Showing posts with label Jepun. Show all posts
Showing posts with label Jepun. Show all posts

Thursday, 26 May 2016

Day 4: Arriving in Tokyo

Assalamualaikum

Lama sungguh nak sambung entri nie.. tapi gagah juga nak update... ini kerana jika pengalaman ini tidak ditulis, pastinya kenangan ini juga akan tersimpan tanpa dikongsi bersama..

I miss japan... ok.. plan nak pergi semula pada 2017 atau 2018 nanti :)

Sambungan daripada sini
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selepas 'check-in' di hotel dan letak semua beg-beg kami. Kami pun mula bergerak untuk menjelajah tokyo. Tujuan kami nak beli souvenier dan jalan-jalan sahaja. Kami kembali ke Shinagawa Station dan mengambil keretapi ke Takeshita Street. Stesen yang kami tuju adalah Harajuku Station.

 
Shinagawa Station

Jalan Takeshita ini juga dikenali sebagai Takeshita Dori dimana terdapat banyak kedai-kedai butik fesyen bercirikan amerika dan anime. Kami menuju ke Jalan Omotesando yang juga dikenali sebagai Tokyo's Champs-Elysee. Di sini terdapat kedai-kedai yang berjenama.

 LaForet Harajuku dan Tokyu Plaza Omotesando Harajuku


Kami berhenti di sebuah gerai yang menjual pakaian kimono lama dengan harga yang murah. Sebelum tiba ke Tokyo aku dah mula mendapat beberapa pesanan untuk membeli kimono, so misi seterusnya adalah untuk mengambil beberapa gambar kimono dan upload ke facebook untuk sesi 'confirmation' nanti.
 
 Kimono yang terpakai

Kami sekadar melihat-lihat sahaja. Kami mula bergerak ke sebuah kedai bernama 'oriental bazaar' yang terletak di Omotesando. Gerai ini banyak menjual cenderahati dari kimono hingga ke poskad dengan harga yang lebih murah.
 Happi Coat dan Kimono di Oriental Bazaar


 Tidak ada orang lokal yang singgah di sini sepanjang kami ke kedai ini sebanyak 3 kali.. hanya pelancong sahaja yang kami jumpa. Kenapa aku katakan murah? sebab ada sesetengah barangan di sini kami dah bandingkan harga di tempat lain. Kami sekadar melihat-lihat beberapa barangan dan berjanji akan kembali ke sini semula untuk membeli barangan kemudiannya.

Oriental Bazaar

Selepas berjalan-jalan sekitar Omotesando, kami mula bergerak pula ke Takeshita Street untuk melihat fesyen remaja jepun. Ketika ini hari sudah semakin gelap dan kurang kelihatan gadis-gadis comel yang selalunya berdiri di pintu masuk untuk menjemput pelanggan masuk. Kami sekadar melihat-melihat dan mengambil gambar sahaja.
 Takeshita Street atau Takeshita Dori


Tidak ada apa yang kami beli di sini, kami lebih sekadar melihat-lihat sahaja. Lagipun baru sampai ke Tokyo, kami merancang untuk datang semula nanti untuk membeli souvenier sebelum pulang. Sedang kami berjalan, kami terjumpa kedai King Kebab, aku lebih teruja sebab ianya halal.. so apa lagi.. kami naik ke tingkat atas dan mula membeli kebab. Kanako dan Nuch turut membeli kebab. Kami beli bungkus dan makan di bahagian bawah kedai tersebut.

King Kebab Harajuku

Selesai makan, kami singgah pula ke Daiso Harajuku dan membeli beberapa barangan yang kami berkenan.


Selesai membeli belah serba sedikit, kami mula bergerak balik ke hotel. Hotel kami menyediakan bas pergi-balik ke Shinagawa Station. Ini amat memudahkan kami. Malah hotel yang kami tinggal juga berhampiran dengan stesen keretapi ke Haneda Airport.

Sampai ke hotel, kami sambung makan makanan segera yang kami bawa dari negara masing-masing. Masa inilah aku ambil peluang upload gambar-gambar di facebook. Ketika ini aku mendapat beberapa pesanan 'confirmation' membeli kimono daripada 2 sahabat baik, aku maklumkan pada kanako yang esok kita perlu ke Harajuku semula untuk membeli beberapa kimono di gerai tepi jalan dan juga di Oriental Bazaar. Selesai bersembang kami pun berehat untuk perjalanan seterusnya esok..

