Wednesday 31 December 2014

Hari Terakhir 2014

Salam

Tinggal tak sampai 24 jam lagi.. tahun 2015 akan bermula... Esok tempat aku bekerja akan mula bercuti.. tapi esok aku akan ke pejabat seperti biasa.. sebabnya ada 2 kertas exam yang perlu aku buat.. dan juga ada 1 bundle skrip jawapan yang baru aku ambil pagi tadi yang perlu ditanda..

Jumaat aku kena submit 1 paper exam diploma sebab Isnin minggu depannya ada mesyuarat penaksiran kertas soalan... so nak tak nak kena siapkan juga.. minggu depan akan mula sibuk nak key in markah exam.. markah insahniah... dan segala markah tugasan perlu diselesaikan.. dan minggu depan juga aku akan kembali kerja luar kerana perlu menyelia pelajar praktikal di Selangor dan Negeri Sembilan..

Aku sedang menunggu panggilan telefon dari bff yang bakal tiba dari jeddah.. rasanya dah landing flightnya waktu ini.. cuma mungkin masih sibuk dengan urusan bagasi dan benda-benda lain.. teringat pengalaman sendiri dulu tiap kali pulang ke tanahair... kesibukan.. menyesuaikan diri dengan cuaca selepas bertahun tinggal di tempat sejuk... silau dengan teriknya dan bahangnya mentari sebab dulu bertahun hidup dalam kesejukan dan kedinginan..

Review untuk tahun 2014 dah banyak yang aku nyatakan dalam entri sebelum ini.. cuma tahun 2014 nie tahun musibah bagi negara kita.. dan juga tahun yang sedih pada aku..

Persahabatan: 
2014- Aku kehilangan 2 sahabat baik.. yang aku kenali menghampiri 4-9tahun.. namun aku juga ditakdirkan pertemuan dengan sahabat-sahabat baru... Adik angkat baru... sahabat yang lama masih ada yang kekal lagi alhamdullilah... ada juga beberapa sahabat lama yang datang mencari kembali.. ada yang aku sambut dengan hati terbuka.. dan ada juga yang aku biarkan sepi dengan harapan cukuplah sampai di situ sahaja..

2015- Aku harap persahabatan yang ada akan terus berkekalan... persahabatan yang baru terbina juga akan terus bersemi dan lebih baik.. semoga kami dapat menjadi orang-orang yang sabar melayan kerenah manusia dan menjaga hati serta perasaan sesama manusia.. Aku tak perlukan sahabat yang ramai.. tapi cukuplah mereka yang benar-benar ikhlas berkawan...

Kerja:
2014- Kesibukan rutin kerja yang makin mendesak.. tahun ini sahaja workload mengajar aku paling giler.. 2 semester lepas sahaja aku mengajar hampir 18jam dengan rekod 6 subjek berbeza dan 6 kelas berbeza pada 1 semester... paling banyak subjek yang pernah aku ajar sepanjang 16 tahun aku mengajar.. redha dengan tanggungjawab yang dipikul.. sebab minat yang tinggi.. walaupun kadang rasa terbeban.. tapi bila tengok  muka student yang datang ke kelas sebab nak belajar hati aku cair juga.. penat tak perlu dicakap.. tapi aku pikul dengan senyuman dan rasa gembira..

2015- Aku mungkin akan mohon dikurangkan beban mengajar pada semester akan datang... tapi jika takde pilihan tetap terima juga dengan hati terbuka walaupun rasa dah tak cukup tangan nak handle semuanya.. selagi ada rasa minat dan gembira untuk mengajar tetap aku teruskan.. cuma jika boleh aku nak menggelak dari membuat kerja-kerja pengurusan atau menjawat jawatan pengurusan hehehe..

Keluarga:
2014- Mak dan adik-adik alhamdullilah.. banyak juga perancangan yang sepatutnya dibuat kat kampung terpaksa ditangguhkan ke tahun 2015. Adik akan mula masuk ke penghujung tahun 2 di universiti dan adik lelaki aku pula mungkin akan menamatkan zaman bujangnya tahun depan. Penghujung tahun aku dapat gelaran ibu dari mentee aku sendiri.. selalunya aku sering membahasakan diri aku 'mama'

2015- Jika ada rezeki ingin juga menambah ahli keluarga dan jika ada rezekiNya pada aku.. InsyAllah.. semoga aku mampu menguruskan tanggungjawab pada mak dan adik-adik dengan lebih baik seperti mana amanah arwah ayah dulu.. Dapat nanti aku uruskan perkahwinan adik lelaki aku andai sudah sampai masanya nanti.. dan semoga hubungan aku dan pakwe akan terus berpanjangan hingga ke syurga..

Diri :
2014- Tahun yang menyaksikan setelah sekian lama aku memendam perasaan, menahan rasa hati, bertahan segalanya.. akhir airmata aku jatuh juga.. tapi aku tak menyesal pun meluahkan segalanya dengan airmata.. orang perempuan.. kesedihan diluahkan dengan airmata kan.. berazam untuk menyiapkan segala benda yang bertangguh sekian lama..

2015- Harapnya segalanya berjalan dengan baik..lebih banyak senyum.. gembira dan bahagia.. semoga aku dipertemukan dengan orang yang baik-baik sahaja.. Lebih banyak kejayaan dan kecemerlangan dalam hidup.. semoga diberikan rezeki yang murah dan diberi peluang berkongsi dengan yang memerlukan.. semoga lebih disayangi oleh mereka yang rapat dan dihargai dengan sebaiknya... dipermudahkan dalam urusan mendidik dan menyampaikan ilmu.. Terus dapat senyum hingga ke penghujung 2015.. InsyAllah..

p/s Semoga kita semua akan success dalam hidup dan keluarga... 2015 selamat datang... 2014 selamat tinggal.. pasti aku akan merinduimu... BFFdah tiba di KLIA.. baru sahaja landing.. Alhamdullilah.. lega rasa hati.. apatah lagi selepas insiden QZ8501 baru nie..

Sunday 28 December 2014

Menghampiri Penghujung 2014

Salam

Hari ini tinggal lagi 3 hari baki sebelum masuk 2015. Tahun baru.. azam baru.. serba serbi baru? Tapi orangnya masih lama juga kan.. tak tahulah kalau bertukar menjadi style baru dan manusia bersemangat baru

Hari ini kita diperkhabarkan dengan berita kehilangan pesawat Air Asia dari Surabaya ke Singapura.. belum reda lagi kesedihan kehilangan pesawat MH117 dan MH370.. kini giliran air asia pulak.. Semoga kita doakan yang terbaik untuk mereka semua.. semoga masih ada lagi harapan dan ada yang selamat.

Semalam lewat malam tadi aku dapat sms dari seorang pelajar (mentee).. dia sms dengan menyatakan dia sejak jumaat lagi tak makan dan kehabisan duit. Family di kampung tak dapat nak berikan duit sebab sedang hadapi musibah banjir teruk.. Mulanya aku macam tak percaya.. tapi selepas aku minta pelajar aku pergi siasat dan jumpa mentee aku.. laporan yang pelajar aku beritahu memang kes dia nie terdesak.. dan memang dia dah takde duit langsung.. Allahu.. susah pulak hati aku malam tadi.. Aku minta pelajar tuh belanja mentee aku.. dan pagi ni dlm pukul 11pagi tadi.. mentee tuh datang jumpa aku di bilik.. dan aku bincangkan pasal study dia.. gred semester lepas.. subjek dia ambil semester nie.. semua tuh ada dalam sistem.. dan akhir sekali aku tanya pasal keluarga di kampung... dan sebelum dia balik.. aku bagi dia duit sikit untuk belanja 2 minggu nie sebelum dia balik ke kelantan.

Malam tadi dia sms aku menangis-nangis sebab sedih sangat.. pelajar nie lelaki dan aku dapat dia menghidapi penyakit gastrik yang kronik. Bayangkan dah 2 hari tak makan dan berpenyakit gastrik pulak.. bila tanya keluarga.. aku faham sangat keadaan dia.. Malam tadi juga dia minta izin aku untuk dipanggil ibu.. terus airmata aku mengalir..

Baru sahaja tadi aku call dia semula just untuk tanya dah makan atau belum tengahari tadi.. dan panggilan aku dijawab di kedai buku. Oklah.. sebab aku dah beritahu duit yang aku beri itu.. aku nak dia gunakan khusus untuk beli makanan dan persediaan untuk peperiksaan selasa dan rabu ini...

Aku kini di pejabat dan mahu bergerak balik ke rumah.. letih sejak pkl 9 pagi lagi di pejabat dan menyiapkan semua kerja-kerja menyemak tugasan dan kuiz pelajar yang tak siap lagi. Alhamdullilah hampir 80% siap dan akan bersambung lagi esok.. InsyAllah..

p/s Semoga kita semua tabah menghadapi musibah yang melanda negara waktu ini.. Ramai pelajar aku terkandas di kelantan dan sudah ada 3 orang yang tidak dapat mengambil exam esok pagi...

Friday 26 December 2014

Kembali ke sini dan hujan masih turun dengan lebat

Salam

Selama 5 hari aku berulang alik dari klang ke kuala lumpur.. seawal pkl 9pagi aku dah memandu melalui kesesakan lalu lintas.. sekitar sejam 30mint lebih kurang aku tiba ke library negara.. Tempat itu dah jadi macam ofis kedua aku.. cuma malangnya hari isnin aku tak perasan library tutup... dah sampai ke pintu masuk.. pegawai tuh cakap library tutup isnin... aduhhh... penat masa drive pun tak lepas lagi.. baru nak tarik nafas.. akhirnya aku berpatah balik melalui jem ke Shah Alam pulak... kali ini aku menuju ke library Raja Tun Uda di seksyen 13.. itupun puas berpusing mencari.. last2 jumpa dalam kelab golf huhuhu...

Apa pun aku tetap lebih suka library negara..  lebih santai... tak perlu buka kasut.. boleh bawa masuk beg.. boleh bawa air masuk.. setiap meja di lantai ada plug untuk elektrik... walaupun interior dalam library negara tuh macam suram.. tapi haii... kan library tuh dah bertahun2 kan... yang best dari guard jaga parking.. sampai guard kat pintu masuk.. sampailah ke guard di level 3.. semua kenal aku hahaha.. abis dah muka aku hari-hari kat situ dari pkl 11pg sampailah pukul 6.00++petang... dan lebih best.... port aku duduk tak pernah berubah.. hadapan tangga.. dekat dengan mesin fotostat.. dekat dengan toilet.... laluan sibuk orang lalu lalang tapi aku suka.. sebab selama 4 hari aku di situ.. tiap kali aku dtg tak pernah lagi aku tengok ada orang nak duduk kat meja aku tuh.. selalunya.. selepas aku dah duduk situ barulah ada sorang dua akan lepak meja sebelah aku tuh...

Library Raja Tun Uda.. exterior dan interior memang klas... moden dan simple.. tapi yang tak best.. agak sejuk.. dan tak boleh bawa masuk beg.. mengangkutlah aku dengan laptop.. buku.. kertas yang banyak tuh.. tapi aku bawa masuk juga handbag aku hahaha... air langsung tak leh bawa dan kasut kena pulak masuk dlm beg yg disediakan dan bawa masuk.. setiap level ada pintu masing-masing.. dan yang tak best.. port nak cucuk plug amatlah terhad.. ruang agak terhad tapi style nya bercermin hampir di sekeliling.. ada pelbagai jenis kerusi duduk.. so agak santailah.. wifi untuk kedua-dua library nie free.. oklah.. lepas tuh di setiap level ada toilet dan surau.. kalau macam library negara.. surau di bahagian bawah berhampiran cafe..

Apa pun pada aku library negara tetap the best.. sebab lebih tenang dan senang study kat situ.. gangguan tak banyak.. cafe makan pun best dan agak murah.. cafe di library shah alam tak banyak pilihan dan tak sedap sangat huhuhu... lepas tuh kena jalan kaki agak jauh sikit.. tapi suasana cafe yang terbuka dan bertingkat tuh memang santai.. terutama dikelilingi kehijauan pokok2.. tapi bab kena buka kasut dan bawa laptop masuk dengan file semua dengan tangan agak susah pada aku sebab dokumen aku banyak... library negara.. bawa masuk beg.. semua takde hal...

Semalam aku gerak balik ke sini.. malam tadi driving dalam keadaan hujan yang lebat dan angin kuat.. beberapa kali juga tak nampak jalan.. dan agak risau nak memotong kereta kerana air mengalir deras di atas jalan.. aku pernah mengalami kereta aku bergerak sendiri tanpa dapat aku kawal ke kiri dan kanan... syukur juga.. selamat sampai selepas baca doa perjalanan.. bismillahitawakal.. sepanjang sampai umah..

