Hari ini aku memang xde mood... something happen yang benar2 menguji kesabaran dan kekuatan diri.. tak pernah aku jangkakan bahawa aku perlu lalui rasa yang begini... apabila erti persahabatan dan kasih sayang diuji sekali lagi..
Dia menjadi sahabat baik... banyak juga yang kami kongsikan bersama... tahap intelektual yang sama.. pemikiran yang sama.. rasa yang sama.. mengenali dia.. buat aku rasa aku punya sahabat yang sejati.. mengenali dia buat aku rasa.. erti kasih sayang... mengenali dia.. buat aku semakin bersemangat untuk menyelesaikan segala macam cabaran dan dugaan hidup..
Namun sejak beberapa hari ini.. aku dapati beberapa perubahan berlaku pada dirinya.. dan lebih ketara pada diri aku... beberapa whatsapp aku tidak dibalas... malah kini aku sudah di'block'.. sms tidak berbalas... malah call aku pun.. aku kira sudah di'reject call' sama.. persoalannya??? APA SALAH AKU??? itu yang aku tak faham.. kami tak bergaduh.. kami tidak berselisih faham.. kami tidak marah-marah.. cuma jumaat yang lepas dia beritahu aku.. dia stress sangat dengan kerja... oklah aku faham walaupun macam sedikit merajuk kerana ada beberapa whatsapp aku yang tidak dibalasnya...
Puas sudah rasanya aku hantar sms.. whatapp.. mesej... namun yang aku terima hanya kebisuan... aku tak tahu nak fikir apa lagi... kenapa tiba-tiba jadi begini.. puas sudah aku cari kesilapan yang mungkin aku lakukan.. atau mungkin kesalahan aku... namun aku temui jalan buntu sebenarnya.. aku tak tahu salah aku??? None.. tiada... aku blank..
Terlalu sukar sebenarnya untuk aku terima hakikat ini.. apatah lagi bila seseorang menghilang begitu sahaja.. dan lebih malang aku di 'block' tanpa mengetahui apa salah aku.. apa silap aku... kenapa?? kenapa?? kenapa??? hingga kini aku tidak tahu jawapannya...
Dulu aku pernah lalu peristiwa begini.. makan tahun dan bulan juga untuk aku pujuk balik hati aku untuk percaya dengan sebuah persahabatan.. pahit untuk ditelan... tidak menjadi ubat pun.. tapi cukup juga untuk menjadikan hati aku sekeras-kerasnya...
Aku pelik sebenarnya.. apa yang terjadi sebenarnya?? Apa yang ada difikirannya??? lebih lagi aku ingin tahu.. apa silap aku?? apa salah aku???
Seorang lagi sahabat menasihatkan aku... "you tidak ada salah... namun mungkin dia perlukan masa untuk selesaikan masalah dia... mungkin nanti dia akan cari you semula... sabarlah you.."
Kata-kata itu aku telan dengan sepahit rasa.. aku harap sangat ada kebenaran pada kata-kata sahabat aku itu... andai kata dia benar-benar dalam masalah hingga menyebabkan perlu menjauhi aku.. maka sahaja aku redha menunggu masa itu... Andai.. dia menghadapi cabaran dan dugaan... sentiasa sahaja aku doakan semoga Allah permudahkan urusannya.. selesaikan semua itu dengan jalan sebaiknya... Aku tidak pernah punya dendam dan amarah pada dia.. sebab dia antara yang aku sayangi... mana mungkin kita membenci dan dendam pada orang yang kita sayang...
Semakin meningkat usia.. rupanya emosi dan fikiran semakin teruji... aku rasa penat sebenarnya... kadang kala aku jadi serba salah... Aku hanya mahu yang terbaik dalam hidup.. dan dalam membina persahabatan.. baik yang lama atau baru.. sering sangat diuji dengan kesetiaan.. dengan sikap.. dengan kehendak.. dengan rasa...
p/s Ya Allah... Semoga aku temui jawapan pada kekusutan dan persoalan ini... aku hanya mahu tahu apa sebenarnya yang terjadi.. tunjukkan aku kebenarannya.. tunjukkan aku jawapannya...
More than words- Westlife
Penyanyi Asal lagu ini..
More than words- Extreme
More than words- Extreme
No comments:
Post a Comment