Friday 30 September 2011

Bila hati gembira.. kita ketawa.. Bila hati sedih.. kita menangis..

Salam Jumaat..

Alhamdullilah sudah sampai ke penghujung minggu kan.. Kerja tukang cuci pulak maintain seperti rutin harian yang biasa. Cuti aku belum decide nak ambil bila.. tapi minggu depan nie confirm aku dah kena apply.. aku kena ambil cuti sebelum 17hb nie.. so.. have to decide.. nak cuti pun susah sangat ke????? hahahhaa... sampai kawan aku bebel bila tahu cuti aku ada 17hari lagi.. lagi 3 bln nak abis thn 2011.. giler kuat aku keje kan.. tgk keje tukang cuci pun aku masih workholic kan.. agak2 thn depan aku leh dapat tak 'perfect attendance' lagik dak??? Kalau yeah.. mean 3 years in a row.. Haruslah bak kata pakwe aku.. 'Nanti frame semua surat dapat award tuh tau'... Mana tak bangga hahahaha.. seorang anak malaysia mampu dapat anugerah gitu.. sedangkan kawan2 mat minah saleh pun tak semuanya dapat... (ok lepas nie berazam pulak dapat anugerah cemerlang buat kali ke2 pulak ok)

Semalam ada seseorang kawan aku tanya... sebenarnya soalan begitu dah biasa aku dengar.. Bukanlah satu soalan yang tak biasa..

'Meh Cepatlah balik... nanti kita tunggu kat airport ok'..

Dan dan tuh juga....

Bila baca tulisan tuh kat mesej box dia..

Aku terus rasa sedih...

Lebih parah..

Aku terus tak leh tahan airmata aku...

Sensitif rupanya jiwa ragaku ini...

Oh.. kenapa.. mengapa...

Salah satu sebab.. aku dah terlalu rindu..

Airmata terus keluar non-stop.. Sampai kawan aku panik...

Hahahaha.. Tuhlah.. tapi aku tak salahkan dia.. sedikit pun tidak.. Dia tidak melakukan sebarang kesilapan.. Soalan itu ikhlas dan mungkin sekadar mahu bergurau senda tanpa sedikitpun niat untuk buat aku sedih..

Tapi bila kena pada aku yang punya jiwa brutal aka 'dalam hati ada taman nie' maka.. sedih aku terus datang tetiba... Maka mengalirlah airmata aku hahahaha.... Mungkin sebab aku dah lama sangat tahan kot...

Lepas kesat airmata.. aku mampu dah gelak2... sebab tengok kawan aku panik tuh jenuh memujuk aku.. ahaks... Biarlah.. cam aku cakap sebelum nie... aku mudah cool dan juga naik angin.. so no hal lah beb..

Apa sebenarnya aku nak cerita nie... Nak cerita aku nangis ke?? Nak cerita aku sedih ke?? Yup lebih kurang gitulah.. tapi sebenarnya yang aku nak ulas adalah.. perasaan dan hati manusia... Kita tidak dapat lari mempunyai rasa.. kadangkala dalam kita bergelak ketawa bergurau senda.. kadangkala kita tak terlepas tercakap benda-benda yang mungkin buatkan kawan-kawan kita terasa hati.. kebetulan mungkin pada ketika itu gurauan yang kita kata itu.. benar-benar terjadi pada dia.. atau sedang dia alami tapi dia pendam dalam hati.. atau dengan bahasa brutalnya.. 'terkena hidung dia' so.. niat asal si kawan nak bergurau tadi dah jadi serius.. dah jadi salah anggapan pulak...

Seperti kes aku semalam.. Sampai kawan aku panik.. berulang kali dia minta maaf... Aku tak salahkan dia sedikitpun.. sebab aku tahu dia tak sengaja dan dia tak tahu bebanan hati aku.. dan dia tidak tahu yang aku begitu rindu nak balik.. hinggakan soalan yang biasa org tanya pada aku selama nie.. aku tak pernah ada hal pun.. tak pernah kisahpun.. tetapi semalam.. soalan itu jadi terlalu sensitif buat aku...

Balik.. sapa tak nak balik... rindu sapa tak rindu.. sedih.. sapa tak sedih.. nak makan best2.. sapa tak nak makan cendul.. nasi gorg ayam.. nasi paprik.. nasi ambeng.. masakan air tangan mak.. buah rambutan 5 6 pokok kat laman rumah mak... sapa tak nak.. sapa yang tak nak kan kan...

Biasakan kadangkala peristiwa begini terjadi.. kadangkala bila kita terlalu rapat sangat pun.. kadang kita terlupa sensitiviti kawan-kawan kita.. apatah lagi bila kita bercakap dengan dia.. paling mudah pasangan kitalah.. baik suami isteri atau kekasih hati.. kita juga jadi mudah terasa hati dengan dia.. atau dengan kawan rapat paling tidak.. dia tak wish happy birthday pun dah terasa hati.. dia lambat sikit pun dah membara.. dia tak jawab apa kita tanya pun.. rasa nak bukak-bukak mulut dia bg cakap.. hahaha... 'Lagikan lidah lagi tergigitkan..' 'Lagikan telan air liur sendiri pun leh tersedak'.. 'Lagikan bulu mata leh masuk mata sendiri'.. dan banyak lah.. lagi dan lagi dan lagi itu.. ;)

Hari ini pulak.. Aku call seorang kawan aku nie.. Sebab semalam aku lewat balas sms dia sebab aku ada hal.. aku perasan sms dia pun dah 2 jam lepas dia hantar.. dia ada hal urgent nak cakap dengan aku.. tapi aku tak reply2.. dan tak call2... Aku call semula semalam tapi dah lewat.. dia dah tidur.. aku hanya hantar sms minta maaf sebab aku benar-benar ada hal lain masa tuh..

Tadi masa berbual dengan dia.. Dia beritahu aku.. Semalam dia amat terasa hati dengan aku.. Yelah dia sms 2 3 kali sebab ada benda urgent nak cakap.. tapi aku boleh diam tak reply.. sedangkan dia tahu perangai aku.. biasanya aku mesti akan jawab dan call dia.. Aku selami hati dia ini.. Semalam orang buat aku sedih... Hari ini.. aku pulak buat orang sedih.. See... aku sendiri pun tak berniat nak buat begitu.. cuma aku ada hal.. bukan aku sengaja kan.. dan dia juga dah cukup faham perangai aku bagaimana... tapi walaupun dah faham perangai dan tingkah laku aku.. terasa hati.. tetap terasa hati kan.. dan bagusnya.. Aku suka orang yang berterus terang dan beritahu aku.. walaupun benda itu pahit nak terima.. walaupun terasa berasap telinga.. walaupun hati rasa sedih.. tapi.. 'it's better to know now than later' kan.. or..'know now or never'

Bersahabat begitulah.. asam garam kehidupan.. setiap hari kita lalui hidup dengan kawan-kawan dan keluarga.. setiap hari merekalah yang mencipta kenangan dan peristiwa dalam hidup kita.. setiap hari juga merekalah yang paling bermakna dalam hidup kita.. bersama mereka jugalah kita bina sifat, sikap, rasa, hati, hubungan dan masa depan...

Siapa kata..

'Aku takde kawan.. aku masih boleh hidup sorang-sorang..'

'Aku takde family aku.. Aku boleh bahagia'

'Aku lebih suka solo.. takde orang ganggu hidup aku.. kacau hidup aku.. kisah hidup aku.. ambil hal tentang diri aku'

Adakah orang begini benar-benar bahagia.. benar-benar rasa aman damai tanpa kawan.. tanpa keluarga di sisi???

Tepuk dada tanya hati kan..

Tapi jangan tepuk kekuat sangat nanti sakit dada lak ;)

Bunga Poppy
Aku petik time pkl 6.15pg semalam hahaha..
Seram juga masa tuh
Petik bunga time pagi2 sebelum matahari terbit..
Terus cakap dalam hati minta izin..
Manalah tahu kan..
Yelah bangunan dan kawasan tempat kerja aku tuh dah wujud sejak tahun 1822 lagi tau..
;)

Wednesday 28 September 2011

(Eng Mode) Quote: Love for men & women..

Happy wednesday..

I read this quote from a friend wall in FB.. and I started to laugh..  Oh my.. How true.. and so so true..

What women should know : 
A man who truly loves you will never let you go, no matter how hard the situation is.


What men should know :
A woman who truly loves you, will be angry at you for many things, but will stick around.

Why did I said it's so true.. well it happen to me recently.. and I believed that for women.. we tend to get angry easily even it's just a simple and small things.. I remember sometimes ago.. when I was so angry at him about something.. and we really get into big fight.. and at the end of that conversation I endup just by saying:

'I'm so angry because I cared... I cared about you and because I love you so much.. If I didn't care.. if I didn't love you as much as I already have.. I'll not waste my time worrying about you.. and spend my time thinking and argueing with you'

A really and dearly good friend said to me recently..

'When our heart are full with love.. and we love someone dearly.. cared about them so much.. then we tend to get our feeling hurt easily.. we tend to get angry even at the smallest matter.. sometimes even at things that by logical thinking we shouldn't be angry about..'

That friend as well talk about 'right' or 'Hak' when we loved someone.. I used to think about the same thing.. but when a friend explained it to me about it.. I seem to agree..

'When we love someone.. or when we given our heart and soul to someone to love us back (especially husband & wife).. we always have the right to ask.. to question.. to argue.. to get angry.. or even get upset with whatever the person that we love do..'

'When I give my heart to someone and I truly love that person so much.. it means that I already given him/her the right to involve with every single things in my life.. That person have all the right to do anything as long as I feel okay with it.. as long as I accept it..'

So what says all of you..

Do you agree???

Winter Sonata tahun lepas..
Dengarnya salji akan turun awal bulan Oktober nie..
Gosh.. Another winter
Another cold weather
Another slippery road
Another memories

Tuesday 27 September 2011

Sahabat.. Utamakan kualiti bukan kuantiti..

Salam Isnin..