Hari ini patut bercuti lagi.. tapi sebab aku dah set appointment dengan student sepjg hari ini.. so datang juga ke pejabat tapi lewat sikit.. takde rasa nak rushing sangat sebab cuti kan... sepanjang minggu lepas semua kerja pejabat aku tak tengok pun.. nie ada kuiz nak tanda... nak key in markah.. dan macam-macam benda kerja nak buat.. hahaha.. minggu depan nak buat soalan exam pulak.. dan tanda paper exam..

Sepanjang hari dari malam tadi hujan turun tak berhenti.. banyak kawasan dahmula dinaiki air.. banjir besar di Pahang, Terengganu, Kelantan, Perak.. kg sebelah dari kg aku pun ada beberapa buah rumah pun mula banjir.. Sini kalau hujan lebat tak berhenti pun.. ada beberapa kg akan banjir juga.. last 2 3 week tak jauh dari sini.. kg ulu pun banjir teruk.. jalan pun retak... sekarang nie kena berjaga-jaga lah kan...,

Teringat masa hari kedua aku di Library negara.. selama 2 hari sebenarnya aku duk mencari 2 file lama yang aku tak jumpa.. kebetulan sahabat aku nie sms tanya aku tengah buat apa.. so aku mengadulah dengan dia yang aku sedang cari file yang hilang dah 2 hari aku buka tutup folder cari.. file tuh penting sebab adalah file data mentah aku.. tak sampai seminit selepas aku sms... aku terus dapat idea camna nak cari file tuh.. dan keyword apa nak gunakan.. dan immediatedly aku jumpa file tuh... bukan 2 tapi 5... Kuasa Allah kan... aku terus sms balik kawan aku tuh cakap aku dah jumpa file tuh.. dan dia cakap dia memang tengah doa depan kaabah untuk aku... Aku menangis masa itu juga.. tak boleh dah aku tahan airmata aku.. jika Allah nak beri jalan pasti semudah itu sahaja kan... Syukur sebab dipermudahkan urusan aku waktu itu... dan siapa sangka aku berpeluang mempunyai sahabat yang begitu baik.. kebetulan juga semasa dia sms aku itu aku memang tengah buntu sebenarnya dan sms dia tetiba masuk waktu aku sedang buntu memikirkan dimana aku letak file tuh... yang lebih pelik.. sebenarnya aku dah buka dan tutup folder yang sama... folder yg sama.. berulang kali.. tapi takde... tapi kali nie selepas doa dititipkan untuk aku... secara ajaibnya.. aku nampak file tuh dalam folder tersebut... bukan 2.. tapi 5 file yang aku cari...

Dulu aku pernah dengar cerita seorang sahabat baik aku... dia juga pernah didoakan oleh seseorang di mekah ketika dia membuat umrah hanya kerna kesiankan suami kawan aku yang menjaga anak-anaknya. Sampai doktor tuh tak sampai hati dan doakan kawan aku nie habis Phd dia dengan cepat... cerita itu terkesan juga pada aku sebab rasa.. ada juga manusia yang sebegitu baik sudi mendoakan kawan aku ini.. jeles pun ada juga... tapi bila kali ini giliran aku pula mendapat sahabat yang lebih kurang sama.. dan kes yang sama mendoakan aku dari jauh.. hati aku bersyukur sangat-sangat sebenarnya... Allah pertemukan aku dengan insan yang baik.. dan semoga yang baik-baik sahaja berlaku buat kami semuanya.. InsyAllah

Esok sambung cuti dan mungkin aku ke KL nak shopping hadiah betday Nuch yang dah bertangguh.. masa ke library negara nak singgah sogo ontway balik klang aku malas nak tempoh jem yang amat menyesakkan hati dan perasaan hahaha... tengoklah kalau rajin esok kan... bab 5 tesis aku ada lagi kena sambung tulis nie.. semalam dah cuti sehari balik N9... hari ini pun akan sibuk dengan kerja ofis nak settlekan... so kena siapkan jugalah nanti sebelum kawan aku balik dari umrah 31hb nie sebab dah janji dia nak tengok bab 5 aku siap... InsyAllah... pasti boleh kan :)

 Port lepak aku di Library Negara Day 1

Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam Day 3

p/s Hari ini di UK dan US adalah boxing day.. dulu hari ini mesti keluar shopping sebab banyak kedai-kedai buat offer dan sale seawal pukul 5 pagi...
Hari ini aku pun berboxing di pejabat.. buka kertas nak tanda kuiz huhuhu...

Wednesday 17 December 2014

Rindu..

Salam

Terlalu banyak benda yang aku rindukan..

Rindukan UK.. rumah keduaku..

Rindukan musim sejuk bersalji waktu ini..

Rindukan sejuk beku dan dinginnya angin saban waktu..

Rindukan kesibukan masa ketika masih bergelar seorang pelajar..

Rindukan dunia asing di perantauan..


Rindukan gelak ketawa bersama sahabat-sahabat tersayang..

Rindukan kepelbagaian wajah bangsa, agama dan bahasa..


Rindukan berbahasa inggeris.. ala-ala berabuk london...


Rindukan masa bercuti ketika terlalu sibuk bekerja..

Rindukan kenangan silam bila bersama si dia...

Rindukan senyuman dan wajahnya yang serius amat...

Rindukan celoteh dan ceritanya saban waktu..

Rindukan kesibukan kota walaupun selalunya aku tidak suka..


Rindukan kesesakan kotaraya.. tapi aku tempuhi juga sebab urusan kerja..

Rindukan laluan ke sana.. sebab itu tempat pertemuan aku dan dia..


Rindukan kampung halaman..

Rindukan arwah ayah... dan semua kenangan aku dengannya..

Rindukan waktu bersama.. sebelum dan selepasnya...

Nyatanya.. Aku rindukan dia... :)

Semoga perjalanan pergi dan baliknya menunaikan Umrah dipermudahkan.. Selamat dan baik-baik sahaja..

Amin.. Semoga yang baik-baik berlaku untuk dia...

p/s Tak sabarnya untuk bercuti seminggu dan mulakan penulisan tesis semula.. InsyAllah lepas nie mungkin aku rajin update blog... Aku mungkin berada sekitar KL.. Shah Alam semasa proses penulisan tesis nanti... (ada yang nak ajak dating?? boleh lepak masa lunch atau dinner nanti kan).. Misi melepak di perpustakaan akan bermula.. InsyAllah..

Rindunya nak ke Jepun semula...
InsyAllah mungkin aku kembali ke sana nanti..

Tuesday 16 December 2014

2 minggu ke 2015

Salam

Masih berbaki 2 minggu lagi sebelum masuknya tahun 2015.. Lama lagi kan.. tapi bila pejam celik nanti.. sekejap sahaja tempoh itu berlalu..

Hari ini emosi bercampur-campur.. macam-macam rasa hadir dalam diri.. Dalam kesibukan masa, ada juga ruang yang meminta aku berfikir.. mungkin sebab aku pasti akan merindui seseorang dalam masa terdekat ini.. menyebabkan rasa emosi bercampur-campur..

Sahabat datang dan pergi.. tapi mana yang serasi bersama.. pastinya terus setia bersama.. Bila menghampiri hujung tahun di bulan disember ini.. banyak tarikh-tarikh yang perlu diingati.. ada yang perlu dihantar hadiahnya ke Thailand.. Ada pula yang sejak aku balik dari UK.. hingga kini belum aku jumpa dia.. dari dulu anak 2 kini dah nak masuk 5 hehehe.. Ada juga tarikh pertemuan yang menghampiri 9 tahun.. Ada juga yang tarikh lahirnya hari ini.. tapi aku berat hati membuat ucapan selamat hari lahir.. cukuplah aku doa dari jauh sahaja..

Apa jua bulan 12 ini banyak tarikh yang istimewa.. beberapa sahabat baik lahir pada bulan ini.. kenangan akhir tahun juga mengundang rasa pelbagai sebab penutup tirai tahun hampir tiba..

Tahun 2014 pada aku merupakan tahun yang sedih.. Aku kehilangan 2 orang sahabat yang pernah dekat di hati.. yang aku kenal bertahun-tahun.. dari awal umurku 30an hingga kini 40an.. Redha dengan perpisahan yang terjadi.. Berkawan pun nak sedih?? memanglah sedih sebab mereka pernah jadi sahabat baik aku.. mereka pernah memberi kekuatan pada aku ketika arwah ayah meninggal dulu.. mereka juga pernah menjadi sumber kekuatan untuk aku terus tabah mengharungi kehidupan ketika aku di UK dulu.. dan mereka juga sering mendengar keluh kesah semasa aku susah hati dan stress dengan study..

Mana mungkin aku lupakan seseorang yang pernah menjadi bahu untuk aku bersandar suatu ketika dulu.. cuma sayangnya hayat persahabatan kami terhenti di situ.. Aku terima dengan hati yang sedih.. dan terus melangkah kembali.. cuma kini aku masih punya sahabat-sahabat baik yang masih setia menemani.. dulu bila aku di UK.. mereka ini aku tinggalkan di Malaysia dan seorang pula di New Zealand.. merekalah juga tempat aku mengadu sekali sekala..

Tahun 2014.. menyaksikan airmata aku mengalir sekali lagi dengan susah dan payah.. sebab aku rindu semua kenangan silam.. semua kenangan lama.. dan adakalanya aku rindukan arwah ayah.. sering membayangkan andai dia masih ada bersama... Tahun ini juga aku mula terlalu sibuk dengan urusan kerja.. kerja luar non stop sejak lepas raya hinggalah ke awal tahun depan sudah mula menanti aku..

Tahun 2015.. Aku tak tahu apa yang bakal aku lalui.. tapi aku harapkan sinar kegembiraan yang lebih lagi.. Aku niat untuk tamatkan pengajian Phd aku tahun depan ini.. sudah terlalu lama bertangguh.. sudah terlalu lama aku lupakan.. Aku punya seorang sahabat yang mengambil berat dan sering mengingatkan aku untuk selesaikan pengajian itu.. Aku sebenarnya berterima kasih pada dia.. sebab dia secara tidak langsung aku terbuka hati untuk memulakan sesuatu yang terlalu lama aku tinggalkan.. Doakan aku selesaikan dengan baik semuanya.. Aku dah penat menahan rasa hati dan terlalu lama membiarkan penulisan tesis aku berhenti begitu sahaja..

Untuk sahabat itu.. Terima kasih.. Tiada kata-kata yang aku dapat ucapkan lagi.. melainkan rasa terima kasih yang tinggi buat dia.. Bersyukur kita dipertemukan di saat aku tidak sedar sebenarnya aku memerlukan nasihat dan sokongan.. Bertemu dengan adik Wan juga.. membuka hati aku kembali untuk menjadi seorang kakak.. bukan aku tidak ada adik-beradik.. cuma adik beradik sendiri mungkin kita sudah terbiasa..

Apa juga.. Semoga penghujung tahun 2014 ini memberikan satu penutup yang mengembirakan.. Hujung Tahun 2012 aku sambut di Johor Baharu.. Penghujung Tahun 2013 aku sambut pula di Kuala Lumpur.. Hujung tahun 2014 aku mungkin sekadar sambutnya di sini.. kerana sahabat baik aku itu akan kembali ke tanahair pada 31hb.. Semoga semuanya berjalan lancar dan baik-baik sahaja.. Amin..

Friday 12 December 2014

Bertahan untuk cinta..

Salam

Sejak kebelakangan ini.. aku sering memikirkan tentang persoalan ini..
Aku tidak tahu selama mana cinta itu mampu bertahan... tapi aku akan terus bertahan untuk cinta itu selama mana pun..
 Pelik.. sebab ungkapan ini sering hadir dalam kotak fikiran.. ini bukan sekadar soal cinta semata-mata.. tapi juga soal hati.. juga soal rasa.. juga soal kehendak..

Cinta sesuatu yang indah.. namun dalam keindahan itu pasti ada derita.. pengorbanan.. suka.. duka.. gembira.. bahgia.. dan pasti juga airmata..

Setiap kita pasti kenal erti cinta.. cuma siapa yang kita cintai itu berbeza.. tapi rasa cinta pasti hadir dalam diri.. paling tidak pun untuk diri sendiri.. keluarga dan juga Allah yang maha esa..

Namun dalam menginjak dewasa kita mula kenal cinta lain yang membuatkan hati kita rasa suka.. ingin dicintai.. ingin berpasangan... ingin merasai alam percintaan..

