Tuesday 22 May 2012

Dulu dia drive.. kini aku kena drive pulak..

Salam Selasa

Alhamdullilah Ahad lepas akhirnya kereta sampai ke rumah.. Semalam kereta masih stay kat rumah sebab belum buat stiker staf lagi.. so hari ini.. officially kereta masuk pagar tempat kerja.. parking secara rasmi kat depan bangunan nie..

Aku ada mixed feeling driving kereta nie.. sebab secara rasminya.. hari ini aku drive ke tempat kerja.. sebelum itu aku dah drive di kampung sekejap.. just nak test drive dan fahamkan segala function button dalam kereta tuh.. Alhamdullilah ok jek.. rupanya parking guna kereta nie lagi senang dari aku parking kereta wira aku ahaks.. kalau kereta wira tuh.. confirm aku dah pulas stering dan keluar masuk byk kali utk parking sisi.. kereta nie.. mudah sungguh.. rasa macam tak percaya jek leh parking lurus hahahha... selalu kalau kereta lama tuh confirm kereta senget benget.. tapi masih dalam kotak lagi tau ahaks..

So far.. kerana kereta tuh macam besar sikit.. pemanduan aku agak slow.. sebab kalau pijak minyak lelebih dalam masa beberapa saat jek dah terus speeding.. takde lagi sibuk nak tukar gear bagai... tapi yang tak bestnya.. selalunya kalau dalam kawasan kampus nie.. confirm aku tak pakai tali pinggang.. tapi kereta nie tak boleh... jarak dekat pun kalau tak pakai dia ye warning sound akan berbunyi sakan.. so aku jadi skema lah bila bawak kereta tuh... kalau bawak wira tuh rasa macam invisible sikit ahaks...org mesti takkan pandang 2 3 kali kan.. nie semua yg duk lalu naik keta jalan kaki ke.. pakat toleh 2 3 kali ahaks...

Dari segi pemanduan memang best.. itu aku tak boleh nafikan.. tapi dari segi glamour ahaks.. sememangnya.. biasa kalau kereta lama.. aku rasa bebas sikit.. sebab takde rasa org perhatikan sangat.. tapi kereta ini.. confirmlah kan...

Sebenarnya yang paling buat aku mixed feeling adalah.. dulu kereta itu dia yang drive dan dia yang selalu bawak hantar aku ke uni... malah dulu nak kemana-mana pun.. dia lah driver yang setia.. Bila aku sendiri dah mula drive kereta tuh.. memang terasa sangat.. mungkin sebab kereta itu punya banyak nostalgia.. selama hampir 2 tahun kereta itu kami pakai di UK.. bila dia berada di atas jalan di Malaysia nie.. sudah tentu semua kenangan bersama kereta nie di sana buatkan aku teringat.. 2 tahun kereta itu setia menjadi teman kami kemana-mana.. london.. manchester.. bristol.. bath.. seluruh scotland..

Buat masa ini aku belum nak bawa sesiapa naik kereta itu.. sebab aku sedang reserve nak bawak mak dan ayah aku dulu.. biarlah diorg merasa terlebih dahulu.. kemudian barulah aku bawa kawan-kawan... bukan tak sudi.. tapi itu adalah permintaan personal aku.. balik kg minggu lepas.. tak sempat nak bawa mak dan ayah keluar sebab mak ke Langkawi rombongan.. so ada kemungkinan besar aku akan balik kg lg minggu ini InsyAllah...

p/s gbr ada.. tapi rasa tak sesuai utk di upload ke sini ;)

Friday 18 May 2012

Selesai urusan kereta import

Assalamualaikum.. Salam Jumaat

Alhamdullilah dah pun hari jumaat.. Minggu ini agak sibuk dengan urusan keluarga.. Uwan pakwe meninggal pada hari Isnin yang lalu. (Al-Fatihah)...Aku ambil cuti kecemasan selama 2 hari.. dan mula bekerja semula pada hari Khamis.. kelam kabut juga sebenarnya sebab Sabtu lepas aku pulang ke kampung..

