Showing posts with label Makan-makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-makan. Show all posts

Thursday, 11 July 2013

Aku tahu korang berpuasa.. tahanlah selera ye..

Salam Pagi Khamis

Semalam plan untuk buat ayam pandan.. Alhamdullilah tercapai objektifnya.. walaupun makan ayam tuh dah nak dekat pkl 8 hahaha.. sebab pkl 7.30 baru nak panggang.. aku cuma makan nugget dan minum air jek dulu.. settlekan solat.. lipat dan gosok baju.. pkl 8 baru makan nasi ayam pandan tuh.. selesai makan.. sambung solat isyak pulak..

Semalam aku rasmikan kuali pemanggang tuh.. jenama yang biasa jek HIG.. bukannya happy call atau pemanggang ajaib gbr ikan.. beli kat Langkawi dengan harga RM55 untuk saiz 28cm.. Kebetulan dah ke sana kan.. so aku ambil peluang beli saiz yang plg kecil 28cm.. dan besar 36cm.. yang 32cm aku beli utk mak aku..

Verdict : memang rasa berbaloi dan senang sangat masak.. walaupun ada kerak tapi mudah sangat nak tanggal.. tolak sikit pakai sudip pun dah tertanggal.. basuh dengan sabun dan air terus macam baru.. lepas nie kalau nak buat segala resepi panggang memanggang amatlah mudah... perap bahan... terus boleh panggang jek..

Resepi untuk Ayam pandan : (Dari My Resipi)

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 1/2 ekor ayam (1kg)
  • * 3 biji bawang merah
  • * 3 ulas bawang putih
  • * 1/2 inci halia
  • * 1/2 inci kunyit
  • * 1/2 inci lengkuas
  • * 2 batang serai
  • * 1 sk ketumbar
  • * 1 sk jintan manis
  • * 15 biji cili padi ( pedas ikut suka )
  • 2 sb santan pekat (optional)
  • 1 sb madu
  • garam, gula dan pak aji ikut secukup rasa
  • daun pandan

Cara-cara

  1. Ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil.
  2. Tumbuk semua bahan bertanda*. Gaul bahan tumbuk dgn ayam, madu, santan, garam, gula dan pak aji.
  3. Buat poket dgn daun pandan dan masukkan ayam dlm poket tu.
  4. Balut ayam dgn daun pandan. Cara bungkus ala-ala buat ketupat palas.
  5. Cucuk ayam yg telah siap dibungkus dgn lidi supaya ayam tak terkeluar.
  6. Potong lebihan hujung daun supaya kemas.
  7. Siap bungkus, goreng hingga golden brown dgn api sederhana.

Bolehlah cuba ye untuk juadah berbuka puasa..Resipi asal ayam tuh kena goreng.. dah memang bila goreng 1 rumah bau wangi daun pandan.. Rasa ada ala-ala satay ayam..

Tapi sebab aku ada kuali nie.. tak yah nak tunggu.. letak dalam kualiti tuh dan tutup..terbalik kan sekali sekala.. tengok dah kering daun tuh dan berkerak daunnya.. boleh angkat... kalau nak bagi ayam tuh golden brown, boleh buang daun pandan tuh dah panggang sekejap atas api dapur.. Masak nugget guna kuali nie pun senang.. tak perlu minyak (kalau nak pun boleh tak yah banyak) letak dalam kuali dan tutup.. terbalikkan sekali sekala tutup.. dan boleh dimakan ;)

Menu petang nie belum nak fikir lagi.. :)

Bolehlah cuba resipi nie petang nie..
Juliet sila bagi resepi kuih raya pemanggang ajaib..
Boleh test makan kat rumah ko raya nanti ehh..

Friday, 8 March 2013

Mencari nasi arab versi sesedap Al-Jazeera Part 2

Salam Petang Jumaat

Bulan lepas aku berkesempatan ke 2 buah restoran nasi arab sekitar Lembah Kelang.. Masih ada baki 2 buah restoran yang belum aku pergi.. dan InsyAllah akan ada lagi misi-misi mencari nasi arab seterusnya..

1- D'Arab Cafe Bukit Beruntung, Selangor

Cafe ini terletak di kawasan Bukit Beruntung. Panduan ke cafe ini senang je selepas exit tol bukit beruntung, ambil simpang ke kiri ke arah Bukit Beruntung beberapa ratus meter ambil simpang ke kanan.. dan tak jauh dari situ ada banyak deretan kedai di sebelah kanan jalan.. Cafe ini sebaris dengan Balai Polis Bukit Beruntung.. Masa aku pergi ada kain rentang yang bertulis.. Nasi Arab.. itulah kedainya..

Cafe ini terletak sebaris dengan deretan kedai-kedai runcit.. tak susah nak mencarinya..