Pengalaman pernah putus cinta berkali-kali masa lalu.. sedikit sebanyak mengajar aku erti kecewa dan putus asa.. tapi ia juga mengajar aku menjadi kuat.. dan percaya pasti akan ada cinta baru yang lebih baik untuk diri... Namun selagi aku mampu bertahan untuk cinta itu.. pastinya aku tidak teragak-agak untuk terus bertahan.. pasti ada nikmat di sebalik pengorbanan seperti itu..

Kemarin aku berbual dengan seorang rakan.. dia meluahkan rasa hatinya.. tentang kasih sayang anak-anak.. dan kasih sayang suami... berlaku satu insiden di rumah yang menyebabkan dia terasa bahawa kasih sayang dia pada anak-anak.. nanti mereka bila dewasa.. mereka akan tinggalkan rumah dan tinggalkan ibu-bapa.. tapi suami juga yang akan kekal di sisi... berjurai juga airmatanya bila bercerita dengan kami.. aku memahami perasaannya itu.. kerana aku pernah lihat rasa yang sama pada emak.. bila arwah ayah pergi meninggalkan kami 2 tahun yang lalu... namun sebagai anak.. aku akui.. kehadiran kami anak-anak pada ketika itu tidak mampu mengubat rasa kehilangan mak pada arwah ayah.. walaupun aku kerap balik ke kampung setiap minggu temankan mak.. kehadiran kami anak-anak hanya sebagai pengubat rasa sepi dan kosongnya seketika...

Cinta itu indah... yang buruk adalah mereka yang merosakkan keindahan cinta dan kenikmatannya..

Bertahanlah selagi ada daya upaya.. kerana bertahan demi cinta itu memerlukan pengorbanan hati..


 Selimut tetangga- Repvblik
Terdengar lagu ini beberapa bulan yang lepas semasa memandu..
Mulanya pelik sebab tajuk lagunya..
Apa pun layan jelah..

Saturday 6 December 2014

Pendirian dan Jawapan

Salam

Terlalu lama aku menyepikan diri.. Terlalu sibuk sebenarnya.. hingga mencari ruang untuk menulis pun aku tidak punya masa.. Bukan tak ingat.. sentiasa ada dalam ingatan.. tapi biasalah.. Alasan sahaja yang mampu aku nyatakan..

Sebulan lebih menghilangkan diri.. selain daripada kesibukan.. aku juga sedang mencari makna dalam diri.. walaupun sering dibebani dengan urusan tugasan dan kerja luar hampir setiap hujung minggu.. namun aku masih sempat luangkan masa untuk urusan peribadi..

Beberapa hari yang lepas, seorang sahabat lama menghubungi aku setelah hampir 2 bulan kembali ke tanahair.. Kami pernah ada konflik peribadi dalam persahabatan hingga aku mengambil jalan untuk membawa haluan masing-masing.. dek kerna terasa hati.. dia meminta aku melupakan persahabatan kami.. Maka aku ambil pendirian.. 'Move on'.. walaupun hakikatnya hati aku ada banyak persoalan..

Perbualan lewat waktu itu sedikit sebanyak membuka ruang hati.. tapi aku masih dalam fasa berjaga-jaga kerana sifat manusia tidak begitu mudah berubah sekelip mata. Mulanya kami seperti mahu kembali bersahabat.. namun bila aku buka hati aku untuk memaafkan.. aku temui jawapan pada persoalan itu.. walaupun jawapan yang dia berikan pada aku itu.. tidak cukup mengubat rasa sakit hati masa lalu... (menurut kata seorang sahabat aku.. itu bukan jawapan.. tapi alasan..) Aku akhirnya temui sesuatu yang aku pasti... Dia tak mungkin berubah.. sifat manusia itu tidak mudah berubah... walaupun kita rasa dia sudah sedikit berubah.. tapi ego seseorang itu cukup sukar untuk dibuang ke tepi... Aku minta dia buang egonya.. letakkan ke tepi bila berbicara dengan aku.. Namun..sayang.. ego itu terlalu hebat untuk diketepikan.. Sayang.. kerana ego itu jugalah.. aku terpaksa melepaskan dan mengambil kata putus..

Secara tak langsung.. Aku rasa lega.. lega sebab sebahagian daripada beban perasaan aku rasa bebas... sebahagian daripada persoalan yang aku sering tanyakan pada diri terjawab juga.. walaupun itu sekadar alasan untuk menyelamatkan diri.. atau sekadar untuk membela diri.. atau sekadar untuk memujuk aku kembali.. hati aku tegar menyatakan semua itu setakat itu sahaja... Aku tidak lagi terasa hati seperti dulu kerana aku sudah tidak mengharapkan apa-apa... mungkin kami sekadar sahabat biasa-biasa sahaja.. dan semakin masa berlalu.. sahabat itu tinggal kawan jauh mungkin.. Nyatanya aku tidak pernah menyesal membuat keputusan itu..

Sebulan ini.. aku mengenali beberapa sahabat baru.. aku kenal seorang adik yang cukup baik dengan aku tatkala aku kerja luar di Puchong baru ini.. kami terus 'klik' macam adik beradik.. malah kalau dilihat dari saiz fizikal.. kami macam kembar... aku panggil dia 'adik'.. dan tatkala aku ke melaka.. aku ambil masa berjumpa adik di sana.. sambil aku ambil peluang ke rumah dia.. sebenarnya aku sudah lama tidak ada adik angkat.. berbelas tahun rasanya..

Selain itu juga aku temui seorang sahabat yang bila aku lihat dirinya.. aku seolah melihat diri aku sendiri.. pelik hahaha.. namun aku cukup selesa dengan dia... Satu permulaan yang baik untuk tahun baru yang bakal datang dalam 3 minggu lagi ini...

Semoga tahun 2015 nanti menjanjikan kembali kenangan indah dan menyeronokkkan.. aku mahu tinggalkan semua kenangan pahit dan sakit hati yang telah aku lalui tahun 2014 ini.. tahun yang akan aku kenang kerana banyak kisah duka aku lalui.. tahun yang menyaksikan beberapa kali airmata tumpah kerana aku tidak mampu lagi bertahan rasa... payah dan lelah... InsyAllah.. kita mesti teruskan kehidupan..

Ya.. aku juga terbuka hati untuk menulis kembali tesis yang sudah terlalu lama terhenti penulisannya.. Aku berjanji dengan sahabat ini untuk menyiapkannya sekembalinya daripada umrah hujung tahun ini... InsyAllah kan.. Doakan aku...

Semoga aku terus ketawa dan gembira.. Aku hanya mahu gembira.. aku sudah lama tidak ketawa bila aku benar-benar bahagia... ketawa biasa selalu.. ketawa yang dibuat-buat.. atau ketawa untuk membuatkan orang lain gembira...


Monday 20 October 2014

Lamaran..

Salam

Sebenarnya aku dalam dilema.. minggu lepas aku telah dilamar oleh seseorang untuk menulis buku kembara.. ini kerana dia terbaca blog lama aku dulu tentang kisah aku kembara ke beberapa negara eropah..

Serba salah sebenarnya kerana aku kini terlalu sibuk dengan urusan kerja dan dateline demi dateline yang buatkan aku tengah stress giler ini..

Namun aku akur juga kerana aku percaya Allah bukakan peluang dan ruang untuk dia jumpa entri blog aku itu dan menyebabkan dia tawakal memandu dari gombak ke sini semata-mata mahu berjumpa dengan aku..

Terkejut.. terkedu.. terdiam seribu bahasa kerana aku menerima lamaran sebegitu.... Ada kawan yang menyatakan ini peluang untuk menambah pendapatan.. tapi Ada seorang rakan pula.. nasihatnya buatkan aku termenung seketika sebab kata-katanya itu ada kebenaran..

'Apa salahnya.. you menulis dan berkongsi pengalaman dengan orang lain.. banyak pahala tu kan.. niatlah yang baik-baik.. jangan pula niat kerana nak dapat duit atau nak glemer pulak.. atau nak lupa diri.. Benda yang baik eloklah dikongsi.. lagi banyak orang membaca dan mendapat manafaat.. lagi banyak pahala yang kita dapat'

Seketika aku termenung mendengar nasihat itu... kerana pada mulanya aku keberatan nak menulis dan secara tak langsung menyebabkan aku jadi 'sedikit' glemer atas tulisan tersebut.. tapi bila kawan aku meminta aku perbetulkan niat aku menulis itu.. aku rasa terkesan dengan nasihatnya... kerjaya aku sendiri pun secara langsungnya memberi peluang untuk aku berkongsi ilmu.. mengapa tidak aku teruskan sahaja dengan menambah pengkongsian lagi...

Akan aku cuba kompilasikan cerita kembara yang dah berusia 5 tahun itu.. huhuhu.. harapnya aku punya luangan masa yang mencukupi hendaknya.. terlalu sibuk sebenarnya...

p/s InsyAllah aku cuba kan... rasa-rasa korang ada yang nak baca juga tak kalau aku tulis buku itu???

Tuesday 14 October 2014

Kecewa.. Sedih dan Airmata..

Salam

Aku pernah bercinta.. pernah juga kecewa.. dan pernah juga bercinta sekali lagi.. dan kecewa lagi..

Bercinta bukan sekejap.. tapi lama.. yang pertama dulu 5 tahun.. kemudian.. pernah juga 9 tahun selepas itu..

Itu kisah lama.. kisah yang mematangkan jiwa dan fikiran.. kisah yang menyaksikan episod suka dan duka.. episod yang menjadikan diri aku kini.. sekuat dan setabahnya (harap begitulah kot)

Jatuh cinta sekali lagi.. dan ada chemistry.. atau jatuh cinta pandang pertama... aku tak pasti sama ada perkara seperti itu wujud.. walaupun pernah aku ajukan soalan yang sama.. pada mereka yang sama gender ataupun berlainan... ada yang jawab ada.. ada yang jawab tak pasti.. dan ada yang jawab no komen..

Aku? Aku tak tahu jawapannya... mengalaminya pernah sekali dulu zaman remaja.. apatah lagi ketika itu jejaka itu mat sastera.. 4 keping sajak dia titipkan khusus untuk aku dulu.. dan bila aku bercinta dengan orang lain dan menginjak ke alam perkahwinan.. surat dan sajak itu aku bakar dan ianya kini tinggal sebagai satu bayangan dan kenangan silam..

Aku juga pernah menyalahkan orang lain atas rasa kecewa dan sakit hati akibat ditinggalkan atau berpisah dulu.. Hingga adakala aku fikir kenapa manusia begitu kejam tanpa ada sedikit pun hati perut.. atau sekelumit pun ingatan tentang apa yang pernah dilalui bersama.. kenapa juga setelah begitu banyak kebaikan yang dilakukan dan diberikan.. hanya kerana 1 kisah duka dan sensitif.. semua kebaikan itu lenyap dan dibuang begitu sahaja... Aku hingga kini masih mencari jawapannya.. dan hingga kini aku masih mempersoalkan.. lupa dirikah? Sombong kah... atau terlalu tinggikah harga diri???

Kemarin aku tangisi semua yang pernah dilalui.. telah sekian lama tidak menitiskan airmata.. akhirnya aku akur untuk membiarkan diri menangisi semua yang pernah dilalui.. aku benarkan diri merindui semua yang pernah aku lalui... pernah aku rindui... Aku relakan airmata mengalir sebanyak mungkin hingga menyebabkan mata aku semakin sepet dan bengkak menahan rasa hati dan pedihnya rasa.. Biarlah aku tangisi buat terakhir kali.. semoga dengan itu aku mampu terus berjalan dan berdiri dengan kuat dan tabah..

Aku hanya punya perasaan.. adakalanya aku pun tidak sekuat mana...

Aku hanya mahu gembira dan bahgia... as simple as that... 


Maafkan Aku 
Asfan

Layan kejap lagu ini..
Satu lagi lagu yang aku selalu melalak dalam kereta...
Buat hilangkan stress

Aku rasa aku perlu cari hobi baru..
Atau aku perlu kembali ke hobi lama..
Ambil gambar lanskap... 
Sambil bergolek.. baring.. melutut..
Miss that a lot.. huhuhu

p/s Rasa ini tidak ada kena ngena dengan yang di rumah ye :)
Ini rasa yang terbit dek kenangan silam dan keadaan persekitaran yang memaksa aku berfikir dan memikirkan..

Thursday 2 October 2014

Aku mahu jiwang minggu ini...

Selalu dengar lagu ini semasa memandu..
dan mulut akan auto melalak dalam kereta kekuat.. macam dalam bilik karaoke...
Lagu ini ada deep meaning...

Asfan- Alasan Untuk Bahagia..