Jumaat lepas kereta aku akhirnya keluar dari stor Port Klang.. Hampir dekat 2 bulan settlekan urusan AP kereta import.. Dekat 2 minggu juga tunggu kelulusan AP.. kemudian dah ambil AP.. dekat 2 minggu juga agen yang menguruskan settle kan urusan dengan kastam untuk cukai kereta.. Pening juga sebab makan masa dekat 2 bulan untuk semua itu.. Ikutkan patut bila aku sampai sahaja ke Malaysia hujung bulan 2 hari tuh dah boleh submit AP.. tapi aku submit lewat sedikit.. kiranya aku submit AP selepas kereta sampai.. Bukan apa masa tuh tengah pening nak settle down dengan kerja.. dengan urusan keluarga.. kewangan (kena tunggu gaji.. kan aku dah setahun takde gaji).. pakwe bising juga sebab kenapa aku lewatkan urusan kereta tuh.. Walhal dia tak tahu yang aku perlu tunggu gaji sebulan sebelum nak apply AP.. Apply AP takde perlukan duit.. tapi once dah dapat AP.. ahhh sedia sahajalah.. kena bayar cukai pada kastam yang makan beribu raban tuh... Sebab itu aku delay sikit urusan AP nie.. Alhamdullilah.. Aku syukur juga.. sebab perancangan aku.. dengan gaji yang ada.. dengan sedikit simpanan yang ada.. semua itu dapat aku bayar dalam susah payah juga pinjam sikit sana sini.. Pinjam ayah sikit.. pinjam kawan baik aku sikit.. (sikit mean pinjam tak sampai pun 4k)..

Cukai untuk kereta aku sahaja 28+K.. bayar tunai pada pengarah kastam negeri selangor... Senang2 je kan.. kerajaan dapat duit.. Syukur juga sebelum aku study dulu.. aku ada buat pinjam ASB sebanyak 50k.. bulan2 bayar hanya RM382 selama 10 thn perjanjian.. Selepas 5thn aku buat bayaran.. aku jual balik dan dividen dari pinjaman itulah yang aku gunakan untuk bayar cukai kereta itu.. Mean aku jual balik ASB tuh.. termasuk dividen dan pulangan balik byran ansuran itu aku dapat dekat 29K.. Jika tidak mana nak cari duit kan..

Dulu.. masa aku decide nak ambil pinjaman ASB nie.. pernah juga aku diperlekehkan oleh pakwe.. kata dia.. kalau simpan sendiri pun boleh dapat.. tapi hakikat manusia kan.. mana yang dapat nak simpan dkt 400 sebulan selama 5 tahun kan.. mesti kita akan terguna duit tuh.. dan aku sendiri pun tah bape byk bulan pernah tertunggak.. biasalah.. terutama bila akaun gaji aku ayah aku handle.. so banyak urusan pembayaran terpaksa bergantung pada dia.. selama 5 tahun itu.. ayah aku sepenuhnya handle gaji aku.. kiranya dalam susah payah aku tinggal di UK tanpa elaun selama 1 tahun setengah.. dan tanpa gaji setahun.. aku tidak pernah transfer duit gaji aku dari malaysia ke UK.. 5 tahun itu jugalah.. aku bagi ayah aku pakai duit gaji aku.. untuk segala pembayaran.. rumah.. kereta.. kredit kad.. hantar brg.. dan macam-macam lagi.. aku beri sepenuh kepercayaan pada ayah.. Hanya bila ayah kena strok hingga tangan kanan ayah tak mampu menulis lagi.. banyak bayaran tertunggak.. sebab itu juga antara sebab aku terpaksa balik ke Malaysia sebab kesihatan ayah yang tidak lagi seperti dulu..

Namun begitu aku tetap bersyukur juga.. Walaupun.. aku balik dengan keadaan amat berserabut dengan penggunaan duit yang amat banyak... tapi Alhamdullilah.. semuanya dapat aku selesaikan sedikit demi sedikit.. Percayalah.. bagi mereka yang bakal pulang ke tanahair nanti.. bukan sedikit wang yang kena dikeluarkan.. tapi InsyAllah.. pasti ada jalannya...

Dulu bila memikirkan untuk bayar cukai kereta sahaja.. aku stress.. bukan sedikit amount 28k tuh kan.. dan perlu dibyr tunai.. apatah lagi untuk buat pinjaman dengan setahun takde gaji.. tanpa slip gaji amat sukar.. itupun aku bersyukur dapat buat juga loan.. dengan hanya 2 bulan slip gaji.. walhal syarat asal adalah 3 bln.. memandangkan aku dah lama bekerja... itupun aku doakan dapatlah nanti.. terasa ralat juga sebab simpanan ASB yang aku bayar ansuran selama 5 thn itu habis untuk bayar kereta sahaja.. tapi kelebihannya.. aku takde hutang kereta... 2 kereta yang aku ada kini sepenuhnya takde hutang..