Menu kami order : 
Nasi ayam Mandy untuk 2 orang
Teh arab

 
Rasa makanan : 
Nasinya sedap dan banyak.. diletak dalam pinggan yang besar berserta senduk... cukup untuk 2 orang makan.. kalau nak makan bertiga pun boleh.. Aku suka ayam tandorinya.. nasi ayam mandy ini disediakan dengan ayam tandori yang panas, masih lembut ayamnya, paste tandori pun tidak terlalu kering, just nice.. Menikmati ayamnya mengingatkan aku pada style ayam tandori yang biasa aku makan di UK.. dan juga mengingatkan pada aku paste ayam tandori yang selalu aku gunakan bila nak bakar ayam tandori di UK.. Sedikit sebanyak menikmati ayam tandorinya mengingatkan pada aku Nasi ayam tandori yang biasa aku nikmati di Kebab Mahal Edinburgh dulu..

Teh arab yang dihidangkan sedap bersama buah pelaga hijau, minuman teh sebegini selalu aku nikmati semasa di UK dulu.. cuma bezanya teh arab ini.. tanpa susu.. selalu teh susu yang kebanyakan dihidangkan di cafe atau restoran pakistan akan meletakkan buah pelaga hijau (bukan jenis buah pelaga yg buat masak tuh.. buah pelaga nie yang lebih muda dan berwarna hijau)

Environment:
Cafe ini tidak terlalu besar, susun aturnya ringkas dan kemas, kita boleh melihat dapur tempat mereka menghidangkan nasi dan juga tempat membancuh air.. Lokasi luarnya agak terpencil sedikit kerana berada di deretan kedai-kedai runcit.. cukup berbeza dengan kawasan Bukit Sentosa yang lebih ramai orang dan lebih happening..

Harga : Dalam RM30++ termasuk air.. murah dan mengenyangkan..

Verdict ; Aku suka ayam tandorinya.. 100% memenuhi citarasa ayam tandori yang biasa aku makan di UK.. Nasinya juga sedap dan tidak terlalu kering..

Now 1 of my added fav place ;)


2- Restoran Sam Hadrawadht, Kelana Jaya

Lokasi restoran ini :
Sam Hadrawadht Restaurant
No.23, Jalan SS6/12, In front of CIMB Bank, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Malaysia
Tel: 03-7886 9696
Mob: 017-321 1747
Email: info@samhadramawt.com

Terletak berhampiran UNITAR dan deretan kedai Brothers yang terbesar di Malaysia.. Mudah cari restoran nie, terletak di bahagian belakang Giant Kelana Jaya

Macamana boleh ke restoran nie?/ Sebab ada voucher makan daripada Groupon.. Makan berdua hanya RM38 sahaja..

Menu yang kami makan (ini pakej yang datang bersama voucher):
Nasi Ayam Mandy
Hummus
Salad
Mixed Veg
Sup
Air Vimto


Menu yang kami dapat..

Rasa Makanan:
Nasinya sedap dan ayam seekor tuh cukup lembut, garing diluar dan lembut di dalam..
Hummus ye iaitu kacang kuda yang dihancurkan dimakan bersama dengan roti rasanya sedikit masam dan just nice.. sepinggan je hummus tuh habis.. satu lagi tak berusik.. dalca ye sedap dan lebih enak dimakan bersama roti tuh.. Salad terasa mentah sedikit sebab dihidangkan dengan kobis yang dipotong sedikit tebal.

Environment:

Selesa.. decornya ringkas dan tidak serabut... suasana dalam restoran pun tenang.. hadapan kedai tuh mengadap dataran jalan kaki ke Kelana Mall..

Harga: Kalau makan tanpa voucher standard seperti restoran nasi arab yang lain..

Verdict : Not bad.. jika kebetulan lalu ke Kelana Jaya lagi.. mungkin akan singgah ke restoran ini.. dan kawasan sekitarnya pun banyak tarikan yang lain..


Masih banyak lagi misi nasi arab nie... Ada 2 lagi voucher nasi arab yang belum di 'redeem' lagi.. Aku juga masih belum sempat ke beberapa cafe nasi arab popular sekitar cyberjaya, sri gombak dan danau kota... InsyAllah.. kalau berkesempatan aku akan review lagi..

Thursday, 7 February 2013

Bila teringat Murtabak..

Salam Petang Khamis..

Tinggal 3 hari je lagi nak raya cina.. Ye aku tak celebrate raya cina.. walaupun nenek aku berketurunan cina.. tapi sejak lahir telah dibesarkan oleh keluarga melayu.. Kiranya darah cina secara sahih mengalir dalam darah aku ahaks..

Sejak beberapa hari ini kerap sangat kenangan zaman di UK datang kembali.. Banyak sebenarnya.. terutama bila teringat aku suka window shopping bila balik dari CIS.. apatah lagi beberapa hari lepas snow turun dengan lebatnya kat sana.. kawan-kawan kat sana pulun sakan upload gambar main snow.. main sledge.. hujan air batu.. dan semua benda-benda yang dah 5 tahun aku lalui..

