Tuesday 5 February 2013

Restoran Ikan bakar di Pantai Jeram, Selangor

Salam Petang Selasa..

Buat masa nie..aku tengah rajin nak buat review tentang tempat-tempat makan yang pernah aku singgah.. Hopefully boleh jadi review pada mereka yang nak singgah ke sini..

Kali ini nak review tentang 2 buah restoran ikan bakar yang terkenal di Pantai Jeram, Kuala Selangor. Tempat ini sesak di hujung minggu.. dan ada 2 buah restoran ikan bakar di sini.. kedua-duanya aku dah pergi dan boleh buat perbandingan..

1. Medan Ikan Bakar Pantai Jeram

Ini adalah restoran ikan bakar yang kita akan mula-mula jumpa bila masuk ke jalan pantai Jeram.. Ada pintu gerbang besar yang tertulis, 'Medan Ikan Bakar Pantai Jeram'

Papan tanda (kredit goggle)
Di tepi restoran nie.. tempat parking bot-bot..
Kami dapat tempat duduk dekat dengan area nie.. memang boleh nampak deretan bot-bot yang parking dan menjelang senja boleh ambik gambar matahari terbenam

Sampai sahaja kami terus ke kaunter basah untuk memilih udang, ketam, sotong dan menu yang kami order :

Nasi putih
Udang masak butter
Sotong goreng tepung
Ketam masak cili
Air buah

Selepas itu kami diberikan nombor tempat duduk, kami boleh pilih tempat duduk yang mana kami nak.. Masa nie orang tak ramai sangat... So tempat pun selesa dan tidak sesak sangat

Service : Cepat dan pantas sebab tak sampai 20minit, hidangan dah sampai dan boleh makan dengan gembiranya..

Makanan : Rasanya biasa-biasa jek.. Not bad.. cuma ada rasa kurang terasa masam manisnya..

Gambar ambik lepas makan.. 
BFF kata kurang rasa sikit.. tapi habis juga.. Ahaks

Environment : Selesa sebab dapat tempat duduk berhampiran tempat keluar masuk bot ke laut.. parking yang banyak, kemudahan toilet, surau dan taman permainan kanak-kanak..

Lokasi tempat duduk : Berhampiran laluan bot-bot keluar masuk.. kira dah dekat dengan lautlah.. view memang cantik..

View tepi laut yang sempat aku ambik

Harga : Kami bayar hanya RM78++ dan cukup murah sebab kami pernah order yang menu kurang sikit dari itu di Restoran Ikan Bakar Pulau Ketam.. harga lebih kurang itu jek..

Akan datang lagi : Ya, selepas kami dah pergi ke Aroma Ikan bakar.. kenapa? nanti aku beritahu


2- Medan Aroma Ikan Bakar

Medan ini agak terkenal juga di Pantai Jeram dan jika dikira dengan bilangan kereta yang singgah.. di sini lebih banyak.. sebelum sampai ke Medan Ikan Bakar Pantai Jeram tuh.. belok kiri dan medan nie sebelah kanan jalan.. parking ada sebelah kiri dan kanan..
Entrance ke Aroma Ikan bakar (Kredit Google)


Signboard 


Charge tambahan yang dikenakan untuk jenis tempat duduk.. (kredit google)

Tempat duduk di sini ada charge berlainan.. kalau duduk dalam pondok bambu kena charge RM10 dan RM20.

Kami duduk di tempat duduk biasa yang percuma.. Masa kami sampai nie orang dah mula ramai.. hampir semua tempat duduk penuh dan kebetulan masa kami sampai tuh ada orang dah selesai makan..

Proses di sini sedikit berbeza dengan Medan Ikan Bakar Pantai Jeram.. kalau kat sana.. ambil dulu seafood basah dan kemudian tempat duduk diberikan nombor.. tapi kat sini terbalik..

Kena cari tempat duduk dulu.. baru boleh pergi kaunter basah sebab ramai orang sangat..

Masa kami sampai tuh.. tak tahu ingatkan pergi kaunter basah dulu.. dah ambik semua.. tetiba bila ditanya no tempat duduk.. kami blank kejap.. dah jadi satu keje sebab kena pergi cari pulak tempat duduk.. kebetulan tak lama tunggu dah dapat tempat duduk.. Lepas kami sampai tuh.. ramai yang duk berdiri menunggu tempat duduk... malah tempat kami makan tuh pun.. dah ada 2 group tunggu kami habis makan.. rasa tak selesa jugalah...

Menu kami : 
Nasi putih
Sotong goreng tepung
Udang masak butter
Lala masak cili
Ketam masak sweet sour
Air buah

Makanan : Sedap dan lebih terasa dari di medan ikan bakar pantai jeram.. BFF lebih suka masakan kat sini.. tapi bagi aku pulak.. dua-dua tuh oklah.. boleh jek terima

Service : Lambat sikit.. berbanding di Medan Pantai Jeram.. agak lama juga tunggu hidangan sampai.. sempatlah toleh kiri kanan berpuluh-puluh kali..