Hari ini juga.. aku selesai bayar invoice pengurusan kereta yang dikenakan oleh agen yang menguruskan.. kena pun dekat 4656... tapi amount itu reasonable.. sebab dari jumlah itu.. charge untuk byr clearance kereta.. sewa di port klang.. roadtax.. insuran.. jpj.. puspakom.. dokumentasi sahaja dah 3800.. rm800 pula adalah upah untuk agen tuh ambil AP.. hantar ke kastam.. buat sikit adjustment untuk kurangkan cukai dari 34k kepada 28k.. pada aku dah ok sangatlah.. lagipun kalau nak aku buat semua tuh sendiri.. memang aku tak dapat.. jarak dari sini ke kl dan port klang bukan dekat.. itupun syukur juga sebab pakwe dah mula bekerja dah.. dan dia pun kerja sekitar shah alam, klang.. so senang nak ulang alik.. tengok kereta di port klang.. dan naik turun pejabat agen tuh..

So far agen nie memang ok sangat.. aku memang rekomen lah kalau ada sesiapa nak buat urusan kereta import dengan dia.. dia buat semualah.. delay sikit2 tuh biasa.. tapi aku jenis takde nak mendesak sangat.. lagipun delay itu bukan disengajakan.. InsyAllah.. jika semuanya selesai dapat buat plat kereta.. mungkin weekend nie kereta dah boleh balik rumah.. buat masa nie kereta lepak umah mak aku di kampung.. merasalah diorang tengok kereta yang masih berplat UK tuh....

Hidup memang rasa tak tenang..lebih-lebih lagi bila ada kekangan kewangan.. inilah perkara yang aku sering buatkan hidup manusia bertambah tertekan.. tapi yelah kalau banyak duit pun.. hati tak tenang juga.. tapi adalah lebih baik hidup dengan banyak duit.. tertekan daripada hidup takde duit.. dan lebih-lebih lagi tertekan..

Hidup tidak perlu terlalu mewah.. tapi kalau kita dapat jalani kemewahan hidup itu adalah bonus untuk kita.. Pada aku.. hidup aku sekadar sederhana pun dah cukup.. beli dengan kemampuan.. belanja dengan berhikmah.. tidak terlalu kedekut.. dan tidak terlalu boros.. itu aku rasa yang paling ideal.. tapi kalau sememangnya kita kaya banyak duit tak salah.. gunakanlah dengan sebaiknya.. dan perbanyakkan sedekah.. kalau duit sikit pun tak salah bersedekah..

Cuma aku teringat.. dalam aku susah memikirkan tak berapa nak cukup duit masa nak bayar cukai tuh.. aku mendapat 1 email dari seseorang untuk meminjam duit.. tak banyak pun RM300 je.. terkejut juga sebab dia tuh kira sahabat lama yang dah lama tak contact.. serba salah juga.. tapi akhirnya aku decide tolong jelah.. sebab amount pun tak banyak.. tapi mungkin sahaja kebetulan.. bila aku nak pinjam duit dengan ayah dan kwan baik aku.. amount yg aku dapat adalah 3k dari setiap mereka tuh.. kebetulan kot.. aku ambil tuh sebagai ujian ahaks...

Pengalaman.. sememangnya 1 pengalaman untuk menguruskan semua ini.. Aku bukan org mewah.. beli kereta import pun atas sebab peluang untuk bawa kereta yang diberikan oleh kerajaan pada pelajar di luar negara.. dan kerana aku kira sebagai hadiah untuk pakwe aku juga.. sebab dia yang teringin nak bawa kereta tuh balik.. so dalam susah payah tuh.. aku cuba jugalah cari jalan walaupun terpaksa lalui kepayahan itu.. InsyAllah..

Harapnya selepas ini semua urusan dipermudahkan.. lepas nie bolehlah aku mula concentrate study pulak.. nie dah delay 2 bulan.. takde progress... InsyAllah.. minggu depan aku nak fullblast siapkan analisis dan mula menulis.. Doakan aku ye..

p/s : Beberapa minggu yang lepas aku turut mengalami 1 pengalaman dalam persahabatan yang sedikit membuatkan aku trauma.. Tidak semua orang kita boleh percaya.. adakala.. kita sangka persahabatan yang terbina itu baik-baik sahaja.. tapi siapa sangka secara tiba-tiba manusia boleh berubah.. Takpelah.. Aku cuba juga untuk terima hakikat.. kita tidak boleh paksa seseorang.. walaupun hakikatya aku tidak tahu apa salah aku.. dimana silap aku.. sikap diam dirinya buatkan aku tertanya-tanya.. Hingga pernah aku terfikir mungkin ada tindak tanduk aku yang menyebabkan dia begitu.. Call..sms.. semua tidak diangkat dan dibalas.. Aku redha kini.. dan cuba redha.. mungkin sahaja dia punya alasan... dan tidak dapat tidak aku terpaksa buat kesimpulan.. mungkin sahaja dia bukan sahabat yang baik.. atau mungkin sekadar mengambil kesempatan.. Namun..jauh di sudut hati aku.. aku sentiasa bersangka baik untuk dia.. Mungkin satu hari nanti aku akan dapat jawapan untuk semua persoalan itu nanti.. Aku serahkan pada Allah sahaja..

