Showing posts with label Kuching. Show all posts
Showing posts with label Kuching. Show all posts

Friday, 10 May 2013

Kembara Kuching Hari 3 (Part 2) : Matang Wildlife Centre Lundu & Pasar Malam Satok

Selepas berehat di kawasan Gua Angin.. Kami mula bergerak ke Matang Wildlife Centre di Lundu.. Perjalanan lebih kurang sejam.. Masa nie tak tengok jalan.. sebab aku tidur dalam kereta.. penat semasa berjalan ke Pasar Serikin masih terasa..

Masa nie pakwe mula drive.. pagi tadi adik lelaki aku yang drive.. so sementara tuh kami bertiga semua tidur dengan gembiranya.. terjaga bila dekat nak sampai ke Matang Wildlife.. Kami sampai dah pkl 3.30.. Diorang tutup pukul 4.30 untuk tengok binatang.. tapi kalau nak lepak di sekitar kawasan sungai boleh lepak sampai pkl 5.00ptg..

Matang Wildlife Centre Lundu

Matang Wildlife Centre, part of Kubah National Park, houses endangered wildlife in large enclosed areas of rainforest or spacious cages. The main attraction is the orang utan adoption programme, where young orang utans, who were either orphaned or rescued from captivity, are taught how to survive in the wild. As well as orang utans, the centre includes spacious enclosures housing sambar deer, crocodiles, sun bears, civets and bear cats, and three large aviaries featuring hornbills, eagles, kites, storks and a host of other birds native to Sarawak. 
Source from here

Kami dikenakan yuran RM10 seorang.. 5 orang kenalah RM50 sahaja.. Dia bagi peta untuk animal trail.. dan juga tiket.. Jangka masa untuk ikut animal trail tuh dalam 30-45 minit je..

Animal trail ini bermula dengan kandang Buaya.. Harimau.. Rusa.. Landak..  Beruang madu dan di akhiri dengan kandang yang menempatkan Orang Utan.. tapi ada jalan pintas kalau kita nak tengok orang utan sahaja.. kami pilih trail penuh.. so berjalanlah kami dari satu kandang ke satu kandang.. Masa nie keluarga aku je yang ikut trail penuh.. Ada satu lagi family tapi mereka ambil jalan pintas terus tengok orang utan..

Tempat memulakan animal trail
 
Sweetheart of Matang
Antara orang utan yang ditempatkan di sini

Kandang Buaya..
 
Kandang Harimau bintang yang sedang melepak

Orang utan yang memang besar.. 
Tangan dia je..   
2 kali ganda tangan aku..

 Video orang utan yang sempat aku rakamkan

Bilangan binatang yang ada di sini tak banyak.. dan kita boleh melihat mereka hidup dalam habitat mereka.. Walaupun kami sampai dah nak dekat pkl 4petang.. cuaca masih panas.. berjalan sedikit pun aku dah berpeluh sakan..

Sebenarnya yang menjadi tarikan di sini adalah orang utan.. semasa pakwe membayar tiket masuk.. petugas di kaunter masuk sudah mengingatkan kami untuk tidak mendekati orang utan kerana sudah ada beberapa insiden pelancong yang digigit oleh orang utan ini.. ada gambar-gambar yang diletakkan menunjukkan jenis kecederaan yang dialami oleh mereka..Walaupun nampak mereka itu comel-comel belaka.. siapa sangka jika tak kena mood mereka.. ada yang bakal tercedera..

Selain daripada sekadar datang untuk melawat tempat ini.. ada juga disediakan pakej untuk jungle trakking kerana kawasan Matang Wildlife Centre ini terletak dalam Taman Kubah Negara .. Ada juga pakej dari luar negara yang menawarkan pelancong untuk menjadi sukarelawan di Matang Wildlife Centre tersebut.

Selesai melihat semua binatang yang ada.. kami pun bergerak ke kawasan surau untuk solat jamak zohor-asar di situ.. bersebelahan dengan tempat pameran yang ada di situ terdapat chalet dan tempat rehat.. yang berhampiran sungai..

Selesai solat.. kami pun bergerak ke Medan Niaga Satok.. Ada Pasar minggu di situ..

Pasar Malam Satok 

Semasa kami sampai sudah menghampiri pkl  6.30ptg. Sudah banyak gerai-gerai diletakkan di situ.. pelbagai jenis gerai ada.. kebanyakannya kedai menjual sayuran dan buahan.. ada juga deret kedai yang menjual souvenir.. yang terletak di bahagian belakang medan makan.. manakala untuk gerai makanan pula di belakang medan niaga satok berhampiran pasar basah menjual ikan dan daging.

