Friday 30 October 2015

I'm missing someone..

Friday morning..

I'm missing someone this morning.. badly... and the worst part I was so sad... and cry..

Then in the middle of handling my own emotion and trying to work it out rationally...

This song suddenly appear from nowhere (from mix fm channel actually.. not the usual everyday type of song play).. and caught me in surprised..

and.. it did manage to make me smile again... Sometimes.. thing work it way out just like that...

I'm okay now... hahaha... just have to be positive...

If I let you go -Westlife

Westlife was and still my fav boys band.. 
Listening to their song was part of my life when I was in UK in 2001-2002..
Still remember those day where I used to struggle studying and making my way passing the exam and finishing the MSc in a year..

Their song was the one that keep me going and enjoy life...

Thursday 29 October 2015

How I feel today..


I can't actually describe in detail how I feel..
but..
This what I had in mind for month of October 2015..
..

Susah nak ucapkan kata cinta.. atau sayang.. jika terucap pun.. pasti akan ada yang bertanya untuk siapa..

Buat masa ini biarlah aku rahsiakan untuk siapa kata-kata itu... Cukuplah untuk aku nyatakan dan tulis di situ..

Buat mereka yang sentiasa istimewa di hati.. inilah apa yang aku rasakan..

Nak masuk ke bulan November dan akan aku bawa rasa-rasa ini lagi..

...

Friday 23 October 2015

Ain.. Bagaimana harus aku ceritakan tentang dia...

Salam Petang Jumaat..

Kali ini entri aku sememangnya beremosi sikit... rasa ini sudah hampir seminggu aku pendamkan.. namun.. perbualan aku dan dia.. gadis bernama Ain hari ini.. membuatkan aku lebih beremosi.. dan kali ini fikiran aku tidak dapat tidak untuk tidak berhenti memikirkannya..

Ain.. Selembut namanya... begitu jugalah lembut orangnya.. baik budi bahasanya... lembut tingkah lakunya.. sebaik-baik manusia yang pernah aku temui.. tidak ada orang yang aku rasa.. tidak akan sukakan  Ain.. dia gadis yang manis... manja.. lemah lembut... hormat orang tua... baik budi bicaranya..

Kami sekampung... dari zaman sekolah.. dia merupakan adik angkat aku... aku dan dia sering berulang alik ke rumah masing-masing.. beza usianya hanya setahun sahaja dari aku... sebaya dengan adik lelaki ku sendiri.. mereka satu sekolah.. cuma aku tidak pasti sama ada mereka juga sama kelas atau tidak... semasa aku di bangku sekolah menengah... aku hanya satu-satu anak perempuan dalam keluarga.. Maka apabila mengenali Ain.. aku rasa gembira.. rasa itu diganti dengan kehadiran Ain dalam hidup aku.. Lebih seronoknya.. hari lahirnya adalah sehari awal dari hari lahir ku sendiri... 12 Julai..

Kisah hidupnya serba sedikit aku ketahui semasa kami masih muda remaja.. percintaan dengan suaminya sekarang aku juga pernah menjadi saksi.. Ain berkahwin pada usia yang sangat muda.. 18tahun.. tamat sahaja SPM.. tidak lama selepas itu dia mengambil keputusan untuk berkahwin awal.. ketika itu aku baharu sahaja menamatkan pengajian matrikulasi tahun 1 di Sekolah Seri Puteri KL.. dan ketika itu aku baharu juga memulakan pengajian matrikulasi tahun 2 di Kuala Pilah..

Kebetulan.. hari pernikahan Ain.. serentak dengan hari pernikahan Abg Din.. Abg Din pula adalah abang angkat aku.. kami juga satu kampung... Syukur sahaja... Nikah Ain selepas Asar.. Manakala Nikah Abg Din pula lepas maghrib... ditambah lagi kedua-duanya mahu aku hadir pada hari bahagia mereka... kelam kabut jugalah terkejar sana dan sini... majlis persandingan pula.. kedua-duanya serentak pada hari esoknya.. namun aku hadiri Hari persandingan Ain.. dan aku tidak ke hari persandingan Abg din... lagi pula mereka berkahwin dalam daerah yang sama.. cuma kampungnya sahaja yang berbeza..

