Wednesday 31 August 2011

Merdeka ke 54 tahun

Salam Merdeka.. dan Salam Aildilfitri..

Alhamdullilah ketika ini 1 syawal selesai di sambut.. Aku pun baru sahaja sampai rumah.. dekat pkl 12.05 jugalah. seperti tahun2 lepas.. agenda beraya hingga pukul 12 malam nie dah menjadi kebiasaan buat kami di sini.. Cuma tahun ini bilangan rumah yang aku pergi beraya tak banyak hanya 6 buah rumah je.. itu pun kalau nak diikutkan jemputan ada 2 3 rumah lagi yang tak sempat pergi.. tuh kalau kumpul ada kot 10 buah rumah.. Itupun sebab aku melepak rumah kawan baik.. dia dah sound suh datang tolong2.. tapi sebab dia buat raya pertama so takdelah banyak nak kena tolong pun.. sebab biasanya raya pertama nie org tak datang melepak lama-lama sebab ada lagi rumah lagi yang nak kena pergi..

Aku dah bincang dengan pakwe.. InsyAllah buat openhouse hari jumaat nie lepas solat jumaat.. nak buat hari sabtu dah ada 2 jemputan.. nak buat ahad letih sebab isnin dah kerja.. so tinggal hari jumaat jelah yang sesuai pun.. Menu pun dah discuss tadi.. buat nasi minyak/biasa.. sup tulang.. ayam goreng KFC (yg nie tadi kekawan dah mula request) dan seperti biasa akan buat pecal gak.. Sepanjang 5 tahun buat rumah terbuka.. hanya rumah aku satu-satunya yang hidangkan menu nie.. very typical jawa kan.. haruslah sedar diri.. walaupun bukan anak jawa.. tapi persekitaran aku dibesarkan.. kawan-kawan sekampung.. bangsa sekampung pun adalah warga jawa.. so.. menu pun ala-ala jawa lah..

Tadi aku ke rumah sorang akak senior nie.. dia bising juga sebab aku datang lewat.. yelah janji nak datang petang tup2 aku datang malam.. kenalah marah hahahaha.. sorry kak (macamlah dia baca blog nie) tapi aku sedih sebab dia pun nakj balik bln 10 nie sama dgn sahabat baik aku.. so raya haji nie.. aku jelah supersenior yg ada kat sini huhuhu... supersenior tau.. amatlah sedar diri dah kena balik.. geng2 semua dah balik.. Ya Allah.. bagilah aku balik cepat2 nie... tension tau dengar semua dah nak balik..

Oh ya hari ini hari merdeka.. Yang ke 54tahun.. tema 1 Malaysia.. Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera.. Ingat sebab masa ngajar anak-anak di sekolah malaysia... kami buat sambutan hari kemerdekaan sekali.. Kali ini merdeka raya kan..

Esok 1hb pulak hari yang cukup bermakna untuk aku dan pakwe.. bersama hingga ke syurga hendaknya.. Moga cinta kami tetap kekal hingga bila-bila.. InsyAllah..dah lebih 10tahun kami bersama.. Sekejap je rasa masa berlalu.. rasa macam baru jek menjadi suami isteri ;)

Apa juga.. Selamat bercuti rehat.. Esok InsyAllah aku ke Uni semula.. sambutan raya cukuplah sehari nie.. buat masa nie belum ada jemputan raya lagi.. tapi hujung minggu nie memang dah ada 2 jemputan.. rumah aku pulak jumaat nie.. Esok baru nak buat invitation... Esok nak tengok pulak kerja-kerja yang aku dah stop.. dan juga nak tengok perubahan tempat pengambaran tuh sebab esok last day ;)..

Selamat hari raya untuk semua.. Selamat bercuti.. aku cuti kerja hingga jumaat.. tapi study aku cuti 2 hari jek.. esok sambung kerja semula..

Salam Merdeka & Aidilfitri hari kedua..

My collection of dry flowers..
Tulips & roses..
Wanna make me fall in love again..
Give me flowers and I'll smile all day long..

All this flowers have been collected since 2007..
Some were bought and given by him and close friends..
I'll miss spring where all flowers are everywhere..
I gonna welcome autumn soon and finally meeting winter..
Then home sweet home
;)

Tuesday 30 August 2011

Salam Lebaran 2011

Salam Isnin..

Alhamdullilah.. hari ini hari terakhir berpuasa.. Kami di sini masih belum berbuka.. Jam sudah pkl 6.02ptg.. Rakan-rakan di tanahair waktu ini sudah pukul 1.02pg.. Mungkin juga waktu ini ramai yang keluar ke bandar untuk membeli saat-saat akhir... yelah jualan penghabisan sebelum raya esok pagi.. Tadi call mak pun dia kata adik lelaki ajak dia keluar ke bandar.. sahaja nak berjalan-jalan dan melihat apa yang istimewa.. Ohh rutin begini memang aku selalu buat dulu dengan pakwe.. Malam raya jek.. lepas aku buat 2 3 kek.. Malam raya dulu tugas aku memang kena buat kek.. Dari anak dara sampailah dah kahwin.. rutin itu tak pernah berubah.. Rasanya nak kena pass tugasan nie kat adik bongsu... Sebut pasal kena buat kek nie.. teringat mixer yang aku beli untuk mak dah tak elok sangat.... tahun lepas masa guna buat kek dah tak berapa elok sangat.. usia mixer tuh pun dah lebih dari usia perkahwinan aku... beli pun masa bujang dulu khusus untuk mak.. senang kalau dia nak buat kek.. Nampaknya kenalah p beli baru nie dan letak kat kg (ok.. noted to be add in the list)

Sejak malam waktu malaysia aku dah mula call kawan-kawan baik... Terasa sungguh kemeriahan di tanahair.. Berbual dengan seorang rakan baik buat aku rasa syahdu pulak.. Seperti biasa sejak berasa di sini.. Tiap malam raya aku pasti akan call dia.. tak lama kejap pasti aku akan luangkan masa untuk tanya khabar dan persiapan raya.. Tak sangka dah 5 tahun aku sambut raya kat sini.. cuma tahun lepas aku ngelat balik raya.. but still.. aku tetap merasa berpuasa di rantau orang..

Persiapan raya kat sini.. so far semua nasi impit.. kuah kacang.. rendang ayam.. dah siap masak.. uihhh aku masak in advance sungguh kali nie.. sejak tengahari dah mula masak.. cuma kejap lagi nak tunggu daging empuk aku nak buat rendang daging siat.. ikutkan pakwe dia suruh aku buat rendang daging biasa jek.. tapi mengenangkan nak makan daging tuh liat.. adalah lebih baik aku buat rendang siat jek.. tak pernah buatpun sebenarnya.. tapi bila ingat rendang siat nie.. aku mesti ingat mak mertua aku.. tiap kali raya.. mesti ada rendang siat nie.. tak pernah dia tak buat.. so untuk julung2nya kalinya.. menantu dia pun nak buat juga.. basic untuk masak rendang aku tahu.. cuma nak siat daging tuh jek satu kerja.. takpe aku sudah plan mahu paksa itu pakwe buat kerja.. dari tengahari lagi kerja dia tido jek.. sedangkan aku sibuk kat dapur..

Buat masa nie kami belum tahu lagi bila hari raya.. Malam ini nanti barulah diisytiharkan.. tapi rasanya InsyAllah esok juga.. Belah selatan beberapa bandar utama dah declare raya esok.. so kebarangkalian untuk raya esok amatlah tinggi.. kalau dibuatnya tak jadi sok.. alamatnya kenalah puasa lagi kan..Semua yang dah dimasak tuh makan jelah buat sahur n buka esok.. but.. rasanya Raya esok ;)

Beberapa hari yang lepas terjadi 1 insiden yang aku sendiri bila fikir balik sedih pun ada sayu pun ada... Dekat-dekat nak raya nie.. bila tahu ada rakan-rakan yang terdesak atau kesempitan buat aku rasa sedih.. Lantas atas dasar itu aku rasa aku perlu ambil kesempatan untuk hulurkan bantuan.. menulis ini bukan sebab aku nak bagitahu yang aku nie murah hati atau baik hati.. tidak sama sekali pun.. cuma sedikit sebanyak insiden itu buat aku muhasabah diri.. kadangkala kita tak tahu dalam seronok dan gembira kita nak menyambut lebaran.. kita tak tahu ada pula insan lain yang tidak begitu.. Dikala orang lain sibuk dengan membeli berpasang-pasang baju raya.. ada orang nak beli baju raya pun tak mampu.. apatah lagi terpaksa ikat perut untuk berbuka.. Biasalah bila nak raya nie.. ramai orang akan ambil kesempatan untuk tukar semua serba baru.. kalau tidak yang baru untuk perhiasan rumah.. setidak-tidaknya perhiasan diri sendiri semuanya juga baru.. Aku tak kata orang.. diri aku sendiri pun macam tuh gak.. cuma dah 5 tahun di sini aku dah biasa berbaju lama.. recycle jek baju raya tahun lepas.. lagi kat sini pakai bj kurung pun adalah 3  4 kali jek setahun.. nak beku sejuk kalau pakai bj kurung pergi uni.. atau pergi kerja waktu pagi ahaks..

Berbalik soal insiden itu tadi.. aku rasa terpanggil bila ada rakan aku yang terpaksa menunggu janji seorang rakan lain sebelum dapat pulang ke kampung untuk membeli keperluan keluarga.. Pertama kali dalam hidup aku jumpa kesusahan orang begini..Bila aku letakkan diri aku dalam situasi dia aku rasa sedih sangat.. Bagaimana rasanya kan kalau kita di tempat dia.. Sebab itu lah aku tidak teragak-agak pun membuat keputusan membantu dia.. Walaupun ada detiknya.. hati aku berkata-kata... Andai kata dia tipu nanti macamana.. tapi hati kecil aku berkata.. ini masa orang tuh susah.. kita tak tahu bila masa pula nanti kita yang susahkan.. Redha dan ikhlas.. itu sahajalah yang aku pegang.. Sama ada apa juga nanti yang terjadi kemudiannya.. hati aku dah kata redha atas semua itu..

