Friday 31 December 2010

Hari terakhir untuk 2010

Finally 2011 around the corner.. rasa macam baru jek sambut new year 2010 awal tahun ari tuh.. now dah masuk 2011.. kejap sungguh masa berlalu kan...

Bulan Jan nie official aku dah bertahun kat sini.. arghhh pagi semalam tetiba rasa rindu nak tinggalkan tempat ini.. yang mana aku tahu masa ye tak lama pun.. tapi keje2 aku masih belum settle.. kena siapkan juga secepat mungkin.. lepas nie aku dah takde masa nak lepak2.. kena keje kuat.. masa dah banyak terbuang camtu jek..

Great year 2010?? Well.. banyak juga episod terjadi.. aku melihat sahabat2 baik aku balik ke tanahair untuk bertugas.. tahun 2011 pulak InsyAllah aku pulak akan balik.. tak tahu bila.. but hopefully soon..  saat jejak kaki ke tanahair.. aku tahu aku sudah tak punya masa untuk berehat2 cam kat sini lagik.. keje dah melambak menanti.. semua nak kena capai.. target itu ini untuk kerjaya masa depan.. kesibukan pun mula melanda.. kelas2 pun mula perlu dihadiri.. bukan sebagai student dah.. tapi sesi membebel bermula lak... Apa pun teaching always be my greatest passion.. whatever it takes.. and whatever the subject..

Hari aku rasa badan aku kurang minum air.. sebenarnya sejak malam tadi lagik sebelum tidur tekak aku dah mula kering sangat tapi dah mengantuk sangat lupa pulak nak ke dapur minum air.. akibatnya aku rasa semacam jek ari nie.. kenalah teguk 2 3 cawan air kosong untuk balance air dalam badan.. walaupun sejuk tapi air tetap kena minum juga.. walaupun dah bercawan2 meneguk air milo.. tapi aku kena juga minum air sejuk.. umah nie kalau takde kopi atau teh pun takpe sebab aku jek yang minum.. tapi kalau takde air sejuk.. memang kena sound ngan pakwe aku.. dia kurang sangat minum air2 manis.. wajib ada air kosong.. dah terbiasa sejak awal kawin lagik.. Bila travelling lagik lah.. mmg kena standby air kosong dalam kereta.. Setiap pagi.. sebelum panaskan air.. baki air panas yang telah sejuk perlu dimasukkan ke dalam jug dulu.. then baru leh proceed masak air.. itulah rutin aku setiap pagi..

Sambutan tahun baru kat mesia waktu ini mesti meriahkan.. now jam mesia dah nak 11.20malam.. kat sini masih petang lagik.. tak lama nak masuk maghrib bila dekat pkl 4ptg karang.. aku cam tahun2 lepas.. takde ye nak sambut new year kat luar.. malas sebenarnya.. better duk umah jek.. layan tv atau tgk movie.. tak tahulah kalau lewat2 malam ada kwn2 nak ajak melepak kat umah pulak... never knows...

Ada seekor ayam turki besar giler kat dapur tuh.. kwn aku duk htr tghri tadi.. besar ya amat.. aku pun xtau berapa kilo ayam tuh.. kena timbang nie sat lagik.. sebab nak tahu timing karang bila nak masuk oven esok.. dan aku pun tak sure leh masuk ke idak ayam tuh dalam oven aku.. pesal ler besar sangat yang kawan aku tuh beli.. terkejut aku tengok.. hahahaha... jenuh nak menyumbat stuffing nie esok.. kedai tutup lak tuh esok kan.. emmm camna lak lupa.. takpelah ahad sure kedai dah buka pun..

Tetiba aku rindu sangat nak balik kampung... huhuhu syahdu pulak malam tahun baru nie..

Thursday 30 December 2010

Cuti yang penat

Dah 4 hari bercuti.. kalau campur sabtu ahad dah 6 hari.. masih ada baki lagik hingga rabu depan baru mula bekerja semula dan ke uni untuk urusan study.. Penat sebab 4 hari nie.. duk ke bandar membeli belah.. temankan orang sebenarnya.. dan sedikit sebanyak terpengaruh juga membeli bila dah tengok benda yang murah hehehe... so today stop bershopping.. sambung semula lepas new year untuk new year sales.. aku tinggal nak belikan hadiah utk wife SV aku jek.. so far masih takde idea apa nak bagi.. ingat bg skaf jek cam tahun lepas.. maybe.. tengoklah masih belum nak decide lagik nie..

Dah berapa hari nie duk memasak pagi tghri petang.. bila dah spend masa seharian berada di rumah.. maka aktiviti takde lain.. masak.. makan.. rindu pula nak ke uni dan bekerja sebab setidak2nya aku ada masa nak bersosial dan settlekan keje aku.. bila duk melepak kat umah.. semua jadik malas.. tapi yelah nikmatilah selagi ada masa cuti begini.. tapi pada aku.. I really miss the hectic life. tau2 jek dah petang.. tau2 jek masa aku terisi dengan benda2 yang perlu diselesaikan.. nie nak buka buku pun cam malas jek.. tutup terus hahaha.. takleh nie tengah berazam nak juga buat sikit2 nie walaupun cuti panjang

Pagi tadi masa duk kemas umah.. terfikir dah lama tak pergi bercuti.. last masa balik mesia dan masa mak datang bln 6 lepas... sejak itu aku tak kemana2 sangat.. maybe kot weekend nie ingat nak ajak pakwe dating tengok wayang.. ada 2 cite yang dah plan tak tengok2 lagik.. 2 dvd yang dah sampai pun sampai sekarang belum tengok lagik gak.. entahlah rasa cam boring jek nak tengok sendiri.. aku memang suka collect dvd.. hanya untuk cerita2 yang aku rasas worth collecting... aka.. cite yang aku minat jek.. kebanyakan aku beli mesti ada 2 dvd means.. 1 lg dvd tuh pasal the making of the movie.. sebab aku study dia ye graphic effect.. or the simulation.. boleh jadik bahan untuk pengajaran aku esok2..

Pagi tadi masa bangun tidur aku tetiba2 rindu nak balik tanahair.. dah rasa penat duduk sini.. rasa dah nak dekat sangat nak balik.. tapi study masih belum settle lagik.. InsyAllah.. kena tanamkan keyakinan kan.. Doa sentiasa semoga aku cepat habis.. dah tak larat.. fikir mcm2 perkara sekarang nie.. InsyAllah.. tak lama lagik nie pun..

Really miss family and friends.. wish I'm home.. but I know.. once I'm back.. I'll miss here even more

Sunday 26 December 2010

Cuti X'mas dan ayam panggang

Hari ini cuti x'mas. Tak kemana punn.. lagipun semua kedai tutup hari nie. dan perkhidmatan bas pun xtakde.. esok bermulalah hari nak berboxing day. Plan keluar ke city centre.. survey apa2 yang nak dibeli.. kalau ada yang murah ler..

Hari ini projek duk umah je.. lagipun sejak semalam pakwe bising minta buatkan ayam panggang tuh.. Sejak tengahari duk menyediakan bahan.. hampir 3 jam baru siap.. yelah banyak benda nak kena buat.. itu ini semua akhirnya settle.. penat menyediakan dibalas dengan makan sampai 2 pinggan hehehe...

Semalam lepas kerja ada X'mas party.. seronok juga join diorg sebab tahun lepas diorg takde.. sorang kawan aku pakai baju sekdi giler.. tapi dia mmg cantiklah.. seronok tengok dia bergaya.. hehehe... adalah ambik gambar tuh buat kenangan.. tahun nie aku dapat 7 kad x'mas.. rasanya lebih kurang jek cam tahun lepas.. semuanya dah aku balas.. cuma untuk SV jek belum bagi lagik.. rasanya kena bagi kad untuk new year lak

Kad X'mas yang aku dapat..
Kalah kad raya aidilfitri yang aku dapat tahun nie


Cuti kerja 10 hari sampai lepas new year.. Masa nie memang bestlah sebab cuti bergaji.. kena pulak 10 hari cuti kan.. seronok giler.. tapi nanti kejap jek masa berlalu.. sedar2 jek dah nak mula balik keje.. Takpe buat masa nie layan jek dulu cuti yang ada nie.. soal keje itu kita fikir kemudian..


Ayam Panggang yang aku buat..
Dah tinggal sebelah waktu entri nie aku taip
;)

Thursday 23 December 2010

Dari satu kedai ke satu kedai aku pergi semata2 nak cari kad x'mas

Penat!!! itu jek yang aku boleh cakap... sebenarnya sejak semalam lagik aku duk mencari baki kad x'mas tahun lepas.. seingat aku ada lagik dalam 1 kotak.. tapi puas aku selongkar di meja study aku dalam bilik sebelah.. atas meja.. bawah meja aku cari... takde... pelik sungguh.. 2 kali aku rotate pencarian aku.. sah memang takde.. aku suspek cam aku dah bakul sampahkan sahaja kad itu.. sayang sungguh.. nak tak nak lepas keje pagi tadi aku kena p beli kad..

Hari ini aku nekad p juga cari kad x'mas.. kalau aku tunggu lepas x'mas aku takut kad tuh dah takde.. atau dah tak best design yang ada.. so apa lagik aku memulakan langkah aku ke kedai kad fav aku.. pergila jalan kaki dalam sejuk2 beku tuh.. sampai2.. design yang tinggal semua tak best.. harga pun boleh tahan mahal gak.. pelik tahun lepas banyak jek design yang best2.. ada yang murah tapi kecik sangat pulak kad ye.. alah2 cam kad letak kat hadiah hari jadik tuh jek.. itu pun kalau convert dekat nak rm10.. emmm.. teringat kawan aku cakap kat satu kedai nie.. leh dapat 20kad dengan hanya rm5.. (makluman harga brgn kat sini bukan dalam ringgit mesia ok.. aku dah convert siap2).. beli jugalah.. tapi design tak best.. aku duk fikir takkan nak bagi SV aku kad camtu.. naklah kad yang besar sikit dan cantik.. aku patah balik p pula kedai kad fav aku tuh.. tapi cawangan lain.. kat situ ada banyak design yang cantik2.. tapi aku masih tak berkenan sebab kad saiz biasa yang aku nak takde.. semua kecil2 jek.. nak2 pulak design yang sama jek cam aku beli tahun lepas..

