Thursday 4 February 2016

Movie review 'Dum Laga Ke Haisha'

Salam

Oh ya beberapa hari yang lepas aku menonton filem Hindi bertajuk 'Dum Laga Ke Haisha'..

Kisah cinta ini agak berbeza dengan kisah cinta hindi yang lain.. kisah seorang jejaka yang dipaksa kahwin dengan orang gadis yang mempunyai pendidikan B.Ed.. lebih malangnya gadis itu berisi dan agak gemuk.. maksudnya secara fizikal gadis ini bukan cantik seperti kebanyakan gadis yang lain.. (walaupun dia berisi.. tapi pada aku dia cute dan comel je.. hehehe). Apabila mereka berkahwin jejaka ini selalu rasa rendah diri bila berjalan dengan isterinya yang gemuk.. hingga bila bertemu dengan rakan-rakan lelaki ini akan mengelakkan diri..

Hinggalah terjadi satu insiden dimana mereka menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka.. lelaki tadi menyatakan betapa bertuahnya rakannya mempunyai isteri yang cantik.. sedangkan dia terseksa hidup bersama isterinya.. ini menyebabkan Sandhya menamparnya dan keesokkannya dia mengambil keputusan untuk bercerai. Malangnya.. hakim telah meminta mereka untuk terus bersama 6bulan.. dan jika mereka masih merasakan tidak serasi barulah penceraian mereka diluluskan..

Maka terpaksalah Prem dan Sandhya hidup bersama lagi selama 6 bulan.. Prem bertindak mengambil peperiksaan bahasa english.. dan dalam karangannya dia menulis rancangannya untuk membunuh diri.. Selepas melalui peristiwa itu.. mereka mula rapat.. Ketika ini juga Sandhya sudah menerima kerja untuk mengajar di Meerut, sebuah tempat yang jauh..  Suatu hari ayah Prem meminta mereka masuk pertandingan 'mendukung isteri'. Sandhya mula menolak kerana merasakan fizikalnya yang berisi itu pasti tidak membolehkan Prem mendukungnya... hinggalah apabila makcik prem menerima panggilan telefon kematian suaminya yang telah menghilangkan diri sekian lama... makciknya meminta mereka untuk cuba berbaik semula dan perbaiki hubungan mereka.. dan meminta mereka untuk masuk pertandingan tersebut..

Ok.. sampai sini.. korang mesti boleh agaklah kan... mestilah akhirnya diorang menang pertandingan tuh.. diorang jatuh cinta balik.. dan tak jadi bercerai.. hahaha..

Kesimpulan cerita ini... banyak kot... cinta tak mengenal apa-apa... dan cinta juga sering diukur dengan material.... dengan fizikal.. dengan kecantikan..

I layan lagu nie..
Sebab masa baca lirik lagu nie dalam bahasa melayu macam sweet je hahaha...
(kat astro lah.. dalam web xjumpa lak)
Love comes in any sizes :)

Lagu : Dard Karaara

khuda se zyada tumpe aitbaar 
karte hain 
gunaah hai jaan ke bhi baar baar 
karte hain 
baar baar karte hain 

I rely on you more than I rely on God, 
I know it’s blasphemy, and still, 
I do it again and again, again and again.. 

tu meri hai prem ki bhaasha 
likhta hoon tujhe roz zaraa sa 
kore kore kaagaz jinpe bekas 
likhta hoon ye khulaasa 

you are my language of love, 
I write you a little everyday, 
blank pages, on which, helpless, 
I write this revelation.. 

tumse mile dil mein utha dard karaara 
jeene laga wohi jise ishq na maara 

when I met you, there was a crisp pain in the heart 
only the one who was killed by love began to live.. 

tu meri hai prem ki bhasha 
likhti hoon tujhe roz zara sa 
kore kore kaagaj jinpe bekas 
likhti hoon ye khulasa 

you are my language of love, 
I write you a little everyday, 
blank pages, on which, helpless, 
I write this revelation..

tumse mili dil mein utha dard karara 
jeene laga wohi jise ishq na maara 

when I met you, there was a crisp pain in the heart 
only the one who was killed by love began to live.. 

abhi abhi dhoop thi yahaan pe 
lo ab barsaaton ki dhaara 
jebein hain khaali, pyaar ke sikko se 
aao kar lein guzaara 

just now, there was sunshine here, 
now see it’s raining here.. 
the pockets are empty, we’ll manage 
with the coins of love.. 

kabhi kabhi aaine se poochha hai 
kisne roop sanwaara 
kabhi lagoon mohini, 
kabhi lagoon chaandni, 
kabhi chamkeela sitaara.. 

somtimes I have asked the mirror, 
who beautified me.. 
sometimes I look like an enchantress, 
sometimes I look like the moonlight.. 
sometimes like a shining star.. 

kitna sambhal lein 
bachkar chal lein 
dil to DheeTh awaara 

however much we control ourselves, 
and walk carefully, 
the heart is a vagrant insolent. 

tumse mile dil mein utha dard karara 
jeene laga wohi jise ishq na maara..

