Masa nie pakwe mula drive.. pagi tadi adik lelaki aku yang drive.. so sementara tuh kami bertiga semua tidur dengan gembiranya.. terjaga bila dekat nak sampai ke Matang Wildlife.. Kami sampai dah pkl 3.30.. Diorang tutup pukul 4.30 untuk tengok binatang.. tapi kalau nak lepak di sekitar kawasan sungai boleh lepak sampai pkl 5.00ptg..
Matang Wildlife Centre Lundu
Matang Wildlife Centre, part of Kubah National Park, houses endangered wildlife in large enclosed areas of rainforest or spacious cages. The main attraction is the orang utan adoption programme, where young orang utans, who were either orphaned or rescued from captivity, are taught how to survive in the wild. As well as orang utans, the centre includes spacious enclosures housing sambar deer, crocodiles, sun bears, civets and bear cats, and three large aviaries featuring hornbills, eagles, kites, storks and a host of other birds native to Sarawak.
Source from here
Kami dikenakan yuran RM10 seorang.. 5 orang kenalah RM50 sahaja.. Dia bagi peta untuk animal trail.. dan juga tiket.. Jangka masa untuk ikut animal trail tuh dalam 30-45 minit je..
Animal trail ini bermula dengan kandang Buaya.. Harimau.. Rusa.. Landak.. Beruang madu dan di akhiri dengan kandang yang menempatkan Orang Utan.. tapi ada jalan pintas kalau kita nak tengok orang utan sahaja.. kami pilih trail penuh.. so berjalanlah kami dari satu kandang ke satu kandang.. Masa nie keluarga aku je yang ikut trail penuh.. Ada satu lagi family tapi mereka ambil jalan pintas terus tengok orang utan..
Tempat memulakan animal trail
Sweetheart of Matang
Antara orang utan yang ditempatkan di sini
Antara orang utan yang ditempatkan di sini
Kandang Buaya..
Video orang utan yang sempat aku rakamkan
Kandang Harimau bintang yang sedang melepak
Orang utan yang memang besar..
Tangan dia je..
2 kali ganda tangan aku..
Tangan dia je..
2 kali ganda tangan aku..
Bilangan binatang yang ada di sini tak banyak.. dan kita boleh melihat mereka hidup dalam habitat mereka.. Walaupun kami sampai dah nak dekat pkl 4petang.. cuaca masih panas.. berjalan sedikit pun aku dah berpeluh sakan..
Sebenarnya yang menjadi tarikan di sini adalah orang utan.. semasa pakwe membayar tiket masuk.. petugas di kaunter masuk sudah mengingatkan kami untuk tidak mendekati orang utan kerana sudah ada beberapa insiden pelancong yang digigit oleh orang utan ini.. ada gambar-gambar yang diletakkan menunjukkan jenis kecederaan yang dialami oleh mereka..Walaupun nampak mereka itu comel-comel belaka.. siapa sangka jika tak kena mood mereka.. ada yang bakal tercedera..
Selain daripada sekadar datang untuk melawat tempat ini.. ada juga disediakan pakej untuk jungle trakking kerana kawasan Matang Wildlife Centre ini terletak dalam Taman Kubah Negara .. Ada juga pakej dari luar negara yang menawarkan pelancong untuk menjadi sukarelawan di Matang Wildlife Centre tersebut.
Selesai melihat semua binatang yang ada.. kami pun bergerak ke kawasan surau untuk solat jamak zohor-asar di situ.. bersebelahan dengan tempat pameran yang ada di situ terdapat chalet dan tempat rehat.. yang berhampiran sungai..
Selesai solat.. kami pun bergerak ke Medan Niaga Satok.. Ada Pasar minggu di situ..
Pasar Malam Satok
Semasa kami sampai sudah menghampiri pkl 6.30ptg. Sudah banyak gerai-gerai diletakkan di situ.. pelbagai jenis gerai ada.. kebanyakannya kedai menjual sayuran dan buahan.. ada juga deret kedai yang menjual souvenir.. yang terletak di bahagian belakang medan makan.. manakala untuk gerai makanan pula di belakang medan niaga satok berhampiran pasar basah menjual ikan dan daging.
Gambar Kredit dari sini
1- Gerai Souvenier
Banyak pilihan untuk membeli cenderhati di sini seperti keychain, beg duit, kain pua kumbu dan T'shirt. Di sini souvenir dijual dalam pek 10... dan harganya boleh ditawar. Aku membeli beg duit kecil dari manik-manik sekitar harga RM10 sahaja.. dan juga dapat membeli kain Pua Kumbu
Pua Kumbu merupakan kain kapas berpola pelbagai warna yang digunakan oleh kaum Iban, dihasilkan dan digunakan di Sarawak, Malaysia. Pua kumbu ditenun oleh wanita Dayak dan dianggap objek suci. Ia digunakan dalam upacara dan peristiwa penting termasuk kelahiran anak, sampai usia, menerima barangan penting kepada rumah panjang, dan bagi tabir mayat yang diletakkan di rumah panjang sebelum pengkebumian (dari wikipedia)Aku membeli kain ini dari seorang wanita berusia lewat pertengahan dari bangsa Iban.. gerainya terletak di tengah sedikit terpisah daripada gerai yang lain. Kebanyakan penjual souvenir di sini adalah berbangsa cina. Aku berkenan dengan sehelai kain yang sesuai dibuat alasan meja kerana materialnya lebih berkilat dan cantik. Harganya dalam RM45, mulanya aku keberatan tetapi kerana wanita ini mengatakan hanya tinggal 2 warna sahaja yang tinggal kerana telah dibeli oleh sekumpulan gadis remaja sebelum aku sampai.. maka dia meletakkan harga RM40 sahaja..