Semalam Uni aku cuti.. cuti bulan september di sini.. tapi pagi aku masih kerja lagi... Lepas kerja.. kawan yang tumpang kereta aku.. Ajak pergi carboot dan piknik.. so balik dalam masa 1 jam.. aku sempatlah masak nasi goreng.. sayur bayam.. goreng sosej dan lauk ayam masak lemak cili api.. Carboot tak banyak sangat macam hari ahad.. but oklahlah.. dapat benda yang xde plan nak beli pun.. hahaha... yang sakan beli beg imitate LV yang memang cun.. baru lak tuh xsampai pun rm30.. aku tengok sekali jek.. belek2 terus beli.. beli 2 terus.. kawan yang tengok pun terkejut.. aku jenis camtu.. tengok berkenan takde nak belek2 lama2.. last.. gerai makcik tuh abis stok LV dia hahaha... kekwn sama kitaorg borong semua.. mesti makcik tuh happy sokmo.. walaupun tiruan jek.. tapi mmg murah berbanding kalau aku beli jenama sini yang jenis murah2.. malah yang brand biasa2 jek aku pernah beli lebih mahal dari jenama tiruan LV tuh.. pergi Milan & Paris aku lalu jek butik LV tuh.. masuk pun idak.. P Venice pun.. ada org jual yg tiruan pun paling kurg 10euro.. nie semalam beli baru £6 jek.. sampai disebut kawan aku pagi tadi nyesal tak beli banyak semalam.. sebab kalau takat nak bagi org tuh dah murah sangat2..

Jumaat lepas aku ada remove sorang adik nie kat FB.. asal ceritanya sebab aku dengar dia ada bawak mulut bukan2 pasal kawan baik aku.. actually dia nie dulu datang sini sebagai helper untuk jaga anak kwn aku selama 6 bulan.. masuk sebagai visa visitor... banyak dah sebenarnya student malaysia yang ambik helper sambilan camnie.. takde pilihan kan sebab suami isteri kan study.. nak tak nak kenalah import adik beradik atau keluarga datang untuk duduk selama 6 bln.. kalau takde terpaksalah pula cari sapa2 yang sanggup dan akan dibayar gaji..

Nak dijadikan cerita.. kawan aku ni dapatlah helper nie.. adik nie kawan pada adik kawan aku sorg lain.. yang tak bestnya.. minah nie memang suka bawak mulut.. Geram juga.. udahlah kwn aku tuh byr passport dan tambang datang ke sini.. bila duk sekali dgn kwn aku.. buat rumah tuh macam hotel jek.. bgn tghri.. memanglah kan dibayar untuk jaga anak dia.. tapi ko anak dara kan.. takkan kerja rumah tak nak tolg sikit2.. nie idak.. ingat duk umah tuh makan minum jek.. hari mggu keluar jalan2.. balik lewat2 malam.. dia ingat datang sini sebab nak p bercuti.. walhal dia dibyr gaji untuk jaga anak org.. dan secara logik dan akal fikiran.. ko pun tahulah bawak diri tolong apa2 yang patut.. nie idak.. melepak rumah org lain bukan main rajin... siap tolong macam2 lagik.. rumah kawan aku tuh.. basuh pinggan mangkuk pun tak nak tau.. Masa kes kawan aku nie kena ngan adik nie.. aku dan kawan2 aku kesian sangat2.. sebab kawan aku tuh tensen sgt.. udahlah dia tuh jenis tak banyak cakap.. jenis pendam jek.. dan antara sebab aku selisih faham dengan kes kwn aku yang pernah aku cerita dulu tuh.. sebab mulut minah nie jugalah sebenarnya..

Cumanya kesabaran aku masa hari jumaat hari tuh dah sampai hadnya.. sebab benda2 yang dia buat kat kawan aku rupanya teruk sangat2.. selama nie aku duk dengar cerita jek.. tapi takde tahu detail bendanya.. tapi bila helper baru yang ganti minah tuh datang.. rupanya adik nie cucuk helper tuh supaya jadi macam dia juga.. tak bagi buat kerja rumah.. kutuk2 kawan aku nie suami isteri.. kutuk anak dia yang katanya manja sangat.. aku dengar ngucap panjang.. terus aku cakap ngan kwn aku.. kalau camtulah gayanya lebih baik aku remove dia dari list aku.. sebab aku tak suka berkawan dengan org camnie.. Cukuplah dia bawak mulut sebabkan aku dan kwan aku tuh berselisih faham.. nie tambah pulak dia mula cucuk2 orang lak.... nasib budak helper baru nie memang baik.... mula2 tuh dia cam confused gak.. tapi lama2 aku tgk dia ok dah.... last2 dari dia jugalah yang dia bercerita pasal kes2 adik tuh cucuk dan mengata2 kawan aku.. bukan takat kawan aku.. tapi ngan aku dan kwn aku sorg lagi pun kena sama..

Aku cakap dengan kawan aku.. kalau boleh remove.. remove jek sebab nanti dia akan jadikan medan FB apa yang kita buat kat FB tuh bahan kutuk dan bahan untuk jadikan isu.. sebab itu aku tak suka sangat org camnie.. banyak kali dah aku beritahu kawan-kawan aku.. tak ramai kawan pun takpe.. janji yang ada bersama kita adalah kawan2 yang kita tahu kualiti dia.. kuantiti ramai dan banyak pun takde makna.. bila senang nah.. semua datang bertandang.. bila susah.. semua lari nak selamatkan diri masing2..

Seperti aku pernah cakap dulu.. aku bersahabat dengan orang aku tak pernah ada niat lain.. Sama seperti kawan aku si S nie.. Dulu ye aku amat rapat dengan dia.. terlalu rapat... dia sakit ke susah ke.. akulah 1st yang akan sampai ke rumah dia.. hatta nb dia rosak pun.. bukan dia dtg umah aku.. tapi aku yg p umah dia betulkan nb dia.. hby dia kena H1N1 dulu.. hby dia baik jek kluar hospital.. aku ngan hby akulah 1st dtg umah dia lawat.. walaupun masa tuh ramai kwn2 cam tak nak singgah lawat sebab takut berjangkit.. aku takde kisah pun hal2 tuh.. name it lah.. tapi atas sebab mulut dan penilaian pada cakap2 org lain.. persahabatan selama 4 thn itu kawan aku si S nie boleh letak ke tepi.. Sayangkan... dia kenal aku 4 thn.. takkan dia tak tahu lagi hati budi dan perangai aku.. dia kenal minah tuh 2 bln.. trus dia percaya cakap budak tuh mentah2... Sebab itu dulu aku redha bila akhirnya aku terpaksa mengalah untuk beri dia laluan dan bagi dia peluang untuk terus dengan ego dia.. Aku malas nak tegakkan kebenaran aku walaupun aku tahu benar duduk pada aku.. Alasan aku mudah.. aku ko kenal 4 thn.. dalam saat ko susah.. ko senang perangai aku dan sikap aku pada persahabatan tuh xpernah berubah walau sedikit pun.. tapi dia.. atas hanya kesilapan kecil dan percaya pada org lain.. begitu mudah letak 1 hukuman.. sebab itu.. aku hingga kini hanya mampu kenang semua itu.. masih boleh berkawan cuma aku dah tak mampu nak mesra cam dulu..

Bab pasal bawak helper nie.. macam2 kisah aku dengar.. pelbagai kisah.. kadang2 kesian juga dengan kwn2 aku yang terpaksa cari org dari mesia untuk datang ke sini.. kalau dapat yang baik.. Alhamdullilah.. dapat pulak cam 1 kes kawan aku kena.. helper tuh lari dengan mat salleh lak.. bercinta punya kes.. lepas tuh tuduh pulak kawan tuh dera kena suruh buat kerja rumahlah macam2lah.. ko tak puas hati dengan kwn aku tuh.. 1 keslah.. ko tak suka ko baliklah mesia.. nie idak.. ko lari dengan mat salleh duk serumah dan bercinta pulak.. so siapa sebenarnya yang problem?? kawan aku ke? atau dia ke??

Aku kalau nak cerita kisah2 camnie.. banyak.. macam2.. yelah duk negara luar camnie.. bukan ada jais ke.. apa ke.. ikut diri masing2.. Berkawan pun macam tuh juga.. ada yang berkawan sebab dia nie org penting kat mesia.. maka menonjollah diri masing2 nak berkawan.. ajak dtg rumah.. ajak p sana p sini.. semua ada agenda.. lepas duk sebut kenal menteri nie.. kenal menteri tuh.. kenal pengarah tuh.. haiiii... malas nak cakap... aku kalau nak cerita politik kat sini boleh jek.. cuma malas jek nak cerita panjang...

P/s Tak ramai kawan pun takpe kan.. janji kawan yang ada kita jaga dan eratkan ukhuwah ;)

Teh Tarik
Minum di sebuah cafe di selatan negara nie..
I'm addicted to teh tarik sekarang nie ;)

Friday 23 September 2011

Cara kita menunjukkan rasa cinta

Salam Jumaat

Wah tajuk.. Ini bukan entri bagi tip2 ye.. Tidak sama sekali.. Sekadar satu entri yang aku terfikir nak kongsikan berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku pada insan-insan manusia di sekeliling aku..

Semalam aku mendengar seseorang melafazkan rasa cintanya.. Indah kalimah yang dilafazkan..

Aku cinta padamu sayang seikhlas hatiku..

Aku telah serahkan hatiku padamu..

Aku ikhlas menyayangimu hingga akhir hayatku..

Kau adalah sebahagian daripada diriku..

Kegembiraan mu adalah kegembiraan ku..

Selalunya dialog-dialog begini sering kita dengar dalam filem-filem cinta.. atau mungkin dari kekasih hati sendiri.. atau mungkin lewat surat-surat cinta yang pernah kita terima.. Atau dari lagu-lagu cinta yang pernah kita dengari.. Ada orang yang tidak gentar melafazkan kata-kata ini.. ada orang yang jenis bukan ayat-ayat jiwang begini.. Cinta padanya tidak perlu dilafazkan.. cukuplah dengan perbuatan.. Ikutlah ada orang caranya begitu.. dan ada orang caranya begini..

Kita semua mungkin pernah jatuh cinta.. Kalau tak jatuh cinta pun.. sedikit sebanyak kita pernah ada rasa sukakan seseorang.. suka lihat tingkah laku dia.. suka lihat wajah dia.. suka lihat senyuman dia.. suka dengar suaranya.. dan pelbagai macam rasa suka yang mungkin boleh disenarai pendek atau panjang..

Ada orang sikap dan sifatnya memang cukup romantis.. cara dia bercakap.. cara dia bertindak.. penuh dengan gaya romantisnya.. Jejaka begini biasanya sering menjadi kegilaan wanita.. kadang-kadang bila tengok wajah yang manis.. baby face.. dah mula jatuh cinta.. tengok pula kelakuan dia yang nampak manja dan romantis.. lagi buat si gadis lebih tergoda..