Ramai yang minta no telefon agen yang pernah menguruskan kereta aku dulu.
Cuba hubungi Nuri : 012-2347151

Thursday 10 May 2012

Hasad dengki tidak mengira kaum..

Sudah 2 hari aku sibuk dengan urusan di pekan.. 2 hari ini juga aku sibuk keluar masuk bank.. Banyak duit?? Ahaks.. duit memang banyak.. tapi bukan duit aku.. duit yang ada pun untuk membayar urusan yang macam-macam...

Aku sebenarnya tidak berapa suka ke pekan.. sebab antaranya perlu membayar parking bergores.. takdelah mahal sangat.. hanya 40sen 1 jam.. tapi kadang2 berpusing2 mencari kedai yang jual kupon parking nie... kalau ada mesin tuh senang lah juga.. ini semalam melilau aku mencari kedai yang menjual kupon... sampai terpaksa bertanya oranglah.. Semalam aku teringat nak ke kedai jam.. tapi kerana sibuk dengan urusan di 4 buah bank.. hahaha... lepas bank islam ke bank hong leong.. pastu CIMB.. pastu maybank.. uihhh pecah rekodlah.. Syukur bank2 tuh semua dekat2 je.. leh jalan kaki.. nak parking pun tak susah sangat.. kalau kena kat bandar KL.. jenuh lah sebab semua jauh2 kan.. lebih baik bayar online je ;)

Hari ini sekali lagi aku ke bank.. settlekan urusan semalam.. kad ATM pulak tak boleh guna.. online banking pun ada problem.. so buat pengaduan jugalah tadi.. tukar kad visa debit yang baru.. update buku.. buat bank draf lagi.. seharian aku di bank.. selesai urusan itu semua.. Aku teringat nak ke kedai Jam.. Kedai ini aku ingat sebab pernah dibawa pakwe ke situ masa hari lahirku pada tahun pertama perkahwinan kami..

Berjalan kakilah dari bank ke deretan kedai itu.. kalau org lain.. mungkin dah bawak kereta.. tapi kerana aku dah terbiasa berjalan kaki yang lebih jauh dari jarak tadi.. Aku jalan kaki perlahan-lahan.. entah berapa orang yang memandu kereta memandang.. deretan kedai2 di pekan itu kini semakin berkurangan pelanggan.. tapi deret kedai jam itu masih ada...

Ketika adik itu sedang menukar bateri jam aku.. aku bertanyakan harga jam itu.. tapi dia diam sahaja.. fikirku.. sama ada dia tak dengar atau leka memikirkan sesuatu... Aku tidak bertanya lagi.. tapi dia seolah tersedar yang aku bertanyakan harga bateri itu..

"Maaf kak.. saya tak perasan soalan kak tadi.. saya sedang memikirkan sesuatu" skema pulak ayat adik lelaki berbangsa cina ini.. hehehe

"Adik fikir pasal apa tuh" sengaja aku tanya sebab menyangkakan mungkin dia memikirkan pasal jam kot.. rupanya tidak hehehe..

"Taklah kak.. saya memikirkan pasal barang yang customer saya order tadi.. belum siap quotationnya"

Aku sekadar tersenyum sahaja.. Dia menyambung lagi..

"Bukan apa kak.. kat deret sini ada 3 kedai jam.. kedai sebelah nie.. bukan orang lain.. tapi kedai makcik saya.. tapi entahlah kak.. tapi dia tak anggap berniaga nie sama-sama lah boleh lebih kurang.."

Aku terus mengangguk lagi.. mengiakan kata-kata dia..

"Patutnya kita sama-sama berniaga.. sama-sama cari rezeki.. tak payahlah nak buruk-buruk kan orang... Ini tadi.. dia cakap dengan sorang customer saya tadi.. jangan beli di kedai saya.. barang saya mahal.. beli kat kedai dia je... Nasiblah customer tuh tak layan sangat.. dia terus datang ke kedai saya semula"

"Sedihlah kak.. kita cari rezeki kan.. masing-masing lah.. tak perlulah nak burukkan orang lain..  atau fikirkan untung sahaja... saya sendiri pun tak pernah buruk2 kan dia.. walaupun saya tahu brg2 dalam kedai dia tuh semua kualiti pasar malam tapi jual harga mahal.. barang2 kedai saya memang semua datang dari China.. customer saya semua tahu"

Aku diam lagi.. melayan luahan hati adik itu..

