Sejak beberapa minggu ini kecoh kisah cinta di artis ini.. rasanya semua orang tahu pasal konflik antara kekasih hati 'cinta hati' dengan si ayah gadis ini.. pelbagai komen.. cerita.. ulasan yang dibuat secara rasmi.. tak rasmi.. tentang kisah ini.. aku sendiri pun terbaca di facebook dan juga blog tentang komen masing-masing..
Aku tertarik dengan ulasan kawan baik aku tentang kisah mereka.. katanya
"Rasanya tahu di sebalik kontroversi kisah cinta ini.. cuba dengar lagu 'patah seribu'.. yang asalnya ditulis sebab gaduh sikit-sikit.. lepas tu senikata tuh kan macam kecewa betul2 dan patah hati beribu-ribu.. lagu tuh pulak jadi top.. menang anugerah.. dan akhirnya ia jadi doa..."
Komen aku.. aku tak nafikan ulasan dia.. sebab ada kebenarannya.. sesuatu yang disebut selalu.. apatah lagi benda yang buruk atau yang baik.. memang boleh jadi sebahagian daripada doa kita.. kalau yang diminta adalah benda baik.. Alhamdullilah.. kalau yang diminta benda buruk.. kenalah bersabar.. sebab itu kadangkala kena kawal bicara nie..
Cuba kita tengok lirik lagu nie..
Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku
Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu
oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi
Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan
Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi
Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah…
Ya mungkn juga ianya hanya kebetulan sahaja ;) Namun kontroversi antara kedua-dua pihak dan pihak si anak yang serba salah.. kesian juga..
Komen aku:
Si kekasih : Cara dia bercakap dan mengulas komen si ayah agak kasar dan tidak memperlihatkan budi bahasa.. sekalipun dia tak suka atau marah dengan kenyataan yang dikeluarkan.. dia masih takde hak untuk mengatakan 'Nak kawin dengan anak dia.. bukan dengan dia' kerana anak itu masih tanggungjawab seorang ayah.. dah ayah itu adalah walinya.. kena hormatlah sikit... Apa pun si ayah itu mempunyai hak melindungi anak perempuannya.. Lagipun.. awal-awal lagi dia dah kata 'saya kongkong dia.. sebab dia tuh adalah bakal isteri saya' Amboiiiii.. come on lah... tunang pun belum.. kawin pun belum.. dah declare kongkong??? kalau dah jadi isteri lain lah juga cerita.. ini belum ada apa-apa hubungan.. Bab ini aku kurang setujulah.. sekali pun dah tahu keluarga dia tak setuju.. cubalah ambil hati ke.. bukannya tambah menyakitkan hati..
Si Ayah : Mungkin dia ada sebab mengapa dia berbuat begitu dan mungkin juga ada sebab dia tak suka anaknya kawin lebih awal.. Hanya keluarga dia yang tahu.. dan aku rasa itu adalah hak si ayah terhadap anaknya.. lagipun.. so far takde pulak anaknya itu kena kongkong teruk-teruk.. dia masih bagi kawan dengan si kekasih.. masih sokong dan bantu kerjaya anaknya.. kalau si ayah kongkong.. itu hak dia.. dia pasti tahu yang terbaik... mungkin cara dia menangani konflik itu nampak kasar.. tapi statement yang aku baca yang ditulis oleh beliau tuh general.. sesuai menerangkan situasinya.. sebagai mereka yang mempunyai anak dan seorang ayah.. pastinya memahami maksud yang tersirat di situ..
Si Anak ; Ini adalah jerat percintaan.. diluah mati mak.. ditelan mati bapak.. bak kata peribahasa.. lagipun orang sedang mabuk cinta kan.. yang tak elok pun rasa elok.. ikut rasa hati dan kehendak.. cinta itu buta.. cinta itu sakit rasanya.. rindu itu menyeksakan.. kena banyak bersabarlah.. paling bagus.. buatlah solat istikharah... minta petunjuk yang terbaik.. yang menentukan Allah swt.. kena yakin dengan ketentuannya..
Cerita sebegini membuatkan aku terkenang kisah lama... aku pernah menulis kisah cinta aku dulu.. boleh cari dalam archive.. aku pernah lalui zaman-zaman yang mana hubungan aku ditentang oleh keluarga.. hingga membawa kepada pertunangan.. dan dah takdirnya.. pertunangan itu hanya bertahan 3 bulan sahaja.. berbanding 5 tahun kami bercinta.. pedihnya memang aku akui.. tapi kewarasan.. rasional.. dan memikirkan masa depan dan tanggungjawab anak pada ibu-bapa.. buatkan aku akur.. tindakan yang tidak mendapat restu itu merugikan..
Secara dasarnya.. aku dilihat sebagai orang yang kejam kerana memilih jalan perpisahan.. walaupun bukan aku yang putuskan pertunangan itu.. cuma alasan dan kata-kata yang aku beritahu pada perbincangan kami itu.. membuatkan dia ambil keputusan putus tunang.. Senang cerita takde jodoh...
Aku lalui rasa cinta dan kasih seperti mana yang dilalui oleh si anak tadi... tapi bukan mudah untuk tersedar atas kesalahan itu.. aku berterima kasih pada seorang sahabat baik aku di kampung yang telah menyampaikan luahan hati mak aku.. setidak-tidaknya.. mendengar kata-kata dan nasihat daripada orang lain mampu membuka mata sendiri.. adakalanya begitu.. bila kita dengar kata-kata dari orang yang rapat.. kita akan mudah terasa hati bila jawapan mereka tidak menyebelahi kita..
Apa juga.. aku doakan konflik itu diselesaikan dengan cara baik.. Andai belum dan bukan jodohnya.. redha lah.. ada hikmah di sebalik semua itu..
2 comments:
terlajak perahu boleh diundur
terlajak kata badan binasa
kueh
kueh
Terlajak makan pun sakit perut ;)
Post a Comment