Rasanya tidak ada sesiapa di dunia ini tidak suka dimanjakan.. betul tak.. siapa yang suka kena marah-marah.. kena tengking.. kena herdik.. kita semua suka kalau orang puji kita.. buat kita ketawa.. buat kita tersenyum.. nak pula yang buat semua itu adalah  orang yang kita sayang.. dan lebih bahagia jika orang itu orang yang paling kita cintai... Pastinya semua itu mampu membuatkan kita lebih gembira.. tersenyum gembira.. rasa bahagia sangat-sangat dalam jiwa kan...

Tapi kita juga maklum.. tidak semua orang mampu bertindak begitu.. segarang-garang orang pun.. kalau dia dipuji dan dimanja pun boleh jadi nenikus.. kalau kena gaya dan caranya kan.. Cuma biasanya sebagai sorang wanita.. aku pasti kita semua nak dimanjakan.. tak banyak sedikit pasti kita mahukan perhatian..

Aku teringat entri dari si Wos ini pasal ucapan hari lahir dari suami tercinta.. Dia dah terbiasa yang cara suaminya begitu selamba.. tapi.. kerana ada orang yang busybody.. maka org itu pulak yang sibuk2 tanya dia apa suami dia bagi utk hadiah harijadi.. bila dapat tahu.. jadi cite lain pulak.. Entri tuh ada aku komen gak.. selagi isteri dan suami tuh selesa dengan cara mereka.. walaupun tak romantis.. walaupun selamba.. walaupun takde kucupan ke ciuman ke.. as long as they feel good about it.. kenapa orang lain pula nak rasa sibuk-sibuk menegur dan ambil kisah kan.. Kalau menegur tuh untuk kebaikan dan memperbaiki kesilapan.. memang bagus sangat.. tapi kalau menegur dengan tujuan nak tunjuk yang dia lebih romantis dan lebih2 lagi.. maka niat menegur tuh dah jadi lain.. dah jadi nak banding2kan kelebihan dia pulak..

Aku ada banyak kisah begini bila orang melihat aku dan pakweku.. sejak awal perkahwinan kami.. ramai juga dikalangan kawan-kawan aku pernah menyuarakan pendapat mereka.. atau menegur aku... Ada sesetengah tuh aku gelak-gelak jelah dengar.. antaranya

'Ko nie.. buat laki ko macam kawan-kawan jek ek.. cakap selamba jek'

'Eh.. camtu ke ko cakap dengan laki ko.. selambanya.. takde dengar manja-manja pun.. cubalah cakap manja-manja sikit...'

'Peliklah tengok korang nie.. nampak selamba jek.. kalau tengok sekali tak sangka korang suami isteri..'

'Itu ke suami akak?
Ahah.. kenapa..
Taklah.. selalu tengok akak dengan dia selamba jek..Selisih pun selamba giler jek..
Abis tuh.. takkan akak nak peluk2 dia depan orang lak.
Taklah. selalu mesti couple nie kalau selisih mesti dekat2 nak manja2..
Tergelak.. Hahaha '

'Selalu tengok U solo jek.. jarang nampak sama dengan laki U.. memang selalu lone ranger ke'

dan macam-macam lagik ler.. sampai malas dah nak layan.. hahahaha.. Tapi ada juga yang kawan-kawan rapat aku cakap dengan aku..

'Eh.. si Z tuh.. memang sayang sangat ngan ko kan.. Aku tengok pun tahu..'

'Baguslah si Z.. dia masak kan utk ko.. Aku nie nak harapkan laki aku masak untuk aku.. entah bilalah'

'Untungnya dapat si Z tuh.. tak kisah nak buat kerja-kerja rumah.. boleh masak.. boleh kemas rumah.. kalaulah laki aku camtu gak'

'Z tuh tak banyak cakap kan.. diam jek.. nampak lemah lembut hormat jek dengan orang..'

'TCC.. aku percaya.. si Z tuh memang sayang sangat kat ko.. nampak tau cara dia dengan ko..
Eh bukan aku rasa aku dengan dia dah cukup selamba dah..
Ko memang brutal selamba.. tapi dia maintain cool jek.. Sepadanlah korang nie'

So kadang-kadang aku suka gak ambik pendapat orang nie buat penilaian terhadap diri sendiri... yelah mana yang rasanya tak kena tuh elok juga aku perbaiki kan.. mana yang rasa tak molek tuh.. aku cuba elakkan dari buat di depan orang...

Tapi yelah lain orang lain cara dia menunjukkan rasa cinta.. ada orang bila sampai hari lahir.. mesti kena beli hadiah.. mesti kena lafazkan atau ucapkan.. ada orang.. tak cakap ke cakap ke.. sama jek.. so ikut masing-masing... Kalau aku.. sejak awal perkahwinan kami.. aku dah beritahu.. masa hari lahir aku.. 2 benda mesti kena ada.. kek dan bunga ros warna merah.. so setiap tahun memang aku akan buat reminder hahahaha... sehari sebelum untuk dia beli 2 benda nie.. Well.. mungkin ada orang akan kata.. 'wah.. nampak sangat nak jaga hati sendiri kan...' sampai kena paksa pulak belikan kek dan bunga.. Terpulanglah.. Pada aku.. 2 benda itu adalah rutin dan benda wajib ada.. lagipun bukan selalu pun dapat nak rasa dia bagi bunga kat aku pun.. setahun sekali je pun kan.. tak salah kalau si isteri meminta sesuatu yang dia suka pada suami.. selagi itu masih dalam kemampuan si suami.. lainlah kalau minta yang bukan-bukan tuh tak patutlah.. lagipun aku memang suka bunga.. dan aku memang agak kerap juga beli bunga untuk diri sendiri.. so setiap tahun.. pada hari lahir aku.. adalah wajib kena ada 2 benda tuh..

Ibarat macam.. kalau raya.. mesti kena masak rendang.. ketupat.. kuah kacang.. cuba tahun tuh raya kita tak masak semua tuh?? Apa kita rasa? Tak rasa macam raya kan.. tak rasa best kan.. tetiba pagi raya tuh mak atau isteri kita hanya masak cekodok pisang jek.. atau masak mee goreng jek.. Baru balik solat raya nie.. buka jek tudung saji.. nampak cekodok jek.. apa kita rasa?? cekodok tuh bila2 pun kita boleh makan kan.. tapi ketupat.. rendang.. kuah kacang nie.. hanya kita akan jumpa bila hari raya jek.. iaitu hari istimewa..

So berbalik soal hadiah hari jadi tuh.. samalah konsepnya macam pagi raya ye..  Tidak timbul soal nak jaga hati.. adakah kita masak ketupat rendang.. kuah kacang tadi sebab nak jaga hati kaum keluarga kita? atau sebab kita nak merayakan hari yang gembira itu?? samalah lebih kurang konsepnya.. Lagipun.. kenapa aku suka buat reminder... sebab sifat lelaki nie.. kalau bab2 ingat tarikh hari jadi nie.. bape kerat jek yang ingat kan.. so dari aku rasa sedih sebab dia tak ingat dan terasa hati.. lebih baik aku terus terang dengan dia.. 'bang.. esok hari apa ek??' ayat suruh dia ingat.. pastu aku bgitau awal-awal.. 'nanti jangan lupa beli kek dan bunga'

Aku antara orang yang tak suka surprised hahaha.. ada orang suka benda-benda camtu.. aku pulak kurang suka benda2 yang camtu.. aku lebih suka plan ahead apa yang aku nak.. atau beritahu aku terus jek apa yang korang nak.. senang aku nak fikir.. dan tak yah susah2 nak fahamkan fikiran orang.. baca buku pun.. aku suka baca ending dulu hahaha.. lepas tuh baru aku proceed baca dari muka surat depan..

Ada orang cara dia menunjukkan rasa cintanya.. dia akan cakap dan lafazkan dengan ayat-ayat bombastik dan romantis..

Ada orang.. tak cakap benda-benda tuh.. tapi perbuatan dia dah cukup mengambarkan rasa hati dia..

Untuk perempuan atau wanita pulak.. kebanyakan.. suka kalau pasangannya dapat lafazkan kata-kata tuh.. tapi kadang-kadangnya.. pasangannya bukan jenis begitu.. so pandai2lah camna nak handle kehidupan..

Aku?? Sifat aku manja + brutal..
Ada masa aku mahu dimanjakan..
Ada masa aku selamba dan lebih selamba..
Aku tak minta dimanjakan.. tapi aku memanjakan.. sebab bila aku memanjakan.. kemanjaan yang aku nak akan aku dapat dari situ.. so fair and square pada aku..

Camna tuh??? Hahaha..

Konsepnya begini..
kalau aku suka dicium.. maka aku akan cium dulu.. sebab aku tahu lepas itu dia pasti akan cium aku..
kalau aku nak dipeluk.. maka aku akan peluk dulu dan lepas itu.. korang leh fikir sendirilah hahahaha..

So pada aku.. tak perlu kita nak tunggu orang buat pada kita.. tapi apasalahnya kita buat dulu terlebih dulu.. sebab kadang2 lelaki nie bukan boleh baca apa ada dalam fikiran dan hati kita.. tapi setidak-tidaknya perbuatan kita itu.. akan menyebabkan dia berfikir.. ehhh.. 'dia cium aku??' mesti lepas itu dia akan balas tindakan yang sama.. dan mungkin kita akan mendapat lebih dari yang kita berikan..

Samalah juga dengan ucapan dan lafaz.. Tak usah berkira sangat bila kita mahukan orang melafazkan kata-kata itu pada kita.. kita ucapkan dulu.. sedikit sebanyak kalau dia tak cakap balik pun.. kita renung mata dan muka dia.. pasti anda akan dapat jawapan itu.. hahahaha... tak usah nak terasa hati.. yang penting keikhlasan.. sebab sesuatu yang kita buat secara ikhlas itu.. pasti kita akan dapat balasan setimpalnya.. (Harap maklum.. benda2 yang aku cakap nie.. kalau nak dibuat pun buatlah pada pasangan yang sepatutnya ok)

So kenapa pula aku jadi selamba dengan dia dan tak manja-manja.. ada orang panggil 'yang'.. 'sayang'.. darling' tak kisah walau kat mana pun kita.. aku bab nie tak pernah buat depan orang... dan aku juga tidak suka menunjukkan kemanjaan aku depan org sebab aku takut nanti jatuh riak.. sebab aku tahu hati aku camna hahaha.. lebih baik aku buat kat rumah jek.. sebab pada aku kemesraan itu terlalu personal pada aku.. terlalu privacy.. setakat aku tulis dalam entri nie.. boleh gak nak labelkan sebagai riak.. tapi hakikatnya korang tak nampak perbuatan tuh kan hahahaha.. mungkin aku kelentong jek.. ahaks..

