Wednesday 29 June 2011

Merajuk tandanya apa?

Orang perempuan nie mudah sensitif kan.. bila hati terusik sikit jek.. Kita mudah terasa hati dan mudah juga merajuk.. terutama kalau insan yang buat kita merajuk itu adalah orang yang kita sayang..

Kalau kita takde apa-apa perasaan pada seseorang itu.. atau kita tak rapat dengan dia.. atau tidak berkawan baik dengan dia.. memang kalau dia buat apa-apa pun.. biasanya kita jarang sangat nak terasa hati.. apatah lagi nak merajuk.. tapi kalau orang yang buat kita merajuk tuh yang istimewa atau rapat dengan kita.. silap cakap sepatah pun kita dah mula tarik muka masam.. kalau lebih sensitif.. terus mengalir airmata..

Namun dalam perhubungan.. perlu juga ada rasa merajuk dan dipujuk ini.. asalkan tidak kerap.. dan tidak selalu.. penatlah orang yang kena pujuk.. orang yang merajuk pulak.. mesti penat juga.. lainlah kalau dia mmg tak kisah nak merajuk setiap jam.. itu aku kategorikan sebab obses.. hehehe.. nasiblah sapa yang kena jadi tukang pujuk tuh..

Aku tanya seseorang nie.. Merajuk tandanya apa? dan jawapan dia.. merajuk kerana marah.. cemburu.. dan sayang... Pada aku.. bila aku merajuk lebihnya kerana aku ambil berat.. dan aku rasa tidak dipedulikan.. setidak-tidaknya merajuk itu cara aku untuk menyampaikan secara berhemah.. yang aku punya hati dan perasaan.. dan kadangkala.. walaupun aku cuba memahami situasi itu.. tapi hati kecil aku tak dapat nak sembunyikan kekecewaan atau kesedihan aku.. maka dengan merajuklah.. aku sampaikan rasa hati aku.. Aku rasa lebih baik aku merajuk.. setidak-tidaknya.. bila kita merajuk tuh... bahasa yang digunakan pun manja2 sikit.. Lebih baik daripada aku marah.. sebab bila aku marah.. memang aku tak dapat elakkan dari meninggikan suara.. sebab bila kita ada rasa marah.. memang kita tak boleh kawal nada suara kita kan.. Sebab itu lebih baiklah aku merajuk.. paling-paling tidak pun.. aku takat ugut manja jek.. dengan suara ala-ala nak nangis.. hahaha... masa tuh.. baru dia kelam kabut sikit... tapi kalau aku marah.. which kadang terjadi jugalah sebab tak tahan dah.. memang rasa terkilan sebab terpaksa tinggikan suara dan lepas tuh aku rasa sedih sangat...

Sekarang nie dah masuk fasa jiwa sensitif.. memang kadang2 tersilap cakap jek dah rasa semacam.. stresssss

Friday 24 June 2011

Mari makan puding karamel dan aiskrim vanila

Salam Jumaat..

Alhamdullilah dah jumaat... kejappp aje rasanya.. Rasa cam baru jek hari isnin... tup2 dah jumaat...

Alhamdullilah juga kerja cover selesai hari nie.. 4 hari cover kerja bersihkan toilet lelaki dkt visitor centre.. udahlah minggu nie minggu busy.. minggu depan pun bz gak.. toilet mmg kena tip top sebab visitor mmg ramai 2 minggu nie.. hari pertama tuh rasa cam tak menang gak tangan.. tapi lepas 4 hari cover kerja tuh.. so far aku boleh manage lagik kerja2 kat department aku.. cuma tak sempat nak mop tangga walaupun tgk tangga tuh mmg dah kena mop.. pejam mata jelah buat minggu depan..

Mood hari nie oklah.. cuma seharian nie melayan kerja sikit2.. selebihnya sembang dengan member sepejabat.. bukan selalu dapat sembang dgn diorg nie.. kalau time bisu.. memang seharian tak cakap.. kdg2 semggu tak cakap langsung.. takat good morning.. dan goodbye jek.. tapi kalau kena mood nak sembang.. 2 3 jam sembang pun takde hal..

Masuk bulan 7 bln depan nie aku mula terima kunjungan tetamu.. ada kwn yang nak menumpang rumah 2 minggu berturut2.. nasib memang kawan baik.. so takde hal sangat.. pepandailah diorang jadi bibik aku nanti kemas umah.. masak.. hahahaha... tak kisahlah.. aku dah biasa sangat dengan diorg nie.. So gonna be busy and hectic day at home.. masak pun semua main fullblast full menu punya lah..


Puding karamel dan aiskrim vanilla venetta..
Memang enak dimakan sejak musim panas masuk secara rasmi 2 hari lepas ;)
Sekarang nie selain makan aiskrim..
Aku pun dah mula nak minum teh tarik jek nie..