Wednesday 3 February 2016

Teringat.. adakalanya sebab rindu yang datang

Salam

Lama sungguh rasanya tidak datang ke sini.. menulis apatah lagi.. namun seperti biasa bila ada sesuatu yang aku teringat atau menganggu fikiran.. maka ke sinilah aku..

Tahun 2016 dah sebulan berlalu... kini sudah masuk ke bulan 2.. tak lama lagi cuti raya cina pula akan datang dan cuti-cuti malaysia sekali lagi.. buat masa ini belum ada plan untuk kemana-mana.. entahlah tahun ini aku kurang mood untuk travel bercuti.. perancangan sememangnya ada... tapi tempat dan masa sahaja yang belum ditentukan..

Rindu.. teringat.. kedua-dua ini saling berkait... adakala peristiwa lama datang dalam ingatan.. sering juga aku bertemu dengan manusia.. yang mempunyai ciri-ciri yang pernah aku kenal.. cuma orangnya berbeza... nama yang berbeza.. tapi fizikal adakalanya agak sama...

Tahun 2015 banyak mengajar aku erti kematangan dalam persahabatan.. bukan sedikit manusia yang aku temui... yang baik.. yang jahat.. yang ada niat yang bukan-bukan.. namun semuanya aku lalui dan jadikan pengalaman hidup.. adakala aku hanya mampu senyum.. dan adakala juga aku pernah menitiskan airmata..

Teringat ini subjektif.. teringat bukan sebab untuk kembali seperti dulu.. bukan untuk mengulang balik yang telah berlaku.. teringat kerana itu adalah kenangan yang pernah ada dalam ingatan.. indah.. sedih.. semua itu tetap menjadi sesuatu yang membuatkan kita kuat untuk teruskan kehidupan..

Namun dalam setiap pertemuan itu.. aku belajar sesuatu sebenarnya.. belajar untuk menjadi seorang yang rendah diri.. atau adakalanya menjadi seorang yang agak expressive.. ada yang seronok.. ada yang tidak.. tidak ketinggalan juga yang menasihati aku supaya lebih berhati-hati.. minggu ini sahaja aku terima 3 pesanan yang hampir sama.. berhati-hati dalam setiap tindakan.. berhati-hati dalam menilai hati budi orang.. berhati-hati dengan sikap ambil peluang orang lain..

Hidup ini tidak selalunya indah.. namun ianya juga tidak selalunya sedih.. hari yang kita lalui silih berganti dengan semua itu... indah.. sedih.. gelak.. ketawa... nangis.. warna warni.. itulah kehidupan kan.. Rindu akan tetap kekal dalam hati.. terlalu banyak kerinduan.. rindu arwah ayah.. rindukan si dia.. rindukan UK.. rindukan cuaca sejuk salji.. rindukan musim bunga.. rindukan musim gugur... semuanya... dalam hati terlalu banyak rasa yang dipendamkan.. fikiran pula terlalu banyak yang kadang perlu difikirkan..

Persahabatan aku pula... masih kekal dengan sahabat-sahabat lama... namun tidak ketinggalan juga aku juga temui sahabat yang baru.. 2 darinya cukup mencabar pemikiran aku... soalan yang perlu aku jawab.. cara mereka membaca bahasa tubuh aku.. cara mereka 'predict' cara aku berfikir... cara mereka mengagak apa yang aku fikirkan.. buatkan otak aku bekerja keras untuk mencipta dan menjelaskan setiap sitiuasi... paling mencabar.. bertemu dengan sahabat dari Jordan.. sudah terlalu lama aku tidak bercakap dalam bahasa inggeris seharian.. dulu di UK hari-hari hahaha....

Kini kenangan itu membuatkan aku rindukan kehidupan dulu... yang bagusnya sahabat itu mampu membaca seseorang dengan mudah hahaha... aduh..  aku rasa fikiran aku seolah sebuah buku yang mudah dibaca secara terus hahaha... susah betul bila bercakap dengan seseorang dalam bidang strategic planning...

Selamat datang 2016.. terima kasih untuk tahun 2015 kerana mengajar aku tentang erti persahabatan...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...