Wednesday 9 May 2012

Nukilan buat adik tersayang

Semalam..

Akak masih ingat.. kita baru sahaja pindah ke kampung... Emak sudah sarat mengandungkan adik.. sehari selepas kita pindah.. Alhamdullilah.. Emak bersalin kan adik.. Lahirlah adik ke dunia ini.. masih merah.. kecil dan comel.. Badan adik gempal berisi.. Arwah nenek sentiasa berada di sisi adik.. Kini bertambahlah satu lagi jejaka kacak dalam keluarga kita...

Adik membesar seperti kanak-kanak yang lain.. Sedari adik kecil.. Akaklah yang menjaga adik.. buaikan adik bila hendak tidur.. bergurau dan mengusik adik hingga menangis.. Hinggalah adik mula masuk bersekolah.. Adik mula belajar menaiki basikal di hadapan rumah.. jalan kecil yang ditar hingga ke kaki pintu rumah lah.. tempat adik berpusing-pusing dengan basikal baru.. Masih akak ingat sekeping gambar adik dengan basikal baru itu di jalan itu.. Masih kuat terpahat di ingatan akak..

Kemudian adik mula menginjak tahun demi tahun membina peribadi.. melangkah arus ujian demi ujian tahunan.. adik lalui juga peperiksaan penting.. Markah adik biasa-biasa sahaja.. Adik tidak begitu cemerlang dalam pelajaran.. tapi adik lebih sukakan kemahiran.. Pernah juga beberapa kali adik dimarah oleh ayah kerana begitu sukar untuk menerima sesuatu pelajaran yang diajar oleh ayah.. tapi walaupun begitu.. adik tidak banyak bercakap.. adik amat patuh pada mak dan ayah.. tidak sekali akak lihat adik melawan kata-kata mereka.. paling tidak pun.. adik akan diam seribu bahasa.. sekali pun adik tidak suka.. adik hanya membisu tanpa bicara..

Dari UPSR ke PMR hinggalah menjelang ke SPM.. adik lalui itu semua.. keputusan adik.. masih biasa-biasa sahaja... tapi akak tidak pernah perkecilkan adik.. kerana akak tahu.. kecemerlangan tidak boleh diwarisi.. tapi perlu dipelajari.. Suatu hari mak minta akak untuk bantu adik dalam SPM.. adik lemah dalam matematik.. semalaman akak ajar adik.. sedaya upaya akak mengajar dengan sabar.. kerana akak tahu sejauhmana keupayaan adik.. apatah lagi ketika itu akak sudah mengajar juga di satu kolej.. pengalaman kerja membantu akak mengajar adik..

Keputusan SPM diumumkan.. dan seperti yang dijangkakan.. keputusan adik lulus secukupnya.. Syukurlah.. kerana keluarga tidak pernah meletakkan harapan untuk adik.. sekadar cukuplah adik lulus dan mampu membina kehidupan...

Dulu.. bila mula menginjak remaja.. setiap bulan akak tidak pernah lupa berikan adik duit belanja.. setiap kali kita keluar ke pekan.. pasti akan akak tanya barang-barang keperluan adik.. buku. alat tulis.. apa sahaja yang adik nak.. akak akan suruh adik ambil sahaja.. tapi mengenali adik.. adik tak pernah mengambil kesempatan.. mana yang memang adik tiada.. itu sahaja yang adik ambil.. walaupun adik tahu.. andai adik ambil apa sahaja.. akak tidak akan tanya untuk apa.. dan buat apa..

Tidak lama selesai SPM.. adik mula mengambil lesen motor & kereta.. Mak beritahu akak.. duit yang adik gunakan untuk mengambil lesen itu.. adalah duit simpanan adik yang adik dapat dari akak sepanjang adik bersekolah.. Kata mak, adik pandai menyimpan.. bayangkan adik mampu membayar yuran mengambil lesen yang hampir RM600 itu dari duit simpanan adik.. Satu ringgit pun adik tidak minta dari mak & ayah.. Akak bangga dengan adik.. malah akak terharu sebenarnya.. kerana akak tidak menyangka adik tidak membelanjakan habis duit pemberian akak itu... Di situ akak mula kenal sifat adik..

