Tuesday 27 January 2015

Music Mode : Muhasabah Cinta dan Kau Tercipta

Salam

Sejak beberapa minggu ini aku suka layan 2 lagu ini..

Semenjak menonton Istikharah Cinta.. terlayan jugalah lagu Kau Tercipta- nyanyian Lah Ahmad. Lagu Muhasabah Cinta-Edcoustic pula aku terdengar dan terlayan masa cari youtube lagu kau tercipta. Terus suka lagu nie.. tak tau pun lagu nie wujud huhuhu.. apa pun memang bestlah.. sebab lagu nie lagu nasyid

Rasa sedih dengar lagu Muhasabah cinta sebab penyanyi lagu Muhasabah Cinta dah meninggal pada hujung 2013 sebab sakit.. dengar lagu ini seolah ada maksud mendalam tentang sakit yang dilalui oleh penyanyi tersebut..

Layan ye..


Muhasabah Cinta -Edcoustic

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu
Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu


Kau Tercipta - Lah Ahmad

Telah lama ku nantikan
Saat semua ku impikan
Kau jadi ratuku
teman seluruh hidupku
Lengkaplah dunia ku
Bawalah aku di dalam doa mu
Semoga sentiasa diberkati setiap waktu
Tuluslah hati ku, di dalam melengkapimu
Semua yang kau perlu

* Peluklah aku Jika terkenang
Semua kau idamkan
Semua yang milik mu
Kau tercipta untuk diriku
Bukan maksud ku
Tuk melukaimu
Bukan niatku dari dahulu
Semua hanya kerna
Ku sayang padamu
Kau tercipta tuk temani diriku
Bersyukur kita pada Yang Esa (terciptanya cinta)
Ku mendoakan kebahgiaanmu (selalu)

ulang *

Tuesday 20 January 2015

Kecantikan wajah.. semua wanita nak cantik..

Salam

Tadi masa review traffic ke blog nie.. aku dapati review pasal kecantikan adalah antara review yang paling tinggi ke blog nie.. paling tinggi review pasal restoran ikan bakar di Jeram.

Ok hari ini aku nak sambung pasal review produk Safi Rania Diamond.. Jika sesiapa pernah baca pasal review yang aku buat pasal safi rania gold dan safi perfect 10 (skrg nie safia white trilogy).. kat sini

Sebenarnya aku dah mula bertukar arah daripada safi rania gold ke safi rania diamond.. Bermula dengan produk safi perfect 10.. akhirnya aku telah beralih arah ke range produk yang lebih advance sikit (bukan sekadar kandungan yang digunakan malah harga pun mahal juga)..

Kenapa aku sekarang stick dengan safi rania diamond? Sebab aku rasa lebih serasi dengan produk tersebut.. dan antara sebab lain lagi... tidak berminyak sangat dan masalah kulit berminyak dan separa kering aku juga dapat diatasi secara langsung..

1- Microdermabransion Cream scrub


Skrub krim dengan kesan yang menyerupai rawatan milkrodermabrasion membantu menyerlahkan kulit halus berseri. Menerusi formulasi NANO DIAMOND DNA TECHNOLOGY dan kuasa manik-manik mikro yang bertindak lebih lembut untuk menanggalkan kotoran yang terperangkap di liang pori dengan berkesan tanpa mencalarkan kulit. (source http://safi.com.my/skin-care/rania-diamond/scrub.php)

Ini merupakan krim skrub yang paling aku suka pakai. Penggunaan hanya seminggu sekali sahaja. Skrub ini tak keringkan kulit dan kulit muka terasa lebih bersih dan lembap selepas digunakan. Berbeza dengan skrub lain yang pernah aku pakai, selalunya muka akan rasa lebih kering tetapi tidak untuk skrub jenis ini. Tujuan penggunaan skrub nie adalah untuk buang kulit-kulit mati terutama di lapisan dalaman kulit. 1st aku mencuba skrub nie terus jatuh cinta hahaha... selain daripada skrub muka, aku juga gunakan krim ini utk skrub leher dan tangan juga. Selepas gunakan skrub nie pakai lah krim malam safi rania untuk hasil lebih baik. Harga dalam RM20+

2-Serum rawatan intensif
Serum rawatan intensif bertindak sebagai perangsang sel membantu mempercepatkan proses pemulihan sel, meningkatkan keelastikan kulit dan melembap secara berterusan. Menerusi formulasi NANO DIAMOND DNA TECHNOLOGY dan Ceramide 3, kulit lebih halus bermaya, anjal dengan pengurangan kedutan begitu ketara. (source http://safi.com.my/skin-care/rania-diamond/serum.php)