Gambar Kredit dari sini

1- Gerai Souvenier

Banyak pilihan untuk membeli cenderhati di sini seperti keychain, beg duit, kain pua kumbu dan T'shirt. Di sini souvenir dijual dalam pek 10... dan harganya boleh ditawar. Aku membeli beg duit kecil dari manik-manik sekitar harga RM10 sahaja.. dan juga dapat membeli kain Pua Kumbu
Pua Kumbu merupakan kain kapas berpola pelbagai warna yang digunakan oleh kaum Iban, dihasilkan dan digunakan di Sarawak, Malaysia. Pua kumbu ditenun oleh wanita Dayak dan dianggap objek suci. Ia digunakan dalam upacara dan peristiwa penting termasuk kelahiran anak, sampai usia, menerima barangan penting kepada rumah panjang, dan bagi tabir mayat yang diletakkan di rumah panjang sebelum pengkebumian (dari wikipedia)
 Aku membeli kain ini dari seorang wanita berusia lewat pertengahan dari bangsa Iban.. gerainya terletak di tengah sedikit terpisah daripada gerai yang lain. Kebanyakan penjual souvenir di sini adalah berbangsa cina. Aku berkenan dengan sehelai kain yang sesuai dibuat alasan meja kerana materialnya lebih berkilat dan cantik. Harganya dalam RM45, mulanya aku keberatan tetapi kerana wanita ini mengatakan hanya tinggal 2 warna sahaja yang tinggal kerana telah dibeli oleh sekumpulan gadis remaja sebelum aku sampai.. maka dia meletakkan harga RM40 sahaja..

Mulanya aku nak beli satu sahaja, tapi teringat yang mak pun berkenan dengan kain itu semasa kami lalu gerai ini.. (masa itu aku berpatah balik sebab dah niat nak beli kain pua kumbu ini sebagai kenang-kenangan).. Akhirnya aku beli 2 dan sehelai kain pua kumbu bercorak biasa berwarna merah dengan harga lebih kurang RM25.. semua sekali dalam RM105 sahaja. Gerai yang lain menjual kain pua kumbu itu sekitar RM30-35 mengikut saizlah.. Selain daripada mendapat harga yang murah, sikap wanita ini juga cukup ramah sekali..


2- Gerai makanan

Pilihan gerai makanan juga tidak banyak.. tidak seperti pasar malam di sekitar semenanjung yang biasa kami pergi.. kalau kat sini pasar malam.. gerai makananlah yang paling meriah sekali kan.. Di pasar satok gerai makanan yang ada lebih banyak gerai menjual kek lapis.. ada 1 2 gerai yang menjual kuih muih tetapi penjualnya seperti dari bangsa cina dan tidak bertudung.. was-was pulak nak membeli.. Kami lalu jelah setakat beli air.. Mak beli putu mayam.. (aku lebih suka putu piring atau putu bambu)..

3- Pasar basah

Pasar ini masih lagi dibuka waktu ini.. Aku sudah berhajat untuk membeli udang galah dan bercadang untuk membeli 2 kg untuk dibawa balik.. Setelah bertanya harga.. Akhirnya kami decide kami akan datang semula esok pagi untuk terus di pek sebelum ke airport.

4- Gerai buah-buahan dan sayuran

Banyak gerai-gerai yang menjual buah-buahan dan sayuran di sini. Kami turut membeli belimbing gunung yang berbentuk setiga.. rasanya seperti buah rambai.. atau kata mak di kedah orang panggil buah sentul.

Belimbing gunung yang kami beli warnanya lebih cerah merahnya..
Sekilo RM5 sahaja
Gambar kredit google

Selepas membeli apa yang kami berkenan.. Mak dan adik aku membeli T'Shirt sarawak..

Kami pun mula bergerak ke bandar Kuching untuk mencari scale penimbang beg yang boleh dipegang tangan.. Kebanyakan kedai sudah mula tutup.. kami ke plaza merdeka Kuching untuk ke Parkson mencari penimbang tangan itu.. Puas pusing-pusing.. kebanyakan kedai takde menjual penimbang tuh.. Mulanya aku ingat pakwe ada bawa penimbang itu.. bila dah sampai ke Kuching baru perasan penimbang itu tertinggal di rumah.. itu yang malam itu kami cari juga.. sebabnya nak timbang berat beg yang kami akan check in esok.. aku dah book cabin baggage sebanyak 40kg.. so memandangkan kami berlima.. faham-faham jelah lepas shopping sakan.. ahhh kelam kabut ler mencari penimbang pulak..

Disebabkan tak jumpa selepas pusing-pusing dalam Plaza merdeka Kuching.. akhirnya kami decide ke Giant Tabuan Jaya.. aku beri cadangan pada pakwe beli penimbang berat badan jek hahaha... kalau susah sangat nak cari.. dah cari 1 giant pun takde.. akhirnya kami beli penimbang berat yang harga rm17.90.. tak berat mana pun penimbang tuh.. dan siap bawak balik semenanjung...

