Tuesday 31 May 2011

Badan yang lesu.. Otak yang tepu

Ini statement orang baru mula kerja.. Biasalah bila dah cuti semalam.. nak mula balik kerja dan study.. mood blues pun sampai.. Sebenarnya memang aku rasa letih sangat.. tak tahu pasal apa.. Ikut hati nak balik jek.. tapi kalau dah namanya balik rumah.. alamatnya sure kerja2 bertangguh lagi..

Cuaca kat tepi tingkap aku nie pelik sikit.. baru jek kejap tadi mendung dan hujan.. sekarang nie panas terik dan berbahang.. memang kalau aku boleh rekodlah cuaca nie.. dari tepi tingkap nie jek boleh rasa macam rasanya cuaca 4 musim nie.. tak yah sesusah dah... kejap sejuk.. kejap panas.. tapi yelah itulah anugerah Allah untuk kita rasa.. teringat tadi bila aku sembang dengan kawan aku waktu subuh seawal pkl 2 pagi dan waktu maghrib pukul 9lebih malam.. terus dia kata.. "Kat malaysia juga yang tetap waktunya.. tak perlu susah2 nak fikir beza masa".. betul tuh.. tapi pada masa yang sama.. kalau kita tidak bermastautin ke luar negara.. mana kita nak tahu wujud perbezaan waktu begini.. dan bagaimana kita seharusnya menghargainya.. Itulah indahnya hidup di negara 4 musim.. waktu solat sentiasa berubah mengikut musim dan waktu.. adakala awal.. adakala lewat.. tapi semuanya tidak sukar untuk kita ikut.. hanya nak atau tak nak sahaja kan..

Contoh paling mudah.. kalau nak solat kat tanahair.. kalau tak jumpalah surau yang selesa.. yang besar.. ada di kalangan kita sanggup cari tempat2 begitu untuk selesa bersolat.. walhal kan kat sini.. kami solat dimana sahaja.. asalkan sesuai.. pengalaman kami solat di bawah pokok.. di tepi pantai.. atas batu.. atas padang rumput.. tepi kaki lima  tandas awam.. itu semua adalah pengalaman kami.. tapi pada masa yang sama itulah kemanisan ibadah.. rasanya kalau kat mesia kita buat solat tepi pokok.. atau tepi kaki lima pejabat.. aku rasa mesti ada yang rasa pelik betul tak??

Ok cukuplah cerita pasal semua nie.. tapi hidup mengembara di negara orang nielah sebenarnya mengajar kita muhasabah diri dan bersederhana.. kalau di tempat sendiri kita rasa diri kita dah cukup mewah dan selesa.. hanya bila ke negara oranglah kita akan dapat menilai kehidupan orang dan bila kita sendiri berpeluang tinggal di negara orang itu.. barulah kita turut hargai apa yang selama ini kita kadangkala abaikan atau tidak ambil kisah pun..

Hari nie kerja letih.. sebab dalam aku sibuk settle toilet ladies.. Sv aku suruh aku sapu koridor utama dari pintu utama masuk ke bangunan aku tuh.. Nak marah pun ada masa tuh sebab area tuh kawan aku yang cover.. tapi pehal lah pulak aku kena sapu lak.. so dalam merungut2 dalam hati tuh.. buat jugalah.. udahlah lepas tuh pkl 9 diorg ada celebration surprise birthday lak.. dekat nak pkl 8.40 aku baru selesai kerja2 toilet.. lepas tuh turun bawak penyodok dan berus penyapu.. sapulah koridor besar tuh.. dalam tengah khusyuk menyapu tuh.. staf2 pulak semuanya baru sampai.. udahlah sepjg korodir tuh ada 4 pintu.. jenuhlah meenyapu sambil menolak angin.. janji kata hati aku.. bersih ke tak bersih aku dah buat.. kot nanti Sv aku nak check. dia tgk adalah kesan2 lepas disapu tuh.. kalau tak buat langsung tuh memanglah akan perasan.. so buat jugalah... nak kata bersih sangat susah sebab aku menyapu pada masa yang sama angin sejuk dari luar pun masuk.. cer bayangkan.. camna gayanya nak nyapu camtu..

Selesai aku hantar plastik sampah ke tempat diorg letak sampah kat 1 koridor tuh.. terserempak lak dengan Sv.. dia tanya aku turun tak nanti untuk minum kopi dan makan roll.. aku angguk jek.. walhal masa aku naik ke level 6 tuh jam dah 9.15.. mana sempat.. pkl 9.20 dah nak kena keluar pulak.. itupun aku salin baju dan kemas2 semua aku keluar dari bangunan tuh dekat 9.30 dah.. sampai punch out tadi dah 9.40.. sampai2 jek hujan pun turun dengan agak lebat.. Nasib pakwe masih setia menanti aku.. Hajat dihati nak gak p ponteng tadi.. temankan dia p beli barang.. tapi kenangkan kerja yang masih belum siap.. datang jugalah ke uni.. sebab tuh aku rasa letih sangat nie... amat letih..


Cukuplah mood cuti nie.. masa untuk bekerja keras pulak ;)

How true is this words?
Yeah I believed it's so so true..

Saturday 28 May 2011

30 cara nak kurangkan stress

Sementara aku tunggu ayam panggang aku masak dalam oven.. dan pakwe aku pulak sibuk ngemas stor (aku dah sound semalam suh packing barang masuk kotak).. Aku pun layan 1 email nie.. dari iVillage Health.. Sebenarnya banyak gak tips yang diorang bagi.. ada tips pasal masakan.. pasal kesihatan.. pasal sex pun ada (ini aku dah layan hahaha.. alah kita org dah kawin.. baca jelah buat tambah pengetahuan)

Ok tapi yang aku nak cite nie bukan pasal tip sex.. no.. no.. no.. (lain masa ok) tapi pasal tip kurangkan stress.. aku bab2 kurangkan stress nie memang aku suka.. sebab hidup aku setiap hari manjang jek stress.. ok kita layan ok..

Nak baca detail dia korang p kat sini
30 Days, 30 Ways to Less Stress


1. Minum Teh hijau : Menurut satu kajian dengan hanya minum 10 ounce (aku pun tak tahu ukuran tuh.. agak2 jelah.. kalau aku minum 1 mug kot) boleh bantu kurangkan stress dalam masa 48jam..
This comfort drink naturally revs up the brain’s production of gamma-aminobutyric acid, a neurotransmitter that helps people feel calm, even when surrounded by complete chaos, explains nutrition researcher, Steven Pratt, M.D., co-author of the book, SuperHealth.  Ok lepas nie nak cuba minum teh hijau lak.. Buat masa nie aku dah stop minum kopi atau nescafe dan mula minum teh berperisa buah.. mungkin boleh cuba minum teh hijau nie pulak ;)

2. Manjakan atau hargai diri anda : Manjakan diri anda dengan beli sesuatu yang anda suka macam minyak wangi ke, lipstik ke, beg baru ke, barang kemas ke.. makan benda-benda yang teringin ke.. boleh bantu kurangkan stress dalam 24jam.. “That's because these things focus the mind inward, away from anxiety-inducing distractions,” explains Vincent Giampapa, M.D., and author of The Anti-Aging Solution. “And that soothes overworked adrenal glands, reducing their output of cortisol, adrenalin, and other draining stress hormones.” Bab-bab manjakan diri memang aku suka.. selalu juga buat benda nie terutama kalau time memang stress sangat2.. kadang beli kek atau benda-benda yang aku suka makan pun dah boleh release stress paling2 tidak pun.. balik rumah aku masak benda-benda yang aku teringin makan.. Takpe balik mesia aku tau dah ada orang yang aku nak tuntut bab2 makan sedap nie ;)

3. Letak Screensaver yang menenangkan jiwa: Contohnya pantai, laut, tasik, pergunungan atau apa-apa aje yang buatkan anda tenang dan damai.. Nak letak gambar orang tersayang pun boleh.. ikutlah.. "This stimulates the brain to produce alpha waves, electrical impulses that enhance feelings of relaxation and tranquility, say researchers at Britain’s University of Sheffield. And you don’t need to book a tropical cruise to make this stress-busting strategy work for you." Dulu-dulu penahlah rajin letak benda nie.. sekarang nie jadi malas lak.. boleh juga cuba kot..

4. Cuba ambil makanan berasaskan 'Whole Grains': Contohnya kalau yang suka makan roti.. cuba ambil yang jenis roti perang bukan roti putih.. dan yang mana suka makan beras putih.. boleh cuba tukar ke beras perang..Kalau aku kat sini.. memang white bread antara menu utamalah.. “This healthy eating plan calms up to 75 percent of stressed people studied, often in as little as two weeks!” The reason: White flour is so rapidly absorbed by the gut that it triggers wild ups and downs in blood sugar and that stimulates the adrenal glands to pump out an excess amount of stress hormones, explains Dr. Bloomfield. “But whole grains are absorbed a lot more slowly, so they keep blood sugar on an even keel and prevent nerve-jangling stress hormone surges.” Roti perang nie memang rasa dia kesat sikit.. Ok memandangkan aku memang makan roti hari-hari.. aku cuba selang selikan white and brown bread nie.. tapi nasi perang rasanya takdelah cuba kot.. masih maintain makan nasi basmati jek..