Naik ke tingkat atas .. aku nampak 1 lagi kedai kad.. kedai nie memang aku tak pernah masuk.. tergerak hati nak masuk.. dan walla... aku jumpa kad yang cantik.. ada 10 keping lagik.. best22.. cukup puas hati.. harga pun RM5 jek.. tapi design mmg best.. kenapalah aku tak jumpa kedai nie awal2.. sampai aku kena p balik 2 3 kali jek tadi.. sambil2 tuh aku survey gak hadiah nak bg SV aku.. p bahagian pen.. banyak pen2 yg cantik.. harga pun ok.. tapi sebab thn lepas dah bagi kat SV aku.. takkan nak bg lagik benda yang sama.. aku buntu betul nak belikan hadiah utk dia tahun nie.. utk wife dia pun xdecide lagik.. aku rasa memang aku akan beli masa boxing day ler.. sebab masa tuh murah dan hopefully banyak pilihan.. bila kena paksa beli juga masa skrg nie aku blank sungguh nak cari hadiah.. lagik pun taknak beli yg mahal2.. sebab sure nnti SV aku rasa janggal.. beli yang agak2 oklah.. budget aku.. tak lebih rm100 ler.. utk diorg berdua..

Penat sebenarnya shopping nie.. nak pulak kalau kita ada benda nak beli.. kalau setakat santai nak jalan2 shopping tuh ok je sebab kita leh berhenti kat mana-mana kedai kalau dah tak nak teruskan shopping tapi kalau memang dah ada target nak beli something selagi tak jumpa.. selagi tuhlah kaki teruskan melangkah.. kepala pulak asyik fikir benda apa nak beli.. mata lak tengok itu ini.. yang berkenan.. tengok harga pulak.. emm penat ler.. aku tadik duk berulang alik semata2 nak beli kad jek pun dah rasa letih..

Esok dan lusa 2 hari lagi sebelum cuti x'mas.. ingat petang jumaat tuh., masa x'mas eve nak jalan2 last shopping kat bandar.. tahun lepas pergi best sebab masa nie org semua duk keluar beli belah saat akhir,, pastu nak beratur gile panjang pulak.. hahahah.. takpe layan jelah semangat nak cuti diorg dan tumpang shopping sekali..

Tengah fikir nak shopping apa tahun nie.. ingat mau sambar 1 handbag.. layan jelah kalau ada yg berkenan

Tuesday 21 December 2010

Cinta tak boleh dipaksa..

Cinta tak boleh dipaksa..

Dah lama tak dengar ungkapan ini.. Aku teringat kata-kata ini.. bila berbual dengan seorang kawan tentang soal rasa hatinya.. tentang cinta yang dia rasa.. aku lantas lafazkan kata-kata ini pada dia.. Kadangkala tidak semua yang kita rasa itu.. turut dirasai oleh orang lain.. kadang kita rasa dah cukup selesa berkawan dengan orang itu.. dah agak mesra.. calling-calling selalu.. jumpa.. minum-minum.. sembang-sembang.. lalu kita suka pada dia.. rasa serasi pada dia.. tapi pada pihak dia.. dia rasa biasa-biasa sahaja.. walaupun hakikatnya.. orang itu layan cukup baik.. mesra.. gelak ketawa.. tapi hati dan perasaan dia.. hanya dia sahaja yang tahu..

Ini lah yang terjadi pada kawan aku... dan juga pernah juga terjadi pada aku dulu.. (kisah-kisah lama dulu).. sebab itu sedikit sebanyak aku dapat selami juga hati kawan aku tuh.. kadang dah jumpa yang suka.. tapi dia pulak tak suka.. kadang orang tuh dah suka.. kita pulak rasa biasa-biasa aje.. separa suka.. yelah belum jumpa yang serasi.. belum jumpa yang benar-benar sesuai untuk kita..

Bercakap soal cinta ini.. pengalaman aku pun lebih kurang juga.. hahaha.. perasan kejap nie.. sila sengeh ok.. dari kes abang angkat.. ke adik angkat.. ke kawan-kawan biasa.. pernah ada yang lafazkan kata suka aku.. seronok dengan aku.. tapi.. pada aku.. semua itu biasa-biasa sahaja.. sebab aku jenis agak sukar nak sayang orang.. kalau dah sayang pulak.. aku jenis susah nak control.. sebab itu dari dulu.. aku lebih suka.. sayang biasa-biasa aje.. kecualilah kalau dah tekad nak bersama hingga ke akhir hayat.. kasih sayang itu akan aku pertahankan juga selagi termampu.. takde ye hingga ke titisan darah terakhir okk.. hehehe

Sebab itu aku lebih suka layan kekawan aku biasa-biasa aje.. sebab aku nie jenis susah nak sayang.. kalau dah sayang aku emosional hahaha.. tapi syukur.. aku rasa emosi aku stabil lepas 5 tahun berkawan atau bersama.. sebelum tuh.. hahaha.. gegak gempita rasanya melayan mood dan emosi aku.. but now aku dah cool... amat cool.. sebab mungkin masing-masing dah faham kepala masing2.. hati masing2.. perangai masing2.. so rasa2 terasa nie.. dah takde sangat.. dah boleh cool..

Berbalik soal cinta ini.. yelah.. tak mudah nak mencari cinta.. apatah lagi bila kita teringin punya pasangan hidup.. teringin ada orang di sisi yang nak sayang kita.. kalau boleh dibeli.. dah lama aku rasa orang beli.. sebab itu kadang-kadang ada orang sanggup kawin dengan gadis2 dari negara yang lain.. sebabnya.. golongan itu boleh dinikahi dengan mudah.. bayar sahaja kosnya.. esok lusa dah boleh jadi isteri.. begitu juga dengan kes berkahwin dengan suami orang.. ini pernah kecoh suatu ketika dulu.. katanya bukan untuk merosakkan rumah tangga tapi untuk berkongsi sahaja... jadi isteri kedua.. takkan tuntut harta atau duit.. hanya mahu kongsi rasa cinta.. sebab sudah ada pekerjaan yang stabil dan duit yang banyak dari karier sendiri.. welll.. kedengaran isu ini cam best.. aku lupa istilah untuk nikah jenis ini.. ada disebut dulu.. selalunya yang lebih mahukan kehidupan begini adalah jenis2 wanita yang berkarier tinggi.. mereka sanggup menjadi isteri kedua.. tapi hanya sekadar mahu berkongsi rasa cinta sebagai isteri.. bukan mahu ambil harta atau wang sang suami..

Komen aku.. senang jek.. kalau isteri pertama tuh dah bagi lampu hijau.. why not... jika dia tak kisah siapa kita nak kata tak boleh sebab lelaki muslim memang boleh kawin sampai 4.. tapiiiiiiiiiiiiii... taklah semudah begitu kan.. soal kawin ini bukan cam kita pakai baju.. ini soal tanggungjawab.. ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan.. pembahagian masa.. tanggungjawab.. hidup dan macam-macam lagik.. kalau isteri pertama kata dia sanggup berkongsi.. pada aku tak salah.. nak pulak jika isteri kedua itu berduit lebih setidak2nya kehidupan yang baik boleh dikongsi bersama..

Tapi.. kalau lelaki itu memang tak mampu.. usahlah mimpi untuk berkahwin lebih dari satu.. itu hakikat kan.. soalnya kemampuan.. kalau kahwin hanya sebab dek nafsu dan kehendak semata.. dan abaikan soal2 tanggungjawab dan kemampuan hidup.. emm susahlah.. ada insan yang teraniaya nanti.. dari senang lenang dengan hanya 1.. kenapa pula mahu cari pasal dengan tambah 2 3 4..

Soal ini aku tak nak ulas panjang.. sebab pada aku.. aku tak kisah sebenarnya.. kalau mampu.. dapat persetujuan.. go ahead.. tapi kalau kemampuan tak sepadan dengan kehendak.. lupakan sahaja.. bina sahaja bahtera hidup dengan yang satu itu.. lebih mudah dan senang nak jaga.. dari tambah pening dan sakit kepala..

Ya cinta tak boleh dipaksa... tapi cinta boleh dibahagi sama rata.. cinta pada diri sendiri.. cinta pada keluarga.. cinta pada kekasih.. cinta pada kawan baik.. cinta pada kekasih.. cuma bagaimana kita bahagikan rasa cinta itu sahaja yang berbeza caranya... Setiap kita perlu membahagikan cinta kita pada semua yang aku sebutkan tadi.. walaupun kita ada kekasih hati yang cukup kita cintai.. pada masa yang sama juga kita perlukan juga cinta seorang sahabat baik untuk menasihati kita dan menjadi tempat kita meluahkan rasa.. kita juga perlukan cinta pada keluarga sebagai kekuatan diri dan sokongan peribadi.. kita juga perlukan cinta pada diri sendiri supaya kita mampu bertindak dan terus berjuang untuk kehidupan dan kehendak sendiri..  kita juga perlukan cinta pada anak-anak sebagai penerus generasi dan ilmu yang kita miliki.. kita juga perlu cinta pada Allah s.w.t kerana dia yang menentukan segala-galanya.. dan hanya dia sahaja tempat paling afdal untuk kita meminta dan mengharap...

Oleh itu cinta itu tidak hanya ada satu rasa.. cinta itu multiple.. perlu kita bahagi2kan juga.. cuma hakikatnya.. cinta itu sememangnya tidak boleh dipaksa.. tidak semua orang boleh kita cinta sebagai sahabat baik.. tidak semua orang kita boleh anggap sebagai keluarga kita melainkan yang lahir dari darah dan keturunan yang sama.. cinta juga perlu kita pilih.. yang baik.. yang buruk.. yang istimewa.. yang biasa-biasa..

Apa juga jangan sekali-kala putus asa dengan rasa cinta.. InsyAllah.. sentiasalah berdoa semoga dikurniakan rasa cinta yang bahagia.. kadangkala tidak semestinya cinta itu istimewa.. cukuplah cinta itu mampu membuatkan kita tenang dan gembira...

Cinta itu tak boleh dipaksa.. tapi andai sudah jatuh cinta.. tidak ada sesiapa pun boleh paksa untuk kita lupakan cinta..

