Wednesday 30 April 2014

Final Itinerary ke Jepun

Salam

Ye.. aku masih belum terbang ke Jepun.. InsyAllah esok malam pukul 1.00pg berangkatlah kami ke bumi Nippon..

Hari ini dah takde mood kerja hehehe... Sepatutnya ikut rombongan ke UTP, Perak.. tapi awal-awal pagi dah maklumkan dengan boss tak leh pergi nak duk ofis.. Badan tak berapa sihat.. mula asyik bersin.. dan melambak jugalah appointment student nak jumpa.. biasalah dah dekat2 nak habis semester nie.. dan selepas beberapa sesi amaran berbaur ugutan.. itupun baru 3 orang jek yang datang.. ada baki 4 orang yang masih belum nampak bayang...

Hari ini rasanya aku, Nuch dan Kanako dah super duper excited giler.. Nuch awal lagi dah upload gambar beg yang penuh dengan makanan segera dalam FB hahaha.. aku ada gak rasa nak follow upload gmbr sebab beg memang dah pack.. tapi macam malas nak khabar dalam 1 FB tuh aku nak p travel.. krg ramai yang nak mengirim (ahaks)

Buat masa nie cuma alat-alat charge camera, hp dan kosmetik jek yang belum fully pack masuk beg.. malam nie akan buat final packing.. Kanako pulak dah mula remind kami pasal arrival dan nak tunggu kat mana.. Hari ini dia bagi final plan kami sepanjang 8 hari di Jepun.. agak detail jugalah.. siap ada waktu dan tempat apa nak pergi.. Yelah kan.. disebabkan dia dah buat plan untuk kami... so ikut sahajalah kan.. kalau kena turn aku.. uihh jenuh juga.. kawan2 kami ada di sekitar kedah, penang dan johor.. 3 tempat nie dah aku fikirkan untuk bawa diorang dan termasuk trip masuk singapore sekali.. (tak pe.. next year ye plan kena fikir)

Detail esok:

9.00/10.00 am : Gerak dari rumah ke kampung.. paling lewat kena keluar pkl 10pg.. sampai kampung dalam 2 jam gak..

12.00pm : Sampai kampung.. Jika agak-agak sampai awal singgah tesco/giant untuk final shopping jajan

12.30/1.00pm : Gerak ke LCCT..

2.00pm : Nuch sampai dari Thailand.. so probably clear imigresen maybe 2.30pm lewat2 dia dah tunggu aku kat starbuck

3.00pm : Ke KL.. tukar duit.. lokasi masih belum identify.. ada cadangan nak ke KLCC, sogo atau Ampang Park dan lunch kat KL

6.00pm : Kena gerak balik kampung.. untuk repack beg dan siap2.. (harap jalan tak jem.. dan moga rakyat KL semua p balik kg.. yelah dan rakyat bukan KL pulak p masuk KL huhuhu)

9.00pm : Gerak dari kampung untuk dinner kat luar

10.00pm : Sampai LCCT untuk bag drop dan melepak

(2 May)1.00am: Depart from LCCT ke Kansai International Airport.. and say bye-bye to LCCT for the last time.. sebab balik nanti akan landing kat KLIA2

p/s The final Itinerary..
Sorry.. Giler excited nak p Jepun.. giler excited juga nak update kat Blog..
So guys.. Starting tomorrow.. I'll be off..
Jika ada masa kat jepun dan line tenet ok..
I'll update.. if not.. then wait till a week later next week InsyAllah I'll update
Till then.. I see you when I see you yeah
:)

Tuesday 29 April 2014

Japan.. Here I come..

Salam

Menghitung hari je nie sekarang sebelum terbang ke Osaka... Baki 2 hari++ sahaja.. So far persediaan barang2 semua dah ada.. baju pun dah gosok siap2.. cuma beberapa benda kecik lagi yang masih belum pack.. Benda yang major so far so good.. cuma sikit2 last2 minit..

Semalam unpack kotak Nuch.. dia ada tinggalkan 2 kotak dan 1 beg dia masa aku nak balik aritu.. so dia tumpang kotak door to door aku.. so nie dah 2 tahun dia baru nak ambik balik brg dia.. so far semua sekali 31kg barang dia je.. tapi aku dah advice dia takyahlah angkut semua 31kg tuh.. balance yg tak nak bawak tuh krg.. if Kanako datang mesia tahun depan ke (confirm dia kena dtg mesia) bolehlah angkut baki tuh balik..

Tak sabar nak ke Jepun.. yeahh.. tapi pada masa yang sama.. kerja melambak2.. kelas kena ganti sebab off seminggu.. cuma masalahnya.. bulan 5 nie aku banyak sangat out station.. balik dari Jepun kena p bengkel ke Melaka 3 hari (aihh cancel kelas lagi).. lepas tuh hujung bulan 5 ada conference pulak 3 hari (cancel kelas lagi).. pening kepala nak settlekan benda2 nie.. Masa plan 8 bulan yang lepas tak nampak lagi schedule camna.. rasa macam ok.. rupanya bulan 5 macam2 hal.. Apa juga.. aku doakan semuanya settle dengan mudah dan dipermudahkan... walaupun macam havoc.. hopefully.. semuanya berjalan lancar..

Doakan perjalanan kami semuanya selamat pergi dan balik ye... Lama sangat tak travel jauh.. this time will be around 8 hours on flight.. Syukur flight tengah malam.. so baki masa tuh boleh tidur dan tiba di sana awal pagi pkl 8.35pg (waktu malaysia 7.35pg).. Since flight nie takde entertainment device.. so melangut jelah maybe sembang dengan kawan baik aku.. atau tidur jelah ahaks..

Harapnya masih ada saki baki bunga sakura di sana buat rakaman kamera aku.. Trip ini unik kerana kami bertiga dari 3 negara berlainan.. dan bahasa utama kami adalah bahasa Inggeris.. Just like old day... Aku dan Nuch pernah travel bersama selama 3 hari di London dan juga beberapa trip yang kami balik hari berdekatan bersama Kanako..

p/s Gonna enjoy myself.. Be happy.. and safe journey.. InsyAllah..

Wednesday 23 April 2014

Kembali mengembara.. Jepun (Persediaan awal)

Salam..

Tinggal seminggu lebih sikit sebelum perjalanan ke Osaka dimulakan.. Sejak minggu lepas lagi dah mula sibuk buka balik beg lama.. kotak baju lama.. tujuannya adalah mencari balik semua khazanah lama.. stokin, seluar, jacket dan kasut..

Sejak kembali bermastautin di Malaysia.. selalu mengembara pun dekat2 jek.. dan cuaca pun tak berbeza sangat dengan malaysia.. so selalu bawa sahaja seluar dan selipar bila berjalan.. Kali ini bila ke negara 4 musim.. walaupun pada awal bulan mei diramalkan suhu sekitar 20 darjah.. tapi pengalaman aku sendiri di UK.. malam hari suhu boleh jatuh dengan tiba-tiba..

Sepanjang beberapa minggu kami kembali rancak menghantar mesej di facebook.. adakalanya mengingatkan rakan-rakan tentang waktu flight yang akan tiba di Osaka.. mengingati waktu rakan aku dari Thailand akan sampai ke Malaysia petang 1 Mei.. bertanya tentang urusan booking hotel untuk visa masuk ke sana andai di tanya imigresen..

Antara benda-benda yang perlu disediakan (mari kita buat checklist)

1- Visa ke Jepun : Done, telah dibuat awal bulan april hari tu.. lega sikit sebab dah selesai..