Mulanya aku nak beli satu sahaja, tapi teringat yang mak pun berkenan dengan kain itu semasa kami lalu gerai ini.. (masa itu aku berpatah balik sebab dah niat nak beli kain pua kumbu ini sebagai kenang-kenangan).. Akhirnya aku beli 2 dan sehelai kain pua kumbu bercorak biasa berwarna merah dengan harga lebih kurang RM25.. semua sekali dalam RM105 sahaja. Gerai yang lain menjual kain pua kumbu itu sekitar RM30-35 mengikut saizlah.. Selain daripada mendapat harga yang murah, sikap wanita ini juga cukup ramah sekali..
2- Gerai makanan
Pilihan gerai makanan juga tidak banyak.. tidak seperti pasar malam di sekitar semenanjung yang biasa kami pergi.. kalau kat sini pasar malam.. gerai makananlah yang paling meriah sekali kan.. Di pasar satok gerai makanan yang ada lebih banyak gerai menjual kek lapis.. ada 1 2 gerai yang menjual kuih muih tetapi penjualnya seperti dari bangsa cina dan tidak bertudung.. was-was pulak nak membeli.. Kami lalu jelah setakat beli air.. Mak beli putu mayam.. (aku lebih suka putu piring atau putu bambu)..
3- Pasar basah
Pasar ini masih lagi dibuka waktu ini.. Aku sudah berhajat untuk membeli udang galah dan bercadang untuk membeli 2 kg untuk dibawa balik.. Setelah bertanya harga.. Akhirnya kami decide kami akan datang semula esok pagi untuk terus di pek sebelum ke airport.
4- Gerai buah-buahan dan sayuran
Banyak gerai-gerai yang menjual buah-buahan dan sayuran di sini. Kami turut membeli belimbing gunung yang berbentuk setiga.. rasanya seperti buah rambai.. atau kata mak di kedah orang panggil buah sentul.
Belimbing gunung yang kami beli warnanya lebih cerah merahnya..
Sekilo RM5 sahaja
Gambar kredit google
Selepas membeli apa yang kami berkenan.. Mak dan adik aku membeli T'Shirt sarawak..
Kami pun mula bergerak ke bandar Kuching untuk mencari scale penimbang beg yang boleh dipegang tangan.. Kebanyakan kedai sudah mula tutup.. kami ke plaza merdeka Kuching untuk ke Parkson mencari penimbang tangan itu.. Puas pusing-pusing.. kebanyakan kedai takde menjual penimbang tuh.. Mulanya aku ingat pakwe ada bawa penimbang itu.. bila dah sampai ke Kuching baru perasan penimbang itu tertinggal di rumah.. itu yang malam itu kami cari juga.. sebabnya nak timbang berat beg yang kami akan check in esok.. aku dah book cabin baggage sebanyak 40kg.. so memandangkan kami berlima.. faham-faham jelah lepas shopping sakan.. ahhh kelam kabut ler mencari penimbang pulak..
Disebabkan tak jumpa selepas pusing-pusing dalam Plaza merdeka Kuching.. akhirnya kami decide ke Giant Tabuan Jaya.. aku beri cadangan pada pakwe beli penimbang berat badan jek hahaha... kalau susah sangat nak cari.. dah cari 1 giant pun takde.. akhirnya kami beli penimbang berat yang harga rm17.90.. tak berat mana pun penimbang tuh.. dan siap bawak balik semenanjung...
Selesai misi mencari penimbang.. kami pun singgah makan di Taman Desa Ilmu.. tempat kami makan malam sebelumnya.. habis makan..apa lagi terus balik rumah..
Sampai rumah.. apa lagi.. rehat.. dan tidur..
Bersambung untuk hari terakhir di Kuching..
6 comments:
menariknya kaler belimbing gunung tu
kalau takde mood pun aku rasa nak gigit orang :D
Juliet
Yg aku beli warnanya lebih cerah sikit. Rasanya mmg best.
Aku klu lapo yg rasa nk kokak gigit
ahaks. beli penimbang orang. takpe la janji timbang...
patut cari kedai dobi...bagi la dia upah 5rm.. keh keh keh.
kueh
kulit blook terbalik? huh..tak perasan pula..terbalik macam mana kak?
kueh
ha ah laa terbalik....er..takpe lah. janji link tak terbalik...hehehe
Post a Comment