Rindu?? mungkin juga.. tapi semua itu telah aku tinggalkan.. Malas nak menoleh ke belakang lagi.. sebab mungkin selepas Ayah pergi.. kenangan di situ seolah jadi hambar pada aku.. rasa 5 tahun di sana.. dibalas dengan hanya 3 bulan sahaja Allah beri pada aku untuk bersama Ayah selepas pulang ke tanahair.. sedikit sebanyak mengubah rasa rindu aku.. Aku tidak pernah rasa menyesal tinggalkan UK.. walaupun itu sudah sebati menjadi rumah kedua aku.. Dulu sebelum arwah Ayah pergi.. aku selalu teruja dan rindu mengenang hidup di sana.. kini.. menyebut benda-benda yang ada di sana kini buat aku takde mood... rasa rindu aku pada kehidupan 5 tahun di sana seolah tidak setanding dengan rasa 3 bulan yang aku rasai bersama arwah Ayah..

Ok.. tutup sekejap memori duka ini.. bercerita tentang rasa rindu memang sukar nak digambarkan.. benda-benda yang tersirat kadangkala sukar nak dizahirkan dan disuratkan :)

Semalam.. aku rasa macam malas masak.... memandangkan kemarin dah masak kari ayam.. semalam aku rasa kuah kari tuh kalau dapat makan dengan roti canai atau murtabak mesti best hehehe... Mulanya aku sekadar mahu memanaskan roti canai beku yang ada dalam peti ais.. tapi bila terlihat ada kulit popia yang berzaman beku dalam tuh.. hati tergerak nak buat murtabak.. sudah lama sangat aku tak buat murtabak nie.. dulu di UK.. kadangkala sebulan sekali..aku akan rajin buat.. Proses nak membuatnya banyak kerja.. itu yang kadang-kadang rasa malas nak buat.. bila makan.. sekejap jek masuk mulut.. hehehe

So dipendekkan cerita.. dalam malas-malas tuh.. aku gigih jugalah buat inti murtabak.. (versi ini guna kulit popia jek.. aku lagilah tak rajin nak buat kulit murtabak tuh)

Bahan-bahan :
Kulit popia saiz sederhana/kecil
2 ketul daging ayam bahagian dada  (aku potong daging ayam tuh kcik-kecik jek, kalau ada daging hancur lagi bagus)
2 biji bawang besar (sebiji untuk inti dan sebiji untuk masuk dalam murtabak-potong dadu)
2 3 biji bawang putih
4-5 biji telur (bergantung pada isi ayam yang digunakan)
serbuk kurma/kari
garam/gula

Cara-cara membuatnya:

Panaskan minyak dalam kuali
Masukkan bawang besar dan putih yang dah dipotong tadi, goreng sampai agak2 garing.
Masukkan serbuk kari/kurma dalam 1 sudu
Masukkan isi ayam dan goreng sampai masak dan kering airnya.
Masukkan garam dan gula, tutup sejukkan

Ambil 2 biji telur dan pukul hingga kembang, masukkan bawang besar dan masukkan inti ayam tadi.
Agak-agaklah keseimbangan isi ayam dan bawang tadi, jangan banyak sangat.
Ambil kulit popia, letak atas pinggan rata, letakkan bancuhan telur/isi ayam tuh di bahagian tengah.
Lipat kulit popia tuh hingga jadi segi empat, ambil bucu dan lipat ketengah..
Tekan hingga lipatan tuh tutup dan melekat pada telur tadi..
Ambil dan letak bahagian yang berlipat tuh atas kuali yang rata macam biasa kita tengok kat pasar malam tu..  kalau nak buat style lipat atas kuali pun boleh kalau tangan kebal panas ;)
Terbalikkan dua tiga kali hingga masak.. pastikan selalu letak minyak supaya kulit popia tuh lembut..(elok kalau guna berus)

Boleh imagine??? alah bukan susah mana pun.. main lipat-lipat jek.. guna kulit popia... kalau rajin nak buat kulit tuh lagi bagus.. tapi aku bab itu agak malas sikit hehehe...

Rasanya tak jauh beza dengan yang kat pasar malam.. cuma kalau guna kulit popia nie kena banyak sikit guna minyak dan sapu atas kulit popia nak bagi lembut.. tapi bila makan terasa ranggup sikit berbanding kalau makan yang dibeli.. Apa pun makan yang dimasak sendiri memang sentiasa lebih sedap.. :)

Gambar???? Takde..

Aku tak larat nak snap sebab letih sangat berdiri dekat sejam lebih buat murtabak tuh.. berpeluh sakan kat dapur.. Masa buat tuh teringatlah sebab ada 2 3 orang kawan dulu yang rajin suruh aku buat murtabak terutama time bulan puasa dan dekat-dekat nak raya.. Satu lagi.. diorang juga suka suruh aku buat begedil.. dulu suka buat begedil guna kentang dan kacang hijau (bukan kcg hijau buat bubur tuh.. kacang hijau yang besar tuh)..