Salam Aidilfitri buat semua..
Maaf Zahir & Batin
Andai ada silap & salah..
Mohon ampun & maaf ye..
;)

Update at 9.55pm..
Esok Hari Raya : Selasa
30 August 2011

Friday 26 August 2011

Kerja & Raya

Salam Jumaat,


Alhamdullilah dah 26 hari kita berpuasa.. Raya pun tak lama lagi kan.. Kami kat sini tak rasa langsung nak raya.. duduk di perantaun ni.. macam nielah... Dah begini.. dah lali.. kalau raya selasa minggu depan.. maka sehari tu jelah aku tak ke uni.. Mungkin Rabu tuh aku dah ke universiti semula.. Cuti aku.. tak tahulah approve ke idak.. main redah confident jek dapat cuti.. Tapi kawan-kawan aku level 4 dah maklum aku cuti 4 hari minggu depan.. diorg dah pakat2 cover kerja aku nanti... Elaine (SV kerja aku) akan start keje selasa depan..

Tadi masa aku tengah basuh tangan selepas selesai settlekan barang-barang cleaning. Staff yang digeruni oleh kebanyakan cleaner kat tempat aku masuk toilet tuh... Digeruni tau.,. digeruni.. sebab dia nie kerja dia training kitaorg nie.. sama ada training masa baru2 awal masuk keje.. atau training in advance.. tapi pada masa yang sama gak dia nie mmg selalu suka buat spotcheck... dia ye tahap komen lepas spotcheck tuh.. leh kena sakit jantung tau.. sebab apa dia komen tuh emmmm.. tunggu jelah list ye.. itu ini begitu begini.. Sebab dia camtu maka dia digeruni.. tak disukai.. tak digemari.. dibenci pun leh cakap gak.. dikutuk.. dan macam-macam di lagi ler.. so bila dia datang jek ke toilet yang aku jaga.. soalan pertama dia.. 'Is this the only area that you manage?' Aku jawablah.. 'Nope.. I also do level 6' pastu dia pun p basuh tangan dia.. dia cakap ngan aku dia nak p check toilet.. dari tempat basuh.. korg tengoklah gbr kat atas tuh.. ada pintu kan..dia pun masuklah.. aku lak tercegat kat luar.. sempatlah doa... abislah... kalau ada yang tak kena mesti kena bebel nie...

Tapi.. hehehehe... komen yang aku dapat... 'Excellent' hahaha.. syukur.. takdelah komen byk.. senyum lebar lah.. mmg dia senyum panjang tgk tahap kebersihan yang aku maintain.. berlagak nie.. berlagak.. nasiblah minggu nie aku pulun lap dinding.. dan setiap berus tandas tuh lap.. rupan-rupanya ada sebab.. idak tuh sure kena sound.. ohhh syukurnya gerak hati aku selalu betul.. Lepas tuh dia check bilik stor.. dia kata oklah kemas.. bilik tuh pun kecik jek.. tapi aku tetap maintain lah.. janji pada aku kemas.. Lepas jek dia blah.. aku sambung senyum.. Syukur takde byk benda yang dia komen.. sebab Minah Trisha nie.. memang terkenal kalau duk complaint... aihhh leh sakit jiwa.. tahun lepas aku kena complain pasal tak lap tiang.. n tak scrub lantai.. tensen ohhh tiang tak lap pun kena sound.. tapi kawan-kawan aku kena lagi teruk.. takyah aku list apa yg diorg kena.. tapi kata kawan aku tuh.. nasib jek takde sakit jantung.. idak boleh kena gak time tuh.. stresss...

Mula tengok banyak entri kawan-kawan dah mula buat ucapan raya.. aku rasa sebab ramai dah mula bergerak balik ke kampung esok.. sebab cuti hujung minggu dan ramai terus sambung cuti sampai minggu depan.. Teringat kawan baik si M.. emmmm... tahun nie dia balik beraya di kedah.. selepas 4 thn duduk NZ.. bestlah.. balik raya.. Miss her so much.. idak mesti esok lusa nie aku dan dia dah p shopping raya kat KL.. teringat nie memang sedih.. takpelah.. InsyAllah tahun depan mesti aku pulun shopping ngan dia nanti..



Warna senja di sini..
Indah kan ;)

Thursday 25 August 2011

Music Mode: Dia Milikmu


Lagu: Dia Milikmu
Penyanyi: Pretty Ugly

Sebenarnya aku terjumpa lagu ini masa mencari lagu Pretty Ugly : Diari seorang lelaki..
Best lagu nie tapi entah kenapa lagu nie mengingatkan aku pada 1 lagu english bertajuk 'Wishing and Hoping'
Lagu pembuka filem 'My best friend wedding'

Kalau masih ingatlah lagu nie


Song: Wishing and Hoping
My Best Friend's Wedding Title Sequence featuring Bree Turner, Raci Alexander, Jennifer Garrett, and Kelly Sheerin.

Quite suprising kan..
Bila ada lagu melayu yang boleh buat ikut rentak lagu nie..
Komen aku.. Tak kisahlah pun..
Bila dengar lirik dan rentak kedua lagu nie..
Ada persamaan..
Tapi apa pun aku suka lagu 'Dia Milikmu'.. best!!
Dan lagu 'wishing and hoping' tetap my old time favourite..
Senyum panjang bila dengar lagu nie
;)

Wednesday 24 August 2011

Rasa sayang..

Salam Rabu..

People tend to write entries about wordless wednesday.. Rabu yang bisu.. tapi hari nie takde rasa nak jadi bisu.. but this entry will be long as usual ;)

Eh tajuk entri cam lagu.. tapi tidak ada kena mengena sama sekali dengan lagu rakyat itu.. Cuma sayang itu terlalu subjektif.. Betul 3 hari ini penuh dengan rasa-rasa itu.. Mungkin sebab lebaran pun dah makin dekat.. Hati pun dah makin sayu.. Teringat mak dan ayah kat kampung.. teringat kawan-kawan sepejabat kat tempat kerja.. teringat sahabat handai yang ada dimana-mana.. teringat kenangan masa aku pulang beraya tahun lepas.. rasa baru jek balik.. tup-tup dah setahun semua tuh kan.. cepat benar masa berjalan..

Puasa tahun ini Alhamdullilah masih lagi diteruskan.. Dah 24 hari aku berpuasa.. Alhamdullilah.. selalunya masa-masa ini dah masuk masa p dapur hahaha... biasalah org dah kwin nie kdg2 cakap tak nak toleh depan belakang.. Kawan aku pagi tadi bila aku cakap.. aku masih dapat berpuasa dan belum sampai masa 'itu' buat aku tergelak besar.. mana tak ye.. ayat dia yang selamba 'Tahniah sebab mengandung' wakakakah... aku nak balas balik pun takde idea.. Cuma aku mampu jawab.. "Yelah tahniah.. entah2 petang karang dah time.." pastu aku sambung gelak balik..

I'll missed her.. sebab bulan depan dia akan berhenti kerja di tempat aku.. dan bulan 10 dah nak balik ke malaysia.. semakin cepat masa berlalu.. satu persatu kawan baik aku balik ke tanahair.. Aku?? dah tak larat nak hitung bebanan hati aku tentang rasa dan perasaan aku tiap kali tengok sahabat-sahabat baik aku balik.. Sabar dan sabar.. itu sahajalah pesanan aku pada diri tiap kali aku rasa sedih dan sayu bila hantar mereka pulang di lapangan terbang..

Nie.. dah 2 minggu aku rasa demam rindu dengan suasana kat kampung.. Walaupun mulanya aku rasa aku mampu cool... sebab dah balik raya tahun lepas.. kononnya lah.. tapi entahlah kali nie aku rasa rindu aku dah maksimum... mood nak balik kampung dan balik for good memang terasa sangat.. tapi kerja-kerja yang aku kena buat masih belum mengizinkan aku.. mungkin bila Sv aku balik dari Greece minggu depan aku nak voice out cakap aku nak balik hjg thn nie.. so that dia boleh speed up aku ye rentak kerja.. penatlah.. aku penat nak tunggu dan tunggu dan ditambah kerja study aku.. I wanna go home.. It's so long.. too long

Tapi aku sentiasa ingat kata-kata kawan aku.. tak rugi menjadi orang yang sabar.. ye dengan itulah juga aku masih bertahan hingga ke hari ini.. Walaupun entah berapa banyak bebanan kerja yang dah aku buat.. Pagi tadi masa aku sembang dengan Nuch.. dia kata dengan aku.. study aku nie pelik.. yelah dia bersama aku dah lama kan.. dah 4 tahun.. apa aku buat.. apa aku lalui dia tahu kebanyakannya.. malah bila aku stress nak jumpa Sv pun.. dia selalu bg aku semangat sebab aku selalu cakap dengan dia sebelum p jumpa SV aku.. "Who knows I might cry after I see him.. just get ready tissue for me" dan dia selalu tanpa jemu akan beri aku semangat.. "No.. I know you'll not cry.. don't worry" dia tak tahu kadang2 aku dah nangis dulu sebelum pun jumpa SV.. hahaha.. For those who do Phd.. will agree with me.. so Tiny... just get ready yeah.. when the time come.. U always have my shoulder to cry on..

Aku rindu sangat-sangat waktu ini..  Tengok gambar nie pun ada rasa nak nangis..

Halaman rumah mak & ayah di pagi raya tahun 2010
Rindu nak balik kampung

Monday 22 August 2011

Majulah sukan untuk negara ;)

Salam Isnin..

Pagi tadi masa ke tempat kerja.. kawan yang menumpang kereta aku tanya..

"Eh.. ko dulu sekolah sempat rasa tak rentas desa?"

"Apa lak tak rasa.. kan aktiviti wajib tuh" kata aku sambil gelak-gelak..

Terus teringat kenangan zaman sekolah.. acara merentas desa nie kan cukup sinonim dengan acara tahunan sekolah.. Wah masa mula nak lari tuh bukan main semangat.. lepas tuh.. takde dah.. lebih banyak jalan kaki lenggang kangkung jek hahaha..