Sekarang nie episod kumpul bekas teabag..
Nak letak kat mata utk buat spa treament
Dah 2 orang tegur bawah mata aku lebam ketara sangat2..
Sedarlah diri tak cukup tidur dan tak cukup rehat..
Takpelah..
Nampak aku kuat study kan ;)

Monday 20 June 2011

Minggu cover kerja orang..

Salam Isnin..

Hari nie bermula balik rutin harian.. Kerja.. study.. 2 benda yang dah memang jadi rutin setiap hari bekerja aku.. Lepas kerja tadi.. jumpa Sv aku.. dia minta aku tolong cover kerja orang selama seminggu nie.. dia minta 1 jam dari masa aku.. arghhhhh malas betul lah.. bila dah ganggu masa bekerja aku tuh.. yelah tempat orang kena buat.. tempat sendiri pun kena buat juga..

Buat toilet tadi pun aku dah perasan.. tandas dah mula berabuk.. itu aku baru cuti sehari.. condition toilet tadi mmg teruk dengan kesan tisu sana sini.. aku syak jumaat atau weekend lepas ada function kat tmpt kerja aku.. sebab tgk sampah penuh.. semuanya bekas2 tisu yang disepah sana sini..

Esok mula lah kerja cover mengcover.. uihhh rasa tak sabar nak cuti balik lagik seminggu lebih.. aku dah ambik cuti seminggu.. masa tuh memanglah takde dah fikir pasal kerja.. tapi aku penat berjalan lah pulak.. bukan berjalan apa.. p buat pasport.. nak expired bln 11 nie..

Hari nie rasa bosan dan mengantuk.. monday blues kot.. pastu rasa panas dan berbahang lak.. aku terus rasa cam nak makan aiskrim... nie kalau kat mesia.. ptg nie juga aku p turun kl.. p lepak2 dengan sorg kwn aku nie.. miss betul ler melepak2 nie... kot dapat p makan kfc ke.. p kg baru.. p johnys ke.. hahaha mmg best.. tadi tgk blog sorg kwn nie.. dia p makan steambot.. alahai.. bestlah pulak.. kalau tak.. mesti ptg nie aku paksa pakwe temankan aku.. tak kira kena p juga..

Kalau dapat p mandi air terjun time panas2 nie kan best huhuhu... berangan lah berangan... takpe sat gik aku nak buat air lemonade sejuk... takleh tahan kedahagaan ini hehehe ;)

Arghhhhh bosannya nak kerja esok.. bab2 cover kerja org nie mmg malas.. 1 lagik.. beg laundary aku ilang... aku pun pelik sapa lah yang ambik beg tuh...

Wednesday 15 June 2011

Straight up.. now tell me.. (Eng mode)

I been listening to this acoustic version of 'straight up' featuring Lauren Laine.. It's totally different from Paula Abdul version 'Straight up' which is more catchy and dance beat..



I luv this acoustic version..
The melodies just so 'warm and alive'..

Music always been my closest friend.. I believed most people like listening to music.. just the different between each one of us is the genre.. melodies.. language.. group.. solo.. and so on..

Singing always be the best thing to release my stress level.. and I always sing when I'm alone.. saying word by word.. It's help me expressed what I felt and put my mood along with the melody..

Biasalah mood jiwang sekarang nie.. Jom kita karoke.... 
Tetiba rasa nak pakai seksi camtu gak lah sambil nyanyi2 kat bilik air ;)

Friday 10 June 2011

Bila tidur aku tidak diganggu..

Hahaha tajuk entri cam cite seram jek... Al-maklumlah baru lepas baca review dari si wos pasal cite 'Karak' terus rasa cam seram2 sikit hehehe... Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri.. Ye wos telah berjaya membongkar misteri karak.. oppsss.. melalut dah nie.. Ok wos.. jgn lupa pesanan kek coklat untuk aku setelah roh aku berjaya merasuk diri mu 2 hari yang lepas ;)

Alhamdullilah.. selepas hampir 2 minggu tidur aku yang sering terjaga setiap pukul 2 dan 3 pagi.. Hari ini aku dapat tidur lena hingga pukul 4.34pg lagi 1 minit alarm jam hp aku nak berbunyi pada pkl 4.35pg tuh.. Yang buat aku rasa pelik.. sebab bila aku terjaga tuh aku rasa cam puas sangat tidur.. sebab tidur aku kali nie takde mimpi apa-apa.