"Tuhlah kak.. saya susah hati jugalah kak.. kalau dia buat macam nie.. memanglah.. mungkin dia buat camtu dia dapatlah customer tuh.. tapi nanti lama-lama orang pun tahu.. brg dia tak kualiti.. tak datang lagi dah.. macam saya tadi.. saya jual harga diskaun je kat customer tuh.. saya rugi sikit kak.. modal saya rm40.. tapi saya jual rm 30lebih je.. takpelah saya rugi sikit.. tapi mana tahu masa depan.. dia jadi regular customer saya pula kan.. ada untung masa depan"

Aku kali ini sekadar mengiakan dan terus senyum... Selepas itu aku pun minta diri beredar dari kedai itu.. dan sepanjang berjalan kaki semula ke kereta.. perbualan  tadi membuatkan aku terfikir sejenak.. erti kehidupan.. sama sahaja.. Hasad dengki ini.. lumrah.. tak mengira bangsa... bukan sekadar bangsa melayu sahaja.. apa sahaja bangsa.. sama ada barat.. cina.. india.. semuanya punya individu yang mempunyai sikap sebegini...

Kiranya hari ini.. buat pertama kalinya.. aku benar-benar menjelajah pelusuk pekan yang sekian lama aku diami.. 12 tahun bekerja di daerah ini.. tolak 6 tahun aku berada di luar negara... baki 6 tahun itulah aku telah habiskan usia pekerjaan aku di situ.. Dari tahun 2000 ketika aku datang dulu.. sebuah pekan kecil.. yang kebiasaannya kedai akan tutup pada pkl 6 petang.. ke pekan kami perlu melalui landasan keretapi.. dulu landasan itu ada pagarnya.. tiap kali bila keretapi nak lalu.. pasti pagar itu akan di tutup.. merasalah melihat keretapi lalu.. kadang2 ada orang yang melambai-lambaikan tangan feeling2 romantik hehehehe... tapi sejak landasan keretapi berkembar dibuat dan ETS (keretapi laju ke Ipoh) bermula.. landasan tuh dah ditutup untuk laluan lalu lintas..

Kini keadaan pekan itu masih tak jauh berubah.. deretan kedai-kedai makan cina masih ada di situ.. berjalan kaki merentasi deretan kedai tadi.. membuatkan aku meneliti setiap nama kedai yang aku lalui.. tapi seperti mana jangkaan ku.. deretan kedai jam itu hanya ada di deretan depan pekan itu..

Dulu bila tinggal di luar negara.. jarang sangat isu sebegini aku temui.. kerana duniaku adalah tempat kerja.. uni dan rumah sahaja.. kini.. sejak pulang bekerja di sini.. saban hari.. pelbagai ragam manusia yang aku temui.. berulang-alik ke bank selama 2 hari ini juga membuatkan aku menemui pelbagai manusia.. melihat tahap sopan santun dan budi bahasanya.. Aku rasa segelintir yang berurusan dengan aku mungkin sedikit pelik.. sebab keramahan aku.. lagipun aku dah terbiasa.. ucapan terima kasih dulu adalah ucapan yang sering aku ucapkan setiap hari di UK.. setiap hari naik turun bas.. aku pasti ucapkan terima kasih pada driver bas.. org buka kan pintu pun aku ucap terima kasih.. terbiasa di sini.. sampai adik hantar nasi atau air pun aku ucap terima kasih hahaha...

Tapi memang aku perasan juga.. bila kita berbudi bahasa dengan orang.. orang pun secara automatik akan berbudi bahasa dengan kita.. kalau kita berkata dengan lembut.. yang mulanya bersuara tinggi terus menjadi sedikti lembut.. macam masa di kaunter maybank semalam..

Inilah nilai kehidupan kan... Kadangkala kita bertemu dengan manusia yang membuatkan kita terfikir tentang sikap dan muhasabah diri..

Wednesday 9 May 2012

Nukilan buat adik tersayang

Semalam..

Akak masih ingat.. kita baru sahaja pindah ke kampung... Emak sudah sarat mengandungkan adik.. sehari selepas kita pindah.. Alhamdullilah.. Emak bersalin kan adik.. Lahirlah adik ke dunia ini.. masih merah.. kecil dan comel.. Badan adik gempal berisi.. Arwah nenek sentiasa berada di sisi adik.. Kini bertambahlah satu lagi jejaka kacak dalam keluarga kita...

