Monday 29 April 2013

Groupon food Voucher -Cukuplah buat kali nie!!

Salam Pagi Isnin

Sejak pulang ke tanahair.. kerana sudah terbiasa dengan pembelian online di UK terutama dari Amazon. Aku juga sering membeli barang secara online di sini.. antara web voucher yang sering aku gunakan adalah dealmates, groupon dan milkadeal.. Jika membeli barangan melalui dealmates, so far aku takde masalah sangat kecuali beberapa incident yang barang tuh lambat sampai pernah sampai sebulan tak sampai-sampai.. tapi bila aku email balik tanya.. dalam masa 2 hari dah sampai... tapi sejak aku jumpa groupon.. aku lebih banyak membeli melalui groupon.. sama ada barang ataupun voucher makanan.. sehingga hari ini sudah 5 voucher makanan yang aku beli.. masih ada 1 baki voucher yang belum ditebus.. dan 4 sudah digunakan..

Daripada 4 vocuher tuh.. 2 voucher iaitu di Red Onion di Solaris dan Sam Hadrawadht di Kelana Jaya mempunyai service yang memang best.. cepat.. sedap dan mesra pengguna.. tapi 2 lagi voucher yang pernah aku gunakan memang ada pengalaman ngeri..  2 restaurant tuh adalah..

1- Amassi Restaurant PJ at Millenium Plaza

Aku book makan di sini pada hujung minggu pada waktu lunch.. Booking perlukan masa sehari dari tarikh booking, so aku book sehari sebelum nak pergi.. bila aku call.. the person kata ok..  suruh aku sms nama, kod voucher dan security code.. Masa nie dia kata ok jek.. so aku fikir.. seperti pengalaman yang lepas aku takde fikir yang bukan-bukan lah..

Esoknya.. pergilah restoran tuh.. mula punyalah pusing-pusing mencari sebab macam terperuk punya tempat... bila sampai ke plaza tuh.. 1st impression pun dah rasa lain macam sebab macam plaza belakang rumah jek.. takpe masih fikir positif lagi.. then kami pun mula mencari kedai makan tuh.. bila sampai ke kedai.. rupanya kedai makan tuh macam kedai makan dalam kompleks mara jek.. makanan yang dihidang pun macam kat gerai.. Aku dah mula rasa lain macam.. masa tuh tak ramai orang di kedai tuh..

Bila aku hulurkan voucher tuh.. pekedai tuh tak nak terima langsung.. katanya dia tak tahu menahu.. booking aku semalam dibuat pada orang lain.. dia takde terima apa-apa maklumat dan orang tuh pun takde.. dah pulak.. lepas tuh dia memandai pulak cakap.. guna voucher tuh weekdays.. dan bukan untuk weekends.. aku semak balik voucher tuh.. dalam tuh stated.. daily usage even on public holiday.. so macamana pulak mamat tuh boleh cakap tak boleh pakai voucher tuh weekend... hati sudah panas nie... last-last kami pun blah.. masa tuh BFF dah cakap.. takpe nanti kami complaint kat groupon..

Lepas keluar dari situ.. aku terus call groupon centre complaint.. terus terang aku cakap aku marah sangat sebab dah bawak family nak makan tengahari.. tetiba kami dapat layanan macam tuh.. Groupon officer tuh suruh buat official complaint thru website diorang dengan sertakan voucher tuh sekali.. Aku siap beritahu dia aku takkan pergi dan jejak kaki ke situ lagik dah.. Sikap pekedai tuh amat kurang ajar..

Bila hari isnin tuh.. aku terus hantar complaint thru link 'contact us' dan beritahu pengalaman teruk aku tuh.. dalam masa seminggu aku dah dapat balik duit yang dia kreditkan groupon.. dan duit itu aku redeem beli tiket ke Aquaria KLCC dan blue coral di KL Tower. So far belum pergi lagi.. tapi harapnya oklah sebab tiket tuh untuk masuk tempat yang famous kat KL..

2- Hyderabad Restaurant Jalan Putra

Selepas dah lalui pengalaman kat Amassi restoran yang teruk tuh.. aku fikir maybe this one ok..tapi aku tersilap.. di sini pulak aku rasa macam aku kena layanan kelas ke 3 sebab aku pakai groupon voucher..

Kami sampai waktu lunch.. masa nie memang ramai orang.. tapi yang buat aku angin dan rasa nak mengamuk.. sebab lunch yang kami order tuh sampai dekat 1 jam.. sedangkan family yang datang kemudian kat belakang kami.. dah dapat pun order mereka.. dah makan pun dengan senang hati.. Lunch kami sampai minta berulang kali.. rasanya aku tanya diorg dekat nak 5 kali dah... order air tembikai tak sampai-sampai.. lunch set kami memang dah ditentukan masa order voucher.. itupun macam susah sangat nak buat.. roti nan dan side dish kami.. sampai sudah tak sampai..

Masa nie kami rasa macam kena layanan kelas ketiga... mana yang walking customer.. dapat awal dan cepat jek diorang hantar.. kami yang datang dengan voucher.. berzaman nak sampai... Pengalaman camnie buat aku rasa lepas nie takkan lagi order voucher makanan lagi.. kecuali ianya adalah daripada fast food kot.. atau merchandise yang dipercayai... Walhal kan kenapa nak discriminate.. kami dah bayar awal..

Aku pun dah hantar complaint ke groupon centre, cari link 'contact us', dalam page tuh ada form complaint online,  pilih set 'appointment with the merchandise' dan pilih 'other'.. dalam kotak komen tuh.. tulislah complaint anda.. setidak-tidaknya something need to be done..