Seperti mentari kan hilang
Mengikut jejakku
Menghapus bayangmu
Teruslah ku membawa cinta
 Jauh dariku Jauh darimu

 Dan tidak bisaku mengerti
Semua terjadi harus begini
Kini yang tinggal hanya
Sisa-sisa kisah yang terindah
Dan hitam tiba membawa derita

Sejujurnya masih ada
Rasa cinta yang tak akan putus
Kerna alasanmu untukku bahagia
Seharusnya kau sedari
Separuh jiwaku akan mati
Yang tinggal hanya
Alasan untuk bahagia

Kini yang tinggal hanya
Sisa-sisa kisah yang terindah
Dan hitam tiba membawa derita

[*] Sejujurnya masih ada
Rasa cinta yang tak akan putus
Kerna alasanmu untukku bahagia
Seharusnya kau sedari
Separuh jiwaku akan mati
Yang tinggal hanya
Alasan untuk bahagia

Repeat [*] Yang tinggal hanya
Alasan untuk bahagia

Tuesday 30 September 2014

Tak tahan bila orang...

Salam

Semenjak dua menjak nie.. aku menjadi sedikit fobia dan sensitif tentang beberapa perkara

Aku cukup tak tahan dan tak suka.. bila orang

1-Kita keluar makan bersama.. selepas order makan.. daripada bersembang dan bercerita kisah masing-masing face to face.. ada juga orang yang lebih selesa memerhati telefon.. setakat baca email.. tengok facebook ok lagi.. bolehlah terima gak.. tapi ada yang sempat main game.. sampailah makanan dah sampai pun.. masih sibuk main game tuh.. nak kata bebudak.. bukan layak lagi bebudak... dah tua dah pun..

2-Berurusan dengan lelaki yang berstatus bujang terlajak dan duda kesepian... hahaha sorry.. mungkin ini mengundang tuduhan yang melulu.. tapi sejak dah terkena beberapa insiden.. kena ngorat.. kena tegur.. dia terlebih sensitif bila aku tak layan.. atau selama nie aku pernah layan baik.. alih-alih tetiba aku sibuk dan bila terjumpa tak bertegur... aihhhh terus sensitif... uihhh... takut dah nak berurusan dengan orang camnie... (diorang ingat aku nie single lagi ke apa???... come on lah.. i a married lady ok... just look sweet and cute hahaha)

3-Drive jauh-jauh.. datang ambil kawan dan kita keluar lepak dan makan.. alih-alih... masa jumpa.. takde pun nak tanya penat ke.. nak minum air ke... nak rehat dulu ke... dan yang lagi best... sambung main games.. huhuhu.. kawan camnalah aku berkawan nie... confirm.. takdelah lagi aku jumpa dia nie..

4-Penangan whatapps... Bila sibuk bukan main whatapps dan tanya itu ini.. macam urgent jek.. yelah sebab tahu dan boleh nampak status aku tengah online ke apa ke... tapi bila masa aku pulak whatapps dia pasal benda urgent.. buat tak tahu jek.. reply pun tak.. jawab ke say sorry ke takde gak... walaupun aku tau ko tengah online... huhuhu...

5-Bila ada group whatapps nie.. nama pun group pejabat.. kadang benda yang dikongsi tah apa-apa tah.. pernah sekali 2 3 orang bersembang bahasa banjar dalam whatapps pejabat.. uihhh.. agak2lah kalau nak hantar mesej kan.. be profesional.. benda takde kaitan dengan pejabat.. p buatlah group lain... kadang ada pulak sorg nie jenis rajin upload gbr.. kadang video... nasib dah turn off auto download.. kdg buat habis limit broadband mobile jek... download tah apa-apa video n gambar

6-Orang sesuka hati add nama kita dalam group yang tah apa-apa.. pastu group tuh pun banyak upload gambar dan benda promosi... aihhhh... confirm pilih option 'leave group'.

7- Ada stalker yang suka belek profile.. tengok gbr.. tengok status.. tengok bila online..bila last online.. huhuhu.. yang best tuh siap bagitau.. 'Pesal tak reply mesej i.. i nampak u online.. bla.. bla... bla'

8-Tak dapat respon dari facebook... whatapps... ada juga yang hantar email kat aku guna email pejabat... ini yang paling ultimate marah nie... angin jek rasa sebab bila benda personal dia duk hantar ke email pejabat dengan harapan aku akan reply dan beri respon..... kadang tak cukup tuh.. ada yang sampai call ke pejabat mencari aku.. huhuhu... susah betul ada stalker nie...

Harap masih ada kesabaran hendaknya....

Monday 29 September 2014

Cuti.. tapi aku masih datang bekerja seperti biasa..

Salam

Aku terlebih rajin.. ye... sepatutnya aku cuti hari ini.. tetapi kerana sudah terbiasa sibuk dengan urusan kerja.. akhirnya dekat pukul 11 tadi aku masuk kerja.. Sempatlah kena perli sedas dua dengan kawan baik M.. 'Ko nie.. dah cuti pun rajin datang kerja' mmmm... hahahaha.. gelakkan diri sendiri jelah.. Yang best pulak.. mentang-mentang aku kat opis.. student pun lepas sorang dan sorang singgah ke bilik... :)

Emosi masih bercampur-campur sebenarnya.. masih banyak yang menjadi persoalan diri.. Adakalanya kita mengharapkan sesuatu yang kita rancangkan berlaku dengan lancar dan baik.. tapi adakalanya.. langit tidak sentiasa biru dan cerah.. pasti datang awan hitam yang menurunkan hujan yang lebat...

Kemarin aku bersembang dengan seorang rakan.. dia pernah mempunyai hobi mengambil gambar dan pernah memiliki beberapa buah kamera.. berbual dengan dia mengingatkan rasa dan minat yang pernah aku buat dulu.. menanti perubahan musim sejuk, bunga, panas dan gugur... hingga dia juga pernah menimbulkan soalan pada aku.. 'cantik ke ambil gambar musim sejuk??? bukankah semuanya berwarna putih?' gelak seketika aku... kebanyakan musim.. aku paling suka gambar yang aku ambil semasa musim sejuk... rindu punya masa untuk ambil gambar waktu sebegitu..

Pulang ke tanahair tak banyak berpeluang untuk ambil gambar seperti dulu.. mungkin sebab bff yang lama kini dah sibuk dan terpisah.. so geng yang sekepala dah takde untuk dijadikan teman waktu nak lepak-lepak.. apa juga.. masa yang pernah kami luangkan bersama tetap aku hargai.. that was part of me.. once a upon a time...

Adakalanya kita hanya mahu rasa gembira walaupun seketika.. gembira kerana seorang rakan berjaya mencetuskan rasa dan minat lama yang terkubur... sometimes a small thing could trigger a big effect..

Wish that friend could find this blog.. Malas nak promote hehehe.. sebab bukan glemer mana pun ;)

My old winter photo..

Friday 19 September 2014

Walau menghilang seketika.. tidak pernah lupa..

Salam..

Maaf sudah hampir sebulan setengah blog ini sepi.. kesibukan tahap maksima melanda semenjak lepas raya lagi.. urusan kerja luar hampir setiap minggu... sepanjang bulan 8 dan disambung dengan kesibukan semester degree yang baru bermula.. ditambah dengan minggu akhir kuliah program diploma.. dan juga minggu konvo pada minggu ini.. seketika aku terlupa wujudnya blog ini..

Namun rasa rindu mengamit rasa kehilangan sesuatu.. ye.. aku sudah lama tidak menulis.. amat lama kiranya.. banyak perasaan dan macam-macam rasa yang hadir dalam diri.. dan bila ada rasa-rasa beginilah.. barulah mood menulis itu hadir...

Minggu ini berakhirlah kuliah untuk program diploma dan sedikit sebanyak mengamit pelbagai rasa sedih dan sayu.. sebahagian mereka aku akan jumpa lagi semester akan datang.. dan ada sebahagian pula akan tamatkan pengajian tak lama lagi mix feeling... apatah lagi sabtu ini.. majoriti pelajar seliaan aku seramai 10 orang dari program ijazah dan master yang akan berkonvo.. happy for them.. walaupun ketika sesi awalpenyeliaan ada yang mahu 'give-up' dan rasa tak dapat grad kali ini.. tapi sebab aku yakinkan usaha mereka tinggal sikit lagi.. akhirnya.. mereka berkonvo.. tatkala terima thesis tebal mereka yang berwarna merah.. aku gembira untuk mereka... banyak kenangan manis bersama mereka nie.. jadi pendidik beginilah.. bukan hadiah yang kita nak.. tapi kita nak lihat mereka berjaya dan terus berjaya..

Minggu depan aku kembali kerja luar.. dan bulan 10 nanti juga akan kembali sibuk.. cerita kembara ke Tokyo pun berhenti separuh jalan.. walaupun hakikatnya kisah kembara itu masih lagi segar dalam ingatan.. Rasa rindu hendak ke sana lagi masih ada.. rasa macam semalam kaki ini menjejaki bumi jepun.. dan seolah segar juga persahabatan kami dari 3 negara dan bangsa berbeza.. Unik kembara ke Jepun kerana kami mengembara dengan rakan dari berbeza adat dan budaya.. bahasa dan agama juga.. InsyAllah akan aku sambung kisah kembara itu.. harapnya punya masa lapang untuk menulisnya nanti..

Emosi bercampur-campur.. Ada rasa rindu.. ada rasa hiba.. ada rasa sedih.. ada rasa gembira.. ada rasa dihargai.. Dulu rasa lebih untuk bertahan dan meneruskan kehidupan.. walaupun rasa seolah terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan.. Dalam apa juga hubungan.. aku hanya mahu gembira... itu yang utama.. sebulan dua ini aku berkesempatan bertemu beberapa rakan-rakan baru.. pelbagai kisah dan perangai mereka yang aku nilai dan lihat.. susah menelah hati manusia.. luaran nampak baik dan ikhlas.. tapi adakalanya ia tidak bertahan lama.. ada yang lembut dan berbudi bahasa.. tapi ada pula sisi lain yang aku temui mengundang rasa tidak enak dan tidak sedap hati.. Ada yang begitu selamba.. serasi seolah kita sudah lama kenal.. tapi masih terlalu awal untuk membuat sebarang andaian dan telahan..

Hidup menjadi penuh warna warni dengan pengalaman begini.. membuatkan kita terfikir sebentar akan apa yang perlu dalam hidup.. semua orang pasti mahukan 'what matter in life'... untuk aku.. aku hanya mahu gembira.. Happy.. walaupun kegembiraan itu kadangkala datang seketika.. namun aku tetap ambil masa untuk menghargainya..

Apa juga just be happy :)

Monday 4 August 2014

Mood Lepas Raya

Salam Hari Pertama Bekerja di bulan Syawal 2014

Alhamdullilah dah masuk kerja semula..

Semalam terima berita sedih.. abah eksiden motor dilanggar orang dari belakang.. dia melambung naik ke atas kereta dan jatuh ke jalan.. kaki tangan muka lecet dan kulit tersiat.. giginya juga patah.. kami terima berita sekitar pukul 9.00pagi.. kelam kabut kemas barang.. Syukur juga sebab belum balik ke rumah.. masih kat rumah mak di kampung.. Kami antara adik beradik yang sampai dulu.. sebab sorang kat rawang.. sorang kat tapah.. sorang kat melaka.. yelah hujung minggu semua sibuk menghantar anak-anak balik untuk sambung belajar... Pakwe dah tak senang hati... yelah abah dia yang eksiden kan.. Aku masih cool lagi... tapi pengalaman memandu selaju 145-150km/j malam arwah ayah pergi itu masih kekal dalam ingatan aku...

Bila kami sampai ke rumah.. Abah dah ada di rumah.. doktor kata tak perlu tahan di wad sebab abah masih boleh berjalan dan hanya luka-luka.. yang patah hanya gigi dia sahaja.. Alhamdullilah takde anggota badan yang patah riuk.. Pelik juga sebab umur abah dah nak 80.. tapi dia masih kuat berjalan walaupun kena hentam dan melambung atas kereta... Syukur lagi mak tak ikut abah naik motor sama pagi tuh.. kalau tak?? Aku sendiri tak dapat nak bayangkan apa jadi pada mereka berdua...

Mulanya aku tak nak tengok luka-luka badan abah.. tapi bila Tok cik dan wan cik datang dan membelek badan abah.. aku pun join tengok sekali.. Ya Allah.. banyak anggota badan dia tersiat kulit.. nampak isi daging berwarna merah tuh... mak sapukan minyak gamat.. aku melihat terus rasa nak menangis.. sebab dulu masa arwah ayah dirawat di hospital sebab kencing manis dan kulitnya luka-luka.. hampir sama keadaannya.. susahlah.. nak tahan hati.. tengok abah begitu.. ingatan aku pada arwah ayah kembali datang dalam fikiran.. sedih orang perempuan airmatalah jadi saksi.. itupun yang balik semua anak-anak lelaki.. anak-anak perempuan semua tak balik... yelah masing-masing ada komitmen sendiri.. tapi pada aku personally.. walau apa pun keadaanya.. aku tetap balik juga.. tak dapat lama sekejap pun baliklah tengok abah... agaknya mereka rasa abah itu selalu akan ada kat dunia kot... terlupa bahawa mereka itu hanya sementara sahaja..

