Wednesday 29 May 2013

Ayah.. Setahun telah berlalu..

Salam pagi rabu

Malam selasa tepat pukul 12.30 mlm.. genaplah setahun ayah pergi.. rasa macam baru sangat memandu selepas maghrib dengan kelajuan hampir mencecah 150km/j ke wad ICU di kampung... rasanya baru sangat melihat ayah yang menahan sakit dada di atas katil sambil cuba berkata-kata dengan aku.. Masih aku ingat kata-kata terakhir aku pada ayah.. 'Ayah rehatlah dulu' dan akhirnya ayah telah rehat buat selama-lamanya..

Pelbagai rasa yang aku simpan hingga ke hari ini.. saat ini tiap kali terkenangkan ayah.. aku pasti rasa sebak.. sesiapa yang pernah rasa kehilangan pasti akan tahu bagaimana rasanya diri seperti kosong sebahagiannya.. walaupun hidup harus diteruskan.. namun sekali sekala kita pasti akan berhenti untuk menoleh ke belakang.. pasti juga sekali sekala kita ingin berpatah balik dan cuba untuk mengubah atau menyelesaikan apa yang telah ditinggalkan.. namun.. masa tetap akan berlalu.. walau sebagaimana pun kuat dan tinggi kehendak kita untuk kembali ke masa itu.. kita tidak akan dapat mengubah apa-apa yang telah ditentukan..

Sebenarnya aku sudah kehilangan bicara untuk menyampaikan rasa hati.. bukan kerna aku sedih sangat.. tapi merasakan kehilangan itu telah aku redha.. telah aku tangisi.. telah aku simpan dalam-dalam.. lompongan dalam hati pasti akan kekal di situ.. kosong dalam diri akan terus berbekas di situ.. impian yang pernah aku rancang untuk aku buat untuk ayah juga tinggal sebagai angan-angan.. Namun yang masih aku ada adalah segala kenangan.. kenangan yang indah buat kami sekeluarga.. pahit atau manisnya.. telah kami lalui bersama..

Suasana petang yang biasa aku lihat hampir setiap hari sebelum keluar dari pintu utama..
Cuaca petang itu cerah dan banjaran titiwangsa jelas kelihatan..

Friday 10 May 2013

Kembara Kuching Hari 3 (Part 2) : Matang Wildlife Centre Lundu & Pasar Malam Satok

Selepas berehat di kawasan Gua Angin.. Kami mula bergerak ke Matang Wildlife Centre di Lundu.. Perjalanan lebih kurang sejam.. Masa nie tak tengok jalan.. sebab aku tidur dalam kereta.. penat semasa berjalan ke Pasar Serikin masih terasa..

Masa nie pakwe mula drive.. pagi tadi adik lelaki aku yang drive.. so sementara tuh kami bertiga semua tidur dengan gembiranya.. terjaga bila dekat nak sampai ke Matang Wildlife.. Kami sampai dah pkl 3.30.. Diorang tutup pukul 4.30 untuk tengok binatang.. tapi kalau nak lepak di sekitar kawasan sungai boleh lepak sampai pkl 5.00ptg..

Matang Wildlife Centre Lundu

Matang Wildlife Centre, part of Kubah National Park, houses endangered wildlife in large enclosed areas of rainforest or spacious cages. The main attraction is the orang utan adoption programme, where young orang utans, who were either orphaned or rescued from captivity, are taught how to survive in the wild. As well as orang utans, the centre includes spacious enclosures housing sambar deer, crocodiles, sun bears, civets and bear cats, and three large aviaries featuring hornbills, eagles, kites, storks and a host of other birds native to Sarawak. 
Source from here

Kami dikenakan yuran RM10 seorang.. 5 orang kenalah RM50 sahaja.. Dia bagi peta untuk animal trail.. dan juga tiket.. Jangka masa untuk ikut animal trail tuh dalam 30-45 minit je..

