Thursday, 7 February 2013

Bila teringat Murtabak..

Salam Petang Khamis..

Tinggal 3 hari je lagi nak raya cina.. Ye aku tak celebrate raya cina.. walaupun nenek aku berketurunan cina.. tapi sejak lahir telah dibesarkan oleh keluarga melayu.. Kiranya darah cina secara sahih mengalir dalam darah aku ahaks..

Sejak beberapa hari ini kerap sangat kenangan zaman di UK datang kembali.. Banyak sebenarnya.. terutama bila teringat aku suka window shopping bila balik dari CIS.. apatah lagi beberapa hari lepas snow turun dengan lebatnya kat sana.. kawan-kawan kat sana pulun sakan upload gambar main snow.. main sledge.. hujan air batu.. dan semua benda-benda yang dah 5 tahun aku lalui..

Rindu?? mungkin juga.. tapi semua itu telah aku tinggalkan.. Malas nak menoleh ke belakang lagi.. sebab mungkin selepas Ayah pergi.. kenangan di situ seolah jadi hambar pada aku.. rasa 5 tahun di sana.. dibalas dengan hanya 3 bulan sahaja Allah beri pada aku untuk bersama Ayah selepas pulang ke tanahair.. sedikit sebanyak mengubah rasa rindu aku.. Aku tidak pernah rasa menyesal tinggalkan UK.. walaupun itu sudah sebati menjadi rumah kedua aku.. Dulu sebelum arwah Ayah pergi.. aku selalu teruja dan rindu mengenang hidup di sana.. kini.. menyebut benda-benda yang ada di sana kini buat aku takde mood... rasa rindu aku pada kehidupan 5 tahun di sana seolah tidak setanding dengan rasa 3 bulan yang aku rasai bersama arwah Ayah..

Ok.. tutup sekejap memori duka ini.. bercerita tentang rasa rindu memang sukar nak digambarkan.. benda-benda yang tersirat kadangkala sukar nak dizahirkan dan disuratkan :)

Semalam.. aku rasa macam malas masak.... memandangkan kemarin dah masak kari ayam.. semalam aku rasa kuah kari tuh kalau dapat makan dengan roti canai atau murtabak mesti best hehehe... Mulanya aku sekadar mahu memanaskan roti canai beku yang ada dalam peti ais.. tapi bila terlihat ada kulit popia yang berzaman beku dalam tuh.. hati tergerak nak buat murtabak.. sudah lama sangat aku tak buat murtabak nie.. dulu di UK.. kadangkala sebulan sekali..aku akan rajin buat.. Proses nak membuatnya banyak kerja.. itu yang kadang-kadang rasa malas nak buat.. bila makan.. sekejap jek masuk mulut.. hehehe

So dipendekkan cerita.. dalam malas-malas tuh.. aku gigih jugalah buat inti murtabak.. (versi ini guna kulit popia jek.. aku lagilah tak rajin nak buat kulit murtabak tuh)

Bahan-bahan :
Kulit popia saiz sederhana/kecil
2 ketul daging ayam bahagian dada  (aku potong daging ayam tuh kcik-kecik jek, kalau ada daging hancur lagi bagus)
2 biji bawang besar (sebiji untuk inti dan sebiji untuk masuk dalam murtabak-potong dadu)
2 3 biji bawang putih
4-5 biji telur (bergantung pada isi ayam yang digunakan)
serbuk kurma/kari
garam/gula

Cara-cara membuatnya:

Panaskan minyak dalam kuali
Masukkan bawang besar dan putih yang dah dipotong tadi, goreng sampai agak2 garing.
Masukkan serbuk kari/kurma dalam 1 sudu
Masukkan isi ayam dan goreng sampai masak dan kering airnya.
Masukkan garam dan gula, tutup sejukkan

Ambil 2 biji telur dan pukul hingga kembang, masukkan bawang besar dan masukkan inti ayam tadi.
Agak-agaklah keseimbangan isi ayam dan bawang tadi, jangan banyak sangat.
Ambil kulit popia, letak atas pinggan rata, letakkan bancuhan telur/isi ayam tuh di bahagian tengah.
Lipat kulit popia tuh hingga jadi segi empat, ambil bucu dan lipat ketengah..
Tekan hingga lipatan tuh tutup dan melekat pada telur tadi..
Ambil dan letak bahagian yang berlipat tuh atas kuali yang rata macam biasa kita tengok kat pasar malam tu..  kalau nak buat style lipat atas kuali pun boleh kalau tangan kebal panas ;)
Terbalikkan dua tiga kali hingga masak.. pastikan selalu letak minyak supaya kulit popia tuh lembut..(elok kalau guna berus)

Boleh imagine??? alah bukan susah mana pun.. main lipat-lipat jek.. guna kulit popia... kalau rajin nak buat kulit tuh lagi bagus.. tapi aku bab itu agak malas sikit hehehe...

Rasanya tak jauh beza dengan yang kat pasar malam.. cuma kalau guna kulit popia nie kena banyak sikit guna minyak dan sapu atas kulit popia nak bagi lembut.. tapi bila makan terasa ranggup sikit berbanding kalau makan yang dibeli.. Apa pun makan yang dimasak sendiri memang sentiasa lebih sedap.. :)

Gambar???? Takde..

Aku tak larat nak snap sebab letih sangat berdiri dekat sejam lebih buat murtabak tuh.. berpeluh sakan kat dapur.. Masa buat tuh teringatlah sebab ada 2 3 orang kawan dulu yang rajin suruh aku buat murtabak terutama time bulan puasa dan dekat-dekat nak raya.. Satu lagi.. diorang juga suka suruh aku buat begedil.. dulu suka buat begedil guna kentang dan kacang hijau (bukan kcg hijau buat bubur tuh.. kacang hijau yang besar tuh)..

Bolehlah cuba resepi nie.. atau nak dapat lebih gambaran lagi boleh google jek.. banyak blog yang cerita cara buat murtabak guna kulit popia nie ;)

Deretan tupperware yang kena bawak balik rumah sebab banyak sangat letak kat ofis.. 
Ye.. aku masih lagi rajin bawa bekal sarapan ke pejabat ;) 
Termasuklah bekal murtabak mini pagi tadi

4 comments:

Acik Erna said...

assalamina..teringat lagi ina pernah tunjuk gambar murtabak mini masa di uk dulu..rajin ina masak masa tu kan

Anonymous said...

gambar takde????? fuhhh frusttt..ahaks.

kueh

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Kak Erna

Kat sana takde pilihan kak.. setiap hari kena masak.. balik nie pun.. masih juga memasak walaupun bkn tiap hari.. bkn apa kdg2 dh xlarat.. pg n tghri dah mkn kt luar.. mlm lebih suka mkn kat rumah ;)

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Kueh

Ahaks.. letih sangat masa tu nak snap gbr.. lagipun makan lebih sedap dr ambil gbr ahaks ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...