Seperti mana range produk safi sebelum ini, aku memang gunakan serum. Serum ini dipakai sebelum memakai krim atau pelembap muka. Aku suka serum ini sebab ianya terasa lebih ringan di muka. Macam tak pakai apa-apa pun. Ia pun lebih cepat menyerap dan tidak berminyak. Jika dibandingkan dengan serum perfect 10 (now white trilogy) dan rania gold , serum ini aku lebih suka. Namun yang selalu buat aku fikir nak beli harganya agak mahal sikit dalam RM50++ berbanding dengan safia rania white trilogy rm 23.90-25.90 atau rania gold rm29.90-32.90. Serum ini jarang ada sales kat guardian huhuhu.. so bayar jelah pejam mata kalau dah sampai turn kena beli juga. Harga yang aku tengok di Guardian RM58.90 (berbeza ikut tempat)

3- Cell repairing renewal cream
Krim pelembap bertekstur ringan dengan rawatan intensif efektif memperbaiki struktur dan tekstur kulit. Menerusi formulasi NANO DIAMOND DNA TECHNOLOGY dan Phyto-ceramide yang bertindak pantas memperbaharui sel untuk kulit yang lebih halus, kedalaman kedutan dikurangkan terutamanya di malam hari dengan berkesan.(source http://safi.com.my/skin-care/rania-diamond/regeneration-cream.php)

Krim malam nie sekarang menjadi favourite aku.. sejak gunakan krim malam nie.. masalah kulit muka yang kering terutama waktu malam (aku tidur dalam aircon dan aircon memang sentiasa on waktu malam di rumah) menyebabkan aku terpaksa menggunakan krim malam. Sebelum ini aku gunakan krim elizabeth arden tetapi kerana harganya rm100+ terasa mahal pulak nak maintain selalu. Akhirnya aku decide untuk mencuba krim ini. Memang best sebab tidak berminyak langsung dan terasa kulit lebih lembap. Aku dah test krim ini pada kulit muka bff aku, dia mengadu mukanya kering dan mengelupas. Selepas aku sapu krim nie pada muka dia.. terasa kulit muka dia lembap sekata dan bila aku jumpa dia balik baru nie, kulit dia dah tak mengelupas lagi. Harga dalam RM48.90- berbeza ikut kedai ye

4- Age Defying cream SPF27PA++

Krim pelembap siang yang melindungi kulit daripada radikal bebas dan foto-penuaan. Menerusi formulasi NANO DIAMOND DNA TECHNOLOGY dan Carnosine yang merupakan antioksida serta Penapis UV, kulit dilindungi secara efektif di siang hari dengan meneutralkan radikal bebas yang merosakkan kulit, punca tanda penuaan.(source http://safi.com.my/skin-care/rania-diamond/antiaging-cream.php)

Krim siang nie pun aku suka sebab tidak minyak dan terasa ringan di muka. Jika krim siang safi rania gold terasa sedikit berat dan berminyak, yang ini tidak. So far aku dah pakai botol kedua. Aku suka krim nie sebab SPF27PA++ dan untuk rania gold hanya SPF20PA++ sahaja. Lebih tinggi kandungan SPF untuk elakkan daripada pancaran matahari yang terik. Harga lebih kurang macam krim malam dalam RM48.90++

5- Pencuci muka safi rania diamond (Deep Hydrating cleanser)
Menerusi formula NANO DIAMOND DNA TECHNOLOGY dan Whitenol, ia mambersih dengan lembut sambil memastikan kulit kekal terhidrat di samping menghalang pembentukkan melanin agar tuna kulit lebih sekata. 

 Pembersih ni aku beli untuk mencubalah. So far not my fav sangat. Aku lebih selesa pakai safi rania gold lembapan mendapan yang jenis guna pam tuh. Pembersih ini ok, cuma aku rasa muka aku lebih kesat dan agak kering sedikit berbanding pembersih raniagold tuh, muka aku lebih terasa lembap dan tidak kering sangat.

6- Cell Youth Booster
Konsentrasi berkuasa yang membangunkan metabolisma sel untuk menentang kedutan, menegangkan kulit kendur dan mengurangkan jeragat seawal aplikasi pertama*. Menerusi formulasi NANO DIAMOND DNA TECHNOLOGY dan Ultra Hyaluronic Acid, kelembapan kulit dikekalkan di samping meningkatkan keelastikan kulit secara berterusan. Booster Peremajaan Sel sebaik-baiknya digunakan bersama Serum Rawatan Intensif. *Peringkat ujian in-vitro ekspresi gen. (source http://safi.com.my/skin-care/rania-diamond/booster.php)