So kalau kita mendapat pasangan tidak seperti yang kita harapkan.. pandai-pandailah kita adjust diri dan keadaan yang sesuai dengan hati dan perasaan masing-masing.. ada orang caranya begitu.. ada orang caranya begini.. Terpulang.. Tidak ada yang benar-benar ideal.. pasangan yang kadang-kadang kita tengok romantis.. bahagia.. kadang-kadang kita pun tak tahu derita dia pulak.. mungkin ada yang tak kena.. tapi kita tak nampak.. Jangan juga pasangan yang kita tengok selamba.. kita labelkan tak romantis.. walhal mereka itulah yang paling bahagia.. tapi kalau nampak pasangan kena dera... kena pukul.. kena herdik.. ohh bab yang nie memang kita kena ambil tahu sikit... yelah pada aku itu dah sampai tahap melampau dah.. sesiapa tidak boleh sewenang-wenangnya cederakan pasangan dia.. walaupun U adalah isteri atau suami yang sah... Hidup ada toleransi.. selagi tidak melanggar hukum dan syarak.. wajiblah taat.. tapi kalau dah melanggar semua itu.. jalan terbaik.. baik kita keluar dari situasi itu kan..

Apa juga.. Hidup kita.. kitalah yang tahu bagaimana mencoraknya.. Harus ada toleransi.. tolak ansur.. lebih kurang.. tolak tarik.. dan kejujuran kan...

Cappucino dari mesin kopi kat tempat kerja aku..
3 tahun aku kat sini..
Inilah pertama kali aku rasa minum kopi nie..
Walhal dalam masa 3 tahun tuh, meja dan coffee machine lah aku yang bersihkan..
Kenapa hari nie aku teringin sangat nak minum??
Entahlah.. Aku mengantuk sangat tadi..
Lagipun sajalah nak take 5 untuk rehatkan diri sebentar..

Thursday 22 September 2011

Sahabat yang pergi

Salam Khamis..

Alhamdullilah hari ini cuaca best.. pagi tadi hujan lebat gak.. lepas jek abis kerja.. hujan pun berhenti.. matahari mula menyinar-yinar nie... hati udah meronta2 mahu keluar berpoya-poya. Aku cukup suka bila nampak matahari terang benderang begini.. sebab bukan senang nak dapat cahaya mentari camnie.. amatlah sukar kalau kat belah tempat aku nie.. sepanjang tahun kami banyak mengalami hujan.. sejuk.. beku.. dan sejuk lagi.. kalau ada masa dapat matahari camnie.. ohhhh Ya Allah.. syukur nikmat rasanya..

Hari ini aku serahkan borang PDR aku.. pencapaian akulah.. ceh macam best jek.. walhal aku ada lebih kurg 4 bln jek lagik nak kerja.. tadi supervisor aku tanya agak2 aku nak training apa.. dia suggest training machine vakum dan basuh karpet.. besar mesin tuh.. memandangkan department aku byk carpet.. so molek sangat aku ambik training tuh.. masalah ye.. macamlah aku ada lagi thn depan hehehe... Tadi dia juga tanya dah bape lama aku kerja.. 3 tahun aku jawab.. 3 tahun beb... lama kan.. itu tak campur setahun lagi masa aku kerja kat legal house.. mean 4 thn dah aku kerja tukang cuci nie.. kadang2 tuh terbit gak rasa bosan.. tapi selalunya aku anggap rutin itu semua sebagai exercise aku.. aku enjoy jek kerja tukang cuci sebab kerja aku bukan ye susah sangat.. leh lepak bila aku nak.. leh decide apa nak buat apa tak perlu.. leh buat apa yang aku nak.. takde org kacau aku.. janji semua kawasan yang aku kena cover bersih dan kemas.. itu jek.. so bukan masalah besar pun.. kena pulak aku jaga bahagian training.. staff development.. memang takde major problem sangat... kalau bersepah pun toilet jek selalunya.. sebab toilet yang aku jaga tuh serve utk majlis2 besar tempat aku.. kdg2 ada wedding ler.. ada convocation ler.. ada dinner ler... so masa tuh toilet mmg truk.. macam awal mggu hari tuh.. isnin aku sampai jek penuh dengan kertas2 tisu kat lantai.. last week.. aku jumpa 3 4 botol arak dalam toilet.. aku confused... diorg nie minum arak smbil buang air ke?? sama jek toilet lelaki ke perempuan pun.. nyatanya aku yakin.. yang bawak botol tuh bukan staf2 kat situ tapi org luar.. atau lebih tepat student2 kat situ..

Tadi SV aku Elaine dah bising ngan aku sebab cuti aku ada baki 17hari.. uihhhh tinggal 3 bln jek tau.. dia dah sound kena ambik 5 hari cuti start bln 10-12.. huhuhuhu.... cuti pun kena paksa ambik.. so aku tgh plan2 nak ambil cuti bln 10 nie.. pakwe dah beritahu dia nak cuti awal bln 10.. so kenalah ikut dia sebab skrg nie kan aku p keje ngan dia.. kot dia cuti sok.. takkan aku nak p keje naik bas lak.. udahlah skrg nie pkl 4 lbih dah bgn tido.. pkl 5.45 dah gerak dr rumah.. pkl 6 dah smpi keje.. aku terpaksa lepak dulu dlm keta 20 min then baru aku keluar dan kunci keta... so now.. kunci keta aku yang pegang.. ye.. kalau aku lmbt kluar keje kenalah pakwe tunggu aku ;)

Ok tajuk kata sahabat yang pergi.. tapi intro aku dah melalut benda lain nie hehehe.. apa sebenarnya yang aku nak cite nie..

Oh ya semalam aku sembang dengan seorang kawan.. kebetulan kami buka cerita tentang sahabat-sahabat lama satu kelas.. dia lebih tua dari aku.. dia tanya.. kenapa tak buat jek reunion jumpa balik geng2 lama.. sebab group dia memang buat.. dan bagusnya kadang2 masa reunion tuh diorg dapat tahu pasal kawan-kawan lama.. dan musibah yang kena kat dia.. terus diorg buat collection untuk tolg kawan2 tuh.. Which pada aku memang amat bagus.. tapi aku cakap ngan dia.. kalau reunion biasa aku malas nak pergi kalau kes2 yang bawak family nie.. kalau pergi as individual boleh juga dipertimbangkan..

Aku pun teringatlah sebelum puasa hari tuh sorang rakan aku nie.. bekas ketua kelas masa matrik dulu.. buat list tentang kerjaya dan lokasi terkini setiap kami.. memang bestlah baca status masing2.. aku ye kesimpulan.. aku leh kata 75-80% kawan2 aku adalah doktor... sebahagian mereka adalah doktor2 pakar.. ada yang pakar mata.. radiologi.. dan mcm2 term lagik.. dan ada yang doktor pakar dan juga pensyarah.. yg status pensyarah pun ramai juga.. yang jadi cikgu pun ada sorg dua.. tapi kebanyakan turn out jadi doktor.. respek juga geng2 masa matrik tuh.. antara cita2 tak kesampaian aku.. Nak jadi doktor sangat dah masa tuh.. kaki sebelah dah nak masuk dah medical school tapi last minit aku decide xleh.. sebabnya.. maybe lainkali aku story kenapa... Apa pun aku tengah berjuang juga nak dapat title tuh.. insyAllah kan.. soon..

Kemudian masa sembang dengan kawan aku nie.. dia sebut pulak pasal sahabat-sahabat yang dah meninggal.. aku tersebut ngan dia masa aku matrik dulu rakan sekelas aku 2 orang dah meninggal... kemudian dia ingatkan aku.. ehhh bkn 3 org ke kwn u yg dah meninggal.. rakan sekelas tuh.. tak ingat.. ohhh aku lupa dia ada baca blog aku 1 lagi.. masa tuh aku ada letak gbr kenangan zaman form 5.. ada aku cite pasal sahabat aku nie.. cuma cerita aku kat situ tak detail kenapa dia meninggal.. aku teringat aku pernah beritahu dia sebab kematian kawan aku tuh.. dia kena cancer sampai akhirnya dia buta dan bisu.. dan terlantar kat katil hospital berbulan2.. kebetulan masa dia meninggal tuh aku balik mesia.. tapi kawan yang mencari aku tuh tak dapat contact aku.. aku dah balik sini seminggu baru dia dapat cari aku.. dan beritahu pasal kawna aku tuh.. terus rasa sedih sangat2..

Kata kawan aku tuh.. bila dia baca cerita tuh.. dia dapat selami hati aku.. walaupun aku tak tulis panjang2 kisah dia.. mungkin atas dasar aku tak nak kongsi sangat.. tapi dia kata dia sedih sangat bila baca entri aku tuh.. walaupun aku hanya tulis sepintas lalu pasal dia.. kalau boleh dia nak baca kisah2 kenangan aku dengan dia.. terdiam aku sejenak.. banyak sebenarnya aku boleh ceritakan setiap kenangan kami.. terlalu banyak.. yelah kami sahabat baik dari form 4-5 .. pergi mana-mana pun berempat.. 3 perempuan.. 1 lelaki.. aku.. Tini.. Ida.. dan Anis (lelaki.. nama cam pompuan)..

Mana kan aku dapat lupa semua kenangan zaman sekolah tuh.. gbr2 kami berempat banyak sebenarnya.. semua album gbr tuh ada kat umah di malaysia.. kalau tgk gbr2 tuh balik sure aku sedih sangat..

Hingga kini aku masih ingat muka dia.. putih cerah macam cina.. kurus tinggi.. orang kedah.. anak sulung macam aku.. ayahnya kerja kastam di port klang.. aku pernah sekali ke rumah dia beraya.. orangnya ceria dan periang.. karektor dia mengingatkan aku pada sahabat aku M... lebih kurang jek.. tapi fizikal lain hehehe..