Sunday, 8 February 2015

Day 4: Kyoto ke Tokyo (menaiki train laju dan makan bento utk lunch)

Salam

Sambungan kisah kami di Jepun hari ke 4
Dari kisah ini Jepun: Kyoto Hari 3
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pagi ini kami bangun tidur dengan rasa bercampur-campur.. Nuch awal lagi telah pun ambil gambar di luar tingkap bilik kami untuk mengucapkan selamat tinggal pada Kyoto.. our last day in Kyoto..

Kami turun makan sarapan buat kali terakhir.. aku nikmati salad kentang kegemaran aku buat kali terakhir dan Nuch pula menikmati bebola daging yang terakhir di hotel toyoko-inn kyoto..


Kali ini tak ramai sangat orang yang bersarapan.. kami agak santai kali ini sebab train laju kami ke tokyo adalah pada pukul 12.26 tengahari.. Selepas selesai makan, kami kembali ke bilik untuk pack kali terakhir sebelum keluar check out.. Hati dah mula rasa sedih untuk meninggalkan kyoto.. tapi kami lebih teruja juga sebab hari ini kami akan merasa pengalaman menaiki shinkasen ke Tokyo.. perjalanan lebih kurang 2 jam sahaja.. harga tiket yang kami bayar adalah 14,000yen termasuk tax iaitu lebih kurang RM455 sehala sahaja..  mahal giler kan? tapi sebab nak merasa menaiki train laju.. bayar jelah tanpa banyak soal.. lagi pun harga tiket tuh telah pun dibayar terlebih dahulu oleh kanako.. so dia dah buat 'the hard work' takkan nak banyak songeh lagi kan..

Lepas kami check out.. kami pun menunggu di depan entrance hotel untuk menaiki teksi.. ketika ini hujan sudah mula turun renyai-renyai.. inilah hujan pertama yang kami alami sejak sampai ke Jepun.. langit yang cerah dan panas pada 3 hari sebelumnya kami di Kyoto lenyap sekelip mata.. angin sejuk mula terasa.. tapi pada kami bertiga yang pernah tinggal bersama di bumi UK.. rasa biasa jek.. cuma Nuch sedikit mengeluh kerana mula terasa sejuk.. aku pulak maintain walaupun sekadar pakai selipar hahaha dan seluar yang sedikit nipis..

Teksi yang kami booking akhirnya sampai dan tiba di Stesen Keretapi Kyoto... Tempat yang kami hendak tujui adalah 'locker coin'.. kami hendak menyimpan beg-beg kami.. beg aku dan kanako muat dimasukkan dalam 1 locker.. tetapi masalahnya sekarang adalah beg Nuch.. Begnya agak besar dan ke semua locker coin untuk beg yang besar telah penuh.. berulang kali kami mundar mandir mencari locker yang mungkin kosong.. hampa.. akhirnya kami buat pilihan untuk tarik jelah beg tuh.. lagipun kami sekadar berlegar-legar dalam mall di situ sahaja..

Kesibukan di stesen keretapi waktu pagi

Kami pun mula bergerak ke toilet.. Selepas itu Kanako mengajak kami ke kaunter tiket kerana perlu mengambil tiket shinkasen yang telah dia tempah.. ada 2 tiket yang kami perolehi.. satu untuk tiket masuk ke stesen shinkasen 4,820yen dan satu lagi adalah tiket train shinkasen itu sendiri.. 8,210yen.. kalau convert pada ringgit malaysia lebih kurang RM455 untuk 1 perjalanan dari Kyoto ke Tokyo

Tiket Shinkasen kami.. campurlah harganya bagi 2 keping tersebut

Mesin tiket di mana kami dapatkan tiket yang telah kami booking

Bila dah dapat tiket kami pun mula singgah ke kedai untuk membeli manisan.. Kanako hendak beli manisan sebagai buah tangan sahabat dia di Tokyo.. manakala aku pula ambil peluang beli sedikit manisan mochi untuk dibawa balik ke malaysia.. selepas kanako semak kandungan bahan.. bebas dari unsur2 daging.. maka aku pun ke kaunter pembayaran..