5. Berkaki ayam sekali sekala: Simpan kasut anda dan berjalanlah atas rumput, atas pantai atau batu-batu massage yang ada kat taman-taman.. ini membantu stimulate pressure point di tapak kaki dan beri isyarat pada otak untuk rembeskan hormon tenang 'dopamine'. And research at Britain’s School of Complementary Health suggests that this sort of gentle foot massage can reduce feelings of stress as much as 33 percent. The study-proven strategy: Spend 10 minutes walking barefoot on lush grass, or a soft carpet or wiggle your toes along a fluffy pillow, instead. Bab kaki ayam nie memang selalu pun.. sebab kat umah aku memang wall to wall kapet.. tapi aku memang misslah berkaki ayam pijak rumput atau jalan di pantai.. memang best.. kat sini jangan nak mimpilah pakai selipar sekali pun.. sejuk ohhh.. tapi kalau dapat buat memang best ;)

6. Sentiasa 'keep track' perkara yang merisaukan anda: Sentiasa bawa kertas pad & pen, dan tandakan pangkah untuk setiap perkara yang merisaukan anda. Bila malam hari, kira skor anda. As you become aware of how much time you waste worrying, your daily score will automatically go down, say experts at the National Institutes of Mental Health. Why? Their research suggests that worrying is a time-sucking habit that people often fall into unintentionally. However, this stress-shedding trick prompts people to become more cognizant of mindless fretting. Alah bab-bab nak tanda nie aku memang malas.. sebab takut nanti bukan makin sikit yang aku tanda tapi makin banyak huhuhu... cukuplah aku tanda dalam minda jek leh ;)

7. Tarik nafas dalam-dalam bila tengok 'dot' : 1 pek stiker dengan titik-tik kecil mungkin dapat menenangkan anda. Bagaimana? According to Belgian research, spending a few minutes each day breathing slowly and deeply (moving your belly instead of your shoulders) can trigger a 63 percent reduction in stress. “Deep breathing slows your physiological responses, calming the brain and nervous system the same way meditation does,” explains Herbert Benson, M.D., associate professor of medicine at Harvard Medical School. “The problem is that in times of stress, most of us forget to do this.” Oleh itu kalau nampak sebarang bentuk bulat, titik sama ada di komputer, cermin, pintu, tingkap atau apa-apa sahaja, itu boleh dijadikan panduan untuk tarik nafas dalam-dalam dan bertenang. Oh... tarik nafas bila nampak benda bulat?? ok boleh cuba.. depan aku nie banyak benda bulat nie.. jam.. cermin.. dvd.. lampu.. mug.. hahahaha.. jenuhlah aku nak tarik nafas setiap 5 saat ;)

8. Exercise:  Ada kebenaran sebab dia boleh bantu kita release stress nie.. Just 30 seconds of intense exercise can tame tension for a full hour, say researchers at California’s Stanford University. That’s because, quick bursts of exercise boost production of serotonin and norepinephrine, mood-elevating hormones that help your brain stay 20 percent clearer and calmer during high stress times, explains Dr. Bloomfield. “Even a quick peddle on a stationary bike, a turbo-fast sweep of the kitchen floor or a quick sprint to the bus stop can give you this great mood boost.” Dulu aku pernah rajin ke gym.. memang berkesan.. tapi masalahnya balik dari gym dan exercise tuh aku stress pulak sebab nak kena masak dan settlekan keje umah hahahaha... yelah pergi gym pun dah petang lepas study kat uni.. paling sikitpun masa aku kat gym 2 jam.. abis kat gym dah pkl 8 lebih malam.. balik nak kena masak pulak.. lepas tuh kena tidur awal sebab esok nak bangun pagi.. lepas tuh aku stop ke gym sebab schedule aku jadi full pulak.. tapi memang masa aku p gym badan rasa ringan dan muscle pun develop best jek.. lari 20min pun takde hal.. skrg nie semua dah out... Aku berazam gak nak buat benda nie balik.. bila aku balik mesia sok.. (ke aku bg alasan yang sama gak esok huhuhu.. Tiny.. sok kita p berenanglah jom..)

9. Makanlah kekacang, coklat dan buahan kering : Suffering from jangled nerves? Start, noshing! According to USDA researchers, trail mixes containing salted nuts, seeds and chocolate chips are the second richest source of magnesium, containing an impressive 235 milligrams of this essential mineral per cup. “And magnesium is a powerful, natural tranquilizer,” explains cardiologist Stephen T. Sinatra, M.D., author of Reverse Heart Disease Now. “This nutrient naturally relaxes muscles, lowers anxiety levels and even improves sleep quality.” Start snacking on a few handfuls daily, and Cornell researchers say you could be feeling less frazzled in as little as one week.  Baca benda nie buat aku terkejut.. sebab dulu memang snak ini adalah makanan wajib aku kat umah dah uni.. memang aku pasti akan beli snak jenis kekacang nie.. terutama aprikot kering.. mangga.. betik.. kekacang dan macam-macam untuk aku ngunyah masa buat kerja di uni atau di rumah.. tapi stok2 tuh semua dah lama tak beli.. Tak sangka benda2 nie ada kesan pada paras stress level.. kena mula balik kot habit lama nie... emmmm

10.Cakap perlahan-lahan : Menurut kajian untuk berasa tenang.. kita pun kenalah bercakap dengan perlahan dan tenang serta yakin. Why? Speaking in a relaxed tone of voice has been shown to significantly lower blood pressure, heart rate and stress levels, often within minutes! “Although no one’s sure yet why, a person’s speech has a profound effect on their own mood,” explains psychologist John Garrison, Ph.D., former director of Lahey Clinic’s Stress Management Program in Burlington, MA. “In fact, just speaking more calmly can reduce your own blood pressure as much as 10 percent.”  Teknik nie simple.. mungkin ada kebenaran sebab bila kita bercakap dengan perlahan-lahan, ia beri masa kita berfikir dan tenangkan diri.. terutama bila bercakap time marah atau tensen.. Aku rasa betul gak.. terutama bila bercakap dalam bahasa inggeris hahaha.. sebab kalau cakap dalam BM tuh kita laju jek sebab kita tak fikir sangat apa yang kita nak cakap sebab makna dan vocab perkara yang kita nak cakap tuh dah ada dalam kepala.. tapi bila bercakap dalam BI.. kat sini biasanya aku ye nada percakapan aku memang jadi slow.. sebab nak fikir perkataan yang nak disebut.. makna dan juga 'accent' yang nak digunakan hahahaha... sorry 4 thn duk sini.. aku ye accent BI memang takleh tukar.. I'm already sound like local.. ;) so maybe I shud write in english?? Abislah... makin tebal lah kamus yang korang kena beli tiap kali nak baca blog aku nie.

11. Tulis apa yang anda rasa: Just writing about what’s stressing you out can make you feel far less frazzled, says Garrison. “Spelling, grammar, writing style and neatness don’t matter one bit, the trick is to just vent,” he says. “Letting off a little steam in this healthy way can quickly reduce pent-up anger and frustration and that dampens stress hormone output, allowing you to truly relax.” In fact, studies at Stony Brook’s State University of New York and elsewhere show writing about what’s bugging you for just 15 minutes three times weekly is so effective at easing stress, it cuts tension headaches, anxiety and other stress-triggered symptoms almost 30 percent.  Ini memang benar.. bila aku stress atau marah.. memang aku rajin menulis hahaha.. tapi terhad kat blog nie jelah.. sebab aku boleh tulis dengan merapu tanpa rasa risau tentang apa yang aku nak sampaikan.. Another side of me ;)

12. Nyanyi dalam bilik mandi : Getting a little wet and wild can lower heart rate and blood pressure, and trigger slower, deeper, more relaxed abdominal breathing, all in as little as three minutes, say scientists at the University of Wisconsin. The connection: When you sing, you naturally inhale deeply and breathe out in a slow, controlled fashion. And scientists say that breathing strategy naturally calms the brain stem and the cerebral cortex, brain regions that help control everything from heart rate and stress hormone output, to muscle tension and anxiety. Bonus: Any kind of music will work. The trick is to simply inhale deeply and sing with gusto! Ini masa duk asrama selalu buat hahaha... kat rumah mak tak pernahlah buat.. rumah sendiri pun tak pernah buat gak.. mana sempat nak nyanyi pagi2 buta pkl 5 time sejuk2 tuh hahahaha.. tapi yelahkan.. menyanyi pun release stress.. aku selalu nyanyi gak bila duk sorang2.. atau sambil2 buat kerja mencuci aku pagi-pagi tuh.. oklah juga tuh kan..

13. Hidu bauan yang wangi : Just a whiff of this sweet scent has been shown to spur a significant increase in stress-reducing alpha brain waves, often in as little as 60 seconds, say scientists at the Smell and Taste Treatment and Research Foundation in Chicago. “You can get this powerful effect from sniffing the real flowers, smelling a lavender-scented candle or just by setting a small bowl of potpourri in the room you most often use,” explains lead researcher Alan Hirsch, M.D., the foundation’s neurological director. Secara tak langsung ada betul gak.. sebab pernah gak bila aku bersihkan bilik-bilik kat tempat kerja aku tuh.. ada bilik-bilik yang aku masuk tuh memang wangi jek dengan bauan potpuri.. kadang-kadang terbau wangian minyak wangi staf kat SDS pun aku rasa best hahaha.. lagi satu sebelum tidur aku pun suka letak dan pakai minyak wangi kat badan.. atau sapu lotion yang ada bau yang sedap.. memang rasa best.. Will do this..