Hari ini mood nak kerja macam takde jek.. plus kelas pun tak mula lagi hingga khamis nie... so banyak masa nak melayan mood raya ler kot..

Apa juga.. Sekali lagi Selamat Hari Raya... kalau buat open house jemputlah.. Tahun nie rumah masih tertutup lagi.. hehehe ;)

Monday 28 July 2014

Selamat Hari Raya.. kosong-kosong ye..

Salam Malam Raya..

Waktu ini bunyi meriam dan mercun masih riuh rendah.. esok kita semua berhari raya..

Alhamdulilah kita masih lagi dapat berhari raya.. tahun ini raya kita sambut dengan penuh kesedihan..tragedi MH370, MH17, GAZA, kes berdarah di sabah dan pelbagai lagi insiden yang menyedihkan..

Tahun ini juga tak byk berbelanja seperti thn lepas. Kena berjimat cermat sikit.. tahun lepas rajin buat tudung shawl sendiri.. tahun nie tak sempat.. dan takde mood sgt..

Apa jua selamat hari raya aidilfitri.. maaf zahir & batin ye.. kosong-kosong

Sunday 13 July 2014

Bertambah setahun lagi..

Salam

Alhamdullilah.. sudah hari ke 15 kita berpuasa.. sudah masuk minggu ke 3 di bulan Ramadhan.. kawasan kejiranan pun dah mula dengar bunyi mercun sana sini.. baik siang atau malam.. tanda budak-budak dah mula seronok nak beraya..

Alhamdullilah juga hari ini sudah bertambah setahun lagi usia.. doa ku semoga Allah beri lagi peluang untuk menikmati pertambahan usia di masa akan datang dan juga permudahkan urusan dan rezeki jua.. semoga kesihatan yang baik juga sentiasa diberi untuk menjalani kehidupan...

Buat pertama kali pakwe boleh lupa birthday aku.. apa lagi merajuk tahap high level.. disebabkan rasa bersalah yg tinggi.. dia pergi 7 eleven dekat pukul 3 pagi nak cari kek.. hahaha aku biarkan sahaja moga tahun akan datang beringat sikit.. last2 dia beli cocholate cake roll dan aiskrim conetto.. lepas tu paksa aku makan atas katil lepas kena kejut.. hahaha nak tergelak pun ada.. oklah tahun 2014 nie belum merajuk lagi.. biar ini kali terakhirlah kann..

Apa jua selamat berpuasa semua.. Hari ni malas masak.. beli tapau kat luar jelahh..

P/s Mak.. terima kasih lahirkan diri ini pada tarikh ini dan besarkan diri ini dengan segala kasih sayangmu.. Ayah terima kasih juga kerana mengajar erti berdikari, tanggungjawab dan kecekalan hidup.. dulu tidak pernah faham mengapa ayah selalu tegas dan garang.. tapi bila menghampiri 40an.. sifat diri yang terbina adalah hasil didikan ayah itu.. mempunyai seorang ayah yang merupakan seorang guru banyak mengajar aku tentang kehidupan dan pentingnya pendidikan.. Selamat Hari Lahir untuk diri.. semoga hari ini dipenuhi dengan kegembiraan..

Wednesday 9 July 2014

Ramadhan 2014

Salam

Alhamdullilah kita dapat berpuasa lagi untuk tahun ini.. Untuk aku pulak ini Ramadhan ke 3 aku sejak balik dari UK.. dan Ramadhan ke 3 juga tanpa arwah Ayah..

Rasa-rasa tahun ini puasa seperti biasa... tidak banyak beza dengan tahun lepas.. cuma kemeriahan tahun ini mungkin sedikit kurang berbanding tahun lepas. Ada beberapa kenangan 2 tahun yang lepas yang agak sering menjadi rutin.. tahun nie ditiadakan... takpelah biarlah jadi kenangan sahaja.... takde rasa menyesal atau kurang mana pun.. mungkin ada hikmah dan kebaikan lain yang kita dapat... InsyAllah

Tahun ini Pasar Ramadhan.. dibuat dekat dengan rumah aku.. so hampir tiap-tiap hari singgah.. singgah pun sebab beli kuih muih.. adakala teringin nak makan murtabak.. atau teringin makan nasi kerabu.. itu antara menu wajib tiap kali ke pasar malam.. dan singgah ke PARAM tuh pun sebab nak beli benda2 tuh dari peniaga yang memang menjual di pasar malam...  ada juga cuba beli kuih dari peniaga baru.. tapi.. baru makan sesuap terus di bakul sampahkan.. ada sekali makan kuih melaka.. terus bau sabun pencuci.. terus campak sebungkus dalam tong sampah.. alahai.. sejak itu serik nak mencuba gerai-gerai yang baru nie.. selalu lebih suka membeli pada gerai peniaga yang selalu aku beli sebelum ini..

Aktiviti memasak masih diteruskan.. hampir setiap hari memasak sekarang.. kalau dulu lauk boleh tahan utk 2 hari.. kali nie.. lauk bertahan 1 hari jek sebab kita bersahur pagi kan.. kalau nak makan lauk yang sama untuk berbuka esoknya.. macam tak sedap lah pulak.. pakwe selalunya ok jek walaupun lauk semalam.. masalahnya aku yang tak lalu berbuka dengan lauk yang sama.. so nak tak nak terpaksalah masak.. paksa diri sendirilah sebab diri sendiri yang cerewet..

Penat sebenarnya bila dah hari-hari kena masak.. sebab hari-hari juga kena fikir nak masak apa... dah nak abis senarai dah lauk yang dimasak.. dari lauk kari.. masak lemak kuning.. masak sambal.. masak kicap.. sup tulang.. hari nie plan macam nak masak spaggeti pulak sebab dah bosan dengan masakan melayu hehehe..  dan aku pun dah mula bosan asyik buka kat rumah jek.. mungkin dah sampai masa kena buka kat luar ler kot... Most probably lah kan.. bolehlah cari geng buka pose sekali nie.. Juliet?? Apa lagik.. bila nak belanja buka pose nie.. leh ajak kts sekali..

Minggu depan nak uruskan buka puasa jabatan pulak.. tahun lepas kami order catering dan buka puasa kat ofis.. tahun nie.. diorang macam nak plan benda yang sama.. tapi aku macam malas nak uruskan.. so tahun nie cadangan buka kat restoran kawan baik aku... charge dia extra sikit tapi.. tak kisahlah sebab tak yah sesusah nak uruskan.. datang makan jelah jawabnya kan.. cuma bawa ler sikit2 pot luck masa buka nanti..

Sepatutnya this weekend ada bengkel di Shah Alam.. baru berangan nak p shopping kat seksyen 7.. last minute cancel pulak hehehe... kalau tidak dapatlah berbuka free kat hotel.. tapi yelah nak buat camna.. postpone jelah jawabnya lepas raya..

p/s Mood raya tahun nie macam kurang jek.. sama macam tahun lepas... Rindulah arwah Ayah.. kalau dia ada berbuka mesti meriah gile... Al-Fatihah..

Monday 7 July 2014

Jakarta-Bandung di mataku..

Salam

Seperti biasalah.. senarai ini antara yang wajib buat bila aku ke sesebuah negara..

Oh ya senarai yang sama ke Jepun belum buat lagi sebab entri belum habis..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1- Padat dan sesak
Aku rasa rata-rata bandar besar semuanya begitu.. cuma kepadatan dan kesesakan sesebuah bandar itu berbeza mengikut sikap dan tabiat penduduknya... ramai yang mengatakan jakarta sesak (macet).. tapi pada aku benda itu biasa... normal.. seperti kata pakwe aku sebelum trip kami ke jakarta.. dia udah bising-bising malas ke jakarta sebab sesak.. tapi aku think positif.. sebab pada aku benda itu biasa.. semasa aku ke tokyo pun sesak juga.. rasa macam tak percaya tengok sesaknya manusia kat stesen keretapi sedangkan sehari sebelum tuh kami keluar ok jek.. masuk je hari bekerja.. aduhhh.. sesak nafas terus... hahaha...

2- Old and new town Jakarta..
Jakarta seolah terbahagi dua kepada aku... ada kawasan yang cukup mewah.. dan ada juga kawasan yang cukup ketara kemiskinannya.. penduduknya lebih banyak tertumpu di tepi sungai.. deretan rumah-rumah banyak dibina di tepi sungai.. satu pemandangan yang ketara.. rumah yang di tepi sungai itu buruk dan kecil.. beberapa pintu daripadanya pulak.. rumah-rumah mewah dua tingkat.. itulah yang aku nampak.. kawasan laluan utama nampak berdebu.. kotor dan tidak selesa... manakala kawasan yang mewah (new town) penuh dengan bangunan pencakar langit.. dan hotel-hotel 5 bintang.. kawasan perniagaan dan pejabat kerajaan juga di sekitar kawasan ini..  kebanyakan bandar pasti ada kawasan sebegini.. old and new..

3-Pengangkutan awam
Aku rasa pengangkutan awam banyak.. pilih sahaja kenderaan apa yang hendak dinaiki.. malah teksi pun sama.. manakala laluan ke bandar waktu 7-10am dan 16-19pm adalah waktu dimana hanya kenderaan dengan 3 atau lebih penumpang sahaja boleh memasuki kawasan tertentu... polisi akan periksa kenderaan dan tingkap perlu dibuka.. ini kerana kebanyakan kereta di jakarta bercermin gelap dan sukar dilihat dari luar... sebab itu adakalanya pemandu akan memanggil-manggil penumpang dan membayar mereka (20 000 rupiah seorang) kerana untuk melalui jalan tertentu perlu ada sekurang-kurangnya 3 orang.. ianya bermula di jalan Sudirman..

Ini peraturan untuk mengurangkan kesesakan... macam kongsi keretalah konsepnya.. tapi.. jalan tetap jem juga... biasalah... satu yang menarik perhatian aku.. hentian bas untuk menaiki bas adalah lebih tinggi daripada jalan.. ia dibina hampir separuh ketinggian kereta dan bas yang lalu pun dasar lantai pintu bas tuh betul-betul paras lantai hentian tuh.. ini mungkin dibina untuk keselamatan pengguna bas.. kerana mereka tidak perlu tunggu di tepi jalan dan mungkin boleh mengakibatkan kesesakan lagi..

Hentian bas di Jakarta
kredit dr blog alfuad4605.blogspot.com

 Kawasan yang kenderaannya perlu ada 3 atau lebih penumpang
kredit blog http://syazlitahir.blogspot.com/


3. Syurga Shopping
Rata-rata pelancong malaysia yang datang ke jakarta atau bandung.. kebanyakannya mempunyai tujuan untuk bershopping.. yang menjadi pilihan adalah kain baju.. jubah.. telekung.. seluar jeans.. branded goods.. jajan and list goes on... ramai juga rakan-rakan yang ambil peluang berniaga dengan mengambil barang secara borong.. malah ada yang sanggup datang untuk membeli persiapan kahwin di sini.. baik tempah kad.. baju pengantin.. hantaran pengantin.. door gift and so on.. Aku shopping juga kain ela sutera batik..suteranya cantik dan bersulam.. harga dapat sekitar 160k rupiah manakala sutera batik contengan tangan dalam 220k.. kami bershopping di deretan kedai/kawasan dikenali sebagai 'Heritage'.. mereka juga hantar kain yang sama ke pasar baru bandung.. selain itu kami juga dibawa ke sebuah kedai kain.. aku lupa nak tanya kawasan apa.. tapi berada di deretan perumahan.. dan banyak juga rakyat malaysia yang dibawa ke sini.. sempatlah beli 3 pasang kain bersulam yang sesuai dibuat jubah... dan 2 pasang telekung berjenis kain durikan.. katanya sejuk dan selesa.. cuma ia bukan berwarna putih.. warna coklat dan biru gelap.. tak kisahlah.. telekung itu buat solat kat rumah je kan.. Kami tak banyak buang masa shopping di pasar baru kerana ada guide yang bawa kami.. so tak merasalah macam shopping gaya survey dan tengok-tengok.. ini sebab kebanyakan benda yang kami nak dah separuh dibeli.. kalau tak beli kain di heritage dan kedai kain yg satu tuh.. mungkin sahaja kami akan spend masa shopping lebih lama di pasar baru.. tapi kami singgah juga beli border lace di sebuah kedai kain.. semeter 100k dan 1 meter itu ada 10 border lace pada 1 bidang kain.. murah giler ler.. sebab selalu orang jual border lace dah siap potong.. kami beli 1 meter terus.. adalah 4 jenis border lace yang kami beli dan bahagi 2 dengan kawan aku.. so sorang bayar 200k jek.. untuk 4 jenis border lace dan sorang dapat 20 lace sepanjang 1 meter... kalau buat jubah bolehlah suruh akak tuh jahit border lace sekali

