Seperti biasalah.. senarai ini antara yang wajib buat bila aku ke sesebuah negara..
Oh ya senarai yang sama ke Jepun belum buat lagi sebab entri belum habis..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1- Padat dan sesak
Aku rasa rata-rata bandar besar semuanya begitu.. cuma kepadatan dan kesesakan sesebuah bandar itu berbeza mengikut sikap dan tabiat penduduknya... ramai yang mengatakan jakarta sesak (macet).. tapi pada aku benda itu biasa... normal.. seperti kata pakwe aku sebelum trip kami ke jakarta.. dia udah bising-bising malas ke jakarta sebab sesak.. tapi aku think positif.. sebab pada aku benda itu biasa.. semasa aku ke tokyo pun sesak juga.. rasa macam tak percaya tengok sesaknya manusia kat stesen keretapi sedangkan sehari sebelum tuh kami keluar ok jek.. masuk je hari bekerja.. aduhhh.. sesak nafas terus... hahaha...
2- Old and new town Jakarta..
Jakarta seolah terbahagi dua kepada aku... ada kawasan yang cukup mewah.. dan ada juga kawasan yang cukup ketara kemiskinannya.. penduduknya lebih banyak tertumpu di tepi sungai.. deretan rumah-rumah banyak dibina di tepi sungai.. satu pemandangan yang ketara.. rumah yang di tepi sungai itu buruk dan kecil.. beberapa pintu daripadanya pulak.. rumah-rumah mewah dua tingkat.. itulah yang aku nampak.. kawasan laluan utama nampak berdebu.. kotor dan tidak selesa... manakala kawasan yang mewah (new town) penuh dengan bangunan pencakar langit.. dan hotel-hotel 5 bintang.. kawasan perniagaan dan pejabat kerajaan juga di sekitar kawasan ini.. kebanyakan bandar pasti ada kawasan sebegini.. old and new..
3-Pengangkutan awam
Aku rasa pengangkutan awam banyak.. pilih sahaja kenderaan apa yang hendak dinaiki.. malah teksi pun sama.. manakala laluan ke bandar waktu 7-10am dan 16-19pm adalah waktu dimana hanya kenderaan dengan 3 atau lebih penumpang sahaja boleh memasuki kawasan tertentu... polisi akan periksa kenderaan dan tingkap perlu dibuka.. ini kerana kebanyakan kereta di jakarta bercermin gelap dan sukar dilihat dari luar... sebab itu adakalanya pemandu akan memanggil-manggil penumpang dan membayar mereka (20 000 rupiah seorang) kerana untuk melalui jalan tertentu perlu ada sekurang-kurangnya 3 orang.. ianya bermula di jalan Sudirman..
Ini peraturan untuk mengurangkan kesesakan... macam kongsi keretalah konsepnya.. tapi.. jalan tetap jem juga... biasalah... satu yang menarik perhatian aku.. hentian bas untuk menaiki bas adalah lebih tinggi daripada jalan.. ia dibina hampir separuh ketinggian kereta dan bas yang lalu pun dasar lantai pintu bas tuh betul-betul paras lantai hentian tuh.. ini mungkin dibina untuk keselamatan pengguna bas.. kerana mereka tidak perlu tunggu di tepi jalan dan mungkin boleh mengakibatkan kesesakan lagi..