Teringat cerita seorang kawan aku nie.. Dia biasanya akan temankan anak dia merentas desa naik moto.. bukan dia bawak anak dia naik moto.. tapi dia akan temankan anak dia dan beri kata-kata semangat untuk teruskan berlari.. kena pula masa tuh anak dia demam.. tapi sebab dah si ayah nie.. beria-ia ikut anak dia berlari.. akhirnya si anak tuh dapat no 3 tak silap aku.. Kagum juga aku dengan kawan aku nie.. semangat kesukanan dia cukup tinggi.. tapi aku tak pelik.. sebab kawan aku dan isterinya tuh memang aktif bersukan.. Si ayah pernah jadi wakil negeri.. si isteri pulak.. aktif bermain futsal dan bola jaring.. Si ayah.. tak yah sebutlah games apa yang dia main.. aku rasa hampir semua games yang glemer tuh dia main.. termasuklah golf..

Bila sebut pasal bersukan nie.. aku kagum sebenarnya dengan keluarga yang begini.. dan kebiasaannya jika ayah dan ibu memang kaki sukan.. anak-anak biasanya akan terikut sama.. sebab galakan dari rumah itu memang dah ada.. Contoh macam kes kawan aku tuh.. teringat juga seorang rakan aku masa aku mewakili UKM dalam pertandingan hoki.. ye aku juga bersukan dulu.. kata dia.. semua ahli keluarga dia bersukan.. kawan aku tuh main pingpong untuk UKM.. baik adik beradik dia.. atau mak dan ayah dia.. katanya sejak dari kecil lagi ayahnya dah galakan dia bersukan.. Baguslah kan..

Biasanya untuk orang perempuan nie.. main bola jaring tuh dah semestinya.. Aku takdelah aktif sangat sukan nie.. cuma di sekolah rendah tuh aku dah bermain badminton wakil sekolah.. Main bola jaring lebih untuk suka-suka dan mungkin tak layak pun nak jadi wakil sekolah sebab ramai yang boleh main so aku tukar main games yang orang tak biasa main... Masa aku bermain badminton dulu.. pernahlah merasa lawan adik misbun sidek dulu masa games di banting.. Taukan kalau badminton nie anak-anak sidek memang terer.. (kalah ke menang tuh lain citelah hahaha)

Naik ke sekolah menengah.. aku diperkenalkan dengan games hoki.. dan 2 tahun dari form 1-2 aku main untuk sekolah.. Kami pernah dapat naib juara peringkat negeri selangor.. tapi aku stop aktiviti bersukan bila naik form 3 untuk beri laluan pada exam SRP dan terus berhenti sebab dah naik form 4 dan nak exam SPM..

Entah bagaimana.. bila aku masuk matrik UKM di KL.. aku aktif semula bermain hoki atas permintaan kawan untuk mewakili UKM.. memandangkan memang dah ada skill dari dulu.. sejak itulah.. selama 4 tahun aku kekal sebagai pemain UKM.. dan permainan sukan hoki dah jadi sebati dalam jiwa.. udahlah jadi 'last man' atau defender... memang penatlah lari nak clearkan bola..

Tapi syukur kata aku pada kawan aku tadi.. selama hayat aku main hoki lah.. aku belum pernah lagi cedera parah dek permainan tuh.. takat lebam2 kena bola.. kena kayu.. kat kaki dan tangan itu biasa... cuma syukur belum pernah naik ke kepala.. walaupun aku defender.. agak2 kalau nampak pihak lawan hayun kayu hoki berstatus bahaya.. rela lagi aku undurkan diri dari kena kayu.. tapi kalau takat angkat sikit-sikit.. jolok bola dan clearkan bola tuh biasa...

Dulu masa sibuk nak pertandingan antara universiti.. biasanya kami akan mula berkampung selama 2 minggu untuk latihan intensif.. biasanya geng-geng budak hoki nie kira cam ganas sikit hahaha.. yelah sebab kami nie 1 team.. dan biasanya kami kerap juga berlawan dengan geng2 lelaki.. latihan dalam panas atau hujan dah biasa untuk kami dulu.. lepas tuh balik siaplah.. lebam sana sini.. kaki tangan tuh biasa.. dulu pernah gak bila rasa tulang betis bahagian depan tuh.. aku leh rasa ada lekuk-lekuk.. yelah bahana kena kayu atau bola hoki.. kat situ jugalah aku belajar urut sikit-sikit.. yelah bila dah lebam.. kawasan tuh kena urut cepat-cepat sebab nak bagi darah tuh mengalir..

Teringat satu insiden.. kebetulan masa tuh peha aku lebam kena bola.. kawan-kawan pun apa lagi.. masing-masing dah sound kena urut nie.. apa diorg buat?? sorang pegang tangan kanan.. sorang pegang tangan kiri.. dan sorang pegang kaki kiri.. kaki kanan yang lebam tuh.. kawan tuh tekan dan urut secara bulatan.. Memang aku meraunglah... sakit tau hahahaha.. itu sebab kena pegang kaki tangan semua.. ingat balik tergelak pun ada... tapi kenangan masa perkampungan sukan nie memang best.. aku merasalah selama 4 tahun bermain untuk wakil UKM..

Sayangnya.. aku dah lama resign main hoki.. tak larat dah nak bawak badan hahaha.. cuma kadang-kadang teringat jugalah kenangan zaman sekolah dan universiti dulu.. bila tengok badan skrg mesti ada yang tak percaya aku main sukan dulu.. Dulu masa aku aktif pergi gym.. masa lari kat treadmills.. aku mampu berlari 20min non-stop.. sampai kawan aku tanya aku.. eh tak penat ke?? dulu masa aku aktif sukan.. lari keliling padang 10round pun takde hal.. dulu lah.. kalau sekarang nie.. 1 round pun aku dah tak larat hahahaha...

Baru-baru nie kawan aku Nuch terkenal 'simpul biawak' hampir 3 hari dia datang ke department dengan kaki yang terjongket2.. Akhirnya aku ajar dia satu exercise kecil yang dapat bantu dia kurangkan ketegangan muscle di betis.. dia mulanya hairan kenapa aku tahu.. Aku beritahu dia.. 'Years of playing hockey teach me alot of things'

Apa pun memang baguslah jika kita galakan anak-anak bersukan.. setidak-tidaknya mereka ada benda bermanafaat untuk dilakukan.. dan juga jika boleh suruh juga mereka join kelas mempertahankan diri.. terutama untuk yang perempuan.. Dunia zaman sekarang nie dah macam-macam.. setidak-tidaknya jika terjadi apa-apa dia ada asas untuk pertahankan diri dia andai sesuatu terjadi..

Intai keluar jendela
Hari hujan lagi..

P/s: Bila musim salji nanti bolehlah merasa suka main 'sledge' pulak
Sukan ski atau snowboarding aku tak berani nak try..
Bukan apa badan nie nak guna untuk settlekan study..
Karang tak pasal-pasal patah sana sini..
Kalau usia masih belasan atau awal 20an..
Memang dah lama ku join main ski tuh ;)


Friday 19 August 2011

Kek Pisang Kun Nuch..

Salam Pagi Jumaat,

Sekejap dah 19hb.. mean dah 19 hari juga kita berpuasa.. dan juga kerja study aku dah nak 20 hari untuk bln nie.. tapi kerja kena tambah pulak.. Tensen kejap.. sebab kena buat evaluation study pulak.. nak kena cari 10-20 org nak test ranking document.. Stress rasanya bila fikir22..

Hari nie kena cover lagi Visitor centre dengan member kat HR.. dia minta aku temankan dia cover sebab dia rasa tak mampu nak buat sorg2.. Aku ok jek sebab dah cover minggu lepas dengan dia.. Minggu nie SV kerja aku cuti lagi sebab ayah dia meninggal isnin lepas.. sedih juga dengar.. sejak dah 3 thn aku kerja nie.. boleh kata geng2 sama building dengan aku.. semuanya ada pengalaman org tua diorg meninggal.. mula2 kerja.. Mak si Vyonne (yg cover sama ngan aku tadi).. tahun selepas tuh.. Mak mertua si Camela pulak.. tahun lepas pulak.. Mak si Loraine... Tahun nie.. Ayah si Elaine lak.. geng2 cleaner aku majority local people cuma si Camella tuh org Italy.. tapi dah bertahun2 duk sini..

Cuti aku lak belum approve sebab ingat mggu nie Sv aku tuh masuk keje.. tapi dia cuti ayah dia meninggalkan.. tadi masa ke pejabat boss kat situ kata Sv aku masuk keje balik isnin nie.. so aku tggu jelah isnin nie.. idak karang pagi raya aku duk kerja lagik.. huhuhu.. makin syahdu lah gamak ye nanti..

Pagi tadi suhu sejuk giler.. aku check 6darjah celcius.. patutlah rasa cam dah musim sejuk.. dengan takat pakai jaket kalis hujan dan angin tuh mana dapat nak cover rasa sejuk.. Alahai.. nanti masuk bln 9 kena tukarlah jaket.. msuk bln 10 11 lagi tebal jaket kena pakai.. Another winter season.. Dah rasa masak lalui winter nie.. dah lebih 5 kali dah.. 2 tahun lepas salji lebat dan tebal.. thn nie?? xtahulah.. tahun lepas suhu sampai -18.. tahun nie?? who knows.. kena prepare jelah.. Sure aku miss winter bila balik mesia... ngadaplah musim panas hujan jek.. kena pulak tempat keje aku tuh jenis kawasan berlembah (bkn lembah klang ok).. pagi panas giler... tapi lepas jek zohor.. kebiasaannya mesti hujan lebat.. dah bertahun2 dah rasa.. tak tahulah boleh adapt ke idak rasa panas nie.. sini panas sikit pun badan aku dah gatal2 berpeluh2.. Bukan berlagak.. tapi maybe sebab badan dah get used to cold.. turun ke belah selatan yang panas sikit pun aku tak tahan dah hahaha... itu belum balik mesia yg sedia panas tuh.. Jgn ckp aku berlagak ok.. kalau korg dah duk sini 5 thn cam aku.. confirm korang pun akan rasa apa yang aku rasa..