Selesai misi mencari penimbang.. kami pun singgah makan di Taman Desa Ilmu.. tempat kami makan malam sebelumnya.. habis makan..apa lagi terus balik rumah..

Sampai rumah.. apa lagi.. rehat.. dan tidur..

Bersambung untuk hari terakhir di Kuching..

Monday, 6 May 2013

Kembara Kuching : Hari ke 3 (Part 1) - Pasar Serikin & Wind Cave

Hari ke 3 di Kuching..

Hari ini kami akan ke pasar Serikin.. Ianya merupakan antara tempat membeli belah yang terletak di sempadan Malaysia-Indonesia.. kiranya dah dekat dengan kalimantan..

Pasar Serikin-Bau

Pasar Serikin ini antara tempat membeli belah ala-ala di Bandung Indonesia.. Banyak barangan yang dijual di sini dibawa masuk dari Indonesia.. ada hingga ke Lombok dan juga Irian Jaya.. Ia terletak antara sempadan Sarawak dan Indonesia.. kiranya seperti di Semenanjung di Bukit kayu Itam.. Rantau Panjang.. Kebanyakan mereka yang sampai ke Kuching pasti akan datang ke sini untuk membeli-belah.. Ianya hanya dibuka pada hujung minggu pada hari Sabtu-Ahad.. selain hari itu.. sekitar itu macam pekan mati jek.. (ini bak kata seorang jejaka yang kami jumpa di situ)

Plan asalnya kami akan gerak seawal pukul 6.30pg.. sebabnya cuaca di situ amat panas kerana kedudukannya yang sudah hampir dengan garisan khatulistiwa..  Sesiapa nak ke sini dinasihatkan keluarlah awal.. biar sampai awal sikit... Disebabkan siap masak pun dah nak dekat pkl 6.30.. tunggu masing-masing sarapan dulu lagi.. pkl 7.30 baru lah dapat gerak dari rumah.. memandangkan kami dari Kota Samarahan.. maka tak perlu ke Kuching dulu untuk ke Serikin. Untuk ke pasar serikin ini, perlu ikut jalan ke Bau dan dari situ ikut sahaja papan tanda ke Serikin. Lagipun masa nie banyak kereta yang menuju ke sana.. follow jek deretan kereta-kereta tuh..

Bertanda A itu adalah pekan Bau..
Jarak dari situ ke pasar Serikin dah tak jauh mana..

Ikut jek signboard ke Serikin..

Perjalanan ke sana ambil masa lebih kurang sejam.. ditambah dengan keadaan jalan terutama selepas pekan Bau yang banyak berlubang-lubang.. kereta tak boleh nak laju sangat masa nie.. hampir kiri dan kanan jalan tuh berlubang sana sini.. terpaksalah perlahankan kereta beberapa kali.. kalau jenis 4WD tu takpelah.. jenis kereta yang lain tuh kenalah perlahan sikit.. kalau tak sayang kereta.. belasah jelah..

Jalan yang berlubang-lubang dan penuh debu..
Terfikir gak kerajaan negeri tak nak betulkan jalan ke?

Masa kami sampai tuh.. kereta dah mula banyak.. tapi masih banyak tempat letak kereta.. Parking kena bayar.. itupun dah mula ramai orang.. kami sampai dah nak dekat pkl 9 pagi.. masa nie dah mula terasa cuaca yang panas dan berbahang.. ramai yang bawa payung.. orang pun dah mula ramai masa nie..

 Dereten kereta yang dah mula parking..
Masa nie lepak kat bawah pokok.. 
Waktu dalam pkl 9pg tapi dah mula rasa bahang panas

Sementara menunggu mak dan adik ke toilet.. kat sini toilet nie macam kita menumpang toilet rumah orang-orang kat sini.. siap ada kolah mandi.. macam bilik air kat rumah.. tapi sekali masuk sorang 50sen ye..

Lepas semua dah kumpul.. kami pun mula gerak ke kawasan kedai-kedai.. jalan nie panjang.. sampai ke hujung.. Bermulalah episod membelek dan tanya harga.. mana yang berkenan tuh kami singgah tanya harga.. berkenan.. mula lah tawar harga.. dapat harga yang kami nak.. bayar dan teruskan aktiviti membeli belah lagi..

 Jalan masuk ke Pasar Serikin

Banyak dijual buah salak dan buah-buahan yang lain..

