Salam
Alhamdullilah kita dapat berpuasa lagi untuk tahun ini.. Untuk aku pulak ini Ramadhan ke 3 aku sejak balik dari UK.. dan Ramadhan ke 3 juga tanpa arwah Ayah..
Rasa-rasa tahun ini puasa seperti biasa... tidak banyak beza dengan tahun lepas.. cuma kemeriahan tahun ini mungkin sedikit kurang berbanding tahun lepas. Ada beberapa kenangan 2 tahun yang lepas yang agak sering menjadi rutin.. tahun nie ditiadakan... takpelah biarlah jadi kenangan sahaja.... takde rasa menyesal atau kurang mana pun.. mungkin ada hikmah dan kebaikan lain yang kita dapat... InsyAllah
Tahun ini Pasar Ramadhan.. dibuat dekat dengan rumah aku.. so hampir tiap-tiap hari singgah.. singgah pun sebab beli kuih muih.. adakala teringin nak makan murtabak.. atau teringin makan nasi kerabu.. itu antara menu wajib tiap kali ke pasar malam.. dan singgah ke PARAM tuh pun sebab nak beli benda2 tuh dari peniaga yang memang menjual di pasar malam... ada juga cuba beli kuih dari peniaga baru.. tapi.. baru makan sesuap terus di bakul sampahkan.. ada sekali makan kuih melaka.. terus bau sabun pencuci.. terus campak sebungkus dalam tong sampah.. alahai.. sejak itu serik nak mencuba gerai-gerai yang baru nie.. selalu lebih suka membeli pada gerai peniaga yang selalu aku beli sebelum ini..
Aktiviti memasak masih diteruskan.. hampir setiap hari memasak sekarang.. kalau dulu lauk boleh tahan utk 2 hari.. kali nie.. lauk bertahan 1 hari jek sebab kita bersahur pagi kan.. kalau nak makan lauk yang sama untuk berbuka esoknya.. macam tak sedap lah pulak.. pakwe selalunya ok jek walaupun lauk semalam.. masalahnya aku yang tak lalu berbuka dengan lauk yang sama.. so nak tak nak terpaksalah masak.. paksa diri sendirilah sebab diri sendiri yang cerewet..
Penat sebenarnya bila dah hari-hari kena masak.. sebab hari-hari juga kena fikir nak masak apa... dah nak abis senarai dah lauk yang dimasak.. dari lauk kari.. masak lemak kuning.. masak sambal.. masak kicap.. sup tulang.. hari nie plan macam nak masak spaggeti pulak sebab dah bosan dengan masakan melayu hehehe.. dan aku pun dah mula bosan asyik buka kat rumah jek.. mungkin dah sampai masa kena buka kat luar ler kot... Most probably lah kan.. bolehlah cari geng buka pose sekali nie.. Juliet?? Apa lagik.. bila nak belanja buka pose nie.. leh ajak kts sekali..
Minggu depan nak uruskan buka puasa jabatan pulak.. tahun lepas kami order catering dan buka puasa kat ofis.. tahun nie.. diorang macam nak plan benda yang sama.. tapi aku macam malas nak uruskan.. so tahun nie cadangan buka kat restoran kawan baik aku... charge dia extra sikit tapi.. tak kisahlah sebab tak yah sesusah nak uruskan.. datang makan jelah jawabnya kan.. cuma bawa ler sikit2 pot luck masa buka nanti..
Sepatutnya this weekend ada bengkel di Shah Alam.. baru berangan nak p shopping kat seksyen 7.. last minute cancel pulak hehehe... kalau tidak dapatlah berbuka free kat hotel.. tapi yelah nak buat camna.. postpone jelah jawabnya lepas raya..
p/s Mood raya tahun nie macam kurang jek.. sama macam tahun lepas... Rindulah arwah Ayah.. kalau dia ada berbuka mesti meriah gile... Al-Fatihah..
3 comments:
slamat berpuasa kak
tahun ni tahun pertama sy x puasa di rumah. tuntutan kerja dan hidup merantau. sedih sayu2 jugak. biasalah. ada baru kl. blom ireland. bhahaha.
jiwa kena train kasik kuat2 dlu. hihi
bab param ni.. hurm. ikot kwn2 yg biasa p (sy dh 2-3thn jrg ke param dh.. dlm sebulan maybe 2x. tahun ni mcm x dpt je.).. kwn2 ckp param tmpat diorg tahun ni pon ala2 kureng.. smpai kena ceri beri ha. huhu
ku-cit
selamat berpuasa
Alis
Ko keje kat kl ke skrg alis?/ wah boleh akak ajak p buka pose sama hehehe.. mcm ler dekat jek kl tuh kan..
Selalunya akak jrg beli lauk2... sllu beli pun kuih2.. kalau beli nasi pun kat peniaga yg mmg sllu akak beli time pasar malam.. ada gak 5 6 peniaga yg biasa akak beli kt diorg.. sllu singgah gerai diorg jek.. yg peniaga baru tuh kdg2 ada ala-ala was2 gak..
mmg ceri-beri tuh yg tkut.. klu ramai sgt peniaga mmg susah nak cam.. kat tempat akak nie taklah ramai sgt.. so boleh cam dan diorg ada je.. Alhamdullilah so far so good..
Post a Comment