Environment: Agak sesak bila hujung minggu.. Penuh bila selepas maghrib dan ramai yang terpaksa menunggu meja yang kosong.. kalau datang tak ramai takpe.. kalau kena ramai ahli keluarga.. lebih baik buat booking dulu.. kemudahan lain macam biasalah.. ada toilet, surau dan parking kereta yang banyak. dan tempat duduk pelbagai.. Yang jenis bambu tuh makan bersila dan 1 meja panjang.. sesuai untuk keluarga yang ramai.. dalam dewan pun ada juga.. ikut yang mana..

Lokasi tempat duduk : Berhampiran dengan pintu masuk.. Agak tension juga duduk kat sini sebab tempat laluan orang keluar masuk.. dan asyik memandang kami makan sebab nak chop tempat bila dah takde meja kosong.. lokasi di belakang sedikit adalah pondok bambu.. berhampiran kawasan pantai.. kena charge RM20 untuk tempat tuh..View area tuh nak kata lawa sangat.. biasa jek.. bukan atas laut pun.. sebab aku pernah pergi makan di restoran atas laut.. di Port Klang, Bagan lalang dan Thailand :) viewnya lebih menarik lagi..

Harga : RM89++.. Bolehlah.. tak jauh beza sangat dengan di Medan Pantai Jeram..

Akan datang lagi? : Maybe.. tapi kena booking dulu.. atau datang lebih awal untuk dapat tempat duduk...

Gambar takde sebab takde mood nak ambik gambar sebab orang ramai sangat.. ahaks..
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Antara kedua-dua restoran nie.. 

Aku lebih suka di Medan Pantai Jeram.. sebab persekitarannya yang lebih selesa.. tak ramai orang.. lebih dekat dengan laut.. takde charge berlainan untuk tempat duduk.. service lebih cepat dan soal rasa makanan tuh.. so far pada aku boleh terima jek... takdelah kata tak sedap sangat.. tempat duduk akan ditentukan oleh pemilik kedai.. takde pening kepala nak cari sendiri meja kosong.. kalau tak suka meja yang kita dapat tuh boleh minta tukar.. takde masalah ;)

Aroma ikan bakar.. Makanan sedap.. terasa.. tapi environment agak kelam kabut dan sesak sedikit bila ramai sangat orang.. makan pun rasa tak selesa.. servis pun agak lambat.. tempat duduk kalau sampai dah penuh.. pandai-pandai cari sendiri atau tunggu meja yang kosong..

Style aku makan.. selain daripada rasa makanan yang sedap.. persekitaran antara perkara yang menjadi pilihan utama aku .. tak minat makan di tempat yang sesak dan ramai orang.. Kalau nak makan juga.. biasa aku lebih suka bungkus atau datang time orang tak ramai..

Apa pun terpulang masing-masing.. Biasa kita lebih teruja pergi makan ke tempat yang ramai orang.. mungkin sebab kita rasa kat sini lebih seronok dan menarik.. Bagi aku teori tuh memang boleh pakai.. tapi pengalaman aku makan di tempat yang sesak nie adakalanya tidak menyeronokkan.. macam servis lambat.. meja kosong takde.. makanan kurang sedap.. sebab tukang masak nak cepat.. ada order tertinggal.. dan macam-macam lagi.. Apa pun.. dua-dua restoran nie.. pada aku ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.. kalau nak rasa happening.. Aroma Ikan bakar memang sesak dengan orang.. dan Medan Pantai Jeram pulak.. lebih selesa dan tidak sesak sangat.. soal rasa makanan pada aku boleh tolerate..

Misi seterusnya .. tengah nak pujuk pulak pergi Muara Ikan Bakar di Port Klang dan Bagan Lalang.. Dua-dua nie pernah pergi masa bujang dulu.. nanti kalau sempat singgah ke sana.. aku buat review lagi ;)

22 comments:

~mrs azmi~ said...

medan ikan bakar tu pegi dari kedai dia buruk sampaila sekarang kedai dah sangat cantik dan proper... harga ada naik sikit tapi tetap reasonable. aroma ikan bakar pulak 1st time pegi bulan puasa last year... buat booking awal tapi rasa dia agak out sikit maybe sebab terlalu ramai orang dan dia masak awal. by the time makan lauk sume dah sejuk

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Tuhlah kan kalau datang time ramai org memang ada yang tak kena.. seafood nie kalau makan dah sejuk memang tak best sangat..

So far akak lebih suka medan pantai jeram tuh.. tak sesak..

Anonymous said...

udang butter...huu bestnye..melaka- umbai ikan bakar,kdai paling hujung, tepi laut.. siap boleh makan atas bot...feel lebih laaa...haha.

sekinchan ikan bakar tak pi? :P

kueh

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Kueh

Umbai akak pernah lalu jek hehehe sebab kgh kwn baik akak kat area situ.. dia kata biasa jek makan kat situ.. tapi dulu2 masa bujg akak pernah lepak kat klebang kg kwn baik akak mkn ikan bakar juga..