Selepas itu kami pun bergerak ke sebuah kedai lain.. kali ini kami memilih untuk membeli coklat kitkat berperisa teh hijau.. Nuch membeli agak banyak kerana ahli keluarganya ramai.. aku sekadar membeli 5 kotak dan kali ini bermulalah pembayaran menggunakan kad kredit.. so cash yang ada boleh dijimatkan.. untuk pembelian lain..

Selepas membeli coklat.. kami bersiar-siar sekitar stesen kyoto kerana senibinanya mempunyai bentuk yang moden dan artistik.. selepas itu kami mula survey bento..  bento ini adalah hidangan sushi yang diletakkan dalam kotak yang menarik..

Bento (弁当 bentō) is a single-portion takeout or home-packed meal common in Japanese cuisine. A traditional bento holds rice, fish or meat, with pickled or cooked vegetables, usually in a box-shaped container. Containers range from disposable mass produced to hand crafted lacquerware. Bento boxes are readily available in many places throughout Japan, including convenience stores, bento shops (弁当屋 bentō-ya?), railway stations, and department stores. 
Sumber wikipedia sini

Terdapat 2 buah kedai yang menjadi pilihan.. kami survey harga dan jenis bento yang disediakan.. akhirnya kami memilih kedai yang kedua kerana ada pilihan yang lebih menarik dan harga lebih murah... Selepas survey, kami putuskan untuk mengambil beg kami di locker coin.. selepas mengambil beg kami pun terus ke kedai bento yang menjadi pilihan tadi..

Bento yang aku pilih berharga 900yen dan mempunyai cover kotak gadis berkimono.. hanya bento ini yang sesuai untuk aku kerana vegetarian dan ikan.. yang lain-lain tidak sesuai kerana ada daging dan minyak babi.. 'Portion' nya agak banyak juga.. dan cukup mengenyangkan aku seharian di Tokyo selepas itu..

Ketika ini jam menunjukkan menghampiri pukul 12.00 tengahari.. train kami akan bergerak tepat pukul 12.26pm tanpa lewat sesaat pun.. kami putuskan untuk masuk ke train stesen dan menunggu train laju kami.. bolehlah kami bergambar masa ini..


Selepas memasukkan tiket yang pertama.. dan tiket itu ditelan mesin tiket.. kami terus menunggu di pelantar yang sepatutnya.. waktu ini agak ramai juga orang yang berada di sini.. kami sempat lagi bergambar dengan train shinkasen yang datang.. banyak juga kami posing di sini...

Beg-beg kami bertiga..
Baru 4 hari di Jepun dah banyak barangnya :)

Ramai dah mula menunggu untuk menaiki train masing-masing

Train kami bernombor 342 pukul 12.26 tengahari

 Antara train laju yang sampai di stesen ini

Sampai sahaja train, kami terus mencari tempat duduk kami.. Kanako dah tempah kami seat di barisan terakhir sebelah kanan. Apa lagi.. kami ambil peluang bergambar dan pergi ke toilet yang terletak di sebelah pintu berhampiran.

Memandangkan dah tengahari, kami pun mula menikmati bento yang kami beli sambil melihat pemandangan di luar tingkap. Aku duduk di seat berhampiran dengan tingkap, Nuch di tengah dan Kanako pula seat di tepi laluan.
Bento yang aku beli untuk makan tengahari kami..
Kotaknya comel sangat :)

Kanako pun mula tethering wifi nya dan apa lagi aku pun ambil peluang update gambar di facebook dan juga sempat juga aku tulis entri di blog ini waktu itu Tokyo Kami Datang.

Keadaan dalam train.. 
2 seat disebelah kiri dan 3 seat di sebelah kanan

Kami akhirnya sampai ke Tokyo menghampiri pukul 3.00 petang.. Perjalanan kami dari Kyoto ke Tokyo lebih kurang 2jam lebih. Kami akhirnya tiba di Shinagawa Station Tokyo. Kami disambut dengan bangunan yang penuh dengan papan iklan
Keluar dari stesen kami nampak bangunan penuh iklan ini..

Apa lagi kami pun mula mencari teksi untuk ke hotel Toyoko Inn Tokyo Shinagawa.