Monday 20 December 2010

Bila bersemangat nak shopping.. kedai tak buka lagik..

Hari ini aku kena cover keje kawan aku kat department H&R.. sebenarnya dah 3 minggu aku duk cover keje dia setiap isnin.. sebab dia ambik cuti.. so hari ini kelam kabut sikit gak.. 2 department nak kena cover.. tapi sempat jugalah sebab bersih lebih kurang dan clear kan tong sampah kat setiap meja.. then aku terus blah untuk buat toilet lak.. cam biasalah cuci tandas hari-hari gak..

Sampai kat tempat keje.. salji penuh lagik.. cuma bagusnya diorg dah mula tolak salji di setiap kaki lima.. takdelah rasa nak tergelincir cam hari tuh.. cuma tadi masa keluar lepas keje.. salji mula turun sedikit demi sedikit.. taklah lebat cam semalam.. pulak tuh suhu hari ini -9.. uhhh sejuk balik.. Pagi tadi bangun tidur pkl 5 pun.. aku mengigil nak ke bilik air.. walaupun masa tuh heater dah on dalam 15min.. kali nie memang terasa betul sejuknya.. dah pasang heater kaki masih kebas sejuk lagik.. buat masa ini.. setiap hari kena pakai stokin bila duk umah.. sampai nak tidur pun aku masih berstokin.. dah rasa panas tuh baru duk cabut stokin dan sambung tidur..

Semalam keluar kekonon nak beli hairdryer.. tapi 2 3 kedai yang aku pergi takde yang elok dan pilihan pun terhad.. tadi turun bas kononnya nak singgahlah kedai 1 nie.. sampai2 jek depan kedai tuh.. tutup pulak.. alahai... ada jugalah 2 3 orang yang aku tengok duk menunggu depan kedai tuh.. aku malas pulak nak tunggu sebab sejuk lahhhh... alahai.. nampaknya kena pergi esok lah.. kalau hari ini rasa aku malas nak menapak naik bukit ke sana.. emmm... nampaknya kalau nak keringkan rambut kenalah guna heater blower tuh huhuhuhu tensen ye.. time2 sejuk nielah hairdryer nak wat hal pulak... pakai setahun jek dah ranap ke?? walhal jenama revlon tuh.. huhuhu beli pun masa boxing day tahun lepas..

Aku masih belum beli hadiah untuk SV aku.. sebenarnya mood nak bershopping takde nie.. entahlah tak tahulah kenapa cam malas jek nak shopping.. adalah 2 3 wishlist aku.. tapi takdelah rasa penting sangat nak beli.. semalam masa temankan kwn2 aku.. diorg semua sakan shopping beg dan kasut.. aku?? emmm rasanya nak tggu masa boxing day lah nak beli pun.. silap2 nnti hadiah SV aku.. aku beli masa boxing day hahahaa.. murah sikit.. sebab confirm dia buka hadiah tuh lepas cuti x'mas pun..

Projek ayam turki panggang diteruskan... setelah ramai duk tanya bila nak buat.. ada kawan nak sponsor ayam turki tuh.. dan aku kena paksa rela memanggang ayam itu hahahaha... kena p cari buku resepi nie.. sebab nak masak ayam besar tuh.. kena tahu berat ayam dan masa bape lama nak masak.. kalau tak karang ayam tuh tak masak.. pastu nak buat stuffing dia pulak.. nak kena survey 2 3 resepi.. kali nie bercirikan western.. nak buat pasta.. mcm2 lagik lah.. desert dah ada yg volunteer.. ok.. cuma final menu belum decide lagik..

Nie pun boring duk uni nie.. member aku sorang p main ski kat kawasan pergunungan kat sini.. ingatkan dia tak jadi pergi sebab snow semalam.. tapi tgk gaya dia tak datang nie memang sahlah dia p.. sorang lagik.. dah seminggu lebih xdtg aku suspek dia balik kg nie.. sorang pulak baru balik dari kampung halaman dia di pakistan..

Tetiba sejuk ler pulak ku rasakan di tepi tingkap nie... yelah suhu -ve kan di luar.. Nak shopping tapi boring ler pulak p sorang2.. huhuhu.. ada yang nak temankan aku??

Buat kali ke 3.. salji turun lagi..

Sejak semalam salji turun lagi buat kali ke 3.. mulanya mereka ramalkan pada hari khamis.. ku tunggu jugalah hingga ke hari jumaat.. akhirnya semalam.. salji turun dari aku bgn tidor hingga menghampiri waktu asar barulah dia berhenti..

Hari ini dalam pukul 2 tadi.. salji turun dengan lebatnya..kebetulan.. ada rakan ajak keluar ke bandar untuk bershopping.. waktu aku pergi ke bustop salji masih turun dengan lebat.. hingga ketika berada di bandar pun.. salji masih turun dalam ribuan orang yang sibuk membeli belah di saat2 akhir..

Sabtu depan dah mula sambutan x'mas. Kad x'mas pun aku tak beli lagik.. hadiah SV pun belum cari lagi.. jumaat hari tuh plan terpaksa cancel.. esok nampaknya aku nak kena pulun belikan semua hadiah dan kad.. ikut hati x'mas tahun nie aku cam malas jek nak beli belah sangat.. tak macam tahun lepas.. memang aku shopping sakan.. lagipun kali ini masa untuk berjimat cermat sikit.. tak boleh main ikut nafsu jek.. lagipun takde benda yang aku nak beli sangat pun.. sikit2 adalah..

Dah nak masuk ke tahun 2011.. masa semakin cepat berlalu kan.. rasa baru jek sampai ke bumi ini.. kini rasa diri dah semakin sebati dengan cuaca kat sini.. walaupun sejuk.. tapi semua kenangan ini takkan dapat dilupakan

Thursday 16 December 2010

Bila kekawan bersemangat nak cuti x'mas.. aku tumpang senyum jelah

Hari ini khamis.. hahaha.. kalau ada yang tak tahu hari nie hari apa.. walaupun kat mesia dah nak masuk jumaat.. Semalam tengok berita semua kata hari ini dijangka akan snow lebat.. aku pun dari pkl 7lebih kat tempat keje.. duk intai langit.. kot-kot nampak kepingan salji tebal melayang-layang.. takde.. ok pukul 8lebih pun aku duk intai lagik di tingkap.. tengok jalan.. bersih jek.. takde pun putih-putih sana sini.. akhirnya pkl 9lebih keluar bangunan.. langsung takde.. tak tahulah ramalan cuaca silap ke?? sebab semalam masa tgk weather forecast.. semua kata kawasan sini akan salji lebat.. emmm Alhamdullilah sampai saat entri nie aku taip.. cuaca clear jek.. panas dan mentari bersinar kemerahan-merahan jek.. tapi siapa tahu kuasa Allah kan.. kot nanti petang atau malam.. Allah turunkan juga salji itu.. siapa yang tahu kan..

Hari ini pintu bilik aku kat uni kena ketuk.. ada sesi discussion terakhir sebelum cuti x'mas nie.. ada makan-makan pizza free... mula malas nak join.. tengok rupanya diorg nak buat kuiz x'mas dan makan-makan santai.. oklah lama tak join discussion nie... pulak tuh ada kawan lak.. 3 org jek gals.. lelain semua guys.. yang lawak.. bila diorg buat kuiz pasal x'mas kami bertiga melopong hahahaha.. yelah 3 tuh semua international student yang sah2 tak sambut x'mas pun.. jawapan pun main hentam kormo dan teka teki.. tapi dari 30 markah kami dapat 8 hahahaha... setidak-tidaknya.. ada gak yang betul hehehehe... tak leh lupa kami duk teka nama assistant Alfred Hitchcock..'John' betul pulak hahahaha... walhal itu teka jek.. pastu.. kena pulak teka lagu2 x'mas no 1.. yg tau jinggle bell dan hallelujah jek.. yg lain main belasah teka jek hahahaha.. yelah dah itu jek lagu yg tau pun.. lagu x'mas lain mana nak tahu.. nak tergelak.. dari 9 gambar muka orang yang diorg suh teka 1 jek betul hahahaha.. aku bantai gelak2... sebab kekawan aku kata.. susah2 kita letak nama kita jelah hahahaha... lawak sungguh.. memang happening lah join group nie.. yang majoriti adalah lelaki.. rasanya perempuan boleh bilang bape kerat jek.. yg paling best pizza vegetarian tuh kami yang bedal paling banyak.. diorg semua belasah makan pizza daging dan ayam.. aku jek makan 4 keping... Alhamdullilah.. rezeki makan tengahari aku.. hehehe..

Tengok muka semua excited nak cuti x'mas.. yelah bukan lama lagik pun kurang dari 2 minggu jek.. Tak kisahlah kita join jek mana-mana.. tadi tengok Youtube pasal x'mas ye sambutan dalam era technology.. antara faham dan tak jelah.. tapi aku senyum jelah.. tumpang happy tgk diorg semua bersemangat nak raya nie.. raya kita dah lama lepas... so masa nie adalah masa untuk diorg lak kan..

Esok jumaat.. hari fav aku.. dan janji dengan kawan sebilik nie nak shopping utk hadiah x'mas.. kenalah sebab nak bg orang penting.. kad pun nak kena beli.. nak bg gak kwn sebilik aku yg mat saleh nie.. dahlah 1st dia celebrate x'mas masa keje kat uni aku.. so.. tgk 4 hari nie dia tak datang.. maybe balik kg kot..

Wednesday 15 December 2010

Sejuk masih bawah takat beku

Alhamdullilah.. cuaca belum salji tebal.. khabarnya minggu nie bakal turun salji lebat lagik.. lebih teruk dari isnin yang lepas.. suhu hari nie masih -ve lagik.. nie duk menaip nie tangan aku dah beku.. kaki aku sejuk sama walaupun dah pakai stokin wool.. takkan aku nak taip pakai sarung tangan lak hahaha.. belasah jelah kan.. (lari p bilik ambik heater angin.. cam kipas angin tuh tapi yg kluar angin panas... tak tahan sejuk dah nie.. karang demam aku gak yg susah).. Sejak musim sejuk nie.. badan pun dah mula sakit2..angin sejuklah.. terutama belakang badan.. leher dan bahu.. semalam aku sakit kepala.. leher urat tegang2 jek.. urut pun tak jalan gak.. 2 hari seblum tuh belakang badan aku sakit giler.. urut gak. xlut.. last2 aku tido letak bantal kat belakang bdn baru rasa lega sikit.. but masih ada lagik gak kesan2 ye.. bila sejuk semacam jek.. mulalah..

