tapi kalau nampak pasangan kena dera... kena pukul.. kena herdik.. ohh bab yang nie memang kita kena ambil tahu sikit... yelah pada aku itu dah sampai tahap melampau dah.. sesiapa tidak boleh sewenang-wenangnya cederakan pasangan dia.. walaupun U adalah isteri atau suami yang sah... Hidup ada toleransi.. selagi tidak melanggar hukum dan syarak.. wajiblah taat.. tapi kalau dah melanggar semua itu.. jalan terbaik.. baik kita keluar dari situasi itu kan..

Apa juga.. Hidup kita.. kitalah yang tahu bagaimana mencoraknya.. Harus ada toleransi.. tolak ansur.. lebih kurang.. tolak tarik.. dan kejujuran kan...

Cappucino dari mesin kopi kat tempat kerja aku..
3 tahun aku kat sini..
Inilah pertama kali aku rasa minum kopi nie..
Walhal dalam masa 3 tahun tuh, meja dan coffee machine lah aku yang bersihkan..
Kenapa hari nie aku teringin sangat nak minum??
Entahlah.. Aku mengantuk sangat tadi..
Lagipun sajalah nak take 5 untuk rehatkan diri sebentar..

Friday, 16 September 2011

Kisah cinta..

Salam Jumaat..

Alhamdullilah dah hari jumaat.. Sekejap sahaja dah nak masuk minggu ke 3 syawal kan.. weekend masih penuh dengan jemputan openhouse.. Esok sahaja aku ada 2 jemputan.. Ahad pulak ada 1.. tapi pada masa yang sama.. kerja aku pun banyak.. lepas jumpa G semalam.. aku tepuk dahi.. aduhhh kerja2 evaluation aku ada 3 peringkat pulak.. Ya Allah.. sempat ke aku nak balik bln 12 nie.. huhuhu.. Kuatkan semangatkan..

Apa topik hari ini?? Kisah cinta.. sebenarnya ada beberapa kisah cinta yang pernah diceritakan pada aku.. ada yang indah.. ada yang tidak.. ada yang terpaksa.. tapi sedikit sebanyak cerita-cerita itu buat aku muhasabah diri.. atau setidak-tidaknya membuatkan aku menghargai cinta yang hadir dalam hidup aku..

Kisah 1 :

Bertemu dengan isterinya.. di satu majlis kenduri kawin.. Dia baru sahaja berumur 19tahun.. dan isterinya pula lepas SPM.. Dia berkenan terus kat isterinya dan suruh makciknya merisik-risik.. Dia masuk meminang.. dan bertunang selama 2 tahun.. sebab ketika itu dia baru sahaja mulakan kerja.. Umur 21tahun baru dia kawin.. Sepanjang 2 tahun bertunang tak bercinta sangat.. Kini dah lebih kurang 20tahun kawin.. anak dah 4 orang.. Berkahwin atas dasar cinta pandang pertama..

Respek dengan kawan aku sorang nie.. masih maintain isteri sorang jek hehehe.. walaupun sekarang nie status kerja dia memang hebat.. staf bawah dia jek beribu-ribu.. Seorang pegawai kelas atasan dalam kerjaya dia.. Dia pernah beritahu aku.. dia takde hasrat nak kawin 2 atau 3.. sebab dia ingat pengorbanan isteri dia masa dia susah dulu.. 3 kali dia ambil spm.. dan 3 kali itulah isteri dia setia temankan dia study dan buatkan air.. sebab itu dia tak lupa pengorbanan si isteri.. Kagum juga dengan kisah dia nie.. ;)

Kisah 2 :

Bercinta dari usia 14 tahun tak silap aku.. sama sekolah.. suami tua setahun dari dia.. tapi memang dah couple dari bangku sekolah.. kampung pun dekat-dekat je.. Study kat sekolah sama-sama sampai ambil STPM.. Masuk ke UKM juga sama-sama.. ambil kursus pun sama.. tahun akhir pengajian mereka kawin.. dan ketika sedang tulis thesis dia mengandungkan anak pertama.. Selesai pengajian kedua-dua jadi cikgu.. tapi suami ye kerjaya upgrade jadi lecturer.. isteri masih maintain jadi cikgu..

Memanglah cinta sejati sejak dari bangku sekolah.. kenal peribadi mereka sama-sama.. dan aku tengok memang loving couple.. mereka ini kawan baik aku.. anak pun dah 3 orang.. Si suami sama tempat kerja dengan aku di tanahair.. cuma beza fakulti jek.. Aku kagum dengan kisah cinta mereka... setia sejak dari sekolah dan tak pernah mahu bercinta dengan orang lain..

Kisah 3 :

Suami adalah bos di tempat kerja.. Dia adalah kerani biasa.. Kebetulan si bos ini baru sahaja pulang belajar dari UK.. muda.. kacak dan single.. Sebelum itu.. dia selalu berkenalan dengan lelaki yang lebih muda dari usianya.. Keluarga terutama mak dia tak suka sangat.. Kebetulan ada kenduri kawin rakan sepejabat yang sama kampung dengan dia.. si bos ini datanglah ke kenduri kawin ini.. Ketika itu bos nie pun macam suka-suka dengan dia.. Mak dia pula berkenan dengan si bos.. yelah nama pun bos kan.. single.. kacak.. ada pangkat.. yang utama lebih tua dari dia.. Si bos berkenan.. dan dia pun suka.. mereka kawin.. dan kini ada 4 orang anak..

Suami isteri ini memang baik orangnya.. Aku rapat dengan isterinya.. tiap kali dia jumpa aku mesti tak pernah dia tak cium pipi aku.. Aku dah anggap macam kakak aku sendiri.. hati dia memang baik.. paling utama.. raya memang tak pernah tak pergi umah akak nie.. sebab dia masak sedap hehehe.. tapi paling utama kalau aku tak pergi mesti nanti dia merajuk dan marah aku.. Sama macam akak kat kisah cinta 2 tuh juga.. bila raya jek kalau aku tak sampai rumah dia... maka si suami akak tuh mesti akan call aku beritahu akak tuh dah bising tanya bila aku nak sampai.... raya hari tuh aku teringat akak nie.. dan raya tuh juga aku pergi rumah akak kisah cinta 3 nie buat kali terakhir beraya sebelum mereka balik hjg bulan depan.. sob sob sob :(

Kisah 4:

Bercinta dengan seorang gadis lepasan spm.. Setia dan suka.. hampir 5 tahun mereka bercinta.. kemudian satu hari.. entah bagaimana.. dia keluar makan dengan seorang rakan sepejabat.. sepupunya ternampak mereka berdua.. terus cerita mereka ini sampai ke kampung.. Tok wan dia terus datang ke rumah makcik dia (dia tinggal ngan makcik)... terus tanyakan hal siapa gadis sepejabat tuh.. terus ajak dia masuk minang gadis sepejabat tuh.. sedangkan pada masa yang sama dia sudah ada orang lain.. Aku pun macam pelik kronologi cerita kat sini.. tapi yang aku tahu.. tok wan dia terus masuk minang gadis pejabat tuh.. mereka terus bertunang.. dan kekasih dia nie pulak tak kisah langsung.. alasan kekasih dia.. dia tak sedia nak kawin.. so tak kisah dia kawin dengan orang lain pun.. Dia pun kawin dengan gadis sepejabat nie.. tapi pada masa yang sama masih terus bercinta dengan kekasih dia selepas itu selama 3 tahun hinggalah kekasih dia tinggalkan dia sebab orang lain.. dan kawin dengan orang lain.. Kata dia.. dia kawin dengan isterinya hanya sebab keluarga.. terpaksa sebab desakan tok wan.. tidak ada rasa cinta langsung.. sebab dia cintakan kekasih dia sebelum itu.. kini anak pun dah 3.. Masih bersama isteri atas sebab anak-anak.. Dia terlalu sayangkan anak-anaknya.. 

Agak tragis pada aku kisah cinta ini.. Tak cinta tapi terpaksa kawin.. Ada orang yang dicintai tetapi tidak dapat bersama sebagai suami isteri.. Hanya kekal sebagai kekasih gelap.. Tapi lebih aku tak faham adalah sikap kekasih dia tuh.. bagaimana pulak dia boleh tak kisah kekasih sendiri kawin dengan orang lain.. dan relakan diri terus jadi kekasih...

Pada aku.. jika kita sayangkan seseorang.. kita takkan benarkan orang lain miliki dia.. entahlah.. aku pun tak faham perasaan dan fikiran orang.. Usia perkahwinan dia seusia dengan perkahwinan aku.. Aku hanya mampu doakan dia & isteri terus bersama dan semoga ada rasa cinta untuk mereka berdua.. tapi bila dengar kisah cinta ini buat aku persoalkan.. sejauh mana sebenarnya rasa cinta sebenarnya?? Sanggupkah kita begitu?? Nilaikan sendiri.. Soal hati ini susah kita nak cakap kan..

Kisah 5:

Lelaki itu pernah bertunang 2 kali.. kali pertama dengan gadis sekampung.. tapi bila dekat dengan hari perkahwinan.. adiknya jumpa sigadis itu keluar dengan orang lain.. dia beritahu si lelaki ini.. mereka pun putus tunang.. kemudian.. lelaki ini pun bertunang pulak dengan pilihan keluarga.. kiranya sepupu sebelah ayah.. entah bagaimana.. dia jumpa pula seorang gadis lain semasa ke bandar.. dia jatuh cinta.. dan gadis itu pula tahu yang lelaki ini bertunang dan persoalkan tindakan dia.. Lelaki ini ambil keputusan putus tunang dan meminang gadis ini.. Mak dan ayah lelaki ini jadi tak suka pada gadis ini.. sebab tindakan lelaki itu putus tunang dengan sepupu pilihan mereka..

Bermulalah episod gadis ini sering dimarah-marah dan diperkecilkan dalam keluarga lelaki ini.. malah ketika dia mengandungkan anak pertama pun.. entah berapa kali dia pernah menangis mengenangkan nasib diri sebegitu.. tapi dia tetap sabar.. walau dikata.. dikutuk dan dibuat macam-macam.. dia tetap sabar.. kini anak pun dah 4 orang.. dah besar-besar pun..