Hotel yang kami tinggal adalah
Toyoko Inn Tokyo Shinagawa-eki Konan-guchi Tennozu
Address: 140-0002, Tokyo Shinagawa Ward, Shinagawa-ku, Higashishinagawa 2-2-35

Kanako dan Nuch Check in..
Kami tiba lebih awal so kena tunggu bilik kami disiapkan


Bersambung...

Jepun : Departure from LCCT
Jepun: Hari 1- Kansai-Osaka

Jepun : Hari 2 -Kyoto

Jepun : Hari 3 : Kyoto- Berkimono dan berbaju kurung


Thursday, 5 June 2014

Berkimono di bandar Kyoto.. 3rd day in Japan

Salam

Setelah lama tak sambung pasal cerita ke Jepun.. so today.. kita sambung cerita ya..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari ketiga di Jepun.. Kami masih lagi di bandar Kyoto..

Hari ini kami turun sarapan sedikit lewat sekitar pukul 8.00pagi... memandangkan kedai sewa Kimono tuh buka dalam pukul 10.00 pagi.. maka kami lepak-lepak dulu menikmati sarapan pagi kami.. seperti biasa.. ambil nasi meleket bentuk 3 segi tuh 3 ketul.. potato salad.. miso sup.. roti dan butter.. Alhamdullilah kenyang giler kami.. apatah lagi pagi nie kami nak berjalan sikit ke tempat sewa kimono..

Memandangkan aku tak sewa kimono.. maka perancangan awal kami adalah.. aku akan berbaju kurung bunga pink dari hotel.. so masa turun sarapan tuh takdelah pakai baju kurung.. lepas makan.. p toilet dulu bersihkan dan buang apa yang patut.. maka aku pun bersiaplah pakai baju kurung dengan tudung style express yang labuh lah... so bila siap.. kami pun keluar berjalan kaki menuju ke kedai tersebut.. rasanya adalah sebatu lebih juga kot kami berjalan.. tapi sebab cuaca taklah sejuk dan panas sangat so oklah...

Laluan pejalan kaki ikut jejantas.. 
tak yah sesusah nak lintas jalan

Yang best.. bila aku berjalan dengan baju kurung tuh,, makcik-makcik yang berjalan kat situ siap berhenti lagi tengok baju aku.. ada sorang makcik nie lagi ler... tengah dia duk berjalan tuh.. boleh dia berhenti.. sampailah aku melintas depan dia hahaha... agaknya dia jenuh memikirkan.. apakah fesyen baju yang aku pakai.. kain ye macam kain cotton juga hahahaha.... jalan jelah dengan selamba walaupun sedikit malu bila orang asyik nengok kami macam orang asing..

 Kedai sewa kimono Yumeyakata Beauty
http://www.yumeyakata.com/english/

Akhirnya kami pun sampailah ke kedai kimono.. dah ramai orang dah masa nie.. baik lelaki atau perempuan ramai yang datang ke kedai tersebut... so bermulalah acara memilih warna kain kimono oleh Nuch dan Kanako.. aku lak tukang ambil gambar.. setelah memilih kain dan warna kimono yang disukai.. mereka bergerak untuk membayar harga sewaan kimono tesebut... selepas bayar.. naik pulak ke tingkat atas untuk sesi memakai kimono.. dalam tuh tak leh ambil gambar.. sebab mereka semua sedang seksi hahaha... taklah seksi.. cuma semasa memerhati mereka memakai kimono.. aku rasa dekat 3 4 lapisan diorang pakai.. bermula dengan kain cotton nipis diikuti dengan lapisan kedua.. kemudian ada lagi lapisan tuala kecik pulak kat pinggang.. pastu ikat bengkung kain lagi... pastu barulah pakai kimono.. bila nak ikat kimono pulak.. dekat tali tuh pun ada lagi letak kain.. siap ada plastik gulung lagi.. uihhh... banyak sungguh lapisannya... sampai bila Nuch nak pakai legging dia pun.. tukang pakai tuh suruh buka semua kecuali baju dalam sahaja.. sebabnya kalau pakai juga legging rasanya berkuap panas ler kot..

