Tuesday 21 December 2010

Cinta tak boleh dipaksa..

Cinta tak boleh dipaksa..

Dah lama tak dengar ungkapan ini.. Aku teringat kata-kata ini.. bila berbual dengan seorang kawan tentang soal rasa hatinya.. tentang cinta yang dia rasa.. aku lantas lafazkan kata-kata ini pada dia.. Kadangkala tidak semua yang kita rasa itu.. turut dirasai oleh orang lain.. kadang kita rasa dah cukup selesa berkawan dengan orang itu.. dah agak mesra.. calling-calling selalu.. jumpa.. minum-minum.. sembang-sembang.. lalu kita suka pada dia.. rasa serasi pada dia.. tapi pada pihak dia.. dia rasa biasa-biasa sahaja.. walaupun hakikatnya.. orang itu layan cukup baik.. mesra.. gelak ketawa.. tapi hati dan perasaan dia.. hanya dia sahaja yang tahu..

Ini lah yang terjadi pada kawan aku... dan juga pernah juga terjadi pada aku dulu.. (kisah-kisah lama dulu).. sebab itu sedikit sebanyak aku dapat selami juga hati kawan aku tuh.. kadang dah jumpa yang suka.. tapi dia pulak tak suka.. kadang orang tuh dah suka.. kita pulak rasa biasa-biasa aje.. separa suka.. yelah belum jumpa yang serasi.. belum jumpa yang benar-benar sesuai untuk kita..

Bercakap soal cinta ini.. pengalaman aku pun lebih kurang juga.. hahaha.. perasan kejap nie.. sila sengeh ok.. dari kes abang angkat.. ke adik angkat.. ke kawan-kawan biasa.. pernah ada yang lafazkan kata suka aku.. seronok dengan aku.. tapi.. pada aku.. semua itu biasa-biasa sahaja.. sebab aku jenis agak sukar nak sayang orang.. kalau dah sayang pulak.. aku jenis susah nak control.. sebab itu dari dulu.. aku lebih suka.. sayang biasa-biasa aje.. kecualilah kalau dah tekad nak bersama hingga ke akhir hayat.. kasih sayang itu akan aku pertahankan juga selagi termampu.. takde ye hingga ke titisan darah terakhir okk.. hehehe

Sebab itu aku lebih suka layan kekawan aku biasa-biasa aje.. sebab aku nie jenis susah nak sayang.. kalau dah sayang aku emosional hahaha.. tapi syukur.. aku rasa emosi aku stabil lepas 5 tahun berkawan atau bersama.. sebelum tuh.. hahaha.. gegak gempita rasanya melayan mood dan emosi aku.. but now aku dah cool... amat cool.. sebab mungkin masing-masing dah faham kepala masing2.. hati masing2.. perangai masing2.. so rasa2 terasa nie.. dah takde sangat.. dah boleh cool..

Berbalik soal cinta ini.. yelah.. tak mudah nak mencari cinta.. apatah lagi bila kita teringin punya pasangan hidup.. teringin ada orang di sisi yang nak sayang kita.. kalau boleh dibeli.. dah lama aku rasa orang beli.. sebab itu kadang-kadang ada orang sanggup kawin dengan gadis2 dari negara yang lain.. sebabnya.. golongan itu boleh dinikahi dengan mudah.. bayar sahaja kosnya.. esok lusa dah boleh jadi isteri.. begitu juga dengan kes berkahwin dengan suami orang.. ini pernah kecoh suatu ketika dulu.. katanya bukan untuk merosakkan rumah tangga tapi untuk berkongsi sahaja... jadi isteri kedua.. takkan tuntut harta atau duit.. hanya mahu kongsi rasa cinta.. sebab sudah ada pekerjaan yang stabil dan duit yang banyak dari karier sendiri.. welll.. kedengaran isu ini cam best.. aku lupa istilah untuk nikah jenis ini.. ada disebut dulu.. selalunya yang lebih mahukan kehidupan begini adalah jenis2 wanita yang berkarier tinggi.. mereka sanggup menjadi isteri kedua.. tapi hanya sekadar mahu berkongsi rasa cinta sebagai isteri.. bukan mahu ambil harta atau wang sang suami..