Bolehlah cuba resepi nie.. atau nak dapat lebih gambaran lagi boleh google jek.. banyak blog yang cerita cara buat murtabak guna kulit popia nie ;)

Deretan tupperware yang kena bawak balik rumah sebab banyak sangat letak kat ofis.. 
Ye.. aku masih lagi rajin bawa bekal sarapan ke pejabat ;) 
Termasuklah bekal murtabak mini pagi tadi

Tuesday, 5 February 2013

Restoran Ikan bakar di Pantai Jeram, Selangor

Salam Petang Selasa..

Buat masa nie..aku tengah rajin nak buat review tentang tempat-tempat makan yang pernah aku singgah.. Hopefully boleh jadi review pada mereka yang nak singgah ke sini..

Kali ini nak review tentang 2 buah restoran ikan bakar yang terkenal di Pantai Jeram, Kuala Selangor. Tempat ini sesak di hujung minggu.. dan ada 2 buah restoran ikan bakar di sini.. kedua-duanya aku dah pergi dan boleh buat perbandingan..

1. Medan Ikan Bakar Pantai Jeram

Ini adalah restoran ikan bakar yang kita akan mula-mula jumpa bila masuk ke jalan pantai Jeram.. Ada pintu gerbang besar yang tertulis, 'Medan Ikan Bakar Pantai Jeram'

Papan tanda (kredit goggle)
Di tepi restoran nie.. tempat parking bot-bot..
Kami dapat tempat duduk dekat dengan area nie.. memang boleh nampak deretan bot-bot yang parking dan menjelang senja boleh ambik gambar matahari terbenam

Sampai sahaja kami terus ke kaunter basah untuk memilih udang, ketam, sotong dan menu yang kami order :

Nasi putih
Udang masak butter
Sotong goreng tepung
Ketam masak cili
Air buah

Selepas itu kami diberikan nombor tempat duduk, kami boleh pilih tempat duduk yang mana kami nak.. Masa nie orang tak ramai sangat... So tempat pun selesa dan tidak sesak sangat

Service : Cepat dan pantas sebab tak sampai 20minit, hidangan dah sampai dan boleh makan dengan gembiranya..

Makanan : Rasanya biasa-biasa jek.. Not bad.. cuma ada rasa kurang terasa masam manisnya..

Gambar ambik lepas makan.. 
BFF kata kurang rasa sikit.. tapi habis juga.. Ahaks

Environment : Selesa sebab dapat tempat duduk berhampiran tempat keluar masuk bot ke laut.. parking yang banyak, kemudahan toilet, surau dan taman permainan kanak-kanak..

Lokasi tempat duduk : Berhampiran laluan bot-bot keluar masuk.. kira dah dekat dengan lautlah.. view memang cantik..

View tepi laut yang sempat aku ambik

Harga : Kami bayar hanya RM78++ dan cukup murah sebab kami pernah order yang menu kurang sikit dari itu di Restoran Ikan Bakar Pulau Ketam.. harga lebih kurang itu jek..

Akan datang lagi : Ya, selepas kami dah pergi ke Aroma Ikan bakar.. kenapa? nanti aku beritahu


2- Medan Aroma Ikan Bakar

Medan ini agak terkenal juga di Pantai Jeram dan jika dikira dengan bilangan kereta yang singgah.. di sini lebih banyak.. sebelum sampai ke Medan Ikan Bakar Pantai Jeram tuh.. belok kiri dan medan nie sebelah kanan jalan.. parking ada sebelah kiri dan kanan..
Entrance ke Aroma Ikan bakar (Kredit Google)


Signboard 


Charge tambahan yang dikenakan untuk jenis tempat duduk.. (kredit google)

Tempat duduk di sini ada charge berlainan.. kalau duduk dalam pondok bambu kena charge RM10 dan RM20.

Kami duduk di tempat duduk biasa yang percuma.. Masa kami sampai nie orang dah mula ramai.. hampir semua tempat duduk penuh dan kebetulan masa kami sampai tuh ada orang dah selesai makan..

Proses di sini sedikit berbeza dengan Medan Ikan Bakar Pantai Jeram.. kalau kat sana.. ambil dulu seafood basah dan kemudian tempat duduk diberikan nombor.. tapi kat sini terbalik..

Kena cari tempat duduk dulu.. baru boleh pergi kaunter basah sebab ramai orang sangat..

Masa kami sampai tuh.. tak tahu ingatkan pergi kaunter basah dulu.. dah ambik semua.. tetiba bila ditanya no tempat duduk.. kami blank kejap.. dah jadi satu keje sebab kena pergi cari pulak tempat duduk.. kebetulan tak lama tunggu dah dapat tempat duduk.. Lepas kami sampai tuh.. ramai yang duk berdiri menunggu tempat duduk... malah tempat kami makan tuh pun.. dah ada 2 group tunggu kami habis makan.. rasa tak selesa jugalah...