Hentian bas di Jakarta
kredit dr blog alfuad4605.blogspot.com
kredit dr blog alfuad4605.blogspot.com
Kawasan yang kenderaannya perlu ada 3 atau lebih penumpang
kredit blog http://syazlitahir.blogspot.com/
3. Syurga Shopping
Rata-rata pelancong malaysia yang datang ke jakarta atau bandung.. kebanyakannya mempunyai tujuan untuk bershopping.. yang menjadi pilihan adalah kain baju.. jubah.. telekung.. seluar jeans.. branded goods.. jajan and list goes on... ramai juga rakan-rakan yang ambil peluang berniaga dengan mengambil barang secara borong.. malah ada yang sanggup datang untuk membeli persiapan kahwin di sini.. baik tempah kad.. baju pengantin.. hantaran pengantin.. door gift and so on.. Aku shopping juga kain ela sutera batik..suteranya cantik dan bersulam.. harga dapat sekitar 160k rupiah manakala sutera batik contengan tangan dalam 220k.. kami bershopping di deretan kedai/kawasan dikenali sebagai 'Heritage'.. mereka juga hantar kain yang sama ke pasar baru bandung.. selain itu kami juga dibawa ke sebuah kedai kain.. aku lupa nak tanya kawasan apa.. tapi berada di deretan perumahan.. dan banyak juga rakyat malaysia yang dibawa ke sini.. sempatlah beli 3 pasang kain bersulam yang sesuai dibuat jubah... dan 2 pasang telekung berjenis kain durikan.. katanya sejuk dan selesa.. cuma ia bukan berwarna putih.. warna coklat dan biru gelap.. tak kisahlah.. telekung itu buat solat kat rumah je kan.. Kami tak banyak buang masa shopping di pasar baru kerana ada guide yang bawa kami.. so tak merasalah macam shopping gaya survey dan tengok-tengok.. ini sebab kebanyakan benda yang kami nak dah separuh dibeli.. kalau tak beli kain di heritage dan kedai kain yg satu tuh.. mungkin sahaja kami akan spend masa shopping lebih lama di pasar baru.. tapi kami singgah juga beli border lace di sebuah kedai kain.. semeter 100k dan 1 meter itu ada 10 border lace pada 1 bidang kain.. murah giler ler.. sebab selalu orang jual border lace dah siap potong.. kami beli 1 meter terus.. adalah 4 jenis border lace yang kami beli dan bahagi 2 dengan kawan aku.. so sorang bayar 200k jek.. untuk 4 jenis border lace dan sorang dapat 20 lace sepanjang 1 meter... kalau buat jubah bolehlah suruh akak tuh jahit border lace sekali
4-Peminta sedekah dan diikut penjual souvenier
Ini benda yang biasa... semasa kami ke factory outlet.. kami diikut oleh beberapa orang budak peminta sedekah.. ada yang aku bagi duit siling.. sebab dah banyak sangat silingnya.. dan itu belum lagi penjual souvenier yang ikut kami.. rata-ratanya jual fridge magnet.. ada yang jual 6pek (1pek ada 6 biji) 100k.. ada yang jual beg kecil 6 set 100k... tak beli pun sebab banyak sangat... beg yang kecil tuh tak beli sebab tak tahu nak pakai untuk apa.. sebab beg yang ada pun banyak... tapi kalau kesian boleh jek beli.. kami tak beli walaupun diorang tuh pujuk sampai kitorg masuk kereta.. hampir jek terkena tangan bila nak tutup pintu... tapi pada aku benda nie diorang dah biasa kan... kalau tak buat macam tu macamana nak hidup.. teringat pengalaman yang sama semasa aku ke vietnam dulu.. adik yang aku jumpa jual dompet sutera pun begitu.. bersungguh merayu kami beli dompet yang dia jual... tapi sebab dah beli awal di sungai mekong so tak terbuka hati pulak nak beli... (adik tuh mesti aku ingatlah.. sebab muka sebijik muka anak buah aku).. Dengarnya jika di jakarta pemberi sedekah boleh di denda ..
5-Universitas di Bandung sahaja 200 lebih
Disebabkan aku ada konferen di Universitas Pendidikan Indonesia.. maka secara tak langsung aku turut bertanya bilangan universiti yang terdapat di bandung.. hari pertama sahaja kami sudah berjumpa dengan 3 orang pelajar universiti yang meminta derma... sempatlah juga bertanya tentang pengajian mereka dan di universiti mana mereka belajar.. dari mereka aku dapat tahu ada 200lebih universiti di Bandung dan UPI merupakan antara universiti yang terkenal di bandung selain ITB Institut Teknologi Bandung.. ada lagi beberapa universiti lain yang juga terkenal seperti Universitas Padjajaran (Unpad)- universiti dimana 3 orang pelajar yang aku temubual.. Universitas Islam Bandung (Unisba)-swasta.. dan lain-lain lagi..