Sesiapa yang lepas nie kalau nak beli voucher makanan.. silalah semak dulu restoran tuh.. kalau dah semak dan you all rasa ok.. lepas tuh pergi jadi tak ok.. complaint jek.. jika tidak pun.. kalau awal-awal pergi dah ada masalah dengan kedai tuh.. lebih baik tak payah masuk.. dan terus complaint dengan groupon untuk dapatkan balik duit anda..

Bila google kat internet.. jumpalah juga beberapa individu yang ada pengalaman yang sama macam aku bila ambik voucher restaurant dan yang ambil pakej spa atau salon.. but kebanyakan yang aku jumpa non-malays.. yang lain so far bagi positif review.. tapi itupun kebanyakan beli barang atau tiket masuk.. aku belum pernah cuba ambik voucher untuk hotel dan travelling.. buat masa nie belum ada rasa percaya lagi sebab takut nanti ada hidden cost.. if anyone ada experiences.. sila share yeah..

Makan di Red Onion Solaris Publika..
Service dia cepat.. pantas.. sedap dan mesra pengguna..
Decor pun menarik dan selesa..
Terletak pulak dalam Solaris yang banyak pilihan kedai-kedai untuk bershopping..
Antara Voucher Groupon yang rasa berbaloi dibeli..

P/S: Baru dapat email dari groupon customer services, diorang refund balik duit voucher masa makan di Hyderabad ari tuh ke dalam groupon credit.. Alhamdullilah.. Apa pulak nak shopping lepas nie :)

Saturday 27 April 2013

Kembara Kuching- Hari ke 2 (Part 3) : Pantai Damai, Santubong

Salam Pagi Sabtu

Selepas melawat muzium kucing.. Kami melawat sekitar DBKU sekejap. DBKU ini terletak di atas bukit dan boleh nampak permandangan sekitar bandar Kuching

Dari atas bukit DBKU

Pantai Damai dan Gunung Santubong

Selepas itu, kami pun bergerak ke Pantai Santubong, atau Pantai Damai berhampiran dengan Kampung Budaya Sarawak. Perjalanan dalam 30km lebih kurang. Disebabkan adik aku set GPS salah, kami ter pergi  ke seberang sungai pulak. Walhal jalan dari DBKU tuh dah menghala ke Damai atau Santubong tuh.

Kami berpatah balik ke seberang sungai dan akhirnya kami menghampiri ke Pantai Damai. Di sini terletak Damai Beach resort dan Kampung Budaya Sarawak.

View nak ke kampung Budaya tuh memang cantik sebab dari jauh dah nampak gunung yang penuh dengan hutan hijau.

Gunung Santubong dari jauh

Kami memang asalnya tidak merancang nak masuk ke kampung Budaya Sarawak nie.. bayaran masuk RM60 untuk dewasa.. kami berlima.. RM300 lagipun masa trip kami terhad.. Sebab itu kami rancang ke sini waktu lewat petang sedikit.. Kami sampai dah nak dekat maghrib. Sudah rembang-rembang senja masa nie. View senja kat sini memang cantik.

Dari tempat parking kereta 
Kena bayar RM2 

Belakang pemandangan mengadap Kampung Budaya Sarawak dan Gunung Santubong..

Replika Burung Enggang 


Kami lepak-lepak sambil ambil gambar waktu senja di sekitar Pantai Damai ini..

 Ada cafe dan restoran di sini

Tempat pejalan kaki disediakan

Menjelang senja

 Pemandangan di sini memang cantik




Kami mula bergerak ke kawasan kedai-kedai..

Kami singgah makan di Medan Foodcourt yang disediakan..
Roti telur ye memang best ;)

Selesai makan kami pun mula bergerak untuk balik ke Kuching.. Perjalanan lebih kurang 40minit dan masing-masing pun dah keletihan.. Sempatlah lelap masa nie..

Dalam perjalanan balik, kami singgah ke Giant untuk membeli roti dan sardin untuk bekal ke Pasar Serikin esoknya.. Kami singgah makan di cafe berdekatan dengan Taman Desa Ilmu..

Sampai rumah apa lagi.. letak barang, mandi, solat dan tidur..

Bersambung...Kembara-kuching-hari-ke-3-part-1

Friday 26 April 2013

Kembara Kuching- Hari ke 2 (Part 2) : Sekitar Waterfront dan Cat Museum

Salam Pagi Jumaat

Sambung semula kisah kembara di Kuching..

Selepas makan dan berehat sekejap di Kampung Gerisik, kami pun mula bergerak ke Waterfront.

Sekitar Waterfront

Aku minta pakwe berhenti sekitar deret kedai berhampiran Indian Street. Dia dapat parking kereta di Jalan Gambier berhampiran dengan Masjid Bandar Kuching di situ. Masjid nie mula dibina pada tahun 1834 lagi.

Masjid Bandar Kuching 1834 juga dikenali sebagai Masjid India

Inconspicuously sandwiched between India Street Mall and Gambir Street, the mosque covered an area of 16,004 square feet. The mosque was built in 1834 by Indian Muslims from southern India. The originally walls and roof was made of nipah palms. In 1876, belian wood planks replaced the nipah palms walls. The name was changed to Masjid Bandar Kuching in the 1960’s from its original name Masjid India (Masjid Tambi). Other than the Indian Muslim community, at that time when there was no road transportation yet, the Malay Muslims from the coastal villages also come to the mosque to pray and rest when they come to trade in the city. In those days when there were no roads to the costal, the villagers travel by boats and would berth their sampans by the river beside Gambir Street wet market and visit the mosque for prayers. Sometimes, they lodged in the mosque before returning to their villages. To this day, Masjid India provides shelter to tired travelers.
Sumber dari sini

Jalan Gambier

Di sepanjang Jalan Gambier anda akan dapat melihat sebuah lorong yang menuju Jalan India. Di pertengahan jalan, anda akan dapat melihat sebuah Masjid India Muslim yang tersorok jauh dari pusat bandar. Struktur binaan masjid telah banyak kali diubahsuai sejak dibina oleh komuniti India Muslim pada pertengahan kurun ke-19. Jalan Gambir dinamakan sempena produk eksport utama Sarawak pada tahuh 1894, iaitu gambir. Daun tumbuhan ini digunakan untuk mewarna produk-produk yang diperbuat dari kulit.
Sumber dari sini

Kedai-kedai kat sini kedai lama yang berkayu papan.. kami berjalan melihat-lihat hinggalah sampai ke India Street. Di sini banyak deret kedai yang menjual baju-baju, kain beg dan macam-macam lagi. Di penghujung jalan India nie, terdapat bangunan daerah lama yang dikenali sebagai Sarawak Tourism Centre .. dalam tuh ada menjual souvenier, kami singgah beli Fridge magnet & barangan lain.

