Saturday, 27 April 2013

Kembara Kuching- Hari ke 2 (Part 3) : Pantai Damai, Santubong

Salam Pagi Sabtu

Selepas melawat muzium kucing.. Kami melawat sekitar DBKU sekejap. DBKU ini terletak di atas bukit dan boleh nampak permandangan sekitar bandar Kuching

Dari atas bukit DBKU

Pantai Damai dan Gunung Santubong

Selepas itu, kami pun bergerak ke Pantai Santubong, atau Pantai Damai berhampiran dengan Kampung Budaya Sarawak. Perjalanan dalam 30km lebih kurang. Disebabkan adik aku set GPS salah, kami ter pergi  ke seberang sungai pulak. Walhal jalan dari DBKU tuh dah menghala ke Damai atau Santubong tuh.

Kami berpatah balik ke seberang sungai dan akhirnya kami menghampiri ke Pantai Damai. Di sini terletak Damai Beach resort dan Kampung Budaya Sarawak.

View nak ke kampung Budaya tuh memang cantik sebab dari jauh dah nampak gunung yang penuh dengan hutan hijau.

Gunung Santubong dari jauh

Kami memang asalnya tidak merancang nak masuk ke kampung Budaya Sarawak nie.. bayaran masuk RM60 untuk dewasa.. kami berlima.. RM300 lagipun masa trip kami terhad.. Sebab itu kami rancang ke sini waktu lewat petang sedikit.. Kami sampai dah nak dekat maghrib. Sudah rembang-rembang senja masa nie. View senja kat sini memang cantik.

Dari tempat parking kereta 
Kena bayar RM2 

Belakang pemandangan mengadap Kampung Budaya Sarawak dan Gunung Santubong..

Replika Burung Enggang 


Kami lepak-lepak sambil ambil gambar waktu senja di sekitar Pantai Damai ini..

 Ada cafe dan restoran di sini

Tempat pejalan kaki disediakan

Menjelang senja

 Pemandangan di sini memang cantik




Kami mula bergerak ke kawasan kedai-kedai..

Kami singgah makan di Medan Foodcourt yang disediakan..
Roti telur ye memang best ;)

Selesai makan kami pun mula bergerak untuk balik ke Kuching.. Perjalanan lebih kurang 40minit dan masing-masing pun dah keletihan.. Sempatlah lelap masa nie..

Dalam perjalanan balik, kami singgah ke Giant untuk membeli roti dan sardin untuk bekal ke Pasar Serikin esoknya.. Kami singgah makan di cafe berdekatan dengan Taman Desa Ilmu..

Sampai rumah apa lagi.. letak barang, mandi, solat dan tidur..

Bersambung...Kembara-kuching-hari-ke-3-part-1

4 comments:

~mrs azmi~ said...

banyak dah berubah pantai damai ni.. pegi tahun 2006 dulu burung enggang tu takde lagi. walkway sepanjang pantai pun takde lagi...

tapi memang betul view kat sini memang superb!

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

mrs Azmi

Yelah kan dah bape tahun tuh.. 7 thn dah.. tapi selesalah sebab ada tempat yang proper dan medan makan untuk lepak2..

Masa nie saja pergi dah petang sikit sebab masa nie kuching memang panas giler.. jalan sikit dah berpeluh sakan..

Norhidayu Abdullah said...

tak tahu lak ada kawasan rekreasi kat pantai ni. aritu gi masuk lalu ada satu resort tu. dah la lapar time tu.. x sempat nak google time tu

tiga lalat said...

chantekk santubong ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...