Bila aku tahu kisah cinta ini.. Aku jadi lebih muhasabah diri bila aku putus tunang dulu.. sebab kes aku itu seolah satu sejarah yang berulang kembali.. lelaki yang aku ceritakan ini adalah ayah aku... dan gadis itu adalah mak aku.. Aku tak tahu kisah ini.. hinggalah peristiwa aku putus tunang terjadi.. dan kisah ini mak ceritakan pada aku.. baru juga aku tahu dulu arwah nenek tak suka dengan mak aku.. tapi pada aku dia memang sayang sangat sebab aku cucu perempuan sulung... tapi ketika penghujung hayat arwah nenek.. arwah nenek memang sayang sangat dengan mak.. hingga kini pun.. mak selalu mimpikan arwah nenek... pernah mak sakit kaki sebab jatuh motor.. malam itu mak mimpi arwah nenek datang jumpa dia tanyakan keadaan kaki dia yang sakit itu.. Tak percaya?? ye ini kisah benar sebenarnya.. Aku kagum gak dengan kisah cinta mak dan ayah aku nie ;)

Kisah 6 :

Mereka berkawin atas pilihan keluarga.. Si gadis datang ke tanah melayu bersama keluarganya untuk melawat sanak saudara di situ. Si lelaki pula merantau ke tanah melayu mencari rezeki.. Mereka berkahwin di selatan tanahair.. Setelah berbelas tahun kawin mereka tidak ada anak.. Entah bagaimana satu hari, si suami terpaksa pergi ke burma untuk membina landasan keretapi maut.. tanpa dia ketahui ketika itu si isteri sedang mengandung.. dia pergi selama hampir 2 tahun di burma.. Nyawa dia masih panjang.. dia dapat pulang ke tanah melayu dengan sihat manakala adiknya pula meninggal di sana.. tak silap aku.. dia pernah berenang menyeberangi selat tebrau untuk pulang ke kampung.. Sampai ke kampung dia terkejut tengok isterinya sudah ada anak.. dan anak itu berusia 2 tahun.. dia tak percaya itu anak dia.. dan dia juga tidak mengaku itu anak dia.. si isteri menangis-nangis memberitahu kebenaran dan kesetiaan dia.. malah ramai saudara mara juga mengiakan.. si isteri itu tidak tinggal atau buat benda jahat dengan orang lain.. bertahun-tahun anak itu diabaikan.. dan pakciknya yang bongsu itulah yang menjaga dia seperti anak sendiri.. akibat dari itu.. si suami tidak mahu langsung buatkan surat beranak untuk anak itu.. hinggalah bila si anak mahu ke maktab perguruan.. barulah si suami itu bersedia membuatkan surat beranak itu.. itupun umur yang dicatitkan dalam itu muda 3 tahun dari usia sebenar jika tak silap aku.. mungkin pada masa itu.. si suami dah terima si anak itu sebagai anak kandungnya sendiri..

Aku tak boleh bayangkan perasaan si isteri itu.. bila si suami menidakkan kesetiaannya selama 2 tahun itu.. dan si isteri itu adalah arwah nenek aku.. dan si suami itu adalah arwah atok aku.. si anak itu?? adalah ayah aku.. Sebab itu dulu aku lihat ayah aku cukup taat pada orang tuanya.. tak pernah sekali aku lihat dia tinggikan suara dia pada mereka.. apa juga kehendak dia pasti dia akan turutkan.. malah arwah tok su.. (paksu pada ayah aku) sering bertandang ke rumah aku dulu.. dan ayah juga tidak pernah menolak apa juga permintaan arwah tok su aku.. malah anak-anak tok su juga dah lama anggap ayah sebagai abang sulung mereka..

Bila kisah ini terjadi dalam keluarga sendiri.. aku jadi lebih  sensitif.. sebab mengetahui semua kisah ini membuatkan aku lebih memahami karakter mak, ayah, arwah nenek dan arwah tok aku dulu.. Tanpa ada dugan dan cabaran itulah.. kita tidak akan mencipta sikap yang kita miliki sekarang..

Itulah antara rentetan kisah-kisah cinta yang pernah diceritakan oleh mereka kepada aku.. Aku kutip dan simpan sebagai pengalaman hidup.. aku nilai sebagai tauladan dan ingatan untuk diri sendiri.. Kadangkala bila kita tahu dan baca kisah cinta orang lain.. sedikit sebanyak kita juga akan menilai dan ingat kisah cinta kita sendiri...

Kenapa aku duk teringat semua kisah-kisah cinta itu?? sebab sebahagian daripada mereka yang aku ceritakan kisah cintanya sudah tidak ada di dunia ini.. dan aku rindukan mereka sangat-sangat.. dan semua mereka yang aku ceritakan juga kini di tanahair.. kecuali kisah cinta 3 yang bakal pulang tak lama lagi... Aku rindu mereka semua.. terutama arwah nenek... Al-fatihah untuk arwah nenek dan tok.. untuk kisah 1 dan kisah 4.. mereka adalah antara kawan baik aku.. dan dari mereka aku belajar memahami bahawa soal hati itu kadangkala kita sukar nak nilaikan...

Ubi kayu rebus dan sambal ikan bilis
Dengan secawan kopi panas..
Memang sedap makan masa hujan-hujan kan

p/s Mood rindu aku masih menebal...
Aku terlalu rindu sebenarnya..

Thursday, 1 September 2011

Sayang, Cinta & Kasih

Masih aku ingat pada hari ini.. Kami diijabkabulkan di rumah mak di kampung.. Selepas solat Zohor.. dengan 2 kali lafaz.. Akhirnya aku jadi milik dia.. dan dia jadi milik aku.. Tahun ini sudah lebih angka 10 ulangtahun perkahwinan kami.. Semoga Allah kekalkan cinta & kasih sayang ini hingga ke Syurga..

Masih ingat kisah cinta yang pernah aku tulis dulu.. Ketika menghampiri penghujung Ramadhan yang lalu.. Seorang rakan bertanya tentang kisah cinta aku.. Kata dia.. dia tertanya-tanya bagaimana aku kenal dia.. Kebanyakan rakan tahu kami sama sekolah dulu.. Cuma tidak ramai yang tahu bagaimana kami bercinta.. So satu petang itu.. Aku ceritakan serba ringkas kisah cinta kami.. Rasa macam ulang tayang jek versi kisah cinta yang aku tulis itu.. cuma kali ini aku ceritakan secara verbal pulak...

Kata rakan.. dia kagum dengan sikap dia.. Memanglah.. Dia di sini dikenali sebagai seorang jejaka yang amat 'Cool'.. Pendiam.. relak.. sentiasa senyum.. Sampai pernah ada yang cakap dengan aku.. Rasanya macam tak percaya kalau tengok dia marah.. Hahahaha.. Hanya aku jek yang tahu perangai sebenar dia.. tapi biasalah.. Kalau bab-bab membebel tuh.. memang orang nampak aku yang lebih dan aku yang lebih garang..

Hingga pernah ada orang kata aku dan dia selamba sahaja.. Tak nampak sangat romantiknya.. cuma aku sering dengar dari mulut rakan-rakan aku.. Dia ketara nampak sayangnya pada aku.. hahaha.. tapi aku?? Bukan tak nak tunjuk sayang depan orang.. Aku tak suka pamerkan kasih sayang aku.. Hanya mereka yang benar-benar rapat dengan aku.. tahu sejauhmana kasih sayang aku pada dia.. cuma aku tak suka zahirkan depan orang.. Namun kalau kat rumah.. yang hanya ada aku dan dia.. Itu tempat aku dan dia bermanja..

Cincin perkahwinan dan hadiah hari jadi..
Semuanya dari dia
Semoga cinta kami kekal hingga ke Syurga

Wednesday, 24 August 2011

Rasa sayang..

Salam Rabu..

People tend to write entries about wordless wednesday.. Rabu yang bisu.. tapi hari nie takde rasa nak jadi bisu.. but this entry will be long as usual ;)

Eh tajuk entri cam lagu.. tapi tidak ada kena mengena sama sekali dengan lagu rakyat itu.. Cuma sayang itu terlalu subjektif.. Betul 3 hari ini penuh dengan rasa-rasa itu.. Mungkin sebab lebaran pun dah makin dekat.. Hati pun dah makin sayu.. Teringat mak dan ayah kat kampung.. teringat kawan-kawan sepejabat kat tempat kerja.. teringat sahabat handai yang ada dimana-mana.. teringat kenangan masa aku pulang beraya tahun lepas.. rasa baru jek balik.. tup-tup dah setahun semua tuh kan.. cepat benar masa berjalan..

Puasa tahun ini Alhamdullilah masih lagi diteruskan.. Dah 24 hari aku berpuasa.. Alhamdullilah.. selalunya masa-masa ini dah masuk masa p dapur hahaha... biasalah org dah kwin nie kdg2 cakap tak nak toleh depan belakang.. Kawan aku pagi tadi bila aku cakap.. aku masih dapat berpuasa dan belum sampai masa 'itu' buat aku tergelak besar.. mana tak ye.. ayat dia yang selamba 'Tahniah sebab mengandung' wakakakah... aku nak balas balik pun takde idea.. Cuma aku mampu jawab.. "Yelah tahniah.. entah2 petang karang dah time.." pastu aku sambung gelak balik..

I'll missed her.. sebab bulan depan dia akan berhenti kerja di tempat aku.. dan bulan 10 dah nak balik ke malaysia.. semakin cepat masa berlalu.. satu persatu kawan baik aku balik ke tanahair.. Aku?? dah tak larat nak hitung bebanan hati aku tentang rasa dan perasaan aku tiap kali tengok sahabat-sahabat baik aku balik.. Sabar dan sabar.. itu sahajalah pesanan aku pada diri tiap kali aku rasa sedih dan sayu bila hantar mereka pulang di lapangan terbang..

Nie.. dah 2 minggu aku rasa demam rindu dengan suasana kat kampung.. Walaupun mulanya aku rasa aku mampu cool... sebab dah balik raya tahun lepas.. kononnya lah.. tapi entahlah kali nie aku rasa rindu aku dah maksimum... mood nak balik kampung dan balik for good memang terasa sangat.. tapi kerja-kerja yang aku kena buat masih belum mengizinkan aku.. mungkin bila Sv aku balik dari Greece minggu depan aku nak voice out cakap aku nak balik hjg thn nie.. so that dia boleh speed up aku ye rentak kerja.. penatlah.. aku penat nak tunggu dan tunggu dan ditambah kerja study aku.. I wanna go home.. It's so long.. too long

Tapi aku sentiasa ingat kata-kata kawan aku.. tak rugi menjadi orang yang sabar.. ye dengan itulah juga aku masih bertahan hingga ke hari ini.. Walaupun entah berapa banyak bebanan kerja yang dah aku buat.. Pagi tadi masa aku sembang dengan Nuch.. dia kata dengan aku.. study aku nie pelik.. yelah dia bersama aku dah lama kan.. dah 4 tahun.. apa aku buat.. apa aku lalui dia tahu kebanyakannya.. malah bila aku stress nak jumpa Sv pun.. dia selalu bg aku semangat sebab aku selalu cakap dengan dia sebelum p jumpa SV aku.. "Who knows I might cry after I see him.. just get ready tissue for me" dan dia selalu tanpa jemu akan beri aku semangat.. "No.. I know you'll not cry.. don't worry" dia tak tahu kadang2 aku dah nangis dulu sebelum pun jumpa SV.. hahaha.. For those who do Phd.. will agree with me.. so Tiny... just get ready yeah.. when the time come.. U always have my shoulder to cry on..

Aku rindu sangat-sangat waktu ini..  Tengok gambar nie pun ada rasa nak nangis..

Halaman rumah mak & ayah di pagi raya tahun 2010
Rindu nak balik kampung

Saturday, 13 August 2011

Pilihan cinta.. Kali ini aku tak tahu nak kata apa..

Salam Sabtu..