Komen aku.. senang jek.. kalau isteri pertama tuh dah bagi lampu hijau.. why not... jika dia tak kisah siapa kita nak kata tak boleh sebab lelaki muslim memang boleh kawin sampai 4.. tapiiiiiiiiiiiiii... taklah semudah begitu kan.. soal kawin ini bukan cam kita pakai baju.. ini soal tanggungjawab.. ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan.. pembahagian masa.. tanggungjawab.. hidup dan macam-macam lagik.. kalau isteri pertama kata dia sanggup berkongsi.. pada aku tak salah.. nak pulak jika isteri kedua itu berduit lebih setidak2nya kehidupan yang baik boleh dikongsi bersama..

Tapi.. kalau lelaki itu memang tak mampu.. usahlah mimpi untuk berkahwin lebih dari satu.. itu hakikat kan.. soalnya kemampuan.. kalau kahwin hanya sebab dek nafsu dan kehendak semata.. dan abaikan soal2 tanggungjawab dan kemampuan hidup.. emm susahlah.. ada insan yang teraniaya nanti.. dari senang lenang dengan hanya 1.. kenapa pula mahu cari pasal dengan tambah 2 3 4..

Soal ini aku tak nak ulas panjang.. sebab pada aku.. aku tak kisah sebenarnya.. kalau mampu.. dapat persetujuan.. go ahead.. tapi kalau kemampuan tak sepadan dengan kehendak.. lupakan sahaja.. bina sahaja bahtera hidup dengan yang satu itu.. lebih mudah dan senang nak jaga.. dari tambah pening dan sakit kepala..

Ya cinta tak boleh dipaksa... tapi cinta boleh dibahagi sama rata.. cinta pada diri sendiri.. cinta pada keluarga.. cinta pada kekasih.. cinta pada kawan baik.. cinta pada kekasih.. cuma bagaimana kita bahagikan rasa cinta itu sahaja yang berbeza caranya... Setiap kita perlu membahagikan cinta kita pada semua yang aku sebutkan tadi.. walaupun kita ada kekasih hati yang cukup kita cintai.. pada masa yang sama juga kita perlukan juga cinta seorang sahabat baik untuk menasihati kita dan menjadi tempat kita meluahkan rasa.. kita juga perlukan cinta pada keluarga sebagai kekuatan diri dan sokongan peribadi.. kita juga perlukan cinta pada diri sendiri supaya kita mampu bertindak dan terus berjuang untuk kehidupan dan kehendak sendiri..  kita juga perlukan cinta pada anak-anak sebagai penerus generasi dan ilmu yang kita miliki.. kita juga perlu cinta pada Allah s.w.t kerana dia yang menentukan segala-galanya.. dan hanya dia sahaja tempat paling afdal untuk kita meminta dan mengharap...

Oleh itu cinta itu tidak hanya ada satu rasa.. cinta itu multiple.. perlu kita bahagi2kan juga.. cuma hakikatnya.. cinta itu sememangnya tidak boleh dipaksa.. tidak semua orang boleh kita cinta sebagai sahabat baik.. tidak semua orang kita boleh anggap sebagai keluarga kita melainkan yang lahir dari darah dan keturunan yang sama.. cinta juga perlu kita pilih.. yang baik.. yang buruk.. yang istimewa.. yang biasa-biasa..

Apa juga jangan sekali-kala putus asa dengan rasa cinta.. InsyAllah.. sentiasalah berdoa semoga dikurniakan rasa cinta yang bahagia.. kadangkala tidak semestinya cinta itu istimewa.. cukuplah cinta itu mampu membuatkan kita tenang dan gembira...

Cinta itu tak boleh dipaksa.. tapi andai sudah jatuh cinta.. tidak ada sesiapa pun boleh paksa untuk kita lupakan cinta..

2 comments:

julietchun said...

bukan senang nak bercinta :P

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Juliet

ye bukan senang.. tapi jatuh bila takde sapa tahu bila hehehe ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...