Oh ye bila cakap pasal soal rasa tak rasa nie.. Aku teringat kisah kawan aku.. Beberapa hari yang lepas kawan aku ada update status kat FB.. Dia bangkitkan soal kerisauan dia tentang kenaikan harga barang kat mesia.. camna dia nak adapt nanti memandangkan kitaorg kat sini dah terbiasa dengan harga barang2 yang tak sampai pun £1.. yelah beli sayur pun sen2 jek.. tapi memang barang dah mahal giler pun.. aku balik thn lepas pun nak beli shampoo  yg kecik pun tgk harga dah nak rm10... uihh terkejut.. walhal dulu baru bape ringgit.. pastu bila p makan kfc.. makan 2 org pun dah dekat rm20.. udahlah ayam kecik.. Oh ya aku n pakwe nie mmg peminat kfc.. dari kitaorg mula dating 12-13 years back.. dah mula makan kfc.. masa tuh harga kfc murah jek.. makan diorg smpi pun rm10.. itu dulu.. skrg nie mana nak dapat.. aku duk menggeleng kepala gak lah.. aku cakap ngan pakwe.. lebih baik I buat sendiri jek ayam kfc nie.. kat sini memang selalu pun buat..

Ok back to the isu sebelum tambah melalut.. so nak dijadikan cerita beberapa kawan dia kat mesia pun komenlah status kwn aku nie.. tapi ayat melampau diorg.. dia gelar kawan aku nie berlagak.. mentang2 lah duk UK.. bila balik mesia sok lagik berlagak.. tak yahlah nak bising2 pasal harga brg naik.. Terus kawan aku nie begang sebab dia kata.. dia tulis status tuh bkn nak tunjuk dia berlagak.. tapi just luahkan kerisauan dia dan dapatkan komen kawan2 lain.. tapi ada segelintir org pulak.. baca status camtu terus buat judgement 'berlagak'. Aku faham.. pada segelintir orang yang tak pernah rasa keluar negara nie.. kdg2 bila baca atau dgr org2 yg pernah duk oversea nie bercerita.. kami mmg xboleh tidak mesti akan bandingkan pengalaman kita.. biasalah... sesiapa pun camtu gak.. semua org ada sifat camtu.. paling koman pun let say.. kalau ko biasa makan nasi ayam kat satu kedai nie.. kat situ sedap.. pastu bila ko pergi makan kat tempat lain yang ada nasi ayam (tapi tak sedap) ko pun akan bandingkan 2 kedai nie... Itu baru kes makan.. Ini belum kes kehidupan dan pengalaman...

Ramai sebenarnya kawan-kawan aku bercerita.. bila balik je ke tanahair.. memang bila jumpa geng2 yg sama study oversea nie.. kami mmg xboleh tidak akan bercerita kisah2 kita masa duk sini.. tapi masalah ye bila didengar oleh org yang  xpernah rasa duk oversea.. dia kata geng2 nie eksen n berlagak.. walhal bkn camtu pun.. Aku cakap ngan kawan aku.. Tak usah layan orang camtu.. kalau diorg tuh pun duk oversea.. diorg pun akan cakap cam kita cakap nie.. entah2 lagik dahsyat dari kita cakap nie.. Sebab itu kdg2 aku malas nak layan org2 camnie.. cakap xguna buat penat mula jek.. biasa aku ignore jek.. kalau lebih afdal.. cakap jek.. please.. Don't talk to me because u annoying me.. style mat saleh kat sini camtu jek.. U ada hak utk cakap I tak nak dgr.. atau xnak ckp.. sebab kalau layan juga buat sakit hati..

Aku cakap ngan kwn aku.. abaikan.. klu komen2 camtu dilayan.. org2 yg xpernah ada pengalaman nie xkan faham.. fikiran tak terbuka.. kalau nak explain pjg2 buat tambah debat jek.. lepas tuh kwn aku delete jek status tuh.. tuhlah org.. sebenarnya bkn apa.. kes cemburu.. kes terasa hati kot sebab dia rasa diri dia takde pengalaman camtu..

Tau dah sikap2 org camnie ramai kat mesia tuh.. sebab tuh berkawan kena hati2.. alah xyah susah2 p oversea.. kdg2 tukar keta baru pun ada org dengki.. ini pernah jadi kat sorg kwn baik aku kat mesia.. yg dengki pun jiran sebelah umah.. pantang jek kwn aku tuh beli benda2 baru.. dan2 esok tuh dia pun beli.. dahsyat sungguh manusia nie kan.. Nak cite kisah berkawan nie banyak pengalaman aku.. Cuma kuat tak kuat jek semangat..

Apa juga.. tak yah ramai kawan pun takpe.. kalau nak ramai kwn boleh.. kwn biasa2 jek.. tapi pastikan kawan2 yang benar2 baik tuh kita jagalah hati diorg n ikhlas bila berkawan..

Kek pisang Kun Nuch
(Kun: panggilan hormat untuk cik/puan/tuan(lelaki pompuan leh pakai gelaran nie) dlm bahasa Thai, Nuch: Nama kwn aku)
Semalam beria dia minta resepi kek pisang nie
Pagi nie dia bawak sebekas untuk aku
Kata dia cikgu yg bagi resepi kena rasa
Buka nantilah aku makan ;)
Nak resepi??
Ada ke yg nak?
;)

Thursday 18 August 2011

Yang pulang lagi..

Hari ini.. sahabat baik aku suatu ketika dulu pulang ke tanahair.. (apa skrg dah tak baik dah ke?? sort of.. aku pernah cerita kisah ini dalam entri aku yg lepas2).. Aku tak menghantar ke airport.. bukan sebab aku tak sudi.. tapi aku ada meeting dengan SV aku seperti biasa setiap khamis.. Lagipun.. entahlah.. aku memang takde mood nak hantar dia... terasa hati aku masih bersisa lagi ke?? entahlah susah aku nak cakap.. Kesalahan dia dah lama aku maafkan.. cuma aku rasa aku susah dah nak baik semula dengan dia cam dulu2..

There are things you can forgive but you can't forget.. Bukan aku berdendam tapi aku rasa aku memang tak boleh nak berpatah balik seperti dulu.. What have done.. is done.. Ada orang jenis boleh lupa benda2 camnie.. dan boleh bermesra dan buat baik cam dulu-dulu.. Sorang kawan aku jenis camnie.. memang aku salute dia.. dia tak simpan dalam hati.. Aku bukanlah kata simpan dalam hati.. cuma sifat aku dah camnie.. Mungkin sebab aku pernah ada pengalaman dikecewakan dan pernah lalui pelbagai kisah bila berkawan nie.. (maybe aku akan cerita suatu hari nanti kot) sebab itu aku susah sikit.. perangai aku.. aku jenis tak pernah kisah nak tolong sesiapa.. selagi aku terdaya dan mampu.. aku tolong sebab batasan pertolongan aku adalah keikhlasan aku.. aku tolong tanpa prejudis dan tanpa sebab.. tapiiiiiiiiiiii.... bila sekali orang buat aku terasa hati.. atau buat aku menangis.. sampai bila2 aku takkan lupa.. dan selepas itu sifat berhati-hati aku jadi amat tinggi.. sampai pernah satu tahap kalau aku terasa hati sangat2.. tengok muka pun aku tak nak..

Namun walaupun camtu.. aku tahu kawan aku itu terasa juga.. sebab tindak tanduk aku memang dah jauh berbeza bila aku jumpa dia.. tapi awal pagi lagi aku dah teringat nak sms dia.. nak ucapkan All the best.. tup2 dia yang sms aku dulu.. aku tahu dia masih ingat aku... aku tahu dia pun sedih sebab dia ingat siapa aku pada dia.. dan aku sendiri pun sampai skrg kalau aku ingat balik perjalanan kisah persahabatan aku dengan dia.. terlalu panjang untuk aku ceritakan.. tiap kali aku ingat mesti menitik airmata aku.. yang buat aku sedih.. atas banyak2 pertolongan yang pernah aku buat untuk dia.. hanya atas satu kesilapan dan kesalahan yang bukan pun berpunca dari aku... dia boleh buat 1 judgement yang melabelkan aku sahabat yang lupa sahabat.. walhal.. kalau ikutkan rentetan cerita.. akulah yang paling berterus terang dengan dia.. sedih fikir sebab aku kenal dia di saat dia datang ke sini dengan susah.. dengan status janda.. anak sorang.. aku tolong dia hinggalah dia senang dan kini dah berkahwin pun.. malah masa dia dalam dilema nak terima suami dia yg sekarang nie pun.. nasihat2 akulah yang dia pakai.. hinggalah akhirnya dia kawin dengan suami dia.. yang mana aku sendiri nilai memang lelaki yang baik..

Sayang bila dikenang persahabatan selama hampir 5 tahun kini dah jadi lain.. Menyesalkah aku?? taklah.. cuma aku ada rasa terkilan.. selama ini walau aku tahu perangai dia yang kadang2 buat kawan-kawan aku mengeluh.. tapi aku dari dulu tidak pernah membelakangkan dia.. tapi bila peristiwa itu terjadi.. Aku ambil ikhtibar Allah tunjukkan pada aku.. sejauh mana keikhlasan hati dia berkawan dengan aku.. Aku redha benda2 nie..

Pada aku.. Sahabat yang baik.. dia sepatutnya tegur kita andai kita buat salah.. tidak segan untuk memperbetulkan yang tidak elok pada kita.. dan akan cuba bantu kita untuk buat yang lebih baik.. tapi bukan terus menjatuhkan 1 hukuman tanpa usul periksa dan buat judgement terburu2 tanpa sedikit pun nak tanya kenapa dan mengapa.. Setidak-tidaknya aku pernah berterus terang dengan dia apa aku rasa.. apa yang aku rasa selepas peristiwa itu.. aku tahu dia tahu aku memang terasa hati.. dan aku tahu dia mahu aku balik macam dulu2.. tapi.. seperti mana kata seorang lagi kawan baik aku.. 'akak tahu sangat ko macamana.. tahu sangat.. sekali ko terasa hati.. akak tahu ko ye pendirian'. Aku rasa ramai kawan-kawan baik aku tahu pendirian aku yg ini.. tapi mungkin tak ramai tahu sejauh mana seriusnya aku bila berkawan dan sejauh mana aku boleh jadi keras hati..