Masa buat kerja pagi tadi.. tiba-tiba aku terbayang muka arwah Ida.. teringat gelagat dia.. teringat saat2 kami banyak habiskan masa dalam kelas bersama.. kami 1 kelas.. kelas sains 4NS dan 5NS.. study sama2.. kemana sama-sama.. pergi rehat ke.. balik sekolah ke... buat lab bio.. fizik.. kimia pun sama table.. name it.. masuk kaunseling jadi prs pun sama2.. Hingga kini aku ingat nama penuh dia.. Ida Shapina Azam Fuad.. aku sebut nama nie masa sembang dengan kawan aku semalam.. terus rasa sebak sekejap...

Dulu masa sekolah.. dari aku form 3-5.. aku berulang dari rumah ke bandar Klang.. setiap hari dengan jarak hampir 40km.. kesnya sebab aku p sorok borang duduk asrama masa form 3 hahaha.. aku taknak duk asrama aku nak sekolah dekat ngan rumah.. masa tuh aku sekolah aku nie ada asrama harian.. aku bosan duk asrama tuh.. so aku nekad nak duk kampung berulang jek p sekolah dekat kampung.. tapiiiiiiiiii... ayah aku tak bagi.. bila dia tahu aku sorok borang asrama tuh dia marah sungguh hehehehe... last2 dia kata ngan aku... sekolah situ juga.. tapi berulang setiap hari dgn ayah aku.. so 3 thn tuh aku berulanglah p sekolah dengan dia.. sebab dia pun masa tuh ngajar kat klang... so sebab aku tusyen petang lepas sekolah.. maka lepas sekolah dulu.. aku selalulah naik bas.. balik ke rumah bila ayah aku bz ada meeting atau ada urusan.. kat situlah aku banyak habiskan masa aku study dalam bas.. sebab itulah aku ye medan study pun.. So arwah Ida.. Tini.. Anis nie memang tahu sangat yang aku sering berulang alik dr rumah ke sekolah naik bas.. so selepas zaman sekolah aku ada jumpa arwah Ida sekali.. ketika itu tak silap aku dia repeat paper BM ke apa.. masa tuh dia beritahu aku.. barulah dia faham.. kenapa dulu aku kuat study masa aku sering berulang alik dulu.. sebab bila kita rasa susah nak capai sesuatu dengan perlu korbankan masa.. dan tenaga.. kita jadi lebih kisah untuk usaha lebih kuat.. sebab kita tahu.. untuk ke sekolah.. kita terpaksa tunggu bas.. berhujan berpanas.. penat.. letih.. lapar.. yang aku lalui selama 3 thn itulah mengajar aku tentang erti berdikari dan nilai ilmu.. Aku masih ingat lagi.. arwah Ida beritahu aku.. bila dia selalu berulang begitu.. dia fahamlah kenapa aku jadi begitu.. dulu diorg selalu pelik tgk aku.. sebab aku kat mana-mana ada masa lapang jek tak pernah pisah dengan buku kat tgn.. sampai skrg sebenarnya.. dalam beg sekolah aku nie.. memang ada buku pun.. baik buku catatan.. dan buku cerita.. yang aku boleh pegang.. belek.. atau baca bila aku rasa nak baca dan habiskan masa aku..

Mengenangkan zaman sekolah itu memang indah.. rasa macam baru jek semalam lalui semua itu walhal dah lebih 20 tahun pun... Bila umur pun dah nak dekat2 40an nie.. memang manjang jek teringat kisah2 lama kan.. sembang semalam tuh memang buat aku berfikir panjang pagi tadi tentang kenangan silam.. tentang erti persahabatan.. tentang kawan yang datang.. yang pergi.. yang masih kekal hingga kini.. sebab itu aku tak kisah sangat siapa yang nak kawan dengan aku.. sebab aku bukan jenis yang terhegeh2 nak perhatian orang.. atau sibuk2 nak berkawan dengan mereka yang ada status.. aku kawan dgn mereka sebab hati mereka.. dan pada mereka yang pernah berkawan dgn aku.. mereka tahu aku bagaimana.. nampak jek brutal.. nampak jek kasar.. nampak jek tegas.. tapi bak kata kwn aku.. 'dalam hati ada taman' hahahaha... tergelak aku dengar.. lebih kurg camtu kot...

Baru-baru ini aku diberitahu oleh seseorang sebab dia berkawan dengan aku.. sebab hati aku.. aku gelak.. yeke nie.. ke sebab nak ambik hati aku jek.. dia kata lagi.. dia berkawan dgn aku bkn sebab tubuh badan aku.. bukan sebab rupa aku.. bukan sebab status atau kerjaya aku.. tapi sebab hati aku.. wahhhh.. dgr macam ayat klasik jek... "Aku menyayangi mu kerana hati mu yang ikhlas sayang" Ada juga yang pernah tegur aku.. dan kata dia suka berkawan dengan aku sebab aku direct.. terus terang.. aku tak sembunyi2 apa aku rasa.. bab itu aku tak sangkal.. I'm quite direct.. I admit.. terbiasa sifat nie sebenarnya..

Whatever the reason.. Aku harap biarlah keikhlasan itu yang penting.. ikhlas nie tak boleh ditunjuk2.. kita akan nampak dengan mata hati.. kan..

Di kesempatan ini.. aku ambil peluang untuk kita sedekahkan al-fatihah pada sahabat baik aku.. Arwah Ida Shapina Azam Fuad.. semoga roh dia sentiasa dalam peliharaanNya.. Moga dia sentiasa dalam rahmat Allah.. Kenangan bersama mu.. takkan aku lupa sampai bila-bila.. dia sebahagian daripada zaman remaja ku.. sebahagian dari insan-insan yang membina sikap dan peribadiku ketika itu.. tanpa dia.. zaman remaja itu takkan seindah itu..

Breakfast at Starbuck..
Sebenarnya aku kerap sarapan dengan adik sorg nie...
Bujang.. lawa.. manja.. lemah lembut tapi brutal hehehe..
Will missed them bila balik mesia sok..
Keluar dengan geng2 bujang nie kadang2 best juga layan kepala..
Amat berbeza lepak dengan family dan lepak dengan yang bujang..
Pada aku.. dua2 best kalau kena kepala gila-gila..
Cuma aku nie 'skema' sikit ahaks ;)

Wednesday 21 September 2011

Hujan dan hujan lagi..

Salam rabu..

Kalau menurut rakan-rakan aku.. rabu dikenali sebagai 'speechless wednesday'.. knowing me.. aku takde hari nak jadi speechless.. cuma bila aku rasa nak senyap aku akan senyap.. Minggu hujan bermula balik... minggu lepas pun sama.. tapi adalah merasa 2 3 hari yang panas.. hari nie aku silap perhitungan.. tak bawak payung.. so nampaknya balik nie confirm basah.. takat jaket hujan yang pendek takat bawah pinggang aku yang muat2 badan jek dan hood jaket yang pendek.. mmg confirm basahlah.. nasib kasut kulit.. kasut basah.. stokin masih selamat lagik..

Beberapa hari kebelakangan nie.. aku dah duk fikir nak balik mesia jek.. I'm stressed out.. mengenangkan kerja-kerja evaluation yang kena buat.. walhal org lain semua dah mula sibuk buat thesis.. huhu mengundang rasa stress aku yang sangat2... tapi sabarlah hati kan.. kalau terus difikirkan mmg boleh stress giler.. keep it cool.. aku dah janji dgn G nak email dia evaluation guideline.. dan after next week p jumpa dia balik.. skrg nie aku pulak yang kejar dia.. sebab nak balik cepatkan..

Follower blog nie dah jadi 10 orang.. kagum sungguh hehehehe.. yelah sebab bermula dengan 1 jek follower yang sanggup melayan cerita-cerita aku yang bukan-bukan.. menulis kat sini aku lebih bebas sebenarnya.. tak sanggup sebenarnya menghebahkan pada rakan-rakan lain kewujudan blog ini.. hanya kawan-kawan yang rapat sahaja aku beri link ini.. sebabnya.. aku malas lah nak diorg tahu cerita-cerita aku.. lagipun kat sini sesi luah perasaan boleh dibuat secara berhemah sikit.. Dulu sebelum alamat blog nie.. aku pernah buat blog ini di alamat berbeza.. dan terkejut sebab ada sorg follower... tah mana dia sesat pun aku tak tahu.. lepas tuh bila aku pindahkan entri2 itu ke sini.. follower tuh entah kemana tah..

Kadang-kadang tertanya2 gak kenapa ada yang nak jadi follower kan.. bukanlah maksud tanya ayat nie sebab aku tak hargai korang yang jadi follower.. bukan.. bukan begitu.. tapi tertanya2 sebab aku hanya menulis yang merapu sangat2.. cuma kadang2 tuh time mood feeling2.. jiwang2.. maka ayat pun jadi skema sekejap... atau tetiba aku rasa nak berkongsi cerita atau pengalaman.. kat sinilah yang aku tulis untuk kongsi apa yang aku rasa..

Apa juga alasan.. Thanks again sebab sudi baca kisah2 aku.. rasanya siapa yang baca blog nie.. lebih faham kot siapa aku.. walaupun korg tak pernah lagi jumpa aku.. kecuali Tiny lah.. dia tuh dari dulu kami dah kenal rapat.. kenal pun di blog juga.. dan tetap rapat sampai sekarang.. sebab itu bersahabat di blog nie memang indah... singgah2 baca blog.. saling komen sana sini.. terus rasa mesra dah.. walaupun hakikatnya wajah pun tak tahu camna.. bak kata adik 'mashi' "nama akak pun saya tak tau"  nama akak dik.. ada nama walaupun akak hanya berselindung di balik nama TCC... ko p cari jelah blog akak 1 lagi kat blog kak wos.. ada aje kat situ... nanti ko tauler nama akak apa ;) (akak malas nak promote blog tuh ahaks) tapi kuehbakar pernah juga menyatakan lokasi akak kat mana..

Mood 2 3 ari nie memang takde mood.. semalam memang takde mood nak ke uni.. aku melepak seharian kat umah.. clearkan dapur dengan masakan yang tak habis2 sejak jumaat.. masak laksa.. masak kari tulang kambing.. masak nasi lemak.. semua tuh masih bersisa semalam.. sebab duk umah 1 ari.. apa lgi operasi bersihkan dapur dan masak lauk baru.. itupun.. aku kena repeat masak nasi lemak lagik.. dah 3 ari makan nasi lemak.. sebabnya sambal banyak lagik... so by today nie.. confirm nasi tuh habis.. maka petang nanti aku leh masak lauk baru lagik.. semalam dah masak sambal paru dan ayam gorg kfc.. so menu hari nie belum decide lagik.. probably something simple atau goreng sayur jek..