Alhamdullilah dah selesai sahur.. Kejap lagi nak solat subuh.. Sebelum tido pkl 1 lebih tadi aku terbaca 1 email dari seorang adik nie di FB.. kawan pada adik lelaki aku.. sebenarnya sejak beberapa bulan nie dia mula rajin tegur aku sejak dia add aku dalam FB berkurun dulu.. itupun setelah aku sound adik aku.. kawan perempuan dia add aku.. tapi sorang pun tak nak tegur aku.. so sebelum aku unfriend ngan diorang.. baik tegur.. apa makna add aku.. kekonon sebab aku kakak adik aku.. dan mungkin diorg budget oneday akan jadi bakal kakak ipar diorang.. so diorg leh add camtu jek.. come-on lah have to put some afford nak tegur..

Setelah aku sound adik aku.. nahhh 2 orang kawan perempuan dia yang add aku tuh tegur aku.. hahahaha... sorang sebaya dan seorang lagik lebih muda.. Adik aku sebenarnya dalam dilema.. tak tahu nak pilih yang mana.. aku ye suggestion suh bawak balik jek jumpa mak aku.. dia pandai nilai.. dan based on my personal experiences.. korang semua dah baca kisah cinta aku kan.. I always trust my mum judgement.. doa ibukan mustajab.. actually aku dari dulu kalau stuck dgn apa2 masalah mmg maklah org yg sering aku rujuk sebenarnya.. nasihat ibu nie telus.. dia hanya mahukan yang terbaik utk anak2nya kan..

Well setelah diorg berdua tuh tegur aku.. aku pulak yang ada mix feeling.. hahahah.. aku fahamlah kenapa adik aku dalam dilema.. both are good decent gals.. so farlah..but xtaulah in person sebab aku tak pernah jumpa.. n dua2 pun tak jauh sangat.. cuma sorg tuh kira sama daerah ngan aku..

Last 2 week aku call mak.. dan ada tanya pasal soal 2 budak perempuan nie ngan mak.. and like I mention.. adik aku memang bawak balik jmpa mak.. well bagus sebab ikut nasihat aku.. cuma mak aku adalah komen sikit pasal budak prempuan tuh.. so at least I know lah yang mana adik aku suka.. dan mak aku prefer... Ada sikit isu politik gak dalam soal nie.. aku dah senyum... politik pun leh jadi isu.. Ini kami 1 keluarga dah sedia maklum.. mak dan ayah aku penyokong kerajaan.. tapi kan undi itu rahsia.. ;)

Sejak semalam aku tengok adik aku mula tag gambar salah seorang kawan perempuan tuh.. ohh I get the vibrate that he sort of choosing her.. dan tup2 pagi nie aku dapat email.. kawan seorang lagi email minta maaf dan beritahu dia dan adik aku dah takde apa-apa.. kesian pulak dengar... so far aku tak komen apa-apa.. ini soal hati.. adik aku yang nak kawin.. dan hanya dia yang  tahu mana yang dia selesa dan suka.. Aku tak nak masuk campur.. lagipun susahlah nak judge bila duk jejauh nie.. cuma aku boleh komen kalau boleh tak yah cari yang jauh2 lah.. biar dekat2 jek.. sebab adik aku tuh org harapan (boleh gitu hahaha) memang aku doa adik lelaki aku nie dapat isteri orang dekat2 jek.. senang.. lagi pun dia adik kesayangan aku.. sebab perangai dia dan aku are so a like.. mean.. sama jek.. sebab itu aku ambil berat pasal adik lelaki aku nie.. adik2 lain aku kurang sikit.. walaupun adik bongsu aku.. tak tahulah.. kalau adik lain tuh aku kurang sikit nak beri perhatian.. tapi adik yang sorang nie.. memang aku paling sayang sebenarnya.. dengar dia buat mak aku marah dan susah hati.. aku terus email dia sound.. lagipun sebab dia nie paling dengar kata.. dan tak banyak soal.. lagipun masa dia kecik2 dulu.. akulah yang menjaga dia sampai dia masuk sekolah.. dulu nak kemana-mana pun akulah bawak dia naik motor keliling kampung.. kira peneman akulah.. sampai dia nak kawin nanti.. aku dah plan nak sponsor part of kenduri.. nie kalau adik2 lain tau nie sure jeles.. but well.. what can they say.. it my choice and my money..

Selalunya kalau kes2 soal cinta nie.. kalau melibatkan kawan-kawan aku biasanya punya kata-kata nak nasihatkan.. tapi kali nie.. aku benar2 kehilangan kata-kata.. Kesian pun ada.. nak cakap lelebih nanti seolah-olah macam aku beri harapan pulak.. lagipun aku memang tak  tahu sangat kisah cinta diorg berdua nie.. mungkin dah lama kenal.. mungkin baru lagi.. lagipun susah cakap hantar thru email dan fb jek.. lagipun adik aku dah besar.. dah nak dekat 30 thn pun.. bukan ye budak2 lagik.. he shud know what the best for him kan.. Lagipun aku tak nak decide apa2 untuk dia..

Apa juga.. aku doakan andai pilihan adik aku itu yang terbaik.. Aku doakan semoga itulah jodohnya hingga ke syurga.. seperti mana kisah aku.. kadang2 kalau Allah dah tentukan memang itu jodoh dia.. walaupun awalnya telah ditolak.. mungkin yang ditolak itu jodohnya.. My love story prove that already.. Aku doakan yang terbaik untuk adik aku.. tapi kalau ikut firasat aku.. yang dia tolak ini lebih aku suka sebab dia nampak lebih matang.. but I don't wanna say too much.. Love is something hard to decide..

P/s aku dah layan 21 episod cerita Nora Elena..
Gigihlah layan sebab si kueh bakar kata ada kesamaan dgn kisah cinta aku..
Yeah.. I wud say 50-60% tuh ada sama.. cuma bab kena 'rape' tuh takde dalam cerita tuh...

Nanti kalau aku dah habis tgk episod tuh aku rasa nak ulas sikit cerita tuh..
Ada yang rasa cam xlogik.. ada yang rasa cam tah apa-apa..
Tapi biasalah drama kan..  yg tak logik pun leh jadik logik gak..
Apa pun aku lebih suka 'Eid' dari 'Seth'..
Eid remind me of someone that I know (bukan B tau)..
Kesabaran 'Seth' tak sama dgn kesabaran pakwe aku hahahaha.. totally different..
Ok lain kali review ;)

Saturday, 30 July 2011

Tiba-tiba ingat dia..

Aku pernah ditanya oleh seseorang lama dulu..

Andai aku jumpa dia.. mana tahu aku mungkin kawin dengan dia..

Tapi jawab aku.. tak mungkin sebab aku kenal pakwe sejak umur aku 13tahun..

Mungkin juga tidak.. sebab ditakdirkan jodoh aku dengan pakwe..

Kadangkala pernah juga terfikir bila kita lihat pasangan orang lain..

Terfikir mengapa si dia bukan seperti itu.. (ini biasa lumrah bagi sesiapa pun)

Namun.. Bila aku fikir-fikir mendalam lagi..

Itulah jodoh namanya... dan itulah dirinya..

Seperti mana dia terima diri kita (yg juga serba kekurangan)..
Maka seharusnya juga kita terima dia yang serba kekurangan juga..

Tiada manusia yang sempurna..

Adakala kita lihat hidup mereka bahgia.. tenang.. gembira.. lengkap semuanya..

Namun kita tidak tahu.. mungkin hati mereka rasa kosong atau ada kekurangan lain yang tidak dilihat oleh kita..


Aku syukur punya dia..

Bila aku tidak sempat buat sarapan pagi..

Dia tidak kisah untuk masak nasi goreng atau mee goreng untuk aku..


Bila aku kelam kabut nak buat roti bakar di awal pagi..

Aku lihat dia sedang buat chicken atau sosej wrap untuk aku..


Bila roti di rumah dah habis..

Dia sanggup rebus spaggeti dan buatkan mee goreng untuk aku bawa bekal esok hari..


Bila aku pulang dengan letih ke rumah.. dengan mood malas nak masak..

Aku masuk dapur terlihat lauk sudah siap dimasak dalam periuk..


Bila aku mengadu sakit bahu dan leher..

Dia tanpa banyak soal urut bahu dan leher aku hingga aku rasa lega..


Bila aku tensen atau stress dengan kerja-kerja study aku..

Aku sentiasa ada dia untuk bermanja dan hilangkan rasa sedih tanpa banyak soal..


Bila aku rasa rindu..

Dia sentiasa ada untuk buat aku kuat dan bertahan rasa hati..


Bila aku marah-marah atau takde mood nak bercakap..

Dia sentiasa sabar layan mood aku.. walaupun tanpa bercakap apa-apa..


Bila aku teringin nak makan masakan dia..

Dia akan buat untuk aku tanpa banyak soal..


Bila aku sedang sibuk menelaah kerja-kerja study aku..

Kadangkala.. dia bawa sepinggan makanan dan letak di sebelah meja study aku..


Walaupun kadangkala ada yang aku tak puas hati pasal dia..

Namun aku tetap sayang dia buat selama-lamanya..

Dia tetap pilihan aku.. walau seribu.. sejuta pun pilihan lelaki lain yang mungkin lebih hebat dari dia..

Bila sahaja aku bersama dia.. walaupun dia diam seribu bahasa..
Aku tahu dia sayang aku.. dan aku sayang dia..

P/s Ini pesal mood jiwang nie?????
Sorrylah..
Kepala tengah pening nak siapkan report nie...


Perut rasa lapar pulak..
Tiba-tiba rindu dia..
Ke aku rindu masakan dia time aku lapar nie..
Takpelah..

Aku makan maggi kari yang kawan sebilik aku tolong belikan tadi..
Sob.. sob.. sob..

Tuesday, 26 July 2011

Bila takdirnya untuk jatuh cinta sekali lagi..

Ya.. Cinta tidak boleh dipaksa..
Kasih sayang juga tidak boleh diminta-minta..
Rindu.. itu lumrah pada yang bercinta..
Namun kecintaan pada yang Esa tetap kekal selama-lamanya..


Andai Allah sudah takdirkan begitu laluan hidupnya..
Walau bagaimanapun kita cuba untuk lari dari ketetapan..
Pastinya laluan itu juga yang kita tempohi..

***********************************************************************************************************
Sambungan dari sini

Aku pandang semula beg berwarna kelabu itu berulang kali.. Aku pandang muka dia.. Aku pandang sekeliling.. Dia mula merasa pelik dengan kelakuanku.. Lantas mulut aku berkata..
"Abang.. TCC kenal beg nie.. Ini beg B" aku mula rasa serba salah..
Dia pandang muka aku.. Riak mukanya begitu tenang sekali.. Dia lantas berdiri berhampiran denganku.
Aku mula memandang ke depan.. mata aku kembali melilau memerhati sekeliling.. Aku mula mencari-cari B..

Tiba-tiba dari jauh.. Aku nampak B.. Dia berjalan agak pantas mendekati aku.. Riak mukanya nampak bengis sekali. Aku mula rasa takut. Dia yang ada di depan aku mula mendekati aku. Lalu dia berkata dengan perlahan..
"TCC.. jangan risau dan panik ok.. tenangkan diri"
Aku pandang wajah dia.. Aku cuba tenangkan diri aku.. tapi hati aku semakin berdegup kencang..