Adik membesar seperti kanak-kanak yang lain.. Sedari adik kecil.. Akaklah yang menjaga adik.. buaikan adik bila hendak tidur.. bergurau dan mengusik adik hingga menangis.. Hinggalah adik mula masuk bersekolah.. Adik mula belajar menaiki basikal di hadapan rumah.. jalan kecil yang ditar hingga ke kaki pintu rumah lah.. tempat adik berpusing-pusing dengan basikal baru.. Masih akak ingat sekeping gambar adik dengan basikal baru itu di jalan itu.. Masih kuat terpahat di ingatan akak..

Kemudian adik mula menginjak tahun demi tahun membina peribadi.. melangkah arus ujian demi ujian tahunan.. adik lalui juga peperiksaan penting.. Markah adik biasa-biasa sahaja.. Adik tidak begitu cemerlang dalam pelajaran.. tapi adik lebih sukakan kemahiran.. Pernah juga beberapa kali adik dimarah oleh ayah kerana begitu sukar untuk menerima sesuatu pelajaran yang diajar oleh ayah.. tapi walaupun begitu.. adik tidak banyak bercakap.. adik amat patuh pada mak dan ayah.. tidak sekali akak lihat adik melawan kata-kata mereka.. paling tidak pun.. adik akan diam seribu bahasa.. sekali pun adik tidak suka.. adik hanya membisu tanpa bicara..

Dari UPSR ke PMR hinggalah menjelang ke SPM.. adik lalui itu semua.. keputusan adik.. masih biasa-biasa sahaja... tapi akak tidak pernah perkecilkan adik.. kerana akak tahu.. kecemerlangan tidak boleh diwarisi.. tapi perlu dipelajari.. Suatu hari mak minta akak untuk bantu adik dalam SPM.. adik lemah dalam matematik.. semalaman akak ajar adik.. sedaya upaya akak mengajar dengan sabar.. kerana akak tahu sejauhmana keupayaan adik.. apatah lagi ketika itu akak sudah mengajar juga di satu kolej.. pengalaman kerja membantu akak mengajar adik..

Keputusan SPM diumumkan.. dan seperti yang dijangkakan.. keputusan adik lulus secukupnya.. Syukurlah.. kerana keluarga tidak pernah meletakkan harapan untuk adik.. sekadar cukuplah adik lulus dan mampu membina kehidupan...

Dulu.. bila mula menginjak remaja.. setiap bulan akak tidak pernah lupa berikan adik duit belanja.. setiap kali kita keluar ke pekan.. pasti akan akak tanya barang-barang keperluan adik.. buku. alat tulis.. apa sahaja yang adik nak.. akak akan suruh adik ambil sahaja.. tapi mengenali adik.. adik tak pernah mengambil kesempatan.. mana yang memang adik tiada.. itu sahaja yang adik ambil.. walaupun adik tahu.. andai adik ambil apa sahaja.. akak tidak akan tanya untuk apa.. dan buat apa..

Tidak lama selesai SPM.. adik mula mengambil lesen motor & kereta.. Mak beritahu akak.. duit yang adik gunakan untuk mengambil lesen itu.. adalah duit simpanan adik yang adik dapat dari akak sepanjang adik bersekolah.. Kata mak, adik pandai menyimpan.. bayangkan adik mampu membayar yuran mengambil lesen yang hampir RM600 itu dari duit simpanan adik.. Satu ringgit pun adik tidak minta dari mak & ayah.. Akak bangga dengan adik.. malah akak terharu sebenarnya.. kerana akak tidak menyangka adik tidak membelanjakan habis duit pemberian akak itu... Di situ akak mula kenal sifat adik..

Selepas adik dapat keputusan SPM dan disebabkan adik lebih mahir dalam kemahiran.. maka adik putuskan untuk mengambil kursus kemahiran.. Keluarga setuju sahaja tanpa banyak soal.. setelah sekian lama.. adik dapat Diploma.. kita sekeluarga hadiri majlis konvokesyen adik di Kelana Jaya..

Kini adik sudah pun berkerjaya.. seiring dengan diploma yang adik perolehi.. kemahiran itulah yang adik gunakan dalam kerjaya adik.. Apa juga kami tetap berbangga dengan adik..

Hari ini

Adik sudah menghampiri penghujung 20an dalam usia dewasa adik.. sudah lebih 20 tahun akak melihat adik membesar dan membina peribadi adik.. Dari kecil adik akak buai.. kendung.. bawa jalan-jalan naik motor di depan ataupun di belakang akak.. kini adik sudah mampu berkereta sendiri.. adik kini dah mula pandai bawa anak dara orang pulak... sama ada naik motor (itu akak tak tahulah).. tapi kalau naik kereta itu memang akak pasti sangat-sangat... hehehehe... kini adik akak sudah dewasa.. sudah sesuai menjadi seorang suami... adik akak sudah besar panjang.. sudah matang.. tapi sifat patuh dan taat adik tetap macam dulu.. apa sahaja yang mak dan ayah cakap atau suruh.. adik tidak pernah membantah... adik ikut sahaja... selalu juga bila adik mengomel atau tidak puas hati.. pasti adik akan luahkan pada mak... tapi mak juga akan selalu bercerita pada akak.. setiap perangai.. sikap adik.. dan juga adik-adik yang lain pada akak..