2- Passport belum tamat tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan : Ini penting.. kerana kebanyakan negara takkan benarkan pelawat masuk ke negara mereka jika tarikh tamat tempoh passport kurang dari 6 bulan.. ini kerana ada sesetengah negara memberikan visa on arrival up to 6 month

3- Beli ticket kapal terbang : Ini mestilah ada.. takde camna nak p jepun kan. Perancangan asal kami sebenarnya adalah untuk menaiki MAS.. tetapi oleh kerana aku dan Nuch masih dalam proses perbincangan tentang destinasi kami selama 8 hari di Jepun.. maka bila aku semak semula harga ticket.. dah naik dekat RM1000 bezanya.. ditambah pula Kanako mula mencadangkan kami untuk ke Osaka & Kyoto terlebih dahulu.. memandangkan ticket sehala keretapi shinkasen RM400++, kanako mencadangkan kami mengambil flight terus ke Kansai dan balik dari Haneda Tokyo.. maka kami boleh jimat lebih banyak dengan ticket shinkasen sehala sahaja.. Oleh sebab itu kami ambil keputusan untuk ke sana melalui air asia.. dan ini lebih mudah kerana sahabat aku Nuch pula akan terbang dari Surathani ke LCCT dan tiba pkl 2petang.. dan sedang elok sangat kerana flight kami ke Kansai bertolak pada pukul 1.00pg hari yang sama.. Jika kami memilih menaiki MAS.. Nuch terpaksalah tidur rumah mak aku di kampung dan kami naik flight ke Narita esok paginya.. so we save the time.. dan perjalanan balik pulak.. tiba di LCCT pkl 6.30pg dan Nuch akan terbang balik ke Surathani pada pukul 10.30pg hari yang sama..

4- Tukaran duit Yen : Buat masa ini telah membuat tukaran dalam 100,000yen bersamaan dengan RM3255 Untuk hotel dan shinsaken ticket dari kyoto-tokyo adalah 34000yen, tempahan hotel telah pun dibuat oleh sahabat aku awal tahun lagi.. Tukaran yen ini dibuat dengan mengumpul duit sikit demi sedikit.. dah beberapa bulan ini.. menukar duit sikit-sikit bila dapat gaji.. 1000yen=RM32.25.. so antara tukaran terendah yang aku dapat.. di tempat lain yang aku pernah survey 1000yen-RM32.90.. ada banyak beza.. terutama kalau kita nak tukar 10000yen.. ada beza dekat 7 ringgit.. Anggaran perbelanjaan untuk perjalanan sekitar osaka-kyoto-tokyo dalam lingkungan 15000-20000yen.. Ini belum termasuk untuk makan, entrance fees dan beli souvenier.. Kanako awal-awal dah maklumkan dia akan sponsor kami makan... sebagai balasannya dia kata.. bila dia dtg Malaysia nanti.. turn aku pulak belanja dia makan.. oh no hal punyalah heheheh...

5- Jacket : Sebenarnya dah 2 3 hari mencari jaket-jaket lama.. maklumlah banyak kotak bertingkat-tingkat kat rumah tuh.. dan finally semalam jumpa.. uihhh dah nak berkulat jacket tuh dalam kotak.. so immideatedly masuk dalam washing machine.. petang nie balik kerja basuhlah.. mungkin akan bawa dalam 2 3 jaket; 1 untuk kalis angin dan hujan, 1 jacket wool untuk ketahanan sejuk dan 1 untuk cuaca yang tidak terlalu panas dan sejuk.. jacket ini selalu aku pakai pada musim panas...

6- Stokin : Sejak berada di malaysia jarang sangat pakai stokin sebab kasut bertutup dan sering berselipar.. since kita akan travelling jauh so rasanya kurang sesuai nak pakai selipar.. but aku mungkin bawak juga selipar yang selesa.. maka stokin aku yang amat banyak suatu ketika dulu dicari dan digunakan semula..

7- Kasut : Buat masa ini belum decide lagi kasut apa nak bawak.. huhuhu yang penting jenis flat dan tak bertumit sangat.. ada beberapa kasut yang biasa digunakan untuk travelling.. tapi tak pasti jika ianya masih sesuai dipakai atau tidak.. so dalam minggu ini terpaksa test semula semua kasut yang ada dalam simpanan.. terfikir nak beli kasut baru tapi takut nanti masih belum selesa bila nak dibawa berjalan.. nak pulak kali nie travel 8 hari dan banyak berjalan.. teringat kasut yang aku pakai masa ke singapore hari tuh.. nak melecet rasanya kaki pakai kasut tuh.. maybe sebab dah lama sangat tak pakai kasut tuh jalan jauh... If takde pilihan mungkin terpaksa beli kasut baru.. huhuhu

8- Seluar : Sejak balik bekerja.. aku jarang sangat berseluar.. kebiasaan berjubah, baju kurung atau pakai skrit.. nak pakai skrit dan jalan jauh aku tak galakkan kerana faktor berpeluh dan mungkin boleh menyebabkan melecet di peha.. pakai seluar lebih baik kerana mudah bergerak.. beberapa seluar telah dikenalpasti dan dijahit semula untuk keselesaan berjalan.. stok seluar lama berkain corduroy.. antara jadi pilihan.. seluar ini kurang sesuai pakai di malaysia sebab faktor cuaca yang panas.. kalau di negara sejuk.. seluar ini amat selesa dan aku ada 3 4 helai seluar ini..

9- Travelling adapter : Ini juga satu perkara yang mesti dibawa.. sebab plug di jepun berlainan dengan di Malaysia.. kenalah bawa benda nie.. siap bawa extension socket sekali.. senang nak charge hp, camera serentak.

10- Kamera : Secara peribadi aku ada 3 kamera.. maksimum boleh bawak pun 2 jek hahaha.. masalah ye.. 1 kamera ini bersaiz dslr.... berat dan satu lagi pulak pocket size.. masalahnya kamera olympus yg saiz pocket tuh kualiti gambarnya tak secantik kamera canon yang lagi 2.. mungkin angkut jugalah yang saiz besar tuh.. walaupun bakal membuatkan bahu aku gagah perkasa memikulnya ;)

11- Baju: Rasanya aku bakal banyak bawa baju gaya malaysia.. stok baju di UK lebih cenderung singkat dan sebenarnya lebih sesuai jika dipakai dengan jacket.. buat masa nie rasanya masih stick dengan gaya baju malaysia kot sebab lebih nipis dan labuh.. senang nak gulung masuk beg berbanding baju UK yang berjenis kain cotton dan sedikit tebal..

12- Tudung : Sudah diputuskan akan memakai tudung syria dan halfmoon.. sebabnya? tak perlu sibuk2 nak gosok tudung dan of course no 'tudung bawal' hahaha... pashmina juga akan dibawa just in case perlu dijadikan selimut andai sejuk dalam flight nanti..

13- Baju kurung : Sepasang baju kurung terpaksa dibawa ke jepun hahaha.. Ini sebabnya kami ada sesi bergambar dengan pakaian kimono.. memandangkan baju kimono yang mereka ada itu takde saiz aku yang comel ini (setelah sesi check mengecheck saiz badan).. maka kami aku cadangkan aku pakai baju kurung jelah masa sesi bergambar nanti.. untuk sesi bergambar dengan kimono dikenakan 1500yen dan tambahan 500yen seorang jika bergambar guna baju selain kimono..

14- Makanan : Stok makanan nak ke sana belum beli lagi.. walaupun senarai benda makan tuh dah ada dalam kepala. Antaranya bubur nasi knor, maggi, serunding, nasi impit, telur rebus, sardin/tuna ayam brand, roti, biskut, jajan. Memandangkan rakan aku dedua tuh non-muslim.. so of course tendency untuk makan di kedai non-halal adalah tinggi.. aku takde masalah sangat pasal nie.. sebab kita dah tahu halal haram..tapi kalau jenis yang nak cari juga sijil halal tuh.. payahlah kalau nak travel.. tapi eloklah korg bawak makanan sendiri.. tapi aku sendiri dah kenalpasti beberapa kawasan restoran halal dan telah aku maklumkan pada kawan jepun aku.. selalunya aku tak risau sebab kawan thailand aku tuh.. mesti nak cari nasik juga nanti hahaha :)

15- Ubat-ubatan : Ini semua kena sediakan seperti panadol, antibiotik, pil chi kit teck aun, bam, ubat sapu otot, koyok dan lain-lain. Ini penting jika ada masalah kesihatan dan sebagainya..