6-Bandung kawasan tanah tinggi dan sejuk
Sepanjang perjalanan menaiki keretapi dari Jakarta ke Bandung.. aku lihat permandangan yang indah kerana di sini banyak terdapat sawah padi.. ladang teh.. dan macam-macam hasil ladang yang ditanam di sekitarnya.. sawah padi adalah hasil tanaman yang kerap kami lihat sepanjang laluan keretapi.. di sini juga dah hampir dengan pergunungan dan gunung berapi.. kami tak sempat nak berjalan ke sana kerana faktor masa dan urusan konferen yang perlu dihadiri.. InsyAllah mungkin kami akan ke sana lagi.. di masa akan datang... pakwe sedikit kecewa sebab dia memang pengemar sejarah.. so trip kali ini lebih banyak pergi shopping.. sorrylah bang ye.. next time kita p jogjakarta lah pulak ye.. hehehe.. (syukur juga tak bawak dia p muzium.. idak sure lagi lama dia melepak kat situ)
7-Keramahan penduduk...
Penduduk di bandar besar dan luar bandar pasti ada beza yang banyak.. keramahan juga menjadi faktor.. benda ini biasalah.. samalah macam mana-mana pun kota besar di dunia.. malah kalau ke KL pun orang sombong-sombong juga.. tak percaya cuma pergi ke KLCC dan tengok perangai orang kat situ :)
Biasanya yang mungkin lebih peramah adalah mereka yang berurusan jual beli.. mana yang sombong memang orang tak datang beli dah.. Begitu juga di Jakarta dan bandung... penduduk di Bandung mungkin lebih santai kerana kesibukan mereka tidaklah sesak seperti di Jakarta.. malah jem di Bandung walaupun jem.. tapi masih bergerak.. kalau di Jakarta.. jem adakalanya tak bergerak langsung.. kalau waktu hujung minggu.. jem dari Jakarta ke Bandung boleh ambil masa 5 jam... berbanding waktu biasa yang tidak jem sekurang-kurangnya 2 3 jam dah sampai... Samalah juga kalau kena hujung minggu cuti panjang.. jalan KL-Utara(lebuh raya utara selatan) jem sampai 4 lane... jalan yang biasa 10minit dah sampai pun.. boleh jadi sampai 30-45minit..
8-Makanan harga murah dan boleh tahan rasanya..
Harga makanan yang kami bayar sepanjang di Bandung dan Jakarta.. pada aku bolehlah.. sekitar RM60 untuk 4 orang.. itu makan nasi padang.. order nasi goreng.. mungkin ada juga kedai lain yang lebih eksklusif dan mahal lagi... Komen aku.. kebanyakan makanan mereka ini agak masin... baik dari KFC.. hinggalah makanan yang berbentuk gorengan.. pakwe pulak labelkan makan kat bandung tak sedap.. hatta makan waktu breakfast pun tak sedap.. aku lebih memilih makan western spaggeti atau pasta semasa breakfast.. sarapan pagi penduduk indonesia aku lihat lebih bercirikan nasi putih dan berlauk.. mengingatkan aku pada cara breakfast yang sama di Thailand.. Semasa di sana aku juga cuba makan aiskrim durian.. sedap not bad.. cuma peluang nak makan pisang cheese jek tak kesampaian.. sempatlah juga cuba teh botol.. oklah.. tapi not my taste sangat... better lagi kalau minum teh hijau pada aku..