Menu kami : 
Nasi putih
Sotong goreng tepung
Udang masak butter
Lala masak cili
Ketam masak sweet sour
Air buah

Makanan : Sedap dan lebih terasa dari di medan ikan bakar pantai jeram.. BFF lebih suka masakan kat sini.. tapi bagi aku pulak.. dua-dua tuh oklah.. boleh jek terima

Service : Lambat sikit.. berbanding di Medan Pantai Jeram.. agak lama juga tunggu hidangan sampai.. sempatlah toleh kiri kanan berpuluh-puluh kali..

Environment: Agak sesak bila hujung minggu.. Penuh bila selepas maghrib dan ramai yang terpaksa menunggu meja yang kosong.. kalau datang tak ramai takpe.. kalau kena ramai ahli keluarga.. lebih baik buat booking dulu.. kemudahan lain macam biasalah.. ada toilet, surau dan parking kereta yang banyak. dan tempat duduk pelbagai.. Yang jenis bambu tuh makan bersila dan 1 meja panjang.. sesuai untuk keluarga yang ramai.. dalam dewan pun ada juga.. ikut yang mana..

Lokasi tempat duduk : Berhampiran dengan pintu masuk.. Agak tension juga duduk kat sini sebab tempat laluan orang keluar masuk.. dan asyik memandang kami makan sebab nak chop tempat bila dah takde meja kosong.. lokasi di belakang sedikit adalah pondok bambu.. berhampiran kawasan pantai.. kena charge RM20 untuk tempat tuh..View area tuh nak kata lawa sangat.. biasa jek.. bukan atas laut pun.. sebab aku pernah pergi makan di restoran atas laut.. di Port Klang, Bagan lalang dan Thailand :) viewnya lebih menarik lagi..

Harga : RM89++.. Bolehlah.. tak jauh beza sangat dengan di Medan Pantai Jeram..

Akan datang lagi? : Maybe.. tapi kena booking dulu.. atau datang lebih awal untuk dapat tempat duduk...

Gambar takde sebab takde mood nak ambik gambar sebab orang ramai sangat.. ahaks..
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Antara kedua-dua restoran nie.. 

Aku lebih suka di Medan Pantai Jeram.. sebab persekitarannya yang lebih selesa.. tak ramai orang.. lebih dekat dengan laut.. takde charge berlainan untuk tempat duduk.. service lebih cepat dan soal rasa makanan tuh.. so far pada aku boleh terima jek... takdelah kata tak sedap sangat.. tempat duduk akan ditentukan oleh pemilik kedai.. takde pening kepala nak cari sendiri meja kosong.. kalau tak suka meja yang kita dapat tuh boleh minta tukar.. takde masalah ;)

Aroma ikan bakar.. Makanan sedap.. terasa.. tapi environment agak kelam kabut dan sesak sedikit bila ramai sangat orang.. makan pun rasa tak selesa.. servis pun agak lambat.. tempat duduk kalau sampai dah penuh.. pandai-pandai cari sendiri atau tunggu meja yang kosong..

Style aku makan.. selain daripada rasa makanan yang sedap.. persekitaran antara perkara yang menjadi pilihan utama aku .. tak minat makan di tempat yang sesak dan ramai orang.. Kalau nak makan juga.. biasa aku lebih suka bungkus atau datang time orang tak ramai..

Apa pun terpulang masing-masing.. Biasa kita lebih teruja pergi makan ke tempat yang ramai orang.. mungkin sebab kita rasa kat sini lebih seronok dan menarik.. Bagi aku teori tuh memang boleh pakai.. tapi pengalaman aku makan di tempat yang sesak nie adakalanya tidak menyeronokkan.. macam servis lambat.. meja kosong takde.. makanan kurang sedap.. sebab tukang masak nak cepat.. ada order tertinggal.. dan macam-macam lagi.. Apa pun.. dua-dua restoran nie.. pada aku ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.. kalau nak rasa happening.. Aroma Ikan bakar memang sesak dengan orang.. dan Medan Pantai Jeram pulak.. lebih selesa dan tidak sesak sangat.. soal rasa makanan pada aku boleh tolerate..

Misi seterusnya .. tengah nak pujuk pulak pergi Muara Ikan Bakar di Port Klang dan Bagan Lalang.. Dua-dua nie pernah pergi masa bujang dulu.. nanti kalau sempat singgah ke sana.. aku buat review lagi ;)

Thursday, 31 January 2013

Nasi Goreng Jakarta di Little Jakarta

Salam Pagi Khamis

Ye aku tengah rajin update blog ;)

Aku belum pernah pergi ke Jakarta.. teringin nak pergi tapi masih belum ada kesempatan.. InsyAllah.. jika ada masa pasti sampai ke sana..

Disebabkan aku telah subcribe pada 2 web berkaitan pembelian barang online secara berkupon iaitu 'Dealmates' dan 'Groupon' maka selalulah dapat macam-macam offer yang best yang berkaitan fashion, brgan rumah, pelancongan dan makan-makan.. Kebetulan hari tuh 'Groupun' ada offer kupon murah untuk makan di 'Little Jakarta' maka.. kami decide nak mencuba ke sana..

Dimana Little Jakarta?

