Thursday, 14 February 2013

14 Februari datang lagi..

Salam Pagi Khamis..

Terlebih dahulu.. buat sahabat yang tersayang...
Happy Birthday to you my dear.... May All your dreams and doas comes true..

Tahun lepas tak dapat celebrate your birthday because masih kat UK.. Tahun nie.. Alhamdullilah.. we manage to celebrate it a day earlier.. :) Semoga panjang umur.. Murah rezeki... diberikan kesihatan yang baik.. rezeki yang banyak (nanti leh belanja makan yang sedap2 dan mahal2 hehehehe dan boleh minta belanja pergi lepak-lepak ahaks...) serta keluarga yang bahagia dan zuriat yang ramai.. ;)

Aminnn.. Yarabbillaminnn

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari Valentine..

Kenangan musim hari valentine semasa 5 tahun di UK.. memang best.. bukan best sebab aku celebrate.. tapi best sebab masa nie sales macam-macam dan pelbagai barang dijual.. aku suka musim nie sebab lepas valentine day hahaha.. coklat2.. hadiah.. teddy bear.. saki baki gift yang sebelum valentine dijual dengan harga tinggi... lepas valentine.. semua jual murah... kalau sebelum tuh.. coklat biasa dijual dengan harga £5 £6 sekotak.. lepas hari valentine.. pernah turun sampai £2.. kadang-kadang £1 dan aku pernah beli teddy besar.. yang asal dijual pada £15.. aku dapat beli sebagai hadiah birthday untuk kawan aku (birthday dia dlm hujung bln 2) dengan harga £5 sahaja hehehehe....

Aku tak pernah celebrate valentine... masa baru kawin dulu.. pernah tanya pakwe.. tak nak celebrate ke?? tapi awal-awal lagi dia dah bagi tahu.. Tak elok celebrate hari tuh.. dan mengenali dia yang memang selamba gile dan bersebab dalam benda yang disebutnya itu.. aku tak ambil pot pun.. tak kisah pun sebab memang tak pernah celebrate...

Zaman sekolah dulu hari valentine disambut dengan pakej jual bunga dan buah epal hahahha.... ingat lagi kelab kaunseling pernah buat jualan nie masa hari valentine.. masa nielah.. masing-masing tunggu hadiah special.. kot2 ada orang nak bagi kat kita.. yang best.. kitaorang siap buat delivery kat kelas lagik... tapi masa zaman sekolah tuh.. aku takde dapat bunga2 nie.. kalau ada pun sebab suka sama suka nak bagi... maksudnya.. aku set dengan kawan baik aku.. dia bagi aku buah epal.. dan aku pun bagi buah epal kat dia hahhahaa... dan harap maklum kawan baik tuh perempuan ye.. hahaha.. bila kenang balik lawak jek... tapi hari valentine zaman sekolah dulu memang hari yang ditunggu-tunggu.. masa tuh belum ada fatwa atau isu yang valentine day tak elok disambut.. kita layan masa tuh sekadar untuk suka-suka..

Tahun ini.. fatwa telah pun dikeluarkan.. haram menyambut hari valentine untuk umat islam di malaysia... so secara rasminya.. jika terdapat mana-mana orang muslim yang menyambutnya boleh dikenakan tindakan dan denda... tapi semalam terfikir juga.. kalau hari ini aku p celebrate ngan kawan baik aku tuh.. adakah aku akan kena tangkap hahaha.. walaupun sebenarnya kami celebrate birthday dia... kawan aku tuh.. lahir pada hari valentine yang disambut setiap tahun.. sebab itu birthday dia special.. untunglah... tapi kalau nak beli hadiah untuk dia.. confirm mahal sebab jatuh time harga barang-barang hadiah naik hehehe... ;) sebab itu I belanja makan jek hehehe...

Happy Birthday my dear :)

Selamat ulang tahun sayang - Imran Ajmain 

Dulu masa di UK bila time birthday sendiri dengar lagu nie sedih je..
:)

2 comments:

Anonymous said...

amin kak.

semoge tercapai semua impian.

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Kueh

Amin.. semoga impian kita semua terlaksana.. fiy.. birthday akak blum lg tau ahaks ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...