Semalam sebenarnya aku cuti kerja pagi.. mungkin itu juga 1 sebab kenapa badan aku tak letih sangat.. tapi walaupun aku tak kerja.. aku bangun awal semalam.. pkl 3pagi aku dah terjaga.. tidur kejap 30min dalam pkl 6.. dan terus terjaga masak sarapan dan bersiap ke uni pada pkl 10.30pg.. Kiranya malam semalam aku tidur pun 4 jam je pun.. cuma malam tadi tuh.. tidur aku lebih 5 jam.. kira standardlah masa aku tidur tuh

Sebenarnya dah 2 minggu tidur aku sangat tidak teratur.. beberapa hari lepas aku hanya tidur 2 jam sahaja.. kadangkala 3 jam.. paling lama pun 4 jam.. Sebab apa tak cukup tidur.. aku bangun agak awal pagi ada urusan sikit.. dan selalunya sebelum nie.. badan aku ok dan boleh adapt kalau aku cover tidur lebih awal.. tapi sejak beberapa hari nie.. walaupun aku dah tidur awal.. tapi badan aku cam tak cukup tidur juga.. semalam pun aku taklah tidur awal sangat.. tapi mungkin sebab aku kali nie tidak terjaga sangat.. maka tidur aku lena hingga pkl 4.34pg td.. Lagi satu sebab aku tak mimpi apa2 pun.. maka aku dapat tidur dengan puas tanpa gangguan igauan fikiran hehehe.. biasa mmg asyik mimpi ngeri dan bukan2 jek..

Lagipun sekarang nie aku takleh duduk dan pejam mata.. idak dalam masa 10saat aku dah leh terlelap tanpa sedar.. itu maknanya badan mmg letih sangat.. tapi otak aku tak bagi aku tidur dan cuba ignore keletihan badan.. Atau mungkin juga kat badan aku nie dah banyak toksin dan asid??? huhuhu.. haruskah aku pergi gym semula nie?? Atau mungkin juga balik rumah jalan kaki selama 50min sebagai exercise harian?? huhuhu.. confirm sampai umah memang aku tidur sampai esok ;)

Hari minggu nie pun tak dapat nak bangun lambat2.. ada jek benda nak kena buat 2 hari nie..

Makan coklat lagik..
Bila nak abis nie ;)

Wednesday 8 June 2011

Jodoh, perkahwinan dan masa depan

Salam Rabu semua..

Sebenarnya 2 3 hari ini aku sering membaca pelbagai kisah di tanahair tentang status perkahwinan dan bagaimana ukuran perkahwinan itu dinilai.. Isnin aku baca tentang laporan akhbar tentang kata-kata naib presiden isteri taat tentang layanan seorang isteri itu seharusnya diletak setaraf dengan 'pelacur kelas atasan'..
Hari ini pulak membaca kisah bagaimana nasib seorang isteri yang dipukul dan ditendang semata2 sebab masakan dia tidak memenuhi tekak suami.. Sebelum itu aku ada membaca pula coretan seorang teman yang teringin merasa bercinta selepas kawin.. maknanya dia tak nak bercinta sebelum kawin kiranya..

Sebenarnya setiap perkara itu bila dilaksanakan haruslah dengan akal fikiran.. dan serta ada rasa tanggungjawab dengan tidak mengikut emosi semata2.. contoh kisah layanan kelas atasan itu.. rata-rata komen yang aku dapat dan baca semuanya marah dengan kenyataan itu.. yelah tugas seorang isteri pun bukanlah takat layanan di bilik tidur.. sekali pun kalau layanan itu tip top.. masih lagi ada benda lain yang perlu si isteri lakukan.. lagipun.. janganlah kita mudah letak dan lihat sesuatu perkara itu di satu sudut sahaja.. Tergamak bila kita labelkan.. kalau nak jadi isteri yang tip top.. kita bandingkan pula dengan sesuatu yang tidak sesuai langsung.. so nanti apa bezanya status isteri dan apa beza status pelacur andai kedua2 itu kita gandingkan bersama..

Selepas itu membaca pula rentetan kekejaman seorang suami pada isteri.. dahlah kwin selama 15tahun.. takkan sebab sedikit kesilapan masakan.. maka isteri boleh ditendang dan diterajang sesuka hati?? Oh.. hati seorang wanita.. selemah begitu sekali ke? untuk dipelakukan sebegitu?? Kita juga punya hak untuk mempertahankan diri.. Jangan hanya kerana kita telah diperisterikan.. maka hak suamilah nak buat apa sahaja pada si isteri.. Maka kita pun ambil sikap tutup mata.. dan merelakan segala kekejaman dilakukan..

Memang benarlah.. isteri harus taat pada suaminya.. tapi ketaatan itu juga ada hadnya.. jangan sehingga menyakiti.. menyusahkan.. Takkan sebab kesilapan kecil sebegitu.. memberikan hak pada si suami boleh buat apa sahaja.. Kadangkala kesian juga bila melihat nasib isteri2 yang berdepan dengan sang suami sebegini.. Kadang mereka tidak punya tempat untuk mengadu atau meminta bantuan.. mungkin juga keluarga yang mampu menolong dan memberi sokongan itu tidak ada lagi.. mungkin juga kawan2 juga terhad.. maka terpaksalah si isteri terima sahaja segala bentuk penangan dan tindakan sang suami itu.. Sedih kan.. Bertambah sedih seandainya insiden ini berlaku pada anak2 kita.. adik-beradik kita.. makcik2 kita.. dan lebih sedih pada kawan-kawan baik kita..