16- Skincare : Ini juga penting terutama kalau negara sejuk perubahan suhu dan cuaca meninggalkan kesan pada kulit.. boleh jadi kering dan gatal.. Aku pulak mempunyai masalah kulit yang berminyak dan kering pada kawasan T zone.. so kena sentiasa membawa pelembab setiap waktu.. jika tidak kulit akan jadi kering dan gatal-gatal.. since pelembab yang biasa aku guna nie aku pakai di UK dan juga di malaysia terutama bila duduk dalam aircon.. so agak confident jugalah.. cuma masalahnya stoknya dah nak habis.. so tengah riki-riki dengan kawan jepun aku sama ada brand tuh ada dan murah di jepun atau tidak.. Jika tak.. terpaksalah beli kat sogo.. sebab jenama antarabangsa dan berharga hampir RM200

17- Souvenier : Ini so far dah beli.. sebab nak beri pada kanako utk birthday dia bulan 5 dan juga hadiah untuk keluarga kanako... Buat masa nie dah berhajat nak bagi kain batik borneo (beli masa ke kuching aritu).. dan untuk buah tangan nak bagi kopi 434 yang dibeli masa pergi kenduri sepupu aku kahwin kat muar.. org muar tahulah kopi nie.. kopi gajah.. aromanya kalau buat.. satu rumah boleh cium... since aritu ada beli 3 pek kopi dlm bentuk uncang.. so decide nak bagi diorg sorang satu pek.. dan juga terfikir nak bagi kerepek hahaha... very tipikal local product kan.. since aku duk area yg terkenal dengan industri kerepek kat selangor nie.. so belilah untuk diorang rasa.. hadiah birthday kanako dah siap2 beli masa kat Kota Kinabalu ari tuh.. gelang batu emas yang diikat suasa.. beli gelang ini 3 utas untuk kami bertiga.. meaning kami bertiga ada gelang dengan batu dan design yang sama..

18- Bag: Aku pelancong yang kurang lasak.. maka beg tarik menjadi pilihan utama dan 1 back pack akan dibawa... balik dari tokyo dah siap2 ambik 25kg.. mulanya plan nak ambik 20je.. tapi risau sebab takut terlebih berat je nanti.. maklumlah dah plan nak beli kain cotton sekali masa p nippori fabrik town

19- Toiletries : Ini benda-benda yang waib kena bawa jugalah, walaupun hotel memang menyediakannya.. tapi memandangkan kami nie bertiga berkongsi 1 bilik.. so tak nak ambik risiko kalau tak cukup bahan hehehe.. lagipun lebih selesa bawa benda2 nie sendiri sebab dah memang sedia ada dalam beg.

20- Buku catatan travel : Patut dari dulu lagi aku dah buat buku catatan nie.. so better late than never.. so untuk travelling tahun 2014 ini.. aku mulakan buku catatan ini.. mudah untuk aku rekodkan.. dan tulis apa juga berkaitan kembara aku nanti.. maklumat berkaitan penerbangan.. perjalanan.. kewangan.. benda yang do and don't.. food and etcs... InsyAllah selepas ke Jepun.. hujung bulan 6 pulak akan ke Bandung untuk urusan kerja.. kali ini dah maklumkan dengan pakwe dia kena ikut (atas arahan aku) hahahah... kesian kat dia.. sepanjang 2012-2014 nie.. dah 4 negara aku pergi tanpa dia.. so tahun nie kena follow ler pulak..

21- Cetakan dokumen penting : Buat masa ini belum lagi buat check in online sebab untuk date balik nanti masih belum boleh check in online.. so dalam minggu depan proses cetakan akan bermula dan buat masa nie.. semua maklumat hotel, tempat makanan halal dan lain-lain dah dicetak.

My Travelling book
InsyAllah akan rekodkan pengalaman perjalanan ke sana nanti 
Next trip
InsyAllah Bandung..

Tuesday 22 April 2014

Paris.. Always my favourite place

Salam

Kota Paris.. Kota Cinta.. Kota Romantik.. Kota terkenal dunia..

Rata-rata kebanyakan kita tahu kota ini.. mungkin ada yang pernah sampai.. yang simpan impian nak sampai.. atau cukup sekadar berangan-angan ..

Pengalaman aku ke sana sudah 2 kali.. Pertama kali pada penghujung tahun 2002 dan sekali lagi pada tahun 2010..

Kali pertama ketika itu kami seolah berbulan madu di sana.. inilah trip pertama aku ke Eropah semasa study di UK dari 2001-2002.. Pergi dengan perbelanjaan sendiri yang cukup-cukup makan dan bertambangkan sebanyak £.01 pergi dan £1 balik.. campur tax semua adalah £10 lebih kurang RM50 pergi dan balik utk 2 orang..

Kenapa tetiba teringat paris.. entah mungkin kerana ternampak beberapa gambar rakan yang ke sana.. atau mungkin aku tertonton rancangan tv yang berkisar tentang kota ini..

Senarai Paris di mataku..

1- Kota fesyen: Merupakan kota fesyen kedua selepas New York. Sejak kali pertama ke sana hinggalah sekali lagi pada tahun 2010... aku lihat fesyen rakyatnya selalu up to date.. rata-rata wanitanya memang berfesyen dan sentiasa kelihatan menarik.. hiasan baju-baju dan kasut terlihat banyak pada kedai-kedai butik dan fesyen yang ada di sekitar bandar Paris.. Namun begitu.. rata-rata pengunjung di Paris adalah pelancung... agak ketara juga perbezaan fesyen pelancung dan juga penduduk tempatan


2- Keupayaan berbahasa inggeris : Dulu sekitar tahun 2002.. amat susah berkomunikasi dalam bahasa inggeris.. hatta nak beli tiket pun rasa susah amat.. pernah sekali dulu.. bertekak dengan penjual tiket tuh.. masa tuh memang rasa nak maki jek dalam bahasa jawa hahaha.. later masa ke sana pada tahun 2010.. penjual tiket di kaunter boleh berbahasa inggeris dengan baik.. malah sebutan dan ayatnya pun ketara baik dan mudah difahami.. menurut kata rakan yang dari france.. memang ada peningkatan dari penggunaan bahasa inggeris di kalangan rakyat Paris atas desakan kerajaan.. dulu paris dikenali sebagai kota yang agak sombong rakyatnya.. kerana tidak mahu berbahasa inggeris..