Selepas Ain berkahwin... aku masih bertemu dengannya.. tapi tidak lagi sekerap dulu demi menghormati hidupnya sebagai seorang isteri.. dan mempunyai keluarga.. ditambah pula aku sudah semakin sibuk dengan pengajian di universiti ketika itu... maka kami amat jarang berjumpa... adakalanya jika hari raya.. Ain akan datang ke rumah aku di kampung.. dan di situlah kami bertemu dan bertanya khabar..

Aku rasa.. sehingga aku menulis entri ini.. sudah hampir 10 atau lebih tahun aku tidak bertemu dengannya.. walaupun kami dari di daerah yang sama.. namun kami amat jarang berjumpa... sejak tahun lepas rasanya aku dapat nombor Ain... itupun sekali sekala sahaja kami berbual pendek... selalunya mesej di antara kami... singkat-singkat sahaja...

Sehinggalah seminggu yang lalu aku mendapat mesej ini dari whatapp

assalamualaikum kak XXX, apa khabar?
ain tahu kak XXX baca wsuup ain, tksh sgt dn ain hargai. ain tahu kak XXX sgt sibuk namun bolehkah kak XXX luangkan sikit masa aminnkan doa utk ain....

Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim Ya Karim,
kepadaMu ku serahkan segala takdir hidup dan matiku,
Kau sembuhkan sakitku ini Ya Allah, Kau berikanlah diriku kekuatan menghadapi saat sukar dlm kehidupanku, sejak mengalami bengkak dlm kepalaku ini Ya Allah, berikan diriku sedikit waktu, utkku bertemu dgn insan yg sgtku rindu, Ya Allah, Engkaulah Yg Maha Mendengar Lgi Maha Mengetahui, berikanlah kesempatan utkku bertemunya Ya Allah, ingin sekali ku dengar suaranya menyebut namaku, ingin sekali aku dakap dirinya yg kupanggil Kak XXX,betapa diriku sgt menyayanginya Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Penyayang, berikanlah kasihMU utk kami Ya Allah, sebelum aku menutup mata, biarlah ku tatap wajahnya disebalik gambar ini, tiada daya dan upaya utkku melawan sakit ini Ya Allah, aku redha dgn ketentuanmu...namun berikan daku sikit waktu Ya Allah utk ku menangis saat melihat senyumannya....biarpun kepala ku semakin sakit dan berada ditahap 3, namun aku rela jika takdirku takkan selamanya bertemu dia kakak angkat kesygnku...mohon sampaikan salam rinduku utknya Ya Allah, katakanlah pdnya aku selamanya sygkannya, dunia akhirat, mohon maafkan segala dosa, mohon halalkan segala ilmu yg pernah dia curahkan utkku dulu...semoga dirinya bahagia dan sentiasa dlm perlindunganMU Ya Allah...Ya Rahman Ya Karim...aku x dpt lagi menahan lelah rindu ini.....sekian lama terlalu lama Ya Allah tidak mungkin dpt bertemunya....
moga dia dpt mendoakan kesihatanku kelak dan sembuh dri pembedahan kepala tak lama lagi...
Hanya kepadaMu tempat ku serah segala qada dan qadarku, matikanlah.ku dlm keadaan husnul khotimah...
aaminn ya robbal alamin 😔

 Respon aku... aku menangis... susah untuk aku nyatakan apa yang ada dalam hati aku waktu itu.. bermacam rasa dan fikiran yang hadir dalam diri.. tak tahu nak kata apa dah.. hanya doa sahaja yang dapat aku berikan untuk adik bernama Ain..

Rindu... aku tidak pernah menyangka bahawa kerinduan Ain pada aku amat berat.. aku juga tidak menyangka lamanya tidak bertemu membuatkan dia merindui aku hingga terbeban jiwa raganya... Dalam kesibukan aku dengan kerja.. dengan keluarga.. dan adakalanya aku bergembira dengan rakan-rakan atau insan istimewa... ada di satu tempat seorang gadis bernama Ain.. merindui aku sebegitu hebat...