Alhamdullilah.. pengajian dia dah selesai.. dan dia kini pun dalam perjalanan pulang ke tanahair.. belum pun masuk boarding gate waktu nie.. flight pun belum take off waktu entri nie aku taip.. tapi doa aku sentiasa dengan dia.. Semoga selamat pulang ke tanahair...

Kita berkawan biarlah berkualiti dan tidak hanya diukur dengan kuantiti.. kawan ramai tak guna kalau semua itu tak mampu jadikan kita manusia yang lebih baik.. cukuplah kawan yang sedikit tapi yang sedikit itulah yang sentiasa beri sokongan atau teguran tak kira apa juga tindak tanduk kita...

Minggu hujan..
Suhu dah mula sejuk skrg nie..
Bandar nie skrg dah tukar jadi bandar zombie dah..
Kenapa?
Nanti lainkali aku cerita ;)

P/s Lepas jumpa Sv
Kerja aku makin banyak..
Doakan aku balik hjg thn nie..
InsyAllah..

Wednesday 17 August 2011

Dekat nak raya nie mula teringatlah..

Hari ini entah kenapa tiba-tiba aku rasa syahdu.. Kesyahduan nie susah nak cakap.. ada rasa cam nak balik kampung.. ada rasa sebab dah dekat sangat nak raya.. ada rasa teringat shopping raya kat mesia tuh.. paling utama aku rindu nak sahur dan buka puasa dengan mak dan ayah kat kampung..

Ye 5 tahun berpuasa di rantau orang ini memang dah sebati dengan jiwa aku.. Kalau orang fikir mesti best merasa ke negara orang.. betul.. aku tak nafikan keseronokan itu mmg ada.. tapi pada masa yang sama kita tak dapat lari dengan rasa rindu dengan rutin yang biasa kita buat di tanahair..

Mungkin juga kesyahduan ini sebab aku tahu ini Ramadhan terakhir buat masa ini di negara orang.. Mungkin jika ada rezeki atau peluang lagi.. di tahun2 akan datang.. selepas 5 thn kot (kalau aku nak buat cuti sabatikal pulak) mungkin aku berpeluang lagi menetap di luar negara.. Tapi untuk kali ini.. rasa yang datang ini memang terasa ketara sangat.. Emosi bercampur2..

Mulanya aku rasa aku ok.. sebab tahun lepas aku merasa dah beraya di tanahair.. sempatlah rasa puasa 2 3 hari sebelum tuh.. Aku pulang mengejut tahun lepas.. kawan-kawan pun ramai terkejut.. tak sangka.. balik thn lepas tuh balik emergency bukan aku plan pun.. itupun sebab faktor kesihatan keluarga yang sebabkan aku kena balik juga.. dan aku syukur juga aku balik tahun lepas.. sebab aku berpeluang jumpa arwah tok dan arwah wan alang yang meninggal dunia awal tahun nie.. Terutama arwah tok aku.. Aku tak sangka dia akan pergi beberapa bulan yang lepas.. dan aku syukur sebelum aku melangkah keluar dari rumah dia.. aku dah minta maaf dengan dia.. mungkin sebab itu aku ditakdirkan untuk pulang berhari raya di tanahair..

Tapi kali ini.. aku rasa lain.. syahdu yang aku rasa hari ini buat aku rasa nak menangis.. mungkin juga aku rindu.. tapi pada masa yang sama juga aku rasa sayu sebab aku tahu.. tahun depan aku dah takkan rasa semua kenangan2 yang aku rasa ini lagi.. Cukuplah aku diberikan peluang merasa semua ini..

Tahun ini juga aku takde mood nak berbuka puasa di masjid utama seperti setiap tahun.. walhal aku tidak pernah miss ke sana sejak awal berpuasa.. mungkin juga sebab rakan yang rapat yang sering ajak aku ke sana dah balik thn lepas.. so tahun nie aku benar2 rasa malas nak ke sana.. aku lebih selesa buka puasa kat umah jek.. lagipun kali nie berbuka puasa aku dah tak berapa beria sangat nak memasak.. makan apa yang ada.. masak pun takat yang simple2 jek.. kalau dulu aku mesti rajin buat macam2 kuih atau juadah manis untuk berbuka.. kali nie mood nak buat semua itu takde.. cuma aku ye projek nak buat apam beras tak buat-buat lagik.. bab nie pelik sikit.. apam yogurt dan apan aiskrim soda dah buat.. hahaha.. entahlah aku teringat kuih apam yang selalu mak buat kot.. buat aku teringin nak makan pulak..

Kali nie juga disebabkan puasa panjang.. aku takde teringin sangat pun nak meriah2 makan sangat.. cuma kalau ke rumah kawan tuh aku buatlah sikit2 yang mana aku rasa larat.. ini projek nak buat kuih raya pun aku tak tahu jadi ke idak.. 2 thn lepas buat muruku.. thn lepas xbuat sebab aku balik mesia.. thn nie kawan2 dah mula tanya tak nak buat ke?? Ingat nak buat juga kuih ros.. acuan ada.. tapi sekali pun belum buat.. nak suruh pakwe buat kuih karas dan kuih siputlah.. tapi entah dia nak buat ke idak tah.. aku berpeluang makan pun sekali jek sejak aku kawin ngan dia.. Hehehe jgn tak tahu pakwe aku pun pandai buat kuih ;)

p/s: Sekejap dah nak 3 minggu berpuasa kan.. Macam-macam aku teringat.. belum nak dengar lagu raya lagik nie.. kalau dengar nie confirm aku lagik syahdu.. dgr lagu 'kau bagai udara' pun dah rasa cam lagu raya huhuhu

Kopi yang kawan aku bagi dari Thailand..
Punyalah banyak..
Tak tahulah bila nak habis nie..

Monday 15 August 2011

Music Mode : Kau Bagai Udara


Bahrain : Kau Bagai Udara

Dengar lagu nie teringat lagu raya..
Ahaks..
Taulah kan dah 2 minggu kita berpuasa..
Lagi 2 minggu juga kita nak beraya..

Serius..
Lagu ini meruntun jiwa ragaku..
Seolah-olah memanggil-manggil aku suh mainkan lagu raya..
Huhuhu..

P/s Tapi aku rasa gaya penyanyi dalam lagu nie over jek..
Dia punya tahap menjiwai lagu nie..
Over acting jek..
Siap guling-guling lagik..
Alahai.. geli gelaman sat..
Rupa dah macho dah..
Tough.. gagah..
Tapi bila part dia joget2 tuh rasa kurang sesuailah..
Ke aku sorang jek yang rasa cenggini??

Kan lagu nie tajuknya 'Kau Bagai Udara'
Bukan patut buat shotting kat lokasi luar ke??
Open air.. Tempat yang lapang.. terbuka dan luas..
Tepi laut ke.. Tepi padang ke.. Tepi sungai ke tasik ke..
Atas bukit ke gunung ke..
Adalah rasa sesuai sikit..
Pastu bolehlah buat shot kat langit biru.. awan putih ke..
Barulah sinonim ngan tajuk lagu..

Tahulah kan lagu nie pasal jiwa raga yang menganggap kekasihnya tuh bagai udara utk dia bernafas..
Tapi ini apa kes dik ko duduk baring jek kat situ..
Balik-balik duduk.. pastu ala-ala guling sikit-sikit..
Camtu ke caranya kita hargai seseorang yang kita anggap bagai nafas kita??
Gaya tidak menyampaikan maksud..
Lokasi pun tak kena..
Memek muka pun rasa cam xberapa menjiwai lagu..
Sebab tuh bahaya buat video klip kalau hanya fokus pada interpersonal penyanyi tuh sahaja..
Sebab dah takde benda lain kita nak tengok kecuali penyanyi tuh.. muka dan gaya badan tuh yang kita nilai untuk menceritakan maksud lagu itu..
Tak sesuai sungguhlah..
Sorry ler dik..
Akak komen nie ikhlas ye..
Ok lainkali akak jadi direktor lagu ye..
;)

Saturday 13 August 2011

Pilihan cinta.. Kali ini aku tak tahu nak kata apa..

Salam Sabtu..

Alhamdullilah dah selesai sahur.. Kejap lagi nak solat subuh.. Sebelum tido pkl 1 lebih tadi aku terbaca 1 email dari seorang adik nie di FB.. kawan pada adik lelaki aku.. sebenarnya sejak beberapa bulan nie dia mula rajin tegur aku sejak dia add aku dalam FB berkurun dulu.. itupun setelah aku sound adik aku.. kawan perempuan dia add aku.. tapi sorang pun tak nak tegur aku.. so sebelum aku unfriend ngan diorang.. baik tegur.. apa makna add aku.. kekonon sebab aku kakak adik aku.. dan mungkin diorg budget oneday akan jadi bakal kakak ipar diorang.. so diorg leh add camtu jek.. come-on lah have to put some afford nak tegur..

Setelah aku sound adik aku.. nahhh 2 orang kawan perempuan dia yang add aku tuh tegur aku.. hahahaha... sorang sebaya dan seorang lagik lebih muda.. Adik aku sebenarnya dalam dilema.. tak tahu nak pilih yang mana.. aku ye suggestion suh bawak balik jek jumpa mak aku.. dia pandai nilai.. dan based on my personal experiences.. korang semua dah baca kisah cinta aku kan.. I always trust my mum judgement.. doa ibukan mustajab.. actually aku dari dulu kalau stuck dgn apa2 masalah mmg maklah org yg sering aku rujuk sebenarnya.. nasihat ibu nie telus.. dia hanya mahukan yang terbaik utk anak2nya kan..

Well setelah diorg berdua tuh tegur aku.. aku pulak yang ada mix feeling.. hahahah.. aku fahamlah kenapa adik aku dalam dilema.. both are good decent gals.. so farlah..but xtaulah in person sebab aku tak pernah jumpa.. n dua2 pun tak jauh sangat.. cuma sorg tuh kira sama daerah ngan aku..