Sebab itu sekali pun kita punya suami.. berkawan itu perlu.. sebab kadangkala bila kita perlukan seseorang untuk membantu kita mencari kewarasan dan sokongan.. pada kawan-kawan inilah tempat kita mengadu.. Keluarga sudah tentulah.. tapi kadang2 hubungan itu terhad atas kesibukan..

Bertambah sedih bila isteri2 yang diperlakukan begini adalah isteri2 suri rumah sepenuh masa.. sudahlah dunia mereka hanya suami dan anak2 sahaja.. tidak ada pergaulan di pejabat.. minda tidak terbuka sangat kerana mereka tidak perlu bersosial dan berurusan dengan orang tempatan.. tidak merasa sangat nak bersolek dan bergaya kerana masa banyak dihabiskan di rumah.. nak melepak dengan kawan-kawan jauh sekali.. nak bercerita pun tak ramai rakan bergosip kecuali dengan jiran tetangga.. kena pulak suami jenis yang panas.. emmm memang sedih..

Sebenarnya isu wanita.. dan isteri nie sejak dulu sering jadi topik perbualan aku dan kawan-kawan baik aku.. masih teringat2 kata kawan aku sorang nie.. "kadang2.. bila suami kita ok.. kita pun ok.. datang pula ujian.. ada orang lain yang cuba goda suami kita.. walhal suami tuh takdepun miang ke apa... tapi bila dah kena goda selalu.. terkena juga"

Cuma doa sahajalah yang mampu kita buat.. moga perkahwinan yang ada itu.. berkekalan hendaknya..

Perkahwinan itu seperti menikmati coklat..

Sebelum makan.. terbayang-bayang keindahan dan kesedapannya..
Dah makan.. masih teringin menikmatinya satu persatu..
Maka kita pun makan sikit-sikit.. dan kadangkala kita kongsi dengan orang tersayang..
Tapi bila dah selalu makan.. lama-lama jadi jemu.. pandang pun tak nak.. lama-lama kita simpan dalam petiais sampai expired..
Terlalu banyak makan pulak.. boleh sebabkan penyakit jika tidak beringat2..
Sebab itu warna asas coklat walaupun ada 2.. coklat atau putih.. tapi punya banyak design dan perisa..
Begitu jugalah dengan perkahwinan.. sama sahaja.. ada 2 warna sahaja.. Hitam atau putih..
Kita kena bijak design dan pelbagaikan selera kehidupan itu..
Andai kita nak gembira.. kita designlah gembira itu..
Andai kita bersedih.. kita cubalah design andai sedih itu jadi muhasabah untuk perbaiki kesilapan dan tingkatkan hubungan kita bersama..
Tapi andainya kita tidak lagi mampu design perkahwinan itu.. sesuailah kita berhenti dan mulakan hidup baru..
Setiap kita berhak mendapat gembira..

P/s: Selesai jek taip entri nie.. coklat kat atas tuh pun abis hehehe.. Sorrylah aku memang takde plan nak kongsi dengan orang lain.. Makan sorang2 juga best ;)

Pesanan khusus pada Wos : Woitt semalam ko kemaruk bersihkan umah sampai pkl 2.21pg.. ko salahkan tukang cuci ye.. Ahaks.. Nampak gayanya tercabarlah status aku lepas nie.. sudah ada yang mahu merampas title ke'cute'tan aku ;)

Monday 6 June 2011

Baru pkl 12.12 tghri.. pesal aku ngantuk sgt nie

Salam Isnin..

Alhamdullilah berlalu lah cuti hujung minggu dan mula balik masuk hari isnin.. Tadi masa lepas kerja aku confused.. sebab selalunya isnin memang habis kerja awal 30min.. mean pkl 9 dah abis keje.. tapi masa nak keluar tadi aku nampak sorang kwn aku duk bersembang lagi dengan pakai baju uniform.. aku dah pelik.. ehhh bkn pkl 9 ke abis keje.. ke pkl 9.30 pastu aku mula check hari nie hari apa.. hari selasa ke?? Lepas tuh rasa dengan yakin adalah hari isnin.. hehehehe.. ntahlah hari nie semua bab2 hari dan kiraan lari sikit.. bila sampai tempat kunci tadi.. kwn aku yg duk bersembang tadi pun dah sampai pondok guard tuh.. uihhh betapa cepat dia p salin baju dan jalan kaki...