14. Tengok wayang : In a study done at Dallas’ University of Texas, 85 percent of people admitted that just crashing on the couch and watching a movie was not only one of their favorite ways to relax, it was also their most effective way of chasing away stress! “Watching an upbeat movie is a fantastic way to relax, escape and get a better perspective on the week’s stresses,” says Garrison. “It allows you to take a mental break from your worries, and problems are often easier to solve once you’ve had a break from them so you can see them more objectively.” So have a movie night tonight -- and call it your stress-therapy! Ini memang dah lama aku tak buat.. tapi sejak kebelakangan nie aku jarang sangat dapat tengok wayang sebab pakwe takde masa jek.. dan dia malas... tapi memang tengok wayang adalah aktiviti kegemaran aku.. Tapi apa pun.. kat umah aku channel movie adalah channel utama yang mesti ada dalam list aku..Tengok movie kat umah sambil dia urut bahu dan leher aku setiap malam pun dah kira best.. kot kalau tengok wayang mana boleh buat cenggitu kan hahahaha... ;)

15. Tidur awal : Surveys suggest 38 percent of people hit the snooze button at least once every morning. And this simple action can be enough to put your stress-o-meter through the roof. Why? Being repeatedly jarred awake is as stressful to the brain as chronic sleep deprivation, since it shocks you awake repeatedly, says Dr. Bloomfield. His advice: Head to bed 30 minutes earlier this week, instead of trying to sneak in more poor-quality winks in the morning, and recent studies reveal you’ll cut your stress hormone output as much as 37 percent Ini memang selalu buat pun.. kalau aku stress tidur awal mmg benda wajib aku buat ;) (pernah aku tidur dari pkl 5.30ptg sampai pkl 2pagi baru bangun)

16. Bercerita perkara yang mengembirakan : Chatting with friends or coworkers about acquaintances, as long as you’re recounting positive stories and passing along praise, helps 96 percent of people reduce their stress levels within 30 minutes. “That type of positive, uplifting human interaction stimulates the brain’s natural bonding instincts, lowering blood pressure and heart rate, and soothing the cortisol-producing adrenal glands,” explains Dr. Benson. Betul juga.. cerita pasal benda-benda seronok.. ketawa.. gelak.. pun memang bantu mood kita.. tapi kenalah cari kawan yang pandai bercerita dan melayan.. tapi kalau takde kawan.. layan blog-blog yang ada cerita kelakar pun best gak.. seronok juga kan ;)

17. Berpegangan tangan : Holding hands for two minutes boosts the brain’s production of oxytocin, a bonding hormone that soothes jangled nerves and lowers blood pressure for an hour or more at a stretch, say researchers at the University of North Carolina. That’s because oxytocin helps soothe the amygdale, the brain region that’s responsible for feelings of anxiety, researchers say. Can’t spot anyone to snuggle? Cuddling a pet for two minutes offers the same stress-shedding effect. Pegang tangan selama 2 minit?? ohh boleh cuba nie.. tapi aku kalau dengan pakwe lagik extreme hahahaha.. aku peluk dia terus.. takat pegang tangan apa kes hehehehe... tapi yelahkan.. apa-apa sahaja yang bantu releasekan stress.. pegang tangan nie aku buat masa nak tidur jek.. satu cara untuk aku cakap dengan dia.. 'I luv U' ;)

18. Kreatif : People who spend at least 20 minutes doing soothing activities like knitting, or scrap booking, enter a light meditative state that dials down their production of cortisol, adrenaline and other stress hormones by 45 percent, helping them feel calmer and more relaxed for up to three hours afterwards, say Harvard researchers. Focusing your mind on simple, constructive fine motor tasks activates the brain waves that calm the adrenal glands, making them less likely to fire out a flood of stress hormones when life throws you curves, explains Dr. Sinatra. Aktiviti yang boleh buat kita kreatif?? kalau aku banyak.. cam menulis.. melukis.. ambil gambar.. tapi dalam banyak-banyak tuh melukis memang paling berkesan sekali sebab dia mmg ada kena ngena dengan mood.. Tapi aku jarang sangat melukis nie.. bukan apa malas hahaha... so aku selalunya turn to taking photo.. sebab itu kalau tengok gambar-gambar yang aku ambil.. semuanya ada makna dan posisi tertentu.. oh ya.. gambar kat blog nie biasa2 jek.. sebab aku ambil guna kamera hp jek.. tapi pada yang dah biasa tengok gambar2 yang pernah aku ambil di sana.. pasti tahu apa yang aku maksudkan ;)

19. Sibuk kan diri : People who putter around the house doing small tasks like sweeping out a closet, sorting through a junk drawer, or organizing their spice rack, burn off so much mood-dampening cortisol that they feel calmer and happier within 15 minutes, say University of Chicago researchers. Knocking some small, nagging jobs off of your to-do list provides a major feeling of accomplishment and that stimulates the brain to produce a flood of the calming neurotransmitter, dopamine. “For best results, select a little task that won’t take you more than 20 minutes to finish,” suggests Dr. Sinatra. Ini pun memang betul gak.. kalau kita ada benda lain yang kita boleh buat untuk lupakan stress tuh.. selalunya aku sibukkan diri dengan masak benda yang aku teringin nak makan hahaha.. camnalah nak kurus camnie ;)

20. Tengok album lama : Gazing at the photo of a loved one can de-stress you in as little as 60 seconds, by stimulating the release of the calming hormone oxytocin, says Scott Haltzman, M.D., author of The Secrets of Happy Families. Can’t cart full-sized photos around on the job? Hang a smaller one on your key chain, attach one to your car dashboard, or tuck one into a pretty locket to look at when you have a harried day. Ini pun best juga buat.. kadang-kadang tengok album lama banyak buatkan kita tersenyum dan ketawa.. banyak album2 aku di mesia.. kat umah ada juga.. memanglah kan.. tengok album lama memang sedikit sebanyak bantu release stress.. lepas tuh sedih lak sebab teringat2 ;)

21. Minum koko panas atau hot chocolate : It’s packed with phenylethylamine, a natural plant compound that binds to brain cells, boosting their production of the calming neurotransmitters serotonin and dopamine in as little as five minutes. The study-proven strategy: Enjoy one 8 ounce cup of cocoa daily. Counting calories? Sniff a few squares of chocolate instead. Just savoring the smell of this sweet treat stimulates cannabinoid receptors, tiny receptor sites on brain nerves that alter brain wave patterns, producing a calm, relaxed sensation in less than two minutes, say UCLA researchers. Ini selalu buat bila sampai ke uni.. aku memang akan buat air hot choc.. lepas nie leh selang seli dengan teh hijau lak ;)

22. Pergi berurut atau manjakan badan anda : A five minute daily massage (whether you do it yourself or ask a loved one to help) is so relaxing, it cuts stress hormone production almost in half, and helps women function 50 percent more effectively under pressure, say University of Miami researchers. “The trick is to lie down, relax and do a two-minute body scan, first, mentally checking your body to find the muscles that are most tense and sore,” says Garrison. Why? You’ll get the biggest bang for your buck if you massage the sorest muscles, whether it’s your neck, shoulders, lower back or calves, because applying pressure to tight muscles stimulates the release of mood-boosting, calming endorphin hormones, he says. Berurut siapa kata tak best.. mestilah paling best untuk release stress.. nie menaip entri nie pun dah penat leher aku nie.. ok sat gik nak suruh pakwe urut ;)

23. Berendam di tub : Do you tend to pick speedy showers over leisurely baths, because you always have so much to do after your tub time? Well, consider this: Studies at Florida’s University of Miami suggest that a 20 minute relaxing soak activates the parasympathetic nervous system, a branch of the nervous system that helps calm and soothe the brain, cutting cortisol levels by as much as half and shielding you against stress for up to 12 hours straight! Walaupun rumah aku ada bathtub.. aku sendiri pun jarang sangat nak berendam.. takde masa kot.. bak kata kawan aku.. bukan tak nak berendam.. tapi nanti masa berendam tuh duk fikir lak.. apa nak masak lepas nie.. nak kemas baju.. nak kemas umah. nak itu nak ini.. last2 bukan hilang stress lagik stress hahahaha...

24. Memberus : Dry brushing involves gently rubbing a soft, dry brush all over your legs, arms and back -- and for years, it was considered nothing more than a speedy way to boost circulation to the skin. But now doctors at California’s Stanford University say dry-brushing your legs, arms and back for just five minutes can cut edginess by 25 percent for up to three hours by stimulating thousands of nerve endings that work together to lull the central nervous system into a tranquil state. Their advice: Select a long-handled brush made of natural fibers, like tampico vegetable fibers, to make this stress-buster a breeze. Berus badan camnie tak pernah buat.. tapi kalau takat sikat rambut tuh biasa... pada aku yang ini kalau pergi berurut kira lebih kurang sama kot.. satu lagik.. kalau lah dapat orang main rambut dan urut2 kepala aku pun dah rasa ok lah.. cam berus badan jugalah tuh kan ;)

25. Ketawa : Turns out, laughter really is the best medicine. That’s right, studies show yuking it up with a funny friend dampens stress and anxiety levels 63 percent, making giggles more effective than even yoga. “Shared laughter activates the maternal response in women, increasing their production of calming dopamine, oxytocin and serotonin hormones, plus it soothes the adrenal glands, so they’re less likely to produce a flood of stress hormones every time life gets a little hectic,” explains Elaine Wilkes, Ph.D. Ketawa buat kita gembira.. no doubt about this.. memang ketawa mempengaruhi mood kita kan..