Last 2 week aku call mak.. dan ada tanya pasal soal 2 budak perempuan nie ngan mak.. and like I mention.. adik aku memang bawak balik jmpa mak.. well bagus sebab ikut nasihat aku.. cuma mak aku adalah komen sikit pasal budak prempuan tuh.. so at least I know lah yang mana adik aku suka.. dan mak aku prefer... Ada sikit isu politik gak dalam soal nie.. aku dah senyum... politik pun leh jadi isu.. Ini kami 1 keluarga dah sedia maklum.. mak dan ayah aku penyokong kerajaan.. tapi kan undi itu rahsia.. ;)

Sejak semalam aku tengok adik aku mula tag gambar salah seorang kawan perempuan tuh.. ohh I get the vibrate that he sort of choosing her.. dan tup2 pagi nie aku dapat email.. kawan seorang lagi email minta maaf dan beritahu dia dan adik aku dah takde apa-apa.. kesian pulak dengar... so far aku tak komen apa-apa.. ini soal hati.. adik aku yang nak kawin.. dan hanya dia yang  tahu mana yang dia selesa dan suka.. Aku tak nak masuk campur.. lagipun susahlah nak judge bila duk jejauh nie.. cuma aku boleh komen kalau boleh tak yah cari yang jauh2 lah.. biar dekat2 jek.. sebab adik aku tuh org harapan (boleh gitu hahaha) memang aku doa adik lelaki aku nie dapat isteri orang dekat2 jek.. senang.. lagi pun dia adik kesayangan aku.. sebab perangai dia dan aku are so a like.. mean.. sama jek.. sebab itu aku ambil berat pasal adik lelaki aku nie.. adik2 lain aku kurang sikit.. walaupun adik bongsu aku.. tak tahulah.. kalau adik lain tuh aku kurang sikit nak beri perhatian.. tapi adik yang sorang nie.. memang aku paling sayang sebenarnya.. dengar dia buat mak aku marah dan susah hati.. aku terus email dia sound.. lagipun sebab dia nie paling dengar kata.. dan tak banyak soal.. lagipun masa dia kecik2 dulu.. akulah yang menjaga dia sampai dia masuk sekolah.. dulu nak kemana-mana pun akulah bawak dia naik motor keliling kampung.. kira peneman akulah.. sampai dia nak kawin nanti.. aku dah plan nak sponsor part of kenduri.. nie kalau adik2 lain tau nie sure jeles.. but well.. what can they say.. it my choice and my money..

Selalunya kalau kes2 soal cinta nie.. kalau melibatkan kawan-kawan aku biasanya punya kata-kata nak nasihatkan.. tapi kali nie.. aku benar2 kehilangan kata-kata.. Kesian pun ada.. nak cakap lelebih nanti seolah-olah macam aku beri harapan pulak.. lagipun aku memang tak  tahu sangat kisah cinta diorg berdua nie.. mungkin dah lama kenal.. mungkin baru lagi.. lagipun susah cakap hantar thru email dan fb jek.. lagipun adik aku dah besar.. dah nak dekat 30 thn pun.. bukan ye budak2 lagik.. he shud know what the best for him kan.. Lagipun aku tak nak decide apa2 untuk dia..

Apa juga.. aku doakan andai pilihan adik aku itu yang terbaik.. Aku doakan semoga itulah jodohnya hingga ke syurga.. seperti mana kisah aku.. kadang2 kalau Allah dah tentukan memang itu jodoh dia.. walaupun awalnya telah ditolak.. mungkin yang ditolak itu jodohnya.. My love story prove that already.. Aku doakan yang terbaik untuk adik aku.. tapi kalau ikut firasat aku.. yang dia tolak ini lebih aku suka sebab dia nampak lebih matang.. but I don't wanna say too much.. Love is something hard to decide..

P/s aku dah layan 21 episod cerita Nora Elena..
Gigihlah layan sebab si kueh bakar kata ada kesamaan dgn kisah cinta aku..
Yeah.. I wud say 50-60% tuh ada sama.. cuma bab kena 'rape' tuh takde dalam cerita tuh...

Nanti kalau aku dah habis tgk episod tuh aku rasa nak ulas sikit cerita tuh..
Ada yang rasa cam xlogik.. ada yang rasa cam tah apa-apa..
Tapi biasalah drama kan..  yg tak logik pun leh jadik logik gak..
Apa pun aku lebih suka 'Eid' dari 'Seth'..
Eid remind me of someone that I know (bukan B tau)..
Kesabaran 'Seth' tak sama dgn kesabaran pakwe aku hahahaha.. totally different..
Ok lain kali review ;)

Wednesday 10 August 2011

Kerja 4 bulan utk 4 tahun..

Salam Rabu..

Banyak nak story hari nie...

Study

Lepas jumpa SV.. menung kejap lepas keluar bilik dia.. emmm.. kerja-kerja yang aku kena pulun dlm masa 20hari nie.. (hari nie kan 10hari) sebab dah target nak siapkan analisa hjg bln nie.. Maka haruslah aku korbankan pula masa aku untuk siapkan benda2 tuh..

Hari ini meeting dengan SV buat aku menung panjang.. benda yang aku kena buat pun benda baru.. guna 2 software baru.. nak study pulak method baru.. dan combine pulak dengan 2 konsep yang fundamental.. hasil analisa pulak kena decide nak buat apa.. sebelum tuh.. nak run data pun nak kena decide domain apa nak guna.. emmmmm... semua kena fikir..

Aku sebenarnya dah nak sangat terus run jek application.. sebab nak tengok data dan terus buat analisa data tuh.. malas lagik nak baca.. faham.. tulis.. walaupun itu sepatutnya.. tapi sebab nak kena fahamkan benda2 tuh dulu.. buat aku kena kerja kuat.. Bila aku cerita aku ye skop kajian yang makin lari dari tajuk asal 4thn lepas.. semua kawan sebilik aku menggeleng kepala.. diorang semua terkejut sebab aku masih boleh bertahan lagik.. semua penulisan aku tentang tajuk asal 70-80% aku kena tukar.. mean aku kena redo semua chapter methodology... yang sedia ada boleh pakai 20-30% jek..

Ye kini kerja 4 bulan aku dah jadi untuk kerja 4 tahun.. pulun nak kena siapkan juga.. sebab aku dah tak larat nak tunggu.. aku harap Allah beri aku kekuatan untuk menulis dan run analisa pada 2 masa yang serentak.. mean aku kena bijak atur masa kerja aku.. InsyAllah.. ini juga bermakna aku kena korbankan juga masa tido aku sama.. bulan puasa nie amat molek sangat nak fullblast buat kerja di awal pagi sebab lepas bangun sahur peluang aku untuk terus stayup dan buat kerja-kerja aku..

Harapnya kali nie aku boleh terus fokus.. dan selesaikan analisa data aku secepat mungkin... tulis chapter aku.. tulis paper untuk conference bln 9 nie.. dan prepare untuk submit thesis bln 10 nie.. sempat ke???? Aku doa sangat2 sempat.. Tidak ada yang mustahil seandainya Allah kata.. Jadi!! Aku pegang dengan kata-kata itu..

Kepala dah mula fikir istilah-istilah nie: Keyword/Keyness, Collocation, ACF -collocate & n-grams

********************************************************************************

 Kerja Tukang Cuci


Hari nie hari ke 3 cover kerja orang.. syukur kali nie buat kerja cover tuh berdua dengan kawan kat HR.. so dalam masa 30min dah siap semua.. dia vakum dan lap2.. aku lak settlekan tandas... lagipun cover visitor centre dan shop.. so tak banyak nak kena bersihkan.. lap2 lebih kurang jek.. toilet pun 1 jek.. toilet disabled.. so takdelah susah mana nak cover.. lelain kerja ok jek.. cuma aku kena pandai plan masa kerja aku bila mula kena cover nie..

Time management tuh penting kan.. emmm kalau waktu kerja nie aku memang akan set time untuk setiap kerja yang aku buat.. contoh.. kalau buat tandas.. aku dah estimate bape min kena buat.. supaya aku tak lari masa.. itu cara aku manage kerja aku..

Cuti raya dah apply.. 4 hari.. aku rasa kemungkinan besar raya 31hb ogos nie.. korang rasa raya bila?? entah rasa cam 31hb.. tapi tengoklah camna kan.. merasalah merdeka raya nanti.. cuti dah ambik dah pun.. bukan sebab nak pulun raya ke apa pun.. masa tuh leh rehat2 sikit dan insyAllah ambil peluang nak buat puasa sunat..

Department aku kerja cam baisa.. takdelah kotor sangat pun sebab training staff tak banyak sangat minggu nie.. cuma semalam dan hari nie mula tengok bilik tuh digunakan.. lagipun so far terkawal lah takde yang teruk kena buat..

********************************************************************************

Kena Ngorat

Semalam lepas turun dari bas.. aku teringin sangat nak beli buah tembikai dan tembikai susu.. Mulanya ingat nak pergi ke 1 jalan nie yang banyak deret2 kedai pakistan dan yang confirm mmg jual buah.. tapi entah camna bila aku turun jek bas semalam tuh.. seberang jalan tuh aku nampak 1 kedai jual buah nie bersusun tembikai merah tepi jalan.. Apa lagik.. terus aku decide nak singgah kedai tuh beli buah jek dan terus balik umah.. dekat sikit dgn rumah dari aku nak singgah 1 jalan nie..

Dalam pada aku melayan dengar lagu kat iphone aku.. aku pun p lah ambik buah tembikai yang aku nak.. masa tuh tauke (aku rasalah dia) ada kat sini.. sebenarnya mamat nie dah lama kot pernah tengok dan senyum kat aku.. terutama bila aku singgah kedai sebelah tuh nak renew pass bas.. tapi sebab buat pertama kalinya aku singgah kedai dia nak beli buah.. aihhh rajin dia tegur aku..

Mulanya aku tak dengar sangat sebab pakai iphone kat telinga hehehehe.. terpaksa cabut dulu nak bg dengar apa mamat nie tanya.. dia sibuk tanya aku dari mana.. bila sebut malaysia.. dia senyum.. beria-ia dia nak suruh aku rekomen mana-mana pompuan single kat dia.. aku rasa dia budget nak ngorat aku.. tapi sebab dia perasan kot aku pakai cincin kat dua2 belah tangan aku buat dia tahu yang aku dah kawin.. tapi dia punya bersungguh nak suh aku p cari pompuan utk dia kawin tuh buat aku tergelak sungguh..