Kedu.. terdiam.. sedih.. gembira.. simpati.. serba salah.. itulah yang aku rasakan... Apa tah lagi bila mengetahui... adakah lama lagi hayatnya.. adakah akan ada lagi pertemuan selepas ini.. Adakah masih allah panjangkan usianya... semua itu juga turut menjadi persoalan... namun aku tetap percaya.. jodoh.. rezeki.. pertemuan itu.. semuanya kehendak Allah s.w.t.

Bagi mengubati rasa rindu itu.. InsyAllah esok kami akan bertemu setelah sekian lama... sudah aku rancangkan pertemuan dan perkara yang akan kami lakukan bersama esok... kami pasti akan menjejaki masa dan kenangan silam.. zaman sekolah... tempat yang pernah kami kunjungi bersama... menghabiskan masa berbual tentang perkara yang terjadi dalam hidup masing-masing.. menyusuri semua kenangan indah.. pahit.. manis.. untuk kami ketawa dan sedih bersama nanti...

Terlalu tinggi harapan dan kerinduan Ain.. sehingga kadang aku persoalkan.. layakkah aku dipandang dan dihormati setinggi itu... layakkah aku dirindui hingga sebegitu... hingga dia mengangkat aku sebagai idola dia... Namun demi untuk mengembirakan hati Ain.. tentu sahaja.. aku akan biarkan sahaja apa juga yang dia rasakan... sudah tentu sahaja aku mengiakan semua yang dia harap dan mahukan...

Sehingga aku mengeluarkan satu kenyataan pada Ain...
'Selepas ini apa juga yang akak bagi.. belanjakan.. buat untuk Ain.. jangan persoalkan dan rasa terbeban.. Ain adik akak.. Akak kakak Ain... terima sahaja semua itu.. sebagai sebahagian daripada tanggungjawab akak pada Ain'

Esok kami akan bertemu dan dating bersama.. Aku doakan semoga esok menjadi hari indah untuk kami berdua... semoga esok juga menjadi kenangan indah buat kami berdua... pertemuan seorang adik dan kakak... menghapus kerinduan.. mencipta kenangan.. membina harapan yang berterusan...

Doakan buat adikku bernama Ain... semoga dia sentiasa dalam kesihatan yang baik.. dipermudahkan urusannya... diberikan kekuatan dan semangat untuk terus hidup dan berjaya... sentiasa diselimuti kebahagiaan...

Aku sendiri sukar untuk mengungkap bicara hati aku tentang Ain... Apa aku rasa waktu ini... kesusahannya.. cabaran yang perlu dia lalui... semua itu amat berat untuk dipikul... namun aku doakan dia bahagia dalam melalui semua itu... berbicara dengannya buat aku muhasabah diri.. tatkala kita begitu mudah untuk membelanjakan diri dengan makanan dan barangan yang kita suka... ada manusia yang kadangkala terpaksa berkorban dan mengikat perut untuk menikmati semua itu...

Ain merupakan asnaf.. penerima zakat... mempunyai 8 orang anak dengan suami yang bekerja dengan  gaji kurang daripada 3k sebulan.. ditambah dengan Ain tidak lagi mempunyai pekerjaan sejak dia sakit... Ain seorang kaunselor... baju dan makan minum adakala mengharap pemberian orang dan sanak sedara... untuk menikmati KFC sahaja.. perlu kumpul duit kalau hendak ke situ... baju anak-anak pun adakalanya mengharap pemberian orang atau sumbangan zakat...

Ain.. akak sebenarnya sudah hilang kata-kata untuk terus menulis apa yang akak rasa... memikirkan tentang kehidupan diripun.. sememangnya membuatkan akak terfikir betapa senangnya rezeki akak... tidak pernah akak terfikir ada orang yang terdekat susahnya sehingga begitu.. apatah lagi dia adalah seorang adik bernama Ain..

Ain.. dalam seminggu ini... ain sudah banyak membuka mata akak tentang kehidupan.. tentang rasa rindu dan sayang.. tentang erti redha dan bahagia... tentang rezeki dan kesusahan.. tentang hubungan seorang adik dan kakak.. malah juga tentang kasih dan sayang..

p/s Semoga pertemuan esok.. bakal menjadi permulaan untuk pertemuan lain di masa akan datang juga...