26. Buat senarai benda-benda yang kita suka : Trapped in traffic? People who use chunks of this type of wasted time to jot down five things they’re grateful for spend the rest of their day feeling more optimistic, calmer and happier, thanks to the fact that reminding yourself of some of the blessings in your life automatically dials down your stress hormone output, says Dr. Benson. “And you don’t have to write down the same five things each time,” he says. “A sunny day, a delicious lunch, a loved one’s smile...if it made you feel grateful that day, you’ll reap the benefits by putting it on your list.” Aku lak kalau time takde benda nak buat.. 2 benda selalunya yang aku sering lakukan.. dengar music dari phone dan baca buku.. 2 benda nie memang aku bawa kemana-mana terutama buku tuh ada salinan 'softcopy' dalam phone aku.. anytime anywhere aku boleh membaca untuk hilangkan kebosanan.. buat list pun ok gak.. tapi buat masa nie aku tak suka sangat plan ahead sgt.. aku ye style skrg nie buat based on daily basis... so aku ye list takat untuk hari tuh je ;)

27. Baca puisi kegemaran : Relaying a poem out loud derails anxiety by forcing you to breathe deeply and rhythmically while focusing fully on the words and the pacing of the lines, according to recent research in the International Journal of Cardiology. And that chases away stressful thoughts, lowers heart rate and triggers a state of deep relaxation within 10 minutes. Any rhythmic poem that forces you to take slow, relaxed breaths as you read will do the trick, say the study authors. Aku biasanya suka tulis puisi kalau aku stress.. jarang sangat simpan puisi koleksi penulis terkenal.. maybe bagus juga kot kalau dapat beli buku camtu.. tapi menulis puisi memang mampu ekspress apa aku rasa ;)

28. Lakukan perkara kebajikan : In a recent study, scientists scanned subjects’ brains as they played a computer game that allowed them to make charity donations or win cash. While both scenarios raised levels of the feel-good hormone dopamine, only charitable donations stimulated a rise in stress-soothing oxytocin. Interestingly, people who stand the least chance of their good deeds being noticed, such as those who make quick trips to a Goodwill drop-off box, experience the biggest oxytocin boost, notes Dr. Giampapa. “And that’s because helping others without fanfare activates the genes that elicit the maternal response, one of the most effective ways of soothing your brain when you’re surrounded by chaos.” Ini pun perkara bagus.. bila kita buat benda baik.. pasti kita rasa happy kan.. ;)

29. Makan sayuran : The rhythmic action and fine motor control required to do this task reduces stress by soothing the brain’s amygdala, two almond-shaped nerve clusters that kick-start feelings of nervousness, anxiety and even panic when people are under pressure, say UCLA researchers. Bonus: Ten minutes of chopping will not only soothe your amygdala for up to two hours straight, it will give you enough veggies to make a healthy, soothing batch of your favorite soup or stew! Fakta nie memang tak boleh disangkal ;)

30. Mengeliat atau streching : When your muscles are constantly tense and tight, it stimulates your adrenal glands to produce a steady stream of anxiety-triggering stress hormones like adrenaline. Thankfully, just stretching for two minutes four times daily can relax muscle tension and dial down stress hormone production, boosting calmness and positive moods as much as 60 percent, say Cornell University researchers. To do: Loosen a tight back, neck and shoulders by doing gentle head rolls, shoulder shrugs and arm and leg stretches, then finish by straightening your now-relaxed spine and reaching for the sky with your finger tips, so your lungs can take in several deep, relaxed breaths before you dive back into your busy day. Ini selalu gak buat bila aku penat duduk depan PC.. tapi kalau dapat urut lagi best ;)

Akhirnya... selesailah 30 cara nak kurangkan stress... uihhhhhhhh stress aku nak siapkan entri nie hahaha... ok nak pergi makan ayam panggang dengan lauk daging masak merah masakan pakwe...

Adios.. Cheerio ;)

Friday 27 May 2011

Apa nak buat kalau dah rindu sangat??

Salam Jumaat..

Kejap jek dah jumaat kan.. rasanya cam baru jek taip entri hari jumaat minggu lepas.. Isnin cuti.. nie kalau kat mesia.. petang nie lepas abis kerja study aku.. sure aku dah kemas-kemas baju dan terus drive balik kg.. dalam masa kurang 2 jam sampailah rumah mak.. takat dari rumah aku ke rumah mak tuh.. pejam mata drive pun aku dah terer jalan2 dia.. Yelah walaupun dah 4thn duk sini.. jalan balik kampung tuh tetap aku ingat apa..

Tuhlah aku rasa aku kena penyakit rindu lah sekarang nie.. rasanya aku perlu siasat.. aku yang rindu sebenarnya?? atau ada orang lain yang sebenarnya rindukan aku nie??? sebab kali nie rasa rindu nie berat sangat.. maknanya.. bukan sekadar rindu itu dari aku.. tapi rindu yang datang itu juga aku 'trace' dari beberapa orang lain gak.. hehehehe.. jangan tak tahu aku pun ada kuasa telepati ok.. sesiapa ada niat jahat jangan rapat.. boleh 'sense' guna sensor hati ;)

Takpelah kalau ada yang berniat jahat tuh.. aku doakan minta Allah jauhkan niat jahat itu daripada aku.. kalau nak bertembung pun.. Aku doakan dipesongkan ke tempat lain.. atau dimatikan hasrat orang tuh.. itu jelah yang mampu aku buat pun.. tapi kalau Allah memang dah izinkan (dgn bantuan syaitan iblis).. kita yang terima niat jahat dan hadapi kesan buruk tuh.. kenalah sabar juga.. sebab sedar atau tidak kita sebenarnya.. itulah dugaan dan cabaran namanya.. memanglah rasa tensen dan marah bila kena.. tapi kita pada masa yang sama juga kenalah tenang-tenangkan diri.. kena cool.. (cakap memanglah senang.. kot nanti kena??) yelah sebab aku dah pernah kenalah aku leh cakap pun.. tapi memang dalam situasi yang sebegitu.. tenang dan cool itu memang perlu sangat2.. sebab kalau kita cuba juga selesaikan dan fikir dalam keadaan kita tak cool.. memang takkan jumpa penyelesaian pun..

Ehhh... nie tadi nak cite pasal rindu.. nie pesal lak cite pasal benda lain.. oppss.. tersasul kejap.. takpelah selingan sat.. Yelah aku rindu sangat nie.. tapi aku memang rasa.. rindu nie daripada orang lain nie.. Sebab dia datang dengan pelbagai rasa.. nasib jek takde bau.. idak.. sure aku pening sebab banyak sangat bau yang datang.. ohhh.. dedulu memang pernah 1 tahap.. bau pun ada sampai kat aku hahahaha... (bukan bau dari bunga wangi.. atau bau setanggi.. atau bau bukan-bukan.. tapi lebih pada bau badan orang yang ingat aku.. atau orang yang aku rindukan)..

Ohh.. bab nie aku malas nak explain.. nanti korang kata aku nie dah jadi tok bomoh pulak.. idak.. cuma aku kadang-kadang memang boleh dapat gerak hati.. tapi hanya di kalangan mereka yang benar-benar rapat dengan aku jek yang aku boleh trace.. lagipun dia datang sendiri pada aku.. pernahlah juga ada orang ajar aku untuk panggil atau tengok seseorang yang kita rapat.. tapi cara tuh aku try tak menjadi pada aku.. (bukan guna jampi serapah pun.. takat baca bismillah dan a-fatihah jek pun) Aku syak maybe sebab aku tak ready bab2 nak panggil dan seru orang nie.. selalu yang datang pada aku nie.. dia datang sendiri pada aku.. atau dia lalu bagi salam jek hahaha...

Sila baca dengan hati dan fikiran terbuka apa aku cakap2 tuh.. hanya mereka yang benar-benar rapat dengan aku jek yang tahu apa yang pernah aku terbuat dengan diorang di saat mereka sedih atau down.. tapi masalahnya.. bila aku down pulak.. jarang sebenarnya yang boleh trace apa aku rasa.. so far dalam banyak2 yang aku kawan.. aku hanya jumpa 3 orang sahaja yang boleh trace rasa hati aku.. dan orang yang pertama adalah pakwe aku masa aku mula2 kawan dengan dia.. sampai aku nangis pun.. lepas tuh dia leh call aku tanya kenapa aku nangis tadi... (ini cite lama masa aku bujang dulu).. selepas dia aku jumpa sorang lagik.. sampai aku berdebar-debar dan tak sedap hati pun dia boleh tahu.. sampai call tanya apa masalah aku..  Tak percaya semua nie?? Sebenarnya wujud.. dan isu nie juga pernah dikongsikan oleh sorang kakak dalam blog dia dulu tapi dia ye telepati dengan suami dia jek.. cuma aku skrg nie dengan pakwe aku masih ada.. dulu2 selalu gak aku hantar telepati minda aku kat dia.. sejak sambung belajar dan memang dia duk dekat ngan aku nie.. jarang2 dah aku hantar dan amalkan telepati nie.. cuma aku memang pernah ada pengalaman dengan sorang kawan aku tuh (selain dari pakwe).. sampai aku sakit pun dia tahu...

Ok cukup cite misteri nie.. cuma aku rasa rindu yang datang nie ramai sangat yang rindu.. Sabar ye semua.. InsyAllah aku balik.. Nanti malam datang dalam mimpi aku ok.. aku jawab semua persoalan korang satu persatu ;)

So kalau rindu sangat nie nak buat apa ek??? Kalau aku.. tidur kot nanti leh jumpa dalam mimpi ;)

Aku syak bilik stor nie akan rindu aku..
Sebab aku cuti sampai Isnin ;)

Thursday 26 May 2011

Aku sibuk!! tapi blogging masih juga on..

Salam Khamis..

Dah khamis kan.. esok dah jumaat.. minggu depan Isnin cuti.. selepas aku kemaruk menaip bahasa inggeris semalam.. ari nie tukar lah pulak tune.. kesian tgk kwn aku kena cari kamus hahaha... so back to normal ehh ehh ter'speaking' lagik.. ok balik asal lah.. taip semula dalam bahasa melayu percakapan.. kalau BM penulisan.. udah salah semua tatabahasa dan ejaan nie.. Abaikan jelah ok..