Animal trail ini bermula dengan kandang Buaya.. Harimau.. Rusa.. Landak..  Beruang madu dan di akhiri dengan kandang yang menempatkan Orang Utan.. tapi ada jalan pintas kalau kita nak tengok orang utan sahaja.. kami pilih trail penuh.. so berjalanlah kami dari satu kandang ke satu kandang.. Masa nie keluarga aku je yang ikut trail penuh.. Ada satu lagi family tapi mereka ambil jalan pintas terus tengok orang utan..

Tempat memulakan animal trail
 
Sweetheart of Matang
Antara orang utan yang ditempatkan di sini

Kandang Buaya..
 
Kandang Harimau bintang yang sedang melepak

Orang utan yang memang besar.. 
Tangan dia je..   
2 kali ganda tangan aku..

 Video orang utan yang sempat aku rakamkan

Bilangan binatang yang ada di sini tak banyak.. dan kita boleh melihat mereka hidup dalam habitat mereka.. Walaupun kami sampai dah nak dekat pkl 4petang.. cuaca masih panas.. berjalan sedikit pun aku dah berpeluh sakan..

Sebenarnya yang menjadi tarikan di sini adalah orang utan.. semasa pakwe membayar tiket masuk.. petugas di kaunter masuk sudah mengingatkan kami untuk tidak mendekati orang utan kerana sudah ada beberapa insiden pelancong yang digigit oleh orang utan ini.. ada gambar-gambar yang diletakkan menunjukkan jenis kecederaan yang dialami oleh mereka..Walaupun nampak mereka itu comel-comel belaka.. siapa sangka jika tak kena mood mereka.. ada yang bakal tercedera..

Selain daripada sekadar datang untuk melawat tempat ini.. ada juga disediakan pakej untuk jungle trakking kerana kawasan Matang Wildlife Centre ini terletak dalam Taman Kubah Negara .. Ada juga pakej dari luar negara yang menawarkan pelancong untuk menjadi sukarelawan di Matang Wildlife Centre tersebut.

Selesai melihat semua binatang yang ada.. kami pun bergerak ke kawasan surau untuk solat jamak zohor-asar di situ.. bersebelahan dengan tempat pameran yang ada di situ terdapat chalet dan tempat rehat.. yang berhampiran sungai..

Selesai solat.. kami pun bergerak ke Medan Niaga Satok.. Ada Pasar minggu di situ..

Pasar Malam Satok 

Semasa kami sampai sudah menghampiri pkl  6.30ptg. Sudah banyak gerai-gerai diletakkan di situ.. pelbagai jenis gerai ada.. kebanyakannya kedai menjual sayuran dan buahan.. ada juga deret kedai yang menjual souvenir.. yang terletak di bahagian belakang medan makan.. manakala untuk gerai makanan pula di belakang medan niaga satok berhampiran pasar basah menjual ikan dan daging.

Gambar Kredit dari sini

1- Gerai Souvenier

Banyak pilihan untuk membeli cenderhati di sini seperti keychain, beg duit, kain pua kumbu dan T'shirt. Di sini souvenir dijual dalam pek 10... dan harganya boleh ditawar. Aku membeli beg duit kecil dari manik-manik sekitar harga RM10 sahaja.. dan juga dapat membeli kain Pua Kumbu
Pua Kumbu merupakan kain kapas berpola pelbagai warna yang digunakan oleh kaum Iban, dihasilkan dan digunakan di Sarawak, Malaysia. Pua kumbu ditenun oleh wanita Dayak dan dianggap objek suci. Ia digunakan dalam upacara dan peristiwa penting termasuk kelahiran anak, sampai usia, menerima barangan penting kepada rumah panjang, dan bagi tabir mayat yang diletakkan di rumah panjang sebelum pengkebumian (dari wikipedia)
 Aku membeli kain ini dari seorang wanita berusia lewat pertengahan dari bangsa Iban.. gerainya terletak di tengah sedikit terpisah daripada gerai yang lain. Kebanyakan penjual souvenir di sini adalah berbangsa cina. Aku berkenan dengan sehelai kain yang sesuai dibuat alasan meja kerana materialnya lebih berkilat dan cantik. Harganya dalam RM45, mulanya aku keberatan tetapi kerana wanita ini mengatakan hanya tinggal 2 warna sahaja yang tinggal kerana telah dibeli oleh sekumpulan gadis remaja sebelum aku sampai.. maka dia meletakkan harga RM40 sahaja..