Entrance  to India Street Mall

Seberang dari situ ada muzium tekstil tapi kami tak singgah, terus lintas jalan dan masuk ke Jalan Carpenter. Panjang juga jalan nie dan di tengah jalan tu, aku singgah satu kedai nie nak beli air, kebetulan kedai nie jual barangan kraf bernama 'Siam Company'. Mak singgah beli alas meja yang dibuat daripada kayu, kata penjual tuh, alas nie semut tak suka. Tak semua kedai jual, itupun katanya ada 2 orang datang mencari alas tuh. Mak beli 3, sekeping dalam RM4 je yang bersaiz kecil. Kalau yang panjang sikit lebih sikitlah harganya.

Main Bazzar street

Dari Jalan carpenter, boleh masuk ke jalan China Street pulak, kami tak lalu situ, ter kedepan sikit  dan ikut jalan kecil tuh keluar ke jalan Main Bazaar. Jalan Main Bazaar nie banyak kedai-kedai souvenier, gambir sarawak pun ada. Kek-kek lapis pun banyak di jual kat sini. Carilah macam-macam kraf tangan ada kat sini. Aku takde beli apa pun. Sekadar singgah tengok-tengok jelah. Masa kat Sarawak Tourism Centre tu, pakwe tak ikut sekali sebab ambil kereta. So kami janji jumpa dekat area waterfront. Lepas jalan-jalan cuci mata, aku terus cari kereta Alza yang dah memang tunggu kami di seberang jalan Main Bazaar.

Jalan Gambier menuju ke Waterfront

Selepas naik kereta, pakwe ajak singgah ke Patung Kuching untuk ambil gambar. Apa lagi.. sesi posing lah :)

Patung Kuching - tempat wajib ambik gambar di Kuching
'Kuching gaduh pun ada' kata mak

Muzium Kucing 

Snap-snap lebih kurang, kami bergerak ke Muzium Kucing di tingkat bawah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di seberang sungai. Kali nie ikut jalan dekat Kubah Ria, tak ikut tol dah. Parking kat tempat pelawat dan kami naik ke tingkat atas untuk masuk ke Muzium Kucing. Masa kami sampai tuh dah nak dekat pkl 4petang.

Bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)
Muzium ini di tingkat bawah ruang legar DBKU

Masuk percuma, cuma kamera kalau mobile kena RM3, kamera digital biasa RM4 dan DSLR kena RM5. Dah bayar harga tiket kamera, dia akan lekatkan stiker pada kamera tuh.

Pintu masuk ke Muzium Kucing

Stiker yang dilekatkan pada kamera

Dalam muzium nie, semua patung kucing dan sejarah kucing jek. Takde kucing yang hidup ye.. Ramai yang komen termasuk pakwe aku.. Mana kucing hidup ye?? hehehehe... Bukan dia sorang yang cakap camtu.. rata-rata pengunjung lain yang ada kat situ pun ada yang tanya soalan yang sama. Apa pun, kita layan jelah tengok-tengok patung, lukisan, sejarah pasal bandar Kuching. Setidak-tidaknya ada informasi yang kita dapat.


Kuching nie tengok I..
Malu-malu kucing jadi ye :)

 Antara deretan pameran kucing yang ada

Ada juga keterangan tentang Bandar Kuching


Bersambung.. Hari ke-2 Part 3

Tuesday 23 April 2013

Kembara Kuching- Hari ke 2 (Part 1) : Medan Niaga Satok dan Kampung Gersik- Kek Lapis Sarawak

Salam Petang Selasa

Hari kedua di Kuching, aku bangun lebih awal sebab subuh seawal pkl 5.15 pg.. Selepas solat, lepak baring-baring kejap, dalam pkl 6 bangun dan prepare sarapan pagi. Memandangkan semalam dah beli bihun di Giant Tabuan Jaya, so hari nie operasi masak bihun goreng.. Rajin kan kami memasak ;) biasalah kalau dah ada mak tuh.. memang kena masaklah.. Ok juga sarapan kat rumah.. takdelah sibuk-sibuk nak sarapan kat luar.. tapi kalau kami je.. mau sarapan kat kedai jelah..

Selesai masak semua dah nak dekat pkl 8. Pkl 7.30 tuh aku sms Hanna tanya jadi ke nak ambik kereta Exora, sebab semalam dia kata nak hantar kereta tuh service pkl 10. Dia beritahu ok pkl 8.15pg dia sampai.. Kami semua selesai makan dah nak dekat pkl 8lebih.. tapi Hanna sesat tak jumpa rumah hehehehe.. so dekat nak pkl 9.30 baru dia sampai, sampai 2 taman dia pusing.. terkeliru kejap dia.. Apapun kami dapat pakai kereta Alza putih pulak..