Krim yang ini aku tak cuba. Ianya untuk kekalkan keremajaan kulit. Mungkin boleh cuba nanti kalau ada budget hahaha.. Memandangkan serum aku pun dah nak habis mungkin minggu ini akan beli krim booster ini sekali. Harga dalam RM50++ dan tengah ada offer di guardian.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

So far.. aku masih setia dengan produk safi.. walaupun di pasaran tuh ada macam-macam produk kecantikan, yang ada collagen.. yang ada serbuk mutiara lah.. yang itu inilah.. aku still setiasa dengan safi so far. Sebabnya??? senang nak beli dan jumpa kat mana-mana pun. Lagipun rasa dah serasi pakai dan harga pun taklah mahal sangat. Banyak juga aku survey produk luar (brand international atau lokal) yang di pasaran, selalunya buat aku turn down nak beli.. harga kebanyakannya menghampiri RM100.. pada aku kalau guna safi boleh beli 2 atau 3 produk yang sama.. dan itu belum lagi berkesan ke tidak.. ikut kulit masing-masing lah kan.. kemudiannya aku jenis malas nak mencuba dan takut nanti kulit muka rosak pulak..

Selain daripada produk kecantikan aku juga ada mencuba produk makanan dalaman seperti jamu, vitamin C dan minuman kesihatan. Buat masa nie aku sedang amalkan minum cuka kurma dan madu setiap pagi dan malam untuk detox toksin. Ini memang bagus sebab amalan rasullulah dan nabi-nabi kita kan..

Satu lagi disebabkan aku bekerja dalam keadaan berdiri yang banyak, sejak dari zaman bujang aku memang selalu sakit kaki terutama betis. Disebabkan itu, pakwe telah memperkenalkan aku dengan 1 produk iaitu lotion halia. Pelbagai jenis lotion halia dah kami cuba tapi yang menjadi kegemaran pakwe aku adalah lotion halia yusmira yang warna merah (paling panas)

Nama je panas.. tapi tak panas mana pun.. dia lebih rasa sejuk sejuk camtu jek.. yang bagusnya kalau perut rasa sebu atau kaki lenguh-lenguh eloklah sapu untuk kurangkan sakit. Pakwe gunakan lotion nie untuk urut kaki aku.. memang bagus sangat dulu kalau pakai kasut rasa kaki tuh macam bengkak semacam jek.. sekarang nie, pakai kasut rasa longgar jek.. dan kalau kerap gunakan memang boleh mengurangkan selulit tau..

Selain daripada stok pati halia nie, aku juga sekarang gunakan lotion halia mustajab yang bau rose, delima atau jasmine. Ini lebih sesuai dipakai untuk ke tempat kerja sebab bau lebih harum dan tidak kuat bau halia. lagipun ianya taklah panas mana pun, lebih pada rasa berangin dan sejuk jek.

So far best pakai lotion nie dan harga pun tak mahal sangat dalam RM24 jek.. Sekarang nie kena buat stok lotion halia nie dalam 2 tiub kat umah.. senang bila badan rasa lenguh-lenguh dan kaki mula rasa macam nak bengkak.. lotion ini selalu jadi bekal masa kecemasan.

Oklah cukuplah pasal review produk kecantikan dan kesihatan nie.. semoga kita makin ceria dan sihat di tahun 2015 nie kan :)

Saturday 17 January 2015

Sometimes its hard when people tell the truth about you..

Hi everyone

It's 17 days in 2015, we are already in the middle of January.. it's feel like it just yesterday you were in 2014 and now here you are.. juggling and  facing more and more life in 2015

Having friends are the best thing in life.. not just they are willing and loyal to you.. they highlight things that are good and what they like about you.. and sometimes.. it's also hard to accept when they started to tell you what they sort of dislike about you.. or they point out your bad attitude or things that they find unpleasant of you..

Your reaction? Mine sort of mix feeling.. its depending on the situation.. if I was in a condition of asking them to point out the bad thing.. I might ready to accept whatever the bad or worst... even it's hurt but the readiness of whatever coming out from their mouth.. is something bitter for you to deal with.. you might have prepare to open your heart and head.. to whatever coming up next..

But.. when they pointing out the bad from out of the blue.. that really make me feel awkward and worst it really hurt inside.. especially when you feel like you have done all your best to accept and change what they have advice you with.. but suddenly they still.. remind you and told you the same things.. even you already do something about it.. and that my dear where the point I started to wonder.. haven't I already done something about it.. haven't I change at least a little bit of the attitude.. haven't I tried my best to accept and change... all the effort.. all the trying.. all the understanding... but still.. people still judge you on the bad thing.. and still some people can't just accept you as who you are... it's hurt.. really hurt..