Aku banyak membeli kain pasang kat sini.. Semasa ke Jalan India di bandar Kuching.. aku dah beli kain pasang corak batik Sarawak dengan harga RM55.. di sini kain versi yang sama dari bandung dapat dalam harga RM45 sahaja.. itu belum masuk kain cotton yang bersulam dan penuh batu.. ramai kaum wanita sibuk singgah membeli.. macam pesta jek.. bak kata penjual kain pasang cotton yang aku jumpa.. memberitahu aku.. dia hairan sebab hari ini ramai sungguh pelanggan.. kain pasang dia laku.. banyak stok dah habis.. aku pun masa nie dapatlah tawar harga kain cotton plain yang aku beli... Kiranya rata-rata harga boleh tahan murahlah... janji pandai tawar harga.. Oh ya kat sini juga banyak kedai yang menjual telekung.. dapatlah aku beli jenis kain lycra yang labuh tanpa perlu pakai kain.. dapat sekitar RM70 sahaja.. Mudah sangat sebab bila solat tak perlu nak pakai kain.. sarung telekung yang labuh pun dah menutup kaki..

Masa kat sini aku sempatlah terserempak dengan Bob AF.. dia sibuk memborong barangan set gelas kaca dengan keluarganya.. Jeling-jeling dari jauh jelah tengok gelagat diorg nie..

Macam-macam jenis barangan ada..
 Pelbagai jenama beg tiruan ada.. 
tapi tak beli pun..
Beg begini boleh cari kat Jln Petaling KL je

Deretan kedai yang menjual telekung..

Kami sampailah ke hujung jalan...Kat sini dah mula banyak kedai-kedai makan.. kami berhenti rehat sekejap minum air di sini.. Hujung ini ada kedai yang menjual keropok.. kekacang.. singgah jugalah membeli sepeket dua.. Semasa kami duduk berehat.. Di sebelah kami ada seorang pakcik dan pembantunya.. kaki pakcik ini sedang di urut oleh lelaki berumur dalam pertengahan 40an.. kami dengar sayup-sayup lah perbualan mereka.. tak lama mereka pun beredar.. Lelaki tadi pun datang ke meja kami dan memperkenalkan minyak urut yang dijualnya.. dalam RM15 sebotol.. masa nie pakwe merasalah di urut hahaha.. siap urut bahu dan leher lagi.. sampai dia kata badan pakwe nie macam bina badan hahaha.. tergelak kejap aku.. tak lama mak pula minta dia urutkan kaki.. kata mak sedap juga dia urut.. pandai dia cari urat.. sementara tuh kami pun berbual lah pasal pasar di situ.. dari mana datangnya penjual-penjual nie.. dia sendiri pun datang dari Lombok... dia beli minyak urutnya dari Irian jaya.. sempatlah cerita pasal burung cenderawasih... melayan kejaplah kami mendengar cerita dia.. sambil ambil angin yang meniup sepoi-sepoi bahasa..

Mendengar dan melayan cerita tentang pasar Serikin

Waktu ini dah tengahari.. 
Memang panas giler masa nie..

Kami pun mula bergerak semula ke deretan kedai-kedai.. Cover balik mana yang belum beli hahaha... actually layan mata kot ada yang berkenan lagi ke.. On the way ke kereta nie.. aku sempatlah beli tikar evamatic dalam RM15 satu.. kat Semenanjung diorang jual dalam harga RM25-40.. beli 2 tikar berat baru 1kg jek.. tau beli banyak sikit ahaks..

Selepas membeli belah.. singgah toilet.. kami terus masuk kereta.. memandangkan aku sempat buat bekal roti sardin.. sempatlah kami makan roti dulu dalam kereta sambil parking bawah pokok.. masa nie dah nak pkl 2.. melayan minum air.. kami bergerak keluar dari Pasar Serikin nie.. Kalau baca review dalam blog yang lain.. kena cukai.. tapi kami tak kena cukai pulak.. tak nampak pulak pos kena cukai.. apa lagi keluar dengan gembiranya hehehe..

Kami mula bergerak ke Gua Angin atau Wind Cave.. Tujuan untuk berehat dan makan tengahari bekal nasi goreng yang kami bawa dari rumah.... Biasalah kalau berjalan dengan mak.. memang dia sibuk nak memasak.. kalau kitaorang jek.. memang p cari kedai makan lah jawab ye ;)

 Ada 2 pintu masuk ke kawasan Gua angin ini.. 
Kami ke kawasan yang ada pondok rehat dan juga kemudahan awam

Kawasan ini macam terbiar dan tak terjaga..
Toilet pun usang dan rosak
Air sungainya pun keruh 

Selepas berehat dan makan.. kami ronda-ronda sekitar sini.. Kemudian kami mula bergerak ke Matang Wildlife Centre nak tengok Orang Utan..