Selepas adik dapat keputusan SPM dan disebabkan adik lebih mahir dalam kemahiran.. maka adik putuskan untuk mengambil kursus kemahiran.. Keluarga setuju sahaja tanpa banyak soal.. setelah sekian lama.. adik dapat Diploma.. kita sekeluarga hadiri majlis konvokesyen adik di Kelana Jaya..

Kini adik sudah pun berkerjaya.. seiring dengan diploma yang adik perolehi.. kemahiran itulah yang adik gunakan dalam kerjaya adik.. Apa juga kami tetap berbangga dengan adik..

Hari ini

Adik sudah menghampiri penghujung 20an dalam usia dewasa adik.. sudah lebih 20 tahun akak melihat adik membesar dan membina peribadi adik.. Dari kecil adik akak buai.. kendung.. bawa jalan-jalan naik motor di depan ataupun di belakang akak.. kini adik sudah mampu berkereta sendiri.. adik kini dah mula pandai bawa anak dara orang pulak... sama ada naik motor (itu akak tak tahulah).. tapi kalau naik kereta itu memang akak pasti sangat-sangat... hehehehe... kini adik akak sudah dewasa.. sudah sesuai menjadi seorang suami... adik akak sudah besar panjang.. sudah matang.. tapi sifat patuh dan taat adik tetap macam dulu.. apa sahaja yang mak dan ayah cakap atau suruh.. adik tidak pernah membantah... adik ikut sahaja... selalu juga bila adik mengomel atau tidak puas hati.. pasti adik akan luahkan pada mak... tapi mak juga akan selalu bercerita pada akak.. setiap perangai.. sikap adik.. dan juga adik-adik yang lain pada akak..

Pernah sekali mak mengadu yang adik melawan cakap mak.. hingga adik meninggikan suara pada mak.. membentak kata-kata mak... lantas selesai sahaja perbualan akak dengan mak itu.. Akak hantar satu email panjang pada adik... Akak tanya pada adik.. kenapa buat mak begitu.. jangan kurang ajar dengan mak... mak kita hanya ada satu.. mak tegur kerana dia mahu memperbetulkan kita.. bukan dia sengaja suka-suka menegur begitu... Berlinang airmata akak menulis email itu pada adik.. Akak cukup tidak suka mendengar mana-mana adik akak kurang ajar pada mak dan ayah.. adik terutamanya.. sikap adik yang taat yang akak tahu bertahun akak melihat adik membesar seolah hilang seketika... Alhamdullilah.. selepas itu.. mak tidak pernah lagi mengadu yang buruk-buruk pasal adik lagi... Akak tahu adik tersilap.. dan pasti juga adik tahu yang mana betul dan yang mana salah..

Hujung minggu yang lalu.. Adik akhirnya bertunang.. Kini adik bakal jadi suami orang... Dulu adik mengadu adik tidak tahu siapa yang adik mahu pilih.. tapi akak sarankan adik bertanya pada mak.. dan bawa jumpa mak.. mak pasti tahu yang mana lebih sesuai untuk adik.. Akhirnya.. adik pilih gadis itu.. seperti mana andaian akak.. akak juga telah tahu terlebih dahulu yang mana jadi pilihan adik..

Esok..

Akak doakan jodoh adik panjang hendaknya... InsyAllah diberikan kesihatan yang baik.. kerjaya yang baik.. gaji yang lebih tinggi.. kehidupan yang bahagia nanti.. Doa akak sentiasa bersama adik.. mana kan akak lupa adik.. yang pernah akak cium sewaktu kecil.. yang biasa akak tidurkan setiap hari.. yang sering akak bawa keliling kampung naik motor bersama akak.. yang sering juga akak bawa naik kereta ke pekan tiap kali akak balik kampung... Adik membesar depan mata akak.. akak lihat perubahan sikap adik dari dulu.. kini dan InsyAllah.. harapnya hingga usia tua adik nanti...