3- Eiffle Tower: Ini merupakan tarikan utama ke Paris.. menara yang diperbuat besi berwarna kelabu-perang kemerahan.. Diambil sempena nama jurutera Gustave Eiffel.. Eiffel tower menjadi mercu tanda utama utk Paris.. terdiri daripada 4 tiang (Utara, selatan, timur dan barat)..

dan ada 2 cara untuk naik ke atas.. sama ada menaiki lif atau menaiki tangga... harga tiket pula berbeza mengikut tingkat yang ingin dinaiki.. kalau mahu hingga ke top harga dalam 15euro dan jika sekadar ingin ke tingkat 2; 9euro sahaja.. jika mahu berjimat lagi.. boleh juga dengan menaiki tangga.. tak silap harganya jauh lebih murah lagi..
Aku punya 2 pengalaman menaiki eiffel tower ini.. tahun 2002 naik menggunakan tangga (al-maklum zaman ini budget terhad.. so pilih cara ini naik ke atas).. menaiki tangga sedikit memenatkan.. tapi seronok kerana boleh melihat pemandangan 360 yang cukup menarik.. di sepanjang tangga ini diletakkan banyak info sejarah tentang pembinaan menara ini.. 2010.. naik dengan menggunakan lif.. sebab masa ini bawa mak dan adik sekali.. so takkan pulak nak naik tangga kan.. mak mana larat.. so option yang ada kita naik lif.. sekejap sahaja dah sampai ke tingkat 1 dan boleh sambung naik ke tingkat 2 dengan tangga atau naik lif..
Sekitar Eiffel Tower yang aku rakamkan 

4- Disneyland : Zaman skrg nie dah banyak disneyland kat dunia hahaha.. sekitar asia nie pun dah banyak.. Hong Kong.. Japan.. kalau nak yang seakan2nya.. boleh pergi ke universal studio seberang tambak johor atau legoland.. Aku 2 kali masuk ke disneyland paris.. Tahun 2002 dulu dah sakan main kat sini hahaha.. tahun 2010.. tak main apa2 pun.. sebab mak dah tak larat jalan.. yelah kan besar tempat nie.. apa yang menarik?? macam them park yang lelainlah.. ada macam-macam games yang menyeronokkan..

5-Jenama terkenal dunia: Paris kan kota fesyen.. dan merupakan tempat bertapak jenama LV, Chanel, Christian Dior, Yves Saint-Laurent, Jean-Paul Gaultier dan Hermes semua org tahu LV kan.. nak masuk ke situ perlu beratur.. dan dia akan layan pelanggan satu persatu.. maknanya kalau nak masuk butik dia.. dia benarkan tak ramai dalam 3 4 org sahaja.. lepas tuh.. dia akan melayan pelanggan ikut turn.. harga?? well paling murah maybe around 200 euro.. tak sure.. bak kata kawan aku yang pernah masuk.. rakan dia beli handbag kecil pun dah dekat 400euro.. Aku?? entah tak minat.. sebab rasa sangat membazir duit.. melainkan kalau dah jutawan tuh maybe tak kisah pun kot.. teringat pernah baca 1 majalah wanita nie.. ada cerita tentang usahawanita yang berjaya.. rata-rata mereka semua tayang beg dan kasut LV yang mereka beli kat Paris...

6-Macaron, crepes, pain au chocolat, baguette, escargot, formage, coffee: Ini antara makanan kegemaran rakyat paris.. kedai2 yang menjual pastri banyak di paris.. antara yang terkenal adalah macaron, crepes, baguette, pastri... selain itu cheese atau formage juga antara yang terkenal.. dan paling sinonim aalah siput escargot.. berada di paris.. tak sah kalau tidak menikmati kopinya yang enak.. sambil lepak di tepi jalan.. sekitar tahun 2002 dulu sempat jugalah menikmati crepes dan pain au chocolat di salah satu kiosk makanan di taman 'Les Tuileries Gardens'.. tahun 2010 kami hanya sempat singgah menikmati coffee berhampiran eiffel tower.. Jika berkesempatan ke Paris.. boleh cubalah.. Ada seorang kawan aku yang pernah ambil peluang menikmati siput 'escargot' katanya sedap!! hahaha... Kalau aku?? better order pasta dari makan siput ;)

7- Muzium the louvre, potret monalisa dan Louvre pyramid : Ini antara tarikan di Paris.. pasti anda semua tahu apa itu potret monalisa kan? Di muzium 'The Louvre' inilah terletaknya potretsi gadis monaliza.. dua kali ke Paris.. 2 kali jugalah kami ke sini.. kali pertama dulu dapat masuk free sebab setiap sabtu pertama setiap bulan.. muzium ini dibuka dengan percuma.. kali kedua pulak.. kena byr.. but oklah.. muzium nie besar giler... Kali pertama dulu masa tengok potret nie.. ianya di letak pada 1 sudut dan hanya diletak tiang border sahaja.. bukan besar mana pun potret ini.. bila nak ambil gambar terpaksalah bertolak2 sikit dengan pengunjung yg datang.. kali kedua pulak.. potret ini dah diletakkan di sudut khas.. kali ini lebih ramai org lebih sukar nak ambil gambar mungkin sebab kali ini datang pada waktu peak... Jika ke paris.. jangan lepaskan peluang untuk bergambar dengan potret monalisa ini. Selain itu juga di luar muzium ini terdapat menara kaca yang turut menjadi mercu tanda paris. Di sini ramai orang suka duduk dan bergambar serta terdapat tempat membeli belah bersebelah dengan muzium ini.

8- Statue of Liberty : Statue of Liberty yang besar semua org tahu ada di pulau Liberty di  New York, US. Jika membaca sejarah patung ini.. ianya telah dihasilkan oleh Sculptor Bartholdi dari France.. Sebab itu hingga kini, Paris mempunyai hubungan rapat dan baik dengan US.. semasa aku ke Paris dulu.. sering juga kami jumpa pelancong dari US.. kiranya.. Bg org di US.. jika mereka dapat ke paris.. ianya seolah satu peluang yang tidak dilepaskan..Selain dari di US.. status of liberty ini juga terdapat replikanya di 2 tempat sekitar bandar paris.. Satu di taman jardin du luxembourg
dan satu lagi di Île aux Cygnes (isle of swans) mengadap sungai Seine.. Aku pernah melawat statue ini di tepi sungai seine.. Kecil sahaja patungnya dan ramai yang suka melepak di sini..

9-Sungai Seine: Sungai ini adalah sungai yang mengalir di tengah bandar Paris.. hampir kebanyakan bandar-bandar utama dunia pasti mempunyai sungai di tengah bandar kerana perkembangan sesebuah kota itu bermula di pelabuhan dan tebing sungai.. (lihatlah bandar KL, Kuching, Melaka, Klang, Kuala Trengganu, London, Istanbul, Oslo, Copenhagen dll). Di paris uniknya.. ramai orang suka melepak di sini dan kebanyakan cafe dan restoran terdapat di tepi-tepi sungai.. Sekitar sungai Seine ramai yang suka berkarya di sini seperti melukis, mencari ilham dan sebagainya.. malah ramai pelukis terkenal dunia juga mendapat ilham di sini bagi menghasilkan lukisan mereka.. malah jika tahu kisah 'joan of arc' abu mayatnya juga telah ditabur di sungai ini.. malah Jeneral Napoleon Bonarparte juga telah mewasiatkan supaya mayatnya ditanam di tebing sungai ini tetapi telah ditolak oleh kerajaan perancis di sini..
River cruise
Sungai Seine yang aku ambil dari menara eiffel pada 2010

10-Arc de Triomphe : Selain daripada eiffel tower Arca 'Arc de Triomphe' merupakan satu lagi mercu tanda paris yang popular.

Ia terletak di tengah Place Charles de Gaulle (merupakan persimpangan jalan yang sibuk)

Traffic 10-abreast traverses the Place de l'Étoile, seen from the top of the Arc de Triomphe.


dan hujung barat Champs-Élysées (jalan yang popular di paris dengan deretan butik jenama terkenal)

11.  La Defense dan La Grande Arche: Daerah perniagaan di paris seperti 'Wall street' in New York. Antara mercu tanda yang popular di sini adalah menara bangunan yang berbentuk segiempat; Grande Arche. Kawasan sekitar ini terdapat banyak bangunan pejabat dan perniagaan.

 
Menara La Grande Arche de la Défense


12. Gereja 'Notre Dame de Paris' dan Sacré-Cœur, Paris : Kedua-dua ini merupakan antara gereja yang popular di Paris. Kami sekadar berkunjung ke sini untuk bergambar.. yelah kalau baca buku cerita si bongkok Notre Dame pasti tau akan gereja ini.
 