Mulanya aku nak beli satu sahaja, tapi teringat yang mak pun berkenan dengan kain itu semasa kami lalu gerai ini.. (masa itu aku berpatah balik sebab dah niat nak beli kain pua kumbu ini sebagai kenang-kenangan).. Akhirnya aku beli 2 dan sehelai kain pua kumbu bercorak biasa berwarna merah dengan harga lebih kurang RM25.. semua sekali dalam RM105 sahaja. Gerai yang lain menjual kain pua kumbu itu sekitar RM30-35 mengikut saizlah.. Selain daripada mendapat harga yang murah, sikap wanita ini juga cukup ramah sekali..


2- Gerai makanan

Pilihan gerai makanan juga tidak banyak.. tidak seperti pasar malam di sekitar semenanjung yang biasa kami pergi.. kalau kat sini pasar malam.. gerai makananlah yang paling meriah sekali kan.. Di pasar satok gerai makanan yang ada lebih banyak gerai menjual kek lapis.. ada 1 2 gerai yang menjual kuih muih tetapi penjualnya seperti dari bangsa cina dan tidak bertudung.. was-was pulak nak membeli.. Kami lalu jelah setakat beli air.. Mak beli putu mayam.. (aku lebih suka putu piring atau putu bambu)..

3- Pasar basah

Pasar ini masih lagi dibuka waktu ini.. Aku sudah berhajat untuk membeli udang galah dan bercadang untuk membeli 2 kg untuk dibawa balik.. Setelah bertanya harga.. Akhirnya kami decide kami akan datang semula esok pagi untuk terus di pek sebelum ke airport.

4- Gerai buah-buahan dan sayuran

Banyak gerai-gerai yang menjual buah-buahan dan sayuran di sini. Kami turut membeli belimbing gunung yang berbentuk setiga.. rasanya seperti buah rambai.. atau kata mak di kedah orang panggil buah sentul.

Belimbing gunung yang kami beli warnanya lebih cerah merahnya..
Sekilo RM5 sahaja
Gambar kredit google

Selepas membeli apa yang kami berkenan.. Mak dan adik aku membeli T'Shirt sarawak..

Kami pun mula bergerak ke bandar Kuching untuk mencari scale penimbang beg yang boleh dipegang tangan.. Kebanyakan kedai sudah mula tutup.. kami ke plaza merdeka Kuching untuk ke Parkson mencari penimbang tangan itu.. Puas pusing-pusing.. kebanyakan kedai takde menjual penimbang tuh.. Mulanya aku ingat pakwe ada bawa penimbang itu.. bila dah sampai ke Kuching baru perasan penimbang itu tertinggal di rumah.. itu yang malam itu kami cari juga.. sebabnya nak timbang berat beg yang kami akan check in esok.. aku dah book cabin baggage sebanyak 40kg.. so memandangkan kami berlima.. faham-faham jelah lepas shopping sakan.. ahhh kelam kabut ler mencari penimbang pulak..

Disebabkan tak jumpa selepas pusing-pusing dalam Plaza merdeka Kuching.. akhirnya kami decide ke Giant Tabuan Jaya.. aku beri cadangan pada pakwe beli penimbang berat badan jek hahaha... kalau susah sangat nak cari.. dah cari 1 giant pun takde.. akhirnya kami beli penimbang berat yang harga rm17.90.. tak berat mana pun penimbang tuh.. dan siap bawak balik semenanjung...