Beberapa saat kemudian.. B datang menghampiri aku.. Aku memandangnya dengan sedikit senyuman..Wajahnya langsung tidak mahu memandang muka aku.. Degupan jantung aku semakin laju..

B mula bersuara.. "Assalamualaikum.."
Dia menjawab salam B "Waalaikumsalam"
"Awak tahu tak.. Ini tunang saya" kedengaran suara B mula meninggi..
Dia mula memandang wajah aku.. Aku mula rasa panik.. Tak lama kedengaran dia berkata..
"Saudara.. Boleh tak kita bercakap di sana.. tak elok rasanya di sini"

Dia mula bergerak menjauhi aku.. lebih kurang 20 meter dari tempat aku berdiri.. Aku dah mula risau.. Takut berlaku adegan tumbuk menumbuk atau bergaduh pulak.. tapi melihat sikap dia yang begitu 'cool' dan tenang.. Buat aku semakin respek pada dia.. Riaksi B langsung tidak menunjukkan sikap mahu mengalah.. tapi dia turut bergerak mengikuti dia.. Dalam sayup-sayup perbualan mereka, aku terdengar serba sedikit inti pati perbualan mereka.. perkataan tunang.. ganggu..kacau.. buat apa kat sini.. kedengaran berkali-kali..

Aku yang memandang mula rasa serba salah.. Aku rasa bersalah.. tapi hakikatnya.. aku tidak buat apa-apa yang menyalahi pun.. aku hanya sekadar jumpa dia tak sampai pun 2 3 minit.. Lagipun bukan ye kami buat yang bukan-bukan.. Mengetahui sikap B yang memang tidak pernah mengalah dan panas baran itu.. buat aku terus rasa bosan..

Aku mula mencapai gelas dan piring yang diletakkan di motor dia. Aku buka langkahku untuk naik ke tingkat 2.. Apa yang mereka bualkan atau katakan aku dah tak nak ambil tahu.. Aku rasa semakin bosan.. Kepala aku 'blank'.. Bila sahaja aku mula menaiki beberapa anak tangga.. Aku lihat B berpaling memandang aku.. B mula mengejar aku.. Dia pula seolah tergamam melihat tindakan B..

Aku pula semakin pantas berlari menaiki tangga.. B mengejar aku.. Sedang aku kelam kabut berlari ke tingkat 2.. Aku dengar suara dia di tingkat bawah..
"TCC... Ok tak?? Tak ada apa-apa ke?" kedengaran suara dia yang penuh rasa risau
Belum sempat aku menjawab apa-apa.. tiba-tiba B menyampuk..
"Awak jangan cuba nak naik.. Nanti tak pasal-pasal awak kena"

Aku yang mendengar kata-kata B terkejut.. 'Angkuhnya' itu yang aku sebut dalam hati.. Namun untuk tidak membuatkan dia ternanti-nanti.. Aku pun berkata
"Takpe.. TCC ok.. Baliklah.. TCC ok.. Jangan risau"

B memandang aku dengan bengis.. jarak antara dia dan aku hanya beza beberapa anak tangga sahaja.. Mulanya aku mahu terus masuk ke rumah.. tapi aku rasa aku perlu berikan dia peluang untuk berkata-kata.. Kalau dia nak marah sekali pun.. Aku nekad untuk mendengar semuanya.. Biar semuanya diperjelaskan malam ini..
Akhirnya aku tiba ke pintu rumah.. Aku duduk di tangga berhampiran sambil menarik nafas.. B mula mendekati aku.. Wajahnya masih seperti tadi.. Aku hanya mampu tunduk memandang gelas dan piring kecil di tanganku. Aku letakkannya di sisi. Aku angkat mukaku dan pandang B.

"Sejak bila selalu jumpa lelaki tuh" B bertanya dengan nada yang masih tinggi..
"Tak lah.. Kebetulan malam nie dia nak datang jumpa TCC"
"Buat apa dia datang?"
"Sahajalah datang menjengah.. bukannya buat apa pun"
"Ingat diri sikit.. U tuh tunang I.." Nada suara B semakin meninggi..

Aku diam.. malas nak cakap apa-apa.. B pandang muka aku dengan riak yang marah.. Aku pula.. makin rasa bosan.. Kepala aku dah tak mampu nak fikir apa-apa waktu itu..
"Ok.. I nak tahu.. TCC kena buat pilihan.. I atau lelaki tuh?" kata B lagi..
Aku diam.. kepala aku blank.. hati aku blank.. Aku rasa bosan sangat.. Lantas aku jawab
"Entahlah.. I tak tahu.. Malas nak fikir"
"I tanya.. I atau dia.. TCC kena pilih sekarang.." Suara B makin tinggi
"Tak tahu.. I tak leh nak fikir apa-apa.. nak pilih siapa.. kita borak lain kali lah" Aku mula berdiri..

B mula menghampiri aku.. Dia cuba halang aku dari masuk ke rumah.. Muka dia masih lagi bengis seperti tadi.. Soalan yang sama diulang lagi..
"Pilih I atau dia.. I nak tahu jawapannya malam ini"
Kali ini rasa marah aku pula datang meluap-luap.. Rasa bosan dengan sikap B buat aku tambah meluat..
"Kan dah TCC cakap.. TCC tak tahu.. tak boleh nak fikir apa-apa malam ini.. I letih nak masuk rehat"
B cuba halang aku masuk ke rumah dengan menghadang tanganku dari membuka pintu rumah.. Kali ini rasa marah aku semakin menjadi-jadi...
"Eh.. tak faham-faham ke.. I nak masuk rumah nie.. I tak nak fikir apa-apa malam nie.." Kali ini aku cuba tepis tangan B yang menghalang aku...

Tiba-tiba.. Pintu rumah aku dibuka dari dalam.. Rakan serumah aku muncul dari dalam.. Tiba-tiba kedengaran rakan aku berkata..
"TCC.. U ok??" rakan aku pandang muka aku dan B..

Aku pandang muka rakan aku.. Syukur dia muncul tepat pada waktunya.. B nampaknya mula berundur ke belakang.. Tangannya yang menghadang pintu tadi dilepaskan.. Aku berjalan bergerak berdiri di depan pintu.. sebahagian badanku sudah berada di muka pintu.. Aku pandang muka rakanku.. dan mengangguk perlahan "Aku ok.. jangan risau" kataku perlahan

"Tadi ada orang call.. lelaki.. tanya ko ok ke tak.. dia minta aku tengok keadaan ko tadi.. tuh yang aku buka pintu nie" kata rakanku..

Aku pandang muka rakan aku.. Aku tahu siapa yang dia maksudkan.. dan aku bersyukur.. Dalam aku begitu berserabut.. masih ada yang mahu ambil berat pasal aku.. Aku pandang pula muka B.. Dia masih macam tadi.. Bengis.. marah.. tapi aku dah malas nak cakap banyak.. Aku lalu berkata dengan perlahan.. "Dahlah B.. baliklah.. esok sahaja kita bincang ok.. I letih.. Selamat malam"

Tanpa menunggu sebarang jawapan dari B, aku terus tutup pintu rumah.. Bila sahaja aku berada dalam rumah barulah aku mula tarik nafas lega.. Rakan yang bertanya tadi mula memandang wajah aku.. Aku mengangguk perlahan.. Aku capai tuala dan terus ke bilik air.. Mandi.. Solat dan terus masuk tidur..

Beberapa hari selepas itu.. (Aku pun dah lupa)

Aku dan B bertemu.. Kali ini kami mampu berbicara dengan lebih rasional.. Soalan tentang pilihan itu masih lagi ditanya oleh B.. Tapi seperti sebelumnya aku tetap tidak mahu menjawab soalan itu.. Yang kami bualkan adalah tentang masa depan kami.. sikap panas baran kami berdua.. sikap dia yang begitu cemburu.. apa yang aku rasa.. apa yang B rasa..  Ketika itu aku dah 2 bulan bertunang dengan B.. Kepala aku dah semakin berserabut.. Aku masih ingat aku beritahu B..
"Andai kita tetap mahu teruskan pertunangan ini.. TCC amat yakin.. kita tak mampu bertahan lama.. kita akan bercerai.. so untuk apa kita teruskan.. U panas baran.. TCC pun panas baran.. kita berdua tak serasi lagi macam dulu.. lebih baik kita berhenti di sini sahaja"

B mendengar kata-kataku tanpa berkata apa-apa.. Dia diam sahaja.. Sebenarnya banyak yang kami bincangkan.. Aku minta B fikirkan semula semua kata-kata aku.. Lagipun aku sendiri pun dah nampak hubungan kami tak kan kemana-mana.. banyak faktor yang menyebabkan aku kini sudah rasa tidak mahu lagi meneruskan hubungan kami..

Sebenarnya sebelum pertemuan aku dan B ini.. Aku dah call mak untuk minta pendapat dia.. Aku beritahu dia semua yang berlaku pada malam itu.. Aku masih ingat aku menangis dalam telefon menceritakan semua yang berlaku.. Waktu itu aku memang nekad mengikut sahaja apa juga keputusan mak.. aku nekad minta mak buat keputusan untuk aku.. sebab aku kini dah buntu.. tak tahu nak buat apa lagi.. Mak mencadangkan.. andai aku mahu putuskan pertunangan tuh.. biarlah tunggu 3 bulan.. dia juga berpesan pada aku.. supaya jangan jumpa dia buat masa ini.. Ini untuk menghormati perasaan B..

Esoknya.. Aku terima panggilan telefon dari B.. B putuskan yang dia mahu berpisah dengan aku.. Dia yang mahu putuskan pertunangan kami.. Aku ingat lagi kata-kata B
"Sampai sinilah hubungan kita.. Kita putus tunang.. beritahu mak.. B akan hantar barang-barang pertunangan ke kampung TCC"

Aku diam.. Sedih pun ada.. sayu pun ada.. hubungan percintaan kami selama 5 tahun itu putus akhirnya.. Sayang?? sudah tentu aku masih ada rasa sayang waktu itu untuk B.. 5 tahun itu bukanlah tempoh yang sekejap.. terlalu lama aku kira.. tapi takdirnya.. bukan jodoh kami.. Aku ucapkan terima kasih pada B.. lantas aku ambil kesempatan itu untuk meminta maaf andai ada salah silap aku... Aku terima keputusan B untuk berpisah dengan hati terbuka.. Bukan sebab kerana aku ada dia sebagai penganti maka aku rasa aku ok.. Tidak!!!.. Cuma waktu itu aku rasa aku dah tak mampu lagi bertahan dengan B.. cukuplah..

Aku call mak selepas itu.. Aku beritahu mak tentang keputusan B.. tentang apa dia yang beritahu aku.. Mak berulangkali ingatkan aku.. sabarlah.. Aku rasa mak tahu yang aku sedih.. tapi pada masa yang sama.. Aku dan mak tahu.. Keputusan itu yang terbaik untuk aku dan B..