Notre Dame De Paris

Selain itu juga terdapat sebuah gereja di atas bukit yang dikenali sebagai Sacré-Cœur, Paris
 
Ia terletak di atas bukit Montmartre merupakan kawasan tertinggi di Paris. Untuk naik ke sini ada keretapi bergerak (seperti di bukit bendera). Sekitar kawasan ini selain daripada gereja itu, terdapat juga kedai-kedai yang menjual souvenier dan suatu ketika dahulu kawasan Montmartre merupakan studio dimana artis pelukis terkenal seperti monet, vincent van gogh, picasso dan lain-lain bekerja.

13.  Pont Neuf : Merupakan jambatan Pont Neuf. Dalam  inggeris ia dikenali sebagai Bridge Nine tapi tidak ada kaitan dengan angka 9 dalam nama tersebut.
 

14- Palace of Versailles: Merupakan istana raja perancis yang terkenal. Istana ini dibuka untuk kunjungan pelawat dan merupakan istana penting bagi kebanyakan raja perancis dulu. Istana cukup mewah dan berkunjung ke sini membuatkan kita membayangkan bagaimana raja-raja perancis hidup pada zaman berkenaan.
 
15.Pengangkutan di paris : Pengangkutan utama adalah metro underground.. Satu tiket boleh digunakan untuk mana-mana metro. Uniknya kerana ada sesetengah train dan metronya sistem buka dan tutupnya adalah secara manual. Ada juga train yang berpintu kayu. Aku punya pengalaman unik di sini.. disebabkan dah terbiasa dengan metro atau underground train yang buka dan tutup pintu secara automatik, ketika menaiki train yang agak lama berpintu kayu kami sangkakan perkara yang sama.. Nasib baik ada penumpang di belakang kami yang hulur tangan dan buka pintu tersebut hahaha.. However pengalaman ini juga cukup unik bagi kami.. Untuk keluar dari metro.. selalunya tanda arah 'Sortie' menjadi panduan kami

16. Pemuzik jalanan : Ini ada dimana-mana aku rasa.. kebanyakan pemuzik ini sering menjadikan kaki lima terowong ke underground sebagai lokasi mereka berhibur. Ada juga kes yang kami jumpa pemuzik yang memainkan alatan muzik mereka di dalam train yang kami naiki.. terpulanglah pada masing-masing untuk menghulur duit.

Cukuplah pandangan aku tentang bandar Paris iaitu kota cinta yang terkenal di dunia ini.. Jika ada peluang ya mungkin akan ke sana lagi... ;)

p/s kebanyakan gambar diambil sumbernya daripada google dan wikipedia.. jenuh pulak nak habiskan entri pasal paris nie.. 

Monday 21 April 2014

When it's hurt.. it's really really hurt..

Salam petang isnin..

Semalam mendapat gosip yang kurang baik tentang seseorang dalam lingkungan keluarga sendiri.. Al-kisah rupanya insiden ini telah terjadi hampir 4 bulan.. Sedih sebab mangsanya adalah seorang isteri.. ibu.. dan tipikal wanita.. yang tukang membuat onar.. seorang ayah.. suami dan of course lelaki...

Sebenarnya tadi baru sahaja selesai bertanya khabar dengan insan itu.. mulanya malas nak bertanya.. tapi aku rasa kuat nak tanya juga.. setidak-tidaknya.. hati dia yang sedih dan kecewa itu mungkin sedikit terubat dengan meluahkan pada aku.. (harapnyalah)... sedikit sebanyak dia meluahkan rasa hatinya.. dan aku pula sedikit sebanyak mencuba menenangkan dan menyokongnya sedaya mampu..

Apa kesnya?? Kes ini adalah kes yang agak tipikal yang sering berlaku dalam institusi keluarga.. suami bermain cinta dengan perempuan lain... isteri di rumah ditinggalkan.. lebih malang.. duit epf isteri pulak habis dikebas untuk kemewahan wanita yang lain...

Sedih?? ya mungkin kita yang membaca ini rasa sedih.. tapi yang menanggungnya pula berkali ganda.. lebih kesian pula.. si isteri hanya seorang suri rumah.. duit epf pulak adalah hasil kerja dia bertahun dulu... ditambah dengan masalah kesihatan kakinya yang amat payah untuk bergerak.. dia mengidap penyakit lutut (habis griss) amat sukar untuk berjalan.. jika ada pun terpaksa menggunakan tongkat.. anak pula kini sibuk belajar di peringkat diploma.. banyak duit yg hendak dipakai..

Lebih sedih.. kami dapat tahu yang si suami pegang kad ATM isteri.. dan dengan senang lenang pulak menggunakannya untuk kesenangan orang lain... si suami tersedar bila perempuan itu lari balik ke negeri S di borneo... dan nasib mengaku depan isteri sendiri...

Sebagai orang yang waras pasti kita akan cakap.. kenapalah bagi kad ATM tuh kat suami... tapi please jangan terus buat kesimpulan.. kita tak tahu kisah sebenar.. mungkin ada sebabnya.. dan aku tak rasa si isteri begitu 'bodoh' memberi kad dengan senang dan pasti ada sebabnya... and for your information.. aku pun pernah juga beri kad atm aku pada pakwe.. terutama bila aku tak sempat nak keluar duit dan ada urgent matter kat fakulti.. tapi dengan syarat ler.. letak kad tuh balik kat rumah sebelum pergi kerja... meaning aku tak bagilah dia pegang kad tuh pergi kerja terus ahaks...

Dulu aku pernah juga sembang topik begini dengan beberapa rakan aku.. pernah kawan aku cakap.. ada kawan dia pun pernah terkena... suami dia memang baik orangnya.. tapi.. dek kerna godaan wanita lain.. dia tergoda.. kadangkala bukan salah sesiapa... ilmu sihir dan hitam ini ada dimana-mana kan.. percaya atau tidak terpulang pada diri masing2..

Kebiasaannya.. adakalanya apabila seorang wanita disakiti hingga ke tahap begini.. jalan akhir yang selalunya dipilih secara ''default' adalah penceraian... tapi pilihan ini juga terpulanglah pada empunya diri.. sama ada mahu berfikir jalan pendek.. atau jalan panjang... Tapi pada pendapat aku.. adakalanya lebih baik kita berjuang untuk menuntut hak kita yang sepatutnya.. memilih tidak bercerai.. mungkin lebih baik dari bercerai.. atas dasar anak-anak.. atas kesilapannya yang pertama kali.. atas kesedaran dan keinsafan... semua itu perlu difikir panjang... Namun adakalanya juga bercerai mungkin lebih baik lagi dari terus menanggung rasa sakit hati dan rasa ketakbahagiaan..

Apa juga.. mata memandang tidak sama dengan bahu yang memikul.. penceraian bukan perkara yang boleh dibuat main-main.. ada bezanya bercerai pada perkahwinan yang masih muda.. mungkin rasa berdikari dan darah muda itu lebih banyak menjadi faktor untuk tidak berfikir panjang.. pasangan yang sudah lama berkahwin apabila perlu bercerai.. banyak masalahnya.. namun ia semuanya mengambil masa..

Tepuk dada tanya selera.. putus cinta sebelum ada ikatan lebih mudah sebenarnya.. putus hubungan di alam perkahwinan lebih berat kerana banyak perkara yang perlu difikirkan terutama melibatkan keluarga dan anak-anak...