Bersambung..(Kembara-kuching-Hari-3-Part-2)

Saturday, 27 April 2013

Kembara Kuching- Hari ke 2 (Part 3) : Pantai Damai, Santubong

Salam Pagi Sabtu

Selepas melawat muzium kucing.. Kami melawat sekitar DBKU sekejap. DBKU ini terletak di atas bukit dan boleh nampak permandangan sekitar bandar Kuching

Dari atas bukit DBKU

Pantai Damai dan Gunung Santubong

Selepas itu, kami pun bergerak ke Pantai Santubong, atau Pantai Damai berhampiran dengan Kampung Budaya Sarawak. Perjalanan dalam 30km lebih kurang. Disebabkan adik aku set GPS salah, kami ter pergi  ke seberang sungai pulak. Walhal jalan dari DBKU tuh dah menghala ke Damai atau Santubong tuh.

Kami berpatah balik ke seberang sungai dan akhirnya kami menghampiri ke Pantai Damai. Di sini terletak Damai Beach resort dan Kampung Budaya Sarawak.

View nak ke kampung Budaya tuh memang cantik sebab dari jauh dah nampak gunung yang penuh dengan hutan hijau.

Gunung Santubong dari jauh

Kami memang asalnya tidak merancang nak masuk ke kampung Budaya Sarawak nie.. bayaran masuk RM60 untuk dewasa.. kami berlima.. RM300 lagipun masa trip kami terhad.. Sebab itu kami rancang ke sini waktu lewat petang sedikit.. Kami sampai dah nak dekat maghrib. Sudah rembang-rembang senja masa nie. View senja kat sini memang cantik.

Dari tempat parking kereta 
Kena bayar RM2 

Belakang pemandangan mengadap Kampung Budaya Sarawak dan Gunung Santubong..

Replika Burung Enggang 


Kami lepak-lepak sambil ambil gambar waktu senja di sekitar Pantai Damai ini..

 Ada cafe dan restoran di sini

Tempat pejalan kaki disediakan

Menjelang senja

 Pemandangan di sini memang cantik




Kami mula bergerak ke kawasan kedai-kedai..

Kami singgah makan di Medan Foodcourt yang disediakan..
Roti telur ye memang best ;)

Selesai makan kami pun mula bergerak untuk balik ke Kuching.. Perjalanan lebih kurang 40minit dan masing-masing pun dah keletihan.. Sempatlah lelap masa nie..

Dalam perjalanan balik, kami singgah ke Giant untuk membeli roti dan sardin untuk bekal ke Pasar Serikin esoknya.. Kami singgah makan di cafe berdekatan dengan Taman Desa Ilmu..

Sampai rumah apa lagi.. letak barang, mandi, solat dan tidur..

Bersambung...Kembara-kuching-hari-ke-3-part-1

Friday, 26 April 2013

Kembara Kuching- Hari ke 2 (Part 2) : Sekitar Waterfront dan Cat Museum

Salam Pagi Jumaat

Sambung semula kisah kembara di Kuching..

Selepas makan dan berehat sekejap di Kampung Gerisik, kami pun mula bergerak ke Waterfront.

Sekitar Waterfront

Aku minta pakwe berhenti sekitar deret kedai berhampiran Indian Street. Dia dapat parking kereta di Jalan Gambier berhampiran dengan Masjid Bandar Kuching di situ. Masjid nie mula dibina pada tahun 1834 lagi.

Masjid Bandar Kuching 1834 juga dikenali sebagai Masjid India

Inconspicuously sandwiched between India Street Mall and Gambir Street, the mosque covered an area of 16,004 square feet. The mosque was built in 1834 by Indian Muslims from southern India. The originally walls and roof was made of nipah palms. In 1876, belian wood planks replaced the nipah palms walls. The name was changed to Masjid Bandar Kuching in the 1960’s from its original name Masjid India (Masjid Tambi). Other than the Indian Muslim community, at that time when there was no road transportation yet, the Malay Muslims from the coastal villages also come to the mosque to pray and rest when they come to trade in the city. In those days when there were no roads to the costal, the villagers travel by boats and would berth their sampans by the river beside Gambir Street wet market and visit the mosque for prayers. Sometimes, they lodged in the mosque before returning to their villages. To this day, Masjid India provides shelter to tired travelers.
Sumber dari sini

Jalan Gambier

Di sepanjang Jalan Gambier anda akan dapat melihat sebuah lorong yang menuju Jalan India. Di pertengahan jalan, anda akan dapat melihat sebuah Masjid India Muslim yang tersorok jauh dari pusat bandar. Struktur binaan masjid telah banyak kali diubahsuai sejak dibina oleh komuniti India Muslim pada pertengahan kurun ke-19. Jalan Gambir dinamakan sempena produk eksport utama Sarawak pada tahuh 1894, iaitu gambir. Daun tumbuhan ini digunakan untuk mewarna produk-produk yang diperbuat dari kulit.
Sumber dari sini

Kedai-kedai kat sini kedai lama yang berkayu papan.. kami berjalan melihat-lihat hinggalah sampai ke India Street. Di sini banyak deret kedai yang menjual baju-baju, kain beg dan macam-macam lagi. Di penghujung jalan India nie, terdapat bangunan daerah lama yang dikenali sebagai Sarawak Tourism Centre .. dalam tuh ada menjual souvenier, kami singgah beli Fridge magnet & barangan lain.