Bila musim sejuk teruk camnie.. Kebanyakan kedai-kedai online.. sudah tak terima home delivery untuk sekitar wilayah tempat aku tinggal.. sebabnya diorg takut tak sempat nak hantar sebelum x'mas..  daripada kecewakan pengguna.. lebih baik diorg cancel home delivery tuh.. kalau nak shopping utk x'mas nie terpaksalah melangkah ke kedai.. kalau tak lebat salji.. oklah.. so far buat sementara waktu nie bolehlah kalau nak bershopping..

Minggu nie aku kena p shopping gak.. sabtu nie betday kawan sebilik aku kat uni.. tiap tahun memang tak pernah miss beli hadiah betday dia.. dan setiap kali betday aku pun dia xpenah miss belikan aku hadiah.. teringat aku ada beli purse cantik tahun lepas.. masih elok dalam plastik.. aku rasa aku bagi yang itu jek.. sebab malas pulak nak pergi beli.. dan sebenarnya dah tak tahu nak belikan apa.. lepas tuh aku nak kena belikan hadiah utk supeervisor aku dan isteri dia sekali.. tiap tahun mmg tak pernah miss bagi.. cuma tahun nie aku tak tahu hadiah apa nak bg dia.. dah bg tie.. dah bagi pen.. tahun nie aku buntu sat.. ingat nak belikan something yang boleh dia letak atas meja jek kot.. maybe mug.. atau perhiasan.. cam jam.. atau apa2.. budget limited gak lah.. bukan ada budget tinggi.. nak belikan utk wife dia pulak.. tahun lepas bagi dia skaf.. tahun nie?? xtau ler apa nak bg dah.. tengah fikir2 gak nie.. Agenda shopping nie maybe aku buat hari jumaat nie kot.. utk kawan aku tuh.. aku rasa aku confirm bg dia beg pegang yang aku beli tuh.. lagik pun masih elok dalam plastik tak dibuka pun.. tahun lepas bg perfume.. so.. rasanya ok dah tuh..

Bulan 12 nie adalah bulan pengsan beli hadiah hahahaha.. hadiah x'mas.. hadiah betday.. yg wajib bg ada 3 org.. 2 kat mesia sorg kat sini.. tapi yg kat sini tuh confirm bg ler.. yg kat mesia tuh rasa nak postpone jek thn depan bg sekali jek hahaha.. tgklah camna.. hahahaha.. xleh komen lebih2 nanti dia tahu hahaha..

Pagi tadi sembang dengan member sorang tuh.. kes kwn A dan B.. so far tgk dah settle sebab dia dah add semula dalam FB kawan B lepas aku sound dalam FB semalam.. sebenarnya aku geram sangat ngan si A.. sebab amatlah sombong dan bongkaknya dalam nak mengaku kesalahan sendiri... xpelah masa nielah nak tgk perangai orang kan.. masa baik kdg2 xnampak.. bila dah tak baik.. masa nielah semua tembelang keluar.. aku?? lantak ler.. aku malas nak fikir dan malas nak layan..

Dengarnya esok bakal turun salji lebat.. tak tahu camna.. tengok keadaan esok.. kalau betul.. lepas balik keje.. kenalah balik umah... kalau tak krg tersangkut kat uni.. kena jalan kaki balik pulak


Ye kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan..
Sila melangkah dengan berhati-hati ye..

Tuesday 14 December 2010

Bila aku jatuh 2 kali di tempat yang sama.. Malu tapi masih tersenyum

Hari ini.. kali kedua aku jatuh tergelincir.. yang best ye.. tempat aku jatuh adalah tempat yang sama.. aduhai.. nasib taklah sakit sangat.. sebelum aku jatuh tadi.. aku nampak ada sorang mamat tuh jatuh juga di tempat yang sama.. taklama aku lalu aku lak yang jatuh hehehee..

Rupanya bukan aku sorang jek yang jatuh kat situ.. ada sorang adik tuh pun pernah jatuh di tempat yang sama 2 kali.. nampak gayanya selepas nie.. kena elak lah jalan kat situ.. harus juga aku lalu ikut jalan raya.. Alhamdullilah taklah sakit sangat.. malu?? dah sememangnya.. tapi masih tersenyum lagik..

Kadang aku pelik lah dengan management uni nie.. dah tahu kaki lima tuh licin bersalji kenapalah diorg tak kikis jalan tuh atau tabur garam lebih sikit.. aku rasa dah ramai tergolek kat situ.. kesian lah org2 yg jatuh tuh.. termasuk aku hahahaa.. tapi sejak minggu lepas lagik aku tgk.. time salji lebat tuh.. kaki lima tuh langsung takde berusik.. kikis ke.. tolak ke apa takde... dan aku pasti juga dah ramai yang jatuh.. emmm esok kenalah jalan berhati2 nie..

Hari nie mood sedih.. amat sedih sebenarnya.. aku rasa tahun 2010 nie tahun aku diuji dengan kerenah kawan2 baik.. emmm.. tak tahu nak cakap dah camna.. redha dan tabah jelah wahai hati.. bila saat begini.. teringat kata-kata pakwe aku dulu "Kadang2 Allah gerakkan hati seseorang itu untuk melakukan sesuatu tuh ada sebab.. kadang2 untuk menguji orang di sekelilingnya terutama kawan dan keluarga.. kita kena ingat dan terimalah.. benda tuh adalah dugaan dan cabaran untuk kita". Betul lah kan.. kadang2 bila kita terkena sesuatu musibah.. atau insiden yang kurang baik.. kita sering tanya kenapa orang tuh buat camtu dengan kita.. tapi kadang2 kita lupa.. yang terjadi itulah adalah cabaran dan dugaan bagi kita yang menghadapinya.. setidak-tidaknya.. di situ kita belajar tentang sesuatu.. belajar mengenali dan belajar menginsafi.. Selama ini yang kita nampak yang baik-baik dan yang elok-elok jek.. bila kita dilanda dugaan begitu.. barulah kita tahu siapa yang benar2 ikhlas dan siapa yang betul2 nak tolong dan hargai kita..

Aku jadi malas nak cerita sebab apa aku sedih.. tapi biarlah hati aku sejuk dan redha.. aku cuba untuk tidak terasa hati.. dan cuba juga untuk memaafkan.. cuba juga untuk tak ambil kisah dan peduli.. tapi yelah nama pun hati kan.. tetap terasa kesannya.. cuma aku harap.. aku mampu lupakan dan tak fikir2 lagik pasal benda nie.. lebih baik aku fokus dan hargai pada mereka yang benar2 nak kawan dengan aku.. dan paling utama ikhlas nak kawan dengan aku.. itu dah cukup memadai.. biar tak ramai kawan takpe.. cukuplah dengan kawan-kawan baik yang sentiasa sudi tolong dan sokong aku saat susah dan senang..

Ok.. Wahai hati.. udah-udah ler fikir.. banyak benda lain nak settle nie.. Kawan datang dan pergi kan.. tapi yang tinggal adalah yang benar-benar ikhlas.. Biarlah aku kehilangan kawan andai itu merupakan yang terbaik untuk aku kerana dia mungkin bukan sahabat yang baik dan bakal menyusahkan aku di masa depan.. Biarlah semua budi baik dan pertolongan yang pernah aku berikan pada dia.. Aku tidak mahu mengharapkan dibalas oleh dia sendiri.. biarlah Allah sahaja yang balas.. dan jika ada rezeki biarlah balasa kebaikan itu aku dapat daripada orang-orang di sekelilingku.. Aku tidak mahu mengungkit semua budi baik dan pertolongan itu dan mengharapkan balasan itu datang dari orang yang aku tolong.. Biarlah.. biarlah.. kebaikan itu aku perolehi dari mereka yang benar2 ikhlas untuk membalasnya..

Harap esok.. senyuman akan terus menguntum.. Sedih tetap sedih.. tapi hidup kena teruskan juga..

Friday 10 December 2010

Jumaat sederhana sejuk

Alhamdullilah.. hari ini suhu dah naik sikit.. dalam 5 6 darjah sahaja.. dan hari ini juga aku simpan glove aku dalam beg.. panas.. hahaha.. walhal suhu 5 6 tuh kiranya masih sejuk gaklah.. tapi jika dibandingkan dengan suhu -ve beberapa hari lepas.. hari ini dikira panaslah.. dan aku dapat berjalan dengan amat bahagianya..

Hari ini aku cuma pakai baju 2 lapis sahaja.. baju therma aku buka dan simpan dalam beg.. tak nak pakai sebab dah rasa panas sikit.. stokin hari ini pakai 1 jek.. sebab pagi tadi sebelum kluar rumah dah check suhu.. Alhamdullilah bas yang biasa aku naik dah beroperasi semula.. aku sampai awal gila..pkl 6.15 dah sampai hahaha... seronok giler sampai awal hari nie.. tapi kluar lambat gak.. dan salji mula cair hari ini.. jalan amatlah licin sebab penuh ais dan air.. aku nekad jalan atas jalan raya.. boleh jek nak jln kat kaki lima dengan kasut boot aku nie aku yakin.. tapi aku malas sebab tahap nak berjalan dengan hati2 amatlah tinggi kena pulak aku nak cepat tadi.. taknaklah jalan atas kaki lima.. aku jalan atas jln raya dengan bahgianya..

Tadi lepas kluar dari bangunan utama tempat keje aku.. jumpa pulak 2 org staf kat bgnan aku tuh.. kiranya aku baik gak ngan diorg.. lama xjumpa diorg.. sembang2 gak lah pasal nak xmas nie.. pasal cuaca.. pasal keje.. pasal bas.. hahaha.. sampai diorg duk tegur tudung aku yg penuh batu2 warna merah kuning putih nie.. sampai kwn aku ckp.. seiring dengan semangat nak xmas hahahaha... tergelak aku dgr.. hari nie pakai tudung sarung jek.. sebab aku malas nak gosok tudung.. dan aku pilih tudung ada batu sebab mak yang belikan hahaha..