Ia terletak di Jalan Klang Lama di tingkat bawah Plaza Pearl Point Shopping Centre bersebelahan dengan plaza OUG.. kalau dari KL kena u-turn sikit sebab plaza tuh di sebelah kanan dan jalan tuh sesak sikit sebab plaza tuh terletak berhampiran dengan kawasan perumahan.

Alamatnya : GF, Lot 10.23, Pearl Point Shopping Centre, Old Klang Road, 52000, KL
Website : http://www.littlejakarta.com/

Cafe Little Jakarta di Plaza Pearl Point (gambar dari website Little Jakarta)

Cafe ini terletak dalam Plaza Pearl Point di tingkat bawah berhampiran dengan supermarket Econsave.. naik je eskalator sebelah kanan dah nampak..

Parking kat sini tak mahal.. Kalau beli barang kat Econsave dalam harga RM20 ke atas.. tunjuk je bil ke cashier.. parking free jek..

 Apa yang best di sini?

Menu makanannya terdiri daripada menu dari seberang iaitu Jakarta.. antara yang famous ; nasi ayam penyet, nasi rawon, nasi uduk dan nasi ikan tenggiri pepes dan juga desertnya yang pelbagai..

Senang cerita menu-menunya memang versi dari sana..


Masa kami sampai.. cafe nie penuh giler dengan orang.. langsung takde tempat duduk.. majoriti yang datang makan di sini orang cina dan melayu boleh dikira berapa kerat jek.. mungkin sebab kawasan nie penempatan orang cina..

Mulanya dah rasa tak jadi makan kat situ sebab masa kami sampai ramai yang tengah menunggu di luar kedai tuh.. Tapi sebab BFF kata dah alang-alang sampai lalu jem.. dan pusing-pusing cari parking.. Sementara aku pergi beli waffel kaya.. BFF dengan senang hati cakap dia nak pergi tunggu kat situ hehehehe... So rezeki kami.. sebelum waffel aku siap .. dia dah pun dapat tempat duduk dalam cafe tuh dan yang bestnya.. masa kami makan tuh.. kedai tak penuh sangat macam tadi... Just nice jek.. so apa yang kami order...

Yang kami order masa tuh.. Nasi Ayam Penyet, Nasi Goreng Jakarta, Ikan tenggiri pepes dan 2 ais kacang.. (nak order cendol special tapi dah abis..)

Ini ABC yang kami order.. (kredit google)

 Nasi Goreng jakarta yang aku order (kredit dari website little jakarta)  

Nasi ayam peyet tuh dia bagi sambal ayam penyet yang mahaa.. amat.. pedas giler hahaha... BFF terletak banyak sebab ingat tak pedas.. rupanya pedas amat... Nasib aku tak makan.. Kebetulan atas meja kami tuh ada 2 jenis sambal.. Sambal ayam penyet dan sambal terasi..  Sambal terasi tuh tak pedas.. tapi sambal ayam penyet tuh memang pedas giler.. BFF yang kuat makan pedas pun surrender ahaks... Nasib ada ABC yang dapat cover rasa pedas tuh..

Nasi goreng Jakarta pulak.. oklah.. biasa-biasa je macam kita makan nasi goreng seafood...

Ikan tenggiri pepes tuh.. Not bad.. lemak-lemak ikan tapi kurang pedas pulak.. 

ABC memang sedap.. rassanya mengingatkan aku pada rasa ABC yang biasa aku makan masa kecik-kecik lepas sekolah dulu hahaha.. ada rasa-rasa nostalgia sekejap..

Gambar tak banyak sebab tak sempat nak ambik sebab dah lapar sangat.. tapi tak susah nak cari cafe nie.. sebab dalam shopping complex takkan sesat punyalah ;)

Harga yang kami bayar untuk semua tuh dalam RM45++, mulanya tersilap bayar sebab bil yang kami bayar tuh meja orang lain.. nasib baik check bil.. ada orang tukang bayar tak tengok bil.. last2 kena pok pek kejap hahaha...

Environment: Selesa sebab dalam shopping complex.. kalau masa ramai orang sedikit padat dan kelam kabut.. bila time tak ramai orang selesa dan boleh cuci mata tengok orang lalu lalang hehehe...

Service : Sebab masa kami sampai tuh ramai orang.. order lewat sikit.. tapi boleh bersabar lagi... kena faham jugalah sebab staff dia ada 3 orang jek masa tuh dan orang memang ramai giler.. cuma air suam/air kosong yang kami order sampai abis tak sampai.. diorang lupa ler kot... nasib ABC sampai.. :)

Verdict : Makanan - Sedap Not Bad, ABC memang best..

Akan datang lagi? : Maybe.. kalau teringin nak makan versi Jakarta.. atau maybe terlalu dekat-dekat sini lagi..

Etc: Oh ya kat sini ada jual air kotak 'Teh botol' yang biasa jumpa kalau pergi ke Indon..

Kalau nak mencuba.. bolehlah datang ke sini.. :)

Wednesday, 30 January 2013

Mencari nasi arab versi sesedap Al-Jazeera

Salam petang rabu..