Pernah sekali mak mengadu yang adik melawan cakap mak.. hingga adik meninggikan suara pada mak.. membentak kata-kata mak... lantas selesai sahaja perbualan akak dengan mak itu.. Akak hantar satu email panjang pada adik... Akak tanya pada adik.. kenapa buat mak begitu.. jangan kurang ajar dengan mak... mak kita hanya ada satu.. mak tegur kerana dia mahu memperbetulkan kita.. bukan dia sengaja suka-suka menegur begitu... Berlinang airmata akak menulis email itu pada adik.. Akak cukup tidak suka mendengar mana-mana adik akak kurang ajar pada mak dan ayah.. adik terutamanya.. sikap adik yang taat yang akak tahu bertahun akak melihat adik membesar seolah hilang seketika... Alhamdullilah.. selepas itu.. mak tidak pernah lagi mengadu yang buruk-buruk pasal adik lagi... Akak tahu adik tersilap.. dan pasti juga adik tahu yang mana betul dan yang mana salah..

Hujung minggu yang lalu.. Adik akhirnya bertunang.. Kini adik bakal jadi suami orang... Dulu adik mengadu adik tidak tahu siapa yang adik mahu pilih.. tapi akak sarankan adik bertanya pada mak.. dan bawa jumpa mak.. mak pasti tahu yang mana lebih sesuai untuk adik.. Akhirnya.. adik pilih gadis itu.. seperti mana andaian akak.. akak juga telah tahu terlebih dahulu yang mana jadi pilihan adik..

Esok..

Akak doakan jodoh adik panjang hendaknya... InsyAllah diberikan kesihatan yang baik.. kerjaya yang baik.. gaji yang lebih tinggi.. kehidupan yang bahagia nanti.. Doa akak sentiasa bersama adik.. mana kan akak lupa adik.. yang pernah akak cium sewaktu kecil.. yang biasa akak tidurkan setiap hari.. yang sering akak bawa keliling kampung naik motor bersama akak.. yang sering juga akak bawa naik kereta ke pekan tiap kali akak balik kampung... Adik membesar depan mata akak.. akak lihat perubahan sikap adik dari dulu.. kini dan InsyAllah.. harapnya hingga usia tua adik nanti...

Mungkin sahaja akak 'tidak adil' pada adik-adik yang lain.. sebab adik sememangnya adik yang paling akak sayang.. walaupun adik bukan adik bongsu.. yang kebiasaannya menjadi adik kesayangan keluarga.. tapi akak sentiasa ingat adik.. dan sayangkan adik lebih dari mereka yang lain... Ini tidak pernah akak beritahu pada adik.. cukuplah akak sahaja yang tahu.... dan mungkin mereka yang rapat dengan akak tahu... dan mereka yang membaca blog ini tahu... Pastinya juga.. adik takkan baca warkah ini sebab akak tidak pernah beritahu adik tentang blog ini.. Tak perlulah... cukuplah.. akak beritahu semua ini sebagai kenangan dan luahan hati akak buat adik... Melihat adik semakin dewasa... matang.. buatkan akak terkenangkan adik semasa kecil dulu... Masa berlalu dengan pantaskan...

Akak doakan adik sentiasa bahagia.. Allah permudahkan urusan adik.. Berikan kemurahan rezeki untuk adik.. 

Kini akak menunggu hari bahagia adik pula..

Friday 4 May 2012

Kini aku bukan lagi resident UK..

Salam Jumaat

Hari ini 4 Mei 2012.. Telah menghampiri 3 bulan aku di bumi tanahair.. Penghujung bulan April visa UK aku tamat tempoh.. secara sahnya.. aku bukan lagi warga UK... Ini bermakna untuk aku masuk semula ke UK.. aku perlu mendapatkan Visa semua.. selalunya.. aku boleh perolehi semasa arrival.. dikenali sebagai VOA visa on arrival selama 6 bulan.. Sedih jugalah setelah selama 5 tahun di sana.. kini aku bukan lagi warga sana.. tapi apa pun bak kata org.. hujan emas di negara orang.. hujan batu di negara sendiri.. tapi dulu aku selalu juga merasa hujan batu di negara orang ahaks... dan selalu juga sembunyikan diri di tepi bangunan bila hujan batu turun.. sakit ohhh bila kena muka ;)

Banyak perkara terjadi.. tapi biasalah mood untuk menulis aku takde.. ada beberapa draf entri yang tak mampu aku habiskan menulis.. bila sahaja menulis separuh jalan dan aku terhenti menulis.. Entahlah.. macam-macam perkara dan urusan yang membuatkan aku agak sibuk sebenarnya..