Dulu semasa seorang.. bujang... bila hidup berpasangan di alam perkahwinan... untuk satu tempoh masa.. dan kemudian tiba-tiba berseorang semula (sama ada bercerai hidup/mati) adalah amat sukar.. kerana kita sudah terbiasa dengan kehadiran seseorang yang sering menjadi tempat kita bergantung kasih sayang dan tanggungjawab.. pernah dulu seorang rakan pernah berkata (dia bujang)... 'apa susah sangat hidup membujang lepas bercerai.. dulu sebelum kawin pun seorang juga.. bujang juga'... Benar.. memang kedengarannya amat mudah begitu.. tapi teknikalnya.. bukan begitu ye.. sesiapa yang pernah melalui alam perkahwinan dia akan tahu bila rumah tangga itu bahgia... hatta makan bersama pun dah cukup gembira.. hatta duduk sebelah menyebelah sambil tengok tv pun dah cukup happy... samalah juga.. apa kita rasa bila ayah dan ibu yang selama ini bersama kita hampir sepanjang masa... suatu ketika meninggalkan kita.. sedih bukan??? hingga kadang rasa sedih itu berbulan-bulan lamanya kekal dalam hati.. so samalah... kita juga boleh apply kata-kata yang sama.. 'Dulu masa kita bersama mak ayah... kita pun selalu gak tinggalkan mereka.. berjalan sana sini.. adakala sampai berbulan tak balik kampung.. atau berbulan tak dapat balik kerana sibuk belajar... so bila diorg dah takde..  bukan susah mana pun.. '

See what I mean??? Hubungan hati ini bukan soal teknikal ye.. ini soal hati dan soal jiwa.. pernah ada seorang rakan aku dulu ketika dia baru bercerai.. dia pernah beritahu aku.. 'susahnya hidup sendiri... sudah terbiasa ada suami yang buat semua itu dan ini.. sekarang ini.. hatta nak betulkan lampu pun rasa susah dan nak menangis'

Semoga kita sentiasa kuat dan rasional dalam menghadapi dugaan kehidupan...

 
Aku suka lagu ini...  Cinta Sesungguhnya - Sabhi Saddi feat Marsha

Thursday 17 April 2014

Perkara yang beri inspirasi..

Salam..

Adakalanya bila kita menonton tv (selalunya lah).. kerap juga kita mendapat inspirasi untuk melakukan sesuatu yang mungkin kita dah lama tinggal.. atau melancung ke sesuatu tempat.. atau singgah makan-makan.. atau teruja untuk membuat kebaikan.. dengan adanya pengaruh facebook... web.. blog.. juga menyumbang pada perkara yang sama..

Selalunya bila menonton tv.. antara perkara yang sering memberi aku inspirasi adalah rancangan masakan.. rancangan dokumentari/ travelling/mencari makanan sedap dan kadangkala juga cerita-cerita yang menginsafkan..

Tapi biasanya yang paling teruja untuk membuat sesuatu adakala secara 'immediately' adalah rancangan masak.. ahaks.. aku rasa untuk mereka yang gemar memasak.. kebiasaannya rancangan seperti ini memang memberikan satu inspirasi untuk mencuba sesuatu yang baru.. Selalunya. jika bahan-bahan yang ditunjukkan itu memang ada dalam peti sejuk.. dan tempoh masa nak buat pun pendek dan singkat.. confirm.. dan dan tuh juga bangun dan terus ke dapur dan buat experiment... later in 30min.. dan melepak depan tv makan.. ohhh nikmat betul perasaannya...

Untuk pengetahuan dalam tempoh hampir 2 bulan nie.. aku sudah semakin kerap bawa bekal ke pejabat.. dulu ada kala sekitar 2 3 hari sahaja.. now.. almost everyday.. kecuali kalau dah lewat sangat.. tapi biasanya cuba juga untuk siapkan bekal sebelum ke pejabat.. hatta buat scramble egg.. dan terus buat sandwich telur.. Bila sampai ke pejabat dah tak pening fikir nak keluar cari sarapan lagi.. sampai ofis dan boleh terus buat kerja hingga ke tengahari.. later barulah klur makan untuk lunch..

Adakala juga bila singgah ke blog orang lain.. bila terjumpa artikel atau kisah yang dikongsikan.. terasa inspired untuk menulis begitu.. tapi bila rasa keterujaan tuh macam dah tinggal separuh jalan.. bila duduk depan blog sendiri nak menulis rasa macam 'blank' tetiba..

Adakala juga bila menonton cerita atau kisah 'cinta'.. terutama bila drama 'Master Sun' ditayang semula setiap malam ahad... rasa 'feeling cinta' tuh datang balik.. hahaha.. masih enjoy drama tuh.. walaupun dah khatam tengok dan berulang kali gak tengok dulu.. Begitu juga bila menonton movie romantik.. atau movie hebat yang pernah kita tonton sebelum nie.. masih suka lagi menonton balik walaupun telah diulang tayang banyak kali.. dan tidak semua movie meninggalkan kesan begini pada kita kan..

Adakala juga bila menonton rancangan makan-makan.. tengok suasana dalam kedai tuh macam menarik..maka kita pun teruja untuk mencuba.. dan sanggup cari kedai tersebut semata-mata nak cuba merasai makanan tuh.. kalau ok.. boleh datang lagi.. kalau tidak.. cukuplah sekali itu sahaja... dan mungkin bagi yang suka makan-makan akan terus memburu kedai-kedai lain untuk menjadi mangsa..

Adakala juga kita teruja naktengok wayang bila ada tayangan trailer filem yang nampak macam best.. terutama jika movie tuh dah kita tonton sebelumnya dan ianya adalah sequel pada filem itu.. Aku selalu lebih excited nak tonton filem begini sebab kita dah tahu ceritanya dalam filem sebelum dan sequel akan datang pulak seolah sesuatu yang kita nantikan..

Adakalanya juga..

Tengok orang melukis.. kita yang tak berapa pandai melukis pun macam nak lukis sama
Tengok orang berniaga.. kita pun pasang angan-angan nak berniaga juga :)
Tengok orang buat novel.. oh kita rasakita pun boleh menulis dan boleh buat novel.. (aku pernah berangan bab yang nie)
Tengok orang bercinta atau keluar dating atau bercouple.. Kita pun rasa macam nak ada pasangan..
Tengok orang ada duit banyak.. kita pun (semua org) pun nak kaya juga.. nak juga rasa bebas dari beban hutang
Tengok orang buat amal kebaikan.. kita pun mula pasang niat untuk ikut amalan yang baik.. dan berubah ke arah kebaikan..
Tengok orang jalan-jalan melancung.. kita pun rancang untuk jalan-jalan juga.. walaupun mungkin sekadar dalam malaysia atau balik kampung ;)

dan banyak lagi perkara yang mungkin memberikan kita insiprasi.. kerana faktor persekitaran.. kerana pergaulan.. kerana persahabatan.. kerana kejujuran.. dan sebarang sebab untuk kita berubah menjadi lebih baik..

Oh ya... baru-baru nie.. dengar seorang rakan nak buat umrah.. mula pasang niat InsyAllah untuk ke sana juga.. Boleh mula kumpul duit kan.. :)

So what inspired you?

p/s Terkesan secara langsung sejak kebelakangan ini dengan kata-kata seseorang tentang hubungan.. Terfikir adakala kita akan jumpa dengan orang yang begitu mudah membuang persahabatan semata-mata sebab 1 kesalahan yang kita buat.. sedangkan kebaikan yang pernah kita buat langsung tidak dipandang dan dinilai pun.. rasa sedih dengan manusia begini..  

Menonton filem 'The Vow' semalam membuatkan aku tertarik dengan kata-kata ini..
"I chose to stay with him for all the things he's done right; not the one thing he's done wrong. I chose to forgive him".. True and inspired.. but some people just don't think this way...

Lesson learn.. 
Jika dia tidak tahu menghargai nilai persahabatan yang baik.. 
mungkin adalah lebih baik tidak perlu buang masa berkawan dengan manusia begini...

Thursday 10 April 2014

An apple a day.. to brighten your day..

Salam

Buah epal... ada 2 jeniskan.. yang merah dan yang hijau.. kebiasaannya ramai yang suka epal merah.. manis dan ranggup... yang hijau ramai yang kurang suka.. sebab masam..