4-Peminta sedekah dan diikut penjual souvenier
Ini benda yang biasa... semasa kami ke factory outlet.. kami diikut oleh beberapa orang budak peminta sedekah.. ada yang aku bagi duit siling.. sebab dah banyak sangat silingnya.. dan itu belum lagi penjual souvenier yang ikut kami.. rata-ratanya jual fridge magnet.. ada yang jual 6pek (1pek ada 6 biji) 100k.. ada yang jual beg kecil 6 set 100k... tak beli pun sebab banyak sangat... beg yang kecil tuh tak beli sebab tak tahu nak pakai untuk apa.. sebab beg yang ada pun banyak... tapi kalau kesian boleh jek beli.. kami tak beli walaupun diorang tuh pujuk sampai kitorg masuk kereta.. hampir jek terkena tangan bila nak tutup pintu... tapi pada aku benda nie diorang dah biasa kan... kalau tak buat macam tu macamana nak hidup.. teringat pengalaman yang sama semasa aku ke vietnam dulu.. adik yang aku jumpa jual dompet sutera pun begitu.. bersungguh merayu kami beli dompet yang dia jual... tapi sebab dah beli awal di sungai mekong so tak terbuka hati pulak nak beli... (adik tuh mesti aku ingatlah.. sebab muka sebijik muka anak buah aku).. Dengarnya jika di jakarta pemberi sedekah boleh di denda ..

5-Universitas di Bandung sahaja 200 lebih
Disebabkan aku ada konferen di Universitas Pendidikan Indonesia.. maka secara tak langsung aku turut bertanya bilangan universiti yang terdapat di bandung.. hari pertama sahaja kami sudah berjumpa dengan 3 orang pelajar universiti yang meminta derma... sempatlah juga bertanya tentang pengajian mereka dan di universiti mana mereka belajar.. dari mereka aku dapat tahu ada 200lebih universiti di Bandung dan UPI merupakan antara universiti yang terkenal di bandung selain ITB Institut Teknologi Bandung.. ada lagi beberapa universiti lain yang juga terkenal seperti Universitas Padjajaran (Unpad)- universiti dimana 3 orang pelajar yang aku temubual.. Universitas Islam Bandung (Unisba)-swasta.. dan lain-lain lagi..

6-Bandung kawasan tanah tinggi dan sejuk
Sepanjang perjalanan menaiki keretapi dari Jakarta ke Bandung.. aku lihat permandangan yang indah kerana di sini banyak terdapat sawah padi.. ladang teh.. dan macam-macam hasil ladang yang ditanam di sekitarnya.. sawah padi adalah hasil tanaman yang kerap kami lihat sepanjang laluan keretapi.. di sini juga dah hampir dengan pergunungan dan gunung berapi.. kami tak sempat nak berjalan ke sana kerana faktor masa dan urusan konferen yang perlu dihadiri.. InsyAllah mungkin kami akan ke sana lagi.. di masa akan datang... pakwe sedikit kecewa sebab dia memang pengemar sejarah.. so trip kali ini lebih banyak pergi shopping.. sorrylah bang ye.. next time kita p jogjakarta lah pulak ye.. hehehe.. (syukur juga tak bawak dia p muzium.. idak sure lagi lama dia melepak kat situ)

7-Keramahan penduduk...
Penduduk di bandar besar dan luar bandar pasti ada beza yang banyak.. keramahan juga menjadi faktor.. benda ini biasalah.. samalah macam mana-mana pun kota besar di dunia.. malah kalau ke KL pun orang sombong-sombong juga.. tak percaya cuma pergi ke KLCC dan tengok perangai orang kat situ :)

Biasanya yang mungkin lebih peramah adalah mereka yang berurusan jual beli.. mana yang sombong memang orang tak datang beli dah.. Begitu juga di Jakarta dan  bandung... penduduk di Bandung mungkin lebih santai kerana kesibukan mereka tidaklah sesak seperti di Jakarta.. malah jem di Bandung walaupun jem.. tapi masih bergerak.. kalau di Jakarta.. jem adakalanya tak bergerak langsung.. kalau waktu hujung minggu.. jem dari Jakarta ke Bandung boleh ambil masa 5 jam... berbanding waktu biasa yang tidak jem sekurang-kurangnya 2 3 jam dah sampai...  Samalah juga kalau kena hujung minggu cuti panjang.. jalan KL-Utara(lebuh raya utara selatan) jem sampai 4 lane... jalan yang biasa 10minit dah sampai pun.. boleh jadi sampai 30-45minit..

8-Makanan harga murah dan boleh tahan rasanya..
Harga makanan yang kami bayar sepanjang di Bandung dan Jakarta.. pada aku bolehlah.. sekitar RM60 untuk 4 orang.. itu makan nasi padang.. order nasi goreng.. mungkin ada juga kedai lain yang lebih eksklusif dan mahal lagi... Komen aku.. kebanyakan makanan mereka ini agak masin... baik dari KFC.. hinggalah makanan yang berbentuk gorengan.. pakwe pulak labelkan makan kat bandung tak sedap.. hatta makan waktu breakfast pun tak sedap.. aku lebih memilih makan western spaggeti atau pasta semasa breakfast.. sarapan pagi penduduk indonesia aku lihat lebih bercirikan nasi putih dan berlauk.. mengingatkan aku pada cara breakfast yang sama di Thailand.. Semasa di sana aku juga cuba makan aiskrim durian.. sedap not bad.. cuma peluang nak makan pisang cheese jek tak kesampaian.. sempatlah juga cuba teh botol.. oklah.. tapi not my taste sangat... better lagi kalau minum teh hijau pada aku..

9- Ubatan dan kosmetik yang murah
Hotel yang kami tinggal di Bandung berhampiran dengan kedai mart dan guardian.. so memang senang sangat kalau nak beli makanan ringan atau ubatan.. disebabkan kawan aku selsema dan batuk teruk di bandung.. dia sempat mencuba ubat mixagrip.. harganya cuma 2ribu rupiah.. lebih kurang 60sen jek.. dan berkesan... selain itu juga kami jumpa air minuman cap kaki tiga berperisa laici.. serbuk cap kaki tiga nie memang terkenal zaman dulu-dulu.. arwah nenek aku pengemar ubatan ini.. makan terus ubat nie dari lipatan kertas dan minum air.. nostalgia zaman kecil-kecil datang balik.. sekarang nie kalau kedai ubat moden susah dah nak jumpa ubat cap kaki tiga nie.. ramai lebih suka beli panadol jek.. kosmetik pulak kalau convert murah sedikit dari harga di malaysia.. terutama jenama yang biasa.. tapi kalau jenama terkenal seperti Elizabeth arden.. wow harga dia agak mahal.. sebab aku dah survey dulu.. kalau ada sales maybe ok kot kalau nak beli.. tapi kalau compare harga kat lazada.. murah banyak lagik.. :)

10- Hotel di Bandung dan Jakarta
Di Bandung aku tinggal di Aston Braga Hotel & Residence.. Rate sehari untuk bilik studio 1 bilik (sekali dengan dapur masak) lebih kurang RM170semalam dan RM140 untuk hari khamis.. bilik studio nie agak kecil sedikit tetapi untuk yang suka memasak.. studio nie memang bestlah.. tapi aku tak guna langsung pun dapur masak tuh pun.. makan kat luar jek.. Hotel ini agak popular di kalangan pelancong malaysia dan local.. makanan pun byk variety.. dan bersebelahan dengan braga city walk.. ada food mall.. dan kalau jalan keluar sikit banyak kedai-kedai makan... warung kecil pun ada juga.. cuma berani tak berani jelah nak cuba.. Kawan aku pulak hari ke3 dia pindah ke hotel Oasis sebab anak dia nak mandi swimming pool... di Aston Braga ada swimming pool juga.. mungkin dia sengaja nak rasa hotel lain

Di Jakarta pulak aku tinggal di Hotel Amaris Juanda.. di Jakarta pusat.. ramai yang keliru hotel ini dengan Amaris mangga dua.. Sebab aku pilih hotel nie sebab dia dekat dengan train stesen.. dekat monas.. dan masjid utama... Bersebelahan dengan hotel nie banyak kedai-kedai makan dan runcit.. so senang kalau nak cari makanan... parking kereta pun betul-betul depan hotel jek.. nak cari teksi pun senang... harga semalam dalam RM135++.. bilik saiz sederhana.. pada aku notbadlah.. kalau nak bilik yang eksklusif.. bayarlah mahal lagi kan...

11-Sewa kereta di Bandung
Sepanjang aku di Bandung.. kami menyewa kereta untuk 2 hari sahaja.. Boleh contact Hayuka Bandoeng atau di sini. Harga untuk sehari sekitar bandung boleh dapat dalam 400k bergantung pada tempat dan masa.. untuk hari pertama yang separuh hari tuh kami bayar 300k sahaja.. dan hari khamis sepanjang hari hampir 400k.. pakwe bagi jugalah tip sikit kat pemandu.. ikut dialah kan.. Manakala ke Jakarta pulak.. aku ambil pemandu.. 800k untuk perjalanan bandung-jakarta.. hantar ke hotel dan jalan-jalan sekali.. sehingga pukul 4 petang.. dan 10% bayaran untuk tambahan setiap jam dari harga dibayar..

Cuma bila hari terakhir tuh.. kami diberitahu yang sewanya 800k tetapi bila nak balik driver Budi kata hanya bayar 700k sahaja.. dan sebab kami tambah 4jam lebih.. aku dah sediakan 350k siap-siap.. tip aku bagi budi 100k.. dan pakwe tambah lagi 50k.. banyak juga tuh kan.. tapi tak kisah sangatlah sebab pada aku service dia oklah walaupun berpusing-pusing hehehe..

12-ATM service maybank BII
Semasa di sana.. aku turut keluarkan duit dari mesin ATM maybank.. aktivate kan senang jek.. pergi ke ATM maybank mana-mana bank kat malaysia.. pilih lain-lain dan pilih oversea activation.. boleh pilih sementara atau tetap... kalau sementara boleh pilih tarikh mula dan akhir.. aku keluarkan lebih kurang 2 juta di bandung.. bila balik tengok dia charge tukaran lebih kurang 1juta=RM278.. oklah not bad...

13-Tukaran wang
Sebelum pergi aku tukar siap-siap di KL dengan tukaran 1juta =274.50, kalau di tempat aku kerja dia kira 1juta=RM280.. tapi pakwe aku boleh dapat 1juta=270 kat tecso bukit tinggi Klang.. angin jek bila aku dapat tahu yang ditukar lagik murah.. sebab penat jek masuk KL ke ampang park... kalau tahu kat Tesco tuh lebih murah dah p situ dah... so kena pandai-pandailah.. tukaran wang kat bandung katanya mereka ambil lebih murah sikit... semasa aku pergi diorang kira RM1=3500rupiah.. atau 3000rupiah camtuh... so terpulang masing-masing..

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Overall trip holiday dan kerja aku selama 5 hari di Indonesia Jakarta-Bandung menyeronokkan... mungkin kalau pergi 100 holiday lebih seronok sebab ada lebih masa untuk berjalan.. selepas trip nie.. pakwe macam ada bagi hint nak ke sana lagi sebab banyak lagi tempat menarik yang kami tak sempat nak pergi.. InsyAllah.. akan ke sana lagi masa akan datang.. duit rupiah pun ada baki dekat 700k lagi.. belum ditukar.. kalau tukar dapat RM100++ juga..

Inilah 1st bawak pakwe keluar malaysia sejak balik dari UK 2 tahun lepas.. sebelum nie aku banyak keluar negara atas urusan kerja dan peribadi (jumpa rakan universiti dan trip lawatan).. Lepas nie InsyAllah akan bawa dia jalan lagik.. Maybe South Korea Next year.. sebagai balasan tak bawa dia pergi jepun aritu hehehe... tengoklah budget camna.. kena plan awal supaya boleh simpan duit sebelum pergi.. macam yang aku buat semasa trip ke Jepun dulu ;)

Wednesday 2 July 2014

Berbaju kurung di Bandung..