9- Ubatan dan kosmetik yang murah
Hotel yang kami tinggal di Bandung berhampiran dengan kedai mart dan guardian.. so memang senang sangat kalau nak beli makanan ringan atau ubatan.. disebabkan kawan aku selsema dan batuk teruk di bandung.. dia sempat mencuba ubat mixagrip.. harganya cuma 2ribu rupiah.. lebih kurang 60sen jek.. dan berkesan... selain itu juga kami jumpa air minuman cap kaki tiga berperisa laici.. serbuk cap kaki tiga nie memang terkenal zaman dulu-dulu.. arwah nenek aku pengemar ubatan ini.. makan terus ubat nie dari lipatan kertas dan minum air.. nostalgia zaman kecil-kecil datang balik.. sekarang nie kalau kedai ubat moden susah dah nak jumpa ubat cap kaki tiga nie.. ramai lebih suka beli panadol jek.. kosmetik pulak kalau convert murah sedikit dari harga di malaysia.. terutama jenama yang biasa.. tapi kalau jenama terkenal seperti Elizabeth arden.. wow harga dia agak mahal.. sebab aku dah survey dulu.. kalau ada sales maybe ok kot kalau nak beli.. tapi kalau compare harga kat lazada.. murah banyak lagik.. :)
10- Hotel di Bandung dan Jakarta
Di Bandung aku tinggal di Aston Braga Hotel & Residence.. Rate sehari untuk bilik studio 1 bilik (sekali dengan dapur masak) lebih kurang RM170semalam dan RM140 untuk hari khamis.. bilik studio nie agak kecil sedikit tetapi untuk yang suka memasak.. studio nie memang bestlah.. tapi aku tak guna langsung pun dapur masak tuh pun.. makan kat luar jek.. Hotel ini agak popular di kalangan pelancong malaysia dan local.. makanan pun byk variety.. dan bersebelahan dengan braga city walk.. ada food mall.. dan kalau jalan keluar sikit banyak kedai-kedai makan... warung kecil pun ada juga.. cuma berani tak berani jelah nak cuba.. Kawan aku pulak hari ke3 dia pindah ke hotel Oasis sebab anak dia nak mandi swimming pool... di Aston Braga ada swimming pool juga.. mungkin dia sengaja nak rasa hotel lain
Di Jakarta pulak aku tinggal di Hotel Amaris Juanda.. di Jakarta pusat.. ramai yang keliru hotel ini dengan Amaris mangga dua.. Sebab aku pilih hotel nie sebab dia dekat dengan train stesen.. dekat monas.. dan masjid utama... Bersebelahan dengan hotel nie banyak kedai-kedai makan dan runcit.. so senang kalau nak cari makanan... parking kereta pun betul-betul depan hotel jek.. nak cari teksi pun senang... harga semalam dalam RM135++.. bilik saiz sederhana.. pada aku notbadlah.. kalau nak bilik yang eksklusif.. bayarlah mahal lagi kan...
11-Sewa kereta di Bandung
Sepanjang aku di Bandung.. kami menyewa kereta untuk 2 hari sahaja.. Boleh contact Hayuka Bandoeng atau di sini. Harga untuk sehari sekitar bandung boleh dapat dalam 400k bergantung pada tempat dan masa.. untuk hari pertama yang separuh hari tuh kami bayar 300k sahaja.. dan hari khamis sepanjang hari hampir 400k.. pakwe bagi jugalah tip sikit kat pemandu.. ikut dialah kan.. Manakala ke Jakarta pulak.. aku ambil pemandu.. 800k untuk perjalanan bandung-jakarta.. hantar ke hotel dan jalan-jalan sekali.. sehingga pukul 4 petang.. dan 10% bayaran untuk tambahan setiap jam dari harga dibayar..
Cuma bila hari terakhir tuh.. kami diberitahu yang sewanya 800k tetapi bila nak balik driver Budi kata hanya bayar 700k sahaja.. dan sebab kami tambah 4jam lebih.. aku dah sediakan 350k siap-siap.. tip aku bagi budi 100k.. dan pakwe tambah lagi 50k.. banyak juga tuh kan.. tapi tak kisah sangatlah sebab pada aku service dia oklah walaupun berpusing-pusing hehehe..