Kerja hari nie ok.. siap awal 2 3 ari nie.. esok last day.. so kena tolong member level 4 sok.. harap takde banyak benda nak kena tolong sebab esok aku nak settlekan mop tangga.. minggu lepas aku mop dengan rajinnya.. sebab ada bekas titisan air kat tangga.. ingat lepas mop tuh hilang lah.. nan ado lah.. bekas tuh ada lagik.. kesan degil kotoran yang tegar... so esok kena mop semula kali nie kadar tekanan mop perlu ditambah..

Esok juga adik aku sorg tuh balik mesia for good.. ingat hari nie nak ajak p minum pagi.. dia kena p jumpa SV dia pulak pkl 10.. so takat sms kata good luck jelah.. idak pun malam nanti aku call dia sebelum dia naik flight awal pagi sok.. (eh... aku lupa dia pun baca blog nie hehehe.. kalau ko baca ko tunggu jelah sms akak ko mlm krg).. Dah balik adik aku sorang nie.. Aku?? Soon.. InsyAllah.. aku akan balik menyusul..

Apa plan hari cuti isnin? buat masa nie belum ada plan lagi.. tapi rasanya weekend nie sekadar lepak umah.. atau lepak rumah kawan2 setia.. biasalah port melepak nie mmg dah tetap.. diorg semua tgh kemaruk tgk maharaja lawak skrg nie.. ingat korang kat mesia jek tengok?? kitaorg pun layan juga.. itu belum lagik episod tgk american idol.. udahlah mggu lepas terlepas sebab duk sibuk meeting dari jumaat sampai lah sabtu mlm.. weekend lepas schedule aku penuh.. balik umah pun semua main pkl 1 2 pg jek..

Tadi kena tegur masa p umah (blog) sorang kakak nie.. biasalah musti kena singgah.. dia sound.. ko sibuk2 pun sempat nyinggah gak ekk.. hahahaha.. biasalah.. sampai jek ofis pg nie... mmg aku blog walking dulu.. settle baru buat keje.. sebab aku concentrate trus smpi petang.. berhenti pun nanti sbb nk solat n lunch.. so waktu pg sebegini haruslah jejln umah org dulu...

Oklah.. nak sambung buat kerja.. teringat2 tadi kawan aku sound.. 'Asyik malas jek nie.. Rajin2 lah sikit...' Oh aku cakap malas dgn dia 1 benda jek.. tapi dia punya sound pasal aku malas tuh cam bebenar terserlah kemalasan aku hehehehe... Aku rajin ok... rajin..


Ok will update soon.. kot dtg idea bosan aku petang kang sebab takde idea nak karang ayat utk literature review kang.. aku singgahlah karang ayat blog pulak ;)

Take 5 kejap sebab nak ambik shot nie..
Aku tahu kasut aku lawa..
Dah banyak kali aku puji kan kan..

p/s : Upload header baru ;)

Windy Cold Spring Summer (English mode)

It's been almost 3 days the cold wind appeared.. Last 2 days it's been a horrible day where the wind was so strong.. I was on the road with a friend and we almost got blown away on the way to the supermarket. I almost hang on to the lamp post because it did manage to move me forward a few steps.. Thank god.. it didn't manage to blow away my scarf and I'm glad to wear quite tight rain jacket. I also happen to open the window beside the table and it created chaos with the loud sound of  'banging door' coz the wind was trying to escape thru the door.. and all the window blind almost be blown away in different directions. Why did I open the window in the first place?? Cos it was quite warm in the room.. My room happen to face the sun in the morning and it manage to capture and preserve the warm heat all morning.

Since yesterday.. on my way to work early in the morning.. I could see lots of broken branches along the walking pavement.. It has not been clear up.. I don't know why.. maybe the staffs were waiting for more in few days.. but today I could see more longer and bigger branches.. I can't imagine if it had fallen onto people walking down the pavement.. Gosh.. It must hurt badly.. and most of all I don't want to be the one who experience it.

It's going into summer.. eventhou it's end of may.. and still in spring time.. but it doesn't seem to feel like summer anytime soon.. I feel like it going backward to winter days.. Thinking wearing my winter jacket again.. but with the rain almost everyday now.. the winter jacket is not the best option.. wearing the rain jacket is the most appropriate choice. So I have to get used the windy cold feeling every morning when walking up the hill to pickup the SDS keys and straight up to the SDS building.

Working days happen to be easy breazy I guess.. I manage to finish up all the work schedule quite early these few days.. I had almost 45minutes break time before exiting from the building. Happy to get this kind of time when it's was chaostic last few weeks.. Taking my time and taking the break as much as I can, before more covering work appear somewhere soon..

Next monday is the bank holiday.. The last public holiday until x'mas holiday at the end of December.. So I'm looking forward enjoying the weekend holiday.. and probably  going somewhere on that day..

Study schedule is still moving forward.. but an email from home from a dearest friend manage to make  me feel guilty.. sorry and mix-up. I know people been wondering and thinking about me.. but I also hope that they would able to understand my reasons and my decisions.. Just bear with me and just pray for me.. InsyAllah.. soon.. I'll see all of them soon..

Wish the Daffodil last longer..
But sadly.. it's gone now..

Sorry ler ari nie kemaruk nak speaking 'English'.. Jangan marah ok.. kot tak faham.. buat-buatlah faham.. dan buat-buatlah angguk-angguk kepala ;)

Tuesday 24 May 2011

RINDU..

Tiba-tiba aku rindu..
Hadirnya tanpa sebab yang aku tahu..
Mengetuk pintu hati bertalu-talu..
Ku tahan hati walaupun aku pilu..

Tiba-tiba aku rindu..
Bila mendengar alunan lagu merdu..
Ingatan kembali ke kenangan lalu..
Saat ketawa ria sendu tangis bersamamu..

Tiba-tiba aku rindu..
Ingin aku pulang ke pangkuanmu..
Memegang erat tanganmu..
Merangkul kemas bahumu dengan jemariku..
Memeluk tubuhmu bersatu dengan diriku..
Mencium pipimu yang lembut itu..
Ketahuilah aku terlalu rindu..
Terlalu rindu..

Wahai rindu..
Mengapa kau datang kala ini..
Ketika hati berperang rasa begitu begini..
Ketika fikiran mengundang ingatan dinihari..
Aku cuba tahan dan ku tolak ke tepi..
Tapi hati terus merasai..
Manakan dapat aku hindari..
Andai rindu mengoncang kehendak hati..

Rindu itu selalu ada..
Walau selama mana berlalunya masa..
Kemarin.. Semalam.. Esok atau Lusa..
Ia sentiasa setia..
Mahu atau tidak datangnya tanpa dipinta..
Rindu itu kekal milik aku dan dia..
Moga membawa bahagia selamanya..
Bersama hingga ke pintu syurga..

Warna Senja itu indah..

Baliklah cepat!!!

Baliklah cepat!!
Janjilah nak balik cepat k..

Sebenarnya.. sejak sabtu lagi aku dah dengar 'panggilan pulau' nie.. Perkataan 'balik cepat' nie memang jadi fobia pada aku sekarang ni tau.. Ikut hati memanglah nak balik cepat! Ingat Mesia tuh cam dekat sejam dua drive ke? Naik flight pun.. aku sampai mesia dah masuk hari esok.. bertolak hari lain.. sampai sana hari lain tau..

Sapa yang nak balik lambat kecuali kalau keluar dating kan kan.. lagik lambat balik lagi best hahahhaa tapi kalau keluar dengan pakwe.. lagi cepat balik lagi dia suka.. kalau keluar p makan.. takde maknanya lah nak bersembang panjang.. sebab nanti sampai rumah lepas sejam.. dia akan cakap.. 'Ah masaklah abg nak makan' walhal kan tadi kan baru keluar p makan... takde makna jek p keluar makan tadi..

Sebenarnya bila baca dan dengar kata-kata kawan-kawan baik aku yang kerap menuturkan kata-kata baliklah cepat nie aku sayu sebenarnya.. Aku tahu diorang semua rindu.. atau memang dah lama sangat tak melepak bersama.. apakan daya.. masa belum mengizinkan.. cuma apa pun aku mampu janji.. InsyAllah.. aku pasti akan balik.. cuma lambat atau cepat sahaja.. Paling utama doalah untuk aku cepat balik dan cepat selesaikan tugasan aku nie.. Hati aku nie dah lama sangat nak balik sebenarnya.. Ikutkan esok juga aku nak balik.. itu kata hati kan..

Sabarlah wahai kawan-kawan.. Pada mereka yang nak tarik-tarik kain nak ikut atau suh aku balik cecepat tuh.. Tariklah kain sendiri dulu ok.. Nanti esok2 kalau aku pakai baju kurung ko tariklah sepuas-puasnya ;)

Nampak tak jalan hiway nie??
Kalau mesia tuh dekat..
Sekarang juga aku balik tau

Monday 23 May 2011

Lepak di sini

Buat masa ini.. Blog ini akan dijadikan tempat lepak utama.. Yang di sana terpaksa direhatkan buat sementara waktu.. Sebabnya?? Biarlah rahsia.. (tetiba kena deletelah.. Ahaks bahaya gak tuh krg rahsia terpecah di jari jemari..)

Lagi pun dah glemer sangat di sana.. so lebih selesa di sini yang tak ramai follower dan aku boleh cerita dengan merapu dengan sesuka hati.. Some of you know what I mean.. ;)

So going to be here most of the time and I already put on my music... Where I will put my head and ears while doing my writing and programming...