Dalam kedai yang sesak dengan orang
Semua sedang pilih warna yang disukai.. 
Pilih beg tangan yang berkenan

Lepas selesai pakai baju kimono.. pergi pula bilik pilih beg tangan.. beg jenis yang pegang di tangan.. so kalau yang jenis bawa beg besar tuh jenuhlah keluarkan masuk dalam beg tangan kecil.. lepas tuh.. masuk pulak bilik untuk set rambut... aku pulak jadi tukang memerhati.. cuma mata sahajalah jadi kamera untuk diri sendiri... selesai set rambut.. boleh pilih sanggul bunga plastik untuk dipakai di rambut.. Kanako memilih warna merah hati.. dan Nuch pula memilih warna pink... harga sanggul bunga ini dibayar berasingan.. tidak termasuk dalam pakej sewaan kimono tadi..

Antara artis jepun yang sewa kimono kat sini

Ok selepas semua orang dah set rambut.. so kami pun bergerak turun ke tingkat bawah memandangkan Abang kedua Kanako dah sampai dari Osaka dan menunggu kami. Sempat jugalah kami bergambar dahulu bersama sebelum bergerak ke destinasi seterusnya... Kami merancang untuk ke Istana Nijo.. dari kedai sewa kimono.. kami berjalan menuju ke underground station...

Selain kami..
Mereka ini juga sewa kimono dari kedai yang sama

Sebelum kami naik train... apa lagi posing dulu.. rupanya pandangan belakang penting bila berkimono sebabnya cara ikatan kain di pinggang itu berbeza-beza

Pandangan belakang bila berkimono 

Bila berdiri.. eloklah rapatkan kaki
Sopan ler sikit kan

Ok.. sampai stesen.. beli tiket.. dan kami pun sampai ke Nijo Castle.. (aku lupa dah turun stesen mana.. ) kami pun berjalan ke tempat tiket.. ramailah juga yang memandang kami sebab 2 kawan aku berkimono.. sementara kami tunggu abg kanako belikan kami tiket... sempatlah 2 orang local.. ajak kanako bergambar sebab diorang kan berkimono...

Lepas dapat tiket.. apa lagik.. masuklah ke dalam istana..

Tiket masuk ke Nijo Castle 600yen
Dalam nie ada 2 istana.. tapi yang kami masuk adalah istana Ninomaru

Istana nie masuk kena buka kasut dan tidak dibenarkan ambil gambar 
Kita boleh lihat secara dekat macamana Shogun dan Samurai zaman dulu tinggal dalam istana nie..

Kreatif kan.. buat pagar guna buluh jek

Selepas ke sini.. kami pun kembali ke central Kyoto.. kali ini kami hendak ke Gion semula... malam tadi semasa ke sini jalan ini gelap.. so kami pun decide nak berjalan kembali ke sana.. Ambil balik train dari stesen yang kami turun..

Papan tanda amaran jangan buang sampah
Denda 30,000yen


Bila sampai ke Gion.. kami hanya bergambar di sekitar jalan Gion di awalan jalan  ahaja.. ramai yang berjalan hingga ke penghujung jalan.. tapi kami berhenti sekerat jalan... menyesal pulak bila tak teruskan sebab katanya boleh jumpa Geisha area situ... dan ada pemandangan cantik lagi.. huhuhu.. biasalah bila dah penat berjalan.. kadang kita buat judgement cepat sangat... tapi takpe next time boleh pergi lagi..

Deretan kedai di sekitar Gion
Jalan Hanami-koji


Bila dah ke Gion.. kami decide untuk makan tengahari.. so kami ke Shin Kyogaku Arcade balik..semalam datang ke sini shopping.. Mulanya kami singgah ke kedai menjual manisan... sambil menikmati teh kacang hitam.. kemudiannya kami mula survey restoran untuk makan tengahari.. lepas tengok sana-sini dan survey kedai.. akhirnya kami decide untuk makan sushi..

Shin Kyogaku Arcade 

 Manisan yang kami makan..
Dalam tuh gula dan tepung macam tektur gula-gula kapas
Abg Kanako belanja kami..

Sushi yang kami makan 

Selepas itu kami ke Yasaka Jinja Shrine semula... Malam tadi kami dah pergi.. hari ini pergi semula... sebab nak bergambar... on the way tuh kami singgah kat kedai beli aiskrim matcha.. harga 350yen.. ada yang matcha, mix matcha and vanila.. aku dan kanako ambil mix matcha... dan Nuch ambil matcha.. disebabkan aku ambil mix.. so takdelah rasa pahit sangat daun teh hijau tuh... Nuch sedikit menyesal bila ambil matcha aiskrim sepenuhnya sebab memang terasa pahitnyalah... tapi bila dah lama-lama makan.. ok sikit kot..