Hari ini juga aku ke uni.. sejak jumaat lepas aku xdtg.. dan 4 hari lepas sebab uni tutup.. Sebenarnya rasa nak balik umah jek.. tapi ada kawan call nak ajak shopping petang nie time dia balik keje..pastu ada sorg kwn nak balik mesia isnin nie lepas attachment 2 bln kat sini.. ingat nak jmpa weekend nie.. so kalau dah jmpa petang nie.. oklah kan.. sabtu ahad nie leh relak.. yeke relak?? takut nanti tetiba jek ada jemputan makan tergempar cam mggu lepas..

Esok dan lusa hari cuti hjg minggu.. hari fav aku dalam setiap minggu sebab tak perlu bangun awal pkl 5 cam hari2 lain.. tapi tetap jugalah bgn awal sikit sebab nak kena buat sarapan.. teringat nak buat laksa mggu nie.. dan mungkin juga buat yong tau fu sekali.. biasalah hjg mggu adalah hari2 yang aku khususkan utk masak best2.. hari lain mana de masa dah.. Tengoklah kalau rajin aku ajak diorg dtg lepak umah aku.. kalau rajin ler.. nanti aku fikir2kan.. projek nak buat ayam panggang nie pun xtahu bila.. tapi insyAllah jadi buat juga.. cuma tak pasti nak buat kat mana.. kwn2 semua dah kata buat umah aku.. tapi bkn apa.. aku malas sebab kalau aku buat tak ajak sorg tuh.. emmm lagik pjg isu singkir menyingkir nie..

Best juga buat makan2 sabtu nie kan hahaha.. tengoklah tahap kerajinan aku bagaimana.. boleh buat projek tgk movie lagik cam mggu lepas..


Gambar yang aku ambil pagi selasa lepas..
Pelik pesal nampak malap jek cam baru nak siang...
Walhal masa nie terang benderang jek hahaha..
Tak kisahlah..
Apa pun aku tahu gambar ini lawa.. 
Secantik tukang ambik gambar nie ;)

Thursday 9 December 2010

Tetap keje walaupun sejuk itu membahayakan kesihatan..

Hari ini hari ketiga aku ke tempat kerja dengan 2 bas.. Kemarin aku sampai pkl 7.30.. semalam pkl 7.07 dan hari ini Alhamdullilah.. pkl 6.45 aku dah sampai.. tgk pada masa.. aku dapat gak sampai awal hari ini.. memandangkan kebiasaannya aku kena masuk keje pkl 6.30pg.. hari ini rekod aku yg awal jugalah dalam keadaan salji tebal dan perkhidmatan bas yang terhad..

Semalam memang hari yang sakit tggu bas.. keluar sebelum pkl 6.. 5.50 tapi bas yang aku naik sampai pkl 6.15.. sampai beku kaki tangan aku masa tggu bas semalam.. rasa memang tak sanggup nak tggu lagi walaupn 5 minit.. lepas tuh kena jalan kaki pulak nak ke bustop untuk ambil bas 62.. bukan dekat lak tuh.. aku rasa aku jln ada dekat 1km gak nak sampai ke bustop tuh.. pakwe aku sampai terjatuh sebab licin kat satu simpang tuh..

Hari ini Alhamdullilah.. kluar pkl 5.50.. dalam pkl 6 bas pun sampai.. bas 66 lak tuh.. dan kali ini tak perlu jalan kaki jauh sebab bustop yang aku turun tadi dengan bustop seterusnya dekat jek.. sampai2 jek.. terus ada bas 62.. Alhamdullilah.. sebab itu aku dapat sampai kerja awal.. sebelum pkl 7 pun.. Sampai gate utama.. nak ambik kunci.. takde pulak kunci 229 aku.. katanya dah ada orang ambik.. aku muskil siapakah yang ambik kunci aku nie.. sebab memang takde sapa yang akan gunakan kunci itu selain aku jek.. terus naik tingkat 4 bangunan aku.. tanya kekwn aku tingkat 4 tuh.. diorg takde ambik.. call balik security gate.. suh diorg tgk balik kunci tuh.. memang takde.. so aku minta kwn aku call Sv aku.. rupanya kunci aku ada dengan dia.. agaknya dia ingat aku tak datang keje kot.. tak lama dia pun sampai.. bg kunci dan aku pun mula buat keje cam biasa.. dekat sejam duk buat keje dan nak mula operasi bersihkan tandas.. Sv aku datang minta tolong aku cover kerja kwn bgnan sebelah..

Terpaksalah pecut sebab aku nak settlekan tandas lagik.. keje building sebelah pun nak kena buat.. settle semua tuh.. tengok karpet depan tandas lelaki kotor pulak.. aku terlupa nak vakum semalam masa byk masa free.. dkt 9.20 aku masih tarik vakum machine tuh.. dan dekat 9.30 aku baru nak siap2 tukar uniform dan keluar.

Punch pun aku rasa dekat 9,45 tadi.. bagitau pakwe aku suh tggu aku jek kat bustop yang kami turun pg tadi.. teerpaksalah jalan turun bukit.. bas yang selalu aku naik.. seminggu nie tak beroperasi.. so tak tahulah minggu depan ada lagi ke idak... dengar2nya kata kwn aku weekend nie salji akan turun lagik huhuhuhu.. kalau camnie gayanya.. lepas nie kena p keja dengan 2 buah bas.. susah nak agak masa bas nie kdg2.. keluar awal cam semalam.. bas dtg lewat gak.. pagi tadi aku dah tawakal jek.. kluar cam biasa jelah.. tup2 dapat pulak bas awal.. so rezeki kamilah..

Hari nie pakai baju sampai 4 lapis... panas giler.. dengan stokin 3 lapis.. sampai sendatlah kasut boot aku sampai aku rasa nak jalan pun susah.. so now aku tahu paling maksima pun 2 lapis jek stokin yang aku boleh pakai.. yang bezakan hanyalah tahap ketebalan stokin tuh jek..  Nak buat camnakan.. dah begitu cuaca ye.. terima jelah.. walaupun berlapis2 baju dan stokin dan sluar yang kena pakai.. aku tetap terima semua ini sebagai satu pengalaman hidup.. kalau tak merasa camnie.. manakan kita dapat tahu bagaimana rasanya sejuk pada tahap extreme dan bagaimana rasanya mengharungi kehidupan dalam situasi begitu kan..

Esok hari jumaat.. hari terakhir keje untuk mggu nie... harapnya dapat dtg awal lagi cam hari nie.. cuma kena prepare dengan baju yang tebal kot esok.. stokin masih maintain 2 lapis jek takleh lebih.. tidak cam tadi jalan pun cam keras jek hahaha..

Pakwe dah tanya bila nak beli ayam turki nie.. sebab nak buat ayam panggang.. emm aku duk fikir2 bila nak buat.. di rumah siapa.. dan siapa nak jemput.. tgh dalam dilema sebab serba salah nak jemput kwn A &B.. sebab diorg tuh dua2 kwn aku.. kalau jemput B.. tak jemput A.. apa pula kata A.. kalau jemput juga A.. nanti kesian pulak si B.. tapi terfikir gak nak jemput jek dedua.. tapi bersedialah dengan adegan2 seterusnya.. payah2 sgt.. buat jek rumah org lain.. cancel jek buat umah aku...

Wednesday 8 December 2010

Asyik2 cite pasal salji jek..

Hahaha.. gelak dulu.. aku tengok aku ye entri seminggu nie.. semua cite pasal salji jek kan.. pasal sejuklah.. pasal keta penuh salji ler.. pasal tangan kaki badan sejuk beku ler. hahahaha... harap korang tak bosan nak melayan bebelan aku.. tapi ini memang luahan perasaan tertekan aku semenjak salji tebal ya amat skrg nie.. kdg2 tuhlah kita nie kan.. masa takde salji.. uihh.. dok doa2 harap2.. bila lah salji nak turun.. nah.. bila dah turun selebatnya.. dah seminggu lebih tak cair2.. mengeluh gak sejuklah.. bekulah.. sakitlah.. licinlah.. emmm sememangnya tak best.. yang best bila tgk pemandangan yang indah tuh..  lainlah kalau aku nie jenis orang kaya.. hahaha mungkin aku tak ngeluh kot.. p uni ada org hantar naik keta yang cukup panasnya.. nak jalan kaki.. ada kasut boot yang tahan lasak.. bergaya dan bertapak yang baik.. nak panas.. ada baju kot yang berbulu tebal dan selesa.. apa lagik.. nak duduk dalam umah yang selesa.. pasang heater 24jam.. byr bil tinggi pun tak kisah mana.. hahaha berangan.. berangan ler.. syukurlah dengan nikmat yang sedia ada.. Jangan nak berangan2 cam org kaya lak hehehehe.. tapi bebel pasal sejuk carry on juga tau..

Episod cerita p keje hari nie sama jek cam semalam.. bezanya aku pergi keje dengan pakwe aku jek naik bas.. kekwn lain.. semuanya pakat tumpang keta org atau tak pergi keje.. aku sebab dah faham sangat perangai pakwe aku yg xsuka menumpang org.. so naiklah 2 bas cam semalm.. smpi gaklah dalam sakit kaki badan sejuk2 giler pg tadi tuh..

Cuma yang buat aku lebih xtahan sejuk adalah muka yang kebas sejuk.. sampai satu tahap hidung aku dah sakit giler.. pipi aku sampai merah2 tahan pedih sejuk.. terpaksa aku tutup muka dengan tapak tangan yang pakai glove.. kurg sikitlah.. sambil gosok2 berulang kali setiap 5 min... kaki ok sikit tapi 2 stokin tebal yang aku pakai xlut.. tetap gak sakit kat hujung jari.. rasanya stokin yg aku pakai selapis tuh xcukup tebal.. esok kena operasi pakai stokin rumah.. stokin kat rumah nie boleh tahan panas dia.. cuma aku tak pernahlah pakai kat luar sebab warna warni semua hahaha.. tapi sebab dek pakai 2 lapis stokin.. oklah leh aku sembunyikan..