Selesai misi mencari penimbang.. kami pun singgah makan di Taman Desa Ilmu.. tempat kami makan malam sebelumnya.. habis makan..apa lagi terus balik rumah..

Sampai rumah.. apa lagi.. rehat.. dan tidur..

Bersambung untuk hari terakhir di Kuching..

Monday 6 May 2013

PRU13 & Blook 'Kuehbakar.. ia bukan tentang kueh'

Salam Petang Isnin

Hari ini masuk kerja seperti biasa walaupun masuk lewat..  2 3 minit nak pkl 9.. lewat ke tuh? hahaha lewatlah pada aku sebab selalu masuk kerja dalam pkl 8..

PRU13

Semalam berjaga hingga pkl 3 pagi.. akhirnya surrender sebab mata dah tak dapat menahan rasa mengantuk.. banyak stesen tv yang dah habis siaran walaupun keputusan pilihanraya belum sepenuhnya dipaparkan.. masa tuh masih ada 50 kerusi yang belum dimaklumkan..

Sorry to say.. memang media berat sebelah.. yang mana BN menang awal-awal lagi dia dah letak dan paparkan.. yang mana kemudian macam negeri Selangor.. yang dah update masa tuh dalam 10 kerusi jek.. tempat aku mengundi sampai aku tidur semalam bayang pun tak nampak.. tensen betul.. takkan kira undi berzaman kot.. tak kisah siapa menang kalah.. PR ke BN ke.. paparkan jelah tak perlulah nak lambat-lambatkan.. benda nak sorok akhirnya nampak juga..

Akhirnya.. pagi nie lepas masuk ofis barulah berpeluang semak kerusi undi di Selangor.. walaupun aku mengundi di Selangor.. tapi aku bukan menetap kekal di situ.. aku berada di negeri lain.. tak cuti pun.. rata-rata kawan-kawan aku yang di Putrajaya.. N9.. Perak.. malah KL.. semuanya mengharapkan cuti.. hampeh.. langsung takde..

Pagi nie masuk ofis.. lenggang giler kampus.. parking keretapun boleh menari-nari.. tak perlu sibuk-sibuk nak cari parking berebut macam selalu.. tak perlu menyelit-yelit tepi korner.. parking hari ini banyak hahaha.. nak keluar masuk parking boleh pilih yang mana suka..

Rata-rata topik perbualan utama adalah pasal pilihanraya semalam.. yang hangat.. panas.. hot.. warm.. sejuk..cool.. berasap.. semua jadi topik utama.. wall FB aku semalam penuh cerita result PR13.. result dalam FB keluar lebih pantas dari TV.. itupun ada yang tersasar sebab di awal keputusan unofficial.. PR dah declare menang di Trengganu, Perlis dan Perak... tapi bila dah lewat malam sikit.. result yang dipaparkan di TV berubah daripada yang mereka jangkakan.. Trengganu dan Perak BN menang tipis dengan perbezaan 2 3 kerusi sahaja.. Selangor masih kekal bawah PR.. aku ada mix feeling sikit pasal nie.. However malas nak komen pasal tuh.. rakyat masih suka PR..

Hari ini melepak sikit sambil baca komen-komen dan ulasan pasal PRU13 di FB dan juga blog... melayan perasaan kejaplah sebab kelas hari ini cancel dan student semua cuti.. staf jek masih bekerja.. tapi ramai juga kawan-kawan yang ambil cuti sendiri.. aku malas.. esok kelas berjalan macam biasalah.. so kampus esok akan kembali sibuk macam biasa..