Yasaka Jinja Shrine 

Gadis berkimono berpayung yang kami jumpa semasa nak beli aiskrim matcha

Selepas penat bergambar.. kami decide nak ke satu lagi temple yang terkenal di Kyoto.. Temple nie memang terkenal dan ramai local ke sini terutama musim perayaan atau cuti.. Kiyomizudera (清水寺, literally "Pure Water Temple").. untuk ke kuil ini.. kena mendaki tangga dan jalan pula semakin menaik.. sepanjang perjalanan ke sana.. memang banyak kedai-kedai menjual souvenier dan makanan..

Orang ramai giler masa nie..

Jalan semakin mendaki..

Hiasan topeng muka

Kedai jual kimono atau mungkin boleh sewa

Jalan semakin tinggi

Jumpa geng berkimono

Sebenarnya semasa ke sini.. kaki aku dah ultimate sakit... apatah lagi kena mendaki bukit dan naik tangga.. hampir sahaja kami tak masuk ke kuil hahaha.. tapi sebab kanako kata dah alang-alang sampai.. kita masuk sahajalah.. so pujuk kaki.. pujuk badan.. sambung lah lagik naik tangga dan mendaki bukit...

Temple warna oren dari jauh.. 
kalau musim bunga sure cantik

Hasilnya view memang cantik giler... tak menyesal masuk juga hahaha... sakan jugalah ambil gambar... kat kuil nie ada kolam air.. yang mana local akan beratur semata-mata untuk basuh muka atau minum air suci kat situ..

Tadi masa ambil gambar temple tuh.. kami kat sana..

Tadi kami kat atas

Selepas ambil gambar lebih kurang.. kaki pun dah sakit giler... so kami pun decide untuk balik ke kedai kimono untuk pulangkan baju.. Kami pun apa lagi.. tahan jelah teksi sebab semua dah sakit kaki..

 Pemandangan sekitar hentian teksi..

Teksi yang kami tahan untuk ke kedai sewa kimono

Bila sampai.. Kanako dan Nuch masuk ke kedai untuk pulangkan baju... aku dan abg kanako pula ambil kesempatan untuk bersembang... Bila mereka keluar.. kami pun bergerak balik ke hotel untuk makan malam dan rehatkan kaki... Separuh perjalanan kami ucapkan selamat tinggal dan terima kasih sebab temankan kami bertiga dan jadi juru gambar tak rasmi kami hehehe... Abang kanako nie baru 2 bulan berkahwin.. terkejut juga sebab masih dalam mood berbulan madu hahaha.. Mulanya kami marah juga kanako kenapa tak ajak kakak ipar dia sekali.. dia cakap.. kakak iparnya ada janji dengan kawan dia.. itu yang abg Kanako setuju nak temankan kami... Jika tidak mesti kami boleh jumpa pasangan pengantin baru...

Selepas bye-bye kat abg Kanako.. Sebelum sampai ke hotel kami pun singgah beli air mineral, mee segera jepun, air kopi dalam tin, telur rebus, onigiri tuna dan lain-lain..

Sampai hotel kami rehat dan mula makan malam dengan makanan yang kami beli dan stok yang kami bawak.. Malam ini malam terakhir kami di Kyoto.. tak dapat kami nak jelajah semua di Kyoto kerana bandar kyoto nie besar dan banyak tempat bersejarah.. kata Kanako dia lebih suka Kyoto sebab bandarnya relaks.. cantik dan banyak bangunan lama berbanding dengan Tokyo yang sesak...

Esok kami akan checkout dan akan ke Tokyo menaiki Shinkasen (keretapi laju)..

Selamat Tinggal LCCT dan Selamat Datang Kansai (KIX) (Day 1)
Dari Kansai ke Osaka (Day 2)
Kyoto (Romantic Train Sagano, Kinkakuji Temple, Fushimi Inari, Shin Kyogaku Arcade, Pontocho street) - Hari Kedua di Jepun (Day 3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...