Kubah Ria & Medan Niaga Satok

Bila kereta dah sampai kami terus ke Medan Niaga Satok yang terletak sebelah dengan Kubah Ria untuk survey ikan terubuk masin. Bila kami sampai je ke pasar tuh. Ada lebih kurang 5 baris gerai yang menjual ikan terubuk masin. Masuk jek baris tengah tuh.. semua peniaga memanggil-manggil kami beli ikan. Gerai yang 1st tuh jual ikan terubuk masin sarawak, dia claim ikan terubuk masin dari sarawak. Harga oklah.. kebanyakan gerai kat sini jual ikan lebih kurang jek harga tak jauh beza sangat.. cuma yang mungkin beza; service, ramah tamah, sikap peniaga tuh.

Gambar gerai ikan terubuk masin takde sebab masa tu ramai sangat yang memanggil-manggil suruh beli ikan diorang.. terus ilang mood nak ambik gambar.. ;)

Mulanya aku dah pening kepala hahaha.. sebab lalu jek, semua memanggil suruh beli.. tapi sebab aku nak survey dulu, kami pusing dululah setiap gerai tuh tengok-tengok. Sebelum kami ke situ, pakwe dah beritahu awal yang dia pernah dengar satu rancangan radio dari salah seorang peniaga ikan terubuk masin. Pakcik tuh bekas tentera yang telah menetap di Kuching. Ikan terubuk pakcik nie ada logo 'X Army', disebabkan pakwe dah beritahu, so kami pun duk mencarilah gerai nie.. gerai nie baris ke 4 dari belakang dan kedai yang hujung sekali. Bila kami sampai jek, pakcik nie pun macam peniaga lain promote lah ikan dia. Bila dia tanya kami dari mana, pakwe awal-awal dah beritahu dia orang Negeri Sembilan dan kami dari Selangor. Bila sebut jek N9, terus pakcik tukar slang hahaha.. rupanya dia orang N9. Tanya lagi N9 kat mana.. apa lagik.. rupanya 2 orang abang dia sekampung dengan pakwe.. Apa lagik.. memang confirmlah beli kat dio kan.. hahaha... so apa lagi sesi order ikan. Pakcik nie boleh hantar ke airport dengan syarat harga ikan tuh harganya lebih RM50 ke atas, kami order dalam RM100. Pakcik nie pun promote beli kek lapis dari gerai orang rumah dia, isteri pakcik nie pun buka gerai kat belakang tuh. Yang buat kek lapis nie anak perempuan dia juga. Aku beli 4 kek lapis kat makcik nie. Rasa sedap juga. Kek dia tak banyak tapi oklah kalau nak pilih-pilih.

Antara sayuran yang ada di sini 

Masa nie juga aku survey udang galah, kebanyakan jual 1kg RM60. Selain tuh kami pun jenguk-jenguk juga gerai hasil hutan dan sayuran. Macam-macam jenis sayur dan buah hutan kami jumpa. cari juga sayur midin, tak banyak pulak yang menjual. Mak singgah beli beras. Beras bario dengan harga RM13 sekilo. Semalam masa makan di TopSpot, mak kata berasnya sedap dan lembut. Itu yang dia teringin nak beli. Lagi pun sarapan pagi esok, mak cadang nak masak nasi goreng. Selepas selesai tengok-tengok sekitar pasar kami pun mula bergerak keluar dari kawasan Kubah Ria.

Pasar Satok yang dulunya di Jalan Satok dah berpindah ke sini Medan Niaga Satok..

Jenguk apa yang ada


Jalan Brooke-Kampung Gersik : Kek Lapis Dayang Salhah  

Selepas itu kami pun mula berpusing-pusing ke Waterfront Kuching, cari parking takde yang kosong. Tempat yang kami parking malam tadi pun penuh, Bila dah sampai ke situ, kami nampaklah Astana yang kami tengok semalam dan pakwe perasan ada motor dan kereta di seberang jalan tuh. Maksudnya jalan ke situ ada.. Seperti semalam kami cuba cari jalan ke situ tapi tak jumpa..

Disebabkan dah berpusing-pusing, aku on mobile internet, on GPS aku.. dan kenalpasti jalan tuh namanya 'Jalan Brooke' berhampiran dengan Kampung Gersik dan Kampung Boyan yang terkenal dengan kek lapis sarawak. Aku suruh adik aku set GPS ke Jalan Brooke dan GPS bawak kami ke situ naik 1 jambatan dengan jalan 3 lane yang dikenakan tol sebanyak RM1.60. Sebenarnya ada jalan lain yang tak dikenakan tol melalui Kubah Ria, naik jambatan merentasi Sungai Sarawak. Jalan berjambatan yang bertol nie lebih dekat dan tak banyak kereta sangat berbanding jalan ke Kubah Ria tuh..

Bila dah seberang tuh.. kat sini jumpalah roundabout yang ada nama panjang-panjang tuh.. Akhirnya kami sampailah ke Jalan Brooke.. hujung jalan tuh adalah Tempat makan 'My Village Barok' rumah yang dibuat daripada kayu tapi kalau sekali pandang macam rumah lama yang usang dan scary sikit hehehe.. tapi sebenarnya tempat makan.Tengok dari tepi jelah..

Papan tanda ke Kedai Kek Lapis Dayang Salhah

Kami pusing-pusing gak situ dengan kereta, parking penuh.. Di sinilah terletak 2 kedai kek lapis sarawak yang popular, Mira cake house dan Dayang Salhah. Kedai Mira house nie boleh nampak dari tepi jalan jek.. dan boleh nampak susunan keknya kat luar kedai, Kedai Dayang Salhah pulak kena jalan kaki ke dalam sikit. Mulanya aku pun keliru sebab dari signboard tu ada jalan kecik tapi macam lalu tepi rumah orang je.. Akhirnya kami redah jelah. Rupanya kedai tuh kat belakang sikit.. dari depan jalan utama tuh memang tak nampak.