Isnin yang lalu aku ke PWTC untuk pameran buku antarabangsa.. Pergi atas urusan rasmi untuk buat book selection untuk perpustakaan Universiti.. Peruntukan banyak.. so aku ambil banyak juga buku sebenarnya.. Kata adik yang duk temankan aku tuh.. wakil vendorlah kiranya.. aku paling cepat pilih buku hahahah.. tengok tajuk je dan terus ambil.. lagi pun buat apa nak berkira sangat buku untuk library je kan

Minggu depan pula sibuk dengan minggu konvokesyen.. Isnin aku kena berarak masuk ke dewan.. Konvo Khas sebab diadakan di kampus baru.. Pro canselor pun baru.. malah ada anugerah terhormat untuk satu individu nie.. Aku tak nak sebutkan nama.. tapi kalau aku sebut confirm korang semua kenal.. bak kata kawan aku.. rugi tak pergi konvo tuh.. tak dapat tengok si 'dia' tuh ahaks... tak tahulah atas dasar apa uni aku bagi dia anugerah terhormat.. Politikal ler kot.. tapi semenjak 2 menjak nie.. aku tengok uni aku agak glemer dengan macam-macam kes... entahlah.. janji student2 yang aku ajar tak buat hal kan..

Esok aku akan ke Johor.. Adik kesayangan aku bertunang esok.. InsyAllah.. Pilihan hati dia.. hingga kini aku belum sempat jumpa dia lagi.. jumpa pun pada majlis bertunang tuh nanti.. Ingat bolehlah nanti aku buat sikit photo shot.. tapi itupun ikut tahap kerajinan akak dia nie.. bukan sekejap masa nak buat photo editing nie sebenarnya.. aku pun takdelah banyak pengalaman... tapi aku kagumi gaya dan style photo edit dari saiful nang.. teruja dan menarik..

Rentetan kehidupan sebenarnya ada banyak benda yang nak dikongsikan.. tapi aku malas nak mengulas.. dari isu bersih 3.0.. kes2 politik.. sibuk nak pilihanraya... Aku anak Selangor.. so teruja juga nak tahu siapa pula bakal memerintah selangor semula.. Sadly.. aku sedih sangat bila PKR memerintah.. kenapa?? sebab banyak sangat isu yang terjadi hingga meilbatkan hak orang melayu dijual di sekitar kampung aku.. sedih.. aku bukanlah Pro Kerajaan.. tapi pada aku.. sesiapa pun memerintah kalau jalan pentadbirannya ok.. takpelah.. sedih memikirkan isu-isu tanah.. anak selangor.. yayasan.. pasar jawa yang telah dijual sewenang2nya... kini sekitar kampung aku.. dah banyak tanah2 menjadi milik orang cina.. aku tak tahu sekitar kawasan selangor yang lain.. mungkin di bandar perkara sebegini tak berapa ketara.. tapi bagi kami.. isu balai raya ditutup.. isu kesombongan.. buatkan ramai orang kampung dah mula muak.. ditambah dengan isu bersih baru2 ini.. Aku pun.. mengutuk kekejaman pihak polis.. tapi keganasan pihak yang satu lagi juga tak kurangnya.. pada aku.. kedua-dua pihak ada melakukan kesalahan.. dan aku menyokong perhimpunan secara aman.. tapi bila menjadi ganas itu aku tidak sokong.. amat tidak sokong..

Ok aku tak nak ulas sangat soal isu nie.. sebab politik bukan topik kegemaran aku.. dan aku juga menilai sesuatu bukan sekadar dengan sogokan pelbagai isu di FB.. di akhbar.. di blog.. sesiapa sahaja boleh menulis dan berkata.. hakikatnya.. tindakan itu yang lebih utama.. lagipun biasalah bila dekat2 nak pilihanraya nie.. kerja gerak gempur berjalan lah.. aku hanya sekadar mendengar.. membaca dan menilai sendiri..

Cukuplah sampai di sini dulu... InsyAllah ada masa aku sembang lagi ye..

Aku rindukan meja study aku ini..
Bila lah aku nak terbang ke UK semula??
InsyAllah soon... InsyAllah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...