Sebenarnya dulu ada seorang kawan baik yang bagi petua makan epal hijau kalau nak kurus hahaha.. 2 biji sehari pagi dan malam.. masa tuh tah pesal tak teruja pun nak cuba..

Al-kisahnya.. last few week.. aku ke KL.. singgah makan di medan makan pertama komplek.. so orderlah air epal hijau.. dia jenis kaunter yang kita order dan kena tunggu... so masa order tuh.. nampaklah adik tuh potong epal hijau.. dan terus masuk blender... pastu bayarlah RM2.50 untuk secawan epal hijau tuh... uihhh rasa mahal ler pulak sebab proses ye bukanlah susah mana pun..

Later.. aku terfikir nak beli epal hijau kat pasaraya.. dan balik cuba buat experimen jus buah epal sendiri.. beli 15 biji baru 7.99... potong sebiji.. buang biji tengah.. potong kecil2 sikit.. masuk blender.. tambah secawan lebih air.. kalau nak manis boleh tambah gula.. biasa letak 1 sudu gula... letak 5 6 ketul ais.. then apa lagik.. tekan suis blend.... wahhh senang bangat jek... boleh dapat segelas besar.. dengan kos yang sangat minima.. rasanya modal untuk buat jus tuh dalam RM1.50 lebih kurang.. (1biji epal dalam .60, tambah kos elektrik.. air, gula, tenaga,blender).. yang best dah memang sejuk tak perlu tambah ais lagik.. dan boleh minum dengan gembira tanpa rasa bersalah...

Buat masa nie.. setiap hari pagi sebelum pergi kerja.. blend epal hijau masuk dalam bekas air.. bawa ke pejabat... sebelum mula kerja.. minum dulu air tuh sampai habis... then baru proceed buat kerja yang lain..

Petang pulak.. kalau rasa badan lesu dan perut mula keroncong sebab kena tunggu masa nak masak dulu.. blend epal hijau sebiji lagi... untuk recover badan.. akibat kepenatan drive balik.. cuaca yang panas.. rumah yang panas.. then boleh sambung masak dan buat kerja rumah balik...

Jika tak sempat buat masa petang.. sebelum tidur pun boleh blend lagi epal hijau tuh... dan minum sebelum tidur.. esok bangun.. amat senang buang air.. dan buang angin.. kalau nak detox dengan lebih baik... boleh blend epal hijau dengan celeri... (ini belum cuba lagi)

Semenjak amal makan epal hijau setiap hari nie.. rasa kurang sikit sakit leher dan bahu.. antara tanda-tanda stress dan tekanan... dan selalunya.. stok 15biji epal tuh boleh tahan utk stok seminggu kat rumah.. jimatkan.. dari nak order kat luar.. hari2 mahal jugakan... 

Kelebihan Epal Hijau :

Green Apple Benefits
Some of the primary health benefits of green apple are:
  • Contains a lot of fiber, which is good for digestion.
  • The chances of colon cancer are less if one eats green apple.
  • Relieves constipation.
  • Beneficial in treating gout.
  • Useful in controlling diarrhea.
  • Reduces blood pressure.
  • Blood sugar gets stabilized.
  • Helps in treating rheumatism.
  • Improves one’s appetite.
  • It contains carbohydrates and therefore provides much energy.
  • It contains protein.
  • Has plenty of vitamins, such as Vitamin C, Vitamin A, Riboflavin, Vitamin B6 and it is one of the most prominent green apple benefits.
  • It also has plenty of minerals such as calcium, iron, magnesium, Manganese, Iron, Potassium, Copper, Zinc
  • It helps in preventing liver problems.
  • Lessens the chances of developing skin diseases.
  • It consists of several anti-oxidants such as polyphenol as well as flavonoid that helps in reducing the risk of cancer by not allowing DNA damage to occur.
  • It has less cholesterol and is therefore useful for those losing weight.
  • As green apple contains a lot of Vitamin A,B as well C, it is very good for the nourishment of skin and also has a whitening effect on it.
  • It purifies the blood as it contains a lot of minerals.
  • One also less chances of suffering from liver problems.
Source : Here

Selain dari jus epal.. juga suka blend tembikai.. dan recently an article dari utusan.. kelebihan tembikai adalah bagus untuk menyingkirkan toksin dari badan... Beli sebiji tembikai... blend sendiri.. wah memang heaven sebab murah, jimat dan sedap..

Tembikai : 

Health benefits of watermelon

  • Rich in electrolytes and water content, melons are nature’s gift to beat tropical summer thirst.
  • Watermelons are very low in calories (just 30 calories per 100 g) and fats yet very rich source of numerous health promoting phyto-nutrients and anti-oxidants that are essential for optimum health.
  • Watermelon is an excellent source of Vitamin-A, which is a powerful natural anti-oxidant. 100 g fresh fruit provides 569 mg or 19% of daily-required levels of this vitamin. It is essential for vision and immunity. Vitamin-A is also required for maintaining healthy mucus membranes and skin. Consumption of natural fruits rich in vitamin-A is known to protect from lung and oral cavity cancers.
  • It is also rich in anti-oxidant flavonoids like lycopene, beta-carotene, lutein, zeaxanthin and cryptoxanthin. These antioxidants are found to offer protection against colon, prostate, breast, endometrial, lung, and pancreatic cancers. Phyto-chemicals present in watermelon like lycopene and carotenoids have the ability to help protect cells and other structures in the body from oxygen-free radicals.
  • Watermelon is an excellent source of carotenoid pigment, lycopene and indeed, superior to raw red tomato. 100 g of fresh melon provides 4532 µg lycopene, whereas only 2573 µg in tomatoes. Studies suggest that lycopene offer certain protection to skin from harmful UV rays.
  • Watermelon fruit is a good source of potassium; Potassium is an important component of cell and body fluids that helps controlling heart rate and blood pressure; It thus offers protection against stroke and coronary heart diseases.
  • Furthermore, it contains a good amount of vitamin-B6 (pyridoxine), thiamin (vitamin B-1), vitamin-C, and manganese. Consumption of foods rich in vitamin-C helps the body develop resistance against infectious agents and scavenge harmful oxygen-free radicals. Manganese is used by the body as a co-factor for the antioxidant enzyme, superoxide dismutase.
  • Total measured antioxidant strength (ORAC value) of watermelon is 142 µmol TE/100 g.

    Source : Here

Musim panas nie.. makan buah-buahan antara satu cara untuk mengelakkan dihidrat.. dan boleh cuba untuk kurangkan berat badan juga ;)

My Lunch Box..
My brunch meal, my green apple juice and my hot milo..

Jimat dan terjamin bersih serta InsyAllah halal..

Monday 7 April 2014

Urut yang lebam-lebam..

Salam petang Isnin

Jumaat lepas ada kerja di Jeram... selesai kerja.. terus merayau dan melepak kat Klang... dah lama tak ke Jusco Bukit Raja.. sejak diorg renovate.. dah lama tak ke sana.. sekali pergi.. wahhh lain bangat rupanya kedudukan beberapa buah kedai.. al-maklum dari zaman berdating hujung tahun 90an dah melepak kat situ.. dah banyak sesi midnite cinema yang kami habiskan kat situ.. dulu rajin gak tengok wayang midnite ngan pakwe... skrg nie.. jarang2 dah..

Selesai tuh.. p singgah pulak tesco bukit tinggi.. again.. last time datang pun tengah renovate.. kali nie pun nampak ada perubahan.. walaupun takdelah ketara sangat.. lebih kurang jek cuma kedudukan dan susun atur jek dah lain... yang tak best.. dulu pintu keluar kat depan sebelah ngan pintu masuk.. skrg nie.. nak keluar kena buat u-turn pulak.. uihhh tak mesra alam langsung... rasanya macam dah malas nak ke tesco Klang jek.. baik p Mydin USJ jek.. keluar dari USJ.. boleh terus masuk KESAS dan terus balik kg...