Sekinchan ikan bakar?? tak minat sebab ramai yg kata mahal dan tak sedap.. dari p situ baik akak p ikan bakar pulau ketam.. ketam mayo dia mmg mavellous.. p jeram aritu akak request dia masak ketam mayo.. takde dalam menu,, frust juga ;)

el said...

bru pegi aroma.for me,harga x masuk akal!oder nasik putih 3,ikan jenahak bakar,udang 7ekor bakar,sotong sdg2 4 ekor grg tpung,ketam 2 ekor msk bercili,kerang bakar,air buah sejag.RM142!!sy pegi mkn di alai ngan duyung di melaka dgn menu sme tp kuantiti siap blh bwk balik rumah lg bru 80++.mmg x pegi la dah..sesak jgn ckp.mmg btul x selesa sbb org tertgk2 kita dh abis mkn ke blum.

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

el

Thanks sebab sudi komen. Sebenarnya, dah dengar 2 3 orang yang komen pasal benda yang sama. Kak ipar sendiri pun pernah terkena apa yang dia ambik dan diorang masak lain. Rasa tak sedap, tomyam pun takat macam air je.

Biasa kalau tempat sesak macam tuh elakkan kecuali kalau dah booking awal.

bedak said...

haa.. besok ada org nk belanja kt sana. leh try la rasa ok ke x.ape2 hal makan org belanja mmg sedapp.hehe

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Bedak

Semoga enjoy mkn2 nnti ye. Tell me how it goes yeah

Unknown said...

Ermmm thanks bg info.... so boleh wat choice la lepas ni... first time nk g mkn ikan bakar area ctu... thanks....

Sharinginfoz said...

Sedsp mkn kat aroma

Unknown said...

Hye, sy orang jeram ;) hihi, bg sy sotong tepung kat medan ikan bkr lg sedap dr aroma, sup medan ikan bkr lg sedap dr aroma, kalau ikan stim aroma lg sedap. heeee :) jemput sggh blog sy jgk, ni psl entry plg top kt blog sy http://rai-raihannah.blogspot.com/2013/02/restoran-selera-corner-pantai-remis.html

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Ameer Amran

Hope you did enjoy your dinner kat sana..

Sharinginfoz

:) memang sedap.. tapi banyak gak kes yang tak sedap

Anne Rihann

rasanya dua-dua tuh ada kelebihan.. cuma dari segi customer aroma lagik ramai orang.. memang sebab restoran tuh lebih menarik decorating ye.. so people prefer ke sana.. I so far dah 3 kali makan kat medan ikan bakar tuh.. sekali jek ke aroma.. next time maybe ke sana kalau tak ramai orang lah..

Anonymous said...

saya pun tengah survey restoran ni,,,,kami nak makan ngan family ramai gak lah lam 16 orang gaklah...agak2 uolzz lah restoran mana yang ok ngan pmndngan yg cntik wktu mlm,mskan bolehlah sedap,,,yang pnting kena ngan arga brpttan,,,taknak mahal sngt tapi tak sedap:-)aroma,medan?

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Anon

Dua2 tuh ada kelebihan masing2.. Harga dedua pun lebih kurang jek.. suasana bagi keduanya sedikit berbeza. Terpulang pada you nak ke mana.., saya cuma bagi guide based on pengalaman saya sendiri..

Saya cadangkan you pergi sendiri dan survey tempat tuh.. tengok suasana macamana dan pilih nak duduk kat mana.. dua2 tuh dekat dengan pantai gak.. cuma medan ikan bakar tuh terletak sebelah dengan jeti bot..

Unknown said...

Salam.Bagi sya ,sya lebih suka mkn di medan ikan bakar berbanding aroma.Bab sedap sya pilih lagi di medan lagi2 sotong goreng tepung..mmg mantap.Harga kedua2 so far sya pergi ok.Just xsuka kat aroma sbb ramai sgt sesak,nk mkn xselesa kot org tggu kat blakang cian yg bw dak2 kecik la.Bab deco, aroma menang sbb ada tempat cantik siap ada bamboo seat lg .Tp Klu dh ramai,masak pun paham2 jer la kan...sekadar kongsi.

Unknown said...

baru nak try pergi esok...tapi tengok komen mcm tak berbaloi pulak nak pergi jauh2..thx for info

Visit KedaiCikNab

Unknown said...

Di mana ye?

Mysterious Mel said...

Salam. Terima kasih sebab share info yang sangat berguna...especially untuk seafood lovers. Nanti boleh saya try makan kat tempat2 ni. Kalau sudi singgah blog saya Waktu terbaik minum air kosong

LeenDean said...

Salam...
Nk tny ah Ade no phone x utk restoran ikan bakar tu?

Unknown said...

Assalamualaikum Org Jeram Terimakasih shbt info. Koi akan melayari blog shbt.

Son Of Sp33d said...

As'kum. Puan, tumpang tanya, ikan bakar pulau ketam yang puan makan tu di mana? Boleh share lokasinya? T.kasih.

Son Of Sp33d said...

As'kum. Puan, tumpang tanya, ikan bakar pulau ketam yang puan makan tu di mana? Boleh share lokasinya? T.kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...