Hari nie seperti minggu lepas.. aku kena tolong cover kerja orang lagi.. hari nie pulak cover 2 toilet kat basement.. mean hari nie aku buat 5 toilet pada 4 level yang berbeza.. yang pastinya toilet kat basement tuh aku tak tahulah.. dah bape lama tak pernah di lap dan di mop.. sebab apa aku cakap camtu.. sebab habuk dia tebal bukan main.. dan siap ada sarang labah2 kat celah pintu.. itu tandanya entah berapa lama org yg bersihkan toilet tuh buat lebih kurang..

Sebenarnya aku memang perasan... kalau area tuh yang cover org lelaki.. mmg confirm lah kan.. memang kawasan tuh cam tak terjaga sangat.. bukan semualah lelaki nie ambik lewa.. tapi yang aku sebut nie lelaki bangsa lokal kat sini.. dulu masa aku tolong cover seminggu koridor sebelah di level 6.. aku sampai rasa sakit mata tengok meja staf kat situ yang habuk dia tebal seinci.. itu belum kira plastik sampah yang penuh dengan daki2 kotoran.. cam dah berbulan xpenah tukar.. bila tgk tmpt diorg buat kopi tuh.. aku ngucap panjang.. dia punya habuk.. bukan lagi seinci.. aku sendiri pun tak leh nak ukur bape inci.. seminggu aku cover department tuh.. semua meja staff aku lap.. pantry tmpt buat kopi pun bersih.. plastik sampah clear dan bersih.. entahlah.. nie aku dah lama tak kena cover area tuh.. kot aku kena cover.. I'm not surprised if it like what I had seen before..

Oh ya tadi nak cite pasal mengantuk.. nie bila taip entri nie rasa segar sikit.. lepas makan 1 biji limau atas meja nie.. ada 1 lagi biji nak abiskan.. itu confirm sebelum petang nie mesti selesai masuk perut aku.. pesal aku ngantuk sangat?? sebab aku hanya tidur 2 jam jek hari nie.. entahlah sejak jumaat lagik mata aku cam tak leh lelap awal cam dulu.. sure pkl 1 2 baru nak lelap.. pastu pkl 3 4 aku dah terbangun buat keje sikit.. hari nie aku kira2 aku tidur betul2 ada sejam jek..sebab tuh nie rasa cam pening2 dan mamai2 jek.. cuma tahap aku leh handle lagik.. nie confirm ler malam nie sure aku tidur awal.. back to normal..

Hari nie headset kat ofis dan umah mula buat hal.. nampak gayanya hari nie kena p cari headset baru.. headset nie penting sebab aku mesti kena layan lagu bila nak buat kerja.. udahlah bilik nie semua jenis khusyuk buat keje.. terasa sungguh sunyi sepinya.. itu masa ada orang pun dah rasa sunyi sepi.. time diorg semua takde.. lagik berganda2 rasa sunyi sepi nie.. Petang nie sebelum balik umah memang kena p cari 2 headset.. ada survey tadi.. tapi ada yg mahal dan ada yang murah.. aku cuba cari yg murah jek.. kalau nak ok sikit kat amazon byk.. tgklah mungkin kena beli 1 yang benar2 ok.. itu nnti aku order kat amazon kot..

Ok nak sambung baca.. uihhh rasanya macam makin ngantuk jek kalau aku mula baca nie.. aduhai 
 P/s entah berapa kali aku edit entry nie.. asyik silap taip jek ejaan perkataan yg aku taip.. uihhh nmpk sangat aku mamai dan ngantuk giler nie..

Friday 3 June 2011

Nombor tepon lelaki lain?

Salam jumaat..

Alhamdullilah baru selesai makan tengahari.. dalam masa sejam lebih lagi aku nak kena keluar.. Banyak tempat nak kena singgah nie.. dan aku harus sampai rumah paling lewat pkl 5 petang.. bukan apa kena siapkan projek sebelum pukul 7.30 nie..

Dalam tengahari tadi pakwe tepon aku.. Biasa jarang sangat dia call melainkan ada urusan penting atau dia nak tanya sesuatu jek.. Telefon sebab rindu ke apa ke memang takde dalam senarai ok.. so bermulalah sesi dialog aku dan dia..

Hello

Hello.. Nape bang?

Ada no tepon Chai tak?

Chai mana?

Chai ketua kampung dulu..

Takde lah

No tepon suami Niza ada tak? Sapa nama dia tah..

Oh Azari.. Takde lah bang.. Nape bang.. (Masa nie aku cam berkira2 nak contact guna FB jek kalau urgent sebab diorg mmg ada dalam list fren aku)

Abis no tepon siapa yang dia ada??

Lah abang.. Buat pe nak simpan nombor tepon laki diorang tuh.. Bukan ye ada urusan apa pun nak call diorang.. (Masa nie aku dah gelak dalam hati.. ceh cakap cam baik jek.. ahaks.. memang baik pun)

........ (Dia diam) Nombor tepon Sharifuddin ada?