Boleh rasa kek-kek yang ada kat sini

Antara kek yang ada

Masa kami sampai tuh dah ada beberapa orang dalam kedai.. Tak lama lepas tuh ramai yang sampai pulak. Boleh rasa macam-macam kek yang ada, kebanyakan dari harga RM10-20. Kalau yang dalam fridge, lebih mahal sikit. Macam-macam kek ada, blueberry cheese, Nur kasih, Ombak Rindu, Adam & Hawa, Pandelela, Harimau Muda, Red Velvet, Ice-cream cheese, Lumut dan macam-macam, boleh rasa dan pilih yang mana suka. Mak, aku, pakwe dan adik pun memborong hehehe... sampai 3 kotaklah kami beli yang siap pack.. Ramai juga artis yang singgah kat kedai nie.. diorang siap letak frame gambar lagi..

 Gambar artis yang pernah singgah

Antara gerai jual ikan terubuk masin berdepan dengan kedai kek lapis Dayang Salhah

Oh ya aku tak ke kedai Mira Cake House, sebab dah memborong kat Dayang Salhah. Ada juga yang aku dengar-dengar dari customer yang datang kat situ yang kedai Mira Cake House tuh jenis keknya jenis basah berbanding Dayang Salhah yang lebih kering. Lagipun malas nak beli banyak-banyak sebab sapa nak makan. Nie pun dah puas fikir sapa nak bagi.. 2 kawan baik aku lak sekarang nie di luar bumi Malaysia.. nak tunggu diorang balik pun lagik 2 3 minggu. So beli setakat mana yang dapat jelah.. Tapi InsyAllah next time boleh singgah beli kat Mira Cake House pulak.. (kalau p Kuching lagi ler.. InsyAllah)

Selepas keluar dari kedai kek Dayang Salhah, dah nak pkl 2 petang. Berdepan dengan kedai kek Dayang Salhah nie ada medan makan. Disebabkan dah tengahari, tak ramai yang singgah kat sini. Dalam tuh banyaklah kedai-kedai makan. Kami decide makan kat situ je sebab tak payah susah-susah nak pergi makan tempat lain. Mak, aku, adik order laksa sarawak. Pakwe dan adik lelaki aku order nasi goreng dan maggi goreng. Best juga makan kat situ sebab lengang dan tepi sungai. Angin sepoi-sepoi je rasa.. tak jauh dari Medan makan tuh, nampaklah orang naik sampan dari seberang waterfront tuh. Selain dari ikut jalan darat ke Kg Gersik tuh.. Boleh juga ambil bot penambang dengan bayaran RM0.50-1.00. Bot akan henti berhampiran dengan Kedai My Village Barok. Kalau nak beli kek lapis, mula-mula akan jumpalah Mira Cake House, kena jalan ke depan sikit akan nampak signboard Kek Lapis Dayang Salhah pulak. Tapi sekitar kawasan Kg Gersik tuh, banyak signboard kedai kek lapis jenama lain.. Boleh pilih yang mana nak.. 

Pemandangan mengadap Waterfront Kuching

Medan makan yang kami singgah

Selepas melepak sekejap sambil melayan 3 ekor kucing penunggu setia kat medan nie hehehe.. Siap bagi makan udang eksen tak nak pun.. Kami mula gerak ke Waterfront semula untuk membeli souvenier..

Bersambung.. (Hari-ke-2-Part-2)

Monday 22 April 2013

Kembara Kuching - Hari pertama : Dari LCCT ke Kuching International Airport & dinner TopSpot Seafood

Salam Petang Isnin

Alhamdullilah semalam selamat sampai dari Kuching.. Letih masih terasa walaupun badan dan kaki nie lenguh-lenguh sebab banyak berjalan dan bershopping sakan ahaks..

Hari ini aku akan mula bercerita tentang kisah kembara kami.. Uniknya sebab kembara nie time dekat nak pilihanraya hehehe.. dan yang paling utama inilah kali pertama untuk aku sekeluarga ke Sarawak.. Yang ikut trip nie selain pakwe tersayang.. Mak dan 2 orang adik aku.. Semuanya tak pernah sampai ke Sarawak.. so masing-masing semua looking forward ke sana..

Flight kami dari LCCT ke Kuching pkl 3.10ptg.. Kami tiba ke Kuching menghampiri 5.20ptg.. Sepatutnya aku plan nak pergi awal sikit.. tapi sebab masa mula2 booking tuh.. aku ingat nak kerja half day jek.. so petang tuh dah leh p airport.. tapi disebabkan berlaku perubahan perancangan dimana aku ajak mak dan adik aku.. so aku decide ambik cuti terus jek.. Lagipun aku book tiket utk mak dan adik aku lain2 booking.. sebab plan asal tak teringat nak ajak diorang sekali hehehe..

Masa nie dah naik flight boarding di Gate P9, naik flight di bay F84

Kami naik air asia.. lepas dah book Air Asia.. baru aku terjumpa pasal Malindo air.. yang mana kalau aku ambik flight tuh.. murah dekat RM200 dari yang aku bayar kat Air Asia... so kalau nak travel ke Kuching dan Kota Kinabalu.. boleh try compare harga dengan Malindo Air dulu... nanti selepas KLIA 2 siap.. Malindo Air akan tambah penerbangan diorang.. masa nie takdelah terhad pada Air Asia je.. lagi satu ada juga flight Indon ke Kuching- Lion Air.. murah juga tambang dia.. cuma kalau naik Lion Air.. flight adalah dari KLIA..

Masa nie tunggu turn nak take off

Disebabkan aku yang rancang perjalanan nie.. maka tempat tinggal.. kereta sewa semua aku uruskan selain daripada tiket flight.. dah lama tak buat kerja-kerja travel nie.. dulu masa di UK selalu buat benda2 nie.. sejak dah balik nie.. terpendam sekejap skill.. Alhamdullilah so far perjalanan semuanya ok... cuma ada 2 3 perkara yang akan aku review nanti ok..

