Tuesday 10 November 2015

Bila aku mengelamun..

Salam Petang Selasa... Happy Deepavali..

Seorang adik pernah beritahu aku..

"Ko mmg suke mngelamun kak.. Tu yg kuar ayat2 puitis"

Hahaha.. gelak besar aku bila baca ayat adik aku sorang tuh... haha..

"Bukan mengelamun dik... tapi bila hati akak ada sesuatu rasa.. memang mudah untuk akak menulis rasa hati.."

"Ye akak tau ko baca blog akak... ahaks..."

Menulis dari hati kan berbeza.. kerana apa yang kita rasa.. itulah yang kita tulis.. adakala kita tenggelam dalam rasa hati dan fikiran... maka bila untuk melepaskan dan meluah.. maka di sinilah tempatnya... Selalunya tidak semua aku nyatakan dan tulis.. bila punya kesempatan masa.. pasti sahaja ke sini.. tetapi seringnya aku tidak punya masa.. dan rasa itu turut terlupa dan dilupakan..

Hidup mesti diteruskan... Aku dah redha... walaupun terlalu pahit untuk ditelan dengan semua rasa dan peristiwa yang terjadi.. Itulah kehidupan.. kadang peristiwa lalu buat kita jadi lebih kuat untuk menghadapi dugaan yang lebih kurang sama...

Senyum.. gelak.. ketawa.. namun dalam hati tetap menangis... tapi 'sakitnya tuh di sini' tidak lagi sekuat minggu lepas... cuba fikir positif... cuba fikirkan bahawa dalam dunia ini.. semua yang terjadi pasti ada sebab.. pasti ada hikmahnya...

Ada seseorang yang pernah buat aku begitu menghubungi aku baru-baru ini.. kata dia.. adakala dia terpaksa melakukannya kerana tidak mahu melibatkan orang lain... Aku turut persoalkan... adakah itu sebab tidak mahu melibatkan orang lain.. atau sebenarnya pentingkan diri sendiri?? Haha.. kitorang confront juga dalam whatapp.. setelah benda ini telah lama aku nak luahkan... in a way.. its good sebab benda2 yang aku fikir dan rasa selama ini.. dah terluah pun... marah??? takde dah... cuma rasa kesal... banyak juga rentetan peristiwa yang berlaku sepanjang tindakannya itu.. arwah ayah takde.. kawan 9thn tinggalkan aku.. hari lahir aku tahun lepas... walaupun kitorang nie selalu on.. of... tapi tetap juga berkawan.. haha.. marah-marah pun.. tetap kawan juga.. cuma nak kawan cam dulu.. aku agak berhati-hati... takut sakit hati balik... Aku harap dia pun faham dah aku camna...

Bercerita pasal kawan ni.. memang seribu satu kisah dalam hidup aku.. haha... macam-macam orang dan perasaan yang aku jumpa.. yang gila... yang mereng.. yang extreme.. yang obses ngan aku.. yang baik.. yang penyayang.. yang pemalu.. yang direct macam aku.. yang selamba.. yang sempoi... tapi ending ye ada yang kekal kawan sampai sekarang.. ada yang aku elak dan diamkan.. ada yang gaduh.. pastu baik balik... ada yang aku percaya.. tapi tercalar sedikit rasa percaya aku.. terus aku terasa hati.. Ada yang aku rasa buang masa terasa hati.. pastu aku sentiasa positif dengan dia.. tapi bila tak puas hati.. kelebihan dia adalah.. dia sanggup dengar luahan hati aku.. hahaha... kawan aku yang sorang nie aku memang respek... sebab selalunya bila aku fikir nak terasa hati.. mesti lepas tuh aku fikir aku buang masa je.. sebab??? dia jenis selamba je.. ko merajuk pun.. tak guna sebab nanti dia wat tak tau je.. pastu ko pulak kena pujuk hati sendiri... so selalunya aku endup.. lupakan rasa terasa hati.. dan move on... hanya sorang je dalam dunia nie yang aku boleh buat camtu.. dgn dia nie je haha...