See ya all soon.. I'm going to continue my work for now..

Hari yang panas..
Bila berjalan kaki memang best..

Friday 20 May 2011

Schedule kerja tukang cuci cute

Salam Jumaat semua..

Alhamdullilah.. kita masih bernafas di hari jumaat yang mulia ini kan.. Alhamdullilah juga Allah masih berikan kita kesihatan yang baik.. mampu bergerak dengan tenaga dan keupayaan yang ada.. Semoga hari-hari seterusnya begitu jugalah.. malah lebih baik dan sempurna dari hari ini..

Wah mukadimah ala-ala tazkirah.. Sajalah.. kita mulakan entri dengan kata-kata yang baik dan doa yang baik.. supaya nanti mood kita pun ceria dan baik-baik sahaja.

Hari ini aku memang rasa letih.. tak tahulah.. maybe sebab aku dah mula rasa macam bosan sangat .. Tadi masa lepas cover HR.. aku rasa happy lah sikit sebab dah selesailah tugasan aku cover kerja orang.. tuptup masa tengah mop tangga tadi.. Sv datang.. aku tau dah.. kalau datang tuh mesti ada kerja tambahan aku kena buat.. dan betul pun.. Isnin dan Jumaat depan aku kena tolong member kat level 4 pulak.. diorg cuti.. Rasa nak senyum pun tak larat masa tuh.. dahlah minggu nie aku cover 4 hari berderet2 kerja orang.. selalu kalau aku cover.. biasanya selang seli jek.. mmg minggu nie aku cover berderet.. itu belum kes minggu lepas yang aku cover level 4 tuh.. Nak merungut pun malas.. cuma aku rasa macam nak apply jek cuti tambahan lagik bln 6 nie.. mahu balas dendam pulak hahahaha... rasa kalau takat cuti 1 hari jek bln 6 tak cukup.. takpe aku rasa aku mahu tambah cuti.. betul aku bosan sangat2.. dah 3 thn aku kerja kat department tuh.. tahun nie mmg aku bosan sangat2.. sebab kali nie kekerapan cover kerja orang dah jadi rutin hampir tiap minggu.. walhal kan kerja aku sendiri pun banyak juga kena buat..

Ada orang pernah tanya aku.. kerja kalau cover nie kena bayar ke?? takde.. sebab kena cover dalam masa 3 jam waktu bekerja tuh.. cuma jadi penat sangat2 sebab kerja kita jadi double.. tempat sendiri pun kena buat.. tempat org pun kena buat.. memang penatlah.. tuh yang kadang2 aku tensen.. lepas tuh memang kena well plan dan kena timing.. kalau tak buat cam gitu.. pkl 10 pun belum tentu kerja siap..

Aku cerita sikit aku ye schedule hari-hari.. kerja cleaner nie pun ada schedule gak..

Isnin: 
Hari nie masa bekerja pendek jek.. sampai pkl 9.00pg.. so biasanya hari isnin aku lepak2 sikit sebab lebih fokus pada buat kerja yang ringan2 jek.. Yang biasanya kena buat..
  • Clear tong sampah di toilet ladies dan gents.. 
  • Lap meja & clear sampah di bilik meeting,
  • Clear 2 tong sampah di bilik seminar bawah.. lap meja dekat coffee machine.. check sampah dalam recycle bin.. 
  • Naik bilik seminar atas.. clear sampah.. lap meja coffee machine.. check recycle bin.. 
  • Tutup semua lampu..
  • Check sampah kat toilet disabled.. bersihkan kain lap biru.. gantung tepi tangga..
  • Masuk kitchen office SDS.. lap meja kabinet.. lap meja.. lap sinki.. clearkan sampah.. ganti plastik hitam baru.. 
  • Bersihkan kain lap hijau dan gantung untuk dikeringkan.. dan check kain lap tangan.. ganti kain lap baru setiap 2 hari..
  • Ambil 1  plastik recycle baru dan tukar plastik recyle pada mana-mana kotak recycle yang ada dalam ofis tuh.. biasa aku rotate plastik yang kena tukar nie ikut bilik ke bilik setiap minggu..
  • Clearkan sampah dari satu meja ke satu meja.. kalau plastik kotor tukar plastik baru.. bab ini aku amat particular.. kalau terkoyak sikit.. atau ada kesan kotor sikit.. aku terus tukar baru.. kalau department lain tuh aku tgk.. kdg plastik dah kotor sana sini.. pun tak tukar2.. oh.. aku takleh..sakit mata tgk..
  • Lepas clear semua tong sampah.. letak kain lap biru dan botol penyembur ecotense dalam stor..
  • Ambil baki plastik hitam yang aku letak dekat dgn toilet disabled.. dan bawah turun guna lif(paling sikit 1 plastik hitam.. paling banyak 6)
  • naik lif check karpet depan lif.. kalau kotor sangat vakum.. kalau kotor sikit2 pejam mata hehehe.. dan turun ke toilet ladies..
  • Keluarkan 2 baldi warna merah.. 1 untuk mop lantai dan 1 untuk lap toilet.. isikan air dalam 2 baldi ini.
  • Semburkan ecotense pada semua singki dan toilet.
  • Ambil baldi merah utk lap toilet dan mula operasi mengelap mangkuk tandas dan bekas tisu, cara lap dengan 8 lipatan kain.. dengan cara ini bakteria atau virus dari 1 permukaan takkan dipindahkan ke permukaan lain.. (mengelap pun ada cara.. dari atas ke bawah.. dan 1 permukaan lap 1 lipatan kain)
  • Selesai lap.. bersihkan baldi merah dan kain pengelap merah, simpan baldi dalam stor.
  • Mop lantai di sekitar tandas.
  • Lap pula setiap singki dengan kain lap kuning.. lap juga cermin.. pemegang pintu.. hand dryer.. kalau mood rajin bawah singki (paip tuh pun aku lap)
  • Mop lantai sekitar singki dan letak baldi dan penyembur luar pintu toilet ladies untuk naik ke tingkat 6.
  • Letak sign 'cleaning in progress' ke dalam ruangan sekitar singki.. supaya kalau ada sesiapa yang masuk.. akan perasan yang lantai tuh baru lepas mop.. kot jatuh sebab licin pun.. tak leh salahkan aku sebab ada sign tuh.
  • Naik level 6, bersihkan tandas disabled (proses sama cam tadi) lap tandas dan singki serta mop lantai. Check tisu tangan, kalau susut tambah tisu baru. Biasanya kalau aku kat level nie.. staf SDS ramai yang baru sampai.. so ucapan good morning akan berkumandang secara berjemaah ;)
  • Turun ke level 3, Toilet Gents. Kena ketuk pintu sebelum masuk takut ada orang lelaki dalam tandas tuh.
  • Kalau takde orang, aku masuk dengan bahagianya.. start sembur ecotense pada semua singki, tandas dan urinal area.
  • Basahkan kain lap merah dan mula lap tandas.
  • Lap pula urinal area (kalau kat tandas lelaki mesti ada benda nie), selalu aku cukup malas dan tak suka lap area nie.. sebab tahu air kencing diorg nie sure terpercik kat dinding2 dan lantai.. biasa kat sini aku sembur ecotense tuh banyak2 sikit.. terutama kat lantai..
  • Bersihkan kain lap merah, letak di luar pintu bersama botol penyembur dan mula lap singki dan cermin guna kain lap kuning.
  • Mop lantai di sekitar urinal area, bersihkan dalam baldi mop dan baru mop pula area sekitar tandas.. sebab 2 kali mop?? aku tak air2 kencing yang ada kat kawasan urinal itu berpindah ke kawasan tandas. Very detail kan aku fikir hahaha...
  • Buang air dari baldi dan naik ke tandas ladies level 4 untuk bersihkan baldi, mop dan kain pengelap.
  • Salin uniform dan bersiap untuk keluar dari bangunan tuh.
Selasa:
  • Bersihkan bilik-bilik seminar, kitchen dan pejabat SDS
  • Lap setiap meja ofis dengan duster
  • Vakum ofis SDS
  • Bersihkan tandas Ladies, Disabled dan Gents

Rabu
  • Bersihkan bilik-bilik seminar, kitchen dan pejabat SDS
  • Vakum bilik-bilik seminar dan kawasan sekitar lif dan ke pintu masuk ofis SDS
  • Bersihkan tandas Ladies, Disabled dan Gents
Khamis
  • Bersihkan bilik-bilik seminar, kitchen dan pejabat SDS
  • Lap meja, kerusi, kabinet, sudut pintu, tingkap di ofis SDS dengan kain pengelap biru
  • Vakum tangga
  • Bersihkan tandas Ladies, Disabled dan Gents
Jumaat
  • Bersihkan bilik-bilik seminar, kitchen dan pejabat SDS
  • Mop lif dan tangga
  • Lap pemegang tangga, pintu, suis lampu dan dinding berkayu sekitar lif.
  • Bersihkan tandas Ladies, Disabled dan Gents
Nampak simple jek kerja aku.. tapi setiap proses tuh agak terperinci.. tapi itulah schedule aku hari-hari.. kalau dah kena cover kerja orang di department lain.. maknanya ada proses yang aku sebutkan tuh aku tak buat, tapi yang major cam buang sampah dan bersihkan tandas tuh wajib.. kalau takat lap, vakum atau mop tuh aku akan skip ikut tahap urgency dia.. kalau ketara sangat kotornya aku tetap akan buat juga..

So camna?? Ada rasa nak join aku jadi tukang cuci dak???