Entrance  to India Street Mall

Seberang dari situ ada muzium tekstil tapi kami tak singgah, terus lintas jalan dan masuk ke Jalan Carpenter. Panjang juga jalan nie dan di tengah jalan tu, aku singgah satu kedai nie nak beli air, kebetulan kedai nie jual barangan kraf bernama 'Siam Company'. Mak singgah beli alas meja yang dibuat daripada kayu, kata penjual tuh, alas nie semut tak suka. Tak semua kedai jual, itupun katanya ada 2 orang datang mencari alas tuh. Mak beli 3, sekeping dalam RM4 je yang bersaiz kecil. Kalau yang panjang sikit lebih sikitlah harganya.

Main Bazzar street

Dari Jalan carpenter, boleh masuk ke jalan China Street pulak, kami tak lalu situ, ter kedepan sikit  dan ikut jalan kecil tuh keluar ke jalan Main Bazaar. Jalan Main Bazaar nie banyak kedai-kedai souvenier, gambir sarawak pun ada. Kek-kek lapis pun banyak di jual kat sini. Carilah macam-macam kraf tangan ada kat sini. Aku takde beli apa pun. Sekadar singgah tengok-tengok jelah. Masa kat Sarawak Tourism Centre tu, pakwe tak ikut sekali sebab ambil kereta. So kami janji jumpa dekat area waterfront. Lepas jalan-jalan cuci mata, aku terus cari kereta Alza yang dah memang tunggu kami di seberang jalan Main Bazaar.

Jalan Gambier menuju ke Waterfront

Selepas naik kereta, pakwe ajak singgah ke Patung Kuching untuk ambil gambar. Apa lagi.. sesi posing lah :)

Patung Kuching - tempat wajib ambik gambar di Kuching
'Kuching gaduh pun ada' kata mak

Muzium Kucing 

Snap-snap lebih kurang, kami bergerak ke Muzium Kucing di tingkat bawah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di seberang sungai. Kali nie ikut jalan dekat Kubah Ria, tak ikut tol dah. Parking kat tempat pelawat dan kami naik ke tingkat atas untuk masuk ke Muzium Kucing. Masa kami sampai tuh dah nak dekat pkl 4petang.

Bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)
Muzium ini di tingkat bawah ruang legar DBKU

Masuk percuma, cuma kamera kalau mobile kena RM3, kamera digital biasa RM4 dan DSLR kena RM5. Dah bayar harga tiket kamera, dia akan lekatkan stiker pada kamera tuh.

Pintu masuk ke Muzium Kucing

Stiker yang dilekatkan pada kamera

Dalam muzium nie, semua patung kucing dan sejarah kucing jek. Takde kucing yang hidup ye.. Ramai yang komen termasuk pakwe aku.. Mana kucing hidup ye?? hehehehe... Bukan dia sorang yang cakap camtu.. rata-rata pengunjung lain yang ada kat situ pun ada yang tanya soalan yang sama. Apa pun, kita layan jelah tengok-tengok patung, lukisan, sejarah pasal bandar Kuching. Setidak-tidaknya ada informasi yang kita dapat.


Kuching nie tengok I..
Malu-malu kucing jadi ye :)

 Antara deretan pameran kucing yang ada

Ada juga keterangan tentang Bandar Kuching


Bersambung.. Hari ke-2 Part 3

Tuesday, 23 April 2013

Kembara Kuching- Hari ke 2 (Part 1) : Medan Niaga Satok dan Kampung Gersik- Kek Lapis Sarawak

Salam Petang Selasa

Hari kedua di Kuching, aku bangun lebih awal sebab subuh seawal pkl 5.15 pg.. Selepas solat, lepak baring-baring kejap, dalam pkl 6 bangun dan prepare sarapan pagi. Memandangkan semalam dah beli bihun di Giant Tabuan Jaya, so hari nie operasi masak bihun goreng.. Rajin kan kami memasak ;) biasalah kalau dah ada mak tuh.. memang kena masaklah.. Ok juga sarapan kat rumah.. takdelah sibuk-sibuk nak sarapan kat luar.. tapi kalau kami je.. mau sarapan kat kedai jelah..

Selesai masak semua dah nak dekat pkl 8. Pkl 7.30 tuh aku sms Hanna tanya jadi ke nak ambik kereta Exora, sebab semalam dia kata nak hantar kereta tuh service pkl 10. Dia beritahu ok pkl 8.15pg dia sampai.. Kami semua selesai makan dah nak dekat pkl 8lebih.. tapi Hanna sesat tak jumpa rumah hehehehe.. so dekat nak pkl 9.30 baru dia sampai, sampai 2 taman dia pusing.. terkeliru kejap dia.. Apapun kami dapat pakai kereta Alza putih pulak..