Dalam blog ini memang sering sangat aku cerita tentang apa aku rasa.. tentang apa yang dalam fikiran aku.. dan sering juga aku ceritakan tentang kisah sahabat-sahabat aku.. laki ke perempuan ke.. sama sahaja sebenarnya...

Apa pun kita teruskan kehidupan dengan senyuman... melangkah dengan kekuatan... Aku sering sebut pada diri.. Tidak ada kerugian untuk orang yang sabar... Pasti ada sesuatu untuk kita nanti..

Adakala kebaikan yang kita berikan pada orang.. tidak semestinya kita dapat balik kebaikan itu juga dari orang yang sama.. Selalunya kita dapat dari orang lain... Ini selalu menjadi prinsip aku.. terutama bila aku rasa kecewa atau penat melayan sikap kawan-kawan yang kadangkala pentingkan diri.. yang hanya mahu keutamaan untuk mereka... Sabar jelah..

Senyum walaupun sebenarnya pedih haha... tapi.. tetap senyum kerana hidup ini singkat untuk ditangisi.. tapi seharusnya ditempohi dengan gelak ketawa dan gembira...

Ronnie Hussein- Dikoyak Waktu
Lagu fav aku
Aku suka lagu ini dari kali pertama aku dengar lagu ini di Hot FM..

Monday 9 November 2015

Aku Rindu

Salam Petang Isnin

Terlalu banyak kerinduan yang datang... Antaranya rindu pada kehidupan di UK yang pernah menjadi rumah tetap aku selama 5 tahun.. kerinduan ini semakin menebal beberapa minggu ini.. I missed that life.. masih teringat berjalan kaki setiap hari merentasi dataran di tengah bandar.. untuk ke universiti..

Paling aku rindukan makan panini berintikan 'coronation chicken'.. sejak balik ke sini.. belum pernah lagi aku temui menu ini dimana-mana sekitar malaysia... lagipun coronation chicken ini unik di UK sahaja.. ianya dicipta semasa pertabalan ratu england dulu..

Banyak yang aku rindukan sebenarnya... rindu musim gugur yang menyediakan warna alam yang berwarna warni.. rindukan kehidupan yang tidak sibuk dan sentiasa penuh masa dengan rakan-rakan berjalan mengembara an bersantai setiap hujung minggu.. rindukan gelak ketawa rakan-rakan yang merupakan sanak saudara sendiri... rindukan ukhuwah yang kuat antara kami..

Aku rindu untuk berjalan sendiri di taman seperti dulu untuk aku ambil gambar alam.. terutama bila menghampiri musim sejuk dan siang menjadi pendek serta malam menjadi panjang..

Hati sentiasa rasa nak kembali ke sana.. sentiasa ada dalam ingatan

p/s Dah beli dada ayam dan mango chutney.. Akan buat coronation chicken soon... nyum nyum

Coronation Chicken Recipe :

Constance Spry, an English food writer and flower arranger, and Rosemary Hume, a chef, both principals of the Cordon Bleu Cookery School in London, are credited with the invention of coronation chicken. Preparing the food for the banquet of the coronation of Queen Elizabeth II in 1953, Spry proposed the recipe of cold chicken, curry cream sauce and dressing that would later become known as coronation chicken. (wikipedia)

Ingredients
  • Shredded Chicken from a medium sized pre roasted chicken
  • 3 tbsp Mayo 
  • Mild curry powder to taste 
  • 1/2 tsp Cinnamon Ground Black Pepper 
  • 1 tbsp Mango chutney sultanas - as many as you fancy 
Method
  • Mix the mayo, curry powder, cinnamon, black pepper, chutney and sultanas together. 
  • Altering quantities to your preferred taste mix the combined ingredients with the shredded chicken
  • Serve with baked potatoes, wraps, sandwiches etc
Rindukan langit biru ini..

Monday 2 November 2015

Dia datang.. dan hilang tiba-tiba

Salam Petang Isnin

Hari ini aku memang xde mood... something happen yang benar2 menguji kesabaran dan kekuatan diri.. tak pernah aku jangkakan bahawa aku perlu lalui rasa yang begini... apabila erti persahabatan dan kasih sayang diuji sekali lagi..