Kemarin ada kawan call.. 4 missed call masa aku balik awal selasa lepas... nak call balik aku review.. minah nie (kwn aku) nak ajak aku lepak city centre.. terus takde mood nak call balik hehehehe... so sejak semalam dan hari nie aku kena sound.. 'aku duk call ko berkali2.. ko boleh tak angkat yek.. ko pun tak call balik' aduhhh aku kena sound.. sorrylah my dear.. bila mood stress aku melanda memang aku cenggitu.. aku mmg takde mood nak cakap n jumpa org sangat.. malas sebenarnya.. lagipun aku tahu.. dia ajak aku shopping sebab dia nak balik hjg bln depan.. stress ahhh tgk org nak balik nie.. sebelum aku tambah2 stress.. lebih baik aku larikan diri.. itu pun tadi dia dah sound ngan aku.. 'mggu nie atau mggu depan nak ajak p makan kat chillis grill'.. oh okkk... will do sebab kenangkan dia dah teringin sangat nak makan.. aku baru jek makan masa awal bln ari tuh celebrate anniversary yang lepas... Betul skrg nie aku enggak ada mood mahu bersosial lah.. hujung mggu nie pun ada 2 lg jemputan openhouse.. jumaat nie dan sabtu.. ahad masih kosong gik blum ada jemputan tapi menurut sorg kwn aku nie.. dia mcm nk plan buat openhouse.. tggu jelah.. bila aku nak rehat weekend nie??? Tak tahulah selagi tak habis raya kan.. memang weekend manjang jelah full house..

Review dari kisah cinta dari entri yang lepas itu menarik gak.. Ada yang rasa kagum dgn kisah cinta mak ayah dan arwah tok dan nenek aku.. well.. masa diorg ceritakan kat aku dulu.. rasa macam tak percaya bila tahu kisah2 itu terjadi dalam keluarga aku sendiri.. rasa macam dengar cerita dogeng jek.. cuma bezanya kisah cinta arwah nenek dan tok nie aku tahu lepas arwah nenek aku meninggal... sayang sebab aku tak sempat nak tanya dia kisah2 itu.. walhal dulu.. kalau balik kampung.. mesti aku akan lepak dengan arwah nenek sambil layan dia bercerita.. minum air kopi manis buatan airtgn nenek.. atau makan ns gorg kosong kegemaran dia.. I never taste that kind of ns gorg anymore.. once in a lifetime I guess.. Sudah lama aku tak mimpikan arwah nenek.. last aku mimpi dia.. sethn atau 2 thn lepas.. itupun.. lepas aku terjaga bantal aku basah dgn airmata aku.. aku mimpi aku berpeluang peluk arwah nenek aku erat2.. dan sempat juga aku nyatakan aku rindu dengan dia sangat2.. Hingga kini aku masih ingat mimpi itu.. sebab mimpi itu unik sekali.. pernah aku ceritakan dalam blog 1 lagi lama dulu..

Dah lama tak sarapan waffle, maple syrup with aiskrim nie..
Adik yang selalu kluar date ngan aku time breakfast nie dah sound aku byk kali mggu lepas
'Akak.. bila kita nak p breakfast?? Jumaat nie ye..'
InsyAllah.. Will do kalau rasa ada mood nak bersosial dik..
I'll decide after I finish work on friday..

Friday 16 September 2011

Kisah cinta..

Salam Jumaat..

Alhamdullilah dah hari jumaat.. Sekejap sahaja dah nak masuk minggu ke 3 syawal kan.. weekend masih penuh dengan jemputan openhouse.. Esok sahaja aku ada 2 jemputan.. Ahad pulak ada 1.. tapi pada masa yang sama.. kerja aku pun banyak.. lepas jumpa G semalam.. aku tepuk dahi.. aduhhh kerja2 evaluation aku ada 3 peringkat pulak.. Ya Allah.. sempat ke aku nak balik bln 12 nie.. huhuhu.. Kuatkan semangatkan..

Apa topik hari ini?? Kisah cinta.. sebenarnya ada beberapa kisah cinta yang pernah diceritakan pada aku.. ada yang indah.. ada yang tidak.. ada yang terpaksa.. tapi sedikit sebanyak cerita-cerita itu buat aku muhasabah diri.. atau setidak-tidaknya membuatkan aku menghargai cinta yang hadir dalam hidup aku..

Kisah 1 :

Bertemu dengan isterinya.. di satu majlis kenduri kawin.. Dia baru sahaja berumur 19tahun.. dan isterinya pula lepas SPM.. Dia berkenan terus kat isterinya dan suruh makciknya merisik-risik.. Dia masuk meminang.. dan bertunang selama 2 tahun.. sebab ketika itu dia baru sahaja mulakan kerja.. Umur 21tahun baru dia kawin.. Sepanjang 2 tahun bertunang tak bercinta sangat.. Kini dah lebih kurang 20tahun kawin.. anak dah 4 orang.. Berkahwin atas dasar cinta pandang pertama..

Respek dengan kawan aku sorang nie.. masih maintain isteri sorang jek hehehe.. walaupun sekarang nie status kerja dia memang hebat.. staf bawah dia jek beribu-ribu.. Seorang pegawai kelas atasan dalam kerjaya dia.. Dia pernah beritahu aku.. dia takde hasrat nak kawin 2 atau 3.. sebab dia ingat pengorbanan isteri dia masa dia susah dulu.. 3 kali dia ambil spm.. dan 3 kali itulah isteri dia setia temankan dia study dan buatkan air.. sebab itu dia tak lupa pengorbanan si isteri.. Kagum juga dengan kisah dia nie.. ;)

Kisah 2 :

Bercinta dari usia 14 tahun tak silap aku.. sama sekolah.. suami tua setahun dari dia.. tapi memang dah couple dari bangku sekolah.. kampung pun dekat-dekat je.. Study kat sekolah sama-sama sampai ambil STPM.. Masuk ke UKM juga sama-sama.. ambil kursus pun sama.. tahun akhir pengajian mereka kawin.. dan ketika sedang tulis thesis dia mengandungkan anak pertama.. Selesai pengajian kedua-dua jadi cikgu.. tapi suami ye kerjaya upgrade jadi lecturer.. isteri masih maintain jadi cikgu..

Memanglah cinta sejati sejak dari bangku sekolah.. kenal peribadi mereka sama-sama.. dan aku tengok memang loving couple.. mereka ini kawan baik aku.. anak pun dah 3 orang.. Si suami sama tempat kerja dengan aku di tanahair.. cuma beza fakulti jek.. Aku kagum dengan kisah cinta mereka... setia sejak dari sekolah dan tak pernah mahu bercinta dengan orang lain..

Kisah 3 :

Suami adalah bos di tempat kerja.. Dia adalah kerani biasa.. Kebetulan si bos ini baru sahaja pulang belajar dari UK.. muda.. kacak dan single.. Sebelum itu.. dia selalu berkenalan dengan lelaki yang lebih muda dari usianya.. Keluarga terutama mak dia tak suka sangat.. Kebetulan ada kenduri kawin rakan sepejabat yang sama kampung dengan dia.. si bos ini datanglah ke kenduri kawin ini.. Ketika itu bos nie pun macam suka-suka dengan dia.. Mak dia pula berkenan dengan si bos.. yelah nama pun bos kan.. single.. kacak.. ada pangkat.. yang utama lebih tua dari dia.. Si bos berkenan.. dan dia pun suka.. mereka kawin.. dan kini ada 4 orang anak..

Suami isteri ini memang baik orangnya.. Aku rapat dengan isterinya.. tiap kali dia jumpa aku mesti tak pernah dia tak cium pipi aku.. Aku dah anggap macam kakak aku sendiri.. hati dia memang baik.. paling utama.. raya memang tak pernah tak pergi umah akak nie.. sebab dia masak sedap hehehe.. tapi paling utama kalau aku tak pergi mesti nanti dia merajuk dan marah aku.. Sama macam akak kat kisah cinta 2 tuh juga.. bila raya jek kalau aku tak sampai rumah dia... maka si suami akak tuh mesti akan call aku beritahu akak tuh dah bising tanya bila aku nak sampai.... raya hari tuh aku teringat akak nie.. dan raya tuh juga aku pergi rumah akak kisah cinta 3 nie buat kali terakhir beraya sebelum mereka balik hjg bulan depan.. sob sob sob :(

Kisah 4:

Bercinta dengan seorang gadis lepasan spm.. Setia dan suka.. hampir 5 tahun mereka bercinta.. kemudian satu hari.. entah bagaimana.. dia keluar makan dengan seorang rakan sepejabat.. sepupunya ternampak mereka berdua.. terus cerita mereka ini sampai ke kampung.. Tok wan dia terus datang ke rumah makcik dia (dia tinggal ngan makcik)... terus tanyakan hal siapa gadis sepejabat tuh.. terus ajak dia masuk minang gadis sepejabat tuh.. sedangkan pada masa yang sama dia sudah ada orang lain.. Aku pun macam pelik kronologi cerita kat sini.. tapi yang aku tahu.. tok wan dia terus masuk minang gadis pejabat tuh.. mereka terus bertunang.. dan kekasih dia nie pulak tak kisah langsung.. alasan kekasih dia.. dia tak sedia nak kawin.. so tak kisah dia kawin dengan orang lain pun.. Dia pun kawin dengan gadis sepejabat nie.. tapi pada masa yang sama masih terus bercinta dengan kekasih dia selepas itu selama 3 tahun hinggalah kekasih dia tinggalkan dia sebab orang lain.. dan kawin dengan orang lain.. Kata dia.. dia kawin dengan isterinya hanya sebab keluarga.. terpaksa sebab desakan tok wan.. tidak ada rasa cinta langsung.. sebab dia cintakan kekasih dia sebelum itu.. kini anak pun dah 3.. Masih bersama isteri atas sebab anak-anak.. Dia terlalu sayangkan anak-anaknya.. 

Agak tragis pada aku kisah cinta ini.. Tak cinta tapi terpaksa kawin.. Ada orang yang dicintai tetapi tidak dapat bersama sebagai suami isteri.. Hanya kekal sebagai kekasih gelap.. Tapi lebih aku tak faham adalah sikap kekasih dia tuh.. bagaimana pulak dia boleh tak kisah kekasih sendiri kawin dengan orang lain.. dan relakan diri terus jadi kekasih...