Thursday 15 October 2015

Emosi dan fikiran

Salam Tengahari Khamis..

Selalunya bila aku mula menulis di sini.. mesti something in my mind.. kan.. selalu camtulah.. bila ada sesuatu dalam fikiran.. atau aku perlukan tempat untuk meluah rasa.. maka aku akan kembali ke sini.. menulis..

Adakalanya aku risau juga nak meluah rasa.. takut disalah erti atau dianggap... bermasalah hahaha... namun.. bila difikirkan semula... lantak lah... Menulis itu luahan hati... apa yang aku rasa aku tulis dengan rasa itu.. baik rasa rindu.. marah.. sakit hati.. sedih.. kecewa.. semuanya ada di sini..

Mungkin juga salah satu yang membuatkan aku takut.. aku tahu ada di kalangan rakan-rakan yang datang  ke sini.. mengenali aku.. sama ada secara peribadi... dari jauh... atau mungkin cuba untuk menafsir apa yang ada dalam kepala aku.. dan tentu sekali apa yang ada dalam hati aku..

Apa ada dalam hati aku???? Macam-macam buat masa ini... emosi bercampur-campur.. dari sedih hingga gembira... Rindu ada... sayang ada... kecewa ada... marah pun ada... biasalah kita manusia yang penuh dengan emosi kan...

Apa ada dalam kepala aku??? Pemikiran terhadap apa yang aku rasa dalam hati... mengapa emosi aku jadi begitu.. dan fikiran aku mula mencari sebab dan alasan.. malah adakalanya cuba juga untuk mencari penyelesaian... ada yang punya solusi.. ada yang aku sengaja biarkan tanpa jawapan dan ketentuan... senang cite malas nak fikir...

I think this past week.. I become a different person.. aku rasa ada yang perasan aku berubah secara mendadak... aku rasalah.. rasa itu pasti ketara sebab aku yang sebelum ini.. amat berbeza dengan sekarang.. setiap kita pasti berubah... perubahan aku??? buruk atau baik... terpulang pada mereka untuk membuat tafsiran... mungkinkah balik pada diri yang dulu... entah aku pun tak tahu.. luka di hati aku parah aku kira kali ini... sukar aku nak pujuk balik sebenarnya... bila?? entah biar masa sahaja yang pujuk hati aku nanti... aku perlukan masa...

Kerja.. macam biasalah... cuma kelas aku semester ini gila sikit.. setiap selasa kelas aku 6jam berterusan.. subjek yang sama... tetapi kumpulan kuliah yang berbeza.. minggu ini.. aku mengajar nonstop 5jam.. akibatnya... malam itu badan aku sakit-sakit... sakit pinggang.. sakit kaki.. sakit kepala.. ye aku semakin tua dah... tak larat macam dulu...

p/s Aku perlu berehat... tapi malas nak bercuti kemana-mana... walaupun rasa hati nak travel semula... nantilah... belum rancang lagi trip seterusnya.. kali ini trip dengan geng sekolah menengah pulak... tengah nak pujuk diorang kot nak pergi ke kota kinabalu... we'll see nanti camna...


Hati Berbisik- Yuka Kharisma

Lagu ini mengingatkan aku pada lagu ini..

Wishing and Hoping- My best friend wedding

Friday 9 October 2015

Love me or Love me not...

Salam Jumaat

Well.. a busy week.. I was so tired this week.. was out and about.. here and KL.. lots of things need to be settle by the end of the week... Exam papers... work routine.. I was out for work this few days.. was so busy.. plus my body is hurting me.. my mind and heart was hurt inside.. I was so not myself...

Aku seorang yang susah nak marah... tapi kalau terluka hati.. amat susah untuk dipujuk rasa hati... terutama bila menyentuh perkara yang terlalu peribadi... Can forgive.. but I really hard to forget..

Tak tahulah sampai bila aku akan dapat pujuk hati ini...

Melepaskanmu- Sakura Band
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...