Sunday 4 January 2015

Hari ke 4 di 2015

Salam Tengahari

Alhamdullilah kini sudah hari ke 4 di tahun 2015. Masih lagi sibuk dengan menanda kertas exam. Cuba untuk selesaikan hari ini juga. Minggu hadapan dah kembali sibuk dengan tugasan dan kerja..

Sekejap sahaja dah berlalu 4 hari.. rasa baru sangat lagi aku menulis entri sehari sebelum 2015.  Sedar tak sedar masa berlalu dengan pantas... malam sebelum 2015 aku tertidur kerana mengalami sakit kepala yang maksimum.. sedar sahaja dah setengah jam di 2015 hahaha... itupun ada orang yang kejut.. disambung dengan permintaan urutan kepala kerana pening kepala yang masih belum reda..

Permulaan 2015 dimulakan dengan sesuatu yang baik.. so far so good hari yang aku lalui.. masih banyak lagi hari yang bakal dilalui... masih ada baki 11 bulan lagi hingga penghujung 2015. Hari pertama aku mulakan dengan ke pejabat menyelesaikan kerja yang belum siap. Ramai juga yang turut hadir ke pejabat walaupun cuti.. biasalah cuti di tengah minggu tidak ramai yang bercuti barangkali..

Semoga hari yang bakal mendatang akan terus ceria dan berjalan dengan baik hendaknya.. semoga lebih banyak kejayaan ditempuhi dan lebih banyak kegembiraan berlaku dalam hidup..

Azam tahun baru? Masih sama seperti tahun sebelumnya.. Keep smiling.. Be yourself.. Be happy.. and enjoy every moment as it is.. 

Air zam-zam yang dibawa utk tawaf dan kekacang dari BFF..
Teman setia semasa menanda kertas exam..
Thanks dear :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...