Pada aku.. jika kita sayangkan seseorang.. kita takkan benarkan orang lain miliki dia.. entahlah.. aku pun tak faham perasaan dan fikiran orang.. Usia perkahwinan dia seusia dengan perkahwinan aku.. Aku hanya mampu doakan dia & isteri terus bersama dan semoga ada rasa cinta untuk mereka berdua.. tapi bila dengar kisah cinta ini buat aku persoalkan.. sejauh mana sebenarnya rasa cinta sebenarnya?? Sanggupkah kita begitu?? Nilaikan sendiri.. Soal hati ini susah kita nak cakap kan..

Kisah 5:

Lelaki itu pernah bertunang 2 kali.. kali pertama dengan gadis sekampung.. tapi bila dekat dengan hari perkahwinan.. adiknya jumpa sigadis itu keluar dengan orang lain.. dia beritahu si lelaki ini.. mereka pun putus tunang.. kemudian.. lelaki ini pun bertunang pulak dengan pilihan keluarga.. kiranya sepupu sebelah ayah.. entah bagaimana.. dia jumpa pula seorang gadis lain semasa ke bandar.. dia jatuh cinta.. dan gadis itu pula tahu yang lelaki ini bertunang dan persoalkan tindakan dia.. Lelaki ini ambil keputusan putus tunang dan meminang gadis ini.. Mak dan ayah lelaki ini jadi tak suka pada gadis ini.. sebab tindakan lelaki itu putus tunang dengan sepupu pilihan mereka..

Bermulalah episod gadis ini sering dimarah-marah dan diperkecilkan dalam keluarga lelaki ini.. malah ketika dia mengandungkan anak pertama pun.. entah berapa kali dia pernah menangis mengenangkan nasib diri sebegitu.. tapi dia tetap sabar.. walau dikata.. dikutuk dan dibuat macam-macam.. dia tetap sabar.. kini anak pun dah 4 orang.. dah besar-besar pun..

Bila aku tahu kisah cinta ini.. Aku jadi lebih muhasabah diri bila aku putus tunang dulu.. sebab kes aku itu seolah satu sejarah yang berulang kembali.. lelaki yang aku ceritakan ini adalah ayah aku... dan gadis itu adalah mak aku.. Aku tak tahu kisah ini.. hinggalah peristiwa aku putus tunang terjadi.. dan kisah ini mak ceritakan pada aku.. baru juga aku tahu dulu arwah nenek tak suka dengan mak aku.. tapi pada aku dia memang sayang sangat sebab aku cucu perempuan sulung... tapi ketika penghujung hayat arwah nenek.. arwah nenek memang sayang sangat dengan mak.. hingga kini pun.. mak selalu mimpikan arwah nenek... pernah mak sakit kaki sebab jatuh motor.. malam itu mak mimpi arwah nenek datang jumpa dia tanyakan keadaan kaki dia yang sakit itu.. Tak percaya?? ye ini kisah benar sebenarnya.. Aku kagum gak dengan kisah cinta mak dan ayah aku nie ;)

Kisah 6 :

Mereka berkawin atas pilihan keluarga.. Si gadis datang ke tanah melayu bersama keluarganya untuk melawat sanak saudara di situ. Si lelaki pula merantau ke tanah melayu mencari rezeki.. Mereka berkahwin di selatan tanahair.. Setelah berbelas tahun kawin mereka tidak ada anak.. Entah bagaimana satu hari, si suami terpaksa pergi ke burma untuk membina landasan keretapi maut.. tanpa dia ketahui ketika itu si isteri sedang mengandung.. dia pergi selama hampir 2 tahun di burma.. Nyawa dia masih panjang.. dia dapat pulang ke tanah melayu dengan sihat manakala adiknya pula meninggal di sana.. tak silap aku.. dia pernah berenang menyeberangi selat tebrau untuk pulang ke kampung.. Sampai ke kampung dia terkejut tengok isterinya sudah ada anak.. dan anak itu berusia 2 tahun.. dia tak percaya itu anak dia.. dan dia juga tidak mengaku itu anak dia.. si isteri menangis-nangis memberitahu kebenaran dan kesetiaan dia.. malah ramai saudara mara juga mengiakan.. si isteri itu tidak tinggal atau buat benda jahat dengan orang lain.. bertahun-tahun anak itu diabaikan.. dan pakciknya yang bongsu itulah yang menjaga dia seperti anak sendiri.. akibat dari itu.. si suami tidak mahu langsung buatkan surat beranak untuk anak itu.. hinggalah bila si anak mahu ke maktab perguruan.. barulah si suami itu bersedia membuatkan surat beranak itu.. itupun umur yang dicatitkan dalam itu muda 3 tahun dari usia sebenar jika tak silap aku.. mungkin pada masa itu.. si suami dah terima si anak itu sebagai anak kandungnya sendiri..

Aku tak boleh bayangkan perasaan si isteri itu.. bila si suami menidakkan kesetiaannya selama 2 tahun itu.. dan si isteri itu adalah arwah nenek aku.. dan si suami itu adalah arwah atok aku.. si anak itu?? adalah ayah aku.. Sebab itu dulu aku lihat ayah aku cukup taat pada orang tuanya.. tak pernah sekali aku lihat dia tinggikan suara dia pada mereka.. apa juga kehendak dia pasti dia akan turutkan.. malah arwah tok su.. (paksu pada ayah aku) sering bertandang ke rumah aku dulu.. dan ayah juga tidak pernah menolak apa juga permintaan arwah tok su aku.. malah anak-anak tok su juga dah lama anggap ayah sebagai abang sulung mereka..

Bila kisah ini terjadi dalam keluarga sendiri.. aku jadi lebih  sensitif.. sebab mengetahui semua kisah ini membuatkan aku lebih memahami karakter mak, ayah, arwah nenek dan arwah tok aku dulu.. Tanpa ada dugan dan cabaran itulah.. kita tidak akan mencipta sikap yang kita miliki sekarang..

Itulah antara rentetan kisah-kisah cinta yang pernah diceritakan oleh mereka kepada aku.. Aku kutip dan simpan sebagai pengalaman hidup.. aku nilai sebagai tauladan dan ingatan untuk diri sendiri.. Kadangkala bila kita tahu dan baca kisah cinta orang lain.. sedikit sebanyak kita juga akan menilai dan ingat kisah cinta kita sendiri...

Kenapa aku duk teringat semua kisah-kisah cinta itu?? sebab sebahagian daripada mereka yang aku ceritakan kisah cintanya sudah tidak ada di dunia ini.. dan aku rindukan mereka sangat-sangat.. dan semua mereka yang aku ceritakan juga kini di tanahair.. kecuali kisah cinta 3 yang bakal pulang tak lama lagi... Aku rindu mereka semua.. terutama arwah nenek... Al-fatihah untuk arwah nenek dan tok.. untuk kisah 1 dan kisah 4.. mereka adalah antara kawan baik aku.. dan dari mereka aku belajar memahami bahawa soal hati itu kadangkala kita sukar nak nilaikan...

Ubi kayu rebus dan sambal ikan bilis
Dengan secawan kopi panas..
Memang sedap makan masa hujan-hujan kan

p/s Mood rindu aku masih menebal...
Aku terlalu rindu sebenarnya..

Wednesday 14 September 2011

English Mode: I missed home..

Dear All..

Happy Wednesday.. Alhamdullilah today it's so sunny and no rain at all.. I can see the top of the mountain from the window beside me.. It's feel so bright and fresh.. I open the window.. I can feel the fresh cool breeze coming through.. and it's started to make me feel homesick.. I missed home so badly..

Well.. I know some of you might find it difficult to understand when I started to write in english.. well.. pardon me yeah.. when my feeling so mixed up.. I tend to write in english.. I don't know why.. but maybe because I feel writing it in english can express what I felt deeply.. Sebenarnya tulis dalam BM pun leh luahkan hati dan perasaan gak.. dan terus jadi bahasa jiwang2.. Excuse me yeah.. today I felt like speaking 'London' ok ;)

Yesterday I send email to G asking about our next meeting.. Like I aspected.. he reply and set the date tomorrow.. Well.. I already guess that what will happen.. before he left to Greece for 2 weeks.. He did left me with some work to do.. Well.. holiday kan keje pun cuti.. and now I'm in great stress.. maybe that what contribute to miss home as well..

I can't stop myself listening to Adele 'Set fire to the rain'.. Maybe because of the melodies and the mourning voice of hers.. it's feel so close to me.. I have heard Adele other songs but this one the most influencial to me..



I missed daffodil
but I missed home more..

I will never see daffodil flowers anymore..
but I know I will see home always..
;)

Tuesday 13 September 2011

Music Mode : Set Fire to the Rain


Been listening this song on the radio these few weeks..
At 1st I was thinking it's from Amy Winehouse..
Sort of the same unique voice..
But then I realised it's from Adele
Set Fire to the Rain..

I love the music..
and the lyrics just so meaningful..

"Set Fire To The Rain"

I let it fall, my heart,
And as it fell you rose to claim it
It was dark and I was over
Until you kissed my lips and you saved me

My hands, they're strong
But my knees were far too weak
To stand in your arms
Without falling to your feet

But there's a side to you
That I never knew, never knew.
All the things you'd say
They were never true, never true,
And the games you play
You would always win, always win.

[Chorus:]
But I set fire to the rain,
Watched it pour as I touched your face,
Well, it burned while I cried
'Cause I heard it screaming out your name, your name!

When I lay with you
I could stay there
Close my eyes
Feel you here forever
You and me together
Nothing gets better

'Cause there's a side to you
That I never knew, never knew,
All the things you'd say,
They were never true, never true,
And the games you play
You would always win, always win.

[Chorus:]
But I set fire to the rain,
Watched it pour as I touched your face,
Well, it burned while I cried
'Cause I heard it screaming out your name, your name!

I set fire to the rain
And I threw us into the flames
Well, it felt something died
'Cause I knew that that was the last time, the last time!

Sometimes I wake up by the door,
That heart you caught must be waiting for you
Even now when we're already over
I can't help myself from looking for you.

[Chorus:]
I set fire to the rain,
Watched it pour as I touched your face,
Well, it burned while I cried
'Cause I heard it screaming out your name, your name

I set fire to the rain,
And I threw us into the flames
Well, it felt something died
'Cause I knew that was the last time, the last time, oh, oh!

Let it burn
Let it burn
Let it burn

The song is about love..
I set a fire to the rain..
She love him before
but then she realised that there something about him that she never know
The lie.. The games.. and he always get his way around..
She remember the moments
they love and want it to be forever
but then she knows she has to stop and move on
She tried to move on..
eventhou it's hurt so much
even she know it's flames will always hurt her..