Kubah Ria & Medan Niaga Satok

Bila kereta dah sampai kami terus ke Medan Niaga Satok yang terletak sebelah dengan Kubah Ria untuk survey ikan terubuk masin. Bila kami sampai je ke pasar tuh. Ada lebih kurang 5 baris gerai yang menjual ikan terubuk masin. Masuk jek baris tengah tuh.. semua peniaga memanggil-manggil kami beli ikan. Gerai yang 1st tuh jual ikan terubuk masin sarawak, dia claim ikan terubuk masin dari sarawak. Harga oklah.. kebanyakan gerai kat sini jual ikan lebih kurang jek harga tak jauh beza sangat.. cuma yang mungkin beza; service, ramah tamah, sikap peniaga tuh.

Gambar gerai ikan terubuk masin takde sebab masa tu ramai sangat yang memanggil-manggil suruh beli ikan diorang.. terus ilang mood nak ambik gambar.. ;)

Mulanya aku dah pening kepala hahaha.. sebab lalu jek, semua memanggil suruh beli.. tapi sebab aku nak survey dulu, kami pusing dululah setiap gerai tuh tengok-tengok. Sebelum kami ke situ, pakwe dah beritahu awal yang dia pernah dengar satu rancangan radio dari salah seorang peniaga ikan terubuk masin. Pakcik tuh bekas tentera yang telah menetap di Kuching. Ikan terubuk pakcik nie ada logo 'X Army', disebabkan pakwe dah beritahu, so kami pun duk mencarilah gerai nie.. gerai nie baris ke 4 dari belakang dan kedai yang hujung sekali. Bila kami sampai jek, pakcik nie pun macam peniaga lain promote lah ikan dia. Bila dia tanya kami dari mana, pakwe awal-awal dah beritahu dia orang Negeri Sembilan dan kami dari Selangor. Bila sebut jek N9, terus pakcik tukar slang hahaha.. rupanya dia orang N9. Tanya lagi N9 kat mana.. apa lagik.. rupanya 2 orang abang dia sekampung dengan pakwe.. Apa lagik.. memang confirmlah beli kat dio kan.. hahaha... so apa lagi sesi order ikan. Pakcik nie boleh hantar ke airport dengan syarat harga ikan tuh harganya lebih RM50 ke atas, kami order dalam RM100. Pakcik nie pun promote beli kek lapis dari gerai orang rumah dia, isteri pakcik nie pun buka gerai kat belakang tuh. Yang buat kek lapis nie anak perempuan dia juga. Aku beli 4 kek lapis kat makcik nie. Rasa sedap juga. Kek dia tak banyak tapi oklah kalau nak pilih-pilih.

Antara sayuran yang ada di sini 

Masa nie juga aku survey udang galah, kebanyakan jual 1kg RM60. Selain tuh kami pun jenguk-jenguk juga gerai hasil hutan dan sayuran. Macam-macam jenis sayur dan buah hutan kami jumpa. cari juga sayur midin, tak banyak pulak yang menjual. Mak singgah beli beras. Beras bario dengan harga RM13 sekilo. Semalam masa makan di TopSpot, mak kata berasnya sedap dan lembut. Itu yang dia teringin nak beli. Lagi pun sarapan pagi esok, mak cadang nak masak nasi goreng. Selepas selesai tengok-tengok sekitar pasar kami pun mula bergerak keluar dari kawasan Kubah Ria.

Pasar Satok yang dulunya di Jalan Satok dah berpindah ke sini Medan Niaga Satok..

Jenguk apa yang ada


Jalan Brooke-Kampung Gersik : Kek Lapis Dayang Salhah  

Selepas itu kami pun mula berpusing-pusing ke Waterfront Kuching, cari parking takde yang kosong. Tempat yang kami parking malam tadi pun penuh, Bila dah sampai ke situ, kami nampaklah Astana yang kami tengok semalam dan pakwe perasan ada motor dan kereta di seberang jalan tuh. Maksudnya jalan ke situ ada.. Seperti semalam kami cuba cari jalan ke situ tapi tak jumpa..

Disebabkan dah berpusing-pusing, aku on mobile internet, on GPS aku.. dan kenalpasti jalan tuh namanya 'Jalan Brooke' berhampiran dengan Kampung Gersik dan Kampung Boyan yang terkenal dengan kek lapis sarawak. Aku suruh adik aku set GPS ke Jalan Brooke dan GPS bawak kami ke situ naik 1 jambatan dengan jalan 3 lane yang dikenakan tol sebanyak RM1.60. Sebenarnya ada jalan lain yang tak dikenakan tol melalui Kubah Ria, naik jambatan merentasi Sungai Sarawak. Jalan berjambatan yang bertol nie lebih dekat dan tak banyak kereta sangat berbanding jalan ke Kubah Ria tuh..