Yang itu ada.. Aku pun bagilah no tepon abg Din.. (Nombor nie ada sebab ari tuh dia baru jek sms jemput datang rumah kenduri doa selamat)

Lepas tuh aku tergelak kejap.. Bukan apa.. terfikir camna aku leh selamba jek cakap dengan dia.. yang aku takde simpan no tepon laki orang dalam phone aku hehehehe... Bukanlah takde langsung.. tapi takat no tepon suami kawan-kawan baik aku.. atau geng-geng bekas AJK kampung atau komuniti nie memang aku simpan.. tapi jarang sangat aku call melainkan ada urusan penting.. kalau perlu call pun.. selalunya aku lebih selesa call si isteri  untuk aku minta sampaikan pada suami mereka..

 Buat aku tergelak tuh bila dia tanya.. Abis no siapa yang dia ada?? Tuh yang aku tak leh tahan nak menjawab tuh... Hehehehe... Ada harapan untuk simpan no lelaki lain nie... Oppss ;)

Aku tahu korang mesti ada yang terfikir.. ohhhh... no tepon takde.. tapi pesal FB ada?? hehehehehe.. Alah FB tuh takat suka2 jek.. lagi pun FB aku kat sini merangkap wakil aku dan dia.. sebab tuh tadi ada terfikir nak htr jek message kat isteri kwn2 aku tuh nak minta tepon no suami diorg sebab laki aku nak call.. tapi sebab dia pun taknak cakap sebab apa kat aku (which aku suspek nie mesti hal2 lelaki nie.. tah hal apa tah) so aku malas nak offer lah.. karang kena tunggu lak diorg jawab FB tuh tah cepat tah lambat.. kot nanti dia nak urgent kan..

Teringat baru-baru nie seorang kakak.. suggest kat aku.. suruh create akaun FB untuk dia.. tapi aku cam tak tahu nak buat atau tidak untuk dia.. sebab masalah ye dia bukan ye suka layan benda2 FB nie.. chat pun jauh sekali.. masuk internet pun takat baca berita.. layan iklan.. layan ebay.. gumtree.. mudah.com, cari.com .. dia memang tak layan benda2 komunikasi nie.. Kalau dia layan pun sebenarnya aku tak kisah sangat.. tapi dia mmg tak minat.. silap2 karang.. aku create.. aku jugalah tukang jawab.. aku juga tukang approve bagai semua.. nie yang malas..

Oklah.. cukuplah merepek petang jumaat nie.. Selamat berhujung minggu ye..

Ini lunch aku masa hjg bln lepas..
Bekal dari rumah..

Berbicara dari Acer Aspire

Salam petang Khamis,

Buat pertama kalinya aku bersiaran dari meja di ruang tamu.. mengadap tv.. menonton movie 'How to train your dragon'.. Paling utama.. paling utama.. menaip jari jemari ini dari keyboard yang masih bau kedai.. monitor skrin yang masih berbalut plastik melekat.. beralaskan plastik penutup putih.. tapi aku rasa menaip nie keyboard cam kecik sangat pulak.. asyik salah tekan key jek hahaha... pelik sungguh ko rasakan.. maybe sebab dah hampir 5 thn pakai nb dell.. bila tukar pakai acer.. ambil masa nak tune lah jarak key dan juga kadar kepantasan menaip nie..

aku rasa butang shift nie kecik sangatlah.. asyik tekan simbol | | tah bape banyak kali nie hehehehe.. eksen.. oh tadi masa aku duk setting dan install hampir sebahagian dari software yang aku guna di nb dell.. pakwe duk jeling2 jek tengok nb baru aku.. ahaks... Takpe bang.. dinda dah siap2 letak akaun nama abg kat nb nie..kot nak merasa guna.. boleh ler kot.. takpelah.. sabtu nie aku bg dia guna sementara waktu buat rasmikan bau kedai nie.. dan bg pernghormatan ler nak guna nb nie satu hari kot.. hehehehe.. lepas tuh.. dia cuma pandang dari jauh jelah sebab lepas nie aku nak angkut nb nie letak kat bilik untuk buat full time writing thesis..

Like my new laptop??
Tengok jelah ye ;)

Thursday 2 June 2011

Tandas flush secara automatik??

Wah tajuk... taulah nama tukang cuci.. Isu tandas flush secara auto pun leh buat entri??

Bukan apa.. baru jek tadi kawan aku si Nuch nie bagitau.. dia baru jek balik dari tandas tingkat 13 (uihhh 13 tuh ahaks) bila dia angkat jek sit toilet tuh automatik dia flush sendiri.. Aku mulanya cam tak percaya sangat.. sebab dah banyak kali gak aku guna toilet kat tingkat 13 tuh.. tak pernah lak aku alami tandas tuh flush sendiri.. pernahlah perasan kalau masuk situ.. beberapa kali gak toilet sit tuh ada org yang angkat.. tapi tak tahulah itu boleh buatkan tandas tuh flush sendiri..

