Dah 4 hari bercuti.. kalau campur sabtu ahad dah 6 hari.. masih ada baki lagik hingga rabu depan baru mula bekerja semula dan ke uni untuk urusan study.. Penat sebab 4 hari nie.. duk ke bandar membeli belah.. temankan orang sebenarnya.. dan sedikit sebanyak terpengaruh juga membeli bila dah tengok benda yang murah hehehe... so today stop bershopping.. sambung semula lepas new year untuk new year sales.. aku tinggal nak belikan hadiah utk wife SV aku jek.. so far masih takde idea apa nak bagi.. ingat bg skaf jek cam tahun lepas.. maybe.. tengoklah masih belum nak decide lagik nie..
Dah berapa hari nie duk memasak pagi tghri petang.. bila dah spend masa seharian berada di rumah.. maka aktiviti takde lain.. masak.. makan.. rindu pula nak ke uni dan bekerja sebab setidak2nya aku ada masa nak bersosial dan settlekan keje aku.. bila duk melepak kat umah.. semua jadik malas.. tapi yelah nikmatilah selagi ada masa cuti begini.. tapi pada aku.. I really miss the hectic life. tau2 jek dah petang.. tau2 jek masa aku terisi dengan benda2 yang perlu diselesaikan.. nie nak buka buku pun cam malas jek.. tutup terus hahaha.. takleh nie tengah berazam nak juga buat sikit2 nie walaupun cuti panjang
Pagi tadi masa duk kemas umah.. terfikir dah lama tak pergi bercuti.. last masa balik mesia dan masa mak datang bln 6 lepas... sejak itu aku tak kemana2 sangat.. maybe kot weekend nie ingat nak ajak pakwe dating tengok wayang.. ada 2 cite yang dah plan tak tengok2 lagik.. 2 dvd yang dah sampai pun sampai sekarang belum tengok lagik gak.. entahlah rasa cam boring jek nak tengok sendiri.. aku memang suka collect dvd.. hanya untuk cerita2 yang aku rasas worth collecting... aka.. cite yang aku minat jek.. kebanyakan aku beli mesti ada 2 dvd means.. 1 lg dvd tuh pasal the making of the movie.. sebab aku study dia ye graphic effect.. or the simulation.. boleh jadik bahan untuk pengajaran aku esok2..
Pagi tadi masa bangun tidur aku tetiba2 rindu nak balik tanahair.. dah rasa penat duduk sini.. rasa dah nak dekat sangat nak balik.. tapi study masih belum settle lagik.. InsyAllah.. kena tanamkan keyakinan kan.. Doa sentiasa semoga aku cepat habis.. dah tak larat.. fikir mcm2 perkara sekarang nie.. InsyAllah.. tak lama lagik nie pun..
Really miss family and friends.. wish I'm home.. but I know.. once I'm back.. I'll miss here even more
No comments:
Post a Comment