Beberapa minggu selepas itu.. B datang ke kampung membawa semua hantaran pertunangan.. Cincin pertunangan juga aku berikan pada mak untuk diserahkan pada B.. Ketika dia datang itu aku tidak pulang ke kampung.. Sebenarnya selepas B call aku untuk beritahu yang dia mahu memutuskan pertunangan.. dia juga pernah beberapa kali call semula untuk memujuk aku.. malah pernah juga datang jumpa aku di tempat kerja.. tapi semuanya aku abaikan.. Kata aku satu.. "Keputusan telah dibuat kan.. Cukuplah" Waktu ini aku dah nekad.. aku dah takkan patah balik lagi.. What is done.. is done.. I'm moving on..


Hubungan aku dan dia masih berjalan seperti biasa... Dia masih call aku seperti selalu.. Ketika itu aku seolah seperti hilang arah.. 'depresss'.. 'sedih'.. 'sayu'.. mujur aku ada dia.. sedikit sebanyak dia bantu aku untuk teruskan hidup.. waktu itu aku benar-benar rasa serik mahu bercinta lagi.. malah dengan dia pun aku mula rasa bosan.. entahlah.. emosi memang tak stabil kan.. Oleh kerana masih ada gangguan dari B, atas permintaan dia.. Dia minta aku tukar kerja ke tempat lain.. Kebetulan waktu itu HQ sedang berpindah ke Shah Alam... aku ambil kesempatan itu untuk minta ditukarkan ke Shah Alam... Alhamdullilah.. permohonan aku diluluskan.. dan aku mula berkemas barang untuk urusan perpindahan..

Aku tinggalkan bandar Kajang dan BBB dengan penuh kesedihan.. banyak memori aku di situ.. Suka duka.. pahit manis.. kenangan.. name it.. banyak yang telah aku lalui.. Kali ini aku nekad untuk mulakan hidup baru.. Lupakan yang dulu.. dan teruskan hidup..

Sebenarnya selepas sahaja aku putus tunang.. Perasaan aku pada dia masih seperti dulu juga.. Masih takde rasa apa-apa.. sayang pun tidak.. cinta pun tidak.. Kali ini aku seolah-olah sudah tidak mahu bercinta lagi.. serik.. aku takut kecewa dan aku juga rasa penat.. penat mahu bercinta lagi.. penat mahu mengenali dan memahami lagi... lagipun.. kali ini aku mahu pastikan.. pilihan aku diterima oleh mak dan ayah terlebih dahulu.. barulah aku fikir tentang hati aku pula..

Aku pernah tanya secara berterus terang pada dia.. Apa perasaan dia pada aku.. Adakah dia serius dengan aku.. dan aku masih ingat dia beritahu aku.. Perasaan dia pada aku dah lama.. Sejak aku berumur 13tahun lagi.. dan dah bertahun-tahun dia menunggu aku.. walau entah berapa kali aku tolak diri dia.. tapi apa dia rasa pada aku tidak pernah berubah.. dan kini.. bila aku sudah ada di depan mata dia.. dia nekad tidak mahu lagi melepaskan aku.. dan juga tidak mahu lagi mengalah.. sebab itu walaupun aku sudah bertunang.. selagi aku belum kawin.. dia rasa dia ada peluang... Aku terdiam mendengar kata-kata dia..

Satu hari aku pulang ke kampung dengan dia.. Sebenarnya ada tujuan... Aku nak temukan mak dan ayah aku dengan dia.. Aku nak mak dan ayah aku lihat dan tengok sendiri perangai dia.. Aku masih ingat ketika dia meletakkan kereta proton iswara aeroback di bawah pokok rambutan rendang di depan rumah.. Entah dari mana.. Ayah keluar dari rumah.. Yang buat aku semakin pelik.. Ayah dengan ramahnya jemput dia masuk ke rumah... dan tinggalkan aku seorang diri di luar rumah.. Waktu ini aku dah tersenyum dalam termanggu-manggu.. Apa mimpi ayah aku hari ini.. Ya.. dan buat pertama kali juga dalam hidup aku.. Dialah satu-satunya lelaki yang ayah aku jemput dari kereta.. dan dipelawa hingga masuk ke rumah... Dan aku takkan lupa insiden itu hingga ke akhir hayat aku..

Bila dia pulang.. Aku pun mula tanya mak aku secara terus terang.. Perasaan mak aku tentang dia.. dan aku juga minta mak tanya perasaan ayah pula... Setelah mendapat persetujuan dari mak dan ayah.. Akhirnya selepas setahun, kami ditunangkan.. kami bertunang 7 bulan sahaja.. dan ketika bertunang itu aku mendapat tawaran untuk berpindah kerja di Perak.. 2 bulan aku masuk kerja di tempat baru.. Aku dan dia akhirnya menjadi suami isteri... dan setahun selepas itu.. kami ke luar negara kerana aku sambung pengajian aku di peringkat master pula...

Kini Alhamdullilah.. kami masih bersama.. Dia kini sekali lagi mengikut aku ke luar negara.. Serasa baru sahaja aku kenali dia ketika umur aku 13tahun... seolah-olah kenangan itu semua baru sahaja berlaku.. tak sangka dah lebih 20 tahun aku kenali dia.. dan juga dah lebih 10 tahun kami diijabkabulkan... Semoga jodoh kami membawa ke syurga hendaknya...

Tamatlah siri kisah cinta ini... Ia banyak mengajar aku tentang pengalaman dan kenangan.. Ia tidaklah seagung kisah cinta orang lain.. tapi cukuplah ia menjadi cerita untuk dikenang agar rasa cinta itu semakin membara..

Adakala kita mengharap cinta..
Tapi cinta itu bukan milik kita..
Adakala kita menolak cinta..
Namun andai itu jua jodoh kita..
Bersama juga akhirnya...

Writing all this bring lots of memories... what I feel about B.. how I feel about 'Dia'..
Cukuplah aku kenang cerita ini.. Aku mahu tutup memori silam.. dan teruskan kehidupan...

I always love him.. 
Even more everyday.. 

P/s He called..
Abg nak beli roti nie.. Nak roti yang camna nie
Alah yang biasa beli tuhlah..
Yang tebal ke yang nipis??
Alah yang biasa beli..
Takpelah kang abg beli kat farm food..

Tengok nak beli roti pun call tanya..
You make my day my dear ;)
Yeayy.. Esok leh bawa roti bakar kaya

Friday, 22 July 2011

Tukang cuci bercinta dengan penuh dugaan..

Wah tajuk entri aku.. Ahaks.. kasi jiwang sikit lah kan.. Selalu skema jek.. mana boleh.. Ok.. Sebelum aku meneruskan kelajuan jari jemari aku menaip nie.. Aku mahu membebel sat pasal kerja aku.. Biasalah dah tukang cuci.. Ingat kerja tukang cuci takde stress ke?? Takde politik... Walaupun cuci mangkuk tandas dan singki.. politik tetap ada tau..

Finally aku selesai cover kerja org ari nie.. Dah 2 orang tegur aku hari nie cakap "Finally it's Friday ;)" dan aku pun jawab "Yeay" dengan gerak badan yang agak ngada-ngada.. Tak kisahlah.. kitaorg kat tempat kerja nie memang cenggitu... kalau jumaat jek semua pakat happy.. sebab esok lusa cuti weekend.. Isnin jumpa balik semua moyok jek ahaks... Cuma aku pelik sikit dengan diri aku hari nie.. Sebab aku kena cover department HR.. entah camna aku boleh selamba naik p department aku kat SDS tuh.. dah sampai tingkat 6 baru aku sedar.. 'Ehhh bukan aku patut p buka pintu besar kat HR ke?' dah sudah aku kena turun balik level bawah p buka semua pintu2 masuk ke bangunan utama.. Udahlah pintu tuh jenis pintu gerbang camtu.. punyalah berat ya amat nak tarik buka.. tapi tiap kali buka pintu nie aku memang suka.. sebab view dia memang best.. Pastu lagik best.. lepas jek buang sampah dari department aku.. leh pulak p naik lif naik ke department sendiri.. walhal tuh aku patut terus jalan p HR nak p buang sampah lak.. Aku rasa aku nie banyak fikir hari nie.. atau sebenarnya aku mamai.. maklumlah.. aku tidur hanya 3 jam ari nie.. bangun dkt pkl 3 pg.. kelam kabut.. sahur sebab subuh masuk pkl 3.09pg.. lepas subuh.. solat.. terus tak tidur sebab buat kerja sampailah dkt pkl 5.20pg.. mandi.. dan keluar rumah untuk ke tempat kerja lak.. so sampai sekarang nie.. masa aku duk menaip nie dah nak pkl 10.38pg. ye aku tak tidur dari pkl 3pg tadi nie... takut krg time pkl 1 2 kang aku ngantuk giler..

Ok.. Settle membebel... Harapnya.. jemari aku mampu terus menaip kisah cinta seterusnya... dan aku pun harap.. ini penamat kisah cinta aku nie.. Udah penat mau fikirlah.. bukan apa nak flash back n ingat2 balik tuh ambik time juga kan...InsyAllah.. TCC.. u can do it babeh... Ahaks ;)

********************************************************************************************************************
(Kasi letak bintang buat borderline)

Sambungan sebelum ini

Tahun ke 3 1/2 di UKM.. Menghampiri penghujung tahun 90an..

Ketika ini aku berada di semester terakhir.. Semua subjek wajib fakulti dah aku ambil.. malah thesis tahun akhir pun dah settle.. aku masih ada 2 subjek luar fakulti yang perlu diambil.. itupun kelas 2 minggu sekali.. Walaupun belum habis pengajian sepenuhnya.. Aku dah mula dapat offer kerja.. dan seperti yang aku ceritakan dalam entri sebelum ini aku terima tawaran kerja sebagai tenaga pengajar di sebuah kolej di Kajang.. sebabnya dekat dengan rumah sewa aku dan pada masa yang sama.. jika aku perlu ke kelas untuk menghadiri kuliah.. aku boleh pergi bila-bila masa.. Alhamdullilah masa kerja ku juga terlalu fleksibel sebenarnya.. aku tidak perlu masuk kerja awal pagi.. cuma selalunya aku akan balik lewat malam kerana aku mengajar kelas part time diploma dan sijil di sebelah malam.. selalunya kelas akan habis pkl 10malam.. dan aku biasa akan sampai rumah pada pkl 11 malam (pesal lambat sampai.. biasalah sebelum balik umah singgah p makan dulu ).. Kerana tempat kerja dekat dengan rumah sewa di BBB aku takde masalah nak pergi dan balik kerja nie.. Paling utama kerja fleksibel.. hari aku takde kelas.. aku tak perlu pun datang kerja.. takde punch in atau out.. sekadar tulis kat buku jek pkl bape aku datang.. so aku enjoy lah mengajar pelajar-pelajar sijil dan diploma nie.. Diorg pun ramai yang lepasan SPM.. dan aku pulak lepasan uni.. muda juga ;)

Menghampiri 6 bulan bekerja.. aku akhirnya tamat pengajian.. aku selesai pengajian selama 3 1/2thn sahaja daripada program asal yang 4 tahun (Pada ketika ini batch kami boleh habiskan pengajian selama 3tahun jek.. tapi aku tak ikut geng2 yang lain pulun ambik subjek sampai takleh nak bawak.. aku take my time.. paling utama aku skor every semester.,. ramai kawan2 aku kantoi CGPA sebab bantai ambik banyak2 subjek sebab nak grad 3thn punya pasal).. Setelah selesa di tempat kerja baru.. environment baru.. pelajar-pelajar baru..  life pun rasa steady jek walaupun sekadar mengajar diploma & sijil jek.. Hubungan cinta aku dengan B masih macam dulu.. Kali ini kami dah mula merancang nak bersama di gerbang perkahwinan.. apatah lagi masa tuh aku dah habis belajar.. dah mula kerja.. dah mula rasa sesuai nak berumah tangga..