So.. hari sabtu tuh mak sound.. dia nak pergi berurut.. dan sebab dah berapa kali balik kg.. aku selalu tak dapat peluang urut dengan akak yang mak aku recommended sangat2.. dulu urut sekali... memang dia jenis urut kuat.. memang sampai lebam2 ler badan, kaki dan tangan... beberapa kali sebelum tuh berurut juga tapi dengan orang lain.. 2 kali dengan kakak kepada kakak yg mak aku recomended (diorg menuntut ilmu mengurut dari mak yang sama).. macam tak berapa serasi dengan aku.. sebab dia jenis urut perlahan (ahaks).. lepas tuh.. pulak dengan seorang lagi.. dia style urut guna ibu jari jek.. dan kalau dia urut kat tempat tuh 3kali jek.. sakit memang sakit... tapi masalahnya dia tak urut 1 badan.. kena pulak masa tuh kaki aku memang sakit.. tukang urut pulak tak boleh duduk bersila.. dia duduk kat kerusi jek.. so terima jelah cara dia urut yang ala-kadar..

Semalam.. aku dan mak pergi rumah kakak tuh... mula mak yang berurut.. dari pukul 3.. dekat nak 4.30ptg dia selesai urut mak... lepas tuh turn aku.. dekat nak pkl 6.10 baru selesai dia urut aku.. lama ke tak lama?? memang puas hati sungguhlah... bayaran RM30.. tapi dia urut lama.. dia kerjakan kaki kiri dan kanan aku habis-habisan.. termasuklah pinggang aku yang sakit dulu tuh... (ingat tak kes aku sakit pinggang).. kalau orang tak biasa kena urut... memang akan menjerit dan meraung... sebab akak tuh siap cakap.. dia biasa urut orang yang badan lebih kurang macam aku.. tapi semuanya tak tahan kena urut... menjerit-jerit.. aku steady jek hahaha... pengalaman aktif sukan masa dulu kot.. buat badan aku boleh tahan sakit.. yelah dulu dah puas kena belasah dengan kayu hoki dan bola hoki.. sakit dia.. uihhh tak leh cakaplah...

Yang bestnya tempat yang sakit tuh.. masa dia mula2 urut memang sakit... tapi makin lama dia urut.. makin kurang sakitnya... setelah dia betulkan urat yang bersimpul.. dia cakap kaki aku banyak urat bersimpul.. itu yang jadinya kes dikerjakan habis-habisan tuh... selesai urut tuh.. terus rasa kaki dan tangan tuh panas... terasa darah tuh mengalir sampai ke hujung kaki dan tangan... itu yang best sebenarnya..

Al- kisah.. bila sampai masa nak tidur malam... pakwe tegur sebab dia nampak kaki aku lebam-lebam.. siap pegang dan belek2 lagi.. pesal teruk sangat lebamnya nie... hahahha... tempat lebamm kalau orang pegang dan tekan memanglah sakit... bila cakap aku p urut.. dia pulak macam tak percaya... kena urut sampai lebam-lebam gitu... ahaks... nak wat camna.. badan aku jenis berisi dan cerah.. memang kalau lebam sah2 terang benderang nampaknya...

Badan dah rasa ok sikit.. jumaat lepas kaki berdenyut2 sakit sampai tak boleh nak tidur.. sampai urut sendiri pun tak jalan juga... Alhamdullilah.. bila dah kena urut.. rasa kurang sikit sakitnya...

Next month balik dari jepun.. kena p urut lagi.. tapi akak tuh memang selalu susah nak dapat masa berurut.. dia pun sibuk... tapi masalahnya.. akak tuh urut memang best.. kalau urut kat spa.. atau tempat berurut yang berkedai nie.. takut nanti.. harga sahaja yang mahal.. tapi tak berbaloi dengan urutan yang kita dapat... urut kampung juga yang best.. walaupun dalam bilik gelap yang berkipas.. dan penuh bauan minyak urut serai..

 Si belang..
Keje dia.. kalau datang kat orang suka sangat mengesel-gesel kat kaki orang..
Kalau baring pun.. kat kaki juga dia suka landing..

Wednesday 2 April 2014

Visa Jepun (2014)

Salam

Hari ini genap lagi sebulan insyAllah aku akan terbang ke Jepun.. Visa ke jepun dah pun siap.. buat last friday.. Isnin yang lepas dah boleh ambik.. Kenapa aku kena buat visa? sedangkan kerajaan jepun dah announce rakyat malaysia tak perlu buat visa.. sebabnya pasport aku bukan ada biometrik cip.. passport buat kat London 3 tahun lepas.. so pakai jelah sampai 2016 nanti..

Mulanya ingatkan buat visa tuh nak kena prepare semua dokumen.. so buatlah surat pengesahan jawatan.. fotostat buku akaun bank.. last2 masa p embbasy japan... Na..da .. satu surat pun dia tak minta... cukup isi borang permohonan visa.. dan janji ada gambar ukuran passport 45mmX45mm berlatar putih.. that's it... buat penat jek prepare p HR minta surat pengesahan jawatan.. p pejabat pos check bonus asb ahaks.... last2 semua tuh langsung tak di tengok pun... kalau tau lagi awal dah aku p buat visa..

Masuk ke jepun diberikan tempoh selama setahun... maksimum stay 90 hari..dan boleh masuk banyak kali sepanjang setahun tuh.. itu antara yang dicatat pada visa berkenaan.. sebelum nie..sekali entry jek.. pastu nak masuk lagi.. kena apply visa.. now tak perlu.. kebenaran visa diberikan selama setahun dan boleh duk sana sampai 3 bulan... dan boleh multiple entry.. wah... ini sudah bagus (macam nak pergi sana lagi je in future hehehe insyAllah)

Untuk yang takde biometrik cip pada passport macam aku.. so jika nak ke jepun... kenalah download borang kat sini dan boleh tengok guideline di sini. Mudah sangat.. buka borang pdf tuh..boleh taip terus dalam tuh dan terus print tapi tak boleh save. Buat gambar passport berukuran 45mm X 45mm dengan latar putih.. lepas tuh terus ke embassy japan berdekatan jalan Tun Razak off persiaran Stonor.. nak cari mudah.. cari jalan ke KLCC.. bersebelahan dengan bombay palace (ke KLCC ikut Jalan Tun Razak)..

Parking kat tempat yang disediakan.. kalau penuh boleh parking sementara kat tepi jalan.. Beritahu pada guard untuk buat visa.. dia akan bagi borang kena isi.. dan bagi ic.. dia akan bagi kad.. lepas tuh dia suruh masuk ikut pintu kiri.. bagi kat guard tuh telefon hp... dia bagi kad no.. dan lepas tuh scan handbag... dan terus p ambik no kat kaunter permohonan visa...

Dinasihatkan untuk pergi pagi.. tak ramai orang pun.. aku aritu sampai pagi jumaat sekitar jam 9++ pagi ..ada dalam 3 orang jek.. tak sampai 10min dah selesai.. terus dapat slip resit untuk ambik passport kat kaunter 5 (tak yah dah ambik no kalau datang untuk ambik visa)

Proses permohonan mudah sangat.. tapi kalau dah ada passport biometrik cip lagik senang... tak perlu nak apply visa.. macam kes aku... terpaksalah menapak dan drive ke KL.. but it's a good experience juga..

2 Mei ini KLIA2 akan bermula.. dan 9 Mei pulak LCCT akan ditutup sepenuhnya... yang bestnya.. malam 1 mei itu aku terbang ke jepun... mungkin masih di LCCT lagi... dan balik 10Mei.. mungkinkah aku akan mendarat di Klia2? Dengarnya airasia tak nak pindah ke Klia2... kita tengoklah nanti kan ;)

My itinerary detail for the trip
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...