Hari ini hari terakhir bekerja sebelum cuti raya cina hingga selasa depan.. Means hari rabu baru masuk kerja.. dan M juga dah balik 2 minggu dari training di Kuching.. Sepatutnya aku ikut serta training tuh.. tapi mengenangkan aku mengajar kursus diploma.. dan kena ponteng kelas 2 minggu dan buat kelas ganti.. aku batalkan hasrat ke sana.. kalau tak boleh ronda-ronda bandar Kuching...
Sejak pulang ke tanahair.. dan selepas arwah ayah meninggal tahun lepas.. Alhamdullilah.. hubungan mak dan tok (mak pada mak aku) terjalin baik semula... Sebelum ini mereka ada krisis keluarga sikit yang menyebabkan mak tidak pulang beraya ke rumah Tok hampir 10 tahun.. Mungkin di sebalik kehilangan seorang suami (ayah) dan Tok aku juga kehilangan suami (Tok jantan- keluarga aku panggil Tok dan nenek aku dua-dua Tok.. cuma yang lelaki kami panggil tok jantan) maka Allah terbitkan rasa kesian pada Tok aku untuk menerima mak aku semula.. Ada hikmahnya jugalah.. Alhamdullilah kini mak dah kerap balik ke rumah tok.. kadangkala dia bermalam kat situ 2 hari.. adakala datang sekadar menjenguk.. Oklah tuh.. setidak-tidaknya.. hubungan anak-beranak yang terputus lama.. kini Allah satukan kembali..
Tok perempuan aku adalah anak cina dari keturunan cina dari tanah besar China.. mereka datang ke tanah melayu waktu itu seperti yang kita ketahui dalam sejarah untuk mencari kehidupan yang baik di tanah melayu.. Namun apabila kedatangan jepun ke tanah melayu waktu itu.. ramai orang cina diseksa dan dibunuh.. menyebabkan ramai orang cina lari pulang ke tanah besar China waktu itu..
Keluarga tok perempuan aku merupakan salah seorang daripada mereka.. menurut kata mak.. setelah diceritakan oleh neneknya sendiri.. Tok perempuan diserahkan pada Tok Yam (nenek mak aku) sehari selepas dia dilahirkan dengan tali pusat pun masih belum tanggal.. Menurut kata mak.. Tok ada beberapa adik beradik yang lain.. 2 3 orang tak silap aku.. Mereka terpaksa serahkan tok pada Tok Yam kerana mereka bakal belayar atas kapal yang jauh perjalanannya.. Aku sendiri tak dapat bayangkan bagaimana agaknya perasaan mak tok waktu itu.. pasti berat hati dia melepaskan anak yang baru dilahirkan sehari.. tapi keadaan peperangan dan kezaliman orang jepun menyebabkan mereka tidak punya pilihan..
Sejak dari itu.. tok dibesarkan dalam keluarga orang melayu.. dan menurut kata mak juga.. arwah isteri PM dulu Datin Endun.. adalah sepupu pada mak.. kiranya ayah dia dan tok tuh adik beradik sebab arwah tok jantan kawin dua.. macam tulah ceritanya.. detail aku tak tahu sangat sebab malas pula nak bertanya lebih-lebih.. lagipun kisah-kisah sebegini masa arwah ayah ada dulu.. dialah yang paling rajin bercerita pada kami.. Sebab itu aku selalu teringat arwah Ayah.. tiap kali balik ke kampung dulu.. pasti arwah ayah akan bercerita kisah kecik-kecik dia.. kisah salasiah keluarga dia dan mak.. dan macam-macam lagi.. adakala bila merenung meja makan di ruang dapur rumah mak.. selalu aku terkenang arwah ayah cukup suka berbual dengan kami di situ..
Sejenak bila mengenangkan kisah Tok perempuan.. membuatkan aku sedikit sebanyak terfikir.. pasti keturunan asal tok perempuan kini hidup merata di negara China.. sayang Tok tidak dapat mengenali siapa mereka.. terfikir juga bagaimana agaknya hati seorang ibu yang terpaksa meninggalkan anaknya sendiri di bumi asing.. Pernahkah dia teringat anaknya itu?? Bagaimana pula dengan kakak dan abang tok sendiri.. masih ingatkah mereka ada seorang adik yang ditinggalkan di tanah melayu..
Persoalan ini kadangkala bermain juga dalam fikiran aku.. walaupun hakikatnya pasti aku juga tidak mungkin mendapat jawapan untuk itu.. Sayang kan.. hubungan yang pernah wujud itu kini terpisah dan mungkin sahaja lenyap bila generasi demi generasi dilahirkan.. Lagipun orang mungkin sahaja akan kata..buat apa dikenang benda yang lepas.. Benar.. tapi bila aku terfikirkan soal keturunan.. tiap kali tiba sambutan Raya Cina persoalan-persoalan begini kadangkala singgah dibenak fikiran..
Setiap kita punya kisah keturunan yang warna-warni.. begitu juga dengan aku.. kadangkala mengetahui asal usul dan susur galur keturunan dapat membuatkan kita memahami dan mengerti siapa diri kita sendiri.. Sekadar untuk mengerti siapa mereka sebelum kita.. dan bagaimana hidup kita boleh tercorak dan tercipta kerana wujudnya peristiwa silam begitu..
Sebab itu dulu-dulu masa aku kecil-kecil.. tiap kali tok aku datang ke rumah mak.. selalu aku dapat soalan dari rakan-rakan sekampung..
"Perempuan cina yang datang rumah ko tadi tuh siapa??"
dan aku pasti dengan senyum sinis dan selamba aku akan jawab
"Itu tok akulah.. bukannya orang cina"
masa ini aku belum tahu yang tok aku sebenarnya anak angkat melayu dan dia memang berbangsa cina ;)
Apa pun.. aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan 'Selamat Tahun Baru Cina' pada semua rakyat Cina di Malaysia.. Gong Xi Fa Cai..
Hiasan Tahun Baru Cina berdasarkan tahun binatang di Pavillion KL
2 comments:
kak amoi..
selamat tahunm baru..ahaks
kueh
Kueh
Ala tomey tomey ahaks.. selamat bercuti dik ;)
Post a Comment