Friday, 20 May 2011

Schedule kerja tukang cuci cute

Salam Jumaat semua..

Alhamdullilah.. kita masih bernafas di hari jumaat yang mulia ini kan.. Alhamdullilah juga Allah masih berikan kita kesihatan yang baik.. mampu bergerak dengan tenaga dan keupayaan yang ada.. Semoga hari-hari seterusnya begitu jugalah.. malah lebih baik dan sempurna dari hari ini..

Wah mukadimah ala-ala tazkirah.. Sajalah.. kita mulakan entri dengan kata-kata yang baik dan doa yang baik.. supaya nanti mood kita pun ceria dan baik-baik sahaja.

Hari ini aku memang rasa letih.. tak tahulah.. maybe sebab aku dah mula rasa macam bosan sangat .. Tadi masa lepas cover HR.. aku rasa happy lah sikit sebab dah selesailah tugasan aku cover kerja orang.. tuptup masa tengah mop tangga tadi.. Sv datang.. aku tau dah.. kalau datang tuh mesti ada kerja tambahan aku kena buat.. dan betul pun.. Isnin dan Jumaat depan aku kena tolong member kat level 4 pulak.. diorg cuti.. Rasa nak senyum pun tak larat masa tuh.. dahlah minggu nie aku cover 4 hari berderet2 kerja orang.. selalu kalau aku cover.. biasanya selang seli jek.. mmg minggu nie aku cover berderet.. itu belum kes minggu lepas yang aku cover level 4 tuh.. Nak merungut pun malas.. cuma aku rasa macam nak apply jek cuti tambahan lagik bln 6 nie.. mahu balas dendam pulak hahahaha... rasa kalau takat cuti 1 hari jek bln 6 tak cukup.. takpe aku rasa aku mahu tambah cuti.. betul aku bosan sangat2.. dah 3 thn aku kerja kat department tuh.. tahun nie mmg aku bosan sangat2.. sebab kali nie kekerapan cover kerja orang dah jadi rutin hampir tiap minggu.. walhal kan kerja aku sendiri pun banyak juga kena buat..

Ada orang pernah tanya aku.. kerja kalau cover nie kena bayar ke?? takde.. sebab kena cover dalam masa 3 jam waktu bekerja tuh.. cuma jadi penat sangat2 sebab kerja kita jadi double.. tempat sendiri pun kena buat.. tempat org pun kena buat.. memang penatlah.. tuh yang kadang2 aku tensen.. lepas tuh memang kena well plan dan kena timing.. kalau tak buat cam gitu.. pkl 10 pun belum tentu kerja siap..

Aku cerita sikit aku ye schedule hari-hari.. kerja cleaner nie pun ada schedule gak..