Thursday 19 May 2011

Perjuangan

Setiap kita pasti akan melalui perjuangan.. Cuma mungkin perkara atau prinsip atau tanggungjawab yang kita perjuangkan itu berbeza-beza.. Paling asas.. kita semua sedang berjuang untuk hidup.. Berjuang menjadi manusia yang beriman dan berilmu tak kira apa jua yang kita pegang dan percaya..

Semalam aku menyaksikan bagaimana sebuah perjuangan itu hampir sahaja merundum semangatnya.. Tinggal di sini istilah perjuangan pada kami bukan sekadar ilmu pengetahuan yang kami cari dan perolehi.. tapi kami turut berjuang dalam mengharungi kehidupan 4 musim yang cukup mencabar setiap hari.. Kami juga berjuang dalam berhubungan sesama manusia.. tapi semalam perjuangan keharmonian yang selama ini kami rasa cukup tenang dan akrab.. kini menyaksikan episod pertelegahan dan berbalahan yang cukup memualkan kepala, hati dan perasaan.

Penat sebenarnya.. tapi demi tanggungjawab kepada ummah dan masyarakat.. segelintir kami terpaksa korbankan masa dan tenaga untuk semua itu.. Terpaksa korbankan rasa beban pengajian yang cukup melelahkan dan meletihkan.. tapi kami lebih rasa terpukul kerana dalam diam ada juga yang berpaling tadah dan lepas tangan.. Terkilan dan terluka hati kami.. tapi seperti kata-kata seorang rakan malam tadi.. 'Andai kita gugur.. kita gugur selepas berjuang.. kita dah cuba dan buat ikut kemampuan yang kita ada'

Apa perjuangan yang kami perjuangkan?? Apa kisah sebenarnya?? Aku tidak mahu huraikan di sini.. cukuplah ini dijadikan sebagai bacaan santai dan cetusan minda buat sesiapa yang membaca rentetan ini..

Paling utama.. Aku mahu terus berjuang hingga semangat terakhir.. Semoga Allah kurniakan aku kejayaan yang cemerlang.. Permudahkanlah usaha aku.. Aminn

Hari ini aku tulis kata-kata ini..
Aku perlukan motivasi..
InsyAllah semoga aku terus berjuang hingga selesai..


Pada mulanya aku mahu letakkan gambar ini di 'sana' tapi aku khuatir niat aku ini bakal disalah tafsir sebagai riak atau menunjuk-nunjuk...
Cukuplah aku abadikan kata-kata ini di sini..
Doakan semoga aku pulang dengan kejayaan..
(Eh.. baru perasan.. ayat aku skema giler dalam entri kali nie.. 
Biasalah bila sampai masa nak bermadah tuh mmg jadik aje)

Wednesday 18 May 2011

Bila aku bosan cover kerja orang

Sejak blogspot buat hal beberapa hari lepas.. actually sampai hari nie aku ada masalah nak login ke akaun nie.. Akhirnya aku cuba login guna mozilla.. Akhirnya dapat juga.. Problem betul lah kan..

Minggu nie 4 hari aku kena cover HR.. kawan aku yang jaga department tuh cuti jaga hby dia yang baru lepas operation jantung.. Penat!!!! Aku rasa sejak minggu lepas lagi keje aku nie asyik cover orang jek.. Merungut ler tuh hahahaha... betul lah aku bosan sangat.. amat bosan.. bukan apa bila ada 2 department kena cover.. mmg meletihkan.. lepas tuh kalau cover yg basic jek takpe.. nie hari nie kena vakum kapet merah depan tangga ke tingkat 4.. tak vakum xleh sebab jalan tuh diorg guna untuk naik ke dewan exam kat level 4 tuh.. semalam nampak dah kena vakum.. tapi aku pejam mata jek sebab ada benda lain nak kena buat juga..

Bila kena cover 2 department camnie.. mmg aku kena well plan masa aku.. apa nak buat kat department aku.. dan department kena cover pun apa nak buat.. satu lagi aku memang kena set masa.. buat keje tertentu memang kena timing.. takleh lari.. kalau terlajak masa yang aku dah set.. alamatnya mmg aku kluar lambatlah.. cam tadi.. dari mula aku turun keta.. sampailah aku punch out.. aku langsung tak merasa nak duduk pun.. adalah sekejap.. xsampai pun 5saat sebab masa tuh dah lewat sangat dah nak pkl 9.20 masa untuk keluar dari bangunan tuh.. Memang penat sangat tadi.. aku merasa duduk pun masa tunggu pakwe depan bangunan punch out.. masa tuh baru rasa lega sikit.. fikir2 tadi pesal penat sangat nie.. rupanya selama 3 jam tadi tuh aku langsung tak duduk.. berdiri.. berjalan dan naik turun tangga non stop.. patutlah aku letih giler..

Bila selesai cover HR tadi dan vakum kapet merah.. aku terus turun ke basement untuk ambil stok plastik putih.. langsung terus ambil borang cuti untuk 2 bulan yang berbeza.. 1 hari pada bln jun sebab kwn baik nak balik mesia.. masa tuh dia duk umah aku 1 malam sebelum flight dia esok.. takkan tuan rumah nak keje.. sapa nak buatkan sarapan pagi tuh.. so ambillah cuti.. bulan 7 lak 5 hari cuti.. aku ambil cuti seminggu terus.. 6 hari jek cuti yang aku ambil.. tapi cuti aku masih berbaki banyak.. masih ada 28hari.. tolak 6 hari.. masih lagik 22 hari.. nie br bln 5.. ikutkan aku masih boleh ambil 3mggu cuti sampai hujung tahun nie..

Pagi tadi masa aku mengeluh dengan kawan-kawan aku.. pasal kena cover kerja org minggu nie.. diorg semua bising dengan aku... 'ko nie bila nak ambil cuti??? cuti langsung tak ambik.. ambiklah' hahahaha... aku tergelak.. memang pun.. tuh yang nekad isi borang cuti gak ari nie.. done.. ikutkan hati nak gak ambik cuti bln 5 nie.. tapi hjg bln nie ada public holiday lagi.. so takyahlah.. dah cuti umum kan..

Tengok aku punya cuti tahun masih ada baki 28 hari lagik..
Yang cuti ambik bln 3 hari tuh pun cuti hadiah 'perfect attendance'
Itu pun selepas kena sound berkali-kali dengan SV aku suh ambik cuti..
Aku nie memang workholic lah..
Ok cuti dah settle..

Tuesday 10 May 2011

Minggu hujan

Beberapa hari yang lepas rakan-rakan di tanahair, ramai yang mengadu sekarang nie cuaca amat panas. Rungutan nie aku dengar hampir merata2 di malaysia.. Kat sini pulak bermula minggu lepas hujan hampir setiap hari.. minggu yang panas tuh merasalah 2 minggu.. dan 2 minggu itu jugalah aku merasa jalan kaki balik umah sebanyak 4 kali..

Syukur.. selepas jek aku buat pas bas minggu lepas.. Hari itu juga hujan turun dengan lebatnya.. rasanya hingga ke hari ini.. hampir setiap hari hujan.. Syukur episod aku jalan kaki balik umah dah tamat.. rasanya aku pun tak sanggup nak jalan kaki kalau time hujan camnie.. kalau hujan sahaja tak per lagi.. aku masih redah walaupun lebat.. masalahnya kat sini.. hujan datang bersama angin kuat.. kadangkala kalau tak kena gaya boleh terhuyung hayang semasa berjalan.. kalau bawak payung pun takde makna.. confirm payung tuh patah.. entah bape byk payung aku yang telah ditong sampahkan.. satu lagi bila berjalan dalam hujan dengan hanya cover separuh badan dengan jaket hujan tidak memadai.. selain muka yang basah.. tangan.. seluar dan kasut pun basah sekali.. Nasib sekarang nie pakai kasut kulit.. tapi masalahnya tapak mudah masuk air pulak.. so episod stokin basah pun jadi 1 hal.. (nie namanya suh beli kasut baru hehehe)

Kerja takde beza sangat.. cuma esok bermulalah episod aku kena tolong kawan level 4.. sebab sorang tuh cuti 7 hari.. Kenalah vakum tangga dekat dengan muzium tuh lagik.. aduhhhh.. aku penah vakum sekali memang serik dan sakit pinggang.. mana idaknya.. kena vakum koridor dengan tangga berpusing tuh.. kalau sekali vakum habuk kat kapet tuh terus disedut takpe gak.. nie.. mau 2 3 kali tolak tarik vakum tuh barulah habuk2 tuh hilang.. mana tak letih.. nak kata vakum yang xkuat sedut pun bukan.. aku suspek kapet tuh memang kena p tukarlah.. puas menyedut berulangkali.. bak kata Sv aku.. 'I know that blue carpet is a pain in the but' hehehehe... tau pun.. aku ingat aku jek merungut dalam hati.. rupanya dia pun tau gak hehehe... dari cover tangga tuh kan.. sebenarnya aku lebih rela cover department HR dan vakum kapet merah kat entri masuk ke HR tuh.. walaupun luas.. tapi senang nak vakum sikit.. berbanding dengan kes kapet biru tuh... 'Sighhhh' Do I have choice??? NO... buat jelah...

Semalam dan hari nie dah mula dapat itinerary untuk trip early July.. kawan aku yang buat plan tuh schedule utk 7 hari... cuti nak kena ambil nie.. so far trip tuh oklah.. cuma aku suggest beberapa tempat sepanjang trip tuh.. dulu last round pun dengan dia juga.. cuma kali nie aku buat a few suggestion sebab ada 2 stop kena singgah.. ada orang kirim 'skaf' bola sepak.. dia punya fanatik buat aku gelak.. kesianlah pulak kan.. so kenalah masuk dalam schedule aku.. awal2 aku dah beritahu 2 stop nie pada kawan aku.. mean memang kena singgah.. dia sure no hal punya.. sebab laki dia mmg kaki bola gak.. maybe dia takde rasa nak singgah sebab pakwe aku kan bukan kaki bola..

