Tuesday 25 March 2014

Yang pergi tak kembali lagi..

Salam

Malam tadi, pengumuman yang dibuat oleh PM kita (Dato Seri Najib) mengundang rasa sedih pada semua rakyat Malaysia.. pelbagai riaksi.. komen.. kata-kata dan seribu satu rasa hadir dalam diri setiap kita..

Sedih sudah tentu... pagi tadi sebelum mulakan kuliah.. sempat minta semua pelajar sedekahkan Al-Fatihah buat mereka yang beragama islam.. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terjadi.. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa.. Sama ada kita dapat jumpa kotak hitam atau tidak.. itu juga dengan izin dan ketentuanNya juga..

Tragedi kali ini begitu dekat dengan hati kita.. dekat dengan rasa seluruh rakyat Malaysia... Mungkin kesedihan itu tak sama dengan ahli keluarga yang terlibat.. apatah lagi dengan keluarga 2 peneraju utama pesawat tersebut.. Aku kira tindakan mereka yang tidak mahu ditemubual oleh wartawan adalah amat bijak.. adakalanya wartawan itu lebih suka mensensasikan benda yang tidak sepatutnya.. apatah lagi waktu sedih begini..

Setiap kita pernah melalui episod kehilangan dalam hidup.. samada kehilangan ayah.. bonda.. adik beradik.. rakan baik.. mahupun saudara mara terdekat.. setidak-tidaknya.. kubur mereka kita ketahui dimana.. jasad mereka sempat kita ratapi dan lihat.. tapi buat mereka di MH370.. jika diizinkan Allah.. bertemulah kita dengan jasad mereka.. jika tidak.. di lautan kubur mereka... Apa juga doa kita akan sentiasa bersama-sama mereka..

Sebenarnya sejak sabtu lagi aku dah mula terasa yang mereka dah 'tiada' disebabkan oleh satu artikel yang disiarkan.. mengundang sedikit rasa hiba dan sayu dan terasa seolah mereka sebenarnya dah lama 'tiada' sebenarnya.. perkara yang sama juga telah diberitahu oleh seorang rakan seminggu yang lalu.. cuma ianya belum dinyatakan secara 'rasmi'...

Apa juga.. Semoga roh mereka dipelihara dan dirahmati.. Tidak kira apa juga bangsa dan agama.. kita turut meratapi dan menangisi kehilangan mereka..

p/s Ada beberapa status dan komen yang disiarkan dalam facebook berkenaan bacaan Al-fatihah utk MH370.. ada yang mempertikaikan isu ini.. come-onlah.. Al-fatihah itu kita baca untuk diri kita sendiri juga.. dan kita ambil kesempatan sedekahkan pada yang tiada.. mahupun pada yang hidup.. takkanlah sebab sedekahkan Al-fatihah ini pun nak dijadikan isu...

Setiap hari selagi teringat... Aku cuba dan sentiasa bacakan Al-fatihah untuk arwah ayah.. setidaknya.. ia sampai pada ayah sebagai hadiah dan kuburnya diterangi sentiasa... so sad when people even argue about this.. kalau tak suka atau tak nak buat.. janganlah sampai menghalang orang lain daripada membuat perkara yang baik...


7 comments:

~mrs azmi~ said...

kadang2 cara pemikiran sesetengah orang terlalu sempit.. menyempitkan sesuatu yang sepatutnya mudah dan luas...

Alfatihah buat MH370~

Takziah buat seluruh keluarga penumpang dan krew

kueh bakar said...

kita semua akan mati - masa dan cara sahaja berbeza.


al-fatihah

kueh

t.a.t.a said...

Alfatihah bukan dibaca untuk orang yang sudah meninggal dunia sahaja. Begitu juga dengan Yasin bukan dibaca untuk mempercepatkan kematian seseorang itu. Itu semua kuasa Dia, kita cuma berusaha sahaja.

Sama juga bacaan Bismillah bukan dibaca untuk ketika nak makan sahaja. Saya jenis yang baca Bismillah untuk setiap perbuatan. Kalau saya ingat (alhamdulillah) saya akan baca. Dulu masa awal-awal saya buat macam tu, pernah tau kak kena gelak sinis dengan customer bila dengar saya baca Bismillah.

Alfatihah jika difaham memang besar dan meluas maksud nya. Baca ketika berada dalam kesusahan, baca untuk memohon hajat, baca dalam solat, baca ketika melalui tanah perkuburan. Tak kisah la apa jua keadaan pun baca la Fatihah.

Pendek kata Fatihah ini jangan la kering dari bibir kita.

InsyaAllah.

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

mrs azmi

yup adakala benda yg tak sepatutnya jadi isu.. tak perlulah jadi isu..

mcm2 spekulasi skrg nie..

kueh

Yup mati itu pasti.. tentunya mereka yg meninggal dunia (muslim) dalam MH370 InsyAllah mati itu mati syahid (akhirat0

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

t.a.t.a

yup Al-fatihah itu boleh kita baca dimana-mana... membawa dan sedekah pada yg mati atau hidup insyAllah ada pahalanya... tak perlulah nak pertikai..

baca bismillah kena gelak?? hahaha betapa ceteknya pemikiran org yg gelak tuh.. bukankah menyebut nama Allah sebelum dan selepas sesuatu perbuatan ada kelebihannya..

mungkin dia gelak sebab dia tak pernah amalkan.. atau ada rasa tak percaya dengan ucapan bismillah.. (some people think.. when u say bismillah.. nampak kita tak yakin nak buat sesuatu.. walhal sebenarnya kita berserah pada Allah dan meminta supaya dipermudahkan ) however kita bersangka baik jelah..

||alis|| said...

sesungguhnya 3 minggu ni emosi sy amatlah rapuh.

terlalu rapuh.

--"

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

alis

rasanya rata2 ramai yg begitu sis :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...