Beberapa minggu ini aku cukup teringin nak makan nasi arab.. sejak balik ke tanahair.. hanya 3 kali sahaja (3 restoran) yang aku berkesempatan mencuba nasi arab ini.. tapi so far misi aku GAGAL.. rasa yang sudah sebati sesedap versi Al-Jazeera di Manchester, Kebab Mahal di Edinburgh dan versi Paradise di Glasgows masih belum aku temui.. Cuma nasi arab yang pernah aku makan di USJ hampir memenuhi citarasa cuma portion nasi itu tidak sebanyak yang biasa aku makan..

Entri ini lebih kurang macam review tentang cafe atau restauran nasi arab yang pernah aku pergi..

1- D'Arab Cafe @USJ Subang Jaya

Cafe ini terletak di No. 16, Jalan USJ9/5Q, Subang Jaya.

Aku ke sini pada bulan puasa tahun lepas, sebenarnya nak berbuka puasa di Restoran Murni USJ tapi sebab ramai sangat orang masa tuh.. So kami decide singgah berbuka di cafe nie..


Briyani Arab
Verdict aku untuk cafe nie.. Not Bad.. Sedap.. tapi portion sedikit berbanding yang biasa kami makan.. harga seperti dalam menu tuh.. taklah mahal sangat.. (gambar kredit google).

Kami spend dalam RM40++ termasuk air

Next time boleh makan lagi sebab dengar-dengarnya banyak cawangan kat KL

2 - Sahara Tent @ Plaza Massalam, Seksyen 9 Shah Alam

Sahara Tent ini ada 4 cawangan; KL (Bukit Bintang), Ampang, Putrajaya dan Shah Alam.
Aku ke cawangan di Shah Alam.. Order Nasi Kabsa Chicken dan BFF order Briyani Chicken, Air Teh Lemon Ais.

Verdict : Tak boleh nak habiskan.. sebab terlalu MASIN.... rasa macam setengah kilo garam dalam tuh..
Mulanya rasa macam boleh telan.. tapi makin lama makin pedih lidah aku menahan rasa masin.. akhirnya aku surrender letak tepi.. Nasi ok.. tapi ayam masin giler dan terlalu basah macam ayam dah lama..

Harga : Nasi briyani dan Kabsah dalam rate RM20++ sepinggan dan aku bayar hampir RM80++ termasuk service charge RM10. Harga rasa tak berbaloi sebab tak sedap dan masin.. Keluar dengan rasa kecewa sangat-sangat dan memang takkan datang lagi..

Environment : Selesa dengan decor timur tengah.. tempat duduk selesa.. tapi malangnya makanan OUT..

Selepas itu kami terjumpa restoran yang sama di Bukit Bintang.. tapi aku hesitate nak singgah sebab terkenang insiden di cawangan Shah Alam.. so tak nak ambik risiko maka kami ke restoran sebelahnya iaitu..

3 - Hadramot Restaurant @ Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang KL 

Misi nasi arab diteruskan hingga ke Bukit Bintang.. kebetulan berada di sekitar kawasan nie dan teringin nak ke Ain Arabia (Arab Street) ternampak restoran nie.. kena naik tangga sikit..

Gambar kredit google


Kami order Nasi Mandy Chicken dan Chicken Soup, waiter tuh turut bagi kami roti nie (from google)


Sedap dimakan bersama sup ayam yang agak masam.. (suspek diorang letak yogurt) sedikit liat dan sejuk.. mungkin kalau makan masa panas lagi sedap.. Nasi not bad tetapi ayam tuh tak berapa crunchy sangat.. namun lembut dan bolehlah makan.. Nak kata sedap sangat tuh.. takdelah biasa jek..

Harga : Untuk nasi dalam RM30++ dan sup ayam tu dalam RM10++, total kami kena dalam RM 50++ termasuk air.. Pada aku agak mahal sebab nasi tuh dia charge sampai RM30++ sepinggan kalau sedap aku tak kisah.. tapi bila rasa biasa-biasa jek.. frust sungguh... nasib order 1 pinggan nasi jek sebab portion dia besar dan nasi dia banyak.. Ayam portion sebelah.. kira kenyanglah juga sebab dari 4 keping roti yang dia bagi tuh.. 3 keping jek aku yang makan dengan sup ayam tuh ;)

Environment : Decor simple dan cosy. Decor timur tengah tuh takdelah sangat.. walaupun interior tuh adalah sikit-sikit.. Yang bestnya waiter tuh terdiri dari pekerja Indon.. disebabkan aku duduk menghampiri kaunter dan dapur.. terdengarlah geng-geng Indon nie bersembang.. rasa macam bukan makan kat kedai arab pulak...