Blook Kuehbakar.. ia bukan tentang kueh

Baru sebentar tadi melayan membaca buku yang aku terima secara pos laju jumaat lepas.. kebetulan aku balik rumah tengahari tuh.. rezeki lah kan.. Buku 'Kuehbakar.. ia bukan tentang kueh' akhirnya sampai ke tangan aku... layan membaca sikit dan aku terus tergelak-gelak..


Thanks dik.. your blook is inspiring and boleh bikin akak mu nie hilang stress... hahaha.. dan paling best buku ini exclusive edition.. tidak boleh dijumpa di mana-mana kedai buku.. mungkin hanya di kedai buku fotostat kueh bakar jelah kot... Sesiapa yang nak dapatkan koleksi buku nie.. sila ke blog beliau ye..

Review:

Buku ini adalah suntingan semula daripada entri-entri yang pernah ditulis dan dipublish di blog kueh bakar.. Bermula dari entri oktober 30 tahun 2009 hinggalah ke 14 Februari 2013 (Hari cintan-cintun).. mengenali penulis ini.. yang mempunyai karisma tersendiri dalam menulis.. sering membuatkan pembaca menantikan isu dan coretan yang hendak dikongsikan..

Bila mula-mula dapat buku ini dah mula selak sehelai dua dulu.. senyum.. senyum.. gelak.. senyum2 lagi.. gelak.. ada juga yang tetiba serius.. ada yang sebak.. Aku belum habis baca ni sepenuhnya tapi sempatlah scan hingga penghujung buku tuh.. kebanyakan entri hujung-hujung tuh dah pernah baca dulu.. tergelak sekejap bila baca kisah yang kelakar jadi ahli bomba.. syahdu bila baca kisah 'love at 1st sight'.. nostalgia pulak rasanya membaca... nampak kueh bakar nie setia orangnya hehehe... takpe dik.. Akak doakan jodohmu sampai juga nanti kan..

Kisah yang dikongsi memang ada sesetengahnya meruntum perasaan.. 'Detik hitam yang paling hitam' adalah yang paling menyesakkan jiwa.. sedikit lagi airmata mengalir.. akak mengerti hatimu dik.. mengerti bagaimana rasa kehilangan.. sebab akak dah laluinya... Bezanya pengalaman kita dalam perpisahan itu tidak sama.. tapi kesan dan rasa itu cukup sama.. Amat mengerti bila rasa 'masa memerlukan' itu hadir dalam diri.. Ajal maut di tangan tuhan kan..

Verdict the contain of this blook.. I like.. seolah membaca satu autobiografi sesorang yang misteri.. tulisan yang bernada jenaka.. tapi punya maksud yang mendalam.. punya hasrat yang terpendam.. punya pengalaman yang dikongsikan.. punya suka duka yang boleh sama dirasai.. walaupun tak pernah jumpa dan kenal secara peribadi si penulisnya.. tapi membaca kisahnya cukup membuatkan kita seolah mengenali si penulis ini.. :)

Sayangnya satu jek... Kenapalah ko tak tandatangan buku tuh dik.. Akak suka gak simpan buku yang ditandatangan oleh si penulisnya.. ada nilai estetika kat situ.. kalau simpan 10 tahun lagi dik.. mesti buku tuh jadi kenangan terindah hahaha..

p/s sudah setengah dari buku itu dibaca.. ada sesetengah entri itu dah pernah dibaca sebelum.. nasib aje tak boleh letak komen kat buku tuh macam dalam blog hahaha... Good Job dik.. I like :)

Kembara Kuching : Hari ke 3 (Part 1) - Pasar Serikin & Wind Cave

Hari ke 3 di Kuching..

Hari ini kami akan ke pasar Serikin.. Ianya merupakan antara tempat membeli belah yang terletak di sempadan Malaysia-Indonesia.. kiranya dah dekat dengan kalimantan..