Hari ini aku ditinggalkan pakwe balik keje.. sampai hati.. tepon kena sound lah.. pesal tak tunggu aku.. sesedap jek tumpang keta org balik tanpa ingat aku.. kalau org lain sure dah nangis leleh jek kan kan hahaha.. dulu penah gak kena camnie.. tensen gak aku.. sampai nangislah.. tapi sebab dah kena byk kali.. oklah sikit sudah tegar bisa.. cuma mulut aku bab sound menyound nie mmg takde tapis dah.. kalau aku marah mmg aku ckp terus terang jek.. takde dah nak simpan2 dlm hati.. aku jenis camtu skrg nie.. xpuas hati aku ckp terus terang sebab aku malas nak fikir2 dan simpan2 dlm hati aku.. Terpaksalah jalan kaki sorg2 p tggu bas.. oklah.. sampai umah tgk dia xde.. rupanya p temankan kwn dia.. sebab tuh dia balik naik keta.. lepas lepak2 duk umah.. dia balik.. 1st benda yg dia ckp ngan aku.. dia minta maaf.. sebab lupa nk bgtau aku.. oklah aku terima.. setidak2nya dia nak akui gak kesalahan dia.. lagipun sebab aku jenis mmg terus terang sangat.. tak suka.. marah benci semua aku ckp terang2.. apa yg dia buat aku tak suka mmg aku ckp aku xsuka.. takde dah nak majuk2.. kdg2 dia bising gak.. tp aku ckp balik.. kalau aku tak cakap camtu.. camna dia nak tahu aku marah kan.. dan kenapa aku marah sangat2.. lebih baik aku ckp dari aku tak cakap langsung..

Ok cukup bab marah2.. dah settle.. Bila bercakap pasal pakwe aku nie kan.. sebenarnya banyak org pernah tegur aku.. cara aku cakap ngan dia kdg2 tak menampakkan dia tuh suami aku.. tengoklah dalam nie pun aku tulis pakwe.. bukan suami.. aku tak suka nak formal2 sgt.. tapi yg bestnya.. bila aku duk cakap pakwe aku.. pakwe aku.. mmg ramailah yang duk percaya.. dia pakwe aku.. betul ler dia mmg pakwe aku.. cuma ramai yang keliru.. ingat dia hanya sekadar pakwe.. pakwe hahaha.. bila aku ckp itulah suami aku.. ramai yang tepuk dahi hahaha.. ingat aku masih single lagik.. bkn takat tulis kat blog jek kena camnie.. tulis dalam FB pun camtu gak.. yg jumpa kat luar pun camtu gak..

Kes org ingat aku masih bujang nie dah banyak kali aku kena.. dulu student tah berapa ramai ingat aku bujang walau berulang kali aku cakap status aku puan.. kawan2 lelaki suami kawan baik aku pun.. penah ingat aku bujang hahahaha.. sampai kwn baik aku begang.. sound suami dia.. kenapa boleh ingat aku nie bujang lagik hehehehe... kadang2 kalau jumpa kat luar.. ramai ingat aku bujang.. kdg2 pakwe aku kat sebelah pun.. org duk ingat kami nie cam couple lagik belum kwin.. aku rasa sebab cara aku layan dia cam kwn2 jek.. sebab benda2 nie byk kawan2 aku yg tegur.. ye memang aku layan pakwe aku cam kawan-kawan.. aku tak suka tunjuk depan orang.. yang aku kena hormat dia dengan penuh taksubnya.. sebab dirumah aku dan dia mmg ckp pun cam kwn2 jek.. gelak2.. usik2.. kdg2 org ingat cam adik beradik pun ada.. kdg cam kwn2 baik jek.. sebab itu mmg perangai kami hahaha.. kdg2 terbiasa pulak depan org sampai  orang tertanya2 status aku dan dia sebenarnya camna.. cthnya kdg2 kwn aku dgr aku ckp ngan hby aku.. gelak2.. ketawa2 cam ngan kwn.. kdg2 aku serius jek ckp sepatah dua.. banyak dah kali aku kena sound.. maybe pada mata org.. kalau bercakap dengan suami nie kena hormat.. aku tetap hormat dia tapi dengan gaya aku sendiri.. gaya yang kami dah bina bertahun2..

Baru2 nie aku kena gak.. bila org baca blog aku.. dia ingat aku tak kwin lagik.. aku pelik.. sebab dalam tuh aku dah puas cite yg aku duk berjalan sana sini dengan dia.. masak dengan dia.. tapi orang masih ingat aku single dan dah ada boyfren.. bila aku sebut.. mak mertua aku pernah ckp ngan aku.. dia komen.. dia terkejut baru tahu aku dah kwin hahahah.. gelak besar aku masa tuh.. aku cakap.. aihhh dah penat aku membebel cakap pasal pakwe aku.. takkan aku saje2 lak cite pasal pakwe aku duk serumah ngan aku tolong aku masak... kdg2 aku cite kisah aku p berjalan2.. mengembara.. naik keta sama.. pun ada org duk ingat aku bujang lagik.. dan dia sekadar pakwe aku.. pelik222.... tak kisahlah... janji diorg happy dan aku lebih happy sebab org ingat aku bujang hahahaha walhal usia perkhwinan aku.. dah gandaan 5 thn dah ;)

Tak kisahlah kan.. setiap orang ada cerita masing2.. cara masing2.. cara aku dan dia.. camnie.. orang nak cakap apa pun kami happy jek.. Oh salji... tiap hari tenung kat depan tingkap fikir2 bila nak cair.. huhuhu

Kasut keje aku..
Ye aku tahu stokin aku lawa warna pink ;)

Ku terus melangkah walaupun kakiku kebas pedih

Hari ini keluar rumah seperti biasa.. Pkl 6 dah terpacak kat bus stop.. sampai dekat nak 6.10 byg bas tak kunjung juga.. hati dah duk risau rasa2 bas yg selalu kami naik takde.. tak lama bas no66 datang lak.. naik jugalah dan bercadang nak turun dekat2 ngan simpang ke tempat keje tapi kena jln kaki sikit.. takdelah.. bas itu perhentian terakhirnya kat tengah bandar jek..

Masa itu dah 6.30pg.. patutnya kami dah masuk keje awaktu tuh.. call ofis.. diorg suh dtg juga tak kiralah pkl bape pun.. emmm.. akhirnya kami menapak ke bus stop berhampiran central station.. tggu bas.. nampak bas 62 melangkah naik juga.. separuh jln kami turun.. tak lama kami naik balik bas 62 yg lain.. akhirnya aku sampai keje pkl 7.30pg.. masa tuh.. kaki tangan muka semua dah beku.. mana taknya suhu -10 pagi tadi.. giler sejuk.. kaki aku pedih tak dapat nak cakap.. rasa nak ketuk2 nak bg darah berjalan.. aku dah tak larat rasanya menahan sakit.. rasa nak buka kasut dan gosok tapak kaki.. terutama semua jari kaki yang dah mula rasa hilang deria rasa..

Masuk keje.. kena pulak cover keje org sebab ada yang tak datang.. aku pecut settlekan tandas.. 3 tandas tuh aku boleh siap dalam masa 35min.. dahsyat kan hahahah.. selalunya dekat sejam baru nak siap.. itupun buat dengan kadar sederhana perlahan.. tapi speed pecutan ditambah pada tahap paling maksima.. settle tandas terus naik tingkat 6.. tolg kawan2 cleaner lain cover bangunan sebelah.. oklah buat keje sampai 4 org.. hehehe..

Keluar keje seperti biasa.. walaupun aku sampai pkl 7.30 pagi.. tapi penat sebab kena siapkan keje sendiri dan keje orang gak.. kawan2 aku yag abis keje pkl 11.30pg pun balik awal hari nie.. seronoklah diorg.. lepas keje tadi.. sesi ambik gbr keliling bangunan.. cuaca terang benderang tapi sejuk giler.. dapat email pulak uni tutup hari nie.. aku sambung balik umah buat keje dari rumah jek..

Esok pagi tak tahulah bagaimana gayanya bas nanti nie.. masih cam pagi tadi juga ke?? aku harap takdelah sebab hari nie salji takde lah turun patut diorg dah boleh tolak salji tuh ke tepi jalan.. dan paling utama esok.. aku nak pakai 2 stokin.. bila aku pakai 1 jek.. cam pagi tadi.. kaki pun beku.. glove pun pakai 1 jek.. time pakai 2 panas ler pulak.. huhuhu tensen jek sebab kdg xboleh nak agak cuaca camna kan..

Pastikan esok pakai extra stokin & glove.. takleh tahan bila kaki dan tangan sakit2 cam pagi tadi

Tuesday 7 December 2010

Salji lebat..

Masa kluar dr rumah awal pg tadi.. jalan nampak dah clear sikit dr salji.. cuma kebanyakan salji dah jadi ais beku.. berjalan amatlah licin.. Udahlah aku kena cover keje orang sebab dia cuti hari nie.. kelam kabutlah duk cover 2 area.. biasalah kalau dah kena cover keje org nie.. mmg terkejar2.. aku kluar dr bgn tuh dah pkl 9 pun.. aku punch out lewat dekat 7 minit.. Keluar jek dari tempat kerja.. salji turun selebatnya.. habis basah jaket wool dan tudung aku.. terfikir dah nak ke uni dalam salji lebat tuh.. aku rasa tak sedap hati.. so decide balik jek.. Lagi pun agak tebal juga salji tadi.. jejak kaki.. kasut boot aku pun tenggelam..

Sampai rumah.. salji lebat giler.. amat lebat aku rasa dia turun dr pkl 8lebih sampai dekat pkl 3 kot baru berhenti.. Sampai pihak uni keuarkan notice tak bg student keluar dr bangunan uni.. hingga salji reda.. yang kat umah digalakkan duduk rumah jek.. so.. bas n train semua perkhidmatan diberhentikan.. kawan2 ramai yang kena jalan kaki balik umah..

Alhamdullilah.. syukur juga aku tak p uni.. kalau tak sure kena menapak dr uni ke rumah.. aduhhhh dalam sejuk22 salji tuh tak tahulah.. kalau ada kwn nak berjalan sama takpelah.. kalau kena berjalan time dah gelap camnie.. emmm entahlah.. nie aku duk risau gak ngan pakwe aku nie.. camna gaya ye dia nak balik dari keje pkl 8 karang.. kena jln kaki gak ke?? kesian ye.. nanti aku tanya bila dia balik nanti..