Mungkin sahaja akak 'tidak adil' pada adik-adik yang lain.. sebab adik sememangnya adik yang paling akak sayang.. walaupun adik bukan adik bongsu.. yang kebiasaannya menjadi adik kesayangan keluarga.. tapi akak sentiasa ingat adik.. dan sayangkan adik lebih dari mereka yang lain... Ini tidak pernah akak beritahu pada adik.. cukuplah akak sahaja yang tahu.... dan mungkin mereka yang rapat dengan akak tahu... dan mereka yang membaca blog ini tahu... Pastinya juga.. adik takkan baca warkah ini sebab akak tidak pernah beritahu adik tentang blog ini.. Tak perlulah... cukuplah.. akak beritahu semua ini sebagai kenangan dan luahan hati akak buat adik... Melihat adik semakin dewasa... matang.. buatkan akak terkenangkan adik semasa kecil dulu... Masa berlalu dengan pantaskan...

Akak doakan adik sentiasa bahagia.. Allah permudahkan urusan adik.. Berikan kemurahan rezeki untuk adik.. 

Kini akak menunggu hari bahagia adik pula..

4 comments:

marinahunny said...

Mcm dlm cerpen... Semoga adik berbahagia :-) dan kakaknya juga.. :-)

Acik Erna said...

terharu rasa hati membaca luahan hati eorang kakak.
ina..akak ada sorang je adik.

kueh bakar said...

skrg pompuan lebih rajin..'kecemerlangan itu tidak diwarisi, ia dipelajari'.maka perempuan memang lebih berjaya.

maka sindrom ini akan berterusan selagi lelaki tidak berubah.

langkah tepat bila meneruskan belajar tentang kemahiran.

banyak kesan-kesan sindrom ini dalam masyarakat. ia mengubah lanskap kehidupan sebuah negara...

adik ni ke yang dulu tak tahu nak pilih mana satu? siapa yang dipilih?

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Marina

:) terima kasih.. cerpen ek.. hehehe ;)

Kak Erna

Mungkin sebab 5 tahun saya tak tinggal di sini.. bila balik saya lihat byk sgt perubahan terutama dalam keluarga sendiri.. terasa sungguh kak.. lagi adik itu mmg adik kesayangan saya ;)

Kueh

Bijak.. pandai.. cemerlang.. semua itu bukan tentu jaminan masa depan yang baik.. cuma biasanya kalau kita rajin.. pandai.. InsyAllah kita mampu berjaya.. tapi sekalipun tak pandai.. tapi kita bijak mempergunakan peluang yg ada.. pun kita boleh berjaya kan..

Pada akak.. lelaki memang kurang bab2 akademik.. tetapi kebanyakan punya kemahiran dan jika dapat dikesan lebih awal lebih baik tumpukan pada kemahiran itu sebab byk gunanya.. kdg2.. ada lelaki yg bijak.. pandai.. tapi bila suruh buat kerja rumah sendiri.. begitu sombong nak turun padang nak buat sebab tak tahu.. terpaksa upah org.. Akak dah jumpa ramai org camnie.. punya Phd.. punya degree.. tapi begitu sombong dalam bermasyarakat..

Pada akak yg penting seimbang.. paling utama budi bahasa dan adab sopan.. ini yg begitu ketara susah nak jumpa lah.. 5 tahun akak di luar negara.. sudah terlalu sebati dengan ciri2 tertib.. ucapan terima kasih.. sopan santun.. balik ke mesia.. susah akak nak jumpa tertib dan sopan yang bertahun akak lihat di negara barat itu.. sedihkan..

Yup adik nielah yang tak tahu nak pilih yg mana.. dan dia dah buat pun pilihan dia ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...