Tuesday, 14 December 2010

Bila aku jatuh 2 kali di tempat yang sama.. Malu tapi masih tersenyum

Hari ini.. kali kedua aku jatuh tergelincir.. yang best ye.. tempat aku jatuh adalah tempat yang sama.. aduhai.. nasib taklah sakit sangat.. sebelum aku jatuh tadi.. aku nampak ada sorang mamat tuh jatuh juga di tempat yang sama.. taklama aku lalu aku lak yang jatuh hehehee..

Rupanya bukan aku sorang jek yang jatuh kat situ.. ada sorang adik tuh pun pernah jatuh di tempat yang sama 2 kali.. nampak gayanya selepas nie.. kena elak lah jalan kat situ.. harus juga aku lalu ikut jalan raya.. Alhamdullilah taklah sakit sangat.. malu?? dah sememangnya.. tapi masih tersenyum lagik..

Kadang aku pelik lah dengan management uni nie.. dah tahu kaki lima tuh licin bersalji kenapalah diorg tak kikis jalan tuh atau tabur garam lebih sikit.. aku rasa dah ramai tergolek kat situ.. kesian lah org2 yg jatuh tuh.. termasuk aku hahahaa.. tapi sejak minggu lepas lagik aku tgk.. time salji lebat tuh.. kaki lima tuh langsung takde berusik.. kikis ke.. tolak ke apa takde... dan aku pasti juga dah ramai yang jatuh.. emmm esok kenalah jalan berhati2 nie..

Hari nie mood sedih.. amat sedih sebenarnya.. aku rasa tahun 2010 nie tahun aku diuji dengan kerenah kawan2 baik.. emmm.. tak tahu nak cakap dah camna.. redha dan tabah jelah wahai hati.. bila saat begini.. teringat kata-kata pakwe aku dulu "Kadang2 Allah gerakkan hati seseorang itu untuk melakukan sesuatu tuh ada sebab.. kadang2 untuk menguji orang di sekelilingnya terutama kawan dan keluarga.. kita kena ingat dan terimalah.. benda tuh adalah dugaan dan cabaran untuk kita". Betul lah kan.. kadang2 bila kita terkena sesuatu musibah.. atau insiden yang kurang baik.. kita sering tanya kenapa orang tuh buat camtu dengan kita.. tapi kadang2 kita lupa.. yang terjadi itulah adalah cabaran dan dugaan bagi kita yang menghadapinya.. setidak-tidaknya.. di situ kita belajar tentang sesuatu.. belajar mengenali dan belajar menginsafi.. Selama ini yang kita nampak yang baik-baik dan yang elok-elok jek.. bila kita dilanda dugaan begitu.. barulah kita tahu siapa yang benar2 ikhlas dan siapa yang betul2 nak tolong dan hargai kita..

Aku jadi malas nak cerita sebab apa aku sedih.. tapi biarlah hati aku sejuk dan redha.. aku cuba untuk tidak terasa hati.. dan cuba juga untuk memaafkan.. cuba juga untuk tak ambil kisah dan peduli.. tapi yelah nama pun hati kan.. tetap terasa kesannya.. cuma aku harap.. aku mampu lupakan dan tak fikir2 lagik pasal benda nie.. lebih baik aku fokus dan hargai pada mereka yang benar2 nak kawan dengan aku.. dan paling utama ikhlas nak kawan dengan aku.. itu dah cukup memadai.. biar tak ramai kawan takpe.. cukuplah dengan kawan-kawan baik yang sentiasa sudi tolong dan sokong aku saat susah dan senang..

Ok.. Wahai hati.. udah-udah ler fikir.. banyak benda lain nak settle nie.. Kawan datang dan pergi kan.. tapi yang tinggal adalah yang benar-benar ikhlas.. Biarlah aku kehilangan kawan andai itu merupakan yang terbaik untuk aku kerana dia mungkin bukan sahabat yang baik dan bakal menyusahkan aku di masa depan.. Biarlah semua budi baik dan pertolongan yang pernah aku berikan pada dia.. Aku tidak mahu mengharapkan dibalas oleh dia sendiri.. biarlah Allah sahaja yang balas.. dan jika ada rezeki biarlah balasa kebaikan itu aku dapat daripada orang-orang di sekelilingku.. Aku tidak mahu mengungkit semua budi baik dan pertolongan itu dan mengharapkan balasan itu datang dari orang yang aku tolong.. Biarlah.. biarlah.. kebaikan itu aku perolehi dari mereka yang benar2 ikhlas untuk membalasnya..

Harap esok.. senyuman akan terus menguntum.. Sedih tetap sedih.. tapi hidup kena teruskan juga..

2 comments:

julietchun said...

aku suka kata2 semangat pakwe kamu itu :D

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Juliet

Hehehe.. aku lagik suka kot ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...