Kiranya nie cuti yang agak panjang untuk aku sebelum puasa nanti nie.. lepas this trip mmg aku takkan kemana-mana dah sebab nak prepare untuk balik pulak InsyAllah lepas raya nanti.. memanglah rezeki aku berjalan masih dengan kawan aku nie.. dulu round pun dengan dia.. dia dah balik mesia.. datang balik nak konvo pun.. kitaorang masih ada jodoh berjalan gak.. hehehe... Takpe dah rezeki.. tetiba lak 2 3 hari nie rasa sayu lak.. maybe sebab rasa cam masa pun dah tak lama lagi jek kan..

Apa pun.. aku sure rindu dengan keje nie lepas nie.. Bukanlah best pun.. tapi so far dah 3 thn aku keje kat level 6 SDS tuh.. staf dia semua best2.. baru2 nie.. sorang staf tuh tanya camna progress study aku.. most of the staff memang tahu aku study.. dan diorg tahu aku ye major adalah computer sci.. sampai ada yang terkejut bila tahu aku ye background yang banyak involve dengan training seperti mana yang diorg handle kat department yang diorang handle tuh.. Heheheh... kadang2 best juga borak sebab pengalaman kitaorang sama jek.. terutama bila kena bg training kat staf proffesor.. staf tua2.. aku dah puaslah mengadap diorang2 nie.. mana jek staf baru masuk dulu.. memang akan jumpa aku untuk sesi training guna sistem universiti.. kena pulak aku cover jaga department yang memang buat training untuk universiti.. senyum2 jelah bila tengok nota-nota atau kertas-kertas training diorang tuh ;)

Esok another day.. kejap jek kan masa berjalan.. rasa baru jek jumaat dah esok hari rabu....

Wednesday 4 May 2011

Bila roti bakar sudah menjadi sarapan wajib selama 5 bulan

Uih.. tajuk entri pun tak boleh blah.. Sungguh 5 bulan dah makan roti bakar.. itu tak kira 4 thn yang sarapan aku hanyalah salad kentang.. baguette tuna atau telur rebus.. atau kadangkala panini ayam coronation.. atau sushi sejuk tesco atau sainsbury..

Bila cerita makan roti nie.. aku mesti tersenyum sebab ada sorang kawan aku.. kalau sembang jek time aku baru sampai ke uni.. dia mesti akan perli aku.. Asyik makan roti jek hahaha.. Nak buat camna..dah itu makanan yang paling senang dan segera untuk dibawa bekal..

Hari ini bekal aku hanya 2 keping roti bakar berinti kaya.. sejak dapat beli kaya di kedai cina.. jam orange marmalade aku pun dipandang sipi-sipi jek.. sentuh pun idak.. betapa sombongnya aku beberapa minggu nie.. aku rasa minggu depan nie confirm kaya tuh habis.. sebab kalau aku yang menyapu kaya di roti tuh adalah budget jimat cermat sikit.. ingat2 jugalah untuk hari esok lusa.. tapi bila datang pakwe aku.. dia sapu kaya itu dengan sesuka hati dia jek.. main sapu banyak2.. tengok tuh tensen jek.. tapi yang aku juga perasan.. sejak seminggu dua ini.. dia pun dah mula bawa bekal roti bakar.. wahhhh... nampaknya pengaruh aku makan roti ini sudah berleluasa pada pakwe.. cuma hujung minggu kalau sabtu ahad tuh.. aku biasanya tak makan dah roti bakar untuk sarapan pagi... sebab biasanya aku akan masak bihun goreng.. nasi goreng.. atau apa2 yang heavy jek.. tapi pakwe aku.. walaupun aku goreng nasi.. roti bakar dia tetap makan dulu.. kiranya dia lagik tegar dari akulah..

Hari ini.. aku memang budget dah tak tahu apa nak bawak bekal.. selain roti bakar kaya 2 keping yang wajib setiap hari.. selalunya aku pasti akan bawa benda lain yang lebih berat untuk makan tengahari aku. roti bakar tuh just utk sarapan pagi.. mulanya aku dah budget.. lunch nie aku nak makan baked potato dan tuna.. my all time fav.. udah lama teringin nak makan.. memang best.. kalau dah mengadap nie.. dengan kulit2 potato tuh makan sekali.. hehehehe... tapi.. bila check email.. ohh hari nie ada RD (research digest) meaning ada discussion group sikit.. dan biasanya memang ada lunch free.. oppsss... ulang sebut.. lunch free.. so nampaknya.. rancangan untuk pergi beli baked potato tuna terpaksalah dibatalkan.. uihhhh... nie teringin nak makan baked potato udah postpone entah berapa lama dah nie.. sebulan lebih ada nie.. takpe.. 1 fine day.. 1 fine day.. aku pasti akan pergi cafe joanna bites tuh untuk beli baked potato.. niat dulu.. buat kendian hehehe..

Sebenarnya tadi masa aku duk merenung roti bakar yang aku makan hari2 tuh.. terfikir seketika.. betapa mudahnya cara hidup aku sekarang nie.. nak makan pagi dan tengahari hanya sekadar roti.. semalam jek breakfast & lunch aku 5 keping roti (3 keping roti bakar + 2 keping sandwich tuna -pemberian orang) dan 1 gulung tortilla wrap berinti sosej, timun bwg dan keju danish.. balik mesia.. confirm lah kan.. mesti sarapan aku nasi lemak.. kue tiaw goreng.. roti canai.. soto kak pah.. dan lunch pulak.. siaplah segala restoran sekitar TM tuh yang akan dikunjungi.. merasa lagik ke aku nak makan roti bakar pagi2 dan lunch tortilla wrap lagik?? Selama hampir 6 thn dulu keje.. itulah hari2.. sampai 1 masa aku dah jemu sangat makan nasi lemak aku tukar makan cornflakes.. dan pernah juga 2 minggu makan epal hijau untuk sarapan pagi.. (yang bestnya.. epal hijau tuh pakwe tolong potongkan dan dia tolong masukkan dlm plastik untuk aku bawa bekal sebelum start keje)..

Kadangkala bila berbual dengan rakan-rakan di tanahair.. bila tanya sarapan dan lunch apa.. sure aku terkedu bila diorg cakap makan macam-macam.. sebab sarapan dan lunch aku cukup simple jek.. diorg pulak rasa pelik.. sampai tanya aku.. kenyang ke??? hehehehe.. sebenarnya aku ye style makan simple jek.. aku tak kisah makan apa pun.. walau pun hanya cekodok bawang jek.. aku ok lagik..

Ini buat aku flash back masa aku zaman sekolah rendah dan sekolah menengah.. Aku memang dari zaman sekolah.. kalau keluar awal pagi.. memang aku tak sarapan sangat.. kalau makan pun sikit sangat atau takat teguk air 2 3 teguk.. tabiat nie memang terbawa-bawa sampai sekarang.. kalau aku buat air milo.. atau nescafe kat umah sebelum keluar umah.. nak2 pulak ada urusan kerja.. memang aku akan minum takat 2 3 teguk jek.. lepastuh memang terletaklah atas meja dapur atau meje kat ruang tamu sampai aku balik umah petang.. Pakwe dah faham sangat perangai aku yang satu nie.. kalau teringat jek.. then baru aku letak dalam peti sejuk.. selalunya memang letak kat luar jek.. Tak basi ke?? takkk... sebab suhu kat rumah aku nie sejuk.. biasalah.. kalau kat mesia confirm mmg dah tak leh minum..

Sebab itu aku suka sarapan benda-benda yang simple di awal pagi.. kalau namanya nak makan yang berat2 terutama kalau kena keluar pkl 6 pagi tuh.. memanglah takde dalam kamus hidup aku.. sarapan aku yang berat hanya bermula lepas pkl 10pagi.. Kiranya cam aku makan brunchlah.. Itupun selama 4 thn nie.. memang roti jelah sarapan utama aku..

Makin kurus?? Hahahaha... nan ado lah.. aku rasa berat badan aku maintain jek pada stage nie.. Balik mesia kan.. aku dah terbayang2 dah.. nie mesti akan ada orang promote produk macam2 nak kuruskan badan.. walhalkan aku dah lama tahu.. untuk aku kurangkan berat badan aku.. hanya 1 jek.. aku kena exercise.. orang yang jenis kuat bersukan memang camnielah.. kalau aku bersukan balik cam dulu-dulu.. sebulan jek aku jamin memang aku boleh turun dan develop muscle aku balik.. nie dah 2 minggu aku jalan kaki.. dah rasa dah badan aku ringan.. bukan susah pun sebenarnya.. kalau kena makan produk2 nie.. turunlah kejap.. pastu naik balik.. tapi kalau aku maintain bersukan atau p gym cam dulu.. memang senang sangat turun.. Pemakanan tak beri kesan sangat pada aku.. sebab aku jenis tak makan banyak.. dan aku memang makan simple..

Mesti aku terkejut nak sesuaikan makan benda2 yang kebiasaan kat mesia kan.. dan mesti juga aku rindu roti bakar aku hari2 nie.. Agak2 boleh ke ekk aku maintain budaya nie.. Will try.. nanti aku ajak kawan aku yang baru balik dari NZ tuh join.. ntah2 nanti dia yang pengaruh suh aku makan macam-macam.. udahlah dia tuh kurus kering.. makan banyak mana pun maintain jek..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...