Kami sampai di Kuching pkl 5.20ptg flight mendarat.. Selepas turun kapal terbang.. beratur ke imigresen, tunjuk IC (semua penduduk malaysia selain sarawak kena lalu kaunter pemeriksaan imirgresen).. masa nie pegawai tuh beritahu aku alamat aku masih alamat di UK.. hahaha.. terkejut juga.. sempat juga cakap.. Tak tahu  pula alamat masih kat sana.. sebab untuk PRU13 dia beritahu alamat mengundi masih kat Selangor.. Senyum je pegawai tu.. Selepas sign kat slip imigresen tuh.. aku pun simpan slip tuh sebab nak balik ke KL nanti kena tunjuk slip tuh..  so aku pun kumpulkan semua slip pada 1 fail.. senang takdelah karang terhilang ke apa ke.. (hidup kena beringat hehehe).. dengarnya kalau terhilang slip tuh.. kena buat report kat balai polis.. satu hal ler pulak nanti..

Welcome to Kuching
Sungai Sarawak maybe?

Selepas itu.. ambil beg dan terus keluar ke balai ketibaan.. Telefon owner kereta sewa iaitu Hanna.. Boleh call dia di no telefon : 012-8952003. Kami sewa Exora untuk 3 hari dapat dalam RM150 sahaja sehari.. tapi disebabkan kereta tuh nak kena hantar service & claim bumper.. esok tuh Hanna tukar dengan kereta Alza, kecik sikit dari Exora.. tapi kata pakwe.. bawak lagik sedap dari Exora hahaha.. :)

Kereta Alza yang kami sewa

Review kereta sewa Hanna: 

So far bagus Owner nie.. ramai dah sewa kereta dengan dia.. dia hantar kereta kat airport.. balik pun dia ambik kat airport.. masa tukar kereta tuh pun dia hantar sampai ke rumah.. Aku takde complain apa-apa.. dia pun bagi GPS free.. kalau sesat tak tahu jalan boleh je call dia... tapi Alhamdullilah.. kami takdelah sesat mana pun.. so far perjalanan semua sampai destinasi.. lagipun pada aku tak susah mana travel dalam mesia yang kita boleh tanya tepi jalan je kalau sesat.. pengalaman travel berkereta masa di UK dulu banyak membantu.. selain adanya mobile internet.. bila tak jumpa jalan.. aku google jek.. on GPS kat hp.. cari nama jalan.. then aku suruh adik aku set kat GPS..
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selepas dapat kereta tuh.. tunggu GPS detect.. masa bawak Exora, Hanna lupa bawak GPS.. tapi adik aku ada bawak GPS garmin dia.. so tunggu GPS dia roaming dulu.. yelah GPS tuh duk detect KL jek selama nie.. so once dah on.. kami terus ke Kota Samarahan..

Kenapa ke Kota Samarahan? Sebab aku menyewa Homestay kat situ.. Mulanya plan nak stay di sekitar Kuching.. tapi dah 2 3 homestay yang aku call penuh.. dan yang ada pun aku tak berkenan sangat... Bila aku beritahu dengan Hanna aku stay kat Kota Samarahan.. dia kata jauh.. next time kalau tak jumpa homestay boleh hubungi dia tanya.. sebab masa tuh dia kata ada homestay kat Matang (dekat dengan Medan Kubah Ria).. hanya RM130 je semalam dan lebih dekat dengan Bandar Kuching.. so kalau ada yang nak cari homestay.. selain tanya pasal kereta sewa kat Hanna boleh tanya dia juga pasal Homestay yang dia boleh rekomen.. 

Homestay yang aku sewa nie dikenali sebagai Homestay Pak Long, di Taman Bestari 1 berhampiran dengan Petronas Desa Ilmu dan Taman Desa Ilmu (dari Kuching & airport, Homestay nie selepas UNIMAS).. kiranya banyak student UNIMAS suka lepak sini dan menyewa di sini.. jarak nak ke UNIMAS &UiTM pun tak jauh.. homestay nie tak jauh sangat dari airport Kuching.. oklah kalau nak balik nanti.. Pada aku Homestay Pak Long nie tak lah jauh mana sangat ke Bandar Kuching. jarak dalam 20km lebih je.. so not badlah.. lebih kurang jarak Shah Alam ke Klang jek.. cuma kat sini banyak sungguh roundabout.. dan semuanya besar-besar gak lah dan nama pun ada yang panjang-panjang hehehe.. tapi traffic taklah sesak macam KL atau Klang.. pemandu pun sopan santun jek..

Homestay Pak Long (gambar dari website)

Review tentang Homestay nie:

Aku ada mix feeling tentang homestay nie.. Ada yang Ok dan ada yang boleh diperbaiki..

Homestay nie corner lot.. berhadapan dengan dewan Futsal Golden Hawk.. so bila lewat petang dan malam.. banyak kereta parking depan rumah pada parking yang disediakan.. tak ganggu lalulintas pun.. kiranya kawasan nie sibuk sikit.. dan tak sunyi sangat.. Rumah nie 3 bilik.. 2 bilik katil double dan 1 blik single.. ada ruang tamu.. dapur memasak.. dan 2 bilik air.. Bilik aircon hanya 1 sahaja.. iaitu bilik master bedroom..  Keperluan asas rumah nie pada aku basic.. kalau nak masak tuh.. alatan yang ada pun basic jek.. Ada sudu garfu.. pinggan cawan.... kuali periuk pada keperluan yang basic.. bolehlah kalau nak masak yang simple2.. kami sempatlah masak nasi goreng.. bihun goreng.. buat sardin sandwich.. roti telur.. masak nasi.. cuma sudip nak mengoreng tuh dah tercabut dari pemegang ye.. kualiti pisau.. sudu garfu pun basic.. termasuklah dapur untuk memasak tuh..