Baru jek semalam rasa seronok tgk salji dah cair sikit.. hari nie tebal balik.. keta baru jek buang salji sabtu lepas.. nie dah menimbun balik ler nie.. harap pagi esok ada perkhidmatan bas.. kalau tak camna nak pergi keje.. aku tak rasa boleh nak bawak keta sebab salji tebal sangat nie.. takut krg tersangkut lagik tayar.. tgklah camna esok nanti nie...

Emmm.. nie dah jadi cam darurat dah gaya ye... mmg teruk betul salji hari nie turun.. berkeping2 dekat bape jam.. lebat selebatnya...


Salji dah mula nak cair pada malam sabtu ontway ke rumah kwn hari minggu yang lalu..
Masa nie lalu kat jalan raya keta aku jek yg masih ada salji kat keta..
Keta lain semua bersih cantik jek..
Hari nie
Aku rasa ketebalan salji pasti membumbung kat atas kereta nie..

Monday 6 December 2010

Hari minggu.. minggu makan2

Rasanya.. hampir setiap minggu.. masuk jek sabtu atau ahad jek.. mesti aktiviti penuh dengan acara makan-makan jek.. semalam ada jemputan makan kat umah kwn.. hari nie dekat nak pkl 6 tadi.. ada sorg lagi kwn ajak dtg umah dia masak extra.. Semalam melepak sampai pkl 12.30 layan tgk movie.. hari nie.. xtaulah sampai pkl bape lagik.. udahlah aku dah basuh baju semua.. sebab ingat dah tak kluar umah lagik.. nampaknya.. kenalah bersiap2 lagik nie..

Hari ini operasi beli brg rumah.. sejak 2 minggu lepas stok makanan dah habis.. sejak salji turun lebat minggu lepas.. kereta pun tak gerak2 lagik.. so hari nie ambik peluang keluar umah.. beli brg2 di kedai cina.. singgah supermarket besar lak.. cuma terasa janggal gak sebab kereta aku masih tebal salji kat bumbung..keta lain.. semua clear xde salji.. semalam masa ke umah kwn aku.. ada gak beberapa org duk pandang2 kereta aku hahaha mesti diorg muskil.. tempat mana yg ada sallji nie.. smpi penuh kat keta.. bukan apa.. cik abg aku malas nak kikis habis.. sampi pintu side aku.. nak buka pun penuh salji.. adeih.. aku gak yg bersihkan pelan2.. cuma bab kat bumbung tuh masing2 biarkan jek.. aku pun malas nak bersih... bak kata pakwe aku... nanti cair ler dia.. yelah suhu -ve nie nak cair mende..

Oklah nak bersiap solat isyak.. dan bersiap nak kluar rumah pulak.. Member aku yg ajak makan2 nie.. aku rasa dia yg paling rajin betul buat mkn2.. aku rasa dlm masa 2 bln nie jek.. dah 3 kali aku p umah dia mkn2.. Uih..rajin betul dia..

Thursday 2 December 2010

Tiba-tiba rasa nak kongsi gambar..

Semalam aku blogwalking.. Jumpa 1 blog.. gambar dia cun2.. semua jenis gbr shot dari dekat.. Tertarik jugalah... Sebab dulu aku banyak gak shot gbr dr dekat2 nie.. tapi jrg sangat aku ambik.. kebanyakannya aku suka shot paras sama dengan lantai atau tanah.. ini memang fav shot aku.. dan so far 2 kamera aku boleh memenuhi citarasa aku nie.. terutama kamera canon A2000IS aku tuh.. yang canon SX20IS tuh pun boleh gak.. tapi agak susah sikit berbanding canon A2000IS aku tuh

Semalam bila masuk blog si gadis bunga nie.. aku suka sebab dia pandai ambik shot dekat.. teruja aku test semalam guna camera canon SX20IS.. jumpa mcm2 features dlm tuh yang aku xkhatam lagik nak explore hahahaha... bukan apa kdg2 bila xde benda nak shot aku takdelah explore sgt.. selalu duk ambik gbr org.. kekwn.. atau diri sendiri jek..

So tadi aku test guna kamera canon A2000IS aku.. jumpa features yang aku xhabis explore gak hahahahaha... try n error.. snap sana sini.. then aku terperasan aku set ISO1600 punyalah tinggi.. gbr jadik blur.. adeihhh... tensenlah kejap sebab gbr nmpk pecah2.. xlawa.. so kena test lagik nnti kat umah.. dan maybe lg bila aku ada time..

So mulai hari nie.. selain dari nulih luahan hati aku.. bebel aku pasal keje ke apa ke.. aku try upload gbr2 yg aku snap.. xsemestinya yang close shot.. apa2lah yg aku rasa cun..

Baru aku perasan Iphone aku berabuk rupanya hahahaha ;)
Kenapa ada 2 hp???
Satu guna kat sini..
Satu guna tepon mesia lah..


Ini cincin hadiah..
Satu dapat masa nikah..
Satu dapat selepas memeras ugut untuk hadiah hari jadi tahun 2008..
Jam itu.. hadiah hari jadi sendiri tahun 2007..
DKNY ok :)
3 benda yang wajib aku pakai setiap hari..
Tak pakai rasa tak lengkap..
Sengaja aku tangkap shot nie masa aku tanggalkan nak wuduk n solat asar tadi..

Semua yg ada atas meja nie..
Adalah brg2 berharga yang aku duk usung sana sini setiap hari..
Cuma kalau nak p keje..
Cincin tidak dipakai..
Jam lain pulak digunakan..
Berjenama Adidas hehehe
Bukan riak.. bukan.. bukan..
Kat sini jenama2 nie leh didapati dengan harga yang murah ;)

Camna ok kan kalau aku mula share gbr kat sini..
Aku tau korang mesti suka tengok..
Silalah mengaku ye..
;)

Zaman sekarang, kalau tak nak kawan remove facebook jek..

Itulah realiti kehidupan.. Ini terjadi pada kawan baik aku.. Dia duk mengadu dengan aku pagi tadi dalam bas.. Sedih pun bila dengar.. sebab yang buat tuh pun kawan baik aku juga.. dia (A) dan dia (B) nie masing-masing kawan juga.. cuma taklah sebaik dan serapat dengan aku..

Kesnya mudah.. sebab tak jemput datang rumah untuk makan-makan.. so tindakan terasa kawan aku tuh si A.. dia terus remove nama kawan aku si B dari FB.. lawak kan?? Kawan aku yang kena remove tuh pulak Si B.. sedih giler ler.. takkan lah sebab tak ajak dtg umah makan2 ari tuh.. terus main remove friend jek.. Canggihkan adat budaya zaman sekarang nie.. senang jek nak tahu orang nak kawan atau tidak dengan kita.. main remove FB pun dah boleh jadi..

Mulanya aku offer nak selesaikan.. sebab aku jenis terus-terang gak.. nak2 pulak dua2 tuh kawan baik aku.. nak telan mati mak.. nak luah mati bapak.. serba salah.. bkn apa.. ini kes terjadi sebab ada kwn menyampuk kat status FB aku.. dia dah belikan ubi kayu utk aku.. sebab dia tau aku teringin sangat nak makan ubi kayu rebus dengan sambal ikan bilis.. so.. duk sampuk menyampuk.. jadilah sebab musabab kekonon nak wat makan2.. sebelum tuh mmg ada plan dah nak wat makan2 umah kwn B nie.. sebab dia nak ajak ada satu keluarga nie.. so aku kata dlm status aku tuh.. kwn aku si B nie maybe nak wat makan2.. so esoknya aku khabarlah kat kwn aku si B.. pasal sesi sampuk menyampuk nie.. aku ada jugalah bagi cadangan.. kalau ko nak wat makan2.. aku rasa eloklah ko ajak dia sekali (meaning kawan aku yg lagik sorg tuh.. si A).. tapi kwn aku Si B tuh berat hati nak ajak.. so aku fahamlah tak nak komen pjg2 sebab dia yg jadi tuan rumah.. lg pulak dia nak raikan satu family nie.. so aku taknak kacau plan dia.. sapa dia nk jemput.. itu dia punya pasal.. bab aku.. aku dah bgtau.. dah selesai.. dia nak jemput atau tak.. terpulang..

Nak dijadikan cerita.. kwn aku si A tuh sms aku mlm tuh.. tanya pasal agenda nak wat makan2 esok.. aku bgtau kalau esok mmg xjadi.. sebab diorg ada hal.. dia tanya aku balik.. hal apa.. kan esok ada 1 program jek.. aku balas balik.. aku ckp.. diorg ada plan ptg tuh.. mlm pun ada plan.. so cancel.. walhal plan tuh sebenarnya dah postpone ke mlm tuh.. tapi aku xberanilah nak cakap sebab bkn aku tuan rumah.. so kalau kwn aku (A) tuh confront aku.. aku leh bidas balik..

Esoknya.. keluarlah kat status si A.. pasal cara org berkawan.. tak sangka.. bla22... aku dah tak sedap hati.. sebab aku rasa cam dia tau pasal makan2 yg kami duk buat mlm tuh.. tak lama kwn baik aku si B tuh.. call aku.. ada aku baca tak status dia Si A.. kwn aku si B tuh xsedap hati.. aku cakap aku baca.. tapi aku sedapkan hati dia cakap.. jgn bersangka buruk.. maybe sebab benda lain.. bkn hal tuh.. susah kalau main serkap jrg nie.. tup2... pagi nie.. kwn aku tuh si B bgtau.. nama dia dah kena romove dari jadi kawan si A kat FB.. sedih jugalah dia.. sebab tetiba jek kena camtu tanpa sebarang penjelasan...