Apa dia ingat nak kawin nie leh request tepi jalan jek ke?? Aku pun tak kenal dia.. walaupun nampak gaya cam byk duit sebab ada kedai hahaha.. tapi mana ko nak tahu dia tuh camna.. dahlah nampak berumur.. aku suspek dalam late 40s.. asal dari afghanistan lak tuh.. hahahaha... nan ado lah aku nak rekomen.. dengan selamba jek aku cakap.. kwn2 aku semua dah kawin.. takde yang single..

Bila aku beritahu kawan aku masa aku ke rumah dia buka puasa semalam.. kawan aku sound.. ehhhh entah2 dia nak ngorat ko tak?? ahaks.. sebenarnya pernah dah beberapa insiden gak kena camtu.. pernah ada mamat pakistan nie siap tenung2 aku.. sampai tak berkelip... itu belum gik kes tegur2.. senyum2.. panggil2.. masa tuh rasa nak lempang diorg pun ada.. kot taulah pakwe.. awek dia kena ngorat cenggitu mau kena sound..

Apa pun peristiwa semalam tuh lawak.. tapi aku frust.. beria2 suh aku carikan awek nak dia kwin.. sikit pun tak nak bagi diskaun atau free buah kat aku.. camtu cancel lah nak rekomen.. sebab kedekut hahahaha... yelah nak suh org tolong.. kot ye pun belanje ke.. ambik hati aku ke.. adalah motivasi nak rekomen hehehehe...

Nampak gayanya.. lepas nie kedai buah tuh takkan aku kunjungi lagik lah.. semalam tuh last ler gamaknya.. baik aku p singgah kedai kat 1 jalan nie.. dah nak 5 tahun p.. takde sapa pun nak ngorat.. cuma takat tegur2 senyum tuh biasa jek...

Ok nak p solat zohor.. dan nak sambung membaca 8 jurnal yang baru print.. jurnal nie semua SV aku yang tulis... huhuhu.. kena study kerja SV aku sendiri... moga berdesup lagiklah masuk dalam kepala aku nie..

My work and analysis diagram..


Tuesday 9 August 2011

Shutting down (English Mode)

Good Morning and Happy Tuesday everyone..

Another day.. Another challenge.. Another busy.. Hectic day..

I feel like shutting down.. Keep on working but gonna keep my mouth shut but keep my fingers busy typing all the way.. I don't feel like talking to anyone.. I don't feel like socializing.. I don't feel like making friends or even making friendly gestures.. Just wanna shut up and shut down..

It's good that my fingers doesn't have to speak using verbal local voice.. and it good that it can only speak thru words and sentences that I type..

What happen?? Just feel like don't wanna talk.. just feel like really shutting down from anybody.. just feel like don't wanna talk to anyone for the whole week.. I'm so stressfull.. and it effect my mood and emotion..

Hope it will not last long.. if not people just have to understand me and adapt my new behavior...

Sabarlah bulan puasa nie... takyah banyak2 cakap.. tak puas hati senyap.. marah senyap.. gembira pun senyap.. tak suka pun senyap.. malas dah nak marah2.. letihlah..

Dugaan kan.. Pelik kadangkala lihat aturan kehidupan.. but itulah hidup... ada kala kita senyum gelak2.. ada masa kita rasa nak diam dan senyap sahaja...

Ya Allah.. Let me be calm and I'm gonna put my faith on your forever.. InsyAllah


Monday 8 August 2011

Ramadhan ke 7 yang sejuk berhujan

Salam Ahad,

Alhamdullilah.. dah 7 hari kita berpuasa kan.. Sejak sabtu lagi.. hari hujan sahaja.. sejuk amat terasa hingga aku terpaksa pakai stokin tebal.. baju panas dan berselimut kain fleece.. udahlah duduk tepi tingkap yang dibuka.. memang angin sejuk dari luar amatlah terasa.. Masuk jek bulan 8 nie.. maknanya tak lama lagi kan berakhir musim panas dan bermula musim gugur.. suhu akan mula turun.. sejuk akan mula terasa dan diam tak diam masuk jek bulan 10 11 nanti datang pula musim sejuk.. salji mungkin akan turun bila-bila masa pada bulan 11..

Syukur hari ini masih dapat berpuasa.. sempat bersolat terawih di masjid berdekatan rumah.. 8 rakaat tapi imam membaca 2 juzuk al-quran setiap hari.. lenguh jugalah kaki berdiri.. tapi pada masa yang sama dapatlah merasa berpeluh-peluh setelah sekian lama tak berpeluh nie.. Walaupun penat dan lenguh Alhamdullilah.. masih mampu juga teruskan ibadah solat itu..

Semalam operasi bersihkan cadar, duvet dan sarung bantal di bilik satu lagi.. Bilik itu lebih pada bilik tetamu.. entah berapa keluarga atau adik-adik bujang yang pernah bermalam di situ..kalau aku nak hitung emm.. panjang senarainya.. cuma untuk bulan 6-7 nie.. memang sudah 3 keluarga dan seorang adik bujang yang bermalam di situ.. tiap kali mereka nak bermalam operasi tukar cadar, duvet cover dan sarung bantal akan bermula. Bila sahaja mereka pulang ke tanahair.. bilik itu sepi semula.. tapi dah biasa dah.. bertahun2 begitu.. Bukan buat services pun.. tapi sekadar menolong rakan-rakan baik.. ada juga orang luar yang tak dikenali yang pernah nak tumpang tinggal.. aku agak berat hati sebenarnya sebab rasa tak selesa.. antara sebab utama mereka tak kenal aku dan aku rasa janggal.. kalau kawan-kawan rapat tuh dah faham sangat dah perangai masing2..

Pagi tadi lepas sahur aku berjaga hingga ke pkl 8 pagi..baru masuk tidur hampir ke tengahari dah.. his his.. yelah semalam tidur hanya 2 jam sahaja.., lepas tuh berjaga pulak..memang kalau tido balik begitulah jadinya..hari nie pula belum decide nak masak apa.. malam nie kawan ajak berbuka di surau universiti.. ada orang yang sedekahkan kambing untuk majlis berbuka puasa.. InsyAllah nak ke sana sebab hampir setiap  tahun memang akan ambil peluang berbuka di sana.. 5 tahun di rantau orang.. nikmat berbuka puasa begini memang terasa.. sebab sentiasa di kelilingi sahabat-sahabat baik.. Berbuka di tanahair pun seronok terutama bila balik kampung.. tapi bila mula sibuk bekerja.. dengan kelas petang yg selesai lewat atau kelas malam selepas berbuka.. aku tidak punya banyak masa nak berbuka dengan sahabat handai.. cuma harapnya tahun depan.. kemeriahan berbuka kali ini lebih seronok kerana rangkaian kawan-kawan sudah semakin panjang.. kawan-kawan yang ada pun menanti kepulangan..

InsyAllah.. semoga masih punya umur dan kesihatan yang baik untuk kita jalani ibadah berpuasa itu..

I always like beach and sea birds..
Rasa tenang jek tengok ;)

Friday 5 August 2011

Puasa hari ke 5..

Salam Jumaat,

Alhamdullilah hari nie dah hari ke 5 kita berpuasa.. Syukur aku masih dapat bangun sahur lagi.. belum terbabas lagi.. Nyaris juga pagi tadi.. tapi tah mimpi apa.. pakwe aku yang tukang kejut.. Dia buka lampu.. aku terus terjaga.. Ayat best dia masa kejut "Tak nak sahur ke?" boleh lak tanya camtu.. kot ye pun.. cakaplah.. "Bangun sahurlah sayang" (Ayat berangan tapi nan ado lah dia nak sebut cenggitu) Kalau idak pastinya sepantas kilat aku bangun terus terjun ke dapur..

Syukur sempatlah lagi bersahur sebab subuh masuk pukul 2.57pagi. Udahlah semalam aku terbabas tidur dan bangun pkl 9.50malam.. Maghrib 9.27malam.. aku dah terbabas 23min.. sedih sebab masa aku terjaga tuh pakwe pun takde kat umah dia awal2 dah p berbuka kat masjid dan tinggalkan aku..

Biasalah nak tunggu waktu berbuka yang lewat tuh aku duk baring2 kejap.. pastu terus terlelap.. Syukur dah masak siap2 petang masa balik dari uni.. Memang aku kena tidur petang pun sekarang nie.. sebab aku nak berjaga kekononnya lepas buka dan terawih tuh.. so pagi tadi lepas subuh dan sahur.. aku terus stayup study 5 paper jurnal yang aku print semalam... Wah best betul study waktu pagi nie.. semuanya masuk dalam kepala berdesup2.. selalu kalau membaca tuh mesti pakat ngantuk jek.. alah2 baca 2 3 kali round pun cam tak faham2 gak.. cam aku kena jap tadi nie.. sampai ngantukksssss rasanya paper tuh yang baca aku.. sempat jugalah aku update review aka chapter 5 aku tuh.. so malam nie insyAllah nak buat lagik..

Memanglah aku ye timing badan yang dah diajar sejak dulu xleh ubah dah.. aku memang jenis buat kerja malam atau awal pagi... kalau dah esok pagi tuh bawak ke petang aku tak produktif hahaha.. amat produktif bila masuk pkl 12 malam keatas gitu.. ohhh I'm back to my old self again.. tapi masalahnya semua tuh bakal ganggu masa tido aku.. dan nasib aku kerja pagi.. leh bgn pagi.. idak tuh lepas stayup tuh confirm aku terbabas tido sampai tengahari..

Hari nie mood study aku ada ala-ala cam mood masa aku belajar master dulu.. Best.. amat best.. coz that remind me of how hard I had studied when I was back then.. The same feeling of studying when I was in form 5 come back as well.. uihhh nie semua pakat mood study masa waktu exam penting datang nie.. How I'm glad to have that feeling again..

Ya Allah.. it's a great feeling to feel how pleasant and calm to do something that you love so much.. Doing the textual analysis really got me back on track.. maybe because it related to all the knowledges that I had study so much since degrees.. I remember the mix feelings of doing 2 major programmings... JAVA Servlet and PhP... ohh my.. the headache!!!!! I can't describe it.. I quite hate programming! maybe that what really stress me out so much.. and for almost 5 years I had not!!! had not!! done anything related to multimedia.. I missed drawing.. I miss doing animation.. I miss doing graphics and I miss doing video editing and put all those media into 1 production... and yeah.. I'm going to do all that again next year.. Gosh.. kena study balik ler nie.. 5 tahun dah gantung skill multimedia..