Isnin: 
Hari nie masa bekerja pendek jek.. sampai pkl 9.00pg.. so biasanya hari isnin aku lepak2 sikit sebab lebih fokus pada buat kerja yang ringan2 jek.. Yang biasanya kena buat..
  • Clear tong sampah di toilet ladies dan gents.. 
  • Lap meja & clear sampah di bilik meeting,
  • Clear 2 tong sampah di bilik seminar bawah.. lap meja dekat coffee machine.. check sampah dalam recycle bin.. 
  • Naik bilik seminar atas.. clear sampah.. lap meja coffee machine.. check recycle bin.. 
  • Tutup semua lampu..
  • Check sampah kat toilet disabled.. bersihkan kain lap biru.. gantung tepi tangga..
  • Masuk kitchen office SDS.. lap meja kabinet.. lap meja.. lap sinki.. clearkan sampah.. ganti plastik hitam baru.. 
  • Bersihkan kain lap hijau dan gantung untuk dikeringkan.. dan check kain lap tangan.. ganti kain lap baru setiap 2 hari..
  • Ambil 1  plastik recycle baru dan tukar plastik recyle pada mana-mana kotak recycle yang ada dalam ofis tuh.. biasa aku rotate plastik yang kena tukar nie ikut bilik ke bilik setiap minggu..
  • Clearkan sampah dari satu meja ke satu meja.. kalau plastik kotor tukar plastik baru.. bab ini aku amat particular.. kalau terkoyak sikit.. atau ada kesan kotor sikit.. aku terus tukar baru.. kalau department lain tuh aku tgk.. kdg plastik dah kotor sana sini.. pun tak tukar2.. oh.. aku takleh..sakit mata tgk..
  • Lepas clear semua tong sampah.. letak kain lap biru dan botol penyembur ecotense dalam stor..
  • Ambil baki plastik hitam yang aku letak dekat dgn toilet disabled.. dan bawah turun guna lif(paling sikit 1 plastik hitam.. paling banyak 6)
  • naik lif check karpet depan lif.. kalau kotor sangat vakum.. kalau kotor sikit2 pejam mata hehehe.. dan turun ke toilet ladies..
  • Keluarkan 2 baldi warna merah.. 1 untuk mop lantai dan 1 untuk lap toilet.. isikan air dalam 2 baldi ini.
  • Semburkan ecotense pada semua singki dan toilet.
  • Ambil baldi merah utk lap toilet dan mula operasi mengelap mangkuk tandas dan bekas tisu, cara lap dengan 8 lipatan kain.. dengan cara ini bakteria atau virus dari 1 permukaan takkan dipindahkan ke permukaan lain.. (mengelap pun ada cara.. dari atas ke bawah.. dan 1 permukaan lap 1 lipatan kain)
  • Selesai lap.. bersihkan baldi merah dan kain pengelap merah, simpan baldi dalam stor.
  • Mop lantai di sekitar tandas.
  • Lap pula setiap singki dengan kain lap kuning.. lap juga cermin.. pemegang pintu.. hand dryer.. kalau mood rajin bawah singki (paip tuh pun aku lap)
  • Mop lantai sekitar singki dan letak baldi dan penyembur luar pintu toilet ladies untuk naik ke tingkat 6.
  • Letak sign 'cleaning in progress' ke dalam ruangan sekitar singki.. supaya kalau ada sesiapa yang masuk.. akan perasan yang lantai tuh baru lepas mop.. kot jatuh sebab licin pun.. tak leh salahkan aku sebab ada sign tuh.
  • Naik level 6, bersihkan tandas disabled (proses sama cam tadi) lap tandas dan singki serta mop lantai. Check tisu tangan, kalau susut tambah tisu baru. Biasanya kalau aku kat level nie.. staf SDS ramai yang baru sampai.. so ucapan good morning akan berkumandang secara berjemaah ;)
  • Turun ke level 3, Toilet Gents. Kena ketuk pintu sebelum masuk takut ada orang lelaki dalam tandas tuh.
  • Kalau takde orang, aku masuk dengan bahagianya.. start sembur ecotense pada semua singki, tandas dan urinal area.
  • Basahkan kain lap merah dan mula lap tandas.
  • Lap pula urinal area (kalau kat tandas lelaki mesti ada benda nie), selalu aku cukup malas dan tak suka lap area nie.. sebab tahu air kencing diorg nie sure terpercik kat dinding2 dan lantai.. biasa kat sini aku sembur ecotense tuh banyak2 sikit.. terutama kat lantai..
  • Bersihkan kain lap merah, letak di luar pintu bersama botol penyembur dan mula lap singki dan cermin guna kain lap kuning.
  • Mop lantai di sekitar urinal area, bersihkan dalam baldi mop dan baru mop pula area sekitar tandas.. sebab 2 kali mop?? aku tak air2 kencing yang ada kat kawasan urinal itu berpindah ke kawasan tandas. Very detail kan aku fikir hahaha...
  • Buang air dari baldi dan naik ke tandas ladies level 4 untuk bersihkan baldi, mop dan kain pengelap.
  • Salin uniform dan bersiap untuk keluar dari bangunan tuh.
Selasa:
  • Bersihkan bilik-bilik seminar, kitchen dan pejabat SDS
  • Lap setiap meja ofis dengan duster
  • Vakum ofis SDS
  • Bersihkan tandas Ladies, Disabled dan Gents

Rabu
  • Bersihkan bilik-bilik seminar, kitchen dan pejabat SDS
  • Vakum bilik-bilik seminar dan kawasan sekitar lif dan ke pintu masuk ofis SDS
  • Bersihkan tandas Ladies, Disabled dan Gents
Khamis
  • Bersihkan bilik-bilik seminar, kitchen dan pejabat SDS
  • Lap meja, kerusi, kabinet, sudut pintu, tingkap di ofis SDS dengan kain pengelap biru
  • Vakum tangga
  • Bersihkan tandas Ladies, Disabled dan Gents
Jumaat
  • Bersihkan bilik-bilik seminar, kitchen dan pejabat SDS
  • Mop lif dan tangga
  • Lap pemegang tangga, pintu, suis lampu dan dinding berkayu sekitar lif.
  • Bersihkan tandas Ladies, Disabled dan Gents
Nampak simple jek kerja aku.. tapi setiap proses tuh agak terperinci.. tapi itulah schedule aku hari-hari.. kalau dah kena cover kerja orang di department lain.. maknanya ada proses yang aku sebutkan tuh aku tak buat, tapi yang major cam buang sampah dan bersihkan tandas tuh wajib.. kalau takat lap, vakum atau mop tuh aku akan skip ikut tahap urgency dia.. kalau ketara sangat kotornya aku tetap akan buat juga..

So camna?? Ada rasa nak join aku jadi tukang cuci dak???

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...