Tuesday, 24 May 2011

RINDU..

Tiba-tiba aku rindu..
Hadirnya tanpa sebab yang aku tahu..
Mengetuk pintu hati bertalu-talu..
Ku tahan hati walaupun aku pilu..

Tiba-tiba aku rindu..
Bila mendengar alunan lagu merdu..
Ingatan kembali ke kenangan lalu..
Saat ketawa ria sendu tangis bersamamu..

Tiba-tiba aku rindu..
Ingin aku pulang ke pangkuanmu..
Memegang erat tanganmu..
Merangkul kemas bahumu dengan jemariku..
Memeluk tubuhmu bersatu dengan diriku..
Mencium pipimu yang lembut itu..
Ketahuilah aku terlalu rindu..
Terlalu rindu..

Wahai rindu..
Mengapa kau datang kala ini..
Ketika hati berperang rasa begitu begini..
Ketika fikiran mengundang ingatan dinihari..
Aku cuba tahan dan ku tolak ke tepi..
Tapi hati terus merasai..
Manakan dapat aku hindari..
Andai rindu mengoncang kehendak hati..

Rindu itu selalu ada..
Walau selama mana berlalunya masa..
Kemarin.. Semalam.. Esok atau Lusa..
Ia sentiasa setia..
Mahu atau tidak datangnya tanpa dipinta..
Rindu itu kekal milik aku dan dia..
Moga membawa bahagia selamanya..
Bersama hingga ke pintu syurga..

Warna Senja itu indah..

3 comments:

julietchun said...

rindu mengajarku menyayangimu :P

Kaktiny said...

rindu itu sentiasa ada.. benar.

masa sahaja yg makin berlalu meninggalkan usia.. meninggalkan rindu semalam..

maka itu.. gunapakai masa ini sebaiknya.. dan cepat balik oiii..
aku rindu kt ko!!.. tgh menghitung detik masa nk jumpa lagi.. huhuhu...

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Juliet

Baru jek kwn aku bg link lagu tuh kat FB aku ;)

Tiny

InsyAllah.. Sedang berusaha nak siapkan.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...