I love music..
and I don't just enjoy the melodies..
but I also read the lyrics..

Angin kuat..

Salam Selasa,

Sejak semalam kami telah diberikan amaran tentang angin kenyang yang bertiup beberapa hari ini.. pengguna jalan raya.. malah yang berjalan kaki juga diingatkan berkali2 tentang angin kuat yang bertiup setiap waktu.. Ini fenomena biasa sebenarnya kat sini.. cuma untuk 2 3 hari nie.. amaran berita telah diberikan supaya orang awam sentiasa berjaga-jaga.. Beberapa jambatan tak silap aku ditutup laluannya kerana kelajuan angin yang kencang..

Sejak semalam hujan dan angin silih berganti.. bab rasa nak melayang tuh biasa rasa pun.. cuma kali nie terasalah speed angin kali nie lebih dari tahun2 yang lepas.. Semalam ada kes pemandu mati kemalangan kerana speed angin hingga 80mph (batu sejam) iaitu lebih 200km/j camtulah...


Kerja masih cam biasa.. cuma aku dah mula terasa sejuk menunggu dalam kereta sebab dah nak masuk autumn.. dan skrg nie dengan suhu yang kdg1 sampai 5darjah celcius pun dah mampu buat aku mengigil.. terpaksalah kan.. sempatlah tido 10-15 min sementara tggu pkl 6.20 sebelum aku p punch in.. tak tahulah camna nak bayangkan masa winter nanti.. Rasanya aku pun dah kena mula tukar pakai jacket wool... tapi buat masa nie aku masih maintain jaket hujan regatta aku.. sebab cuaca yang hujan pg petang nie.. lepas nie.. jacket wool panjang hingga ke lutut akan jadi peneman setia..

Menunggu hari yang panas kembali camnie..
Harapnya mentari akan muncul kembali..

Thursday 8 September 2011

Episod lepas raya

Salam Khamis..

Wah dah seminggu aku tak update blog.. last masa 1hb hari tuh.. wah beraya sakan ke aku?? Idak juga.. cuma cuti kerja 4hari gak minggu lepas.. jumaat openhouse kat rumah sendiri smpi pkl 11lbih malam.. sambung lagi sabtu dan ahad lak dgn 3 jemputan openhouse.. Isnin hingga semalam aku pulak sibuk tolong kawan buat kerja dia sikit.. Aku dah rasa macam aku sibuk sangat.. yelah sehari duk study pasal generasi Baby boomer, Gen X dan Gen Y, selasa edit draft essay kwn aku.. tambah point aku sendiri.. dah jadi macma paper akademik pun ada.. semalam aku tolg dia edit pulak slide powerpoint.. Aku cakap ngan dia.. dah 3 hari aku tolong dia.. nie kalau kat mesia mau juga aku minta bayaran..

Hari ini baru berkesempatan nak update blog sendiri.. ingat.. tapi aku agak sibuk 3 hari nie.. Emmm.. kalau ada org tanya pasal 3 generasi nie aku leh explain dengan detail.. menarik juga bila aku mula buat kajian ringkas pasal 3 generasi nie.. dan actually ada 4 generasi sebenarnya.. mehlah aku cite sikit.. kalau aku sebut camtu jek mesti korang semua tertanya2 kan..

Generasi Baby Boomers

Adalah generasi lepas perang dunia ke 2.. yang lahir pada tahun 1946-1964.. tarikh kelahiran ini berbeza-beza mengikut negara.. kebanyakan yang mengguna pakai istilah ini adalah negara2 barat dan eropah.. kalau di sekitar negara eropah tahun kelahiran untuk generasi baby boomer ini ada yang smpi 1974.. ini kerana lepas perang dunia kedua.. ramai bekas tentera pulang ke negara masing2 dan memulakan kehidupan baru.. selepas mereka settle down.. mereka mula bekeluarga dan mempunyai kerjaya yang stabil.. maka pada ketika ini kadar kelahiran meningkat secara mendadak 'boom' sebab itulah dikenali sebagai baby boom... generasi ini adalah untuk mereka yang kini berumur 65-47tahun.. Generasi ini sikap mereka lebih mementingkan status kerja dan sosial.. mahukan kerjaya yang ada jaminan masa depan.. dan amat setia pada 1 organisasi.. mereka lebih konservatif.. traditional dan workaholic...

Generasi X

Lahir pada tahun 1965-1980.. umur mereka kini 46-31thn... generasi ini lebih terbuka berbanding generasi baby boomer.. datang dari keluarga yang kedua2 ibu bapa bekerja.. ada sesetengah mereka dtg dari keluarga single parents.. penceraian dlm keluarga adalah isu biasa bg generasi ini.. Generasi ini mahukan kerja yang fleksibel.. tak pentingkan status sangat.. kerja sebab mereka happy dgn kerja itu.. tak suka terikat lama dengan 1 kerjaya.. mahukan kebebasan dan keselesaan dalam kehidupan.. Golongan nie adalah generasi tape rekoder... walkman.. vhs..

Generasi Y

Generasi era millenium kerana mereka ini lahir dari thn 1981-1994.. berumur 30- 17tahun... Masa nie mula terdedah dengan teknologi.. mula berjinak-jinak dengan internet.. tapi masa nie internet masih slow speed.. perkembangan IT mula berkembang.. dan isu pasal millenium bug jadi topik hot... golongan nie.. pemikiran ye lebih mahukan kebebasan bekerja.. bersuara.. kerap tukar kerja sebab mahukan fleksibel.. punya keinginan untuk belajar lebih banyak kemahiran dan juga mampu buat multitasking.. lahir pada awal perkembangan internet dan teknologi maklumat dan telefon bimbit.. bijak untuk adaptasikan kemahiran dengan penggunaan teknologi.. cekap.. berfikiran lebih terbuka.. independent.. suka menekan hak diri.. keinginan dan kehendak..

Generasi Z

Generasi lahir lepas tahun 1995, berumur 16thn ke bawah .. tak boleh hidup tanpa teknologi.. internet.. handphone.. chatting.. web.. name it.. hidup mereka dikelilingi dengan applikasi seperti google.. facebook .. twitter.. iphone.. mac dan sebagainya.. mereka tidak tahu bagaimana hidup tanpa semua teknologi nie.. tak tahu nak bayangkan camna hidup susah generasi baby boomer (zaman moyang atau gatok nenek diorg).. Sikap mereka juga lebih demanding.. sebab pada mereka kepantasan adalah benda utama.. semua nak kena ada.. nak selesa.. nak senang.. sebab ketika mereka lahir kemudahan teknologi dan prasarana dah ada lengkap dan selesa...

Camtulah lebih kurang huraian aku.. kalau nak cite secara verbal leh jadi panjang lagik nie.. nie sebab menaip pun dah panjang dah.. bagus nie untuk buat tajuk kajian bila aku balik mesia.. hehehe nantilah.. mesti ini jadi tajuk salah satu thesis student aku nanti ;)

Minggu nie aku pergi ke tempat keja 30min lebih awal.. sebab pakwe kena start kerja awal.. so dalam masa 20min tuh aku tggu dalam keta dulu.. bila dekat2 nak 6.30 tuh baru aku punch in.. Sejuk lak tuh bila tggu dalam keta.. terpaksalah on heater sebab awal pg skrg nie asyik hujan jek...

Sv kerja aku dah masuk kerja semalam.. Tadi terserempak dengan dia.. dekat sbln gak dia cuti sebab ayah dia meninggal.. dia ada sound psl borang pencapaian aku.. yelah dah lama aku isi pun.. dia jek yg takde nak ambik2 kan.. Esok dah jumaat kan sekejap jek...

Melepak di tepi tingkap sambil tunggu vacuum cleaner aku..
Member level 4 pinjam macam dia ye hak milik je..
Leceh betul skrg nie kena turun naik tiap kali nk pki 'henry' (nama vacuum tuh)
Lawa kan kasut aku..
Dan lawa juga pemandangan kat luar tuh ;)

Thursday 1 September 2011

Sayang, Cinta & Kasih

Masih aku ingat pada hari ini.. Kami diijabkabulkan di rumah mak di kampung.. Selepas solat Zohor.. dengan 2 kali lafaz.. Akhirnya aku jadi milik dia.. dan dia jadi milik aku.. Tahun ini sudah lebih angka 10 ulangtahun perkahwinan kami.. Semoga Allah kekalkan cinta & kasih sayang ini hingga ke Syurga..

Masih ingat kisah cinta yang pernah aku tulis dulu.. Ketika menghampiri penghujung Ramadhan yang lalu.. Seorang rakan bertanya tentang kisah cinta aku.. Kata dia.. dia tertanya-tanya bagaimana aku kenal dia.. Kebanyakan rakan tahu kami sama sekolah dulu.. Cuma tidak ramai yang tahu bagaimana kami bercinta.. So satu petang itu.. Aku ceritakan serba ringkas kisah cinta kami.. Rasa macam ulang tayang jek versi kisah cinta yang aku tulis itu.. cuma kali ini aku ceritakan secara verbal pulak...

Kata rakan.. dia kagum dengan sikap dia.. Memanglah.. Dia di sini dikenali sebagai seorang jejaka yang amat 'Cool'.. Pendiam.. relak.. sentiasa senyum.. Sampai pernah ada yang cakap dengan aku.. Rasanya macam tak percaya kalau tengok dia marah.. Hahahaha.. Hanya aku jek yang tahu perangai sebenar dia.. tapi biasalah.. Kalau bab-bab membebel tuh.. memang orang nampak aku yang lebih dan aku yang lebih garang..

Hingga pernah ada orang kata aku dan dia selamba sahaja.. Tak nampak sangat romantiknya.. cuma aku sering dengar dari mulut rakan-rakan aku.. Dia ketara nampak sayangnya pada aku.. hahaha.. tapi aku?? Bukan tak nak tunjuk sayang depan orang.. Aku tak suka pamerkan kasih sayang aku.. Hanya mereka yang benar-benar rapat dengan aku.. tahu sejauhmana kasih sayang aku pada dia.. cuma aku tak suka zahirkan depan orang.. Namun kalau kat rumah.. yang hanya ada aku dan dia.. Itu tempat aku dan dia bermanja..

Cincin perkahwinan dan hadiah hari jadi..
Semuanya dari dia
Semoga cinta kami kekal hingga ke Syurga
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...