Salam

Selamat berpuasa semua.. sudah masuk hari ke empat kita di bulan Ramadan... Alhamdullilah.. dan aku pun dah 4 hari juga kembali ke tanahair dari Jakarta hujung minggu yang lepas..

Aku tahu masih berhutang entri ke Tokyo.. InsyAllah nnati sambung ceritanya ye...

Perjalanan ke Jakarta-Bandung telah dirancang selepas balik dari Tokyo.. Ini kerana kertas kerja penuh telah siap dan telah diluluskan untuk pembentangan.. Aku berada di sana selama 5 hari.. 23-28 Jun 2014 (Selasa-Sabtu)

Day 1 : (23/6/14) Selasa

Perjalanan bermula dari KLIA ke Jakarta selama 1jam 45minit

  Sebelum mendarat di Lapangan terbang Soekarno Hatta Jakarta Terminal 2

Kemudian kami menaiki bas dari Bandara airport ke stasiun gambir selama sejam... kami terlepas keretapi pukul 11.20pagi.. so terpaksalah tunggu train pukul 1.10petang... sempat jugalah makan KFC dulu di situ... (komen aku tak sedap!!.. sos cilinya masin gile)

 Keretapi kelas eksekutif kelas I
900ribu rupiah Gambir-Bandung

Keretapi tiba awal.. pukul 12.30 tengahari keretapi sudah ada di landasan dan perjalanan keretapi ke Bandung selama 3 jam.. dan tiba sekitar pukul 4 petang di Bandung.. Sepatutnya ada supir yang datang ambil kami, kerana aku dah booking awal.. tapi tunggu punya tunggu dan cari punya cari.. tak jumpa.. nak call pulak belum beli sim card... cuba access wifi pulak takde free wifi kat stesen bandung.. terjumpa beberapa pelajar semester pertama dari salah sebuah universiti di bandung.. mereka sedang kutip derma untuk hari pahlawan indonesia.. so dah alang-alang tuh.. minta tolong diorang telefonkan supir.. malangnya no diluar kawasan... so apa lagi... terus decide untuk ambil teksi ke hotel... sampai hotel check in... dan bila dah dapat free wifi.. barulah dapat contact ofis kereta sewa yang kami booking dan rupanya supir memang dah tunggu kami kat situ.. apa lagi kami pun minta dia datang terus ke hotel...

Hari pertama kami dimulakan dengan pergi ke kedai kain (hahaha shopping dulu)... kedai tuh siap dah tutup... bila kami sampai terus dia buka.. kedai kain kat rumah orang.. (macam style yang sama masa aku ke vietnam aritu).. so apa lagi shopping beli telekung dan kain... siap beli juga kain pelekat sekali... selesai tuh.. kami ke Pascal Food Court... di sini style Food Court dan pembelian makanan ada tax.. Kami makan sup madura dengan nasi.. not badlah... Pakwe pula order nasi goreng.. dah diminta kurangkan pedas.. tapi bila aku makan sesuap.. pedas giler... Nasib jugalah tak order...

2nd Day:  24/6/14 (Rabu)

Pagi bersarapan di hotel, menjadi perhatian sekejap kerana aku sorang sahaja yang pakai baju kurung hahaha... aku perhatikan kebanyakan orang lokal selesa pakai seluar dan baju blaus yang agak panjang.. aku sempat juga ditegur oleh rakan kerana formal berbaju kurung.. tapi disebabkan aku bentang paper pagi ini.. takkan nak pakai santai pulak... so berbaju kurunglah aku.. sedangkan di kyoto pun aku berbaju kurung.. di indonesia berbaju kurung apatah lagi kan... pagi tuh sempat jugalah bergosip dengan seorang rakan melalui Whatapps... walaupun jarak memisahkan kami.. medan teknologi tetap menghubungkan dunia hahaha...

Separuh hari kami di Universitas Pendidikan Indonesia (UPI), selesai sesi keynote speaker.. bila nak daftar kaunter pendaftaran pulak kelam kabut dan serabut... disebabkan aku pembentang pertama so terpaksa gerak dulu ke bilik seminar takut nanti ada yang tunggu... Selepas makan pagi yang ringan.. ye kuih muih diorng pun ada letak cili api... biar benar hahaha... bayangkan ko ambik kuih tepung beras.. tetiba tengah-tengah tuh ada selambak cili api... pelik??

 Balai Pertemuan Gedung Ahmad Sanusi 
Universitas Pendidikan Indonesia Bandung

Aku pula pembentang pertama sesi selari 10... adalah 8 orang dalam bilik.. dan disebabkan aku pembentang pertama bertalu-talu pulak soalan yang datang.. but not bad experience lah... selepas itu terus makan tengahari.. sedap juga dan agak mewah... selesai tuh.. petangnya aku terus balik ke hotel sebab nak spend masa sambung shopping hahaha... maka seharian jugalah aku berbaju kurung di bandar Bandung (malas nak tukar baju)... petang kami dah mula pergi berjalan-jalan ikut trip seorang rakan menyewa kereta.. kebetulan petang itu anak-anak dan mak mertua dia tak ikut sekali.. so kami pun menumpanglah kereta mereka.. kami ke shopping lagi kain.. hahaha.. kali ini dapat kedai yang jual sutera bersulam dan sutera batik yang cantik... so episod membeli kain dah selesai.. dekat 8 pasang juga kain yang dibeli.. itupun bukan semua utk aku.. tapi utk mak dan adik..

Selesai shopping the 2nd day... malamnya kami makan di sekitar Braga street.. di kedai 'Bebek Garang'. Bebek itu itik... tapi semua order ayam kecuali pakwe... aku dan 2 rakan lagi makan ayam goreng negro (ayam goreng kicap.. sesuka hati jek kan letak negro utk kicap)... not badlah.. nak kata sedap taklah sangat... janji perut kenyang..

3rd Day : 25/6/14 (Khamis)

Last day conference... pagi kami kesana naik kereta sewa yang aku dah booking.. so minta supir hantar kami untuk kami dengar keynote speaker dari jepun dan singapore.. Minta supir ambil kami pukul 10 pagi... disebabkan masalah pengurusan konferen yang lembab... nak minta sijil penyertaan punyalah susah.. kami terpaksalah tipu sunat... dapat sahaja sijil terus blah dan sambung shopping di Rumah Mode memandangkan ianya lebih dekat dari UPI... di rumah mode beli jugalah T shirt dan jeans untuk pakwe dan jajan (kerepek dan pisang keju) di situ...

 Rumah mode
Aku shopping jajan jek..

Selepas itu kami terus ke Pasar baru.. supir beritahu kami dia boleh arrangekan untuk ada sorang jaga dan tunjukkan kami kedai-kedai yang kami nak pergi.. Namanya rejki.. memang rezeki murah budak tuh hahaha... yang best dia juga tukang angkat barang sekali.. beritahu je dia kita nak beli apa.. dia akan bawa kami terus ke kedai yang kami nak.. memang takdelah nak survey kedai sebab memang sesak giler.. kami langsung tak turun ke lantai 1 atau groundfloor sebab kata adik tuh.. kawasan tuh sesak.. lagi pulak.. kami dah shopping kain lebih awal.. so agenda yang tinggal hanya beli sourvenier dan jubah jek.. so bila misi dah selesai... tak lama pun rasanya kami kat sana 2 jam je kot.. terus kami ke 'Kartika Sari' beli brownies yang mix.. pisang bolen dan durian bolen.. beli kek lapis buah.. begelan perisa cheese dan butter scotch.. minta dia pack masuk kotak.. kami pun gerak ke kedai makan masakan padang... makan untuk 4 orang dalam 200ribu.. dalam RM60.. oklah sebab dia bawa lauk macam-macam.. dia kira yang kami sentuh dan makan.. kalau macam ayam tuh dia kira seketul ayam dalam pinggan tuh.. bukan 1 pinggan semua (dalam 1 pinggan ada 2 ketul ayam)..

Kedai nasi padang yang kami makan

Selepas itu kami ke cibaduyut tempat untuk barangan kulit... harga semua 200ribu ke atas... tapi malangnya takde satu yang aku berkenan.. adalah selipar kulit yang aku berkenan tapi 200ribu aku rasa mahal sebab simple sangat selipar tuh.. nak beli beg pulak... rasa macam tak berbaloi jek sebab harga lebih murah boleh dapat kat sogo jek hahaha... (bukan semuanya kulit ori)

Selepas itu kami terus ke Paris Van Java.. tempat ini ala-ala macam pavilion di KL.. tapi berkonsepkan macam open garden kat Midvalley garden... not bad aku memang suka tempat macam nie hahaha.. kat sini aku shopping beg kulit di 'Charles & Keith' kebetulan ada sales... harga lebih kurang RM100.. beli pula donut JCO yang ala-ala big apple.. oklah kan... bila nak balik pulak.. kredit sim card pakwe habis.. terpaksalah dia menapak pulak p cari kredit topup.. supir sampai.. dan kami terus balik ke hotel..

Sampai hotel kami terus keluar makan berhampiran hotel.. betul-betul depan hotel jek.. Braga Palace.. nasi gorang specialnya ada ayam dan udang... banyak.. dan harga sekitar rm10++ tapi memang tak habislah makan.. selesai tidur dan pack barang sebab esok akan bertolak ke jakarta.. Kali ini ke Jakarta kami sewa supir dan minta dia bawa kami jalan-jalan sekali.. (nanti aku buat entri pasal kos yang kami spend)

4th day : 27/6/14 (Jumaat)

Supir datang sekitar jam 8.00 pagi walhal kami janji pukul 8.30pagi... mulanya dia ingat nak drop kami sahaja di hotel.. tapi sebab aku dah maklumkan aku nak jalan-jalan sekali di Jakarta.. maka supir tuh kena tukar hahaha.. dia tak biasa sangat dengan jalan-jalan sekitar Jakarta... bila tukar driver.. namanya Budi.. oklah sikit.. tapi dia pun tak tahu jalan sangat.. siap guna GPS hahaha.. takpelah.. janji sampai...

 Pemandangan sekitar pasar pagi di Bandung..
Bermula pukul 4pagi hingga pukul 8.00pagi

Sayuran dan bahan basah yang dijual

Perjalanan pergi tuh.. oklah.. jalan tak jem sangat.. kami terus ke mangga dua.. singgah ke mangga dua square.. style ala-ala pertama complex... takde beli apa pun.. singgah makan kat A&W jek.. lepas tuh ke WTC mangga dua pulak.. lagi pulak macam takde apa-apa.. banyak orang jual sourvenier t shirt dan beg.. beli jugalah Tshirt jakarta 3 helai 100ribu.. lepas tuh ajak Budi ke Senayan Plaza.. wahhh masa nie jalan jem.. dekat 1jam 30minit dalam kereta.. akhirnya kami ke Plaza Indonesia... aku suka sebab kat sini shopping complex besar.. tujuan utama aku nak ke kedai buku dan singgah guardian... di sekitar kawasan ini kita nampak Jakarta dari sudut yang lain.. sudut yang mewah dan grand.. berbanding kawasan lain jakarta yang kotor.. sesak.. padat.. kawasan setinggan.. Ke sini membuatkan aku teringat Tokyo.. ada sedikit kesamaan..

Sampai balik hotel dah dekat 8.30malam.. badan pun dah penat dan nak repack pulak untuk balik esoknya... tak banyak pun bershopping di jakarta.. melainkan 4 buah buku (perangai aku kalau ke negara orang aku suka beli buku).. dan sedikit kosmetik jenama indonesia 'wardah' dijamin halal.. baru rm12 jek bedak kompak dan serum.. (nyesal beli 1 jek hehehe)..

Plaza Grand Indonesia

Kami singgah makan di restoran minang yang betul-betul bersebelahan dengan hotel.. area tuh banyak kedai dan dekat dengan MONAS.. stesen keretapi dan juga ke plaza grand indonesia pun baru 5km jek... kalau naik teksi dalam 10min sampai kalau macet (jem)..

5th day : 28/6/14 (Sabtu)

Pukul 7.30 dah gerak ke airport.. sampai pukul 8.00pagi sebab jalan clear tak jem.. nyesal juga keluar awal hahaha sebab kaunter check in buka dekat pukul 10pagi.. hahaha... tapi bagus juga sampai awal sebab takdelah terlajak atau kelam kabut.. aku antara yang check in awal.. so dapat seat awal2 jugalah.. not bad..

Secara rasminya.. Indonesia bermula puasa hari Ahad.. tapi untuk golongan Muhamadiah.. mereka mula berpuasa hari sabtu.. takdelah rasa serba salah kalau tetiba puasa sabtu lak kan.. sebab malaysia confirm dah puasa ahad...