However.. The feeling I had today was sort of a reminder how I enjoy doing Master degree in Interactive Multimedia in the past 10years.. How I enjoy it so much and how my master thesis was produced in only 2 months.. and now I'm gonna do the same for my PhD thesis..

InsyAllah.. May Allah help me through.. and give me guidance all the way.. Ameenn

It's still summer...
One of those days where the weather was so warm and sunny...
I always enjoy the summer..
But I love the winter snow ;)

Thursday 4 August 2011

Yang pulang.. Yang tinggal..

Semalam aku menyaksikan sahabat baik aku pulang ke tanahair.. Selepas hampir 4 tahun perkenalan kami..

Pernah menangis bersama.. ketawa bersama.. sedih.. suka duka semua dilalui.. akhirnya dia pulang untuk menunaikan tanggungjawabnya...

Semalam juga menyaksikan 2 orang sahabat baik lagi menitiskan airmata di lapangan terbang.. tapi aku masih maintain tanpa setitik pun airmata..

Aku kuat??
Aku tak sedih??
Aku takde perasaan??
Aku tak layan feeling2 nie??

Bukan begitu.. tapi memang aku jenis susah nak menangis depan orang.. Sudah terbiasa aku sembunyikan airmata aku.. aku tak biasa menangis di depan orang.. kalau aku mahu menangis aku lebih suka sendirian.. tanpa perlu orang lihat airmata aku..

Cuma bezanya.. riak muka aku amat mudah diintrepitasikan oleh sesiapa yang memandang wajah aku.. terlalu telus.. suka ke sedih ke amat jelas terlihat.. bab yang ini aku susah nak control..

Hari ini sahabat itu dah sampai ke tanahair..

Yang pulang dah sampai ke tanahair dan bergembira dengan keluarga tersayang..

Yang tinggal di sini masih teruskan perjuangan.. InsyAllah akan selesai secepat mungkin tahun ini..

Perasaan sedih.. sayu.. rindu.. itu biasa.. tapi apa juga perjuangan dan tanggungjawab masih ada..

Hati dah lama redha.. Hati dah lama menerima dengan seadanya...

Teringat bait kata-kata seorang sahabat baik lewat email beliau beberapa hari yang lepas...

"jangan pandang hanya di atas...pandang di bawah. Nampak, ramai lagi yang menderita."

"semakin kita mengejar sesuatu, semakin dia jauh dengan kita. ia tak perlu dikejar... kita kena redha"

"Bak kata Dr Tuah, kalau kita ada masa untuk menilai buruk sesuatu di saat kita sedang berusaha mencapai sesuatu, bermaksud. kita ni masih lalai. Kita x bersungguh2...sebab masih ada masa nak memikirkan perkara2 yang x perlu dipikir.."

"Yang pasti, Allah dah janji, setiap ujian adalah bersesuaian dengan hambaNya. Mmg ko insan yang terpilih untuk ujian ini.."

Terima kasih buat sahabat baik itu yang tidak pernah putus asa dan sentiasa berikan sokongan pada aku.. tak kira apa juga masalah dan kesusahan yang pernah aku lalui.. dan kata-kata inilah antara penguat semangat aku dikala ini..

Ye.. Aku target dan berdoa aku selesai hujung tahun ini..
Selesai semuanya..
InsyAllah..

August : Final analysis..
September : Conference if I have time & fullblast writing up all chapters
October : Final submission..
November: Viva-the final verdict..
December: Home sweet home..


May Allah granted my wishes..
Please Ya Allah.. Only you can help me..
Please Ya Allah.. Fulfill my wishes..
Aminnn..

Going to see G in 7 minutes..
Hope to hear good news and better feedback
;)

Menang No 1 Kisah Cinta.. Malu I ;)

Salam Khamis

Alhamdullilah kini dah masuk hari ke 4 berpuasa.. Syukur cuaca juga tidak begitu panas.. dan tidak begitu sejuk.. sederhana sahaja.. Hujan turun sejak hari isnin lagi.. walaupun puasa panjang tahun ini.. Alhamdullilah.. boleh dilalui dengan mudah.. sekali sekala rasa letih itu biasalah..

Hari ini aku dikejutkan dengan pemberitahuan tentang kontes yang aku join.. Actually kena bagi kredit kat Wos juga nie sebab dialah yang telah mengarahkan aku join kontes itu.. walaupun asalnya macam malas nak menulis.. tapi bila tuan punya blog tuh datang singgah tolong request gak.. kesian pulak.. tak sampai hati betul nak hampakan permintaan org nie.. (permintaan yang rasanya mampu nak buatlah.. kot tak mampu tuh kalau dipaksa camna pun memang tak buat de)

Biasalah bila duduk di perantauan nie jiwa amat ler sensitif sikit.. pantang kalau ada yang request2 nie.. kalau leh buat tuh.. sanggup jugalah buat.. dah terbiasa dengan gaya budi bahasa kat sini.. so dengan separa rajin malas dan sibuk.. aku gigihkan juga menulis kisah cinta itu..

Tak sangka.. mula ingat leh habis 2 entri.. pastu terus jadik 4 entri.. gila kuasa sungguh hahaha... tambah ada sesi dialog tuh yang takleh tahan.. yelah kalau aku nak elaborate pepanjang apa dialog tuh cakap payah nar lak aku nak menaipnya kan.. so dengan selambanya.. aku pun tulis ikut gaya kebiasaan aku.. bahasa hentam keromo.. kalau p check tatabahsa tuh confirm ada yang kena garis dengan pen merah oleh cikgu bahasa melayu hahaha..

Tak kisahlah kan.. janji ada pengenalan dan penutup.. ado gak masa menaip tuh nak berhenti separuh jalan malas nak sambung dah.. tapi sebab ada sesi ugutan dari wos yang berterusan tak jadik lak.. so akhirnya selesailah cerita itu..

Terima kasih pada kueh bakar sebab pilih cerita akak tuh jadi no 1... Yelah tengok kisah cinta yang lelain pun tak kurang hebatnya.. cuma akak ye cite jek yg gile kuasa sampai 4 entri panjang2.. hahaha..

Ada hasrat nak tulis novel?? lupakan jelah.. nie thesis 7 chapter pun tak habis2 lagik.. 2 hari lepas tulis review jurnal 3 muka surat pun dah rasa nak pengsan.. demam.. sakit badan.. tak cukup tidur.. Camna lak tuh.. tulis cerita merepek meraban 2 jam dah siap.... nulis 1 chapter thesis.. 4 hari pun tak siap2 gik... huhuhu... takpelah penulisan akademik bukan cam penulisan novel yang datang  dari hati.. jari jemari leh taip sepintas lalu.... ;)

Apa juga terima kasih sekali lagik..  Terima kasih pada yang sudi membaca.. Andai ada macam-macam perasaan tuh.. anggaplah macam makan gula-gula masam manis masin.. pelbagai rasa dalam 1 perisa..

Pada yang bercinta..
Semoga cinta anda terus bersemi hingga ke syurga
Pada yang sedang mencari cinta..
Semoga anda temui cinta yang dicari-cari..
Pada yang putus cinta..
Kasih sayang tidak terhenti di situ..
Hidup mesti diteruskan..


Terima kasih sekali lagi untuk semua yang sudi singgah ke blog ini..
Terima kasih pada Wos sebab paksa akak tulis kisah cinta itu..
Terima kasih pada Mashi sebab ko rajin singgah dan komen kat blog akak..
Terima kasih pada penganjur kontes 'kueh bakar' kerna memilih cerita itu sebagai pemenang ye..

Ulasan penganjur kontes

"ending citer ni macam nora elena(perasaan tu.rasa nak lagi!ehehe aku pun tak tgk nora elena.dgr org cakaplah). menjejaki seorang yang kita suka selama 10 tahun bukan suatu yang senang.dan secara peribadi aku rasa kita perlu merasai 'manis dan pahit' dalam perhubungan dengan orang lain, sebelum dengan orang yang kita kawin, sebab pengalaman itu pedoman.."
p/s: Kueh bakar.. Akak pun tak tengok cite nora elena tuh..
Harus juga kena p tengok nie
Pernah dikata orang
'cinta tak semestinya bersatu'
Pengalaman itu mematangkan kita
;)

How true is this?
Well I'll let you decide ;)

Monday 1 August 2011

Puasa di bulan ramadhan

Salam Isnin,

Alhamdullilah.. hari ini hari pertama berpuasa.. dapat juga aku berpuasa pada 1st ramadhan selepas 2 tahun yang mesti miss jek.. ahaks.. Tapi tahun nie aku pun tak pasti sempat tak bersolat raya pulak.. Harapnya dapatlah..

1st day puasa nie pun aku rasa dah pening2.. teruk betul badan kali nie.. bukan sebab puasa.. tapi sebab badan aku sememangnya tak cukup rehat.. sebenarnya sejak jumaat lagik badan aku dah seram sejuk.. balik jumaat lepas aku terus tidur sebab dah mengigil nak demam.. sabtu dan ahad pulak langsung tak berehat kat rumah.. ada jek agenda nak buat.. sabtu teman kawan shopping.. mlmnya ada jemputan dinner.. semalam pulak.. p carboot.. pastu ada jemputan mkn tengahari.. petang pulak melawat kawan yg terpaksa pindah rumah sebab ada mendapan kat belakang rumah.. 1 blok kena keluar rumah dan terpaksa tumpang rumah kwn... kesian pulak.. dahlah dalam pantang.. rumah pulak tak boleh masuk.. puasa lagi..

Hari ini cuba sedaya upaya nak siapkan laporan.. tapi entahhh blankkk... tak tahulah kenapa nie.. pesal cam susah sangat nak produce report nie.. aku cam teraba2 nak mula menulis nie.. Ya Allah bagilah aku ilham sat lagi nie..

Ok aku tak larat nak menulis nie.. kepala dah mula pening2... tak larat..

Selamat berpuasa semua.. dan semoga ramadhan kali nie kita dapat buat amal ibadah yang berlipat ganda
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...