Tuesday 31 May 2011

Badan yang lesu.. Otak yang tepu

Ini statement orang baru mula kerja.. Biasalah bila dah cuti semalam.. nak mula balik kerja dan study.. mood blues pun sampai.. Sebenarnya memang aku rasa letih sangat.. tak tahu pasal apa.. Ikut hati nak balik jek.. tapi kalau dah namanya balik rumah.. alamatnya sure kerja2 bertangguh lagi..

Cuaca kat tepi tingkap aku nie pelik sikit.. baru jek kejap tadi mendung dan hujan.. sekarang nie panas terik dan berbahang.. memang kalau aku boleh rekodlah cuaca nie.. dari tepi tingkap nie jek boleh rasa macam rasanya cuaca 4 musim nie.. tak yah sesusah dah... kejap sejuk.. kejap panas.. tapi yelah itulah anugerah Allah untuk kita rasa.. teringat tadi bila aku sembang dengan kawan aku waktu subuh seawal pkl 2 pagi dan waktu maghrib pukul 9lebih malam.. terus dia kata.. "Kat malaysia juga yang tetap waktunya.. tak perlu susah2 nak fikir beza masa".. betul tuh.. tapi pada masa yang sama.. kalau kita tidak bermastautin ke luar negara.. mana kita nak tahu wujud perbezaan waktu begini.. dan bagaimana kita seharusnya menghargainya.. Itulah indahnya hidup di negara 4 musim.. waktu solat sentiasa berubah mengikut musim dan waktu.. adakala awal.. adakala lewat.. tapi semuanya tidak sukar untuk kita ikut.. hanya nak atau tak nak sahaja kan..

Contoh paling mudah.. kalau nak solat kat tanahair.. kalau tak jumpalah surau yang selesa.. yang besar.. ada di kalangan kita sanggup cari tempat2 begitu untuk selesa bersolat.. walhal kan kat sini.. kami solat dimana sahaja.. asalkan sesuai.. pengalaman kami solat di bawah pokok.. di tepi pantai.. atas batu.. atas padang rumput.. tepi kaki lima  tandas awam.. itu semua adalah pengalaman kami.. tapi pada masa yang sama itulah kemanisan ibadah.. rasanya kalau kat mesia kita buat solat tepi pokok.. atau tepi kaki lima pejabat.. aku rasa mesti ada yang rasa pelik betul tak??

Ok cukuplah cerita pasal semua nie.. tapi hidup mengembara di negara orang nielah sebenarnya mengajar kita muhasabah diri dan bersederhana.. kalau di tempat sendiri kita rasa diri kita dah cukup mewah dan selesa.. hanya bila ke negara oranglah kita akan dapat menilai kehidupan orang dan bila kita sendiri berpeluang tinggal di negara orang itu.. barulah kita turut hargai apa yang selama ini kita kadangkala abaikan atau tidak ambil kisah pun..

Hari nie kerja letih.. sebab dalam aku sibuk settle toilet ladies.. Sv aku suruh aku sapu koridor utama dari pintu utama masuk ke bangunan aku tuh.. Nak marah pun ada masa tuh sebab area tuh kawan aku yang cover.. tapi pehal lah pulak aku kena sapu lak.. so dalam merungut2 dalam hati tuh.. buat jugalah.. udahlah lepas tuh pkl 9 diorg ada celebration surprise birthday lak.. dekat nak pkl 8.40 aku baru selesai kerja2 toilet.. lepas tuh turun bawak penyodok dan berus penyapu.. sapulah koridor besar tuh.. dalam tengah khusyuk menyapu tuh.. staf2 pulak semuanya baru sampai.. udahlah sepjg korodir tuh ada 4 pintu.. jenuhlah meenyapu sambil menolak angin.. janji kata hati aku.. bersih ke tak bersih aku dah buat.. kot nanti Sv aku nak check. dia tgk adalah kesan2 lepas disapu tuh.. kalau tak buat langsung tuh memanglah akan perasan.. so buat jugalah... nak kata bersih sangat susah sebab aku menyapu pada masa yang sama angin sejuk dari luar pun masuk.. cer bayangkan.. camna gayanya nak nyapu camtu..

Selesai aku hantar plastik sampah ke tempat diorg letak sampah kat 1 koridor tuh.. terserempak lak dengan Sv.. dia tanya aku turun tak nanti untuk minum kopi dan makan roll.. aku angguk jek.. walhal masa aku naik ke level 6 tuh jam dah 9.15.. mana sempat.. pkl 9.20 dah nak kena keluar pulak.. itupun aku salin baju dan kemas2 semua aku keluar dari bangunan tuh dekat 9.30 dah.. sampai punch out tadi dah 9.40.. sampai2 jek hujan pun turun dengan agak lebat.. Nasib pakwe masih setia menanti aku.. Hajat dihati nak gak p ponteng tadi.. temankan dia p beli barang.. tapi kenangkan kerja yang masih belum siap.. datang jugalah ke uni.. sebab tuh aku rasa letih sangat nie... amat letih..


Cukuplah mood cuti nie.. masa untuk bekerja keras pulak ;)

How true is this words?
Yeah I believed it's so so true..

3 comments:

julietchun said...

kalo di sini ada org solat bawah pokok, tepi kaki lima harus ada yg kata nak menunjuk2.

Kaktiny said...

better to try and fail.. than fail to try..

even fail.. still got chances to fly and acive the success.. with Allah's will... kan kan kan..

ramai yg jatuh terlungkup kemudian berjaya cipta nama dan kejayaan cemerlang!..

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Juliet

Oh yeke.. aku tak fikir lak sampai camtu.. kalau aku nmpk camtu aku fikir dia musafir jek ;)

Tiny

InsyAllah.. janji cuba dulu kan.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...