Rumah nie agak panas.. macam aku yang tinggal di bilik master ada aircon..oklah..  tapi kesian kat mak aku dan adik.. sebab bilik diorang ada kipas je dan agak panas... adik aku sampai kena tidur kat lantai tak tahan panas.. mungkin kalau kat ruang tamu tuh ada aircon lagi bagus kot.. kebetulan cuaca kat Kuching nie memang panas sangat.. jalan sikit pun dah berpeluh-peluh.. Selain itu.. ada banyak semut kat rumah nie.. so hari pertama sampai dan masuk rumah.. aku dah nampak semut ala-ala macam kerengga dah menyerbu lantai bilik berhampiran bilik air.. risau juga kena gigit sebab aku nak solat.. sempatlah sapu dulu mana yang dapat.. dan malam tuh disebabkan kami nak keluar makan.. aku awal-awal dah pesan pada pakwe.. ingatkan nak beli ridsect.. Singki dalam bilik air master bedroom tak berfungsi pun.. sedikit menyukarkan nak bersihkan tangan dan muka.. namun ada disediakan baldi dengan gayung.. Rasanya yang ini tuan rumah elok perbaikilah.. Condition tilam.. bantal ok.. cuma tilam tuh macam tenggelam sikit bila duduk.. mungkin jenis camtu kot.. so far masih selesa nak tidur cuma terasa macam ada sedikit tak seimbang bila duduk tuh..

Kedudukan homestay nie.. strategik sebab dekat dengan Petronas senang nak isi minyak dan banyak kedai-kedai makan kat sini.. 2 malam tuh kami makan malam dekat dengan rumah jek.. menu oklah.. tapi tak banyak.. malam 1st kami makan tuh ramai orang singgah makan kat sini.. tapi malam 2nd tuh lenggang jek.. so oklah.. rasa makanan? Bolehlah.. nak kata sedap sangat biasa-biasa jek..

Homestay nie juga tak jauh nak ke Giant kat Tabuan Jaya.. 3 hari kami duk berulang alik ke Giant..
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kami sampai rumah tuh dah nak dekat pkl 7.00ptg, waktu maghrib masuk lebih kurang pkl 6.30.. selepas solat jamak.. dalam pkl 7.45 kami mula gerak keluar rumah.. Destinasi awal adalah ke Giant.. mula cari Tesco.. search GPS takde rekod.. bila aku google.. memang takde Tesco kat Kuching nie hehehe.. yang ada Giant.. so set GPS ke sana.. beli benda nak masak sarapan pagi esok dan bekal untuk pasar serikin sabtu.. beli Ridsect.. lepas tuh kami off ke Bandar Kuching sebab adik bongsu aku nak belanja makan seafood.. So antara destinasi yang kami decide nak pergi adalah TopSpot Seafood yang terletak di tengah Bandar Kuching, Tempat makan ini memang popular kat Kuching untuk penggemar Seafood.. ada banyak parking dan tempat makannya adalah di tingkat 6..

Kami sampai dah pkl 9.30malam.. masa nie orang banyak yang sudah makan.. so tempat duduk banyaklah... banyak gerai kat sini.. kalau mula-mula masuk.. gerai 1st tuh adalah Muslim Seafood.. ramai yang bertudung labuh.. berkopiah.. makan kat sini.. tapi sebab tak de tempat duduk kosong sangat.. aku mula gerak ke gerai lain.. sepanjang tuh.. kebanyakan pekedai itu akan offer kami duduk di gerai mereka.. kebanyakannya declare halal.. tapi pekedai tuh cina.. aku was-was.. ada juga muslim bertudung yang aku tengok makan kat gerai-gerai tuh.. tapi sejak balik dari UK nie sentimen aku terhadap kedai halal nie tinggi sikit.. kita ada pilihan kan.. lainlah kat luar negara tuh..

Kami pun jalan lagi.. akhirnya sampai ke gerai No 25 Bukit Mata Seafood.. antara gerai yang sering disebut-sebut oleh kebanyakan mereka yang pernah datang ke Kuching.. so bila sampai tuh.. terus order makan dengan abang tukang order tuh.. siap boleh tanya pendapat lagi..

Gerai No 25 Bukit Mata Seafood
Yang aku order..
-Sayur midin masak belacan..
-ikan bawal masak 3 rasa
-ikan pari bakar
-asam pedas kepala ikan
-udang masak butter
-udang galah grill and bake..

Menu yang aku order

Air kami order kedai lain.. sebab style kat sini.. makan gerai lain.. minum gerai lain.. 

Alhamdullilah semua habis.. paling mendapat sambutan adalah sayur midin dan ikan bawal 3 rasa yang digoreng ranggup dan sedap.. sayur midin tuh adalah sayur pucuk paku.. mak dan pakwe cukup suka makan.. pakwe sebab org n9 kan popular masak lemak kuning pucuk paku ;)

Udang galah cheese dan grill aku order 3 ekor yang sedang2.. dibelah 2 dapatlah 6.. tapi 3 darinya aku yang makan sorang hahaha... bukan sebab aku giler kuasa.. idak.. idak.. mak dan 2 adik aku.. setakat makan 1 belah jek.. pakwe lak.. makan sikit terus pas kat aku..bakinya?? Aku yang makan sorang... ahaks.. memang sedap giler..dan aku pun siap beli udang galah fresh tapau bawak balik semenanjung tau..

Selain itu.. kami pun order umai ikan.. bahannya isi ikan mentah yang diperah dengan asam limau.. Harga RM15 sepinggan.. Kata mak aku.. macam rasa cencaluk.. bezanya ada isi ikan.. tapi masam manis masin sebijik macam cencaluk.. oklah.. buat rasa masam-masam penyedap mulut.. habis jugalah..