Bila dah seberang tuh.. kat sini jumpalah roundabout yang ada nama panjang-panjang tuh.. Akhirnya kami sampailah ke Jalan Brooke.. hujung jalan tuh adalah Tempat makan 'My Village Barok' rumah yang dibuat daripada kayu tapi kalau sekali pandang macam rumah lama yang usang dan scary sikit hehehe.. tapi sebenarnya tempat makan.Tengok dari tepi jelah..

Papan tanda ke Kedai Kek Lapis Dayang Salhah

Kami pusing-pusing gak situ dengan kereta, parking penuh.. Di sinilah terletak 2 kedai kek lapis sarawak yang popular, Mira cake house dan Dayang Salhah. Kedai Mira house nie boleh nampak dari tepi jalan jek.. dan boleh nampak susunan keknya kat luar kedai, Kedai Dayang Salhah pulak kena jalan kaki ke dalam sikit. Mulanya aku pun keliru sebab dari signboard tu ada jalan kecik tapi macam lalu tepi rumah orang je.. Akhirnya kami redah jelah. Rupanya kedai tuh kat belakang sikit.. dari depan jalan utama tuh memang tak nampak.

Boleh rasa kek-kek yang ada kat sini

Antara kek yang ada

Masa kami sampai tuh dah ada beberapa orang dalam kedai.. Tak lama lepas tuh ramai yang sampai pulak. Boleh rasa macam-macam kek yang ada, kebanyakan dari harga RM10-20. Kalau yang dalam fridge, lebih mahal sikit. Macam-macam kek ada, blueberry cheese, Nur kasih, Ombak Rindu, Adam & Hawa, Pandelela, Harimau Muda, Red Velvet, Ice-cream cheese, Lumut dan macam-macam, boleh rasa dan pilih yang mana suka. Mak, aku, pakwe dan adik pun memborong hehehe... sampai 3 kotaklah kami beli yang siap pack.. Ramai juga artis yang singgah kat kedai nie.. diorang siap letak frame gambar lagi..

 Gambar artis yang pernah singgah

Antara gerai jual ikan terubuk masin berdepan dengan kedai kek lapis Dayang Salhah

Oh ya aku tak ke kedai Mira Cake House, sebab dah memborong kat Dayang Salhah. Ada juga yang aku dengar-dengar dari customer yang datang kat situ yang kedai Mira Cake House tuh jenis keknya jenis basah berbanding Dayang Salhah yang lebih kering. Lagipun malas nak beli banyak-banyak sebab sapa nak makan. Nie pun dah puas fikir sapa nak bagi.. 2 kawan baik aku lak sekarang nie di luar bumi Malaysia.. nak tunggu diorang balik pun lagik 2 3 minggu. So beli setakat mana yang dapat jelah.. Tapi InsyAllah next time boleh singgah beli kat Mira Cake House pulak.. (kalau p Kuching lagi ler.. InsyAllah)

Selepas keluar dari kedai kek Dayang Salhah, dah nak pkl 2 petang. Berdepan dengan kedai kek Dayang Salhah nie ada medan makan. Disebabkan dah tengahari, tak ramai yang singgah kat sini. Dalam tuh banyaklah kedai-kedai makan. Kami decide makan kat situ je sebab tak payah susah-susah nak pergi makan tempat lain. Mak, aku, adik order laksa sarawak. Pakwe dan adik lelaki aku order nasi goreng dan maggi goreng. Best juga makan kat situ sebab lengang dan tepi sungai. Angin sepoi-sepoi je rasa.. tak jauh dari Medan makan tuh, nampaklah orang naik sampan dari seberang waterfront tuh. Selain dari ikut jalan darat ke Kg Gersik tuh.. Boleh juga ambil bot penambang dengan bayaran RM0.50-1.00. Bot akan henti berhampiran dengan Kedai My Village Barok. Kalau nak beli kek lapis, mula-mula akan jumpalah Mira Cake House, kena jalan ke depan sikit akan nampak signboard Kek Lapis Dayang Salhah pulak. Tapi sekitar kawasan Kg Gersik tuh, banyak signboard kedai kek lapis jenama lain.. Boleh pilih yang mana nak.. 

Pemandangan mengadap Waterfront Kuching

Medan makan yang kami singgah

Selepas melepak sekejap sambil melayan 3 ekor kucing penunggu setia kat medan nie hehehe.. Siap bagi makan udang eksen tak nak pun.. Kami mula gerak ke Waterfront semula untuk membeli souvenier..

Bersambung.. (Hari-ke-2-Part-2)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...