Dia siap kata dengan aku.. kalau tak percaya.. dia boleh temankan aku pergi tandas tuh dan tunjuk kat aku.. Aku gelak2.. cakap xpelah.. nanti aku pergi sendiri dan tengok.. hahahaha... so nak percaya atau tidak nie???

Ok.. sekarang juga aku pergi tingkat 13 nak p toilet.. nanti sat gik aku sambung entri nie ok... Ahaksss...

---------------------------------------------------------------------------------

Jeng.. Jeng... Jeng...

Puaslah aku tunggu kat tepi toilet tuh.. nan ado lah dia nak flush sendirik... hahahaha... akhirnya kena tarik gak tali pegang nak flush tuh.. Sempatlah gelak sorang2 dalam toilet tuh. hehehehe..

Aku sound balik kawan aku tuh.. mana ada.. aku puaslah tunggu kat situ.. tak terjadi pun.. tapi kawan aku cam tak percaya je.. sebab dia kata dia dah kena byk kali.. aku cakap dengan dia.. 'you might have someone special with you maybe' Dia senyum2 jelah.. dia tetap tak percaya dan cakap nanti kejap lagi dia nak pergi check.. kali nie aku cakap aku pun nak ikut sama.. nak prove teory nie betul ke idak..

Tuhlah pasal toilet pun leh buat cerita entri misteri.. udahlah pagi tadi kitaorg borak pasal 'sin' dari sudut kepercayaan orang Thai.. Sebab pagi tadi dia tanya aku.. dalam banyak2 Mutan dalam cite X-men tuh yang mana aku nak jadi.. Sudah tentu aku cakap nak jadi Prof X.. senang nak lepas viva without correction dan boleh manipulate orang untuk lulus cemerlang dan paling utama leh suruh SV study aku bg aku cepat siap kerja aku hahahaha.. berangan ler berangan... best juga layan kepala imaginasi angan2 mat jenin nie...

Laporan kerja hari nie.. awal pagi tadi aku kena suruh vakum tangga kat basement.. actually bahagian tuh org lain yang cover.. selepas aku setuju nak buat.. masa aku nak buang sampah tadi.. aku tengok Jim yang covr tempat tuh dah vakum siap2.. so takdelah aku nak vakum sangat sebab nanti jadi 2 3 kerja ler pulak kan.. Aku harap dia dah vakumlah.. kot dia tak vakum rasa mustahil sebab aku nampak plastik batang vakum tuh tepi tangga dengan bunyi vakum yang kuat dtg dr arah basement tuh..

Esok dah jumaat.. kejap jek.. Esok juga kena operasi beli kek atau mungkin buat kek.. masih tak tahu lagi nie.. kalau nak jimat buat.. tapi aku bukan reti sangat nak buat kek birthday nie.. takat buat kek pisang tuh anytime jek lulus cemerlang.. ke buat jek kek pisang berperisa coklat?? hehehehe... ok gak tuh kan.. nanti ku fikir2kan camna nanti nie..

Ok kejap lagi aku nak balik umah.. Notebook baru dah sampai... kena pergi ambik kat pejabat bungkusan mail... Satu hari nie proses install software baru ler gamaknya..

Level toilet kat tempat kerja aku..
Sajalah nak tayang papan tanda nie ;)


P/s: Baru jek balik dari toilet tingkat 13 tuh dengan Nuch..
Confirm!!! Takde automatik flush??
So camna dia boleh claim toilet tuh flush sendirik??
Entahlah.. Aku tak nak cari jawapannya.. ahaks ;)

Tengok wayang hilangkan stress.. Berjaya??

Hari ini entah mimpi apa.. kawan baik aku sebilik di Uni ajak tengok wayang.. Beria dia mengajak aku.. ikutkan malas sebenarnya.. tapi mengenangkan cerita yang dia ajak aku tengok tuh adalah cerita yang best X-Men : First Class.. Baru jek semalam tengok preview kat TV.. so aku setuju teruslah.. Disebabkan student card aku dah expired.. so terpaksalah bayar harga dewasa..

Sebenarnya di sini hari ini adalah hari pertama tayang cerita ini kat sini.. Sepatutnya kami tengok wayang pkl 2.40ptg.. tapi sebab sampai pun dah lewat.. wayang time tuh dah penuh.. terpaksalah kami ambil tiket wayang pkl 4.30 petang.. dalam masa 1 jam tuh kami pun pergilah window shopping.. untung juga panggung wayang tuh dah memang tengah bandar... sementara tunggu masa 4.30 tuh.. kami sempatlah jalan-jalan cuci mata sat..

4.15 kami masuk ke panggung.. hampir penuh sit yang ada.. Nasib kami masuk 4.15 tuh.. tak lama lepas tuh panggung pun penuh.. tempat duduk kami pun kira strategik gak lah.. dapat 2 dari tepi.. apatah lagi member aku tuh awal2 dah cakap.. dia memang akan pergi toilet bila wayang dah dimainkan dalam masa sejam setengah.. Aku masih maintain gik duduk kat panggung sampai selesai movie tuh..