Selepas makan.. mak panggil waiter untuk bayar bil.. disebabkan adik aku yang nak belanje.. semuanya kena RM248.. ikutkan agak mahal sikitlah.. maybe sebab kami order udang galah tuh.. kalau yang biasa aku makan kat Jeram.. rasanya kecuali udang galah tuh.. boleh dapat murah dari tuh.. memandangkan adk aku nak belanja.. dan dia pun takat kerja sementara pembantu kedai.. kesian juga kena bayar mahal-mahal hehehe... so lepas tuh aku ajak pakwe cari Bank Islam..

Kenapa ke Bank Islam? sebab aku nak keluarkan duitlah.. lagi mau tanya hahahaha.. takkan nak bershopping lak kan.. hehehehe.. Lagipun aku memang sengaja tunggu ke Kuching baru nak bagi mak dan adik aku duit belanja harian yang memang dah aku peruntukkan setiap bulan.. bulan nie aku belum bagi kat mak.. sengaja tunggu ke Kuching.. boleh dia nak shopping... lagipun rasa kesian kat adik aku.. dia keluar dekat RM248.. so aku topup baliklah setengah.. ye aku memang kakak yang baik hehehe..

Selesai ke Bank Islam kami decide nak ronda-ronda di Bandar Kuching, set GPS ke waterfront.. kami parking kat situ.. pastu jalan-jalan sekitar situlah.. ada nampak beberapa buah bot yang bawak penumpang ke seberang sungai.. untuk pergi makan kat situ.. kami tak naik pun.. sekadar jalan-jalan ke situ je... Seberang tuh ada ditulis Astana.. Mulanya kami mencari jalan ke seberang sungai tuh.. tapi tak jumpa jalan ke situ.. pakwe buat kesimpulan takde jalan kot.. sebab kami dah pusing-pusing tak jumpa juga jalan.. tapi  aku rasa ada... sebab aku ada baca orang pernah ke sana naik kereta dan lintas jambatan.. tapi sebab hari dah malam.. aku malas nak explore dan search google map.. aku decide takpe.. esok masih ada lagi... dan kami jumpa juga jalan ke situ.. nanti aku beritahu dalam entri seterusnya ye...

Sekitar Waterfront Kuching



Selesai ronda-ronda bandar kuching.. jumpalah kedai Kopi-O-corner yang popular tuh.. RJ ayam penyet yang disebut-sebut orang.. memang ramai orang makan kat kedai tuh.. kami lalu jelah sebab dah makan seafood tadi kan... Akhirnya kami pun balik ke rumah.. masing-masing pun merehatkan badan.. tidur dan bangun esoknya untuk perjalanan seterusnya...

Bersambung... Hari ke 2 (Part 1)


Tuesday 16 April 2013

Kerja.. Kembara..

Salam pagi Selasa

Lusa aku akan terbang ke Kuching insyAllah.. Perancangan yang asalnya pergi berdua.. dah jadi pergi berlima ahaks... disebabkan tiket murah.. aku terus ajak Mak dan 2 orang adik aku.. semua fully sponsor.. dah alang2 book tuh.. terus aku booking homestay dan juga kereta sewa Exora..

 Selepas balik dari kuching nanti aku buat review tentang kisah perjalanan aku ok.. InsyAllah..

Minggu nie kuliah mula balik lepas diorang semua cuti seminggu.. dan aku pun sibuk yang amat... minggu lepas menyelia pelajar dari isnin-jumaat.. tiap hari travel ke luar kawasan.. naik lesu lebam badan aku.. keluar pagi.. balik rumah dekat pkl 7 8.. apa taknya.. pagi naik ofis dulu.. pastu terus keluar travel... balik.. naik ofis gak.. dan bila dah naik tuh tersangkutlah.. dateline melambak.. tuh yang sangkut kat ofis.. sesedar jek dah nak maghrib.. kelam labut capai handbag.. kunci keta.. turun lif.. keluar2 jek bangunan.. kereta aku jek kat luar.. seram sekejap.. ahaks..

Minggu lepas sepatutnya aku ditemubual oleh wartawan berita harian untuk 1 ruangan pendidikan berkenaan dengan pembelajaran online.. soalan pun diorg dah email.. gambar pun dah diambil.. cuma wartawan jek belum sempat datang nak temubual... tapi bila fikir2 balik.. aku kan jenis tak suka glemer ahaks.. so semalam aku email balik wartawan tuh dan mencadangkan orang lain yang berjawatan tinggi kat sini.. dia nie dulu senior aku..skrg dah jadi pengarah.. lagipun aku lihat peluang macam nie lebih baik untuk dia yang ada jawatan camtu.. boleh perkenalkan dan naikkan imej universiti... kalau interview aku.. takde kepentingan pun hahahaha.. aku bukan giler glemer.. sebab hasil temubual tuh akan keluar 1 muka penuh tau.. hahaha..

Alhamdullilah hari ini both party... setuju dengan cadangan aku.. maka selamat ler diriku ini hahahaha... lagipun aku baru balik.. hasil kajian pun tak banyak lagi.. so nak komen sangat pun amat terhad pada pendapat sendiri jek..

Lusa akan terbang ke Kuching.. tak sabarnya nak pergi jenjalan hahaha... hari nie kena buat plan tempat apa nak pergi..  sudah rancang nak ke pasar serikin yang terletak di sempadan sarawak dan indonesia... hahaha... itu belum bab nak shopping ikan masin dan kek lapis

Tetiba hari nie aku rindu dengan Nuch & Kanako.. terbayang2 bila lah nak ke Tokyo nie.. boleh lepak2 dengan Kanako yang supercute tuh hehehe..

Waktu sibuk di KL pada hujung minggu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...