12-ATM service maybank BII
Semasa di sana.. aku turut keluarkan duit dari mesin ATM maybank.. aktivate kan senang jek.. pergi ke ATM maybank mana-mana bank kat malaysia.. pilih lain-lain dan pilih oversea activation.. boleh pilih sementara atau tetap... kalau sementara boleh pilih tarikh mula dan akhir.. aku keluarkan lebih kurang 2 juta di bandung.. bila balik tengok dia charge tukaran lebih kurang 1juta=RM278.. oklah not bad...
13-Tukaran wang
Sebelum pergi aku tukar siap-siap di KL dengan tukaran 1juta =274.50, kalau di tempat aku kerja dia kira 1juta=RM280.. tapi pakwe aku boleh dapat 1juta=270 kat tecso bukit tinggi Klang.. angin jek bila aku dapat tahu yang ditukar lagik murah.. sebab penat jek masuk KL ke ampang park... kalau tahu kat Tesco tuh lebih murah dah p situ dah... so kena pandai-pandailah.. tukaran wang kat bandung katanya mereka ambil lebih murah sikit... semasa aku pergi diorang kira RM1=3500rupiah.. atau 3000rupiah camtuh... so terpulang masing-masing..
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Overall trip holiday dan kerja aku selama 5 hari di Indonesia Jakarta-Bandung menyeronokkan... mungkin kalau pergi 100 holiday lebih seronok sebab ada lebih masa untuk berjalan.. selepas trip nie.. pakwe macam ada bagi hint nak ke sana lagi sebab banyak lagi tempat menarik yang kami tak sempat nak pergi.. InsyAllah.. akan ke sana lagi masa akan datang.. duit rupiah pun ada baki dekat 700k lagi.. belum ditukar.. kalau tukar dapat RM100++ juga..
Inilah 1st bawak pakwe keluar malaysia sejak balik dari UK 2 tahun lepas.. sebelum nie aku banyak keluar negara atas urusan kerja dan peribadi (jumpa rakan universiti dan trip lawatan).. Lepas nie InsyAllah akan bawa dia jalan lagik.. Maybe South Korea Next year.. sebagai balasan tak bawa dia pergi jepun aritu hehehe... tengoklah budget camna.. kena plan awal supaya boleh simpan duit sebelum pergi.. macam yang aku buat semasa trip ke Jepun dulu ;)
4 comments:
best2. moga n3 akak akan reff pada sesiapa yang nak pergi kelak, termasuk yg menaip ni, hihu.
zonaku: meh ah, kita musafir kat uzbek. di fb bleh p kat "trip kekawan", sangat boleh dipercayai. diorg dh biasa bawak trip ke europe/balkans/umrah. pengasasnya hj apa ntah, lupa nama. serius nak p ni. deposit rm500. ewah. kemain promote, haha!
Alis
InsyAllah.. peringatan utk diri sendiri juga.. nie trip ke tokyo xbuat lagi.. ada gaya macam lupa2 dah hehehe..
best juga trip ke uzbek tuh kan.. buat masa nie blum plan nk ke belah2 sana lagi.. maybe soon ;)
okla tu kak kuar duit kat maybank 1juta cuma rm278... bln lepas saya pegi 1juta = rm290
byk btul universty kat bandung..smpai 200??? kalo 1 indonesia berapa universiti la dia ada kan...
ku-cit
rate mmg berubah.. sebelum akak p pun.. rate mmg dalam 285 camtu.. tapi pujuk2 dpt 280.. tapi xtukar pun.. akak p kl..
1 indonesia beribu ler kot.. dorg byk gak uni yg jenis private nie.. byk jek akak jumpa.. sebab tuh boleh ada sampai 200..
Post a Comment