Pasar Serikin-Bau

Pasar Serikin ini antara tempat membeli belah ala-ala di Bandung Indonesia.. Banyak barangan yang dijual di sini dibawa masuk dari Indonesia.. ada hingga ke Lombok dan juga Irian Jaya.. Ia terletak antara sempadan Sarawak dan Indonesia.. kiranya seperti di Semenanjung di Bukit kayu Itam.. Rantau Panjang.. Kebanyakan mereka yang sampai ke Kuching pasti akan datang ke sini untuk membeli-belah.. Ianya hanya dibuka pada hujung minggu pada hari Sabtu-Ahad.. selain hari itu.. sekitar itu macam pekan mati jek.. (ini bak kata seorang jejaka yang kami jumpa di situ)

Plan asalnya kami akan gerak seawal pukul 6.30pg.. sebabnya cuaca di situ amat panas kerana kedudukannya yang sudah hampir dengan garisan khatulistiwa..  Sesiapa nak ke sini dinasihatkan keluarlah awal.. biar sampai awal sikit... Disebabkan siap masak pun dah nak dekat pkl 6.30.. tunggu masing-masing sarapan dulu lagi.. pkl 7.30 baru lah dapat gerak dari rumah.. memandangkan kami dari Kota Samarahan.. maka tak perlu ke Kuching dulu untuk ke Serikin. Untuk ke pasar serikin ini, perlu ikut jalan ke Bau dan dari situ ikut sahaja papan tanda ke Serikin. Lagipun masa nie banyak kereta yang menuju ke sana.. follow jek deretan kereta-kereta tuh..

Bertanda A itu adalah pekan Bau..
Jarak dari situ ke pasar Serikin dah tak jauh mana..

Ikut jek signboard ke Serikin..

Perjalanan ke sana ambil masa lebih kurang sejam.. ditambah dengan keadaan jalan terutama selepas pekan Bau yang banyak berlubang-lubang.. kereta tak boleh nak laju sangat masa nie.. hampir kiri dan kanan jalan tuh berlubang sana sini.. terpaksalah perlahankan kereta beberapa kali.. kalau jenis 4WD tu takpelah.. jenis kereta yang lain tuh kenalah perlahan sikit.. kalau tak sayang kereta.. belasah jelah..

Jalan yang berlubang-lubang dan penuh debu..
Terfikir gak kerajaan negeri tak nak betulkan jalan ke?

Masa kami sampai tuh.. kereta dah mula banyak.. tapi masih banyak tempat letak kereta.. Parking kena bayar.. itupun dah mula ramai orang.. kami sampai dah nak dekat pkl 9 pagi.. masa nie dah mula terasa cuaca yang panas dan berbahang.. ramai yang bawa payung.. orang pun dah mula ramai masa nie..

 Dereten kereta yang dah mula parking..
Masa nie lepak kat bawah pokok.. 
Waktu dalam pkl 9pg tapi dah mula rasa bahang panas

Sementara menunggu mak dan adik ke toilet.. kat sini toilet nie macam kita menumpang toilet rumah orang-orang kat sini.. siap ada kolah mandi.. macam bilik air kat rumah.. tapi sekali masuk sorang 50sen ye..

Lepas semua dah kumpul.. kami pun mula gerak ke kawasan kedai-kedai.. jalan nie panjang.. sampai ke hujung.. Bermulalah episod membelek dan tanya harga.. mana yang berkenan tuh kami singgah tanya harga.. berkenan.. mula lah tawar harga.. dapat harga yang kami nak.. bayar dan teruskan aktiviti membeli belah lagi..

 Jalan masuk ke Pasar Serikin

Banyak dijual buah salak dan buah-buahan yang lain..

