Tuesday, 24 May 2011

Baliklah cepat!!!

Baliklah cepat!!
Janjilah nak balik cepat k..

Sebenarnya.. sejak sabtu lagi aku dah dengar 'panggilan pulau' nie.. Perkataan 'balik cepat' nie memang jadi fobia pada aku sekarang ni tau.. Ikut hati memanglah nak balik cepat! Ingat Mesia tuh cam dekat sejam dua drive ke? Naik flight pun.. aku sampai mesia dah masuk hari esok.. bertolak hari lain.. sampai sana hari lain tau..

Sapa yang nak balik lambat kecuali kalau keluar dating kan kan.. lagik lambat balik lagi best hahahhaa tapi kalau keluar dengan pakwe.. lagi cepat balik lagi dia suka.. kalau keluar p makan.. takde maknanya lah nak bersembang panjang.. sebab nanti sampai rumah lepas sejam.. dia akan cakap.. 'Ah masaklah abg nak makan' walhal kan tadi kan baru keluar p makan... takde makna jek p keluar makan tadi..

Sebenarnya bila baca dan dengar kata-kata kawan-kawan baik aku yang kerap menuturkan kata-kata baliklah cepat nie aku sayu sebenarnya.. Aku tahu diorang semua rindu.. atau memang dah lama sangat tak melepak bersama.. apakan daya.. masa belum mengizinkan.. cuma apa pun aku mampu janji.. InsyAllah.. aku pasti akan balik.. cuma lambat atau cepat sahaja.. Paling utama doalah untuk aku cepat balik dan cepat selesaikan tugasan aku nie.. Hati aku nie dah lama sangat nak balik sebenarnya.. Ikutkan esok juga aku nak balik.. itu kata hati kan..

Sabarlah wahai kawan-kawan.. Pada mereka yang nak tarik-tarik kain nak ikut atau suh aku balik cecepat tuh.. Tariklah kain sendiri dulu ok.. Nanti esok2 kalau aku pakai baju kurung ko tariklah sepuas-puasnya ;)

Nampak tak jalan hiway nie??
Kalau mesia tuh dekat..
Sekarang juga aku balik tau

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...