Yeah sometimes.. its hard.. and really hard when people started telling the truth about you.. yeah you might know who you are.. how you would react.. what your principles.. what you believed in.. and people still judge you and told you.. that you should change... heyy.... why can't you just accept as who I am.. and at least appreciate me on what I have tried to do to change... it's hurt.. when I have done all my best and energy to be the better me.. but sadly.. that doesn't even count as enough.. that doesn't even be consider as something should be compliment as an effort of trying..

I'm sad... because it make me feel sometimes sort of like.. I sort of a loser.. or I haven't done enough.. or maybe the standard was so high and I don't even close to reach 1/4 of  that standard..

p/s Its easy if I could just ignore it.. but when that come from your best friends.. its really hard to ignore... I know that I'm not perfect.. I know that I'm not always right.. but please could you at least see what I have done to change or what I have try to do just to become a better person? Could you just be a little bit patience with me.. guide me and continue support me all the way?

Friday 16 January 2015

It's so sweet.. (music mode)

Salam

Hari ini terlayan clip video Maroon 5 -Sugar nie..

Diorg crash wedding orang lain semata-mata nak buat klip video diorang.. it's so sweet dan layan senyum jek walaupun berulang kali tengok hehehehe...

Layanzzz..... 


Maroon 5- Sugar

Friday 9 January 2015

Nikmati hari seadanya..

Salam

Jumaat kedua di tahun 2015... hari yang berkat dan dimuliakan..

Rutin kesibukan bermula minggu ini.. minggu hadapan seminggu bekerja di luar kawasan. Teringat baki bab thesis yang masih belum disentuh.. nampaknya minggu hadapan mungkin aku ambil peluang untuk sambung menulis semula jika tidak terlalu letih menyelesaikan tugasan rasmi..

Emosi untuk tahun 2015 ini.. Ahamdullilah so far so good.. ada juga yang awal tahun baru nie dah mula buat hal (student ler tu).. so back to become someone yang garang sekejap.. then back to be myself yang slow n steady i guess hahaha..

Bila dah mula kembali sibuk.. terasa ada sebahagian daripada keadaan yang terpaksa dikorbankan.. bila ada pertemuan.. pasti ada perpisahan.. bila tetiba rindu.. pasti mencari ruang untuk menebus rasa rindu.. tapi kadangkala.. bila dah jumpa yang dirindui.. selepas itu hati makin rindu pulak.. takpelah.. sabarlah hati... bertahanlah selagi daya kan..

Semoga aku masih dapat bertahan untuk hari seterusnya... masih terlalu banyak yang perlu dilalui.. kita tidak tahu apa yang bakal berlaku di masa depan.. sebab itu aku ambil pendekatan.. nikmati hari seadaanya.. enjoy it until it last... tidak perlu fikir hari esok.. lalui dengan sepenuh hati dan nikmati setiap detik dan waktu bersama..

Aku rindu tempat ini..
I missed the coldness and heating up near the heater

Sunday 4 January 2015

Hari ke 4 di 2015

Salam Tengahari

Alhamdullilah kini sudah hari ke 4 di tahun 2015. Masih lagi sibuk dengan menanda kertas exam. Cuba untuk selesaikan hari ini juga. Minggu hadapan dah kembali sibuk dengan tugasan dan kerja..

Sekejap sahaja dah berlalu 4 hari.. rasa baru sangat lagi aku menulis entri sehari sebelum 2015.  Sedar tak sedar masa berlalu dengan pantas... malam sebelum 2015 aku tertidur kerana mengalami sakit kepala yang maksimum.. sedar sahaja dah setengah jam di 2015 hahaha... itupun ada orang yang kejut.. disambung dengan permintaan urutan kepala kerana pening kepala yang masih belum reda..

Permulaan 2015 dimulakan dengan sesuatu yang baik.. so far so good hari yang aku lalui.. masih banyak lagi hari yang bakal dilalui... masih ada baki 11 bulan lagi hingga penghujung 2015. Hari pertama aku mulakan dengan ke pejabat menyelesaikan kerja yang belum siap. Ramai juga yang turut hadir ke pejabat walaupun cuti.. biasalah cuti di tengah minggu tidak ramai yang bercuti barangkali..

Semoga hari yang bakal mendatang akan terus ceria dan berjalan dengan baik hendaknya.. semoga lebih banyak kejayaan ditempuhi dan lebih banyak kegembiraan berlaku dalam hidup..

Azam tahun baru? Masih sama seperti tahun sebelumnya.. Keep smiling.. Be yourself.. Be happy.. and enjoy every moment as it is.. 

Air zam-zam yang dibawa utk tawaf dan kekacang dari BFF..
Teman setia semasa menanda kertas exam..
Thanks dear :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...