Dia menjadi sahabat baik... banyak juga yang kami kongsikan bersama... tahap intelektual yang sama.. pemikiran yang sama.. rasa yang sama.. mengenali dia.. buat aku rasa aku punya sahabat yang sejati.. mengenali dia buat aku rasa.. erti kasih sayang... mengenali dia.. buat aku semakin bersemangat untuk menyelesaikan segala macam cabaran dan dugaan hidup..

Namun sejak beberapa hari ini.. aku dapati beberapa perubahan berlaku pada dirinya.. dan lebih ketara pada diri aku... beberapa whatsapp aku tidak dibalas... malah kini aku sudah di'block'.. sms tidak berbalas... malah call aku pun.. aku kira sudah di'reject call' sama.. persoalannya??? APA SALAH AKU??? itu yang aku tak faham.. kami tak bergaduh.. kami tidak berselisih faham.. kami tidak marah-marah.. cuma jumaat yang lepas dia beritahu aku.. dia stress sangat dengan kerja... oklah aku faham walaupun macam sedikit merajuk kerana ada beberapa whatsapp  aku yang tidak dibalasnya...

Puas sudah rasanya aku hantar sms.. whatapp.. mesej... namun yang aku terima hanya kebisuan... aku tak tahu nak fikir apa lagi... kenapa tiba-tiba jadi begini.. puas sudah aku cari kesilapan yang mungkin aku lakukan.. atau mungkin kesalahan aku... namun aku temui jalan buntu sebenarnya.. aku tak tahu salah aku??? None.. tiada... aku blank..

Terlalu sukar sebenarnya untuk aku terima hakikat ini.. apatah lagi bila seseorang menghilang begitu sahaja.. dan lebih malang aku di 'block' tanpa mengetahui apa salah aku.. apa silap aku... kenapa?? kenapa?? kenapa??? hingga kini aku tidak tahu jawapannya...

Dulu aku pernah lalu peristiwa begini.. makan tahun dan bulan juga untuk aku pujuk balik hati aku untuk percaya dengan sebuah persahabatan.. pahit untuk ditelan... tidak menjadi ubat pun.. tapi cukup juga untuk menjadikan hati aku sekeras-kerasnya...

Aku pelik sebenarnya.. apa yang terjadi sebenarnya?? Apa yang ada difikirannya??? lebih lagi aku ingin tahu.. apa silap aku?? apa salah aku???

Seorang lagi sahabat menasihatkan aku... "you tidak ada salah... namun mungkin dia perlukan masa untuk selesaikan masalah dia... mungkin nanti dia akan cari you semula... sabarlah you.."

Kata-kata itu aku telan dengan sepahit rasa.. aku harap sangat ada kebenaran pada kata-kata sahabat aku itu... andai kata dia benar-benar dalam masalah hingga menyebabkan perlu menjauhi aku.. maka sahaja aku redha menunggu masa itu... Andai.. dia menghadapi cabaran dan dugaan... sentiasa sahaja aku doakan semoga Allah permudahkan urusannya.. selesaikan semua itu dengan jalan sebaiknya... Aku tidak pernah punya dendam dan amarah pada dia.. sebab dia antara yang aku sayangi... mana mungkin kita membenci dan dendam pada orang yang kita sayang...

Semakin meningkat usia.. rupanya emosi dan fikiran semakin teruji... aku rasa penat sebenarnya... kadang kala aku jadi serba salah... Aku hanya mahu yang terbaik dalam hidup.. dan dalam membina persahabatan.. baik yang lama atau baru.. sering sangat diuji dengan kesetiaan.. dengan sikap.. dengan kehendak.. dengan rasa...

p/s Ya Allah... Semoga aku temui jawapan pada kekusutan dan persoalan ini... aku hanya mahu tahu apa sebenarnya yang terjadi.. tunjukkan aku kebenarannya.. tunjukkan aku jawapannya...


More than words- Westlife

Penyanyi Asal lagu ini.. 
More than words- Extreme
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...