Salam
Lama sungguh rasanya tidak datang ke sini.. menulis apatah lagi.. namun seperti biasa bila ada sesuatu yang aku teringat atau menganggu fikiran.. maka ke sinilah aku..
Tahun 2016 dah sebulan berlalu... kini sudah masuk ke bulan 2.. tak lama lagi cuti raya cina pula akan datang dan cuti-cuti malaysia sekali lagi.. buat masa ini belum ada plan untuk kemana-mana.. entahlah tahun ini aku kurang mood untuk travel bercuti.. perancangan sememangnya ada... tapi tempat dan masa sahaja yang belum ditentukan..
Rindu.. teringat.. kedua-dua ini saling berkait... adakala peristiwa lama datang dalam ingatan.. sering juga aku bertemu dengan manusia.. yang mempunyai ciri-ciri yang pernah aku kenal.. cuma orangnya berbeza... nama yang berbeza.. tapi fizikal adakalanya agak sama...
Tahun 2015 banyak mengajar aku erti kematangan dalam persahabatan.. bukan sedikit manusia yang aku temui... yang baik.. yang jahat.. yang ada niat yang bukan-bukan.. namun semuanya aku lalui dan jadikan pengalaman hidup.. adakala aku hanya mampu senyum.. dan adakala juga aku pernah menitiskan airmata..
Teringat ini subjektif.. teringat bukan sebab untuk kembali seperti dulu.. bukan untuk mengulang balik yang telah berlaku.. teringat kerana itu adalah kenangan yang pernah ada dalam ingatan.. indah.. sedih.. semua itu tetap menjadi sesuatu yang membuatkan kita kuat untuk teruskan kehidupan..
Namun dalam setiap pertemuan itu.. aku belajar sesuatu sebenarnya.. belajar untuk menjadi seorang yang rendah diri.. atau adakalanya menjadi seorang yang agak expressive.. ada yang seronok.. ada yang tidak.. tidak ketinggalan juga yang menasihati aku supaya lebih berhati-hati.. minggu ini sahaja aku terima 3 pesanan yang hampir sama.. berhati-hati dalam setiap tindakan.. berhati-hati dalam menilai hati budi orang.. berhati-hati dengan sikap ambil peluang orang lain..
Hidup ini tidak selalunya indah.. namun ianya juga tidak selalunya sedih.. hari yang kita lalui silih berganti dengan semua itu... indah.. sedih.. gelak.. ketawa... nangis.. warna warni.. itulah kehidupan kan.. Rindu akan tetap kekal dalam hati.. terlalu banyak kerinduan.. rindu arwah ayah.. rindukan si dia.. rindukan UK.. rindukan cuaca sejuk salji.. rindukan musim bunga.. rindukan musim gugur... semuanya... dalam hati terlalu banyak rasa yang dipendamkan.. fikiran pula terlalu banyak yang kadang perlu difikirkan..
Persahabatan aku pula... masih kekal dengan sahabat-sahabat lama... namun tidak ketinggalan juga aku juga temui sahabat yang baru.. 2 darinya cukup mencabar pemikiran aku... soalan yang perlu aku jawab.. cara mereka membaca bahasa tubuh aku.. cara mereka 'predict' cara aku berfikir... cara mereka mengagak apa yang aku fikirkan.. buatkan otak aku bekerja keras untuk mencipta dan menjelaskan setiap sitiuasi... paling mencabar.. bertemu dengan sahabat dari Jordan.. sudah terlalu lama aku tidak bercakap dalam bahasa inggeris seharian.. dulu di UK hari-hari hahaha....
Kini kenangan itu membuatkan aku rindukan kehidupan dulu... yang bagusnya sahabat itu mampu membaca seseorang dengan mudah hahaha... aduh.. aku rasa fikiran aku seolah sebuah buku yang mudah dibaca secara terus hahaha... susah betul bila bercakap dengan seseorang dalam bidang strategic planning...
Selamat datang 2016.. terima kasih untuk tahun 2015 kerana mengajar aku tentang erti persahabatan...
No comments:
Post a Comment