Aku banyak membeli kain pasang kat sini.. Semasa ke Jalan India di bandar Kuching.. aku dah beli kain pasang corak batik Sarawak dengan harga RM55.. di sini kain versi yang sama dari bandung dapat dalam harga RM45 sahaja.. itu belum masuk kain cotton yang bersulam dan penuh batu.. ramai kaum wanita sibuk singgah membeli.. macam pesta jek.. bak kata penjual kain pasang cotton yang aku jumpa.. memberitahu aku.. dia hairan sebab hari ini ramai sungguh pelanggan.. kain pasang dia laku.. banyak stok dah habis.. aku pun masa nie dapatlah tawar harga kain cotton plain yang aku beli... Kiranya rata-rata harga boleh tahan murahlah... janji pandai tawar harga.. Oh ya kat sini juga banyak kedai yang menjual telekung.. dapatlah aku beli jenis kain lycra yang labuh tanpa perlu pakai kain.. dapat sekitar RM70 sahaja.. Mudah sangat sebab bila solat tak perlu nak pakai kain.. sarung telekung yang labuh pun dah menutup kaki..

Masa kat sini aku sempatlah terserempak dengan Bob AF.. dia sibuk memborong barangan set gelas kaca dengan keluarganya.. Jeling-jeling dari jauh jelah tengok gelagat diorg nie..

Macam-macam jenis barangan ada..
 Pelbagai jenama beg tiruan ada.. 
tapi tak beli pun..
Beg begini boleh cari kat Jln Petaling KL je

Deretan kedai yang menjual telekung..

Kami sampailah ke hujung jalan...Kat sini dah mula banyak kedai-kedai makan.. kami berhenti rehat sekejap minum air di sini.. Hujung ini ada kedai yang menjual keropok.. kekacang.. singgah jugalah membeli sepeket dua.. Semasa kami duduk berehat.. Di sebelah kami ada seorang pakcik dan pembantunya.. kaki pakcik ini sedang di urut oleh lelaki berumur dalam pertengahan 40an.. kami dengar sayup-sayup lah perbualan mereka.. tak lama mereka pun beredar.. Lelaki tadi pun datang ke meja kami dan memperkenalkan minyak urut yang dijualnya.. dalam RM15 sebotol.. masa nie pakwe merasalah di urut hahaha.. siap urut bahu dan leher lagi.. sampai dia kata badan pakwe nie macam bina badan hahaha.. tergelak kejap aku.. tak lama mak pula minta dia urutkan kaki.. kata mak sedap juga dia urut.. pandai dia cari urat.. sementara tuh kami pun berbual lah pasal pasar di situ.. dari mana datangnya penjual-penjual nie.. dia sendiri pun datang dari Lombok... dia beli minyak urutnya dari Irian jaya.. sempatlah cerita pasal burung cenderawasih... melayan kejaplah kami mendengar cerita dia.. sambil ambil angin yang meniup sepoi-sepoi bahasa..

Mendengar dan melayan cerita tentang pasar Serikin

Waktu ini dah tengahari.. 
Memang panas giler masa nie..

Kami pun mula bergerak semula ke deretan kedai-kedai.. Cover balik mana yang belum beli hahaha... actually layan mata kot ada yang berkenan lagi ke.. On the way ke kereta nie.. aku sempatlah beli tikar evamatic dalam RM15 satu.. kat Semenanjung diorang jual dalam harga RM25-40.. beli 2 tikar berat baru 1kg jek.. tau beli banyak sikit ahaks..

Selepas membeli belah.. singgah toilet.. kami terus masuk kereta.. memandangkan aku sempat buat bekal roti sardin.. sempatlah kami makan roti dulu dalam kereta sambil parking bawah pokok.. masa nie dah nak pkl 2.. melayan minum air.. kami bergerak keluar dari Pasar Serikin nie.. Kalau baca review dalam blog yang lain.. kena cukai.. tapi kami tak kena cukai pulak.. tak nampak pulak pos kena cukai.. apa lagi keluar dengan gembiranya hehehe..