Entah macamana.. Pada satu malam... Kebetulan aku memang takde kelas malam tuh.. dan pulang awal ke rumah.. Ada panggilan telefon dari kampung.. Mak call aku... Dialog ye lebih kurang begini..

"Hello.. Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam.. Oh Mak"
"TCC.. Ko sihat ke?"
"Alhamdullilah sihat mak.. Mak sihat ke?"
"Mak sihat aje.. Ayah ko pun sama.. Mak call nie nak beritahu ko.."
Aku dah pelik masa nie... "Beritahu apa tuh mak"
"Nielah tadi.. Z call kampung.. dia cari ko.. katanya dia nak pindah kerja ke Johor.. dia sajalah nak tanya khabar ko.."
"Ok.. pastu mak"
"Apa lagi.. mak bagilah no telefon rumah sewa ko nie.. Mak rasa esok dia call ler ko tuh"
Masa nie aku dah terdiam.. sambil fikir laju-laju.. Apa mimpi mak aku bagi no telefon aku kat mamat tuh nie.. Alahai... Penat-penat jek dulu aku warning dia jangan cari aku.. itu kata hati aku.. tapi yang keluar dari mulut aku..
"Yelah Mak.. kalau dia call nanti TCC jawablah.. terima kasih mak beritahu"
"Ingat tuh.. mak dah bagi no telefon ko.. nanti esok dia call ko"
"Ok mak.. terima kasih.. Ok mak ye.."
"Ok.. Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam"

Lepas tuh aku menung panjang... tengah cuba nak compute dan proses data yang baru jek aku terima... Apa lah mimpi mak aku nie.. Bukan dia tak tahu aku ada pakwe dah... Nampak kan betapa gigihnya mak aku jadi match making aku hahaha... Sanggup beritahu aku pasal dia bagi no telefon umah sewa aku tuh.. Yang paling best siap cakap lagik.. 'Esok dia telefon ko' Alahai.. Masa nie aku sudah pening kepala... Di sana menunggu di sini menanti lah kisahnya..

So.. Hari yang ditunggu-tunggu.. Ye malam esoknya.. Memang dia call aku... Seperti yang aku sangkakan.. dia beritahu aku yang dia memang sengaja cari aku.. dan minta izin dengan mak aku untuk dapatkan no telefon rumah.. Alasan dia.. Dia merancang nak pindah kerja ke Pasir Gudang, Johor di bawah syarikat yang sama cuma berpindah cawangan jek..  Bukan apa sahajalah nak ucapkan selamat tinggal camtu kot-kot tak jumpa aku lagi ahaks.. wah ayat... sebenarnya lebih kurang kes cam nak bawa diri sebab cinta tak diterimalah.. tapi sebelum pergi haruslah bagi tahu dulu.. mana tahu kot ada rasa simpati atau kesian.. kot ada peluang lagi kan...(ini lebih kurang aku ye kesimpulan masa tuh.. hahaha)

Entah macamana.. sejak panggilan telefon malam itu.. kami kembali berbual mesra.. kali ini aku rasa aku berbual dengan dia lebih mesra daripada tahun-tahun sebelum ini.. Bukan dia tak pernah cuba mengayat atau berbual mesra di telefon.. tapi selalunya aku tak layan sangat.. Bila dengar sahaja ayat-ayat jiwang dia.. biasanya aku ambil jalan potong cakap dia dan berikan alasan aku sibuk agar segera dapat aku letakkan telefon.. Dahsyat kan aku hahaha... Aku brutal ok... nampak jek lembut.. kalau tak kena gaya memang kena sesah lah.. ;)

Tapi aku memang pelik.. selepas hari itu kami lebih kerap berbual di telefon.. hinggalah satu hari dia kata dia nak datang jumpa aku di BBB... katanya dia dah lama sangat tak jumpa aku dan nak ajak aku keluar makan..
Ye.. akhirnya aku setuju keluar makan dengan dia.. datanglah dengan kereta proton iswara aeroback berwarna merah.. Keluar makan sekitar BBB.. pertama kali tengok dia.. aku terkejut.. secara fizikal dia dah berubah sikit.. dah berisi.. sedap-sedap badan lah.. dan aku pun masa tuh lebih kurang.. Cuma aku masih ingat berkali-kali dia sebut pada aku.. Aku dah banyak berubah.. sikap aku dah berbeza berbanding yang dia kenal sejak kali terakhir dia jumpa aku masa aku tahun 1 di UKM.. ketika itu umur aku nak masuk 20tahun... Entah bagaimana kali ini.. aku lebih rasa selesa berbual dengan dia.. tidak ada lagi rasa janggal seperti mana aku rasa ketika di tahun 1 dulu.. Mungkin ketika itu aku masih terlalu muda dan tidak mampu berfikir secara rasional.. dan aku bertemu dengan dia kembali.. ketika usia aku 23 tahun.. dan dah mula ada karier sendiri..

Sebenarnya bila aku jumpa dia balik.. sebenarnya ketika itu aku dan B sedang merancang nak bertunang dalam masa 2 minggu sahaja lagi.. Aku tak sampai hati nak beritahu perkara itu pada dia.. walaupun dia call aku hampir setiap hari.. tidak sekali pun aku nyatakan aku bakal bertunang dalam masa terdekat.. Sebenarnya pada ketika itu.. hubungan aku dan B pun mula ada masalah.. mula bergaduh.. selisih faham.. lagi dekat nak bertunang lagi hebat kami gaduh.. ada jugalah sekali sekala.. terlepas aku luahkan masalah itu pada dia.. dan dia seperti mana yang aku kenal.. sentiasa ambil berat tentang aku.. dan berikan nasihat pada aku..

Entah macamana.. Aku beritahu dia yang aku akan pulang ke kampung.. Mulanya dia rasa pelik sebab kali ini aku ambil cuti untuk pulang ke kampung agak lama.. Sebenarnya aku pulang untuk bertunang... Aku tak berani nak beritahu dia yang aku akan bertunang.. nak dijadikan cerita.. sedang aku sibuk bersiap2 makeup untuk majlis bertunang.. Ada panggilan telefon di kampung.. Ada orang cari aku.. Dalam sibuk nak makeup tuh.. aku p jawab telefon tuh..
Dia: "TCC apa khabar?"
Aku : "Baik.. Alhamdullilah"
Dia: "Eh apa yang bunyi bising tuh.. macam  kenduri je"
Aku : "Ahah memang tengah kenduri kat rumah nie" (Nampak aku masih tak berani cakap kenduri tuh untuk aku bertunang..huhuhu)
Dia: "Majlis apa?"
Aku : "Doa selamat sikit" (Masa nie aku dah rasa serba salah.. sebab aku rasa aku tak berterus terang.. aku takut salah cakap dan takut nanti dia tahu dan rasa terluka lagi..)
Aku : "Ah oklah ye tak leh lama nak cakap ada benda nak buat nie"
Dia: "Ok.. takpelah maaf ganggu.. selamat kenduri ye"
Aku: "Terima kasih.. Assalamualaikum"
Dia: "Waalaikumsalam"

Selepas perbualan tuh aku kelam kabut kembali ke bilik aku untuk bersiap-siap.. hati aku dah tak tentu arah.. rasa macam ada yang tak kena.. dan aku mula berfikir balik.. 'Betul ke apa yang aku buat nie??' tapi kerna kesuntukan waktu aku tak layan sangat perasaan aku waktu itu.. Majlis pertunangan diteruskan dengan agak meriah.. Aku dan B ditunangkan akhirnya...

Selepas majlis pertunangan.. Aku kembali ke BBB.. dan mula kembali bekerja.. Dia masih setia lagi call aku setiap hari.. Hinggalah dia ajak aku keluar makan lagi.. Aku sebenarnya serba salah nak jumpa dia.. tapi aku akur dengan ajakan dia.. kami keluar... Masuk jek kereta.. dia tegur aku..
"Eh.. TCC pakai cincin baru ye"
Aku diam. Tunduk.. aku gengam tangan aku sendiri.. Aku tak jawab walau sepatah pun..
"Hari tuh yang balik kampung tuh.. majlis bertunang ye"
Aku diam lagi.. Aku pandang muka dia.. Tidak ada langsung riak sedih.. nampak dia senyum sengih ada lagik.. Marah pun tak.. Akhirnya aku jawab..
"Ahah.. balik hari tuh TCC bertunang"
"Dengan B ke"
"Ahah"
Dia diam.. Aku pun diam..

Kami terus ke gerai makan di BBB... Perbualan kami diteruskan dengan perkara-perkara lain.. Takde sedikit pun perkara aku dah bertunang itu menganggu mood dia.. Tak tahulah kalau dia berjaya sembunyikan dari aku.. Riaksi dia biasa-biasa sahaja.. macam takde apa-apa.. sedih pun tak.. marah pun tak.. kecewa pun tak.. Aku dah mula pelik...

Hubungan kami masih berterusan.. kami masih call dan berbual seperti biasa.. Kali ini perbualan aku dan dia menjadi lebih mesra.. tak tahu adakah sebab darah manis sebab baru lepas bertunang.. maka ini menjadi dugaan pada aku.. tapi nyatanya aku amat selesa dengan dia.. rasa seperti berbual dengan kawan baik.. Aku akui.. sepanjang 5 tahun aku bercinta dengan B.. aku dah lama tak rasa dilayan begitu baik sekali.. dilayan seolah seorang kawan baik yang penuh dengan rasa hormat dan ambil berat.. Mungkin kerana aku dah terlalu lama bercinta dengan B.. mungkin aku lupa bagaimana rasanya berkawan dengan lelaki lain.. Entahlah mungkin juga itu adalah dugaan bertunang pada aku..

Sebenarnya banyak peristiwa terjadi selepas majlis pertunangan aku itu.. banyak perkara yang terbongkar yang selama ini disembunyikan daripada aku.. Yang buat aku lebih sedih.. selepas 2minggu aku bertunang.. Aku dihubungi oleh seorang rakan baik sekampung dengan aku... katanya dia nak jumpa aku sangat-sangat sebab ada perkara yang nak dia sampaikan pada aku.. dan pertemuan dengan dia inilah membuatkan aku jadi lebih serba salah dan amat sedih sekali kerana akhirnya aku tahu letak duduk perasaan mak dan ayah aku tentang hubungan aku dan B..