 My verdict?? Best sangat2.. Memandangkan aku dah pernah tengok siri X-men yang sebelum tuh.. kiranya cerita yang ini macam flashback camna team X-men nie dimulakan.. Bagaimana Prof X dan Magneto bertemu sebagai kawan baik.. dan bagaimana wujud 2 kumpulan mutan nie..

Mulanya aku rasa pelik gak pesal Mystic tuh asalnya kawan baik Prof X.. tapi dalam cerita2 X-men sebelum nie dia memang pengikut kuat Magneto.. Bila tengok filem nie baru aku faham.. Pastu faham jugalah kenapa Magneto nie berdendam sangat dengan manusia.. dan boleh jadi opposite side dengan Prof X..  Dalam filem sebelum nie mereka nie memang dah jadi musuh..tapi pernah gak terfikir.. kenapa bila Prof X dan Magneto bertembung.. Mereka biasanya nampak boleh bertolak ansur.. cam ada belas ihsan jugalah sikit2.. pernah gak tertanya2.. rupanya ada sebab.. Terutama dalam filem kedua yang mana Prof X mati.. dan Magneto rasa sedih.. Rupanya.. dulu mereka nie memang kawan baik... So now I know why..

Aku enjoy giler tgk filem tuh.. rasa lebih teruja sebab ada 2 accent english dalam filem tuh.. Accent British English.. dan Accent American English.. hahahaha.. lebih teruja sebab dengar accent british english sebab Prof X grad dari Oxford Uni.. lagi satu filem nie juga guna banyak bahasa.. Dari bahasa German, Spanish dan Russia.

Prof X lakonan James McAvoy nie memang best.. Dia nie terkenal masa berlakon cerita 'The Last King of Scotland' baru jek tengok dia berlakon filem nie minggu lepas.. Kevin Bacon pun best lakonan dia.. dengan kebolehan dia berbahasa 3 yang aku sebut tadi.. Tak tahulah kot dia hanya hafal perkataan tuh.. atau dia memang boleh cakap 3 bahasa tuh ;)

Lagi satu kesan khas dalam filem nie aku bagi 5 bintang.. Biasalah kalau dah orang Multimedia tuh.. graphic effect memang aku ye truly observation.. Absolutely magnifico.. superb!! Lagi satu banyak juga ciri-ciri insani (boleh ke sebut insani nieh?? ahaks.. belasah jelah) terserlah pada Prof X.. kiranya walaupun dia tuh Mutan.. tapi dia masih ada nilai insani lah.. berbeza dengan Magneto yang lebih pada rasa nak balas dendam dan jadi lebih dominan dari manusia biasa..

Filem nie secara keseluruhan dari 5 bintang aku boleh bagi 4.5 lah.. really did enjoy it.. tapi kalau sesiapa yang tak pernah tengok lagi siri X-men sebelum nie mungkin rasa cam pening sikit.. but pada aku.. it does make it so clear about the origin of the X-men..

Seronok tengok wayang nie selepas hampir setahun kot aku tengok wayang nie.. rasanya last aku tengok wayang cerita Eclipse dulu.. itu pun bln 6 thn lepas.. semenjak tuh aku memang takde peluang langsung nak tengok wayang.. terutama cerita Harry Potter dan Narnia.. Plan asyik cancel jek sebab masa tuh snow lebat.. so summer nie.. memang cerita pun semua best2.. Apatah lagi tengok dengan kawan baik aku tadi.. Tengok wayang nie memang kena p dengan orang yang memang kaki wayang gak.. dan tujuan mmg nak tengok wayang.. bukan buat wayang ok..

So berjaya tak hilangkan stress aku?? Sedikit sebanyak berjaya juga.. aku seronok sangat sebab kali terakhir aku tengok wayang dengan kawan aku Nuch nie.. tahun lepas dengan kawan aku yang dah balik jepun... itulah last kitaorg keluar tengok wayang bersama.. Esok pun dia ajak aku tengok wayang lagik.. cerita KungFu Panda 2.. belum decide sama ada nak pergi atau tidak.. but maybe.. Lagi pulak sabtu nie aku dah plan nak tengok wayang dengan pakwe gak.. Hari yang kena belanje dia 100%.. No question asked ;) Kalau pergi esok tgk wayang.. mean 3 kali lah aku tgk wayang minggu nie.. uihhh kopak sat duit ahaks ;)

Teringat suka tengok midnite kat mesia.. Kat sini jarang sangat aku tengok Midnite.. hanya sekali je masa tayang cerita eclipse twilight ari tuh.. Nak ajak pakwe pergi date tgk midnite lah camtu.. ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...