Kami mula bergerak ke Gua Angin atau Wind Cave.. Tujuan untuk berehat dan makan tengahari bekal nasi goreng yang kami bawa dari rumah.... Biasalah kalau berjalan dengan mak.. memang dia sibuk nak memasak.. kalau kitaorang jek.. memang p cari kedai makan lah jawab ye ;)

 Ada 2 pintu masuk ke kawasan Gua angin ini.. 
Kami ke kawasan yang ada pondok rehat dan juga kemudahan awam

Kawasan ini macam terbiar dan tak terjaga..
Toilet pun usang dan rosak
Air sungainya pun keruh 

Selepas berehat dan makan.. kami ronda-ronda sekitar sini.. Kemudian kami mula bergerak ke Matang Wildlife Centre nak tengok Orang Utan..

Bersambung..(Kembara-kuching-Hari-3-Part-2)

Sunday 5 May 2013

Mari kita mengundi..

Salam awal pagi Ahad..

Mari ler mari kita mengundi..

Jom kita mengundi..

Lagu nie korang mesti biasa dengarkan. Aku hingga sekarang belum pun dapat tidur lagi. Dah nak pkl 2pg belum tidur lg. Bukan sbb excited nak ngundi. Tapi sebab kaki sengal dan berdenyut pulak ni. Ptg tadi keluar beli brg. Selesai tuh semua terperangkap dlm jem sbb ngada2 nak ikut jln utama nak tgk kemeriahan bendera. Adalah juga orang kibar bendera BN & PKR  sebelah nyebelah je. Really a lovely sight to see. Takde gaduh2. I likeee ;)

Aku bakal mengundi di negeri Selangor. Undi mana? Rahsia ahaks.. samada nak kekal atau nak ubah? Kita tunggu jelah keputusan malam esok.

Teringat kenangan ngundi di UK thn 2010. Rakyat dari negara komanwel boleh mengundi di UK. Mengundi kat sana takde sangat perang poster. Tapi diorg kempen cara datang rumah. Call telefon rumah. Kalau kita cakap tak tahu sangat pasal parti diorg. Diorg akan explain apa yg diorg dah buat.

Proses mengundi diorg pun simple sangat. Bawak kad mengundi yang diorg poskan. Pergi tempat mengundi kat sekolah. Tengok meja yang ada poskod rumah. Semak senarai nama. Ambik kertas undi. Pangkah parti yang berkenan. Aku pangkah parti local sebab parti tuh dah menang besar pilihanraya sebelum tu. Pakwe pulak pangkah parti labour. Yang best ye diorg suruh pangkah 2 ke 3 parti masa tu. Senarai parti yg ada masa tu dekat 10 hahha jenuh fikir mana nak pangkah sebab parti yg aku fimiliar 2 3 kerat je. Yg lelain tu ada yg xpenah dengar nama pun ada. Tapi masa tu ngundi relak je. Takdelah meriah mcm kat mesia. P sekolah tmpt mengundi pun mcm takde orang je. Tapi ada jugalah org bg kertas kempen parti sebelum nak masuk tu.

Esok aku mengundi tengahari sikit sebab mak ada kondangan dan rewang kenduri kawin esok pg. Lagipun nak elakkan ramai orang ramai beratur pagi tu.

Ini dah kali ke 3 aku mengundi ikutkan patut kali ke 4 tapi sebab thn 2008 kat UK so tak mengundilah masa tu. Apa pun tanggungjawab kenalah dilaksanakan.

Selamat mengundi untuk semua rakyat Malaysia.

P/S Kueh.. buku mu dik akak dah dapat jumaat baru ni. Sempat baca 2 3 muka je pastu lupa nak bawak balik kg. Tq so much ye dik.. blog lama ada penah compile nak buat buku tapi tak sempat siap.. Maybe lepas nie akak kena buku kan blog akak kot ;)

Kemeriahan bendera di sekitar Manjung-Lumut semasa menyelia pelajar di TLDM Lumut khamis lepas.

Update blog dari skrin hp samsung yg kecik hingga lenguh tangan tekan keyboard touch screen. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...