Bila aku jumpa Imah (kwn sekg aku).. Dia beritahu aku.. yang mak aku pernah jumpa dia.. dan luahkan apa dia rasa tentang hubungan aku dan B.. dia cerita macam-macam dengan Imah.. Apa ayah aku rasa.. apa mak aku rasa.. sebenarnya mereka tak setuju sangat aku bertunang dengan B.. terutama ayah aku.. tapi dia terpaksa kerana mengikut kehendak aku.. dan mungkin juga sebab dia tak nak aku terluka.. dan mungkin juga dia tahu.. kedegilan dan keras kepala aku yang mana aku turut warisi daripada ayah.. tapi sebenarnya pertemuan aku dengan imah itu buat aku lebih sedih sebenarnya.. kerana kenapa semua itu tidak diberitahu pada aku lebih awal.. jika tidak pastinya aku tidak akan teruskan dengan majlis pertunangan itu... Aku amat sedih bila mendapat tahu mak dan ayah sebenarnya tidak suka dengan B.. dan mereka terpaksa terima semata-mata kerana ikutkan kata aku.. Aku rasa macam jadi anak derhaka.. aku rasa aku jadi anak yang tak mendengar kata.. walhal.. sebelum itu mak dan ayah aku langsung tidak pernah berterus terang dengan perasaan mereka dengan aku... Entahlah... mungkin mereka pernah cuba..  tapi mungkin sikap menolak atau keras kepala aku begitu ketara kot.. Maka mak ambil jalan dengan minta bantuan Imah untuk sampaikan hasrat hati dia... Selepas itu aku menangis habis-habisan.. Aku rasa kecewa sangat dengan semua terjadi.. Aku rasa sedih.. Ketika itulah.. aku rasa bagai.. diluah mati mak.. ditelan mati bapak... Nak berpatah balik aku tak boleh.. Nak teruskan aku rasa tak sampai hati.. Kepala aku semakin berserabut.. dan pada dia jugalah aku luahkan semua masalah aku itu..

Kebetulan.. Ketika itu hubungan aku dan B mula ada masalah.. kali ini pergaduhan dan pertengkaran kami sudah semakin teruk.. Selepas bertunang dia menjadi lebih agresif.. Kami pun sering bertekak.. dia panas baran.. aku juga panas baran.. masing-masing juga keras kepala.. Hampir setiap hari aku nenangis... adakala aku sedih sebab mengenangkan sikap panas baran B.. dan sikap cemburu dia yang semakin menjadi-jadi.. keluar dengan kawan perempuan pun.. kalau lambat sikit pasti aku kena marah.. kadang.. kalau keluar seorang pun dia mula syak bukan-bukan.. Ada kala aku sedih mengenangkan perasaan mak dan ayah aku pula.. Kesilapan aku memilih B menyebabkan aku buat hati mak dan ayah aku sedih...

Pada masa yang sama aku masih berhubungan dengan dia.. tapi aku dan dia amat jarang keluar bersama.. sekadar hanya berbual di telefon.. dia kini menjadi tempat aku mengadu.. Kadang aku segan nak cerita masalah aku... tapi banyak kali aku terkena.. Bila sahaja aku sedih lepas bergaduh atau kena marah dengan B.. atau aku tak tenteram dan susah hati.. Pastinya selepas itu.. Panggilan telefon untuk aku pasti akan sampai.. baik masa aku di rumah atau di pejabat.. Dia pasti akan tanya aku..
"Kenapa TCC menangis tadi nie.. Kenapa nie hati tak tenteram nie.. beritahu abang.. sebab B kan.."

Dan aku pasti akan terkejut.. sebab memang ketika itu aku sedang menangis atau aku memang sedang susah hati sangat-sangat... Mungkin jugalah sebab itu aku sedikit sebanyak mula suka pada dia.. sebab sikap dia ambil berat buat aku jatuh hati.. Ye kadangkala tidak mudah nak temui orang yang mampu memahami keadaan kita dikala kita susah.. dan tidak semua kawan-kawan dapat menyelami atau perasan bila kita sedih.. tapi mengenali dia.. Aku ketika itu seolah-olah disedarkan.. bahawa aku bukan sekadar punya B.. aku juga ada dia.. Kenapa selama ini aku tidak pernah nampak kebaikan hati dia.. Kenapa aku tidak nampak sikap dia yang seperti ini...

Suatu petang.. Kebetulan hari itu hari jadi rakan serumah aku.. Aku dah janji dengan rakan serumah yang aku akan belikan kek di pekan Kajang bila balik dari kerja nanti.. kebetulan hari itu B janji nak ambil aku dari tempat kerja.. Aku nyatakan yang aku tidak dapat keluar bersama B malam itu sebab rakan serumah nak celebrate betday di rumah.. Seperti yang dijanjikan, B datang ambil aku lepas kerja.. dan temankan aku ke kedai kek.. Aku beli kek dan minta B hantar aku pulang ke rumah... Ketika itu aku tinggal di tingkat 2 jenis rumah flat.. selepas menghantar aku naik ke rumah.. Aku lihat B terus berlalu pergi..

Sebenarnya sebelum aku keluar dari tempat kerja.. aku terima panggilan mengejut dari dia.. katanya dia sedang dalam perjalanan ke rumah sewa aku.. ketika itu aku terkejut sangat-sangat sebab tidak menyangka yang dia nak datang jumpa aku.. katanya dia risau dengar aku sering menangis dalam telefon.. dia nak datang juga lihat keadaan aku.. dan lepas tuh balik lah..

Tak lama lepas B menghantar aku pulang.. Aku bawa kek naik atas rumah tingkat 2.. celebrate betday kawan aku.. tak lama dalam 30min.. Aku terima call dari dia.. katanya dia dah sampai di bawah rumah.. Aku serba salah ketika itu.. Tapi mengenangkan dia datang dari jauh naik motor jek.. Apatah lagi pesanan dia pada aku "Minta tolong bawa kan air masak segelas boleh tak?" Buatkan aku jadi lebih kesian.. Aku pun turunlah ke bawah rumah flat tuh.. dengan membawa segelas air masak dan sepotong kek betday tadi...

Aku lihat muka dia letih sangat.. yelah menaiki motor dari pelabuhan klang ke BBB tentunya amat melelahkan dan memenatkan.. Aku kesian tengok dia.. sebab aku dia sanggup datang jauh-jauh.. tapi pada masa yang sama aku serba salah.. sebab aku tahu status aku tunangan orang... Kami sempat berbual-bual sebentar.. ketika itu aku duduk di tepi flat dan dia pula duduk di motornya..

Tiba-tiba... Ada sesuatu dibalingkan pada aku.. Ia terkena lengan baju aku... Aku pandang ke bawah.. Aku lihat seperti beg kecil berwarna kelabu bercorak batik... Aku terkejut.. sebab aku kenal beg itu.. Beg itu kepunyaan B... Hati aku dah serba salah.. kepala aku dah mula laju berfikir... B?? B?? Dia ada kat sini?? Aku mula berdiri sambil mata aku mula melilau memandang sekeliling...

Bersambung.............

P/s Alahai... Rasa boleh nak habiskan cerita nie.. tapi nampak gayanya kena sambunglah.. nak berhenti rehat sebab dah tengahari... Maaf ye.... kan aku dah cakap awal-awal kan.. cerita cinta aku memang panjang.. Bak kata Tiny.. memang boleh buat novel.. buat drama swasta pun boleh kan hahahaha...

Will continue later k.. Aku rasa aku sambung isnin.. lepas cuti hujung minggu... ;)
Selamat berhujung minggu ye... (Nak aku sambung ke????.. please tell me.. idak aku biarkan korang dlm misteri jek..)

Thursday, 21 July 2011

Bila tukang cuci sambung bercinta..

Salam Khamis..

Wahhhh... hari nie pakat terkejut tengok komen banyak sungguh..banyak?? takat 10 jek pun banyak? Pada aku kalau lebih dari 2 tuh dah banyak lah hahahaha.. kira adil lah sebab follower pun takat 5 org jek sebelum nie.. Terima kasih yg baru add.. hari nie jadi 6 pulak ;)

Hebat sangat ke kisah cinta nie.. sampai wos pun berdebar2.. aku dah risau nanti dia buat letak tangan kat dada.. mata memandang kat atas.. dah sudah.. kot dia tak gerak2.. sebab kena kawal nafas sebab debaran yg maha kuat.. aku juga dipersalahkan.. hehehe... ok ok.. wos.. akak sambung lah.. tapi nie nak bagitau awal2 kalau akak tetiba rasa nak berhenti dan 'to be continue' lagik.. akak akan buat... ilham dan idea takleh dipaksa-paksa kalau tak nak keluar ok...

Ok sebelum aku sambung, aku flash back balik apa yang aku dah cerita semalam.. bila fikir-fikir balik.. aku rasa 1st time dia datang raya kat umah mak.. bukan masa aku matrik tahun 1.. tapi masa aku form 3.. tapi strictly datang raya... dan sejak dari umur aku 15tahun tuh.. sampailah skrg nie dah kwin ngan aku.. dia masih datang raya umah mak aku lah (yelah dah kwin ngan aku kan.. mesti lah kena raya umah mak aku...) kira dia nie peminat tegar lah kiranya... tapi biasalah aku.. walaupun kesetiaannya begitu utuh.. cinta tak boleh dipaksa kan.. lagipun sepanjang zaman sekolah dari form 1-5.. dia tak pernah sekali pun.. sekali punnnnnnnnnn.. meluahkan rasa cintanya pada aku.. so mana aku tahu... adalah bagi hint2.. tapi aku jenis bagi hint2 nie malas nak layan.. lagik pun aku zaman sekolah dari form 3-5.. sungguh glemer... sungguh famous  hahahaha... perasan!!! up diri sikit ;) yang nak berkenalan cukup ramai.. dulu ler.. tapi sebab aku ada prinsip.. tak suka bercinta satu sekolah.. atau satu kelas.. so sepanjang aku form 1-5 memang aku takde bercinta dengan mana-mana budak lelaki satu sekolah dengan aku.. tapi bercinta lain sekolah ;) Lagi satu aku suspek sebab dia pernah kena sound dengan ayah aku.. aku suspek.. sebab itu dia tak berani nak kacau aku masa form 3-5 tuh.. takut kena marah lagik.. hehehehe cian dia kan.. kalau dia ngayat aku masa nie.. maybe kot.. maybe kot.. aku boleh jatuh sayang atau cinta dengan dia...

Ok sambung.. sambung.. ini dah melalut flashback cite lain pulak.. sambung dari cerita ini

********************************************************************************************

Masuk UKM di pertengahan tahun 90an.. (aku masih muda juga ye)

Masih aku ingat minggu orentasi di UKM.. dekat2 nak penghujung minggu orentasi tuh.. tah camna.. dia boleh muncul lagik kat kamsis B tempat tinggal aku (tahun 1 masa tuh semua duk dalam.. duk asrama.. dan kalau siapa study kat UKM tau ler. asrama semua panggil kamsis (kampus siswa namanya)).. Dia nie bab-bab datang terkejut2 memang expert... tah camna dia tau dimana aku berada pun aku muskil lah.. yang best tuh.. dia datang gamble jek.. tapi dia bernasib baik memang jumpa aku.. Aku memang terkejut lah.. sekali lagi terkejut.. sebab kali nie dia cam lebih serius... Masa aku jumpa dia di UKM.. masa nie bahasa dia pun dah mula bunga-bunga indah.. dan lebih daring.. dia sudah buka topik kahwin.. dan masuk meminang... huhuhu.. aku baru nak start hidup belajar kat universiti.. sudah nak kena pinang ke???

