Seorang adik pernah beritahu aku..
"Ko mmg suke mngelamun kak.. Tu yg kuar ayat2 puitis"
Hahaha.. gelak besar aku bila baca ayat adik aku sorang tuh... haha..
"Bukan mengelamun dik... tapi bila hati akak ada sesuatu rasa.. memang mudah untuk akak menulis rasa hati.."
"Ye akak tau ko baca blog akak... ahaks..."
Menulis dari hati kan berbeza.. kerana apa yang kita rasa.. itulah yang kita tulis.. adakala kita tenggelam dalam rasa hati dan fikiran... maka bila untuk melepaskan dan meluah.. maka di sinilah tempatnya... Selalunya tidak semua aku nyatakan dan tulis.. bila punya kesempatan masa.. pasti sahaja ke sini.. tetapi seringnya aku tidak punya masa.. dan rasa itu turut terlupa dan dilupakan..
Hidup mesti diteruskan... Aku dah redha... walaupun terlalu pahit untuk ditelan dengan semua rasa dan peristiwa yang terjadi.. Itulah kehidupan.. kadang peristiwa lalu buat kita jadi lebih kuat untuk menghadapi dugaan yang lebih kurang sama...
Senyum.. gelak.. ketawa.. namun dalam hati tetap menangis... tapi 'sakitnya tuh di sini' tidak lagi sekuat minggu lepas... cuba fikir positif... cuba fikirkan bahawa dalam dunia ini.. semua yang terjadi pasti ada sebab.. pasti ada hikmahnya...
Ada seseorang yang pernah buat aku begitu menghubungi aku baru-baru ini.. kata dia.. adakala dia terpaksa melakukannya kerana tidak mahu melibatkan orang lain... Aku turut persoalkan... adakah itu sebab tidak mahu melibatkan orang lain.. atau sebenarnya pentingkan diri sendiri?? Haha.. kitorang confront juga dalam whatapp.. setelah benda ini telah lama aku nak luahkan... in a way.. its good sebab benda2 yang aku fikir dan rasa selama ini.. dah terluah pun... marah??? takde dah... cuma rasa kesal... banyak juga rentetan peristiwa yang berlaku sepanjang tindakannya itu.. arwah ayah takde.. kawan 9thn tinggalkan aku.. hari lahir aku tahun lepas... walaupun kitorang nie selalu on.. of... tapi tetap juga berkawan.. haha.. marah-marah pun.. tetap kawan juga.. cuma nak kawan cam dulu.. aku agak berhati-hati... takut sakit hati balik... Aku harap dia pun faham dah aku camna...
Bercerita pasal kawan ni.. memang seribu satu kisah dalam hidup aku.. haha... macam-macam orang dan perasaan yang aku jumpa.. yang gila... yang mereng.. yang extreme.. yang obses ngan aku.. yang baik.. yang penyayang.. yang pemalu.. yang direct macam aku.. yang selamba.. yang sempoi... tapi ending ye ada yang kekal kawan sampai sekarang.. ada yang aku elak dan diamkan.. ada yang gaduh.. pastu baik balik... ada yang aku percaya.. tapi tercalar sedikit rasa percaya aku.. terus aku terasa hati.. Ada yang aku rasa buang masa terasa hati.. pastu aku sentiasa positif dengan dia.. tapi bila tak puas hati.. kelebihan dia adalah.. dia sanggup dengar luahan hati aku.. hahaha... kawan aku yang sorang nie aku memang respek... sebab selalunya bila aku fikir nak terasa hati.. mesti lepas tuh aku fikir aku buang masa je.. sebab??? dia jenis selamba je.. ko merajuk pun.. tak guna sebab nanti dia wat tak tau je.. pastu ko pulak kena pujuk hati sendiri... so selalunya aku endup.. lupakan rasa terasa hati.. dan move on... hanya sorang je dalam dunia nie yang aku boleh buat camtu.. dgn dia nie je haha...
Dalam blog ini memang sering sangat aku cerita tentang apa aku rasa.. tentang apa yang dalam fikiran aku.. dan sering juga aku ceritakan tentang kisah sahabat-sahabat aku.. laki ke perempuan ke.. sama sahaja sebenarnya...
Apa pun kita teruskan kehidupan dengan senyuman... melangkah dengan kekuatan... Aku sering sebut pada diri.. Tidak ada kerugian untuk orang yang sabar... Pasti ada sesuatu untuk kita nanti..
Adakala kebaikan yang kita berikan pada orang.. tidak semestinya kita dapat balik kebaikan itu juga dari orang yang sama.. Selalunya kita dapat dari orang lain... Ini selalu menjadi prinsip aku.. terutama bila aku rasa kecewa atau penat melayan sikap kawan-kawan yang kadangkala pentingkan diri.. yang hanya mahu keutamaan untuk mereka... Sabar jelah..
Senyum walaupun sebenarnya pedih haha... tapi.. tetap senyum kerana hidup ini singkat untuk ditangisi.. tapi seharusnya ditempohi dengan gelak ketawa dan gembira...
Ronnie Hussein- Dikoyak Waktu
Lagu fav aku
Aku suka lagu ini dari kali pertama aku dengar lagu ini di Hot FM..
Lagu fav aku
Aku suka lagu ini dari kali pertama aku dengar lagu ini di Hot FM..
6 comments:
Akk blh jd penulis novel ni hehehe.
Ckp psl kwn, sy punya 2 org kwn yg blh dikategorikan sbg bff. Sudah lebih 10 thn berkwn. Sy ni boleh dikatakan sbg pendengar yg setia dan mmg suka dgr bila kwn2 luahkan mslh atau bercerita. Tp bila sy nk bercerita atau nk luahkan mslh tiada dia antara mereka tg sudi dengar. Mula2 tu dengar la pastu buat2 ada hal la . Sedih betul. Jd sy pun sekadar berkawan je lah x anggap bff sgt. Bila dh kawen suamilah jd bff sy.
Marina
Alhamdullilah ada hb yang leh jadi bff.. tapi biasalah kawan nie bila sudah ada kehidupan sendiri.. mmg kadang susah nak kita mengharap sangat kerana mereka pun sibuk dengan keluarga..
Akak pun ramai je kawan yang camtu.. bila diorg ada masalah.. kita tadah je telinga untuk mendengar.. bila kita lak ada masalah.. kita sampai kena tarik telinga diorg pulak hehehe
Salam,
My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com
Thanks :)
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
tengah boring2 ni.. terjumpe blog sis ni... mmg dalam hati ada tanam sungguh... ada bakat terpendam sungguh... sis, jom la singgah blog saya juga.. saya ada share tips kekal menawan... jommm... >>>Kekal Sihat Berseri dengan ayupureslim! <<<
mengelamun best
Post a Comment