Aku??? angin jugalah sebab takkan sebab tak kena jemput makan2 dah nak remove dari FB.. aku rasa sebab tuh.. takde sebab lain... kalau ada terasa benda lain aku amat yakin takde... emmm.. skrg aku serba salah.. sebahagian hati aku nak confront kwn aku si A tuh.. tanya betul2... tapi sebahagian hati aku lak.. suh aku respect kehendak kwn aku si B nie.. dia tak nak kecoh2... marah2.. dia nak biarkan dan diamkan.. emmm serba salah giler aku... so.. aku decide.. camnielah.. aku bg berdua tuh tempoh bertenang dulu... nanti bila ada masa aku nak ajak si A dtg umah aku makan2.. then aku nak slow talk ngan dia pasal kes nie... so far tadi aku tgk.. masa aku duk reply status dia kat FB tadi.. ok jek.. saje ler test.. kot dia nak respon.. atau nak ignore.. tapi kalau dia pun remove nama aku dr FB dia... tika dan saat ini juga aku akan call tanya habis2an.. apa masalah ko ngan aku.. cuba cakap.. jgn baling batu dan sembunyi tangan ok.. tapi sebab dia tak remove.. oklah aku masih bertahan.. tapi dalam hati dia.. mana aku tahu kan kan kan.. maybe dia pun xberani nak remove aku.. sebab sure dia pelik.. lgpun masa dia susah dulu.. aku ngan pakwe aku gak yg tolg dia.. bkn ungkit lah.. tapi aku harap dia ingat2lah kan..

Susah betul ler kan... berkawan nie macam2 gaya.. aku pulak berada di tengah2.. sorg kwn baik aku.. dan sorg lagik pun kwn baik aku.. dua2 ada perangai msing2.. sorg tuh panas baran sikit.. sorg tuh cool dan jenis sensitif... emmm so kenalah pandai2 handle.. aku lak.. biasa ambil jalan tengah.. cuma aku ckp ngan kwn aku yg kena remove tuh.. jgn fikir sgt22... ambil tempoh bertenang ye..

Aku tahu kawan aku si B tuh sedih... aku pun sedih gak.. sebab yg kena dan dikenakan adalah kawan2 baik aku juga.. cuma kwn yg dikenakan itu lebih rapat dengan aku sebab aku jmpa dia hari2.. sama2 naik bas p keje.. sama2 duk sebelah menyebelah.. kawan yang sorg lagik tuh si A.. dr mula aku smpi sini mmg dah rapat.. jln2 masa zaman dia single dulu pun ngan aku.. kalau hal2 rumah yg dia xleh handle.. aku gak yg menyusul jmpa dia.. tolg dia.. klu aku wat makan2 mmg nama dia xpenah xde dalam list aku..

Bila kena bab2 terasa nie.. aku teringat pesanan pakwe aku.. "Berkawan nie jangan mudah terasa hati.. kalau asyik nak terasa hati susahlah".. dulu masa kena basuh camtu.. angin juga yelah kita nie org perempuan mmg mudah terasa hati.. sensitif... aku pun byk kali gak kena.. ada kwn aku dulu duk.. selang sebuah pintu jek dr umah aku.. smpi skrg.. tak pernah jemput aku dtg umah masa dia buat mkn2... tapi aku.. selalu jek ajak dia dtg... kalau nak ikut terasa aku lagik ahh.. nak2 pulak dia sama department ngan aku.. ada dlm list frens dlm fb aku.. tapi terasa hati aku xdelah sampai nak remove dia.. jmpa masih gak leh hi2.. borak2 gak.. tak rapatlah tapi leh tegur sapa lagik..

Bukan apa sebenarnya.. bila wat makan2 nie.. group kami 4 family nie mmg wajiblah.. kalau kemana2 pun.. selalu kami berempat nie mesti ada.. meaning kalau 3 family tuh buat.. aku mmg akan join.. cuma bila aku buat.. 3 org tuh mmg wajib ada.. tapi aku juga ajak lagik 2 family yg rapat ngan aku join sekali.. meaning aku kalau buat mkn2 mmg extra people aku ajak sama.. bkn takat 3 family tuh.. sebab aku tau dah.. kalau lgik 2 family extra tuh aku xjemput.. mmg aku kena sound.. hahahaha.. sebab itu aku ye list kwn2 kalau buat mkn mmg wajib ada 5 family nie..

Tapi pada 3 family lagik nie... 2 family extra nie.. diorg xrapat sgt.. semacamana aku rapat dgn diorg.. so sebab itu diorg berdua tuh jrg kena invite.. cuma kdg2 aku ada cadangkan.. ajaklah sekali.. but diorg tak nak.. so aku respeklah tuan rumah.. xtakkan aku nak memandai2 lak kan.. so bila dah jadi camnie.. emmmm susahlah nak cakap... yang terasa dan merasakan sahaja yang tahu..

So.. itulah adat berkawan.. macam2 kan.. tak semua kwn tuh kita leh kawan rapat.. kdg2 kita kawan niat ikhlas.. tapi alih2 dia ada angin perangai semacam pulak..

Wednesday 1 December 2010

Khabarnya salji akan terus turun hingga akhir tahun..

Baca surat khabar.. katanya salji akan terus turun hingga X'mas nanti.. emmm nampaknya plan nak ber'boxing day' (membeli belah lepas xmas ok... bukan p bertinju masa hari tuh... jgn silap tafsiran) di sebuah bandar terkenal dunia hahahahaha terpaksalah dibatalkan... dah berangan2 nie.. tapi apakan daya.. kalau cengginilah gayanya cuaca nie.. takyah lah berangan nak p sana.. takat shopping kat sini jelah cam thn2 lepas... emmm duk fikir nie apa nak shopping lagik??? Takde idea dah.. dan termasuk kena jimat cermat..

Hari nie meeting geng2 tempat kerja.. Pukul 8 aku turun p dapur kat basement.. Oklah SV aku pun citelah pasal management nak buat jimat cermat hingga 6% selama 3 thn nie hingga tahun 2013.. so far takdelah dgr khabar diorg nak berhentikan org.. ekonomi gawat nie.. tempat kerja aku dah takde ambik org.. mana2 building yang xcukup org.. kena cover atau buat OT.. so far building aku xdelak offer kena buat OT lagik.. tapi byk gak building2 kwn2 aku yg ada OT.. nak gak merasa OT tapi.. aku tahu sure nnti aku xlarat.. sebab dr tmpt keje kena p uni.. petang lak dr uni.. kena p tempat kerja lak.. abis.. bila aku nk siap study aku nie.. emmmm xleh2..

Tadi ada beberapa staf complain pasal kena cover keje org.. pastu dahlah kena cover byk.. keje sendiri pun kena buat juga.. pastu kena complain lak.. ada benda2 xbuat.. begang ler minah tuh.. dia complain kaw2 punya.. rupa2nya dia dulu SV gak.. tapi dia turun jawatan.. siap cakap 'lead by example' jangan takat pandai suruh itu ini..tapi 1 apa pun xpenah buat.. sempatlah diorg duk mengumpat pasal sorang minah nie.. hahaha minah nie mmg duk terkenal gak kat tempat keje aku sebagai senior.. dia ajar training utk staf2 baru.. tapi byk staf2 lama xsuka dia sebab dia suka cari itu ini.. habuk sana sini.. pastu kurg friendly sikit.. kalau duk tercengat depan punch out tuh sebelum waktunya.. kalau dia nampak mmg kena suruh terus p punch.. kejam sungguh.. sebab tuh aku kalau sampai awal sebelum nak punch out.. haruslah aku menyorok dulu hahahaha... dah biasa cari port kena sorok nie.. kadang saje jek jalan lambat22.. slow2222... dengan harapan berlalulah beberapa saat dan minit.. hahaha..

Aku faham perasaan minah tuh.. kalau kena cover keje org.. dahlah terkejar sana sini.. pastu kena complain lak.. mmglah anginnn jek... sebab aku pun penah gak rasa... bila SV dtg complain itu ini.. terus rasa ilang mood nak wat keje tau.. rasa berpinar kejap kepala.. panas jek telinga.. tapi dah adat org kita nie.. kita byk diam.. aku marah2 pun mulut aku senyap.. tangan aku jelah duk buat keje.. malas nak bertekak.. tadi hebat jugalah diorg bertekak pasal isu cover nie.. ada 2 3 org cam xpuas hati jek.. masa tuh meeting dah abis.. so aku blah... malas nak dengar diorg bertekak.. bukan ada solution pun... aku lak masa tuh keje2 tandas dah clear awal.. so apa lagik pkl 8.30 aku dah siap hahahaha.. so apa lagik sembunyi di dalam bilik stor sambil layan internet dan dgr lagu.. tggu smpi pkl 9.20 then aku blah.. terlupa pulak aku nak ambik gbr snow kat luar bangunan tempat aku keje.. kalau ingat sure aku keluar awal sikit... takdelah terbabas masa nak punch out nanti.. aku snap sikit2 jek mana yg dapat.. belum dapat full blast koleksi gbr snow nie.. byk yg xdpt ambik... sebab aku nak buat gbr header kat blog aku satu lagik...

Hahahaha... Kenapa aku tak menulis camnie kat blog situ.. emmm... susahlah.. blog tuh glemer sangat.. ramai sangat yg ikut.. secara diam2.. walaupun follower aku xsampai pun ratusan.. tapi blog itu diikuti oleh rakan2 sekerja aku kat mesia.. dan rakan2 kat tempat aku tinggal.. so aku malas nak menulis luahan hati aku pasal keje part time aku kat sana.. yelah kdg diorg ingat keje nie byk duit sangat... boleh keje.. boleh enjoy.. boleh beli itu ini.. walhal diorg xtau.. aku kerja sebab nak survive hidup nie... so aku lebih selesa bercerita kat sini.. pasal hidup aku.. dan pasal kerja aku.. kalau nak bebel ke.. nak luah ke.. aku rasa lebih terbuka nak cerita kat sini.. sebab korg bukan tau siapa aku.. kalau tau pun korg senyum2 jelah baca cite aku hahahaha... gaya aku bercerita kat sini amatlah berbeza dengan gaya cerita aku di sana.. di sana.. belasah janji aku happy kan..

Sebab itulah wujud blog nie sebab aku nak layan tensen keje aku.. tensen kepala aku.. tensen hati aku.. nampak aku cam cool jek kat sana.. tapi sebenarnya nan adolah.. byk bermain dalam kepala aku nie.. mcm2... kdg2 tak tahu nak luah kat mana.. so kat sinilah jadi mangsa aku.. so.. aku belasah jelah taip apa yang aku suka.. sesuka hati aku.. senikmat milo panas jenama malaysia yg duk jadi minuman rasmi aku hari2 kat umah sebelum tido hehehehe...

Mengharap sejuk ini akan berlalu.. dan mengharap aku selesai study secepat mungkin.. tak sabar nak balik keje..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...