Malang lagik... pada masa yang sama aku sudah ada org lain (aku gelar B).. ini aku ada cite kat entri sebelum nie.. B nie abg pada kawan aku sama tuition dulu.. kami kira cam serius lah.. masa tuh dah 1 thn couple sebab aku serius masa aku tahun 2 matrik kat kuala pilah.. so bila aku masuk ke UKM tahun depan ye.. of course ler.. hubungan tuh masih berterusan kan.. dan dalam kepala masa tuh.. takde fikir pulak nak cari lelaki lain.. sebab ada yang steady.. tapi bila dia kembali muncul dalam hidup aku.. aku jadi serba salah.. masa tuh.. Hampir setiap minggu aku keluar dengan dia.. yang lebih serabutkan kepala aku.. pada masa yang sama juga aku masih keluar dengan B tuh.. Huahhhhhhhhhhhhhhhh... hidup aku tak tentu arah... Pernah kes.. pagi keluar dating ngan dia... petang dating ngan B... bila kena dekat 2 minggu buat kerja tuh aku akhirnya fikir.... sampai bila aku nak main tarik tali camnie.. dan aku kena buat pilihan....

Puas fikir.. aku decide... aku pilih B.. sebab masa tuh kiranya aku masih sayang kat B.. so pada dia tuh.. aku tulis surat panjang... beritahu yang aku terpaksa tolak dia.. sebabnya aku memang takde  perasaan dengan dia.. sungguh.. waktu itu kalau aku flashback balik.. aku masih merasakan hingga kini perasaan tak de apa-apa tuh.. cinta tak boleh dipaksa... memang waktu itu aku pernah cuba untuk sayang dia.. tapi aku tak mampu tipu hati aku... aku cuba dan cuba untuk terima dia dalam hidup aku.. tapi sayangnya.. memang tak boleh...

Masa duk kat kamsis B.. kat blok asrama aku tuh ada public phone yang boleh di call dari luar.. kiranya sesiapa yang dengar deringan phone tuh akan angkat dan akan panggil lah budak yang namanya dipanggil tuh.. so pernahlah dia nie call aku dari public phone tuh (zaman nie mana de handphone bagai nie).. Masa tuh aku explain pasal hati aku kat dia.. dan pasal surat tuh.. Aku dengar suara dia kecewa dan hampir menangis bila aku cakap aku tak boleh terima dia... aku sayangkan orang lain... tapi bila aku fikir-fikir balik.. kejam sungguh aku kan.. tapi.. seperti aku cakaplah... cinta tak boleh dipaksa... sayang dan kasih kalau tidak ada.. mana mungkin boleh kita paksa2 untuk diberi pada seseorang... Masa tuh aku siap beritahu dia yang aku akan pindah asrama dan duduk tempat lain.. dan minta dia supaya tak cari aku lagi di UKM (kira cam amaran ler gitu...dahsyat kan aku.. brutal ya amat.. hahahaa) walhal sebenarnya aku tak pindah pun.. selama 3tahun aku kat UKM.. kat kamsis yang samalah aku duduk..

Ye... cinta yang baru nak berputik pada dia.. terus kena reject... Aku sebenarnya tak boleh nak bayangkan camna dia tanggung rasa kecewa dia tuh.. Dan aku pulak.. continue dengan happy dengan B tuh.. walhal kalau nak ikutkan usia perkenalan aku.. aku kenal dia tuh lagik lama.. B tuh aku kenal masa aku form 5.. tapi serius masa aku matrik thn 2.. 2 thn lepas aku kenal.. (ini pun satu lagik kisah cinta tragedi gak pada aku.. lain kali story)

Masuk tahun 2.. seperti tahun-tahun sebelum nie.. setiap kali malam raya... Dia mesti akan call aku kat kampung.. beri ucapan selamat hari raya.. dan seminggu lepas tuh.. tup2.. mesti singgah datang raya rumah mak aku.. Nah... dahsyat kan.. walaupun kena reject.. dia masih tetap datang raya.. agaknya dia tahu kot.. kalau datang raya takkan aku nak halau lak.. hahahaha (bijak2 punya strategi).. Cuma yang buat aku lebih terkejut (dia mmg suka sangat buat aku terkejut tiap kali datang jumpa aku lerr).. lepas jek aku hidang air dan suh dia makan kuih raya.. dia terus cakap dengan aku.. sampai sekarang aku ingat dialog dia...

"Abang datang nie ada hajat sebenarnya.."
"Hajat apa?" Aku tanya dengan selamba..
"Abang nak jumpa mak dan ayah TCC"
"Nak buat apa jumpa nie?" Aku tanya lagi
"Abang nak cakap dengan mereka.. yang abang nak masuk meminang" Dia pandang muka aku dengan serius..

Waktu ini aku pandang muka dia dengan riak yang amat terkejut.. Aku masih ingat aku tutup muka aku.. berkerut seribu... aku tarik nafas dalam-dalam.. dan mula susun ayat aku..
"Abang.. Tolonglah... I dah pernah cakap kan.. I ada orang lain.. I memang serius dengan dia.. tak pernah lagi terlintas di hati nie nak kawin dengan orang lain.. Tolonglah.. tolonglah faham keadaan I"
Aku sambung lagi.. "Lagi pun.. I masih belajar lagi.. masih ada 2thn lagi nak habis study kat UKM.. belum sedia lagi nak kawin.. Tolonglah lupakan sahaja niat abang tuh.." Masa nie aku dah tahan sebak dah.. Nak pandang muka dia pun aku tak sanggup...

Waktu ini aku tengok mata dia merah.. aku tahu dia tahan sebak hati dia.. aku tahu dia sedih sangat sebab aku tetap tolak dia seperti mana tahun lepas.. Aku tahu dia jujur dan ikhlas dengan aku.. Aku tahu niat dia baik.. tapi seperti mana aku cakap tadi.. cinta tak boleh dipaksa... Aku telah buat keputusan aku.. Akhirnya dia jumpa juga mak dan ayah aku.. salam cam biasa jek.. ucap selamat hari raya dan berlalu dengan hati yang kecewa lagi... Aku pulak masa tuh rasa sayu ya amat.. tapi aku benar-benar tak boleh nak terima dia begitu jek... Entahlah... Aku ulang balik lah ayat nie... Cinta tak boleh dipaksa.. ke aku yg kena paksa gak??? huhuhu (Dah sedih?? wos dah nak nangis ke?? ahaks... mmg saje bg antiklimaks)

Selepas insiden dia datang ke rumah tuh.. aku takde ambik pot sangat pasal dia.. tapi yang buat aku terus ingat beberapa bulan tak silap aku selepas itu.. Masa tuh aku cuti semester kat kampung... dalam pada aku berjalan nak naik tangga ke bilik aku.. rumah mak aku rumah kampung.. dapur kat bawah.. ruang tamu dan bilik aku kat atas... Mak tetiba ada bercakap dengan aku... Tah dari mana datang angin ribut dia.. dia sound aku.. sampai sekarang pun aku masih ingat lagik...
"TCC.. Kalau si Z tuh.. Mak berkenan sangat-sangatlah.. Orangnya baik.. hormat orang tua.."

Aku termenung sat bila dengar statement tuh.. dari nak naik tangga aku terhenti sekejap.. Aku menung fikir.. Mak aku bukan tak tahu yang aku sudah ada B.. dan dia memang kenal B sebab B tuh memang pernah jumpa mak dan ayah aku.. Tapi sebenarnya aku tahu juga.. Mak dan ayah aku sebenarnya macam tak suka sangat B tuh.. sebab tak suka tak jelas sangat.. cuma waktu itu aku takdelah tanya sangat.. maklumlah jiwa bercinta.. jiwa muda... dah mabuk cinta.. dah sayang takleh nak cakap apa dah kan.. lagi pulak masa tuh dah nak masuk 3 thn kami bercinta.. tup-tup mak aku boleh keluarkan statement camtu.. memanglah pedih hulu hati dan menusuk ke kalbu... Waktu itu aku tak terfikir langsung pasal dia tuh... langsung tidak.. dia kat mana pun aku tak tahu.. buat apa pun aku tak tahu.. apatah lagi nak cari dia.. dan nak jatuh cinta pulak dengan dia.. ohhh tidakkk.. tidak sesama sekali... (yelah akhirnya aku akur juga.. doa mak memang mustajab kan.. apa dia sebut.. memang selalunya terjadi.. dan ia memang terjadi dalam kisah cinta aku..)

Ok.. Lepas tuh aku pun masuk tahun 3... masih couple dengan B dan pada masa yang sama juga sibuk dengan thesis tahun akhir.. dan mula berjinak2 cari kerja... Masa nie aku dah keluar dari tinggal di Kamsis B dan tinggal menyewa bersama rakan-rakan di fasa 2 BBB. Alhamdullilah rezeki aku murah.. belum habis study lagik.. aku dah dapat 2 offer kerja... 1 di KL dan 1 lagi di Kajang... 1 tuh kira pangkat eksekutif.. dan 1 pangkat tenaga pengajar sijil & diploma  tapi dekat sangat dengan tempat aku tinggal.. So aku terima kerja 2.. Masa tuh kolej tuh baru sangat dibuka.. kira aku antara pensyarah awal kat situ... Masa nie hubungan aku dengan B dah nak masuk 5 tahun...

Entah macamana... pada suatu malam.. aku dapat panggilan telefon dari mak di kampung... Panggilan inilah yang merubah perjalanan kisah cinta aku seterusnya....

Ye aku kena sambung entri lain... sebab cerita ini memang panjang dan lebih sadis... ahaks....
(Tengah fikir nak sambung ke idak ekk?? Bagi aku sambung cari ilham.. Ada yang rasa tercabar?? Janganlah dik... Kisah cinta ini biasa-biasa aje)

Madah pujangga untuk hari ini ye ;)

P/s Aku kena stop sebab nak beri laluan pada study aku pulak.. Hari nie nak sambung baca jurnal lain pulak... now aku dah masuk bidang lain pulak... Officially.. dekat 5thn nie.. aku dah belajar 4 bidang ilmu yang amat besar.... 4 jenis jurnal paper dah aku baca..Ya Allah.. berikan kekuatan padaku untuk aku serap semua ilmu yang Kau persembahkan untuk aku kaji... kadangkala aku rasa tidak cukup kuat.. tapi seperti kata kawan baik aku... "Menuntut ilmu itukan hukumnya wajib.. teruskan jelah" InsyAllah..

Esok lusa ke aku sambung ekk... InsyAllah... Till then take care ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...