Pukul 2.00 landed kat KLIA... dan balik kampung...
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Secara keseluruhannya.. oklah trip ke Indonesia... antara bandung dan jakarta kedua-duanya punya keistimewaan masing-masing.. tapi ke Jakarta pusat memang satu tarikan sisi mewah indonesia.. tapi kalau berjalan sekitar kawasan yang lain.. memang padat, sesak, jem dan kotor.. biasanya semua bandar besar punya kelebihan masing-masing..

So tambah lagilah bandar besar yang dah pernah aku sampai.. InsyAllah list will goes on...
Next trip maybe plan ke South Korea and another trip to Indonesia

Tengok budget dan masa jugalah... InsyAllah..

Thursday 5 June 2014

Berkimono di bandar Kyoto.. 3rd day in Japan

Salam

Setelah lama tak sambung pasal cerita ke Jepun.. so today.. kita sambung cerita ya..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari ketiga di Jepun.. Kami masih lagi di bandar Kyoto..

Hari ini kami turun sarapan sedikit lewat sekitar pukul 8.00pagi... memandangkan kedai sewa Kimono tuh buka dalam pukul 10.00 pagi.. maka kami lepak-lepak dulu menikmati sarapan pagi kami.. seperti biasa.. ambil nasi meleket bentuk 3 segi tuh 3 ketul.. potato salad.. miso sup.. roti dan butter.. Alhamdullilah kenyang giler kami.. apatah lagi pagi nie kami nak berjalan sikit ke tempat sewa kimono..

Memandangkan aku tak sewa kimono.. maka perancangan awal kami adalah.. aku akan berbaju kurung bunga pink dari hotel.. so masa turun sarapan tuh takdelah pakai baju kurung.. lepas makan.. p toilet dulu bersihkan dan buang apa yang patut.. maka aku pun bersiaplah pakai baju kurung dengan tudung style express yang labuh lah... so bila siap.. kami pun keluar berjalan kaki menuju ke kedai tersebut.. rasanya adalah sebatu lebih juga kot kami berjalan.. tapi sebab cuaca taklah sejuk dan panas sangat so oklah...

Laluan pejalan kaki ikut jejantas.. 
tak yah sesusah nak lintas jalan

Yang best.. bila aku berjalan dengan baju kurung tuh,, makcik-makcik yang berjalan kat situ siap berhenti lagi tengok baju aku.. ada sorang makcik nie lagi ler... tengah dia duk berjalan tuh.. boleh dia berhenti.. sampailah aku melintas depan dia hahaha... agaknya dia jenuh memikirkan.. apakah fesyen baju yang aku pakai.. kain ye macam kain cotton juga hahahaha.... jalan jelah dengan selamba walaupun sedikit malu bila orang asyik nengok kami macam orang asing..

 Kedai sewa kimono Yumeyakata Beauty
http://www.yumeyakata.com/english/

Akhirnya kami pun sampailah ke kedai kimono.. dah ramai orang dah masa nie.. baik lelaki atau perempuan ramai yang datang ke kedai tersebut... so bermulalah acara memilih warna kain kimono oleh Nuch dan Kanako.. aku lak tukang ambil gambar.. setelah memilih kain dan warna kimono yang disukai.. mereka bergerak untuk membayar harga sewaan kimono tesebut... selepas bayar.. naik pulak ke tingkat atas untuk sesi memakai kimono.. dalam tuh tak leh ambil gambar.. sebab mereka semua sedang seksi hahaha... taklah seksi.. cuma semasa memerhati mereka memakai kimono.. aku rasa dekat 3 4 lapisan diorang pakai.. bermula dengan kain cotton nipis diikuti dengan lapisan kedua.. kemudian ada lagi lapisan tuala kecik pulak kat pinggang.. pastu ikat bengkung kain lagi... pastu barulah pakai kimono.. bila nak ikat kimono pulak.. dekat tali tuh pun ada lagi letak kain.. siap ada plastik gulung lagi.. uihhh... banyak sungguh lapisannya... sampai bila Nuch nak pakai legging dia pun.. tukang pakai tuh suruh buka semua kecuali baju dalam sahaja.. sebabnya kalau pakai juga legging rasanya berkuap panas ler kot..

Dalam kedai yang sesak dengan orang
Semua sedang pilih warna yang disukai.. 
Pilih beg tangan yang berkenan

Lepas selesai pakai baju kimono.. pergi pula bilik pilih beg tangan.. beg jenis yang pegang di tangan.. so kalau yang jenis bawa beg besar tuh jenuhlah keluarkan masuk dalam beg tangan kecil.. lepas tuh.. masuk pulak bilik untuk set rambut... aku pulak jadi tukang memerhati.. cuma mata sahajalah jadi kamera untuk diri sendiri... selesai set rambut.. boleh pilih sanggul bunga plastik untuk dipakai di rambut.. Kanako memilih warna merah hati.. dan Nuch pula memilih warna pink... harga sanggul bunga ini dibayar berasingan.. tidak termasuk dalam pakej sewaan kimono tadi..

Antara artis jepun yang sewa kimono kat sini

Ok selepas semua orang dah set rambut.. so kami pun bergerak turun ke tingkat bawah memandangkan Abang kedua Kanako dah sampai dari Osaka dan menunggu kami. Sempat jugalah kami bergambar dahulu bersama sebelum bergerak ke destinasi seterusnya... Kami merancang untuk ke Istana Nijo.. dari kedai sewa kimono.. kami berjalan menuju ke underground station...

Selain kami..
Mereka ini juga sewa kimono dari kedai yang sama

Sebelum kami naik train... apa lagi posing dulu.. rupanya pandangan belakang penting bila berkimono sebabnya cara ikatan kain di pinggang itu berbeza-beza

Pandangan belakang bila berkimono 

Bila berdiri.. eloklah rapatkan kaki
Sopan ler sikit kan

Ok.. sampai stesen.. beli tiket.. dan kami pun sampai ke Nijo Castle.. (aku lupa dah turun stesen mana.. ) kami pun berjalan ke tempat tiket.. ramailah juga yang memandang kami sebab 2 kawan aku berkimono.. sementara kami tunggu abg kanako belikan kami tiket... sempatlah 2 orang local.. ajak kanako bergambar sebab diorang kan berkimono...

Lepas dapat tiket.. apa lagik.. masuklah ke dalam istana..

Tiket masuk ke Nijo Castle 600yen
Dalam nie ada 2 istana.. tapi yang kami masuk adalah istana Ninomaru

Istana nie masuk kena buka kasut dan tidak dibenarkan ambil gambar 
Kita boleh lihat secara dekat macamana Shogun dan Samurai zaman dulu tinggal dalam istana nie..

Kreatif kan.. buat pagar guna buluh jek

Selepas ke sini.. kami pun kembali ke central Kyoto.. kali ini kami hendak ke Gion semula... malam tadi semasa ke sini jalan ini gelap.. so kami pun decide nak berjalan kembali ke sana.. Ambil balik train dari stesen yang kami turun..

Papan tanda amaran jangan buang sampah
Denda 30,000yen


Bila sampai ke Gion.. kami hanya bergambar di sekitar jalan Gion di awalan jalan  ahaja.. ramai yang berjalan hingga ke penghujung jalan.. tapi kami berhenti sekerat jalan... menyesal pulak bila tak teruskan sebab katanya boleh jumpa Geisha area situ... dan ada pemandangan cantik lagi.. huhuhu.. biasalah bila dah penat berjalan.. kadang kita buat judgement cepat sangat... tapi takpe next time boleh pergi lagi..

Deretan kedai di sekitar Gion
Jalan Hanami-koji


Bila dah ke Gion.. kami decide untuk makan tengahari.. so kami ke Shin Kyogaku Arcade balik..semalam datang ke sini shopping.. Mulanya kami singgah ke kedai menjual manisan... sambil menikmati teh kacang hitam.. kemudiannya kami mula survey restoran untuk makan tengahari.. lepas tengok sana-sini dan survey kedai.. akhirnya kami decide untuk makan sushi..

Shin Kyogaku Arcade 

 Manisan yang kami makan..
Dalam tuh gula dan tepung macam tektur gula-gula kapas
Abg Kanako belanja kami..

Sushi yang kami makan 

Selepas itu kami ke Yasaka Jinja Shrine semula... Malam tadi kami dah pergi.. hari ini pergi semula... sebab nak bergambar... on the way tuh kami singgah kat kedai beli aiskrim matcha.. harga 350yen.. ada yang matcha, mix matcha and vanila.. aku dan kanako ambil mix matcha... dan Nuch ambil matcha.. disebabkan aku ambil mix.. so takdelah rasa pahit sangat daun teh hijau tuh... Nuch sedikit menyesal bila ambil matcha aiskrim sepenuhnya sebab memang terasa pahitnyalah... tapi bila dah lama-lama makan.. ok sikit kot..

Yasaka Jinja Shrine 

Gadis berkimono berpayung yang kami jumpa semasa nak beli aiskrim matcha

Selepas penat bergambar.. kami decide nak ke satu lagi temple yang terkenal di Kyoto.. Temple nie memang terkenal dan ramai local ke sini terutama musim perayaan atau cuti.. Kiyomizudera (清水寺, literally "Pure Water Temple").. untuk ke kuil ini.. kena mendaki tangga dan jalan pula semakin menaik.. sepanjang perjalanan ke sana.. memang banyak kedai-kedai menjual souvenier dan makanan..

Orang ramai giler masa nie..

Jalan semakin mendaki..

Hiasan topeng muka

Kedai jual kimono atau mungkin boleh sewa

Jalan semakin tinggi

Jumpa geng berkimono

Sebenarnya semasa ke sini.. kaki aku dah ultimate sakit... apatah lagi kena mendaki bukit dan naik tangga.. hampir sahaja kami tak masuk ke kuil hahaha.. tapi sebab kanako kata dah alang-alang sampai.. kita masuk sahajalah.. so pujuk kaki.. pujuk badan.. sambung lah lagik naik tangga dan mendaki bukit...

Temple warna oren dari jauh.. 
kalau musim bunga sure cantik

Hasilnya view memang cantik giler... tak menyesal masuk juga hahaha... sakan jugalah ambil gambar... kat kuil nie ada kolam air.. yang mana local akan beratur semata-mata untuk basuh muka atau minum air suci kat situ..

Tadi masa ambil gambar temple tuh.. kami kat sana..

Tadi kami kat atas

Selepas ambil gambar lebih kurang.. kaki pun dah sakit giler... so kami pun decide untuk balik ke kedai kimono untuk pulangkan baju.. Kami pun apa lagi.. tahan jelah teksi sebab semua dah sakit kaki..

 Pemandangan sekitar hentian teksi..

Teksi yang kami tahan untuk ke kedai sewa kimono

Bila sampai.. Kanako dan Nuch masuk ke kedai untuk pulangkan baju... aku dan abg kanako pula ambil kesempatan untuk bersembang... Bila mereka keluar.. kami pun bergerak balik ke hotel untuk makan malam dan rehatkan kaki... Separuh perjalanan kami ucapkan selamat tinggal dan terima kasih sebab temankan kami bertiga dan jadi juru gambar tak rasmi kami hehehe... Abang kanako nie baru 2 bulan berkahwin.. terkejut juga sebab masih dalam mood berbulan madu hahaha.. Mulanya kami marah juga kanako kenapa tak ajak kakak ipar dia sekali.. dia cakap.. kakak iparnya ada janji dengan kawan dia.. itu yang abg Kanako setuju nak temankan kami... Jika tidak mesti kami boleh jumpa pasangan pengantin baru...

Selepas bye-bye kat abg Kanako.. Sebelum sampai ke hotel kami pun singgah beli air mineral, mee segera jepun, air kopi dalam tin, telur rebus, onigiri tuna dan lain-lain..

Sampai hotel kami rehat dan mula makan malam dengan makanan yang kami beli dan stok yang kami bawak.. Malam ini malam terakhir kami di Kyoto.. tak dapat kami nak jelajah semua di Kyoto kerana bandar kyoto nie besar dan banyak tempat bersejarah.. kata Kanako dia lebih suka Kyoto sebab bandarnya relaks.. cantik dan banyak bangunan lama berbanding dengan Tokyo yang sesak...

Esok kami akan checkout dan akan ke Tokyo menaiki Shinkasen (keretapi laju)..

Selamat Tinggal LCCT dan Selamat Datang Kansai (KIX) (Day 1)
Dari Kansai ke Osaka (Day 2)
Kyoto (Romantic Train Sagano, Kinkakuji Temple, Fushimi Inari, Shin Kyogaku Arcade, Pontocho street) - Hari Kedua di Jepun (Day 3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...