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------


So far untuk 3 cafe dan restoran nie.. D'Arab Cafe so far yang aku suka sebab harga yang murah dan rasa yang sedap.. Cuma yang aku sedikit pelik.. ketiga-tiga cafe/restoran arab nie.. kedekut bagi salad.. setakat bagi timun 2 3 keping.. karot 2 keping.. sedangkan nasi arab nie amat sedap dimakan bersama salad hijau, ungu, bawang, tomato, buah zaitun dan timun yang dipotong memanjang dan bukan potong keping-keping camtu.. dan sos pun macam pelik jek.. sebab yang biasa aku makan adalah sos cili merah segar dan sos mint.. dan kadangkala bersama dressing minyak zaitun...

3 cafe yang aku pergi nie.. bila bab salad tuh.. macam mahal sangat timun, tomato dan salad tuh.. boleh kira berapa keping sangat.. 'frust' lagi...

Masih banyak lagi kedai-kedai nasi arab yang belum aku pergi.. Misi untuk mencari nasi arab ini akan diteruskan hingga aku jumpa yang sama dengan citarasa selama 5 tahun makan nasi arab nie masa di UK..

Nanti aku update lagi untuk misi seterusnya :)

Friday, 18 January 2013

Menikmati otak-otak di Bukit Tinjau..

Salam Petang Jumaat..

Pemandangan seluruh bandaraya Kuala Lumpur

Sudah lama aku teringin nak ke sini.. Kiranya setelah puas mengajak dan memujuk BFF .. Akhirnya sampai juga.. Kali pertama dulu tak sempat nak ambil gambar sebab ramai orang... banyak gerai makan yang di letak di tepi jalan..Disebabkan ramai orang.. mood nak ambil gambar pun terbantut.. rasa tak selesa nak snap sana sini sebab asyik nampak kepala orang jek.. Lagipun waktu itu cuaca sedikit mendung dan angin bukit agak sejuk meniup.. Sempat juga mengigil pada skala minima :)

Kali kedua nie tak ramai sangat orang.. sempatlah ambik gambar puas2 sebab meja depan kami tuh takde orang duduk.. Apa lagi.. Aku pun tengah nak testing keupayaan kamera Olympus yang baru dibeli.. Dulu peminat tegar Canon.. tapi masa nak beli.. penjual tuh rekomen Olympus sebab optical zoomnya tinggi.. dan lebih banyak features baru.. Dari segi efek gambar Olympus ada banyak features.. tetapi dari segi 'What you see and what you get' sungguh berlainan.. Apa yang aku tengok di skrin.. bila snap jek.. terus jadi lain.. Agak frust jugalah... mungkin juga sebab aku belum jumpa momentum dan gaya yang sesuai dengan kamera Olympus nie.. maklumlah.. dah lebih 6 tahun aku pengguna setia kamera canon :)

Ok berbalik semula cerita di Bukit Tinjau..

Dimana Bukit Tinjau??

Terletak di Jalan Ampang-Hulu Langat, BT14. Dulu terdapat menara tinjau dan cafe, tapi telah ditutup atas sebab keselamatan. Boleh ambil jalan ke Ampang- Bukit Belachan dan ikut jalan naik bukit ke Hulu Langat.. jalan tu juga boleh sampai ke Jelebu Negeri Sembilan.. Bila lalu situ.. kalau nampak banyak gerai-gerai di sebelah kiri.. itulah tempatnya... Memang takkan terlepas punyalah.. sebab waktu petang memang banyak kereta-kereta dan motor lepak kat sini.. semua bersusun tepi jalan.. memang port budak-budak lepak dan coupling ..


Apa yang best??

Biasanya orang ke sini sebab nak lepak-lepak dan dapat melihat pemandangan sekitar KL dari jauh.. ramai yang kaki fotografi.. suka lepak di sini.. Boleh nampak semua pencakar langit di KL.. Ada banyak gerai-gerai yang menjual makanan.. dari otak-otak, satay, laksa, yang goreng-goreng, burger dan macam-macam lagi.. Bolehlah nak cuba ambil gambar masa matahari terbenam.. waktu petang.. dan keindahan lampu KL di waktu malam...

Sampai-sampai jek.. 
5 keping otak-otak dah ada atas meja kami

Otak-otak yang kami makan
Murah jek.. 
Sekeping 60sen kalau tak silap..

KL waktu malam..
kalau lepak malam new year.. 
Boleh nampak berbunga api ..
:)

Antara gerai-gerai yang ada di sini..
Depan nie kedai jual otak-otak dan sate..


Deretan gerai-gerai di tepi jalan Ampang-Hulu Langat..

Ingin melihat bandar KL yang penuh warna-warni cahaya waktu malam?? 
Bolehlah lepak di sini sambil menikmati makan malam di gerai-gerai.. 
Murah dan halal.. 

Sesiapa yang minat fotografi.. 
Boleh juga mencuba bakat dan merakamkan moment yang menarik di sini.. 
So now.. I have another favorite places to be added to my list...

p/s Kini secara rasmi blog kembara jalanan aku tutup dan pindahkan ke blog ini..
Rasa lebih mudah untuk aku maintain 1 blog sahaja berbanding 2 blog memandangkan tahap kerajinan aku amat tipis sekali hehehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...