Wednesday, 2 April 2014

Visa Jepun (2014)

Salam

Hari ini genap lagi sebulan insyAllah aku akan terbang ke Jepun.. Visa ke jepun dah pun siap.. buat last friday.. Isnin yang lepas dah boleh ambik.. Kenapa aku kena buat visa? sedangkan kerajaan jepun dah announce rakyat malaysia tak perlu buat visa.. sebabnya pasport aku bukan ada biometrik cip.. passport buat kat London 3 tahun lepas.. so pakai jelah sampai 2016 nanti..

Mulanya ingatkan buat visa tuh nak kena prepare semua dokumen.. so buatlah surat pengesahan jawatan.. fotostat buku akaun bank.. last2 masa p embbasy japan... Na..da .. satu surat pun dia tak minta... cukup isi borang permohonan visa.. dan janji ada gambar ukuran passport 45mmX45mm berlatar putih.. that's it... buat penat jek prepare p HR minta surat pengesahan jawatan.. p pejabat pos check bonus asb ahaks.... last2 semua tuh langsung tak di tengok pun... kalau tau lagi awal dah aku p buat visa..

Masuk ke jepun diberikan tempoh selama setahun... maksimum stay 90 hari..dan boleh masuk banyak kali sepanjang setahun tuh.. itu antara yang dicatat pada visa berkenaan.. sebelum nie..sekali entry jek.. pastu nak masuk lagi.. kena apply visa.. now tak perlu.. kebenaran visa diberikan selama setahun dan boleh duk sana sampai 3 bulan... dan boleh multiple entry.. wah... ini sudah bagus (macam nak pergi sana lagi je in future hehehe insyAllah)

Untuk yang takde biometrik cip pada passport macam aku.. so jika nak ke jepun... kenalah download borang kat sini dan boleh tengok guideline di sini. Mudah sangat.. buka borang pdf tuh..boleh taip terus dalam tuh dan terus print tapi tak boleh save. Buat gambar passport berukuran 45mm X 45mm dengan latar putih.. lepas tuh terus ke embassy japan berdekatan jalan Tun Razak off persiaran Stonor.. nak cari mudah.. cari jalan ke KLCC.. bersebelahan dengan bombay palace (ke KLCC ikut Jalan Tun Razak)..

Parking kat tempat yang disediakan.. kalau penuh boleh parking sementara kat tepi jalan.. Beritahu pada guard untuk buat visa.. dia akan bagi borang kena isi.. dan bagi ic.. dia akan bagi kad.. lepas tuh dia suruh masuk ikut pintu kiri.. bagi kat guard tuh telefon hp... dia bagi kad no.. dan lepas tuh scan handbag... dan terus p ambik no kat kaunter permohonan visa...

Dinasihatkan untuk pergi pagi.. tak ramai orang pun.. aku aritu sampai pagi jumaat sekitar jam 9++ pagi ..ada dalam 3 orang jek.. tak sampai 10min dah selesai.. terus dapat slip resit untuk ambik passport kat kaunter 5 (tak yah dah ambik no kalau datang untuk ambik visa)

Proses permohonan mudah sangat.. tapi kalau dah ada passport biometrik cip lagik senang... tak perlu nak apply visa.. macam kes aku... terpaksalah menapak dan drive ke KL.. but it's a good experience juga..

2 Mei ini KLIA2 akan bermula.. dan 9 Mei pulak LCCT akan ditutup sepenuhnya... yang bestnya.. malam 1 mei itu aku terbang ke jepun... mungkin masih di LCCT lagi... dan balik 10Mei.. mungkinkah aku akan mendarat di Klia2? Dengarnya airasia tak nak pindah ke Klia2... kita tengoklah nanti kan ;)

My itinerary detail for the trip

10 comments:

||alis|| said...

bestnya nak jalan2 ke jepun. apa pun selamat pergi selamat kembali.

katanya jepun lebih indah dari korea. wallahualam.

sy tgh gigih nak booking tix gak ni, ke langkawi cuma, tapi seharian tak setel2, smpai moody seharian, haha.

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

alis

Yup masa plan dulu macam rasa seronok jek.. tapi bila dah dekat2 tarikh nie.. mcm byk dateline pulak keje yang ada.. plus..ada rasa2 mcm risau juga sebab travelling by flight.. but benda niekan ketentuan Allah..

Akak teringinj pergi both.. especially korea.. maybe kot.. sebab skrg tgh gile tgk cite korea heheheh...

pergi langkawi naik flight ke? tak drive sendiri?

kueh bakar said...

selamat jalan kak

kueh

||alis|| said...

aaaa sy dah tak betah nak driving atau naik bas, walau tu lebih jimat. dah pernah naik bas dari Melaka ke langkawi, best tapi jauh dan makan masa (8jam), flight 1jam cuma n mcm2 boleh buat dlm 7jam extra tuh, hihi.

tuh la kan, money is time, time is money. hurmm..

t.a.t.a said...

Itu nama nya preparation kak. Victory loves preparation, kan?

Kak, how come rakyat Malaysia tak perlu buat Visa ke Jepun? Is it just for Malaysian or for other nationalities as well?

Unknown said...

Happy holiday.... selamat pegi n selamat kembali

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Kueh

Thanks ye. Bila nak p umrah tu. Masa puasa ye?

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Ok gak tapi xleh nak ahopping sakan sebab berat terhad. Akak masa p training kt lngkawi seminggu smpi xcukup berat25kg. Itupun nasib x beli periuk n pinggn mngkuk. Dah aim dh tp sbb naik flight terpaksa cancel. Tuh yg rasa lebih baik drive

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

T.a.t.a

Tak silap akak br je lagi kerajaan jepun annouce rkyt mlysia xyah buat visa. Rasanya bln 6 7thn lps lg. Negara thailand pun xyah wat visa gak. Sbb kwn thai akak bgtau dia xperlu buat visa. Negara lain xsure boleh check kt web embassy japan. Apapun skrg dh seng. Klu ada passport yg bercip biometrik seng byk.

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Atuk

InsyAllah. Semoga dipermudahkan. Terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...